You are on page 1of 3

awatan Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM) – Terbuka 2017

by A D M I N on JANUARY 8, 2017

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan jawatan sepanjang tahun bagi


memenuhi permintaan kerajaan untuk menambah anggota Polis bagi menggalas
jawatan seperti berikut :

1. Kadet Inspektor (Lelaki/Wanita)


2. Sarjan (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel sokongan (Lelaki/Wanita)

Tarikh tutup permohonan : Terbuka 2017 / 2018


Lokasi : Seluruh Malaysia
Permohonan jawatan kosong yang ditawarkan oleh Polis Diraja Malaysia
(PDRM) hanya dibuat melalui secara online melalui laman web rasmi SPA
Malaysia.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan membuat permohonan
secara online, sila klik pautan di bawah.

http://www.spa.gov.my/
PENGAMBILAN PEGAWAI DAN ANGGOTA UNTUK BERKHIDMAT DI DALAM UNIT 69 KOMANDO
(VAT69) PASUKAN GERAKAN KHAS

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Polis Diraja Malaysia berpangkat Inspektor,
Koperal, L/Kpl dan Konstabel (anggota Polis lelaki sahaja ) untuk berkhidmat di Unit 69 Komando
Pasukan Gerakan Khas.

1. Kelayakan-kelayakan yang diperlukan :-

1.1. Pegawai berpangkat Inspektor umur tidak melebihi 32 tahun, manakala APR, umur tidak
melebihi 30 tahun pada tarikh tutup permohonan (nyatakan tarikh lahir ).

1.2. Bersih daripada sebarang tindakan tatatertib / tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.

1.3. Tinggi tidak kurang 165 cm.

1.4. Pendengaran dan penglihatan yang baik (tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap).

1.5. Boleh berenang dan mengapung badan di dalam air.

1.6. Diakui memiliki tubuh badan yang sihat dan bebas daripada sebarang penyakit kronik seperti
buasir, batu karang, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, asma, dan lain-lain serta
kecederaan kekal akibat kemalangan.

1.7. Kebolehan bertutur / menulis dalam bahasa Inggeris adalah diutamakan tetapi tidak menjadi
syarat utama kelayakan pemohon.

1.8. Semua peserta dikehendaki lulus ujian tenaga dan proses temuduga semasa sesi Pra
Penilaian
dan Pemilihan Awal untuk melayakkan diri ke sesi Ujian Penilaian Dan Pemilihan Awal.

2. Setiap individu yang berjaya diserapkan ke Unit 69 Komando Pasukan Gerakan Khas, layak
menikmati kemudahan dan elaun-elaun seperti berikut:-

2.1. Elaun 69 Komando sebanyak RM 600.00 – RM 900.00 sebulan.

2.2. Elaun Selam sebanyak RM 100.00 sebulan

2.3. Elaun PGA sebanyak RM 400.00 (setelah tamat Kursus Asas PGA)

2.4. Berpeluang untuk menghadiri kursus / tugas dalam dan luar Negara.

3. Selepas tamat Kursus Asas 69 Komando, mereka akan diberikan latihan kemahiran lanjutan
seperti berikut:-

(a) Kursus Counter Terrorist Team (CTT) (d) Kursus Selam Tempur
(b) Kursus Rappelling dan Abseilling (e) Kursus Sniper
© Kursus Payung Terjun (f) Kursus Pengiring Rapat Orang Kenamaan
4. Semua borang permohonan hendaklah mendapat kelulusan daripada ketua cawangan / formasi
masing-masing dan dimajukan kepada alamat seperti berikut tidak lewat daripada 20/02/2015
( jumaat) dengan menggunakan borang permohonan seperti di Esiar bertarikh 9/2/2015 dalam
Perintah Pasukan Khas.

KOMANDER
69 KOMANDO PASUKAN GERAKAN KHAS
31150, ULU KINTA
PERAK

(U/P: Cawangan Latihan Peperangan Khas)

5. Semua borang permohonan akan ditapis, individu yang layak sahaja akan dipanggil untuk
menghadiri sesi ujian Pra Penilaian dan Pemilihan Awal di lokasi yang akan ditetapkan nanti.

6. Pemohon dinasihatkan supaya membuat persiapan kecergasan fizikal dan mental sebagai
persediaan / persiapan semasa menghadiri Ujian Pra Penilaian Dan Pemilihan Awal.

7. Mereka yang lulus sesi Ujian Pra Penilaian Dan Pemilihan Awal layak untuk mengikuti Sesi
Ujian Penilaian Dan Pemilihan Awal yang akan dilaksanakan selama 14 hari di Ulu Kinta, Perak.

8. Sebarang kemusykilan atau pertanyaan berkaitan perkara di atas boleh menghubungi Pejabat
Cawangan Latihan Peperangan Khas (CLPK) 69 Komando PGK Ulu Kinta Perak melalui telefon
Tel: 05-5406767 / 05- 5406768 (HP: SM Mohd Sarife Bin Salleh 013 - 4779944 / Sjn Che Hussin
Bin Che Wil

010-4044369) dan Faksimile: 05-5337394

You might also like