You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

PANITIA PENDIDIKAN KHAS KALI PERTAMA TAHUN 2018

Tarikh : 03 JANUARI 2018


Hari : RABU
Masa : 12.35 TENGAHARI
Tempat : KELAS PENDIDIKAN KHAS SK ROMPIN

Agenda :
1. Ucapan aluan Pengerusi
2. Perutusan Guru Besar
3. Perutusan Penyelaras Pendidikan Khas
4. Agenda
5. Jadual Waktu
6. Perancangan Tahunan
7. Rancangan Pengajaran Harian
8. Hal Ehwal Murid
9. Ko-kurikulum
10. Panitia 2018
11. Hal-hal lain
12. Ucapan Penutup

Kehadiran :
1. Pn Halijah bt Abd Manap Guru Besar
2. En Mazli b Musa Guru Penolong Kanan Pentadbiran
3. En Othman b Adam Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum
4. Pn Nor Azhana bt Abdullah Guru Penyelaras PPKI
5. Pn Siti Azar bt Abu Hasan Guru PPKI
6. Pn Nurul Rahmah bt Main PPM
1. Ucapan aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan penghargaan kepada semua yang hadir. Beliau
berharap semua yang hadir dapat berkhidmat dengan penuh cemerlang pada tahun
2018 dan tahun seterusnya.Ini merupakan perjumpaan pengurusan bersama
pentadbir dan juga guru PPKI.
1.2 Beliau juga amat berharap agar budaya kerja secara berpasukan akan menjadi amalan.

2. Perutusan Guru Besar

2.1 .Puan Guru Besar, Puan Hajah Halijah mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi,
Penyelaras PPKI dan semua guru serta PPM kerana sudi menghadirkan diri .

3. Perutusan Penyelaras Pend. Khas

3.1 Selaku penyelaras Pend.Khas,Pn Nor Azhana Binti Abdullah memaklumkan bahawa
bilangan kelas tahun 2018 masih kekal 2 kelas.
3.2 -Bilangan guru seramai 2 orang.
-Bilangan ppm seramai 1 orang.
-Bilangan murid seramai 10 orang
(7 lelaki dan 3 perempuan)

4. Agenda Profesional

4.1 Agihan Tugas


4.2 Kurikulum (Pn Nor Azhana Binti Abdullah)
4.3 Hal Ehwal Murid (Pn Nor Azhana Binti Abdullah)
4.4 Kokurikulum (Pn Siti Azar Binti Abu Hasan)
4.5 KSSR/PK (Pn Nor Azhana bt Abdullah dan Pn Siti Azar bt Abu Hasan)
4.6 RPI (Pn Nor Azhana bt Abdullah dan Pn Siti Azar bt Abu Hasan)
4.7 Insklusif (Pn Siti Azar bt Abu Hasan)
4.8 Tugas-tugas PPM adalah seperti lampiran :
Tindakan : Guru dan kakitangan berkenaan

5. Jadual Waktu
5.1 Pn Nor Azhana bt Abdullah selaku Penyelaras memaklumkan jadual waktu peribadi
2018 untuk guru akan diedarkan dalam masa yang terdekat
5.2 Jadual waktu yang disediakan masih dalam penambahbaikkan.
5.3 Beliau memaklumkan waktu pulang murid tahap 1 pada hari Isnin hingga Khamis pada
pukul 1.00 petang manakala hari Jumaat pada pukul 12.00 tengah hari.
5.4 Tahap 2 Isnin hingga Khamis pada jam 1.30 petang manakala hari Jumaat 12.00 tengah
hari.
5.5 Seorang guru agama dari aliran perdana ditugaskan mengajar murid PPKI.

6. Perancangan Tahunan

6.1 Mesyuarat 4 kali setahun


6.2 Mesyuarat guru dan ibu bapa pada bulan Januari dan November
6.3 Lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur
6.4 Perkhemahan
6.5 Terapi Renang
6.6 Terapi Bowling
6.7 Program Bijak Berbelanja
6.8 Majlis Hari Lahir
6.9 Hari Keusahawanan
6.10 Minggu Pendidikan Khas
6.11 Kembara Ukhwah
6.12 Kem Solat Bestari

Tindakan guru yang berkenaan.

7. Rancangan Pengajaran Harian


7.1 Disedia dan dibawa bersama setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran
7.2 Perlu dihantar kepada pentadbir yang berkenaan pada setiap hari Jumaat.
7.3 Kokurikulum
7.4 Pn Nor Azhana bt Abdullah memaklumkan dua kelas telah dibuka iaitu kssr 1 (Mutiara
1) dan kssr 2 (Mutiara 2)
7.5 Guru seramai 2 orang termasuk penyelaras dan seorang guru agama aliran perdana
7.6 Setakat ini tiga orang calon PASR yang dikenal pasti.
7.7 Peperiksaan penggal dua kali setahun.
7.8 Penilaian secara berterusan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
7.9 Erpi dilaksanakan
7.10 35% daripada pembelajaran murid diinklusifkan. Pendidikan Jasmani boleh
diambilkira sebagai program insklusif.

Tindakan guru yang berkenaan.


8. Hal Ehwal Murid

8.1 Pn Nor Azhana bt Abdullah menerangkan tentang aktiviti hal ehwal murid untuk tahun
2018.
8.2 Kes ponteng akan cuba ditangani dengan bersungguh-sungguh.
8.3 Terus menjaga hubungan baik antara guru dan waris.
8.4 Mengadakan taklimat berkaitan disiplin.
8.5 Mengadakan taklimat berkaitan RMT dan projek susu sekolah.
Tindakan guru yang berkenaan.
9. Kokurikulum

9.1 Pn Siti Azar bt Abu Hasan membentangkan perancangan kokurikulum iaitu :


9.1.1 Badan beruniform (pengakap)
9.1.2 Kelab dan persatuan (muzik)
9.1.3 Sukan dan permainan/IM1S(olahraga dan badminton)
Tindakan guru yang berkenaan
10. Panitia 2018
 Bahasa Malaysia
 Bahasa Inggeris
 Matematik
 Sains, Sosial dan Alam Sekitar
 Pendidikan Islam
Mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun
Tindakan guru yang berkenaan

11. Hal lain-lain

 Pn Nor Azhana bt Abdullah memaklumkan bahawa program inklusif iaitu menempatkan


murid-murid PPKI belajar bersama murid di arus perdana adalah wajib.
 Peratusan murid yang perlu diinklusifkan hendaklah tidak kurang dari 35%.
 Mesyuarat sebulat suara bersetuju supaya murid PPKI diinklusifkan bagi mata pelajaran
Pendidikan Jasmani sahaja.
 Murid yang diinklusifkan dari kelas MUTIARA 2 .
 Keberadaan guru di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran.
 Elak aktiviti mewarna dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
 Ikhlas semasa mendidik murid-murid MBK.
 Guru perlu bergerak semasa mengajar kecuali mempunyai masalah kesihatan.
 Jadual semakan buku kerja mengikut takwim pemantauan PKB.
 Jaga nama baik sekolah

Makluman untuk semua

12. Ucapan Penutup

 Puan Guru Besar iaitu Pn Hjh Halijah bt Abd Manap mengucapkan terima kasih kepada semua
ahli yang hadir dan berharap murid PPKI akan dapat belajar dalam suasana kondusif.
 Puan Guru Besar juga berharap kerjasama antara guru dan waris akan bertambah baik pada
2018.
 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 petang.

Disediakan oleh: Disemak Oleh:

…………………………………. ………………………………………
Pn Siti Azar Bt Abu Hasan Pn Nor Azhana bt Abdullah
Setiausaha PPKI Penyelaras Pendidikan Khas
SK Rompin SK Rompin
73500 Rompin 73500 Rompin
Negeri Sembilan Negeri Sembilan

Disahkan oleh :

…………………………………………

Pn Hjh Halijah Bt Abd Manap


Guru Besar
Sk Rompin
73500 Rompin,Negeri Sembilan

You might also like