You are on page 1of 25
LITAR PENERUS SISTEM BEKALAN KUASA KECEMASAN (RECTIFIER CIRCUIT FOR UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY) SYED ANNUAR AFZAN B SYED ABD RAHMAN Laporan Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Segahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa Dan Pemacu) Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknikal Malaysia Melaka April 2007 BABI PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Dalam kehidupan seharian, kita banyak bergantung kepada peralatan elektrik. Ketiadaan bekalan elektrik atau bekalan elektrik terputus, memberi kesan kepada pengguna. Sistem bekalan kuasa kecemasan (Uninterruptible Power Supply) digunakan bagi mengatasi masalah ini. Ia banyak digunakan oleh syarikat-syarikat untuk membekalkan bekalan kuasa kecemasan kepada komputer-komputer dan perkakasan elektrik yang lain yang digunakan. Litar asas yang digunakan oleh sistem ini adalah litar penerus (rectifier) dan pengecas bateri, dan litar penyongsang (inverter). Projek ini akan memerincikan tentang litar penerus yang digunakan oleh UPS. Litar penerus digunakan untuk menukarkan voltan masukan ulang-alik (Vs<) kepada voltan terus (Vs). Kemudian, pengubah voltan (transformer) digunakan untuk menurunkan voltan masukan 240 V daripada soket 3-pin yang biasa digunakan, kepada 12 V. Ia adalah kerana bateri yang akan digunakan sebagai penyimpan kuasa untuk sistem bekalan kuasa kecemasan ini menggunakan bateri 12 Vgc,7.2 Ah. Kapasiti bateri boleh diubah mengikut kesesuaian dan keberkesanan litar ini bermakna bateri ini dapat mengeluarkan kembali bekalan 240 V pada akhir projek ini. Seterusnya, beberapa kapasitor digunakan bagi menggurangkan gangguan (high frequency noise) yang dikeluarkan daripada penerus (rectifier). Transistor digunakan sebagai pensuisan (switching) untuk sumber bekalan voltan kepada litar. Apabila ada bekalan kuasa utama, litar ini akan mengecas baterisekaligus mengeluarkan voltan keluaran 12 Vgc. Apabila dalam keadaan kecemasan pula, sumber bekalan kuasa akan secara automatik bertukar kepada bateri. Bateri akan mengambil tugas bekalan kuasa utama untuk sementara waktu. Tetapi transistor memerlukan ‘rigger sebagai isyarat (signal) untuk ia beroperasi atau tidak, dengan kata lain ia menjadi litar tertutup (close switch) atau litar terbuka (open switch). Trigger yang diperlukan adalah 5 Vdc. Oleh sebab itu sebuah pengawal voltan (voltage regulator REG 7805) dimasukkan kedalam litar. Pengawal voltan ini akan mengeluarkan voltan sebanyak 5 V untuk ‘rigger transistor tadi. 1.2 Penyataan masalah. Ketiadaan bekalan elektrik memberikan pelbagai masalah besar khususnya kepada syarikat-syarikat yang banyak menggunakan peralatan elektrik khususnya komputer. Masalah yang selalunya dihadapi adalah seperti kehilangan data, kerugian dan kerosakkan pada peralatan. Maka, satu alternatif telah diwujudkan dengan menggunakan bateri sebagai sumber bekalan kuasa kecemasan untuk sementara waktu. Ia terdiri daripada dua litar asas iaitu litar penerus (rectifier circuit) dan litar penyongsang (inverter circuit). Litar penerus adalah penting bagi sistem ini kerana sistem ini menggunakan bateri sebagai sumber bekalan kecemasan. Seperti yang kita ketahui, bateri menggunakan voltan terus (Vgc) manakala sistem bekalan kuasa yang kita biasa gunakan adalah berbentuk voltan ulang-alik (Vgc). Begitu juga dengan peralatan-peralatan elektrik, menggunakan bekalan kuasa ulang-alik sebagai sumber voltan, Maka, sebuah litar penukar voltan ulang-alik (Vac) kepada voltan terus (Vde) diperlukan supaya bateri dapat dicas dan dapat digunakan semasa kecemasan. Voltan yang biasa kita gunakan adalah 240 Vac, tetapi tidak mungkin sebuah litar yang terdiri daripada komponen-komponen elektronik yang kecil mampu untuk menahan voltan yang besar ini. Maka sebuah pengubah voltan (tansformer) diperlukan bagi menurunkan voltan masukan kepada voltan yang lebih kecil dan dapat digunakan oleh setiap komponen tanpa masalah, Voltan keluaran juga adalah sesuai dengan kadar (rating) bateri yang hendak digunakan. Penerus gelombang penuh (Full-wave rectifier) digunakan bagi menukar masukan voltan ulang-alik (Vac) kepada voltan terus (Vdc). Pemilihan penerus ini adalah kerana beberapa foktor. Litar dapat menghasilkan keluaran yang terbaik dan yang paling bersesuaian dengan projek ini. Mengeluarkan voltan terus (Vc) yang penuh dalam satu selang masa. Ini dapat dibuktikan dalam bab II. Selain itu ia dipilih kerana dapat menjimatkan kos projek. Keluaran bagi penerus ini adalah tidak sepenuhnya stabil. Maka, beberapa komponen lain diperlukan bagi menyelesaikan masalah ini. Menggunaan kapasitor dan pengawal voltan (voltage regulator) untuk memberikan keluaran voltan terus (Vdc) yang lebih baik, stabil dan malar. Litar penerus ini kemudian akan disambungkan dengan litar penyongsang (inverter) dan akan menjadi sebuah sistem bekalan kuasa kecemasan (UPS). Sistem bekalan kuasa kecemasan ini akan beroperasi apabila bekalan kuasa utama terputus. 1.3 Objektif Objektif utama projek ini adalah untuk menghasilkan sebuah litar penerus (rectifier) yang boleh digunakan untuk sebuah sistem bekalan kuasa kecemasan (UPS). Litar ini mestilah beroperasi dengan baik iaitu dapat menukarkan bekalan masukan daripada voltan ulang-alik (Vj<) kepada voltan terus (V4). Litar ini juga dapat menurunkan voltan masukan 240 V kepada 12 V dan dapat mengecas bateri dengan baik dan dapat digunakan apabila litar ini sambungkan pada beban. Tidak ketinggalan juga penghasilan litar ini menggunakan kos yang rendah. 1.4 Metodologi 240 Vee Litar penerus 12 Va Rajah 1.1: Gambarajah blok untuk litar penerus (rectifier). “The rectifier circuit converts ac voltage into a fixed de voltage. The input voltage to the rectifier could be either single-phase or three-phase’ (Rashid, 1993). Litar penerus ini akan menukarkan voltan masukan 240 Vac daripada soket 3-pin yang biasa digunakan sebagai bekalan kuasa peralatan elektrik, kepada 12 Vgc untuk mengecas bateri dan voltan keluaran daripada litar ini sesui digunakan oleh litar penyongsang (inverter circuit) untuk sistem bekalan kuasa kecemasan. Litar penerus ini terdiri daripada: © Penurun Pengubah Voltan (Step-down Transformer) © Penerus Gelombang Penuh (Full-bridge rectifier) © Pengecas Bateri (Battery charger) Hubungan antara ketiga-tiga komponen ini adalah sepert dibawah; Penurun 240 Vac >| pengubah | 12 Vee voltan (Step- down Transformer) ¥ Penerus gelombang penuh (Full-bridge rectifier) eee tere 12Vee fe Rajah 1.2: Hubungan antara komponen-komponen litar penerus Voltan masukan 240 Vac daripada soket 3-pin akan melalui penurun pengubah voltan (step-down transformer), dan diturunkan voltan mengikut kapasiti bateri yang digunakan. Disini bateri yang akan digunakan adalah jenis 12 Vgc, 7.2 Ah. Kemudian penerus gelombang penuh (full-bridge rectifier) digunakan bagi menukarkan voltan ulang-alik kepada voltan terus. Keluaran daripada penerus ini menghasilkan satu gangguan frekuensi yang tinggi (high frequency noise). Beberapa kapasitor digunakan bagi mengurangkan gangguan ini sekaligus menghasilkan voltan yang stabil. Bateri yang akan digunakan sebagai penyimpan bekalan kuasa untuk digunakan semasa kecemasan adalah jenis 12 Vgc, 7.2 Ah. Memandangkan bateri hanya memerlukan voltan yang tetap atau malar, ini bermakna litar ini tiada masalah untuk mengecas bateri tersebut. 1.5 Skop Projek Untuk mengenal pasti projek ini, beberapa skop projek telah dikenal pasti. Skop projek adalah penting untuk memastikan projek ini tidak lari daripada lantasannya. Skop projek juga penting bagi mengelakkan kegagalan dalam memenuhi objektif projek ini kerana kegagalan bermakana kerugian. Kerugian daripada sudut masa, tenaga, dan wang. Skop projek adalah: Membangunkan sebuah litar penerus yang sesuai digunakan untuk sistem bekalan kuasa kecemasan (UPS). Pemilihan komponen-komponen yang bersesuaian dengan litar yang digunakan. Litar berfungsi dengan baik. Litar mengeluarkan keluaran seperti yang telah dianggarkan. Litar penerus disambungkan pada litar penyongsang lalu menjadi sebuah sistem bekalan kuasa kecemasan (UPS). Sistem bekalan kuasa kecemasan berfungsi dengan baik dan ia tidak merosakkan peralatan lain. BABII KAJIAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan Litar penerus (rectifier circuit) digunakan dalam sistem bekalan kuasa kecemasan adalah kerana ia dapat menukarkan voltan ulang-alik (Vac) kepada voltan terus (Vée). Ini adalah penting kerana bekalan kuasa kecemasan itu sendiri iaitu bateri akan menggunakan voltan terus untuk membekalkan kuasa sementara supaya beban dapat beroperasi untuk sementara waktu. Didalam litar penerus ini, setiap komponen memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan keluaran yang dijangkakan. Didalam bab ini, setiap komponen akan diperincikan dan ditunjukkan bagaimana ia berfungsi. Bab ini juga menerangkan bagaimana dan mengapa setiap komponen itu digunakan dalam litar ini. 2.2 Penurun Pengubah Voltan (Step-down Transformer). Penurun pengubah voltan digunakan didalam litar ini sebagai penurun voltan. Pengubah voltan (transformer) menurunkan voltan masukan daripada 240 V kepada 12 V. ‘transformer is used for supplying power from an alternating current power grid to equipment which uses a different voltage”. Pengubah berfungsi dengan memindahkan kuasa daripada satu litar kepada satu litar yang lain dengan perangkai bermagnet (magnetic coupling). Pengubah terdiri daripada dua atau lebih lilitan kuplet (coupled winding), atau lilitan sambungan tunggal (single tapped winding), dan secara amnya ia menggunakan lembah magnetik (magnetic core) untuk menumpukan fluks magnetik (magnetic flux). Apabila voltan terus diberi pada lilitan utama (primary winding), ia menghasilkan fluks-fluks magnetik pada teras ‘magnet, lalu menghasilkan voltan pada lilitan kedua (secondary winding). Rajah 2.1: Pengubah voltan Nisbah penurunan atau peningkatan pada pengubah, bergantung pada jumlah lilitan (winding), dan diameter dawai yang digunakan utuk lilitan. Ini dapat dilihat daripada persamaan: tale v2 N2 V1 =voltan pada primary V2 = voltan pada secondary NI =jumlah lilitan pada primary ‘N2 = jumlah lilitan pada secondary Voltan Teras Besi Utama Flux Magnet Voltan sekunder Rajah 2.2: Gambarajah pengubah voltan. Apabila V1 disambungkan kepada N1, arus akan mengalir dan menghasilkan MMF (magnetomotive force). EMF (eletromotive force) pula akan mengalirkan arus pada litar yang disambungkan pada lilitan kedua (secondary winding). MMF mengawal fluk magnet di litar magnetik. “In accordance with Faraday's law of induction, the voltage induced across the primary winding is proportional to the rate of change of fluc’? Voltan pada lilitan utama, adalah berkadaran dengan jumlah fluks. Apabila fluks magnetic direndahkan, EMF juga akan berkurangan pada lilitan utama (primary winding) dan sekaligus menaikkan arus pada litar utama tetapi apabila MMF meningkat pada litar utama, ia akan bertindak sebaliknya pada litar kedua. Ini akan memaksa kuasa pada litar utama dihantar pada litar kedua. Ketebalan fluk (flux density) juga tidak akan berubah selagi voltan pada lilitan utama berada dalam keadaan 10 stabil. Persamaan Jain yang menghubungkan bilangan lilitan, voltan, ketebalan fluks, dan luas lembah adalah: 2afNaB v2 E= = 4.44 fNaB £=voltan pada lilitan (Vrms) > frekuensi (hertz) N= bilangan lilitan a= lebar lembah (m?) B= puncak ketebalan fluks magnetik (tesla) P = Kuasa (watts) Rajah 2.3: Litar pengubah voltan 2.3 Penerus Gelombang Penuh ( full-wave rectifier) Penerus (rectifier) secara umumnya adalah susunan empat diod yang disambungkan secara litar jejambat (bridge circuit) seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah. Tujuannya adalah untuk mendapatkan keluaran yang sama polaritinya walaupun masukannya mempunyai dua polariti iaitu berpolariti positif dan negatif. Jejambat diod (diode bridge) atau dikenali juga sebagai jejambat penerus (bridge rectifier) diaplikasikan secara meluas untuk menukarkan voltan masukan ulang-alik (Vac) kepada voltan keluaran terus (Vdc). Keluaran yang sama boleh didapati pada pengubah sambungan tengah (center tapped transformer) tetapi_memandangkan pengubah ini memerlukan kos yang tinggi, maka penggunaan litar penerus ini dapat mengurangkan kos. Kelemahan pada litar penerus ini berbanding dengan pengubah sambungan tengah adalah disebabkan litar transformer menggunakan diod, maka terdapat sedikit kejatuhan voltan sekaligus memberi kesan dari segi kekurangan efisien (efficiency). Rajah 2.4: Jejambat diod (Bridge Rectifier). + Keluaran Voltan Terus Masukan Voltan Ulang-alik Rajah 2.5: Penerus gelombang penuh. Terdapat beberapa jenis penerus atau rectifier tetapi didalam projek ini, penerus gelombang penuh adalah paling bersesuaian untuk digunakan untuk litar ini. ‘Full-wave rectifier allows unidirectional (one way) current through the load during the entire 360° of input cycle’ ffloyd,2002). Penerus gelombang penuh menghasilkan gelombang yang penuh untuk satu kitar lengkap 360°. Ia juga menghasilkan dua kali ganda penggiliran positif ( positive alternation) daripada penerus gelombang separa (half-wave rectifier) dalam selang masa yang sama. Ini dapat dilihat daripada persamaan ini: Vavg ini adalah lebih kurang 63.7% daripada V, bagi penerus gelombang penuh. oe) Rajah 2.6: Litar pengubah penerus voltan penuh. Masukan penerus: Rajah 2.7: Gelombang masukan penerus Masukan pengubah adalah dalam bentuk gelombang sinus. Gelombang ini terdiri daripada dua polariti iaitu positif dan negatif. Ini dapat dilihat separti didalam rajah 2.7 diatas. Keluaran penerus: Penerus Gelombang Separa 14 Keluaran bagi penerus gelombang separa adalah terdiri daripada satu polariti sahaja tetapi gelombang yang dihasilkan adalah tidak penuh. Ini dapat dilihat seperti dalam rajah 2.8 Penerus gelombang penuh Rajah 2.9: Gelombang keluaran penerus gelombang penuh Penerus gelombang penuh menghasilkan gelombang yang penuh untuk satu kitar lengkap 360°. Ia juga menghasilkan dua kali ganda penggiliran positif daripada penerus gelombang separa dalam selang masa yang sama. Ini dapat dilihat pada rajah 2.9 diatas. 2.4 Kapasitor Bagi Melicinkan Keluaran Penerus. Keluaran daripada penerus gelombang penuh akan mengeluarkan keluaran yang berbentuk voltan terus (Vdc) tetapi keluaran ini adalah tidak tetap atau tidak malar. Bagi mengatasi masalah ini, sekaligus menstabilkan voltan terus ini, satu litar penapis (filter) diperlukan. Kapasitor digunakan dalam litar ini. Kapasitor disambungkan pada keluaran pada penerus ini. Ini adalah untuk menggurangkan riak (ripple) yang dihasilkan oleh pengubah yang tidak dapat distabilkan sepenuhnya. AAR \ Rajah 2.10: Kapasitor. Kapasitor beroperasi dalam tiga keadaan. Keadaan pertama adalah apabila Vin dibekalkan (diod berada dalam keadaan pincang hadapan), kapasitor akan memulakan proses pengecasan. Rajah 2.11: Kapasitor pada keadaan pincang hadapan Keadaan kedua adalah ketika kapasitor mengenyahcas (discharge) melalui Ri (diod berada dalam keadaan pincang belakang) proses pengecahcaskan itu akan menghasilkan gelombang keluaran seperti dalam rajah. Gelombang keluaran menjadi satu garisan lurus schingga satu kitaran lengkap dan diod menjadi dalam keadaan pincang hadapan. Rajah 2.12: Kapasitor pada keadaan pincang belakang. Keadaan ketiga pula adalah apabila diod berada dalam keadaan pincang hadapan kembali. Kapasitor akan mula mengecas kembali. Proses ini menghasilkan gelombang keluaran seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.13. Ketiga+tiga proses ini akan berulangdan menghasilkan satu gelombang terus. ¥;, exo ¥ Rajah 2.13: Penghasilan riak daripada operasi cas dan penyahcasan kapasitor Saiz bagi kapasitor tidak boleh terlampau besar. Walaupun ia dapat mengurangkan riak (ripple), tetapi ia akan menghasilkan puncak arus (peak current) yang tinggi pada litar pengubah kedua (secondary transformer). Ia juga memberi masalah bagi mendapatkan gelombang sinusoidal voltan. Riak yang besar bermakna sistem penapisan (filter) adalah kurang efektif. Manakala riak yang kecik menunjukkan sistem penapisan itu lebih efektif. Jesteru itu, lebih besar nilai kapasitor yang digunakan, semakin kecil nilai riak yang akan terhasil. 7 ‘ Diodes Or— [ Diodes On i. a v, Oy) ‘ At a Rajah 2.14: Riak (Ripple) Dua kapasitor disambungkan pada litar keluaran penerus. kapasitor pertama mempunyai galangan atau rintangan (impedence) yang tinggi dan kapasitor kedua berfungsi sebagai penapis (filter) untuk riak tersebut. Keceruman yang sama (pada keadaan kapasitor menyahcas) Penerus gelombang penuh Rajah 2.15: Perbandingan riak diantara penerus gelombang penuh dan penerus gelombang separa. Perbandingan antara riak voltan yang dihasilkan oleh pengubah gelombang separa yang nyata adalah lebih tinggi daripada riak yang dihasilkan oleh pengubah yelombang penuh walaupun menggunakan nilai kapasitor yang sama sebagai penapisan. Ini dapat dilihat pada rajah 2.15 diatas. 2.5 Transistor (TIP3055) Disini, transistor digunakan sebagai pengsuisan (switching) yang akan tengubah bekalan kuasa untuk litar sama ada didalam keadaan biasa (bekalan kuasa tama disalurkan) dan didalam keadaan kecemasan (tiada bekalan kuasa utama disalurkan). Transistor yang digunakan adalah jenis NPN. Transistor ini mempunyai 3 huki, Kaki pertama, adalah dasar (base), kaki kedua pengumpul (collector), dan kaki hetiga adalah pemancar (emitter). o_ ' S Rajah 2.16: Transistor Rajah 2.17: Gambarajah skematik dalaman bagi transisitor. Apabila tiada arus pada kaki dasar (base), kaki pengumpul (collector) dan kaki pemancar (emitter) akan terputus bermakna tiada arus dapat mengalir diantara kaki pengumpul (collector) dan kaki pemancar (emitter). A transistor in the cut off region is 19 when the base-emitter junction is not forward-biased. In this condition, there is ideally un open between collector and emitter, as indicated by the switch equivalent (Thomas 1., Floyd-2002). Trigger atau signal untuk kaki dasar (base) bagi transistor TIP3055 adalah SV. 5V inilah yang akan menjadi satu signal untuk transistor ini berada dalam keadaan litar terbuka (open switch) atau pun litar tertutup (close switch). Mee +e Re c E Apabila IB=0. litar menjadi terbuka Rajah 2.18: Transisitor beroperasi sebagai pemutus litar. Apabila ada arus disalurkan kepada kaki dasar (base) pada transistor, kaki pemungut (collector) dan kaki pemancar (emitter) akan bersambung (close). Ini bermakna arus dapat mengalir antara kaki pemancar (emitter) dan kaki pemungut (collector). 4 transistor in the saturation region is when the base-emitter junction and the base-collector junction are forward-biased.in this condition, there is ideally a short hetween collector and emitter as indicated by switch equivalent (Thomas L. Floyd- 2002). 20 Hee +\y Apabila arus mengalir pada kaki dasar, litar akan jadi tertutup. 3 ™ Rajah 2.19: Transisitor beroperasi sebagai penyambung litar 2.6 Pengawal voltan (Voltage Regulator) - LM 7805 Pengawal voltan beroperasi dengan mengeluarkan voltan de yang malar. Ia tidak bergantung dan tidak dipengaruhi oleh voltan masukan, beban,dan suhu. A voltage regulator provides a constant de output voltage that is essentially independent of the input voltage, output load current, and temperature (Thomas L. Floyd-2002). Voltan masukannya adalah daripada voltan keluaran bagi penerus yang telah di tapis (filtered). Secara umumnya pengawal voltan terbahagi kepada dua jenis iaitu pengawal linear (linear regulator) dan pengawal pensuisan (switching regulator). Dalam projek ini, pengawal voltan linear (linear voltage regulator) digunakan kerana keluarannya adalah tetap dan malar samada dalam bentuk positif sahaja ataupun negatif sahaja. | Rajah 2.20: Pengawal Voltan 21 Pengawal voltan yang digunakan dalam litar ini adalah dalam bentuk satu komponen dimana ia mempunyai tiga kaki. Kaki pertama adalah masukan (Input), kaki \cdua adalah kebumi (Ground), dan kaki ketiga adalah keluaran (Output). Masukan Keluaran postif —-—9 T8XX —p—o postit Rajah 2.21: Penyambungan pengawal voltan. Terdapat banyak litar bersepadu pengawal voltan mengikut jenis dan voltan keluarannya. Projek ini menggunakan litar persepadu pengawal voltan linear dan pemilihan voltan keluarannya pula boleh dilihat berpandukan jadual dibawah. Maka, projek ini menggunakan pengawal voltan linear LM 7805. 460 +80 .0V +120 +150V) +180 +0 Rajah 2.22: Jadual jenis nombor untuk pengawal voltan. 22 Pengawal voltan 7805 ini digunakan unuk ‘rigger transistor yang digunakan sebagai sisitem suis. Keluaran pada litar pesepadu ini, iaitu 5 V akan disambungkan kepada kaki dasar transisitor. SV ini akan menjadi signal kepada transistor supaya berada dalam keadaan litar tertutup ataupun litar terbuka. 2.7 Diod Secara amnya, diod adalah satu komponen elektronik yang hanya membenarkan rus mengalir dalam satu arah sahaja. Arus hanya boleh mengalir dari anod ke katod sahaja iaitu pada dalam keadaan pincang hadapan. Apabila dalam keadaan pincang belakang, diod akan terbuka dan beroperasi seperti suis yang telah di padamkan. Litar ‘kan terputus dan arus tidak dapat mengalir melaluinya. Terdapat banyak jenis diod yang boleh didapati tetapi pemilihan diod berpandukan ciri-ciri dan kegunaannya. Rajah 2.23: Diod Anod r od Rajah 2.24: Simbol diod. 23 Didalam projek ini dua jenis diod telah digunakan iaitu jenis IN4007 dan 1N5408. Ciri-cirinya akan disebut seperti di bawah 1N4007 IN5408 Vann 1000V 1000V Vasm 700V 1200V Voe 1000V To 1.0A 3.0A Irs 30A 200A Ta 50°C 50°C Rajah 2.25: Jadual perbezaan diod Veem = Maksimum voltan puncak yang boleh di praktikalkan. Vesa = Maksimum voltan terus yang boleh dipraktikalkan. 1, = Arus maksimum yang boleh di praktikalkan pada pincang hadapan. igq= Arus maksimum untuk satu kitar lengkap pada keadaan pincang hadapan. = Suhu yang mampu dipraktikalkan. 28 ~ Bateri Bateri adalah penting bagi sebuah sistem bekalan kuasa kecemasan. Ini adalah kerana bateri akan berfungsi sebagai sumber yang membekalkan kuasa kecemasan. Terdapat banyak jenis bateri yang berada di pasaran. Bateri yang lazimnya atau yang sesuai digunakan untuk sebuah sistem bekalan kuasa kecemasan adalah bateri jenis lead-asid. Untuk projek ini, bateri lead-asid 12 Vie, 7.2 Ah akan digunakan. 24 Rajah 2.26: Bateri 12Vde 7.2 Ah Apabila dalam keadaan normal, iaitu pada masa ada sumber voltan utama dibekalkan, bateri akan dicas schingga ia mencapai keadaan cas penuh (fully charge state). Pada masa yang sama, bateri akan perahan-lahan mengalirkan arus sekaligus dikekalkan dalam keadaan cas penuh. Dalam keadaan cas, bateri memerlukan voltan yang malar (constant voltage). Pada keadaan ketiadaan bekalan elektrik utama pula, bateri akan mengalami penyahcasan. Bateri akan menyahcas sehingga ia sampai ke satu tahap yang dipanggil the final discharge voltage level. Tetapi sebenamnya bateri tidak digalakkan untuk dinyahcas sehingga sampai ke tahap ini dengan kerap kerana ia boleh menyingkatkan jangka hayat bateri itu sendiri. Lebih banyak bateri dinyahcas, lebih sedikit capasiti bateri yang tinggal, dengan kata lain lebih singkat lagi jangka hayat bateri boleh beroperasi. ‘Apabila bekalan elektrik utama kembali beroperasi, bateri akan dicas semula sehingga sampai ke tahap cas penuh dan bateri kembali boleh beroperasi dikala ketiadaan bekalan kuasa utama.

You might also like