You are on page 1of 4

d) Huraikan bagaimana setiap elemen yang ada dalam bilik darjah yang anda lakarkan

itu dapat melahirkan persekitaran yang mesra budaya dalam konteks kesihatan hidup
belajar, peningkatan kualiti pembelajaran, dan hubungan sosial.

Kesihatan hidup belajar (Aspek fizikal)

Elemen dalam bilik darjah amat penting dalam melahirkan persekitaran yang mesra
budaya. Dalam konteks kesihatan hidup belajar, aspek fizikal sangat perlu
dititiberatkan.

Pakar-pakar pendidikan telah menjalankan pelbagai penyelidikan dan


merumuskan bahawa susunan fizikal yang baik akan menjamin kelicinan dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan rancangan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), penyusunan meja dan kerusi murid adalah
berasaskan kepada aktiviti kumpulan. Ini perlu bagi menggalakkan interaksi terbuka
antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Sesebuah kelas KBSR boleh
dibahagikan kepada tiga jenis kumpulan, iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana
dan kumpulan lambat.

Guru hendaklah sentiasa memastikan bahawa penyusunan meja-kerusi dalam


bilik darjah disusun mengikut aktiviti kumpulan. Bahan-bahan aktiviti pengayaan
haruslah diletakkan di tempat-tempat yang sesuai supaya mudah dibawa dan disimpan.
Murid-murid dalam sesuatu kumpulan tidak semestinya sentiasa kekal dalam kumpulan
itu. Murid-murid boleh dipindahkan ke kumpulan yang lain mengikut kemajuan mereka
dalam sesuatu mata pelajaran. Kedudukan mereka dalam kumpulan-kumpulan juga
dipindahkan mengikut perbezaan taraf pencapaian mereka di antara mata pelajaran.
Oleh itu pengurusan ruang untuk aktiviti pengayaan secara kumpulan haruslah
dilaksanakan secara mudah ubah.
Saiz bilik darjah juga penting kerana ia menjamin keselesaan murid-murid di
dalamnya. Ukuran bilik darjah yang dianggap sesuai untuk menampung 40 orang murid
ialah 7x9 meter. Walaubagaimanapun, disebabkan program pendidikan masa ini seperti
KBSR dan KBSM menekankan pembelajaran sebagai proses yang aktif, maka saiz bilik
darjah sepatutnya diperbesarkan lagi.

Sebagaimana yang terdapat dalam perancangan KBSR, ruang-ruang


pembelajaran disediakan untuk mempamerkan hasil-hasil kerja murid, carta, gambar
yang berwarna-warni, model dan objek maujud yang lain. Papan kenyataan dan almari
yang disediakan untuk mempamer hasil projek individu dan kumpulan supaya murid-
murid dapat belajar daripada kawan-kawan. Pameran hasil kerja murid juga
memberikan perasaan kejayaan serta pengakuan kepada mereka. Di samping itu,
keadaan bilik darjah yang menarik dan dipenuhi dengan bahan-bahan pembelajaran
menyediakan suatu suasana yang kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Keadaan cahaya dan udara dalam bilik darjah yang baik sangat penting dalam
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Sesebuah bilik darjah seharusnya
mempunyai tingkap dan pintu yang mencukupi. Tingkap dan pintu seharusnya dibuka
untuk membolehkan pengedaran udara yang secukupnya di dalam bilik darjah.
Kekurangan udara akan menyebabkan keadaan bilik darjah yang panas dan murid
akan mengantuk serta gelisah. Situasi seperti ini mendorong timbulnya masalah-
masalah disiplin. Cahaya yang cukup juga penting bagi murid-murid. Bilik darjah yang
gelap atau tidak cukup terang akan menjejaskan penglihatan murid-murid. Situasi
tersebut juga menyebabkan murid cepat berasa letih dan mengantuk.

Berdasarkan pelan lakaran yang dilukis, terdapat peralatan bilik darjah yang
terdiri daripada kerusi dan meja murid-murid, kerusi dan meja guru, papan kenyataan,
juga rak-rak buku dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Di dalam
kebanyakan bilik darjah, sebuah almari turut disediakan. Di dalam kelas KBSR, meja
dan kerusi murid disusun mengikut kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada enam
hingga lapan orang murid. Meja dan kerusi yang disediakan perlu sesuai dengan
keadaan murid-murid. Ketika duduk, kaki murid boleh menjejak lantai dan tidak
tergantung. Pelajar yang berasa selesa dapat memberikan lebih perhatian terhadap
pengajaran gurunya dan mendorong proses pembelajaran.

Aspek kebersihan merupakan aspek yang sangat penting dalam mengekalkan


kesihatan murid supaya sentiasa dalam keadaan baik. Kawasan bilik darjah mestilah
sentiasa bersih dan terjaga. Guru perlu menyediakan jadual bertugas harian yang
ditampal di hadapan bilik darjah. Tugasan yang perlu dilaksanakan setiap hari adalah
seperti menyapu sampah, memadam papan hitam, menyusun meja, mengelap tingkap
dan membuang sampah. Guru perlu memastikan setiap murid menjalankan tugas
masing-masing setiap hari. Sebelum memulakan pengajaran, guru perlu memerhatikan
kebersihan bilik darjah terlebih dahulu supaya proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta tidak ada sebarang gangguan.

Hubungan sosial

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tidak hanya bergantung kepada


bilik darjah yang selesa atau kaedah pengajaran yang efektif, ia juga merangkumi
hubungan sosial antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Personaliti guru
dan cara guru melayan murid-murid serta suasana sosioemosi yang wujud di dalam
bilik darjah sangat penting dalam perhubungan sosial antara guru dengan murid.

Dari aspek kasih sayang, guru perlu menyayangi murid-murid. Kasih sayang
berpunca daripada pengetahuan dan kefahaman tentang murid-murid. Mereka tidak
akan dapat belajar, membesar dan berkembang dengan baik tanpa pemahaman dan
kasih sayang daripada guru dan ibu bapa. Selain kasih sayang dan pemahaman, guru
hendaklah bersikap adil dan tidak pilih kasih. Semua pelajar di dalam kelas harus
dilayan secara saksama. Guru tidak boleh menumpukan kepada seseorang murid
sahaja. Guru perlu mengetahui dan mengingati semua nama murid di dalam bilik darjah
supaya murid tidak berasa hati jika guru tidak memanggil nama mereka dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Guru yang baik juga perlu menyelitkan unsur kecindan ke dalam pengajarannya.
Untuk mengelakkan kebosanan, guru boleh bergurau senda dengan murid dari masa ke
semasa. Guru tidak boleh menggunakan sindiran terhadap murid-muridnya kerana ini
akan menyebabkan murid-muridnya berasa rendah diri dan terhina. Unsur kecindan
dapat membentuk perhubungan yang mesra antara guru dengan murid. Hal ini dapat
menjadikan bilik darjah suatu tempat yang bahagia dan digemari murid-murid dan
seterusnya dapat meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Guru hendaklah sentiasa mengamalkan demokrasi di dalam bilik darjah.


Misalnya, guru tidak membuat keputusan untuk melantik ketua darjah sebaliknya
meminta murid-murid yang lain untuk memilihnya. Guru juga sanggup mendengar dan
menerima pendapat yang baik daripada murid-murid. Bagi setiap pendapat yang
dikeluarkan oleh murid, guru perlu mendengar terlebih dahulu apa yang mereka hendak
kemukakan, bukanlah menolak terus tanpa mendengar penjelasan daripada mereka.
Selain itu, guru juga perlu mempunyai sifat bertimbang rasa dan bersopan-santun. Guru
perlu mempunyai sifat kemanusiaan dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap
demikian akan membentuk murid yang bersifat sedemikian terhadap rakan-rakan
mereka.

You might also like