You are on page 1of 2

MODERATOR

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penonton yang hadir di studio dan
penonton di rumah yang sedang menonton Rancangan Malaysia Hari Esok. Tajuk forum kita
pada hari ini adalah Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa. Saya Azrul Nizam merupakan
modurator forum kita pada hari ini. Tanpa membuang masa, izinkan saya memperkenalkan ahli
panel forum kita pada hari ini iaitu Dato’ Nurain yang merupakan Menteri Pendidikan Malaysia
dan juga Dato’ Hanif Faizin yang merupakan seorang guru besar dan juga sebagai wakil ibu bapa
di dalam forum kita pada hari ini.

2. Sebelum kita bincang dan kupas dengan lebih lanjut lagi isu dan cabaran Pendidikan semasa,
eloklah sekiranya kita meminta Menteri Pendidikan negara kita untuk menerangkan tahap
Pendidikan Malaysia pada masa kini. Di manakah berdirinya sistem Pendidikan negara kita?
Sejauhmanakah perkembangan sistem Pendidikan di negara kita?

3. Terima kasih kepada Dato’ kerana sudi menerangkan mengenai tahap Pendidikan di negara
kita. Kita perlu bersyukur kerana Sistem Pendidikan di negara kita bertambah maju dari masa ke
masa. Antara isu yang telah ditimbulkan oleh Dato’ sebentar tadi adalah masalah perkembangan
teknologi maklumat (ICT) dan juga masalah kepelbagaian budaya. Kita boleh menambah satu
lagi isu di dalam senarai yang diberikan oleh Dato’ iaitu gejala sosial dalam kalangan murid-murid
yang sememangnya berlaku pada hari ini.

4. Antara isu kepelbagaian budaya yang berlaku adalah murid India dan Melayu bergaudh akibat
daripada panggilan berunsur penghinaan (Shah Alam). Saya minta guru besar iaiti wakil
pentadbir untuk memberikan pendapat mengenai perkara ini. Bagaimanakan isu ini ditangani di
pihak pentadbir? Apakah isu lain yang turut berlaku di sekolah?

5. Terima kasih di atas ulasan yang sangat mantap daripada Dato’ Hanif sebentar tadi. Beliau
telah mengatakan bahawa pihak pentadbir perlu lah sentiasa cakna dan sentiasa buka mata
mengenai perkara-perkara yang berlaku di dalam sekolah. Seterusnya, guru-guru perlulah
berusaha untuk mengelakkan kes-kes di sekolah untuk dibawa menjadi kes polis bagi menjaga
nama baik sekolah.

6. Masalah seterusnya adalah perkembangan Teknologi Maklumat iaitu media sosial. Seperti
yang kita sedia maklum, media sosial amat-amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia
terutamanya dalam kalangan belia dan murid-murid sekolah. Pada pendapat saya, media sosial
membawa lebih banyak pengaruh negatif berbanding dengan pengaruh yang positif. Saya petik
salah satu isu yang berlaku di Bagan Serai, Perak, pelajar sekolah menjadi ejen judi online
dengan modal serendah RM10 menggunakan telefon bimbit. Apakah pendapat Menteri
mengenai perkara ini? Siapakah yang perlu kita salahkan dan apakah yang boleh dilakukan bagi
membendung perkara ini?

7. Terima kasih di atas ulasan yang sangat kritis daripada Menteri kita sebentar tadi. Beliau
menyeru kepada ibubapa yang menyediakan alat-alat teknologi kepada anak-anak untuk
sentiasa memantau kegiatan anak-anak. “Parental Control” amatlah penting bagi memastikan
anak-anak tidak terpengaruh kepada benda-benda yang boleh merosakkan diri mereka melalu
media sosial. Di pihak sekolah pula, guru-guru perlulah melakukan sebanyak kempen yang boleh
bagi mendedahkan kepada murid-murid mengenai bahaya serta penguatkuasaan undang-
undang yang dilakukan di dalam penggunaan media sosial.

8. Bagi masalah gejala sosial pula, suka saya meminta pandangan daripada wakil ibubapa kita
iaitu Dato’ Hanif sendiri. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan video viral di Facebook (FB) di mana
dua orang murid merokok di dalam kelas dan tidak diendahkan oleh guru yang sedang mengajar.
Perkara ini berlaku kerana guru tiada kuasa untuk memberikan apa-apa denda kepada murid.
Guru hanya mampu untuk meneruskan kelas seperti biasa tanpa mempedulikan murid di
belakang yang sedang merokok. Pada pendapat Dato’, sebagai ibubapa, adakah Dato’ bersetuju
dengan perkara ini? Adakah wajar tindakan guru ini membiarkan murid-murid ini merokok kerana
tiada peruntukan kuasa?

9. Terima kasih di atas penerangan yang begitu mendalam sebentar tadi. Berdasarkan ulasan
Dato’ sebentar tadi, seorang guru perlulah memahirkan serta memahami pekeliling yang telah
disediakan untuk sekolah. Guru perlulah mengetahui tindakan yang boleh diambil apabila
berhadapan dengan murid-murid yang bermasalah di dalam kelas. Sebagai seorang ibubapa,
Dato’ tidak bersetuju dengan tindakan guru tidak mengendahkan murid melakukan masalah di
dalam kelas.

10. Kita telah tiba ke penghujung forum pada kali ini. Konklusi daripada forum kita pada hari ini
adalah, Pihak Menteri, Pentadbir dan Ibu Bapa perlulah mempunyai sinergi yang kuat bagi
membasmi cabaran-cabaran yang kita dihadapi di dalam Pendidikan masa kini. Ribuan terima
kasih diucapkan kepada ahli panel yang sudi hadir pada hari ini, kepada para penonton, dan juga
kepada “sponsor” utama kami iaitu Air Maduria. Semoga kita berjumpa lagi di dalam rancangan
Malaysia Hari Esok.

You might also like