You are on page 1of 4

Sub Modul 6.

KAJIAN KES GURU BERMASALAH

KES : MENCUBIT MURID HINGGA LAOPRAN POLIS


DIBUAT
RESPONDEN : ENCIK MUHAMMAD ROSLEEZAN BIN ARISAN
UMUR : 32 TAHUN
JANTINA : LELAKI
OPSYEN : BAHASA INGGERIS
JAWATAN : GURU BAHASA INGGERIS
PENGALAMAN
MENGAJAR : 9 TAHUN

En. Muhammad Rosleezan dilahirkan pada 16 April 1985 di Taman Seri


Rahmat, Johor Bahru. Beliau mempunyai 1 orang isteri dan seorang anak.
Beliau mula bertugas di SK Temenggong Abdul Rahman 2, bermula 3 Januari
2008.

Kejadian Kes

Pada 19 Jun 2017, lebih kurang pukul 10.30 pagi naik daripada rehat. Cikgu
berkenaan telah memasuki kelas 3 Wira dan beliau telah meminta semua
murid di dalam kelas untuk mengeluarkan buku teks Bahasa Inggeris.. Didapati
beberapa orang murid tidak bawa buku yang teks Bahasa Inggeris. Cikgu
tersebut meminta semua murid yang tidak membawa buku ke depan. Cikgu
mencubit murid yang tidak membawa buku. Cikgu berkenaan telah mencubit
dileher seorang daripada murid tersebut. Cubitan tersebut melebihi daripada 5
kali. Pada sebelah malam, ibu bapa seorang murid tidak berpuas hati dengan
tindakan cikgu berkenaan dan terus membawa anak beliau ke klinik swasta
seterusnya ke balai polis atas nasihat doktor yang merawat. Pada keesokkan
harinya pegawai penyiasat telah hadir ke sekolah dan membuat siasatan
dengan berjumpa dengan guru besar. Kesalahan yang boleh didakwa ialah
seksyen 323 membawa kecederaan dan boleh dihukum RM 2000 dan setahun
penjara.
Penyelesaian Berdasarkan Pengurusan, Emosi, Pengurusan Rohani,
Pengurusan Ilmu Serta Nilai Dan Etika

Saya telah berjumpa dengan guru terbabit dan mendapatkan maklumat


daripada beliau secara bersemuka dan tertutup saya membuat kaunseling
individu kebetulan ijazah saya ialah kaunseling. Hasil dapatan saya, beliau
sebenarnya stres kerana dirumah tidak cukup tidur kerana menjaga anak dan
isteri beliau yang masih di dalam pantang. Beliau baru sahaja dikurniakan
anak pertama setelah 6 tahun berkahwin dan tidak ada pengalaman untuk
menjaga bayi. Beliau terpaksa bangun malam menguruskan anak beliau yang
menangis ketika itu. Menurut Dr. Hatta Sidi, Dr. Ruzanna Zamzam & Prof. Dr.
Mohammad Hatta Shaharom (2003), stres boleh mendatangkan kesan yang
berbeza, iaitu kesan positif dan kesan negatif. Stres yang melampau batas
boleh mendatangkan kesan-kesan negatif. Kebetulan murid yang beliau cubit
dileher menjawab ketika beliau bertanya kenapa tidak bawa buku dan
memberikan alasan yang tidak munasabah. Murid tersebut sering melanggar
disiplin di kelas dan tercatat di dalam buku aduan kelas. Antara kesalahan
murid tersebut ialah menganggu kawan di dalam kelas, sering tidak membawa
buku dan menganggu kelas ketika cikgu mengajar. Bagi mengatasi masalah
ini saya telah memberi celik akal kepada beliau untuk mengatasi masalah yang
dihadapi. Matlamat saya ialah dapat menyelesaikan masalah ini secara situasi
menang-menang. Cikgu dapat menjalankan tugas dengan baik dan ibu bapa
dapat menarik laporan dan batalkan saman terhadap guru. Beliau telah
membuat keputusan dengan membuat surat aku janji tidak melakukan lagi
kesalahan yang serupa selama mengajar di sekolah SK Temnenggong sebagai
bukti bertulis kepada ibu bapa.

Saya telah mengaturkan penemuan berjumpa dengan ibu bapa terbabit


bersama dengan YDP PIBG sekolah pada hari Khamis malam di sebuah
restoran makanan segera yang berdekatan dengan sekolah.. Dalam
pertemuan tersebut saya ingin mendapatkan maklumat dari pihak ibu bapa dan
cuba berunding untuk ibu bapa terbabit menarik balik laporan dan saman
terhadap guru saya. Dalam pertemuan dapatan saya ialah, ibi bapa amat tidak
puas hati kerana cikgu mencubit di leher menurut ibu bapa murid kawasan
tersebut ialah kawasan berbahaya dan ibu bapa murid lebih dari sekali
berdasarkan kepada kesan lebam. Dalam perundingan tersebut saya cuba
menyakinkan ibu bapa bahawa cikgu tersebut telah insaf dan tidak mengulangi
lagi kesalahan tersebut dengan menunjukkan surat pengakuan guru terbabit.
Perundingan berjalan lebih kurang dua jam dalam keadaan harmoni. YDP
PIBG turut membantu bercakap bagi pihak ibu bapa sekolah meminta ibu bapa
mangsa menarik balik laporan dan tindakan saman bagi menjaga nama baik
sekolah dan juga masa depan guru terbabit.

Hasil perbincangan, ibu bapa murid bersetuju menarik balik laporan


polis dan saman dengan bersyarat, syarat ibi bapa mangsa ialah guru tersebut
perlu ditukarkan ke sekolah lain.

Pada hari Isnin minggu berikutnya, saya telah berjumpa dengan pegawai
kaunseling PPD Johor Bahru dan membuat perbincangan terhadap masalah
yang dihadapi. Pegawai kaunseling memaklumkan bahawa PPD Johor Bahru
telah mengambil beberapa tindakan antaranya
1. Memanggil guru tersebut untuk mengikuti sesi kaunseling individu
secara formal di PPD Johor Bahru dikendalikan oleh pegawai
kaunseling
2. Memindahkan guru tersebut ke sekolah lain mengikut prosedur. Ini
dilakukan agar perkara ini tidak di bawa ke hadapan bagi menjaga masa
depan cikgu terbabit. Perpindahan akan dilaksanakan pada bulan
Disember 2017.

Tindakan Susulan

Guru Besar telah membuat mesyuarat tergempar kepada semua guru pada
hari Ahad bermula pukul 1. Antara ucapan dan amanat guru besar seperti
berikut:
1. Guru Besar memohon semua guru untuk mengikuti tatacara kod etika
merotan yang dibenarkan oleh Kementerina Pendidikan Malaysia
sepertimana Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/2003. Guru
memaklumkan juga setiap kali mesyuarat beliau sering mengingatkan
semua guru agar sentiasa menjaga etika jangan menyentuh dan
merotan murid.
2. Guru besar meminta semua guru agar sentiasa bersabar dan mengawal
kemarahan semasa di dalam kelas. Beliau menekankan bahawa kerja
sebagai seorang guru itu merupakan pekerjaan yang mulia dan ibadah.
Guru-guru perlu ikhlas untuk mengajar dan sentiasa mengawal diri
paling kurang beristighfar ketika marah.
3. Guru besar juga turut memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan
latihan dalam perkhidmatan pengurusan stres pada awal tahun depan.

Sebagai kesimpulan di dalam kes ini, di dapati 4 aspek penting yang perlu
diambil perhatian oleh pemimpin iaitu pengurusan emosi, rohani, ilmu serta nilai
dan etika penjawat awam. Hubungan baik pemimpin dan perundingan
berkesan adalah salah satu pendekatan yang paling penting ke arah
penyelesaian konflik dan kejayaan organisasi. Win win situation juga perlu
diambil kira agar kehendak responden dan pentadbir dapat dicapai.

You might also like