You are on page 1of 3

Ketua Program,

Program Pengurusan Majlis Rasmi,


Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),
Bukit Kiara,
Jalan Bukit Kiara,
50480 Kuala Lumpur.
(U.P. Puan Rosita binti Rahim)

Tuan,

MEMOHON PENCERAMAH KURSUS PROTOKOL DAN PENGACARAAN MAJLIS

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru
Malaysia Kampus Pulau Pinang akan menganjurkan kursus yang tersebut seperti butiran yang
berikut:

Tarikh : 14 MAC 2009


Tempat : IPGM Kampus Pulau Pinang
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Peserta : Guru-guru sekolah dan pensyarah IPGM
( Lebih kurang 80 orang)

3. Sehubungan itu saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dengan
membenarkan seorang penceramah dari INTAN untuk tujuan yang tersebut.

4. Kerjasama daripada tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

‘Cintailah Bahasa Kita’

Saya yang menurut perintah,

………………………………..
( RIJENG JAHET )

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU KIKIR


(MODEL KHAS)
72200 BATU KIKIR
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
KOD SEKOLAH: NEE 6002
TEL : 06-4981393 FAX : 06-4982620

Tuan Pegawai Pelajaran


Daerah Jempol dan Jelebu,
Pejabat Pendidikan Daerah ,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tuan,

PERASMIAN PROGRAM "BEGHOLEK GODANG SENI RUPA MALAYSIA" TAHUN 2010.

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Pihak sekolah berbesar hati menjemput Tuan Pegawai Pelajaran Daerah untuk
menyempurnakan Majlis Perasmian Program "Begholek Godang Seni Rupa Malaysia" peringkat
SMK Batu Kikir (Model Khas) yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 28 September 2010


Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Za'ba, SMK Batu Kikir (Model Khas)

3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat meluangkan masa untuk
menyempurnakan perasmian majlis seperti yang tercatat di atas.

5. Bersama-sama ini juga disertakan aturcara majlis untuk makluman tuan .

6. Perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,


Persatuan Guru-guru (SAR) KAFA Negeri Terengganu (PERSAKA)
d/a Pejabat Felda Cerul 1 dan 2,
24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman..

Ruj.Kami :
Tarikh : 15 Januari 2018.

Kepada :

Mohd Saideei bin Salleh


Pengurus Besar FELDA Wilayah Terenganu,
Pejabat FELDA Wilayah Terengganu,
Lot 10262, Tepoh, Mukim Kuala Nerus,
21060 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Tuan,

Jemputan Mesyuarat Guru Besar Dan Hala Tuju SAR


Bersama Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan Persatuan Guru-guru (SAR) KAFA Negeri Terengganu


(PERSAKA) akan mengadakan satu mesyuarat sebagaimana di atas seperti butiran berikut :
Tarikh : 24 Januari 2018
Hari : Rabu
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan Tan Sri Yusoff Nor, FELDA Wilayah Terengganu

3. Sehubungan dengan itu, kami dengan penuh takzim menjemput tuan untuk sama-
sama hadir ke mesyuarat ini yang antara lain membincangkan hala tuju SAR di masa akan
datang. Semoga dengan kehadiran tuan mesyuarat ini akan berjalan dengan lebih lancar.

4. Semoga jemputan ini mendapat perhatian dan pertimbanan yang sewajarnya dari
pihak tuan.Kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah

………………………………….
(Arita binti Johari)
Setiausaha
Persatuan Guru-guru (SAR) KAFA Negeri Terengganu

You might also like