You are on page 1of 4

5.

0 PELAKSANAAN KAJIAN

. Menurut Stephen Kemmis (1988), kajian tindakan merupakan suatu corak


penyelidikan yangdilakukan melalui inkuiri kendiri (self reflective inquiry) dan
dilakukan secara kolaboratif dalamsatu situsi sosial yang kecil. Ia bertujuan untuk
meningkatkan kefahaman dan kesedaran para murid kajianterhadap amalan murid
kajian dan situasi di mana amalan-amalan ini berlaku melalui pemeriksaan tindakan
murid kajian secara kritikal serta memperbaiki amalan murid-murid kajian untuk
mencapai matlamat yang dipersetujui bersama. Berdasarkan tindakan yang telah
dirancang, pengkaji telah melaksanakan kajian melalui proses dalam kitaran
lingkaran pertama mengikut model Kemmis. Berikut merupakan jadual pelan
tindakan yang dilaksanakan dalam kajian ini.

Jadual 5.1 : Proses dan Tindakan yang dilaksanakan

BI PROSES TINDAKAN
L
1. Langkah Pertama Fokus/isu kajian
(Tinjaun Awal) lampau/refleksi
2. Langkah Kedua Merancang kajian yang
(Merancang) sesuai
3. Langkah Ketiga Pelaksanaan tindakan
(Pelaksanaan)
4. Langkah Keempat Pemerhatian Tindakan
(Pemerhatian)
5. Langkah Kelima Refleksi dan Penilaian
(Merefleksi) kendiri
5.1 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Berdasarkan Jadual langkah tindakan di jadual 5.1, berikut merupakan jadual


mengenai tindakan yang dijalankan oleh pengkaji berpandukan Model Stephen
Kemmis (1983) dalam penyelidikan tindakan yang telah dirancang.

Jadual 5.2 : Langkah Tindakan yang dilaksanakan

Tinjauan Awal
(Fokus / Isu Kajian Lampau / Refleksi)

Sebelum melaksanakan perancangan, pengkaji perlu mengenal pasti


masalah yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Tindakan ini boleh dilaksanakan dengan beberapa kaedah
seperti pemerhatian, temubual dan melalui semakan buku latihan,
lembaran kerja dan seumpamanya.
Pengkaji memilih ujian pra sebagai kutipan data awal.
Masalah mengenai kekeliruan bentuk huruf “v” dan “u” semasa menulis
dalam sesuatu perkataan dikenalpasti.
Pengkaji membuat tinjauan awal terhadap masalah tersebut melalui
lembaran kerja murid.

Perancangan

Pengkaji merancang tindakan apakah yang difikirkan sesuai untuk


menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh subjek kajian.
Pengkaji menentukan objektif kajian dan persoalan kajian.
Pengkaji merancang langkah intervensi yang sesuai dijalankan untuk murid
kajian.
Pengkaji merancang bahan bantu mengajar yang sesuai untuk mengatasi
masalah tulisan yang dihadapi oleh murid kajian.
Pengkaji membina aktiviti latihan “Maze Writer” sebagai kaedah
penyelesaian masalah tulisan murid kajian.
Pengkaji memberikan ujian pra kepada murid kajian sebelum intervensi
latihan “Maze Writer” dijalankan.

Tindakan

Pengkaji melaksanakan tindakan berdasarkan perancangan yang telah


dibuat untuk mengatasi masalah tulisan yang dihadapi oleh murid kajian.
Pengkaji memberi penerangan tentang pelaksanaan aktiviti latihan “Maze
Writer” kepada murid kajian.
Memberi kefahaman secara lisan mahupun bertulis mengenai penggunaan
huruf “v” dan “u” yang betul dalam sesuatu perkataan.
Memberi pendedahan agar murid kajian lebih faham akan bentuk huruf “v”
dan “u” dengan betul dalam sesuatu perkataan melalui penggunaan latihan
“Maze Writer”.
Memberi latihan kepada murid kajian menggunakan latihan “Maze Writer”
secara berterusan.
Melatih murid kajian membezakan bentuk huruf “v” dan “u” melalui cara
melaksanakan latihan “Maze Writer”.

Pemerhatian
Pengkaji melaksanakan ujian pasca kepada murid kajian yang bentuknya
sama dengan ujian pra yang telah dijalankan sebelum pengkaji
melaksanakan intervensi. Hal ini akan dapat memberikan maklumat
mengenai keberkesanan intervensi yang telah dilaksanakan.
Pengkaji mengumpul dan menganalisis data untuk menilai keberkesanan
tindakan yang telah dijalankan.
Refleksi
Refleksi dilaksanakan untuk menilai keberkesanan tindakan penyelesaian
yang telah dijalankan oleh pengkaji terhadap masalah kekeliruan dalam
menulis huruf yang hampir sama bentuknya yang dihadapi oleh murid
kajian.
Pengkaji meneliti sama ada objektif kajian yang dirancang pada awalnya
dapat dicapai ataupun sebaliknya.
Pengkaji akan mencadangkan penambahbaikan yang munasabah
sekiranya lingkaran kedua dilaksanakan.

5.2 Kaedah Pengumpulan Data

Terdapat pelbagai jenis kaedah pengumpulan data yang boleh digunakan dalam
sesuatu kajian tindakan. Kajian ini mempunyai kaedah pengumpulan data yang
sesuai bagi setiap objektif kajian iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

Penilaian adalah satu komponen yang penting dalam pendidikan.


Berdasarkan penilaian, guru dapat mentafsirkan pencapaian prestasi pelajar. Kajian
kes yang telah dijalankan oleh Resnick dan Ford (1981) dalam buku Collaborative
Action Research For English Language Teachers menunjukkan ramai murid yang
dianggap berjaya dalam pelajaran berdasarkan pencapaian dalam ujian sebenarnya
tidak memahami apa-apa. Oleh itu, penilaian melalui pengumpulan data sangat
penting. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan tiga instrument pengumpulan data.

5.2.1 Pemerhatian

Pemerhatian digunakan untuk merekod tingkah laku dan interaksi murid kajian dalam
kajian yang dijalankan. Menurut Shamsina Shamsuddin (2013), terdapat dua jenis
pemerhatian iaitu pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turut serta. Dalam
pemerhatian turut serta, pemerhati terlibat secara langsung dalam situasi yang
diperhatikan manakala pemerhatian tidak turut serta pula adalah sebaliknya.
Terdapat du acara untuk mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian iaitu
pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian berstruktur
menggunakan senarai semak manakala tidak berstruktur menggunakan nota
lapangan. Data pemerhatian berbentuk senarai semak dianalisis menggunakan
frekuensi dan peratus manakala data pemerhatian daripada nota lapangan dianalisis
menggunakan kaedah analisis kualitatif.

You might also like