You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal : Ke-1

Minggu praktikum : Pertama

Tarikh Peristiwa / kejadian : 20 FEB – 22 FEB 2018

Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK Laguna Merbok

Pada hari pertama, saya bersama pasangan INTERNSHIP melapor diri kepada Puan
wan Rozita Bt Wan Osman, Penolong Kanan Pentadbiran SK Laguna Merbok, Sungai
Petani, Kedah. Kami memperkenalkan diri kepada beliau. Kami telah memberi sedikit
informasi tentang tugansan yang telah diberikan selama 4 bulan ini kepada beliau.

Pada masa yang sama, kami telah diberikan jadual waktu pengajaran dan
pemudahcaraan bagi empat minggu tersebut. Saya telah diberikan 3 waktu bagi mengajar
Bahasa Tamil bagi murid Tahun 3. Seterusnya, kami juga diberi mentor bagi menjalankan
projek dengan di sekolah tersebut. Oleh itu, Puan Kogilawani A/P Govindarajan telah dilantik
sebagai mentor kami. Kami telah berbincang dengan beliau mengenai projek yang boleh
membuat di sekolah tersebut. Beliau telah memberi pelbagai idea projek yang boleh kami
jalankan di sekolah tersebut selama 4 minggu tersebut.

Selain itu, kami juga membuat perbincangan dengan Pn. Wan Rozita Bt Wan
Osman, Penolong Kanan Pentadbiran mengenai projek yang kami ingin menjalankan
selama 4 minggu tersebut. Beliau juga telah memberi cadangan bagi kami menjalankan
projek seperti melaksanakan projek keceriaan laman kesidang dan sebagainya. Oleh yang
demikian, kami telah menyediakan kertas-kertas cadangan bagi projek kumpulan yang ingin
kami jalankan dan membentangkannya kepada mentor dengan Penolong Kanan
Pentadbiran Sekolah tersebut. Setelah diluluskan, kami telah bermula menyediakan kertas
kerja projek kumpulan kami.

Disamping itu, saya juga telah berbincang dengan guru Bahasa Tamil Tahun 3 bagu
mengumpulkan maklumat berkaitan rancangan yang hendak diajar. Tambahan pula, saya
juga mengenali serba sedikit berkaitan latar belakang serta tahap kemahiran dan
kemampuan murid-murid kelas Tahun 3. Maklumat yang saya diperoleh daripada guru
berkenaan dapat membantu saya sewaktu membuat perancangan sebelum mengajar. Saya
juga telah mendapatkan senarai nama murid daripada guru. Saya medapatkan nasihat dan
bimbingan daripada mereka dalam mengatasi masalah yang akan muncul sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas-kelas tertentu.

Hari Khamis minggu tersebut, saya telah masuk ke kelas Bahasa Tamil Tahun 3. Murid-
murid agak seronok setelah saya masuk ke kelas. Proses PdPC telah berjalan seperti yang
dirancang. Saya mendapati segelintir murid mengalami kesusahan dalam mengenali abjad
dan perkataan bahasa Tamil. murid-murid Bahasa Tamil tersebut juga tidak begitu fasih
dalam penggunaan Bahasa Tamil. Mereka hanya tertumpu dalam penggunaan Bahasa
Inggeris. Oleh yang demikian, saya mendapati bahawa saya perlu menggunakan kaedah
yang pelbagai serta bercadang untuk membuat bengkel bagi murid-murid Bahasa Tamil
untuk meningkatkan prestasi mereka dalam penggunaan Bahasa Tamil dengan baik.

Akhirnya, minggu pertama saya di SK Laguna Merbok telah berjalan dengan lancar
bersama sahabat Internship saya, Suganya A/P K.Loganathan. Staf-staf sekolah telah
memberi komitmen yang tinggi. Saya berpuas hati dengan menjalankan tugas bersama
insan yang baik seperti mereka semua. Saya bersyukur mendapat peluang keemasan bagi
menjalankan projek-projek yang telah dicadangkan dengan baik dalam tempoh yang
diberikan.

Disemak oleh Guru Pembimbing :

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

You might also like