You are on page 1of 6

Apakah itu evolusi?

Evolusi adalah proses perubahan secara beransur-ansur (bertingkat)

 sesuatu berubah menjadi bentuk lain (yang biasanya)


 menjadi lebih kompleks / rumit ataupun
 berubah menjadi bentuk yang lebih baik.

Apakah sistem Pendidikan?

Sistem pendidikan adalah

strategi atau kaedah yang digunakan dalam proses PdP

dapat mengembangkan potensi di dalam dirinya.

panduan kepada proses pendidikan yang

terdiri daripada komponen - input, process, output, enviromental, outcomes.

Apakah Matlamat sistem pendidikan kebangsaan?

Matlamat sistem pendidikan kebangsaaan

 Melahirkan pelajar yang memiliki

 jati diri yang kukuh,

 patriotik,
 berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral,

 Melahirkan murid yang hidup sebagai sebuah masyarakat

 penyayang,

 demokratik,

 liberal,

 bertolak ansur,

 berfikiran dan berbudaya saintifik

 bersatu padu

 melahirkan rakyat dan pemimpin kepada masa depan negara - tonggak


negara.

 menyatu padukan rakyat - mengelakkan tragedi konflik perkauman

Sistem pendidikan di Malaysia (1971-1975)

 tahap yang paling menonjol dalam sejarah sistem pendidikan Malaysia

 semua sekolah menengah menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa


pengantar

 Sekolah menengah jenis kebangsaan (Cina) turut dihapuskan secara


berperingkat-peringkat.
Rancangan Malaysia ke-2

 Rancangan Malaysia yang kedua (1971-1975)

 Sistem pendidikan Malaysia adalah di tahap ketiga

 Rancangan pendidikan dan latihan menumpukan kepada empat bidang yang


utama

 menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan perpaduan negara.

 memperluaskan rancangan pelajaran bagi mencapai keperluan negara


mengenai tenaga rakyat

 memperbaiki mutu pelajaran ke arah mencapai masyarakat yang maju


berasaskan sains dan teknologi moden

 memperbaiki keupayaan untuk menjalankan penyelidikan


perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai kesemua tujuan yang
telah dinyatakan.

 Antara strategi yang dilaksanakan untuk mencapai kesemua hasrat ini

 melaksanakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di


semua sekolah secara berperingkat.

 mengurangkan jurang perbezaan dalam memberikan


peluang pelajaran ( Kaum, Kawasan)

 meningkatkan mutu pelajaran.

 Usaha dalam meningkatkan mutu pelajaran ini,

 mengurangkan bilangan pelajar yang terkandas dalam peperiksaan


awam,

 membuat penilaian secara sistematik, memperbaiki sukatan-sukatan


pelajaran

 memperseimbangkan antara matapelajaran teras dengan matapelajaran


elektif
Strategi-strategi yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kedua ialah

 melaksanakan Bahasa Melayu - bahasa pengantar yang utama secara


berperingkat-peringkat

 mengurangkan jurang perbezaan dalam peluang pelajaran di antara kawasan


- kaum

 pembinaan sekolah-sekolah baru dan kemudahan asrama menggantikan


sekolah-sekolah buruk

 membekalkan alat mengajar, kelengkapan makmal serta menambah bilangan


guru terlatih untuk sekolah luar bandar

 memperbaiki mutu pelajaran dengan mengurangkan bilangan yang


terkandas,

 membuat penilaian serta memperbaiki sukatan-sukatan pelajaran, cara-cara


mengajar, kemudahan nisbah antara guru dan murid

 menyeimbangkan antara mata pelajaran am dengan sains dan teknologi

 membuat penyelidikan dan penilaian pada setiap masa selaras dengan


matlamat sistem pendidikan

 menubuhkan sebuah pusat pengajian sains yang bertanggungjawab


memperbaiki sukatan pelajaran, pengajaran sains dan matematik

 menyediakan bahan-bahan untuk kerja dan ujian makmal serta pelbagai


alatan untuk digunakan dalam pengajian sains.

Sistem pendidikan terus mengorak langkah positif dengan berpaksikan


kepada Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru

 perancangan - tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua.

 Perpaduan negara.
 menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara
ini.

 mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta

 mengambil kira kemiskinan dan ketidakupayaan sesetengah kaum untuk


bersaing dengan kaum yang lain

kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam


melalui

 kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik

 program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan
tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah.

 menaikkan taraf hidup dengan pembukaan tanah – tanah rancangan baru


seperti FELDA dan FELCRA.

Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai,


kerajaan telah

 memperbaiki keadaan ekonomi dan menghapuskan


pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

 mengadakan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan,


pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian.
Kronologi penggunaan Bahasa Malaysia dalam sekolah:-

Tahun Pelaksanaan
1973 Semua mata pelajaran Sastera di Tingkatan Satu diajar dalam bahasa
Malaysia di sekolah menengah Inggeris.
1975 i ) Kelas peralihan pengantar Inggeris dihapuskan

ii ) Semua sekolah Inggeris selesai ditukar menjadi sekolah rendah


kebangsaan
Semua mata pelajaran Sastera, Sains, dan Teknik di Tingkatan Satu
1976 diajar dalam

bahasa Malaysia di sekolah-sekolah menengah Inggeris

Semua mata pelajaran Sastera di Tingkatan Empat diajar dalam bahasa


Malaysia.
1979 Bermula aliran Sastera Tingkatan Enam dalam bahasa Malaysia di
semua sekolah menengah Inggeris
1980 Tahun pertama Jurusan Sastera dan mata-mata pelajaran yang berkenaan
diajar dalam bahasa Malaysia sahaja di universiti-universiti.

You might also like