You are on page 1of 4

Benarkan penjawat awam berniaga untuk elak

rasuah
Nabihah Hamid
Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2017 2:58PM ·

Perdana Menteri Najib Razak bertemu dengan penjawat awam hari ini dalam sesi dialog TN50 di Putrajaya. – Gambar fail
The Malaysian Insight, 30 Mei, 2017.

PERNIAGAAN merupakan kunci mengelakkan gejala rasuah selain


menambahkan pendapatan penjawat awam, kata Azhar Zainul Rashid
petugas dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Bercakap di sesi dialog Transformasi Nasional (TN50) Perdana Menteri Najib
Razak di Putrajaya hari ini, Zainul mencadangkan seminar perniagaan dianjurkan
kerajaan yang boleh memberi peluang kepada penjawat awam memiliki
pendapatan tambahan.

"Saya mohon kerajaan mempertimbangkan satu kaedah berstruktur seperti


seminar khas bengkel insiatif TN50 peniaga untuk penjawat awam.

"Ia agar kakitangan digalakkan berniaga atas talian dengan komitmen minimum
tanpa mengganggu kerja seharian. Kaedah berstruktur ini akan mampu
meningkatkan ekonomi keluarga penjawat awam dan secara akan memberi
motivasi meningkatkan nama kerajaan pemberi perkhidmatan cemerlang kepada
rakyat.

"Secara tidak langsung mengurangkan dan


mungkin menamatkan gejala rasuah yang
menjadi barah negara. Ramai penjawat awam
yang terlibat dalam perniagaan tetapi dalam
keadaan takut-takut datuk seri (Najib) sebab
tidak distrukturkan kaedah yang betul dan
bersih," katanya didepan ratusan penjawat
Reolink® Security Cameras
awam.
Up to 5-megapixel video resolution,
instant phone alerts, easy DIY. Get
Protected Today!
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia Shamsun
Baharin berkata pada 24 Mei lalu yang 46% kes yang disiasat
(https://www.themalaysianinsight.com/s/3661/)antara 2014 dan 2016 melibatkan
penjawat awam.

Pendidikan alat perpaduan

Sesi dialog penjawat awam itu turut membangkitkan isu sistem pendidikan di
Malaysia.

Hanya memperkenalkan diri sebagai Nadia, petugas KPM itu mencadangkan


sekolah satu aliran digunakan menjelang 2050.
"Aspirasi saya, selain negara maju saya menghasratkan masyarakat bersatu
padu yang penuh nilai. Alat perpaduan melalui pendidikan.

"Dan salah satu cara untuk menyuntik perpaduan sekolah satu aliran yang
memperkasa bahasa Inggeris, menggunakan bahasa Melayu sebagai
penghantar tanpa mengenepikan bahasa Cina dan Tamil," katanya.

Perdana menteri pada akhir sesi dialog mengulas mengenai sekolah satu aliran
dan turut membayangkan sekolah aliran itu akan wujud menjelang 2050.

"Soal perpaduan. Kita hendak negara aman harmoni tetapi macamana hendak
capai perpaduan nasional. Ada juga cadang mula dari sekolah. Ini perkara cukup
sensitif sebab kita ada sistem aliran yang berbeza.

"Apa penyelesaiannya? Bukan hendak tutup sekolah Cina dan Tamil tetapi pilih
satu sekolah nasional dimana bahasa kebangsaan, bahasa penghantar,
memperkasakan bahasa Inggeris dan bahasa elektif Mandarian, Tamil, dan
mungkin bahasa Arab.

"Kalau dia pelajar Cina dia dapat tiga bahasa. Dan para guru ini jangan satu
kaum sahaja. Tapi boleh tak diterima modulnya? Saya bukan saya cadangkan
saya bayangkan sebab semua sebut nak perpaduan," katanya merujuk kepada
cadangan Nadia.

Tambahnya, untuk merealisasikan perkara tersebut banyak perkara perlu di ambil


kira termasuk kewujudan sekolah agama seperti Tahfiz.

Sementara itu, penjawat awam turut mengutarakan tentang pemerkasaan


pengangkutan awam, cadangan membenarkan wanita bekerja dari rumah selain
meminta kerajaan memberikan penempatan kerja kepada penjawat awam muda.

Sesi dialog bermula 9 pagi di Putrajaya itu dihadiri ratusan penjawatan awam
pelbagai sektor dan dikendalikan Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa. – 31 Mei,
2017.
Sign up or sign in here to comment.

Own The Latest Device Mengapa Najib berani Best KLSE Stocks to Universiti antara punca
pecat Muhyiddin tapi Trade graduan menganggur,
tidak Isa Samad, soal... kata kajian

Iklan goshop.com.my themalaysianinsight.com Iklan Epic Research Pte Ltd themalaysianinsight.com

Siasatan SPRM Pasangan nafi Disagreements over Bintang porno dibayar


resahkan Umno, perceraian mereka rural seats cause snag supaya rahsiakan
Dzulkifli tidak selamat disebabkan pegawai... in Sabah opposition... hubungan seks...

themalaysianinsight.com themalaysianinsight.com themalaysianinsight.com themalaysianinsight.com

You might also like