You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

PANITIA SAINS BIL 1/2018

Tarikh : 30 Januari 2018

Hari : Selasa

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Gerakan SKSK

KEHADIRAN :

1. Pn. Rokiah Binti Sadri Guru Besar SKSK

2. Pn. Zarina Bt. Zainal GPK Hem/ Guru Sains

3. Pn. Amy Rosmiza Pengerusi Panitia Sains

4. En. Mohamad Nazmie Bin Mohd Tarmizi Setiausaha

5. Pn. Junaidah Bt. Abdul Malek Guru Sains

6. Pn. Marina Bt. Mohd Nor Guru Pra Sekolah

7. Pn. Norfaradila Abdullah Guru Pra Sekolah

TIDAK HADIR BERSEBAB

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru jawatankuasa panitia yang hadir
ke mesyuarat panitia bil 1 /2018 dan mengalu-alukan kedatangan guru sains baharu iaitu
Puan Junaidah Binti Abdul Malek.
1.2 Pengerusi menyatakan Mata Pelajaran Sains merupakan bidang akademik yang
mempunyai hubungkait dengan aktiviti Ko-kurikulum kerana kerap diadakan pertandingan
dalam peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

1.3 Pengerusi menyatakan gred purata kelulusan dalam Mata Pelajaran Sains dalam UPSR
2017 sebanyak 97.3 % merupakan pencapaian yang baik serta berharap bilangan pelajar
yang mencapai gred A dapat ditingkatkan serta 100% lulus dalam peperikasaan UPSR
2018. Pengerusi juga berharap pelajar mengubah pandangan terhadap Mata Pelajaran
Sains yang mereka anggap Mata Pelajaran Sains merupakan Mata Pelajaran membunuh
selama ini.

2. Pengesahan Minit Mensyuarat lalu

2.1 Cadangan disahkan : Pn. Norfaradila Binti Abdullah

2.2 Disahkan Oleh : Pn. Marina Binti Mohd Nor

3. Perkara berbangkit

3.1 Berkaitan PCG, neraca tiga palang yang masih kurang mencukupi dari segi bilangannya
kerana alat tersebut begitu penting kerana terdapat dalam sukatan pelajaran. Namun begitu,
alat tersebut akan dibeli terus melalui syarikat pembekal menggunakan peruntukan tahun
2018.

4. Pembentangan Laporan/ Isu mesyuarat

4.1.1 Semua guru Sains mestilah mencetak RPT dan meletakkan dalam fail RPH masing-
masing

4.1.2 Semua guru Sains menyediakan Headcount dan hantar kepada Ketua Panitia Sains

4.1.3 Peruntukan untuk Panitia Sains sebanyak RM 200 bagi membeli beberapa peralatan
seperti picagari, neraca tuas, jam randik analog, kertas PH dan pelancar roket.

4.1.4 Penetapan penggunaan bilik sains mengikut tahap dimana makmal sains 1 bagi tahap
1 dan makmal sains 2 bagi tahap 2. Ketua panitia akan menyediakan jadual penggunaan
makmal sains bagi menyelaras dan menyusun semula penggunaan makmal supaya lebih
sistematik.

4.1.5 KSSR Semakan bagi tahun 1 dan 2, semua guru Sains perlu menyediakan dan
melengkapkan borang transit dan pentaksiran atas talian masing-masing serta mengepilkan
eviden tersebut dalam fail RPH masing-masing.
4.1.6 Aktiviti untuk panitia sains akan diadakan seperti Bulan Sains pada 3 Mei 2018.
Beberapa aktiviti akan diadakan sepanjang bulan tersebut iaitu pelancaran roket dan
mereka cipta.

4.1.7 Bengkel teknik menjawab soalan Sains akan diadakan namun tarikh program masih
belum diputuskan. Penceramah luar dijemput bagi memberikan taklimat dan teknik
menjawab soalan.

5 Hal-hal lain

5.1 Berkenaan program PLC, Seorang guru Sains dikehendaki menyediakan RPH sebelum
13 Februari 2018 dan melaksanakan RPH yang telah diperbaharui pada 13 Februari 2018.

6. Ucapan penangguhan

Pengerusi berharap semua ahli panitia dapat meneruskan kerjasama untuk memantapkan
lagi panitia sains SKSK bagi tahun-tahun akan datang.

Disediakan oleh,

…………………………………………………………

(MOHAMAD NAZMIE TARMIZI)

Setiausaha Panitia Sains

SK Sungai Kelamah (F)

You might also like