You are on page 1of 1

Abstrak Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau keberkesanan kaedah bermain dalam

meningkatkan minat murid tahun 5 terhadap mata pelajaran Sejarah dalam tajuk Jata

Negara. Responden kajian terdiri daripada 20 orang murid tahun 5 Ikhlas dari salah sebuah

sekolah di Seberang Perai iaitu Sekolah Kebangsaan St. Mark (M) Perai. Kajian

menggunakan model kajian yang diadaptasi daripada model Kemmis & Mc Taggart.

Sebanyak enam instrumen kajian yang digunakan iaitu pemerhatian, soal selidik, temu bual,

analisis gambar, analisis kad luahan perasaan dan analisis borang penilaian pengajaran dan

pembelajaran. Hasil tinjuan awal mendapati murid kelas ini tidak berminat mengikuti aktiviti

pengajaran dan pembelajaran sejarah mengunakan kaedah tradisional. Untuk mengatasi

masalah ini, pengkaji telah melaksanakan kaedah bermain melalui aktiviti Running Kids.

Dapatan kajian menunjukkan perubahan yang positif pada tingkah laku murid kelas ini. Di

akhir sesi, kesemua murid menunjukkan minat untuk mengikuti pengajaran dan

pembelajaran sejarah. Murid lebih yakin untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.

Selain itu, murid juga memberikan kerjasama yang memberangsangkan serta menyeluruh

pada sesi pengajaran guru di dalam kelas.

Kata kunci : kaedah bermain, minat, Jata Negara, model kemmis & Mc Taggart.

You might also like