You are on page 1of 15

BAB 3

COCU 2 : COMPUTER SYSTEM INSTALLATION MANAGEMENT.

AKTIVITI KERJA : 1. ANALYSE COMPUTER NETWORK REQUIREMENTS.

2. PLAN COMPUTER NETWORK INSTALLATION.

3. MANAGE COMPUTER NETWORK INSTALLATION WORK


4. PRODUCE COMPUTER NETWORK INSTALLATION
MANAGEMENT REPORT.
Tajuk :
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PEMASANGAN RANGKAIAN KOMPUTER.

TUJUAN :

Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar mengenai cara
menguruskan alamat IP rangkaian computer dengan pengetahuan mengenai alamat IP
ini maka dapatlah pelatih mengetahui kelas-kelas IP yang digunakan untuk proses
pengalamatan sesuatu alamat IP bagi membolehkan sesuatu computer berfungsi pada
system rangkaian.

PENERANGAN

ALAMAT IP:

Setiap alamat IP terbahagi kepada dua bahagian iaitu Network ID dan Host ID umpama
Jalan Utama, manakala host ID merupakan alamat rumah yang ada di dalam jalan utama
tadi. Alamat IP bersaiz 32 bit dan dibahagikan kepada 4 bahagian, iaitu setiap bahagian
merupakan 8 bit. Contoh 8 bit berbanding decimal.

255 nilai decimal

Rajah 1 : Nilai Decimal.


Ada 2 cara membaca alamat IP, iaitu cara binary dan decimal. Nombor binary diwakili
dengan nombor 0 dan 1, manakah decimal diwakili dengan nombor 0 sehingga 9.

Contoh penukaran binary kepada decimal.

BINARI NILAI BIT DECIMAL

0000 0000 0 0

0000 0001 1 1

0000 0011 1+2 3

0000 0111 1+2+4 7

0000 1111 1+2+4+8 15

0001 1111 1+2+4+8+16 31

0011 1111 1+2+4+8+16+32 63

0111 1111 1+2+4+8+16+32+64 127

1111 1111 1+2+4+8+16+32+64+128 255

Jadual 1 : Pengiraan IP

JENIS KELAS ALAMAT.

Terdapat 5 jenis kelas Alamat yang ada iaitu A,B,C,D dan E.

 Kelas A bit pertama mesti bermula dengan 0


 Kelas B bit mesti bermula dengan 1 0
 Kelas C 3 bit mesti bermula dengan 110
 Kelas D 4 bit mesti bermula dengan 1110
 Kelas E 4 bit mesti bermula dengan 1111
Di mana julat alamat bagi setiap kelas adalah :

 Julat alamat Kelas A diantara 1 sehingga 126


 Julat alamat Kelas B diantara 128 sehingga 191
 Julat alamat Kelas C diantara 192 sehingga 223
 Julat alamat kelas D diantara 224 sehingga 239
 Julat alamat Kelas E diantara 240 sehingga 255

Walau bagaimana pun kita hanya dibenarkan menggunakan kelas dari jenis A, B dan C
sahaja. Alamat IP mempunyai 32 bit dan dipecahkan kepada 4 bahagian yang mana
setiap satu mempunyai 8 bit dan kita wakil setiap bahagian sebagai w, x, y, z. sekiranya
alamat IP tersebut adalah 192.254.253.13. w=191, x=254, y=253, z=13 atau dalam
bentuk binary adalah:

1011 1111. 1111 1101. 0000 1101 = 192.254.253.13

Cara mengiranya adalah dengan nilai decimal ditukarkan kepada binari seperti di bawah

Kalau 1 kita ambil nilai decimal mengikut kedudukannya di dalam bentuk binari dan nilai
0 untu binari 0

191 = 101 1111 = 128+0+32+16+8+4+2+1

254 = 111 1110 = 128+64+32+16+8+4+2+1

253 = 111 1101 = 128+64+32+16+8+4+0+1

13 = 0000 1101 = 0+0+0+0+8+4+0+1

ALAMAT KELAS A

Alamat IP dibahagi kepada 4 bahagian iaitu w, x, y, z. dimana setiap huruf akan diwakili
dengan 8 bit.

Undang-undang mengatakan bit yang pertama mesti kosong ( pertama dari belah kanan
), merujuk kepada 8 bit pada w, maka nilai bit bermula dari 00000000 sehingga 01111111.
NIlai binari kepada decimal.

Decimal=binari

0 = 0000 0000

1 = 0000 0001

2 = 0000 0010

3 = 0000 0011

4 = 0000 0100

5 = 0000 0101

6 = 0000 0110

7 = 0000 0111

8 = 0000 0100 dan seterusnya sehingga 126 = 0111 1110, 127 = 0111 1111.

( nilai yang terakhir, kerana bit yang pertama mesti 0 untuk IP kelas A )

Maka IP kelas A bermula dari 0 hingga 127 TETAPI nilai 0 merupakan network number
dan tidak boleh digunakan dan 127 merupakan local loop back ( digunakan untuk
melakukan ujian tehadap diri sendiri seperti menggunakan arahan ping pada alamat IP
sendiri ), juga tidak boleh digunakan.

Oleh itu IP kelas A bermula dari 1 sehingga 126. Sekiranya kita melihat alamat IP seperti
ini 1.10.134.8 kita tahu ianya di dalam IP kelas A. ini kerana pangkal 1 adalah di dalam
IP kelas A.

ALAMAT KELAS B

Undang-undang mengatakan 2 bit permulaan mestilah 10 ( dari sebelah kanan ), merujuk


kepada 8 bit pada w maka nilai bit bermula dari 100000 sehingga 10111111.
Nilai binari kepada decimal.

128 = 10000000

129 = 10000001

130 = 10000010

131 = 10000011

132 = 10000100

133 = 10000101

136 = 10001000 dan seterusnya sehingga

190 = 10111110

191 = 10111111

( nilai yang terakhir, kerana 2 bit permulaan mestilah 10 untuk IP kelas B )

Maka julat alamat IP kelas B bermula dari 128 sehingga 191. Sekiranya alamat IP
tersebut adalah 155.76.76.8, nilai 155 menunjukkan alamat IP tersebut berada di kelas
B

ALAMAT KELAS C

Undang-undang mengatakan 3 bit permulaan mestilah 110 ( dari sebelah kanan ),


merujuk kepada 8 bit pada w. maka nilai bit bermula dari 1100 0000

Sehingga 1101 1111.

Nilai binari kepada Decimal.

192 = 11000000

193 = 11000001

194 = 11000010

195 = 11000011
196 = 11000100

197 = 11000101

198 = 11000110

199 = 11000111

200 = 11001000 dan seterusnya sehingga

222 = 11011110

223 = 11011111

( nilai yang terakhir, kerana 3 bit permulaan mestilah 110 untuk IP kelas c )

Maka julat alamat IP kelas C bermula dari 192 sehingga 223. Sekiranya alamat IP
tersebut berada di dalam kelas C.

ALAMAT KELAS D

Undang-undang mengatakan 4 bit permulaan mestilah 1110 ( dari sebelah kanan ),


merujuk kepada 8 bit pada w. maka nilai bit bermula dari 111000000 sehingga 1110
11111

Nilai binari kepada decimal.

Decimal = binari

224 = 11100000

225 = 11100001

226 = 11100010

225 = 11100011

227 = 11100100

228 = 11100101

229 = 11100110
230 = 11100111

231 = 11101000 dan seterusnya sehingga

238 = 11101110

239 = 11101111

( nilai yang terakhir, sebab 4 bit permulaan mestilah 1110 untuk IP kelas D ).

Maka julat alamat kelas D bermula dari 224 sehingga 239. Sekiranya alamat IP tersebut
adalah 230.76.76.8, nilai 230 menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas D.

ALAMAT KELAS E

Undang-undang mengatakan 4 bit permulaan mestilah 1111 ( dari sebalah kanan ).


Merujuk kepada 8 bit pada w. maka nilai bit bermula dari 1111 00000 sehingga 1111
11111.

Nilai binari kepada decimal

Decimal = binari

240 = 11110000

241 = 11110001

242 = 11110010

243 = 11110011

244 = 11110100

245 = 11110101

246 = 11110110

247 = 11110111

248 = 11111000 dan seterusnya sehingga

254 = 11111110
255 = 11111111

( nilai yang terakhir, sebab 4 bit permulaan mestilah 1111 untuk IP kelas E )

Maka julat alamat IP kelas E bermula dari 240 sehingga 255. Sekiranya alamat IP
tersebut adalah 243.76.76.8, nilai 243 menunjukkan alamt IP tersebut berada di kelas E.

Alamat IP dibenarkan untuk digunakan hanyalah IP kelas A, B, dan C.

IP kelas D sering digunakan untuk multicast seperti yang digunakan di dalam protocol
OSPF. IP kelas E pula digunakan untuk ujian.

Terdapat dua kategori penggunaan IP Address iaitu:

 Private IP
 Public IP

PRIVATE IP ADRESS

IANA telah menetapkan beberapa block IP Address bagi penggunaan di dalam LAN.
Jadual di bawah menunjukkan IP Address yang telah ditetapkan.

Bit ( Host ) IP Address IP Address Classfull Classless


pertama terakhir
24 bit block 10.0.0.0 10.255.255.255 1 network 10.0.0.0/8
class A
20 bit block 172.31.255.255 172.31.255.255 16 network 172.16.0.0/12
class B
18 bit block 192.168.255.255 192.168.255.255 256 network 192.168.0.0/16
class C
Jadual Private IP

Kesemua IP Address di atas di kategorikan sebagai “not routable on the public internet”.

Ini bermaksud bahawa Private IP Address ini tidak boleh digunakan bagi sebarang host
yang mempunyai sambungan terus ke internet. Bagi membolehkan host yang
menggunakan Private IP Address mendapatkan akses ke internet, Network Address
Translation NAT adalah kaedah yang perlu di praktifkan.
PUBLIC IP ADDRESS

Seperti mana penggunaan IP Address oleh setiap host di dalam Lan, penggunaan IP
Address bagi komunikasi Wan juga adalah unik. Public IP Address juga dikenali dengan
nama Extenal IP Address ataupun Outside Global. Public IP address boleh terdiri
daripada sebarang IP Address yang tidak tersenarai di dalam jadual di atas. Terdapat
beberapa kategori Server yang memerlukan penggunaan Public IP Address seperti Mail,
FTP dan Web Server.

LAPISAN HOST-TO-HOST

Fungsi lapisan ini sama seperti lapisan Pengnagkutan ( Transport ) yang ada di dalam
model OSI. Berfungsi untuk member servis kepada lapisan Aplikasi dan memastikan
komunikasi dan penghantaran data dapat dilakukan dengan baik tanpa kesilapan ( error-
free ). Ia mengawal susunan paket ( packet sequence ) dan integrity data ( data integrity
).

Terdapat dua protocol di dalam lapisan ini :

I. Transmission Control Protocol ( TCP )


II. User Datagram Protocol ( UDP )

1 .Transmission Control Protocol ( TCP )

 Ramai orang mengetahui internet yang kita gunakan menggunakan protocol


TCP/IP tanpa mengetahui bahawa TCP dan IP merupakan dua benda yang
berlainan. TCP merupakan teknik bagaimana data akan dibawa kelapisan yang
lain. Di dalam Model OSI, TCP berada di dalam lapisan pengangkutan ( Transport
), manakala di dalam Model DOD berada di dalam lapisan Hosts-to-Host. Di dalam
kedua-dua Model ini, pembawa data untuk menggunakan IP hanyalah TCP dan
UDP.
 Di dalam lapisan Host-to-Host, TCP mengambil data dari lapisan aplikasi/proses
dan memecahkan data tersebut dalam bentuk segmen ( segment ). Masa ini,
setiap segmen akan diberi nombor mengikut urutan supaya segmen ini dapat
disusun semula oleh TCP pada penerima. Setiap penghantaran segmen, protocol
TCP akan menunggu pengesahan ( acknowledgement ) dari penerima. Sekira
pengirim tidak menerima pengesahan, segmenter, sebut akan hantar semula.
 Sebelum penghantaran boleh dibuat, mesti terdapat perhubungan diantara TCP
pengirim dan TCP penerima. Kesepekatan dalam menentukan jumlah segmen
yang perlu di hantar sebelum pengesahan dilakukan di proses di sini. Hasilnya
terbentuklah satu hubungan yang dikenali sebagai talian maya ( virtual circuit ). Ini
menyebabkan TCP dikenali sebagai Connection-Criented.
 Dalam erti kata lain, sekiranya abu ingin menghantar barang kepada ali, maka abu
perlu mendapatkan pengesahan dahulu yang alia da di rumahnya. Setelah itu
barulah abu dapat menghantar barang tersebut.

Perbezaan Antara pembawa TCP dan UDP TCP

 Penerima akan menghantar balik pengesahan kepada pengirim, ini seperti kita
menggunakan talifon.
 Mula-mula kita angkat gagang dan mula mendail nombor rakan kita.
 TCP menjamin kualiti penghantaran tetapi mempunyai kos overhead yang tinggi
 TCP dikenali sebagai connection-oriented protocol.
 TCP header bersaiz 20 octets.

UDP

 Pengirim akan menghantar data tanpa perlu menunggu balasan daripada


penerima. Dengan kata lain pengirim tidak akan mengambil peduli samada data
tersebut sampai ke destinasi atau tidak. Ini seperti kita melancong ke luar Negara,
dari situ kita menghantar poskad ke kampong. Kita tidak perlulah tahu samada
poskod yang kita hantar sampai ke destinasi atau tidak.
 Pemindahan data menggunakan pembawa UDP mempunyain kurang overhead
berbanding dengan TCP kerana header UDP tidak mempunyai data sequencing,
acknowledgements atau flow control. Ini membuat UDP sesuai digunakan untuk
penghantaran data seperti email.
 UDP juga dikenali sebagai connectionless.
 UDP header bersaiz 8 octet.
2.1.2 Perwakilan Data.

Dalam perkomputeran, computer menganggap semua data, nombor, huruf dan symbol
adalah sebagai nombor. Malah, arahan computer juga adalah berbentuk nombor (
Bahasa mesin ).

System pernomboran yang digunakan oleh konputer diwakili dalam system perduaan (
binary ), perenambelasan ( hexadecimal ) dan perlapanan ( octal ). Computer
menggunakan digit perduaan untuk mewakili data iaitu 0 dan 1 biasanya disebut bit.

I. Bit.
 Unit utama elektronik bagi data digital. Bit ditulis dalam Bahasa asas dua sebagai
“1” atau “0”.
 Unt data terkecil yang boleh diproses oleh sesebuah computer. Bit adalah
singkatan bagi perkataan binary digit.
 Bit adalah nombor 1 dan 0. Nombor-nombor ini mewakili system binari. Ia akan
mewakili arahan on dan off, true dan false atau yes dan no.
II. Bait.
 Unit yang terbina dari gabungan bit-bit. Satu bait persamaan dengan 8 bait. Bait
mewakili 256 aksara yang terdiri daripada kombinasi 0 dan 1.
 Satu bait mewakili satu aksara tungal.
III. Aksara.
 Satu aksara seperti S, K, Y, G, T, +, 7 dan % adalah bersaiz 8 bit yang bersamaan
dengan 1 bait. Contohnya aksara S mewakili kod binari 01000110 yang hanya
difahami oleh computer.
2.1.2.1 Hubungan Perwakilan Data: bit, bait dan aksara.

 Computer hanya mengenali dua digit sahaja; 1 dan 0, system nombor ini dipanggil
system perduaan atau lebih dikenali sebagai system binari. ( binary system ).
 Setiap digit 1 dan 0 dikenali sebagai bit dan merupakan unit terkecil untuk data
yang diwakili oleh computer.
 Satu bit sebenarnya tidak membawa apa-apa makna, namun kombinasi 8 bit
dikenali sebagai bait ( byte ) dan boleh mewakilkan banya data atau pun
maklumat. Ini di sebabkan gabungan 0 dan 1 yang berbeza di dalam 1 bait boleh
mewakili sehingga 256 aksara berbeza ini termasuklah nombor, huruf besar, huruf
kecil dan simbol-simbol tertentu. Kombinasi beberapa 0 dan 1 dipanggil skema
pengekodan.
 Dua system pengekodan yang paling banyak digunakan ialah ASCII ( American
Standard Code For Informatian Interchange ), yang digunakan di dalam computer
peribadi dan minicomputer, dan EBCDIC ( Extended Binary Coded Decimal
Interchange Code ) yang digunakan di dalam computer kerangka utama.
 Kedua-dua skema ini hanya boleh digunakan untuk mewakili huruf-huruf roman (
A hingga Z ) dan nombor ( 1-9 ). Ia tidak dapat mewakili huruf-huruf Bahasa lain
seperti Bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun.
 Skema pengekodan untuk bahasa tersebut dipanggil UNICODE. Skema ini
membolehkan kita mengguna Bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun yang
merangkumi 65536 aksara di dalam perisian pemprosesan perkataan dan
perisian-perisian lain.

1 Bit = 0 dan 1 ( On/Off )

1 Byte = 8 bit

8 bit = 1 aksara ACSII dan EBCDIC

16 Bit = 1 aksara UNICODE


2.1.3 Pengenalan Kepada Pengekodan Binari.
 Komputer menggunakan kod binari untuk berkomunikasi. Salah satu kod binari
yang meluas digunakan adalah kod American Standar Code for Information
Interchange ( ASCII ). Kod ini diterima pakai oleh hamper semua computer dan
mesin elektronik.
 Kebanyakkan papan kekunci ( keyboard ) computer telah dipiawaikan dengan
ASCII. Jadual di bawah menunjukkan contoh kod ASCII bagi beberapa aksara.
2.1.3.1 Fungsi Kod ASCII.
 Apabila pengguna menekan sebarang butang aksara, nombor atau kawalan
pada papan kekunci, ia akan menghasilkan kod ASCII untuk dihantar ke CPU
bagi membolehkan computer memproses dan menyimpannya di ingatan utama.
 ASCII mempunyai 128 karakter dan symbol yang diwakili oleh 8 bit nombor asas
dua. 32 karakter pertama dalam ASCII mewakili arahan ( commad ) yang
digunakan untuk tujuan kawalan.
 Setiap arahan akan ditukar kepada bentuk nombor perpaduan yang sepadan.
Computer akan memproses aksara sebagai bait. Apabila selesai memproses
bait, perisian di dalam system akan menukarkan semua kepada bentuk yang
difahami dan dipaparkan di skrin computer.
 Oleh itu, fungsinya dapat dilihat sebagai:
i. ASCII membolehkan manusia berinteraksi dengan sebuah computer.
ii. ASCII membolehkan pengeluar-pengeluar komponen computer
mengeluarkan komponen yang boleh beroperasi dengan betul di dalam
sebuah computer.
iii. ASCII juga berfungsi untuk mencapai kesesuaian di antara pelbagai jenis
peralatan pemprosesan data. Seterusnya ia membolehkan peralatan ini
berkomunikasi di Antara satu sama lain dengan sempurna.
2.1.4 Pengukuran Data.
 Data, maklumat dan arahan yang disimpan pada peranti storan boleh diukur
mengikut urutan seperti rajah di bawah:
 Unit terkecil dimulai dengan bit, berasal dari perkakasan Binari Digit terdiri
daripada digit 0 dan 1 sahaja.
 Gabungan 8 bit menjadi 1 bit. 1 bit bersamaan dengan 1 aksara. 10 bait boleh
bersamaan dengan 1 perkataan. 100 bait boleh bersaam dengan 1 ayat.
 Kilobait ( kb ) adalah kira-kira 1024 bait, 1 kilobait lebih kurang sama dengan satu
perenggan jika anda membaca, manakala 100 kilobait akan sama dengan satu
muka surat.
 Megabait ( mb ) dalah kira-kira 1024 kilobait. 100 mengabait mungkin akan
bersamaan dengan satu tajuk Ensiklopedia manakala 600 Megabait adalh
bersamaan dengan jumlah data pada cakera CD-ROM.
 Gigabait ( Gb ) adalah bersamaan dengan 1024 megabait. 1 Gigabait data adalah
hamper dua kali ganda jumlah data yang terkandung di dalam Cd-Rom.
 Terabait ( Tb ) adalah kira-kira satu trillion bait, atau 1024 gigabait. Terabait boleh
digambarkan dengan menyimpan kira-kira 300 jam video kualiti yang baik.

Terabait
Bit Bait Kilobat Megabat Gigabait
1024
1024 kilobat 1024 Megabait Gigabait
1.0 8 Bit 1024 Bait
SOALAN
1. Terangkan maksud Alamat IP.
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………...
2. Terangkan secara ringkas mengenai Public IP Address.
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
3. Terangkan secara ringkas mengenai Private IP Address.
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................

You might also like