You are on page 1of 3

MENGGUNAKAN ROUTER MIKROTIK RB951 DENGAN 2 ZOOM YES

MENJADI 1 LINE LAN DENGAN KAEDAH LOAD BALANCING DAN


FAIL OVER.

Teknik ini dapat membantu untuk menyokong line internet supaya kekal dan lebih stabil. Secara
ringkasnya, apabila Zoom A line tidak kuat, maka Zoom B akan membantu untuk mengekalkan talian
internet supaya tidak putus atau drop. Untuk yang terbaik gunakan 2 ISP (Internet Service Provider) yang
berbeza misalnya seperti Zoom Yes dan Unifi TM. Bagi saya guna 2 Zoom Yes yang sama kerana hanya
itu yang dibekalkan. Pendek kata itu je yang ada.
Mula-mula sekali kita kena tahu ip address pada zoom A dan B. Pihak YES membekalkan Zoom dengan
ip yang sama iaitu 10.35.157.1. Untuk mengelakkan kekeliruan, kita gunakan 1 lagi router yang saya
namakan (router A) dengan menggunakan Ip address 192.168.2.1. Oleh itu, ianya akan jadi seperti
berikut :
Zoom A = 10.35.157.1
Zoom B = 192.168.1.1 (guna router A)

Nanti kita akan lihat rajah keseluruhan susun atur pada langkah akhir. Setelah membuat sambungan
mengikut rajah di atas. Pastikan anda sudah tentukan port pada roter mikrotik. Bagi saya menentukan
seperti di bawah :
Port 1 = WAN 1 (zoom A)
Port 2 = WAN 2 (Zoom B) + Router A
Port 3 = LAN 1 ( Switch)
Port 4 = LAN 2 - Pusat Akses (Fiber Optik)
Port 5 = LAN 3 – PC Saya
Seterusnya, download winbox.exe di http://www.mikrotik.com/download . Aplikasi ini digunakan untuk
mengakses antara PC dengan Router Mikrotik. Selain itu, boleh juga menggunakan browse seperti google
chrome dan menaip IP address iaitu 192.168.88.1 yang merupakan IP default bagi router mikrotik. Bagi
saya lebih mudah menggunakan winbox.
Sekarang ini, masa untuk kita setting mikrotik dengan menggunakan winbox. Anda akan mendapat
paparan antaramuka winbox seperti di bawah :

Ikuti langkah ini..


1. Klik ‘interfaces’ untuk menentukan nama port bagi setiap satunya. Saya menamakan port saya
seperti berikut.
Ether1 = WAN1
Ether2 = WAN2
Ether3 = LAN1
Ether4 = LAN2
Ether5 = LAN3
2. Klik “ IP’ cari sub menu ‘addresses’ dan klik. Kita kena tentukan IP pada setiap port yang telah
kita namakan tadi.
- Klik (+) atau New address masukkan IP berikut :
o 10.35.157.2/24 letakkan interfaces pada WAN1 klik ‘apply’ dan OK.
o 192.168.1.2/24 letakkan interfaces pada WAN2 klik ‘apply’ dan OK.
o 192.168.88.2/24 letakkan interfaces pada LAN1 klik ‘apply’ dan OK.
o 192.168.2.2/24 letakkan interfaces pada LAN2 klik ‘apply’ dan OK.
o 192.168.3.2/24 letakkan interfaces pada LAN3 klik ‘apply’ dan OK.
3. Kemudian kita setting pula DHCP untuk computer client dapat aliran data internet. Klik pada ‘IP’
dan cari sub menu ‘DHCP Server’.
a. Dalam ruangan DHCP Server klik pada menu DHCP Setup. Masukkan DHCP Server
Interfaces pilih LAN1. Klik next.. DHCP Address Spaces telah ditentukan secara
automatic. Tapi pastikan address space pada alamat yang betul. Bagi saya alamat IP ialah
192.168.88.0/24. Kemudian klik next.
b. Tentukan gateway yang betul. Saya telah tentukan alamat gateway yang saya gunakan
ialah 192.168.88.1 klik next.
c. Tentukan space address yang ditentukan secara automatic juga. Klik next dan next hingga
selesai.

You might also like