You are on page 1of 16

1.

0 PENGENALAN

Bidang pendidikan dianggap bidang sensitif negara kerana bidang ini mampu mengubah
senario politik dan sosial negara kita. Bilangan generasi muda yang terlibat dalam bidang ini
turut menjadikan pendidikan satu isu yang harus ditangani dengan bijak tetapi pantas. Kejayaan
negara mengubah bidang pendidikan ini dalam menangani cabaran globalisasi pasti akan
mendatangkan kejayaan kepada rakyat dan negara kita secara keseluruhannya. Pelbagai
usaha dilaksanakan bagi mencapai matlamat ini. Oleh itu, dalam usaha untuk mendukung
impian negara ini, peranan guru merupakan salah satu topik utama buah mulut masyarakat
untuk meningkatkan kualiti pendidikan Malaysia. Pelbagai langkah dilaksanakan oleh guru
untuk menambahbaik kualiti pendidikan sedia ada. Antaranya ialah dengan melaksanakan
pentaksiran dalam pendidikan. Pentaksiran ini merujuk istilah umum yang merangkumi pelbagai
prosedur untuk memperoleh maklumat tentang pembelajaran murid dan membentuk
penghakiman nilai mengenai kemajuan pembelajaran (Miller, Linn & Gronlund, 2009). Dalam
konteks pendidikan ini, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses menganalisis skor
dan menginterpretasi data murid bagi tujuan tertentu.

2.0 PROSES PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Untuk membina sebuah ujian, tujuan dan matlamat ujian hendaklah ditetapkan
terlebih dahulu. Bagi ujian yang telah saya jalankan, ia bertujuan untuk menilai tahap kualiti
item yang digubal. Hal ini bertujuan untuk melatih kami sebagai bakal guru untuk menggubal
soalan-soalan yang berkualiti kepada anak didik kami nanti. Ujian yang dilaksanakan adalah
berbentuk formatif dan ia bertujuan untuk memberikan maklumat supaya langkah pembetulan
dapat dilakukan semasa proses pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran murid (McMillan,
2004). Seterusnya, pembinaan jadual spesifikasi ujian perlu dibuat bagi memastikan
kesahan dan kebolehpercayaan ujian dari segi persampelan item yang relevan
kandungan kesukaran, jenis dan jumlah item dalm suatu ujian. Pembahagian mengikut
jumlah jam belajar mengikut topik dilakukan bagi menentukan bilangan soalan. Wajaran bagi
setiap topik dikira dan ditentukan mengikut kesesuaian topik. Peringkat yang seterusnya
adalah penggubalan item ujian. Penggubalan item ujian ini merupakan satu peringkat yang
berkait rapat dengan jadual spesifikasi ujian. Item yang digubal perlu menepati jadual
spesifikasi ujian yang telah dibuat. Penggubalan item akan mengambil kira aspek aras item dan
tahap kesukaran item. Item yang berkualiti dibina secara profesional seperti tanpa dipengaruhi
dengan bias atau melibatkan isu-isu yang sensitif. Dalam proses penggubalan item ini, skema

1
penskoran dibina bagi memastikan penskoran adalah setara. Kedua-dua item dan skema
penskoran perlu dirahsiakan untuk mengelakkan berlaku kebocoran soalan. Peringkat
seterusnya adalah memasang item ujian. Pemasangan item ujian ini lebih menjurus dalam
bahagian teknikal penggubalan item seperti format, penyususnan item, tempoh masa dan
prosedur pengujian. Tahap kesukaran item akan dinilai sekali lagi agar sesuai dengan tahap
murid dan item yang digubal adalah mengikut jadual spesifikasi ujian yang telah dibuat.
Peringkat terakhir adalah modifikasi dan memurnikan item ujian. Peringkat ini memerlukan
penggubal untuk menilai kembali item yang boleh diperbaiki agar bebas dari sebarang
kesilapan seperti kesilapan ejaan dan pernomboran item. Keputusan untuk menentukan
panjang ujian akan ditentukan mengikut item yang digubal.

3.0 ITEM SOALAN DAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN


- Rujuk Lampiran 1
4.0 KEPUTUSAN UJIAN

Keputusan Ujian Sains Tahun 5 SK Kampung


Rancangan Klias Beaufort

2, 20%
3, 30%
Murid Pencapaian Tinggi
Murid Pencapaian Sederhana
Murid Pencapaian Rendah

5, 50%

CARTA 1 : KEPUTUSAN UJIAN

2
NAMA MARKAH
Muhd Muqrin Alwalid 10
Khaireena binti Khirudin 9
Nur Starfa binti Shamsul 9
Nur Syahmin binti Shamsal 7
Shahrul Hakimi 8
Nur Afifah Farahiyah 6
Awg Haziq Izuddin 8
Catherine Nawai 7
Leyvia Anjun 4
Mohd Nur Fitri 2

JADUAL 1 : KEPUTUSAN UJIAN

Skor (x) Kekerapan,f


10 1
9 2
7 2
8 2
6 1
4 1
2 1
Jumlah : 10

JADUAL 2 : JADUAL KEKERAPAN BAGI TABURAN SKOR

3
Pengumpulan Skor Mentah dalam Jeda Kelas

Menurut (Arsaythamby, 2011), persamaan saiz jeda kelas adalah seperti berikut

𝑆𝑘𝑜𝑟 𝑡𝑒𝑟𝑡𝑖𝑛𝑔𝑔𝑖 − 𝑆𝑘𝑜𝑟 𝑇𝑒𝑟𝑒𝑛𝑑𝑎ℎ


𝑆𝑎𝑖𝑧 𝐽𝑒𝑑𝑎 𝐾𝑒𝑙𝑎𝑠 =
𝐵𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝐾𝑒𝑙𝑎𝑠

Daripada Data di Jadual 1,

10 − 2
𝑆𝑎𝑖𝑧 𝐽𝑒𝑑𝑎 𝐾𝑒𝑙𝑎𝑠 =
4

𝑆𝑎𝑖𝑧 𝐽𝑒𝑑𝑎 𝐾𝑒𝑙𝑎𝑠 = 2

Selang Kelas Sempadan Sempadan Atas Kekerapan,f Kekerapan


Bawah Longgokan
1-3 0.5 3.5 1 1
4-6 3.5 6.5 2 3
7-9 6.5 9.5 6 9
10-12 9.5 12.5 1 10

JADUAL 3 : JADUAL KEKERAPAN LONGGOKAN BAGI TABURAN SKOR TERKUMPUL

Perwakilan Graf

- Rujuk Graf 1 bagi Graf Histogram Keputusan Ujian bagi data di atas.

4
Histogram Markah Ujian Sains Tahun 5 SK
Kampung Rancangan Klias Beaufort
7

4
KEKERAPAN

0
0.5 3.5 6.5 9.5
SEMPADAN BAWAH

GRAF 1 : KEPUTUSAN UJIAN SAONS TAHUN 5

5
5.0 ANALISIS ITEM DAN LAPORAN INDEKS KESUKARAN, INDEKS DISKRIMINASI
DAN ANALISIS DISTRAKTOR

Indeks Kesukaran

Indeks kesukaran digunakan untuk menentukan darjah kesukaran sesuatu item iaitu sama ada
item itu sangat sukar, sederhana atau sangat mudah.

Menurut (Kubiszyn & Borich, 2003), Indeks kesukaran boleh dikira dengan menggunakan
rumus yang berikut:

Indeks kesukaran = Bilangan murid yang menjawab soalan dengan betul


Bilangan murid yang menjawab soalan

Indeks kesukaran kemudiannya mampu diinterpretasikan seperti yang berikut:

Indeks kesukaran (D.I) Interpretasi item Tindakan susulan


D.I < 0.3 Sangat sukar Ubahsuai
0.3 ≤ D.I ≤ 0.8 Sederhana Terima
D.I > 0.8 Sangat mudah Ubahsuai

Berdasarkan Jadual 1 , didapati terdapat 7 orang murid yang mampu menjawab item 1 dengan
betul daripada 10 orang murid yang telah menjawab tersebut. Maka indeks kesukaran bagi item
1 adalah:

Indeks kesukaran = 7

10

= 0.7

Rumus yang sama juga digunakan menentukan indeks kesukaran item-item yang berikutnya.
Maka keputusan yang diperolehi adalah seperti yang terkandung di dalam Jadual 4

Indeks diskriminasi

6
Indeks diskriminasi berfungsi untuk membezakan calon di antara kumpulan pencapaian tinggi
dan kumpulan pencapaian rendah (. Berikut merupakan rumusan yang telah saya gunakan
untuk memperoleh indeks diskriminasi bagi item-item yang telah saya sediakan:

𝑹𝒂 – 𝑹𝑩
Indeks Diskriminasi, d = 𝟏
(𝐑𝐚+ 𝐑𝐁)
𝟐

Ra = Bilangan murid dalam kumpulan pencapaian tinggi yang menjawab item dengan betul
Rb = Bilangan murid dalam kumpulan pencapaian tinggi yang menjawab item
Ra = Bilangan murid dalam kumpulan pencapaian rendah yang menjawab item dengan
betul
Rb = Bilangan murid dalam kumpulan pencapaian rendah yang menjawab item

Menurut Macintosh dan Morrison (1972), Indeks diskriminasi sesebuah item kemudiannya boleh
diinterpretasikan seperti berikut:

Indeks diskriminasi (Ds.I) Interpretasi item Tindakan susulan


Ds.I > 0.40 Positif diskriminasi tinggi Sangat sesuai dan boleh
diterima
0.20 ≤ Ds.I ≤ 0.40 Positif diskriminasi Ubahsuai item
sederhana
0 ≤ Ds.I ≤ 0.20 Positif diskriminasi rendah Item perlu dibina semula
Ds.I < 0 Diskriminasi negatif: Tidak sesuai, item perlu
Persembahan kumpulan dibuang
pencapaian rendah adalah
lebih baik berbanding
kumpulan pencapaian tinggi

Dalam usaha untuk memperoleh indeks diskriminasi bagi item yang telah saya
sediakan, saya telah membahagikan murid-murid saya kepada tiga kategori berdasarkan
keputusan markah mereka. Kategorinya adalah kategori murid pencapaian tinggi, kategori
murid pencapaian sederhana dan kategori murid pencapaian rendah. Perhatikan Jadual 2,

7
murid pencapaian tinggi saya adalah sebanyak 3 orang yang mempeoleh keputusan markah
bermula 10/10 sehingga 9/10. Murid pencapaian sederhana saya pula adalah sebanyak 5 orang
yang memperoleh markah dari 8/10 sehingga 6/10 manakala murid pencapaian rendah saya
adalah sebanyak 2 orang yang memperoleh markah dari 4/10 sehingga 2/10.

Berdasarkan data yang telah saya masukkan dalam Jadual 2, saya telah mengira data
diskriminasi item 1 seperti yang berikut :

𝟑–𝟏
Indeks Diskriminasi, d = 𝟏
(𝟓)
𝟐

= 0.8

Rumus yang sama juga telah saya aplikasikan untuk item-item yang berikutnya dan saya
memperolehi data indeks diskriminasi seperti yang terdapat dalam Jadual 5.

Pengganggu

Pengganggu merupakan pilihan jawapan yang disediakan dalam menjawab sesebuah soalan.
Analisis setiap pengganggu bagi setiap item boleh dirujuk pada Jadual 6.

Item 1

Item 1 mempunyai indeks kesukaran 0.7 yang boleh diinterpretasikan sebagai item yang sangat
mudah dan harus diubahsuai. Pada pendapat saya, item ini merupakan item yang mudah dan
mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi adalah kerana jawapan kepada soalan ini adalah
terlalu jelas. Jika diperhatikan, gambar rangsangan yang diberikan adalah gambar pita
pengukur serta pembaris dan jawapan kepada rangsangan tersebut adalah tingkap bagi M dan
pensel bagi N. Oleh kerana kedua-dua alatan ini biasa digunakan dan dilihat cara
penggunaannya, murid dapat menjawab dengan mudah. Namun begitu, terdapat 3 orang murid
yang tidak dapat menjawab soalan ini menunjukkan juga dapat menguji tahap pemikiran murid.
Oleh itu ianya tidak perlu diubahsuai.

Nilai indeks diskriminasi item 1 pula adalah 0.8 yang menginterpretasikan item yang
mempunyai diskriminasi yang tinggi. Berdasarkan Jadual 2, dalam kumpulan pencapaian tinggi,
3 orang murid mampu menjawab item ini dengan betul manakala dalam kumpulan pencapaian
rendah pula, hanya seorang murid yang mampu menjawab item ini dengan betul. Ini
menunjukkan bahawa item ini sesuai dan tidak perlu diubahsuai. Tambahan pula bagi murid

8
dalam kumpulan pencapaian rendah yang menjawab item ini dengan betul mempunyai
kebarangkalian bahawa murid tersebut memilih jawapan yang betul secara rawak sahaja.

Dari aspek penganggu pula, pengganggu bagi item ini adalah tidak berkesan. Ini adalah kerana
jawapan sebenar bagi item ini adalah C dan seramai 7 orang murid telah menjawab dengan
tepat. Seorang murid memilih jawapan B dan 2 orang murid memlilih jawapan D. Pada
pendapat saya, pengganggu yang saya sediakan tidak berfungsi seperti yang saya inginkan
kerana pengganggu tersebut terlalu berbeza dengan jawapan yang sebenar.

Item 2

Item 2 mempunyai indeks kesukaran 0.8 yang boleh diinterpretasikan sebagai item yang sangat
mudah dan harus diubahsuai. Pada pendapat saya, item ini merupakan item yang mudah dan
mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi adalah kerana jawapan kepada soalan ini adalah
terlalu ketara iaitu untuk mengelakkan kemalangan. Hal ini disebabkan oleh tujuan umum
menjaga kebersihan yang diketahui oleh semua murid. Namun begitu, terdapat 2 orang murid
yang tidak dapat menjawab soalan ini menunjukkan juga dapat menguji tahap pemikiran murid.
Oleh itu ianya tidak perlu diubahsuai.

Nilai indeks diskriminasi bagi item ini adalah 0.8 yang menginterpretasikan item ini mempunyai
diskriminasi yang tinggi dan tidak perlu diubahsuai. Berdasarkan Jadual 2, seramai 3 orang
murid dalam kumpulan murid pencapaian tinggi berjaya menjawab item dengan betul manakala
hanya seorang murid dalam kumpulan murid pencapaian rendah yang telah berjaya menjawab
item ini dengan betul. Ini menunjukkan bahawa item ini sesuai dan tidak perlu diubahsuai.
Tambahan pula bagi murid dalam kumpulan pencapaian rendah yang menjawab item ini
dengan betul mempunyai kebarangkalian bahawa murid tersebut hanya memilih jawapan yang
betul secara rawak sahaja.

Jika diperhatikan dalam Jadual 3, pengganggu yang disediakan adalah kurang berkesan.
Perhatikan pengganggu A, hanya memperoleh 2 murid sahaja yang menjawab pilihan jawapan
tersebut. Ini mungkin kerana pengganggu tersebut amat ketara dan tidak berupaya
mengelirukan murid. Pengganggu A dipilih oleh 2 orang murid tersebut kerana jawapan pada
pilihan jawapan A dan C adalah saling berkaitan dimana memastikan bilik sains bebas daripada
haiwan perosak juga merupakan tujuan umum menjaga kebersihan. Namun, jawapan C adalah
lebih tepat kerana ianya terdapat di dalam peraturan Asas Bilik Sains (sazleh,10).

Item 3

9
Item 3 pula mempunyai indeks kesukaran 0.9 yang menginterpretasikan item ini sebagai item
yang sangat mudah dan harus diubahsuai. Pada pendapat saya, item ini merupakan item yang
mudah dan mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi adalah kerana jawapan kepada soalan
ini adalah agak jelas iaitu melaporkan kepada guru dengan segera.

Nilai indeks diskriminasi item ini adalah 0.8 yang menginterpretasikan item ini mempunyai
diskriminasi yang tinggi dan tidak perlu diubahsuai. Hal ini menunjukkan perbezaan antara hasil
keputusan indeks kesukaran yang memerlukan soalan ini diubahsuai dan indeks diskriminasi
tidak perlu diubahsuai. Berdasarkan Jadual 2, seramai 3 orang murid dalam kumpulan murid
pencapaian tinggi berjaya menjawab item dengan betul manakala hanya seorang murid dalam
kumpulan murid pencapaian rendah yang telah berjaya menjawab item ini dengan betul.
Menurut (Pang & Denis, 2010), murid-murid pencapaian tinggi merupakan murid-murid yang
mempunyai tahap pemikiran yang lebih tinggi. Oleh itu mereka dapat menjawab item ini dengan
mudah. Manakala, bagi murid dalam kumpulan pencapaian rendah yang menjawab item ini
dengan betul mempunyai kebarangkalian bahawa murid tersebut hanya memilih jawapan yang
betul secara rawak sahaja. Ini menunjukkan bahawa item ini sesuai dan tidak perlu diubahsuai.

Dari aspek pengganggu pula, berdasarkan Jadual 3, pengganggu yang disediakan adalah
kurang berkesan. Perhatikan pengganggu C, hanya memperoleh 1 murid sahaja yang
menjawab pilihan jawapan tersebut. Ini mungkin kerana pengganggu tersebut amat ketara dan
tidak berupaya mengelirukan murid.

Item 4

Item 4 mempeoleh indeks kesukaran 0.8 yang menginterpretasikan items ini sebagai item yang
sangat mudah dan harus diubahsuai. Pada pendapat saya, item ini merupakan item yang
mudah dan mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi adalah kerana jawapan kepada soalan
ini adalah mudah untuk murid kerana hanya kala-jengking yang mempunyai ciri melindungi diri
secara mengeluarkan bisa dan bukannya bercengkerang.

Nilai indeks kesukaran item ini adalah 1.2 yang mengintepretasikan item ini mempunyai
diskriminasi yang tinggi dan tidak perlu diubahsuai. Hal ini menunjukkan perbezaan antara hasil
keputusan indeks kesukaran yang memerlukan soalan ini diubahsuai dan indeks diskriminasi
tidak perlu diubahsuai. Berdasarkan Jadual 2, seramai 3 orang murid dalam kumpulan murid
pencapaian tinggi berjaya menjawab item dengan betul manakala kedua murid dalam
kumpulan murid pencapaian rendah tidak dapat menjawab item ini. Murid-murid pencapaian

10
tinggi merupakan murid-murid yang mempunyai tahap pemikiran yang lebih tinggi. Oleh itu
mereka dapat menjawab item ini dengan mudah. Manakala, bagi murid dalam kumpulan
pencapaian rendah tidak dapat menjawab soalan ini kerana mereka pemikiran mereka tidak
mencapai tahap item ini. Ini menunjukkan bahawa item ini sesuai dan tidak perlu diubahsuai.
Perkara ini yang menyumbang kepada nilai indeks diskriminasi yang memuaskan.

Penganggu item tersebut juga kurang berkesan, berdasarkan Jadual 3, pengganggu yang
disediakan adalah kurang berkesan. Perhatikan pengganggu A, hanya memperoleh 2 orang
murid sahaja yang menjawab pilihan jawapan tersebut. Ini mungkin kerana pengganggu
tersebut amat ketara dan tidak berupaya mengelirukan murid.

Item 5

Indeks kesukaran item 5 adalah 0.9 yang boleh diinterpretasikan sebagai item yang sangat
mudah dan harus diubahsuai. Pada pendapat saya, item ini merupakan item yang mudah dan
mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi adalah kerana jawapan kepada soalan ini adalah
agak jelas iaitu bilangan katak akan berkurang kerana apabila ketiadaan helang, bilangan ular
semakin banyak kerana ianya tidak dimakan oleh helang.

Nilai indeks diskriminasi item ini adalah 0.8 yang menginterpretasikan item ini mempunyai
diskriminasi yang tinggi dan tidak perlu diubahsuai. Hal ini menunjukkan perbezaan antara hasil
keputusan indeks kesukaran yang memerlukan soalan ini diubahsuai dan indeks diskriminasi
tidak perlu diubahsuai. Berdasarkan Jadual 2, seramai 3 orang murid dalam kumpulan murid
pencapaian tinggi berjaya menjawab item dengan betul manakala hanya seorang murid dalam
kumpulan murid pencapaian rendah yang telah berjaya menjawab item ini dengan betul. Murid-
murid pencapaian tinggi merupakan murid-murid yang mempunyai tahap pemikiran yang lebih
tinggi. Oleh itu mereka dapat menjawab item ini dengan mudah. Manakala, bagi murid dalam
kumpulan pencapaian rendah yang menjawab item ini dengan betul mempunyai kebarangkalian
bahawa murid tersebut hanya memilih jawapan yang betul secara rawak sahaja. Ini
menunjukkan bahawa item ini sesuai dan tidak perlu diubahsuai.

Penganggu item tersebut juga kurang berkesan, berdasarkan Jadual 3, pengganggu yang
disediakan adalah kurang berkesan. Perhatikan pengganggu A, hanya memperoleh seorang
murid sahaja yang menjawab pilihan jawapan tersebut. Ini mungkin kerana pengganggu
tersebut amat ketara dan tidak berupaya mengelirukan murid.

Item 6

11
Item 6 mempunyai nilai indeks kesukaran 0.4 yang boleh diinterpretasikan sebagai sederhana
dan tidak perlu diubahsuai. Hal ini adalah disebabkan item mempunyai ciri-ciri soalan yang
memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi iaitu murid perlu menilai pernyataan yang diberikan.

Nilai indeks diskriminasi item ini adalah 0.8 yang boleh diinterpretasikan sebagai item yang
mempunyai diskriminasi yang tinggi. Berdasarkan Jadual 2, dalam kumpulan pencapaian tinggi,
2 orang murid mampu menjawab item ini dengan betul manakala dalam kumpulan pencapaian
rendah pula, kedua-dua murid tidak dapat menjawab item ini. Ini menunjukkan bahawa item ini
sangat sesuai dan tidak perlu diubahsuai.

Dari aspek pengganggu pula, saya merasakan setiap pengganggu telah memainkan peranan
dengan baik. Perhatikan Jadual 3 di mana pilihan A dipilih oleh 2 orang murid, pilihan B dipilih
oleh 4 orang murid, pilihan C dipilih oleh 2 orang murid dan akhir sekali pilihan D dipilih oleh 2
orang murid. Perbezaan bilangan murid bagi setiap pilihan jawapan tidak mempunyai
perbezaan yang besar maka pengganggu yang disediakan amat baik dan tidak perlu
diubahsuai. Ini adalah disebabkan oleh rangsangan yang disediakan telah berupaya
mengelirukan murid.

Item 7

Nilai indeks kesukaran bagi item ini adalah 1.0 yang menyatakan bahawa item ini adalah
terlampau senang dan harus dibina semula. Pada pendapat saya, item ini merupakan soalan
yang tidak mempunyai maksud tersirat menyebabkan murid dapat menjawab soalan ini dengan
mudah. Maka, pada masa hadapan saya akan menggunakan rangsangan yang dapat
mengelirukan murid.

Nilai indeks diskriminasi item ini pula adalah 0.8 yang menyatakan bahawa item ini mempunyai
diskriminasi yang tinggi dan tidak perlu diubahsuai. Hal ini menunjukkan perbezaan antara hasil
keputusan indeks kesukaran yang memerlukan soalan ini diubahsuai dan indeks diskriminasi
tidak perlu diubahsuai. Berdasarkan Jadual 2, seramai 3 orang murid dalam kumpulan murid
pencapaian tinggi berjaya menjawab item dengan betul manakala hanya seorang murid dalam
kumpulan murid pencapaian rendah yang telah berjaya menjawab item ini dengan betul. Murid-
murid pencapaian tinggi merupakan murid-murid yang mempunyai tahap pemikiran yang lebih
tinggi. Oleh itu mereka dapat menjawab item ini dengan mudah. Manakala, bagi murid dalam
kumpulan pencapaian rendah yang menjawab item ini dengan betul kerana item ini mempunyai
jawapan yang jelas. Bagi murid yang menjawab item ini dengan jawapan yang salah,

12
berkemungkinan murid tersebut mempunyai tahap pemikiran yang lebih rendah dan
memerlukan bimbingan lebih daripada guru. Oleh itu item ini perlu diubah suai.

Dari aspek pengganggu pula, saya mendapati pengganggu yang disediakan adalah tidak
berkesan dan harus diubahsuai. Pilihan jawapan A dan B tidak berjaya menarik perhatian
murid. Ini disebabkan oleh kerana pengganggu tersebut amat ketara dan tidak berupaya
mengelirukan murid.

Item 8

Nilai indeks kesukaran item 8 adalah 0.3 yang menyatakan item ini mempunyai indeks
kesukaran yang sederhana dan tidak perlu diubahsuai. Daripada 10 orang murid, hanya 3
orang murid sahaja yang berjaya menjawab item ini dengan betul. Ini adalah kerana pilihan
jawapan adalah kurang jelas maka mereka mempunyai kekeliruan dan tidak berupaya
menjawab soalan ini dengan betul dan yakin.

Nilai indeks diskriminasi bagi item ini pula adalah 0.8 yang menyatakan item ini mempunyai
diskriminasi yang tinggi dan item ini tidak perlu diubahsuai dan boleh digunakan. Hal ini
menunjukkan perbezaan antara hasil keputusan indeks kesukaran yang memerlukan soalan ini
diubahsuai dan indeks diskriminasi tidak perlu diubahsuai. Berdasarkan data dalam Jadual 2, 2
orang murid dalam kumpulan pencapaian tinggi telah berjaya menjawab item ini dengan betul
manakala dalam kumpulan pencapaian rendah pula, tidak seorang pun murid telah berjaya
menjawab item ini dengan betul. Ini mungkin kerana murid-murid kurang menguasai topik ini
iaitu proses hidup tumbuhan dan tidak menjalankan sebarang ulangkaji maka mereka tidak
berupaya menjawab dengan betul. Oleh itu, item 8 dapat disimpulkan sebagai item yang amat
sederhana dan tidak perlu diubahsuai.

Dari aspek pengganggu pula, saya merasakan setiap pengganggu telah memainkan peranan
dengan baik. Perhatikan Jadual 3 di mana pilihan A dipilih oleh 1 orang murid, pilihan B dipilih
oleh 3 orang murid, pilihan C dipilih oleh 2 orang murid dan akhir sekali pilihan D dipilih oleh 4
orang murid. Perbezaan bilangan murid bagi setiap pilihan jawapan tidak mempunyai
perbezaan yang besar maka pengganggu yang disediakan amat baik dan tidak perlu
diubahsuai. Ini adalah disebabkan oleh rangsangan yang disediakan telah berupaya
mengelirukan murid.

Item 9

13
Item 9 memperoleh indeks kesukaran 0.7 yang menginterpretasikan items ini sebagai item yang
sangat mudah dan harus diubahsuai. Pada pendapat saya, item ini merupakan item yang
mudah dan mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi adalah kerana jawapan kepada soalan
ini adalah mudah untuk murid kerana dengan menghidupkan unggun api haba yang diterima
adalah lebih banyak berdasarkan pengetahuan sedia ada murid.

Nilai indeks diskriminasi item ini adalah 0.8 yang menginterpretasikan item ini mempunyai
diskriminasi yang tinggi dan tidak perlu diubahsuai. Hal ini menunjukkan perbezaan antara hasil
keputusan indeks kesukaran yang memerlukan soalan ini diubahsuai dan indeks diskriminasi
tidak perlu diubahsuai. Berdasarkan Jadual 2, seramai 3 orang murid dalam kumpulan murid
pencapaian tinggi berjaya menjawab item dengan betul manakala hanya seorang murid dalam
kumpulan murid pencapaian rendah yang telah berjaya menjawab item ini dengan betul. Murid-
murid pencapaian tinggi merupakan murid-murid yang mempunyai tahap pemikiran yang lebih
tinggi. Oleh itu mereka dapat menjawab item ini dengan mudah. Manakala, bagi murid dalam
kumpulan pencapaian rendah yang menjawab item ini dengan betul mempunyai kebarangkalian
bahawa murid tersebut hanya memilih jawapan yang betul secara rawak sahaja. Murid
pencapaian sederhana juga terdapat murid yang menjawab dengan salah iatu sebanyak 2
orang. Ini menunjukkan bahawa item ini sesuai dan tidak perlu diubahsuai.

Dari aspek pengganggu pula, saya mendapati pengganggu yang disediakan adalah tidak
berkesan dan harus diubahsuai. Pilihan jawapan C dan D tidak berjaya menarik perhatian
murid. Ini disebabkan oleh kerana pengganggu tersebut amat ketara dan tidak berupaya
mengelirukan murid.

Item 10

Nilai indeks kesukaran item 10 adalah 0.6 yang boleh diinterpretasikan sebagai sederhana dan
tidak perlu diubahsuai. Hal ini adalah disebabkan item mempunyai ciri-ciri soalan yang
memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi iaitu murid perlu menilai rajah yang diberikan.

Nilai indeks diskriminasi item 10 adalah 1.2 yang mengatakan item ini mempunyai diskriminasi
yang tinggi yang menyebabkan soalan ini tidak perlu diubahsuai dan diterima. Berdasarkan
Jadual 2, seramai 3 orang murid dalam kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab item ini
dengan betul manakala kedua murid dalam kumpulan pencapaian rendah tidak dapat
menjawab item ini dengan betul. Hal ini mungkin disebabkan tahap pemikiran yang berbeza
diantara dua kategori murid tersebut.

14
Dari aspek pengganggu pula, pengganggu B dan C telah memainkan peranan dengan baik.
Perhatikan Jadual 3 di mana pilihan A tidak dipilih, pilihan B dipilih oleh 2 orang murid, pilihan C
dipilih oleh 2 orang murid dan akhir sekali pilihan D dipilih oleh 6 orang murid. Perbezaan
bilangan murid bagi setiap pilihan jawapan tidak mempunyai perbezaan yang besar maka
pengganggu yang disediakan baik dan perlu diubahsuai pada pengganggu A yang kurang
berkesan. Ini adalah disebabkan oleh rangsangan yang disediakan agak berupaya
mengelirukan murid.

6.0 KESIMPULAN

Sebagai penutup, pentadbiran ujian ini merupakan satu kaedah yang sangat sesuai bagi
menganalisis tahap pencapaian murid. Menurut (Hardi, 2014), Sebagai seorang guru yang
kompeten dan berjiwa pendidik, usaha untuk memperbaiki kelemahan diri serta
memperkasakan kemahiran menggubal soalan merupakan satu langkah perdana yang perlu di
amalkan agar keberhasilan murid berada pada tahap yang optimum.

15
7.0 RUJUKAN

Arsaythamby Veloo. (2011). Keupayaan Teori dan Pelaksanaan Pentaksiran dalam


Pembelajaran. Vol.7, 2011 (8 - 15)

Hardi Effendi Yaacob. (9 Februari 2014). Berita Harian: Pendidikan Untuk Semua Kaum.
Diperoleh dari http://www.bharian.com.my/node/246127

Kubiszyn, T. & Borich, G. D. (2003). Educational testing and measurement: Classroom


application and practice (7th ed.). New York: John Wiley & Sons.x

Macintosh, H.G. & Morrison, R.B. (1969). Objective testing. University of London Press Limited
London.

McMillan, J.H. (2004), Classroom assessment, and evaluation in education. Diperoleh dari
http://www.adrprima.com/measurement.htm.

Miller, M.D., Linn, R.L., & Gronlund, N.E. (2009). Measurement and Assessment in teaching.
(10th ed.). New Jersey: Pearson Education International

Pang, V., & Denis Lajium (2010). Penilaian dalam pendidikan (2nd ed.). Universiti Malaysia
Sabah: MAPIM.

16

You might also like