You are on page 1of 10

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : SALBIAH BINTI AB RAHMAN

PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

NAMA SEKOLAH : SK PADANG TERAP

NAMA PROJEK : PUZZLE BERGAMBAR DAN PETA i-THINK

( PROJEK INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BILIK

DARJAH )

TARIKH PELAKSANAAN : 22.4.2015

1.0 OBJEKTIF:

1. Meningkatkan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

2. Menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran sains

3. Mengurangkan masalah disiplin di dalam kelas

4. Memotivasikan murid.

5. Melahirkan guru dan murid yang kreatif dan inovatif .

1
2.0 STRATEGI PELAKSANAAN:

Saya telah membuat perancangan projek inovasi untuk pengurusan

bilik darjah bagi projek inovasi internship ini. Langkah pertama ialah dengan

merangka kertas kerja untuk perlaksanaan program internship ini. Seterusnya,

saya berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing mengenai idea

pelaksanaan projek yang telah dirancang dan mengemukakan kertas kerja yang

telah dibuat. Kami berbincang tentang projek yang akan dilaksanakan dan

beliau sedikit sebanyak menyumbangkan idea untuk penambahbaikan inovasi

tersebut.

Selepas itu, saya terus mencari bahan untuk melaksanakan projek ini.

Saya perlu mencari beberapa gambar tumbuhan yang berlainan bagi

menghasilkan Puzzle yang akan dibuat. Setelah gambar tumbuhan

diperbesarkan mengikut salinan saiz A3. Ini akan memudahkan murid untuk

menyusun Puzzle tersebut. Saya juga perlu menyediakan beberapa gambar

bahagian-bahagian tumbuhan untuk menghasilkan slaid power point iaitu

gambar buah, daun, batang, pucuk, akar dan bunga. Seterusnya saya telah

menjalanakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam langkah set induksi,

saya telah menayangkan slaid power point bgambar tumbuh-tumbuhan di

taman bunga. Saya meminta murid untuk menamakan tumbuhan yang terdapat

dalam gambar tersebut. Seterusnya saya meminta murid untuk menamakan

bahagian-bahagian tumbuhan yang terdapat pada tumbuhan dalam gambar.

2
Penyediakan Puzzle Bergambar

Dalam langkah seterusnya pula, saya menayangkan slaid power point

gambar bahagian-bahagian tumbuhan iaitu buah, daun, pucuk, akar, batang,

dan bunga. Murid diminta untuk menyebut dan mengeja nama bahagian-

bahagian tumbuhan tersebut secara latih tubi.

Langkah seterusnya, saya membahagikan murid kepada 6 kumpulan

berlima. Setiap kumpulan murid diberikan satu sampul yang mengandungi

kepingan puzzle gambar tumbuhan. Murid dikehendaki mencantumkan

kepingan puzzle tersebut supaya menjadi sejenis tumbuhan. Murid dikehendaki

menjalankan aktiviti tersebut secara berkumpulan. Ianya bertujuan untuk

menilai kerjasama dan bakat kepimpinan di kalangan murid.

Selepas itu, murid diminta mengenalpasti nama tumbuhan tersebut dan

setelah semua kumpulan siap mencantumkan puzzle, setiap kumpulan diminta

untuk membentangkan hasil kerja mereka. Semua ahli dalam kumpulan diminta

ke hadapan untuk membuat perbentangan. Semasa perbentangan, murid

dikehendaki menyebut nama tumbuhan dan bahagian-bahagian tumbuhan yang

terdapat pada tumbuhan tersebut. Seterusnya membandingkan perbezaan dan


3
persamaan antara bahagian pokok mereka dengan pokok kumpulan lain.

Puzzle setiap kumpulan adalah mengandungi gambar tumbuhan yang berbeza.


Murid kelihatan begitu seronok dan teruja untuk mencantumkan kepingan

puzzle tersebut. Ada juga murid yang mahu membuat kerja secara bersendiri

dan apabila menyusun Puzzle tersebut dan adakalanya bergaduh sesama

sendiri akibat tidak dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang dilakukan kawan.

Ada juga murid yang bertindak sebagai pemerhati sahaja tanpa melakukan apa-

apa. Ada juga murid yang merajuk dan meyepikan diri kerana tidak dapat

mencantumkan puzzle tersebut. Kebanyakan murid-murid tersebut tidak tahu

lagi sikap bekerjasama memandangkan mereka baru tahun 1.

Puzzle yang telah dicantum oleh murid

Untuk langkah seterusnya, guru

mengedaran lembaran kerja berupa


4
peta pemikiran i-Think. Murid dikehendaki melengkapkan peta buih mengenai

bahagian-bahagian pokok pisang. Semasa melengkapkan peta buih tersebut,

ada murid yang tahu nama kesemua bahagian pokok pisang dan ada juga yang

ketawa apabila kawannya menyebut jantung adalah salah satu bahagian pada

pokok pisang. Selepas itu, guru membuat pemeriksaan jawapan bersama-sama

murid secara kelas. Dilihat semua murid dapat menamakan bahagian-bahagian

pada pokok pisang. Kebanyakan murid mengetahui persamaan dan perbezaan

antara tumbuhan dalam aktiviti sebelumnya. Jadi, saya dapat merasakan

objektif pembelajaran saya pada hari tersebut berjaya.

Peta i-

Think

5
Hasil kerja murid (Peta i-Think)

3.0 REFLEKSI:

a) KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI


Projek Inovasi ini menjadikan saya lebih

kreatif dan inovatif dalam menyampaikan isi

pengajaran sains pada hari ini. Proses

pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

menyeronokkan dengan penggunaan BBM

berbentuk hands-on iaitu Puzzle Bergambar dan Peta i-Think. Murid saya

bersedia untuk sesi PdP dari awal sehingga akhir.


Murid kelihatan seronok sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

Ada murid yang sehingga tidak mahu duduk di atas kerusi kerana asyik berjalan

melihat hasil Puzzle kumpulan yang lain. Puzzle yang saya hasilkan adalah

6
berbentuk besar dengan gambar tumbuhan yang menarik dan berwarna-warni.

Ini memudahkan murid untuk menyusun Puzzle tersebut.


Penglibatan murid di dalam perbincangan juga amat baik kerana setiap

kali soalan yang ditanayakan guru secara beramai-ramai ataupun

perseorangan, murid dapat menjawab dengan baik.

b) KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI


Terdapat juga beberapa kelemahan sepanjang pengajaran dan

pembelajaran inovasi berlaku. Antaranya ialah dari segi pengawalan kelas.

Memandangkan murid-murid dari kelas 1 Setia ini adalah kalangan murid yang

sangat aktif dan tidak boleh duduk diam. Adakalnya saya merasakan aktiviti

yang saya sediakan kurang mencukupi. Murid kelas 1 Setia merupakan murid

kelas pertama dan kesemuanya telah melepasi saringan LINUS. Jadi mungkin

mereka aktiviti terlalu sedikit dan mereka dapat menyiapkan tugasan yang

diberikan dalam jangka waktu yang singkat. Ada juga murid yang suka berjalan

dan asyik hendak tahu apa yang ada di persekitaran mereka. Memang jelas

sifat inkuiri sangat tinggi dalam diri mereka.


Saya juga sepatutnya memberikan arahan terlebih dahulu sebelum

mengedarkan sampul berisi kepingan puzzle. Ini kerana setelah saya

mengedarkan kepingan puzzle tersebut, kemudian baru arahan diberikan ada

kumpulan murid yang tidak sabar dan terus membuka sampul tersebut tanpa

mendengar arahan terlebih dahulu. Di awal permulaan sesi pengajaran,

pengawalan kelas berjalan dengan lancar. Namun di pertengahan ada murid

7
yang sudah mula tidak dapat menumpukan pada kerja kumpulan yang

diberikan. Ini kerana mereka tidak diberi peluang oleh rakan kumpulan untuk

sama-sama mecantumkan puzzle tersebut. Ada juga murid yang bertindak

sebagai ketua dan hanya ingin melaksanakan semua kerja secara sendirian

dan apabila hendak dibantu oleh rakan kumpulan yang lain dia akan

memarahinya. Hal ini meyebabkan mereka masih tidak memahami apa itu kerja

berkumpulan. Saya seharusnya memikirkan cara bagaimana untuk memastikan

semua murid dapat melaksanakan kerja kumpulan yang diberikan Contohnya,

setiap ahli kumpulan perlu memegang sekurang-kurangnya sekeping kepingan

puzzle. Ini untuk mengelakkan ada ahli kumpulan yang hanya bertindak sebagai

pemerhati sahaja.

8
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Saya berharap agar dapat menjalankan inovasi yang lebih baik dengan

menyedikan lebih banyak aktiviti yang menarik dengan mengaplikasikan

pembelajaran secara permainan kepada murid tahun 1. Ini kerana dilihat, murid

amat gembira apabila guru membuat suatu kelaianan dalam pengajaran dan

pembelajaran.

5.0 KESIMPULAN

Inovasi Puzzle Bergambar dan peta i-Think ini berjaya menarik minat

murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid melibatkan diri secara

aktif dalam aktiviti yang dilakukan dan ianya memberi impak yang positif kepada

mereka. Diharap inovasi BBM secara hands-on ini dapat diaplikasikan di

Sekolah Kebangsaan Padang Terap bersesuaian dengan matapelajaran yang

diajar.

9
Disediakan oleh,

...................................

(SALBIAH BINTI AB RAHMAN)


PPG SAINS A
AMBILAN JUN 2011

10

You might also like