You are on page 1of 1

PELANCONGAN REKREASI TASIK BUYUT DI KAMPUNG MANGKALUA, KOTA

MARUDU
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pelancongan rekreasi Tasik Buyut di Kampung Mangkalua,
Kota Marudu. Kajian ini mengemukakan dua objektif iaitu mengenal pasti daya tarikan
pelancongan rekreasi Tasik Buyut dan kesan pelancongan rekreasi Tasik Buyut dalam kalangan
penduduk Kampung Mangkalua, Kota Marudu. Lokasi kajian ialah di Tasik Buyut, Kampung
Mangkakua, Kota Marudu. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui
soal selidik, pemerhatian dan rujukan. Kajian ini melibatkan 30 orang responden penduduk
Kampung Mangkalua. Hasil daripada dapatan kajian, daya tarikan pelancongan rekreasi Tasik
Buyut ialah imej destinasi dan kemudahan infrastruktur dan sebagainya. Seterusnya, kesan
pelancongan rekreasi Tasik Buyut ialah impak ekonomi, impak sosial dan sebagainya. Kajian ini
merumuskan pentingnya daya tarikan untuk memberi kepuasan dan respon positif kepada para
penduduk Kampung Mangkalua.

You might also like