You are on page 1of 2

Maksud

-Inventori ialah bahan-bahan atau barangan yang disimpan di dalam stor. Terdiri daripada bahan
mentah, barang dalam proses dan juga barang siap.

-Penyimpanan inventori penting bagi memastikan proses pengeluaran dapat berjalan lancar dan
sempurna. Permintaan pengguna dapat dipenuhi dengan cepat dan berterusan.

-Sistem Kawalan inventori merujuk kepada bagaimana organisasi menentukan supaya inventori dapat
diagihkan dengan cekap dan berkesan

Jenis inventori
1. Bahan mentah : brg yg dibeli & diterima tp belum melalui proses pengeluaran
2. Kerja dalam proses : bahan mnetah yg telah memasuki proses pengeluaran

3. Produk/ Barang siap : hasil dpd proses pengeluaran dan sedia utk dijual

Contoh: Pengeluaran Perabot


Bahan Mentah Kayu,paku,cat,tukul

Kerja Dalam Proses Kayu telah dipotong, Pintu almari

Barang Siap Perabot- meja, kerusi

ii. Kepentingan / Objektif


- Memastikan inventori berada pada tahap optimum
Bagi menentukan bahawa inventori sentiasa berada pada paras yang
mencukupi dan menguntungkan
-Mengelakkan risiko kerosakan dan kecurian
Bagi mengelakkan pembaziran seperti lebihan stok menyebabkan kerosakan dan using. Kehilangan
inventor juga dapat dielakkan
-memastikan aktiviti pengeluaran dijalankan secara berterusan
Gangguna pengeluaran akibat kekurangan bekalan bahan mentah dapat dielakkan
-Memenuhi keperluan pasaran apabila diperlukan
-Memastikan stok mencukupi dan dapat memenuhi permintaan pasaran
Suapaya dpt mengelakkan rasa tidak puas hati pelanggan dan masalah penghantaran barangan yang
lambat
-Meminimumkan kos pegangan inventori
Simpan ikut keperluan supaya tidak menjejaskan aliran tunai perniagaan

iii.Pengurusan Inventori
Kaedah pengurusan inventori terdiri dpd

a) Analisis Model Kuantiti Pesanan Ekonomi (Model Economic Order Quantity)


- EOQ merujuk kepada kuantiti pesanan yang dapat meminimumkan kos pegangan kos pesanan
inventori
- Kos pegangan ialah kos untuk menjaga dan menyelenggara inventori
- Rumus kos pegangan ialah Q
___ X h
2
- Kos pesanan ialah kos yang ditanggung apabila memesan inventori
- Rumus kos pesanan ialah D
--- X S
Q

Jumlah kos ialah Q D


___ X h + __ X S
2 Q
-Kegunaan model ini ialah untuk menentukan kuantiti pesanan optima
-:
EOQ = 2DS
H
Di mana, D = Permintaan sebenar untuk penggunaan inventori
S = Kos pesanan inventori
H = Kos pegangan seunit Inventori ( carrying cost)

Andaian yang digunakan bagi model ini ialah:


i. Permintaan adalah tetap
ii. Tiada kekurangan dibenarkan
iii. Masa senggang atau menunggu adalah tetap dan tidak berubah
iv . Hanya dua kos relevan, iaitu kos pesanan dan kos pegangan
v. Tiada kekangan atau had ke atas saiz lot item
vii. Keputusan untuk sesuatu item tidak bergantung kepada keputusan
bagi item yang lain. Pada sesuatu masa hanya satu item yang
terlibat.

-Kebaikan EOQ ialah ia dapat meminimumkan jumlah kos pegangan dan kos pesanan inventori

Titik pesanan semula boleh ditentukan melalui rumus : d X L


Dimana

d ialah permintaan purata iaitu ( permintaan bilangan hari bekerja)


L: bilangan hari pesanan diterima

You might also like