You are on page 1of 8

Tajuk:

Kajian tindakan untuk mengkaji kesan bilik darjah: adakah ia mungkin?

Penulis:

Anjum Halai

Aga Khan University, Karachi, Pakistan.

TAJUK

Daripada tajuk artikel yang ditulis oleh Anjum Halai iaitu “Kajian tindakan untuk

mengkaji kesan bilik darjah: adakah ia mungkin?” tidak dapat menerangkan tentang

keseluruhan kajian yang dibuat olehnya. Hal ini kerana tajuk yang ditulis tidak

menerangkan tentang pembolehubah atau kaedah yang digunakan untuk mengkaji dan

juga individu yang terlibat dalam kajian tindakan ini. Seharusnya, penulis memasukkan

strategi yang digunakan untuk menilai kajian tindakan ini dan juga individu yang terlibat

dalam kajian ini. Sebagai contohnya, strategi pengajaran baru digunakan dalam kajian

tindakan menggantikan kaedah pengajaran yang lama. Maka, strategi ini haruslah ditulis

di bahagian tajuk bagi menggambarkan keseluruhan kajian tindakan yang dilakukan.


ABSTRAK

Abstrak yang ditulis di dalam artikel ini menerangkan secara ringkas tujuan kajian

tindakan ini dilakukan iaitu untuk memperbaiki kualiti pengajaran guru yang sedang

berkhidmat (in-service teacher) supaya memberikan hasil pembelajaran yang baik ke

atas pelajar. Selain itu, kajian tindakan ini juga adalah untuk melihat kesan pengajaran

guru yang sedang berkhidmat (in-service teacher) ke atas pencapaian pelajar dan juga

mencadangkan bahawa pembolehubah di sekolah atau bilik darjah adalah berkaitan atau

berhubung iaitu mempunyai hubungan sebab akibat (causal link). Oleh kerana

pembolehubah seperti bilik darjah dan sekolah adalah sesuatu yang sukar untuk diukur,

maka adalah mustahil untuk mengawal pembolehubah ataupun hasil. Dengan itu, kajian

ini perlulah melihat proses pengajaran dan pembelajaran dan juga kerumitannya.

Di bahagian ini juga ada menerangkan tentang tujuan yang lebih mendalam kajian

tindakan ini dilaksanakan iaitu untuk mengkaji kesan strategi pengajaran dan

pembelajaran ke atas bilik darjah yang diperkenalkan sebagai satu program pendidikan

ke atas guru yang sedang berkhidmat di Karachi, Pakistan. Melalui kajian ini, penulis

mencadangkan kaedah kajian tindakan yang bersesuaian serta berpatutan untuk mengkaji

kesan pendidikan atau pengajaran guru yang sedang berkhidmat.

Walaupun kajian tindakan ini menyatakan maklumat dengan jelas dan mencukupi

namun terdapat sedikit kekurangan kerana ia tidak menyatakan bilangan sampel yang

digunakan ataupun subjek bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang dinilai atau

diperhatikan dalam membuat kajian tindakan ini.


PENDAHULUAN

Di bahagian pendahuluan artikel ini, penulis menerangkan tentang kajian tindakan yang

dilakukan. Selain itu, penulis juga menghuraikan tentang kesan (impact) yang boleh

dilihat dalam bilik darjah akibat daripada pengajaran guru. Kesan ini boleh dilihat secara

terus ke atas pencapaian pelajar iaitu dalam bentuk markah sama ada dalam pra-ujian

ataupun post-test. Walau bagaimanapun, kesan juga boleh dilihat sebagai satu proses

perubahan bagi membolehkan penggunaan idea, peralatan ataupun tindakan untuk

diterjemah dan diterima dan seterusnya membawa kepada perubahan.

Pandangan dan juga petikan kata-kata daripada beberapa tokoh di dalam artikel

memberikan gambaran bahawa kajian tindakan untuk mengkaji kesan bilik darjah adalah

perlu. Hal ini adalah penting supaya proses perubahan boleh dilakukan di dalam bilik

darjah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap terbaik

serta pencapaian pelajar adalah tertinggi.

Penulis atau pengkaji juga ada menjelaskan di dalam artikel yang ditulis

mengenai kerasionalan kajian yang dibuat berdasarkan beberapa teori yang dikemukakan

oleh beberapa tokoh yang terlibat. Antaranya seperti Pedretti,1996; Kemmis &

McTaggart, 2000; Phelps & Hase, 2002, menyatakan bahawa kajian tindakan adalah

sesuai untuk memahami bagaimana guru dalam perkhidmatan membawa perubahan di

dalam bilik darjah. Hal ini kerana, kajian tindakan membawa kemajuan dalam situasi

sosial melalui kitaran pusingan yang terdiri daripada perancangan, tindakan, pemerhatian

dan juga refleksi. Kerana itu, perlu cipta perubahan ataupun transformasi.
Di bahagian pendahuluan ini juga disertakan bahagian latar belakang iaitu

mengenai kajian tindakan yang dilaksanakan hasil kerjasama antara pengkaji dan juga

sekumpulan pelajar kolej iaitu guru dalam perkhidmatan yang menyambung pelajaran

dalam diploma lanjutan iaitu bidang pendidikan matematik. Guru dalam perkhidmatan

akan mengajar di sekolah dan pengkaji akan membuat kajian terhadap proses pengajaran

dan pembelajaran di sekolah.

METODOLOGI

Bahagian metadologi ini menerangkan dengan jelas dan terperinci mengenai sampel yang

digunakan dalam kajian tindakan ini. Kajian tindakan ini bersifat kolaboratif kerana ia

melibatkan penyelidik dan guru bekerjasama dalam menjalankan kajian tindakan. Dalam

kajian tindakan ini, tutor-pengkaji (tutor-researcher) telah bekerjasama dengan empat

orang guru iaitu Amna, Tehmina, Naima dan juga Shanila. Keempat-empat guru ini

mengambil diploma lanjutan dalam bidang pendidikan matematik di Universiti Aga Khan

Institut Perkembangan Pendidikan (Aga Khan University Institute for Educational

Development). Walau bagaimanapun, pengkaji telah melaporkan hasil kajiannya bersama

Tehmina kerana kekurangan waktu dan memerlukan perbincangan yang lebih mendalam.

Persoalan utama dalam kajian tindakan ini ialah bagaimana strategi yang dipilih

dilaksanakan di dalam bilik darjah oleh guru memberikan sumbangan kepada proses

pengajaran dan pembelajaran.


Dalam menjalankan kajian tindakan ini, Tehmina telah mengajar pelajar di kelas

VII (perempuan, 12-13 tahun) di sekolah pertengahan (middle school) di kawasan

Karachi dan seterusnya mengajar mereka di kelas VIII pada tahun akademik yang baru.

Kedatangan pelajar ke sekolah adalah kurang dan mendatangkan masalah pada formasi

kumpulan yang telah di buat oleh Tehmina. Oleh itu, Tehmina telah merangka

perancangan bagi memastikan pelajar datang ke sekolah dan melaksanakan strategi

pengajaran yang difokuskan dalam kajian.

Pendekatan yang digunakan oleh Tehmina dalam proses pengajaran dan

pembelajaran matematik iaitu berfokus kepada tajuk set adalah berbeza daripada

kebiasaannya. Pengajaran baru ini menggunakan bahan konkrit dan melibatkan

perbincangan serta penerangan kumpulan dalam penyelesaian masalah.


PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Daripada bahagian rumusan, didapati bahawa tutor penyelidik memainkan peranan

penting bagi mewujudkan refleksi terhadap guru. Tutor penyelidik menggunakan

pendekatan kajian tindakan untuk mengkaji perubahan bilik darjah iaitu dari segi

mengkaji kaedah baru yang digunakan dalam bilik darjah, isu atau soalan yang timbul

dalam pelaksanaannya dan kenalpasti perubahan dalam proses.

Di bahagian rumusan ini dapat dilihat bahawa perubahan dalam strategi mengajar

yang dilakukan oleh Tehmina telah mendatangkan kesan yang baik ke atas kemahiran

sosial pelajar dan juga kualiti pelajaran matematik yang diajarnya di kelas serta pelajar

lebih faham tentang sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung.

.
RUJUKAN

Bahan rujukan yang digunakan di dalam penulisan kajian ini kebanyakannya adalah

rujukan dalam beberapa tahun yang lepas dan bahan daripada rujukan terbaru adalah

sedikit. Bahan rujukan yang digunakan adalah luar daripada negara pengkaji.

Di dalam artikel, bibliografi yang digunakan untuk menyokong pendapat,

penulisan dan juga kajian ditulis mengikut cara penulisan yang betul iaitu format

penulisan APA. Setiap kata-kata pengkaji, petikan daripada buku atau bahan rujukan lain

yang digunakan di dalam artikel disenaraikan di bahagian rujukan.


PANDANGAN SECARA UMUM TERHADAP KAJIAN

Secara keseluruhannya, kajian tindakan yang dijalankan ini adalah baik terutamanya

kepada guru yang terlibat dan juga kesemua guru amnya kerana ia dapat membantu guru

dalam memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang didapati

kurang berkesan pada masa-masa yang tertentu dan juga pelajar yang berlainan. Selain

itu, guru juga dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran yang bukan bergantung kepada

buku semata-mata dan menjadikan guru seorang yang kreatif. Melalui kajian tindakan,

guru juga dapat membawa pembaharuan dan juga kemajuan melalui refleksi kendiri dan

usaha sendiri yang dilakukan olehnya.

You might also like