You are on page 1of 13

BAB 2

HURAIAN PROGRAM PENANDAARASAN

Dasar 1 Murid 1 Sukan ( 1 m 1 S ) diperkenalkan selaras dengan Dasar


Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat. Dasar-
dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Dasar ini dilaksanakan diperingkat sekolah melalui dua
strategi pelaksanaan iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk
Kecemerlangan.

Dasar 1 M 1 S mempunyai objektif tertentu dalam perlaksanaannya.


Antara objektif utamanya adalah membangunkan modal insan iaitu murid-
murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun melalui penyertaan yang
menyeluruh. Ianya juga diharap dapat memupuk budaya bersukan di
kalangan murid sekolah agar kelak menjadi masyarakat yang mengamalkan
gaya hidup sihat dan cergas.

Selain dari itu Dasar 1 M 1 S diharapkan dapat meningkatkan


kecergasan jasmani dalam membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai
murni murid-murid serta memupuk perpaduan di antara kaum dalam budaya
bersukan yang dibentuk di kalangan murid. Dan yang paling penting dasar ini
akan memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan
fizikal.

Dalam Projek Penandaarasan ini, saya telah memilih satu program


yang berkait rapat dengan aktiviti sukan murid. Program ini telah dilaksanakan
oleh sekolah penandaraasan bukan hanya sebagai satu tanda aras dalam
memupuk budaya bersukan tetapi lebih kepada mewujudkan satu suasana
positif yang memberi impak kepada kemenjadian murid . Program ini diberi
nama ‘ Program Kecergasan Sejagat ‘.

Program Kecergasan Sejagat ini bukan sahaja memberi impak yang


sangat baik kepada murid dari segi semangat bersukan tetapi juga memberi
kesan positif kepada kesediaan murid dalam menghadapi proses
pembelajaran dan juga memupuk semangat perpaduan. Selain itu program ini
juga memberi kesan kepada semangat guru-guru dalam mempertingkatkan
kompetensi masing-masing.

2.1 Situasi

Program Kecergasan Sejagat diperkenalkan di Sekolah Kebangsaan Pendita


Za’ba oleh En Mat Radzi B. Jusoh pada tahun 2013 iaitu enam bulan selepas
beliau melaporkan diri sebagai guru besar. Pada tahun 2013 juga Aplikasi
Pangkalan Data Murid ( APDM ) telah dibangunkan untuk kegunaan sekolah
dalam mengumpul data murid. Melalui aplikasi ini semua data murid boleh
diakses untuk kegunaan rasmi termasuk data berkaitan kehadiran murid.

Jadual 1: Rumusan Kehadiran Murid SK Pendita Za’ba Bagi April 2013

Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4

Jadual diatas menunjukkan rumusan data kehadiran murid yang


diambil dari aplikasi pangkalan data murid bagi bulan April 2013 iaitu sebulan
sebelum Program Kecergasan Sejagat dilaksanakan. Rumusan selama empat
minggu ini menunjukkan peratus kehadiran murid tidak mencapai petunjuk
prestasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu 95%.

Kehadiran murid tidak mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan oleh


Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan antara sebab kenapa Program
Kesihatan Sejagat ini diperkenalkan di Sekolah Kebangsaan Pendita
Za’ba.Isu kehadiran murid merupakan isu utama yang menjadi penyebab
kepada pelaksanaan program ini.Kehadiran murid sangat penting dalam
memacu kecemerlangan sekolah.

Aduan guru-guru kepada En Mat Radzi berkaitan kesediaan murid


dalam menghadapi proses pembelajaran juga diambilkira dalam pelaksanaan
program ini.Guru-guru sering mengadu bahawa kerapkali murid tidur di dalam
kelas diawal pagi.Murid-murid dilihat letih dan tidak bermaya ketika sesi
pertama pembelajaran di dalam kelas.Apabila murid tidak bersedia dalam
menghadapi pembelajaran, proses kearah kecemerlangan sekolah akan
menjadi satu laluan yang sukar.

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Pendita Za’ba terdiri dari pelbagai


kaum dan bangsa. Berdasarkan Jadual 2 dibawah, dilihat kepelbagaian kaum
dan bangsa akan mewujudkan satu situasi sosial yang sangat baik dalam
perkembangan minda murid.

Jadual 2 : Rumusan Enrolmen Murid Tahun 2017

B.
KAUM MELAYU KEMBOJA ASLI INDIA CINA
WARGA
KHMER JAWA
J
JANTINA L P L P L P L P L P L P L P L P

MURID KELAS PERDANA

JUMLAH 147 152 4 4 25 20 7 2 0 0 0 2 6 7 1 2 379

B.
KAUM MELAYU KEMBOJA ASLI INDIA CINA
WARGA
KHMER JAWA
J
JANTINA L P L P L P L P L P L P L P L P

MURID PRA SEKOLAH


23 25 0 0 0 2 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 50

JUMLAH KESELURUHAN 429

Laporan umum oleh Puan Anisah Bt Hamzah, guru bimbingan dan kaunseling
kepada Encik Mat Radzi, murid-murid Sekolah Kebangsaan Pendita Za’ba
dilihat suka bergaul bersama-sama rakan sekaum dengan mereka. Mereka
lebih gemar berbuat demikian kerana lebih memahami bahasa pertuturan
kaum masing-masing.Apabila diadakan sesi temubual oleh Puan Anisah,
murid-murid terutama yang bukan dari kaum Melayu merasa rendah diri untuk
bergaul dengan rakan berlainan kaum dan agama.

Hasil temubual saya bersama Encik Mat Radzi, pelaksanaan Program


Kecergasan Sejagat juga dapat menyelesaikan isu sikap guru. Guru-guru
yang hadir di awal pagi hampir 70 peratus berada di bilik guru dan
kantin.Mereka tidak mengendahkan keadaan murid-murid yang berada di
sekitar kawasan sekolah. Ada juga guru yang hadir lewat ke sekolah tanpa
alasan yang kukuh.

Pemilihan program ini amat bertepatan dan sesuai untuk terus


dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Pendita Za’ba apabila peratus
kehadiran murid meningkat dari hari ke hari sehingga berjaya mengekalkan
peratus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Aduan
berkaitan murid mengantuk,tidur dalam kelas serta tidak bermaya
menghadapi pembelajaran oleh guru-guru juga berkurangan.

Pembahagian tugas dan tanggungjawab serta pelantikan penyelaras


program dapat memupuk kesungguhan dalam diri guru-guru bagi
melaksanakan program.Seterusnya ianya merupakan satu perubahan besar
kepada sikap guru-guru dalam menyemai rasa tanggungjawab dalam diri
terhadap pelaksanaan program sekolah.

2.2 Peluang dan cabaran pelaksanaan projek.

Kejayaan pelaksanaan Program Kecergasan Sejagat ini terletak kepada cara


kepimpinan tertinggi sekolah membuka ruang dan peluang kepada murid-
murid dan guru-guru menyesuaikan diri dalam menyusur arus perubahan.
Kepimpinan tertinggi sekolah telah menyebarluaskan isu utama yang
timbul ,perancangan program, aktiviti yang akan dilaksanakan dan impak
yang akan diperolehi melalui taklimat yang diadakan.

Mesyuarat perlantikan jawatankuasa serta pembahagian tugas


melancarkan pelaksanaan program ini dimana guru-guru dilihat sangat aktif
dalam menyuarakan pandangan bagi mempelbagaikan aktiviti sukan dalam
pelaksanaan program.Puan Nor Izzah telah dilantik oleh pengurusan sekolah
sebagai penyelaras program.Berikut merupakan jawatankuasa program serta
jadual pelaksanaan program yang telah diputuskan dalam mesyuarat dan
telah dipersetujui oleh semua guru.
Jawatankuasa Program Kecergasan Sejagat SK Pendita Za’ba

Pengerusi : Encik Mat Radzi B. Jusoh Guru Besar

Naib Pengerusi 1 : Puan Hajjah Saadiah Bt Roslan PK HEM

Naib Pengerusi 2 : Encik Mohd Noor B.

Enci NorAzmi B.

Penyelaras : Puan Nor Izzah Bt

AJK : En Mohd Fauzi B. Jusuh

En Ibrahim B. Nawawi

Puan Yati a/p Bah Dadu

Puan Norzariati Bt Mohd Noor

Jadual 3 : Jadual Pelaksanaan Program

Selasa Rabu Khamis


7.20 pagi-7.35 pagi
Permainan Kecil Permainan Kecil
-bola sepak
-sepak raga
Senamrobik
-badminton
-batu seremban
-teng teng

Melalui perlaksanaan program ini, murid-murid dilihat sangat teruja.


Mereka membawa peralatan sendiri dari rumah dan bersedia dengan pakaian
sukan pada hari pelaksanaan program.Namun pihak sekolah juga
menyediakan peralatan sukan sekolah bagi memberi semangat kepada
murid-murid yang tidak berkemampuan.Dengan ini semua murid dapat
mengikuti program tanpa ada yang terpinggir.
Para ibubapa serta penjaga sangat memberi kerjasama apabila
program ini dilaksanakan. Mereka berusaha untuk menghantar anak mereka
ke sekolah mengikut waktu yang ditetapkan agar anak-anak mereka dapat
menyertai aktiviti dengan jayanya.Di awal perlaksanaan terdapat juga murid-
murid yang tidak dapat hadir tepat pada waktunya memandangkan
kedudukan rumah mereka jauh dan mereka ke sekolah dengan menaiki
kenderaan sewaan.

Pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah
mengadakan perbincangan bersama pengusaha kenderaan sewaan agar
dapat mengubah masa mengambil murid-murid dari rumah ke sekolah lebih
awal agar murid-murid tersebut boleh turut serta dalam aktiviti Program
Kecergasan Sejagat. Pengusaha telah bersetuju untuk bekerjasama dalam
menjayakan program ini.

Sebagai sumber rujukan utama, Encik Mat Radzi selaku guru besar
sering berbincang bersama-sama penolong kanan dan penyelaras program
bagi memastikan perjalanan program lancar dan tiada isu yang timbul dari
aspek pelaksanaan. Encik Mat Radzi juga sentiasa meminta guru-guru
mengutarakan masalah yang berkait rapat dengan pelaksanaan program
setiap kali sesi perjumpaan bersama guru-guru diadakan.

Penolong Kanan Hem, Puan Hajah Saadiah juga menyediakan laporan


berkaitan peratus kehadiran murid dan akan dibentangkan di dalam
mesyuarat pengurusan tertinggi sekolah. Puan Anisah, guru bimbingan dan
kaunseling juga memberikan laporan terhadap sesi yang dilakukan bersama
murid. Ini amat membantu Encik Mat Radzi dalam memastikan pelaksanaan
program tersebut memberi impak positif kepada murid.

Dalam temubual saya bersama Puan Nor Izzah iaitu penyelaras


program, beliau menyatakan bahawa pihak pentadbir sekolah terutama guru
besar akan sentiasa bertanyakan hal berkaitan perlaksanaan program serta
isu atau masalah yang timbul. Guru-guru diberi peluang untuk menyuarakan
pandangan dalam menambahbaik perjalanan program. Pihak pentadbir
sekolah sentiasa memberi kata-kata semangat dan galakan kepada guru-guru
untuk terus komited dalam melaksanakan aktiviti demi kemenjadian
murid.Guru Besarserta semua penolong kanan turut serta dalam setiap aktiviti
Program Kesihatan Sejagat bersama-sama murid dan juga guru-guru.

Guru-guru yang mempunyai masalah dalam melaksanakan aktiviti


diberi peluang dan ruang menyelesaikan masalah serta menyesuaikan diri
dengan perubahan aktiviti di sekolah.Dengan secara tidak langsung ,
kesediaan sekolah dalam menerima keadaan guru membantu meningkatkan
motivasi guru seterusnya dan dapat menyertai aktiviti Program Kecergasan
Sejagat bersama rakan guru yang lain.

Bagi memastikan setiap murid terlibat dalam aktiviti terutama


permainan kecil, pihak sekolah memohon bantuan dan dana dari Persatuan
Ibu Bapa Dan Guru dalam membeli barangan sukan dan radio bagi
menampung peralatan sedia ada. Pihak Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
sentiasa memberi sokongan dalam bentuk tenaga dan kewangan bagi
membantu sekolah mencapai kecemerlangan.

Selain dari cabaran-cabaran yang dihadapi di atas, isu kemahiran guru


dalam menjayakan program ini juga menjadi perkara penting dalam
pelaksanaannya.Guru-guru kurang berkemahiran dari segi pelaksanaan
program serta kurang berkemahiran dalam permainan itu juga. Ini dilihat
sebagai satu halangan untuk guru bersama-sama menyertai aktiviti Program
Kecergasan sejagat. Bagi menangani halangan tersebut, pihak sekolah telah
melantik beberapa orang guru yang berkemahiran sebagai jurupandu dan
tempat rujukan guru-guru lain.

Menurut Encik Mat Radzi, pihak sekolah telah mengadakan kursus


pendek berkaitan dengan kemahiran mengendalikan senamrobik serta
bengkel permainan tradisional dalam aktiviti permainan kecil.Kursus dan
bengkel tersebut dijalankan selama dua hari secara berkumpulan dan
bergerak mengikut stesyen. Bagi melindungi masa instruktional , kursus dan
bengkel ini diadakan pada sebelah petang. Carta 1 menunjukkan carta
pergerakan guru-guru ketika bengkel dan kursus tersebut yang telah
disediakan oleh Encik NorAzmi , guru penolong kanan kokurikulum ketika itu.
Carta 1 : Jadual Kursus Pendek Kemahiran Bagi Aktiviti Program

2.3 Penglibatan Kepimpinan Sekolah

Ahmad Rusli dalam kertas kerjanya yang bertajuk Pemimpin Dalam


Kepimpinan Pendidikan (1999), telah menyatakan pemimpin adalah individu
manusia yang diamanahkan memimpin pengikut-pengikutnya ( subordinat ) ke
arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Selama dua minggu berada di
sekolah penandaarasan , saya mempunyai peluang untuk berbualbicara
bersama-sama Encik Mat Radzi selaku guru besar, semua penolong kanan ,
Puan Nor Izzah sebagai penyelaras program serta beberapa orang guru .
Tajuk yang sering kami bincangkan adalah berkaitan pelaksanaan program
dan penambahbaikan yang perlu atas isu yang timbul.

Pada pandangan saya, En Mat Radzi selaku guru besar telah


memainkan peranan yang paling utama dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti
sekolah termasuklah Program Kecergasan Sejagat ini.Dalam setiap aktiviti
sekolah , beliau akan turun padang untuk bersama-sama guru-guru dan
murid-murid.Dalam hal berkaitan program kecergasan sejagat, idea dan
perancangan asal adalah dari beliau sendiri berdasarkan isu-isu yang timbul
yang mana jika tidak diambil tindakan akan membawa impak negatif terhadap
murid.

Dapatan dari bualbicara, saya mendapati Guru Besar selaku pemimpin


utama sekolah melaksanakan kepimpinan 360 darjah. Konsep kepimpinan
yang dilakukan oleh Encik Mat Radzi adalah melibatkan semua guru penolong
kanan dan guru-guru sepenuhnya dalam merancang, mengelola, memimpin
dan mengawal perjalanan aktiviti bagi program berkenaan di sekolah.Sebagai
contoh, beliau memberi sepenuh peluang kepada penyelaras dan juru pandu
dalam menjalankan program termasuk pemilihan permainan.

Namun begitu sebagai guru besar , Encik Mat Radzi sentiasa bersikap
tegas terutama dalam perkara yang melibatkan keselamatan murid ketika
aktiviti dilaksanakan.Walaupun bersikap tegas, Encik Mat Radzi tidak pula
memperlihatkan sikap diktator dalam membuat keputusan. Semua guru diberi
peluang dan ruang untuk memberi pandangan dalam menambahbaik
program.Setiap keputusan yang diambil dari setiap isu yang timbul adalah
dengan persetujuan semua.

Encik Mat Radzi amat menitik beratkan amalan kerja


berpasukan .Buktinya disetiap hari pelaksanaan program semua guru akan
melibatkan diri dengan fungsi kerja masing-masing. Guru bertugas akan
memastikan semua murid yang masuk ke dalam kawasan sekolah akan terus
ke dataran. Guru-guru yang menjaga peralatan akan terus mengeluarkan
alatmanakala guru-guru muzik akan memastikan radio dan alatsiaraya
berfungsi.Semua ini tidak akan dapat dilaksanankan oleh guru-guru jika tiada
amalan kerja berpasukan.

Semua perkara bukan mudah untuk dilaksanakan jika tiada semangat


bekerjasama dan hormat-menghormati antara pemimpin sekolah dan semua
guru.Encik Mat Radzi berjaya memupuk rasa saling hormat-menghormati
dikalangan guru-gurunya kerana beliau sendiri menghormati guru-gurunya.
Setiap pandangan dan cadangan akan dibawa dalam perbincangan dan
menjadi asas dalam setiap keputusan yang dibuat beliau.

2.4 Stail Pengurusan Dan Kepimpinan Sekolah

Menurut Ralph M. Stogdill dalam Sutarto (1998b:13): Kepemimpinan adalah


merupakan suatu proses dalam mempengaruhi kegiatan-kegiatan
sekelompok orang dalam satu organisasi dalam usaha mereka menetap dan
mencapai tujuan, Manakala gaya kepimpinan pula adalah satu pola perlakuan
yang dipamerkan oleh pemimpin.Gaya kepimpinan menurut Rorimpandey
( 2013 ) adalah perilaku dan strategi hasil dari falsafah, ketrampilan, sikap dan
sifat yang diterapkan oleh pemimpin dalam usaha mempengaruhi orang
bawahannya.

Selama dua minggu berada di sekolah penandaarasan, saya telahpun


bersama-sama dengan Encik Mat Radzi dalam setiap perjumpaan,taklimat
dan acara bagi aktiviti sekolah.Berdasarkan pemerhatian saya, Encik Mat
Radzi mempraktikkan gaya kepimpinan instruktional dalam memimpin sekolah
kearah kecemerlangan.Sebagai guru besar, beliau sentiasa berusaha
mewujudkan iklim sekolah yang menyokong kepada kecemerlangan.

Program Kecergasan Sejagat tercetus apabila beberapa isu utama


yang melibatkan murid serta guru dapat dilihat oleh guru besar.Isu yang
timbul merupakan satu halangan kepada sekolah dalam usaha meningkatkan
prestasi. Mortimore (1995) menyatakan bahawa pemimpin sekolah yang
berkesan lazimnya adalah seorang yang tegas, memberi keutamaan kepada
proses pembelajaran di bilik darjah, proaktif, bertindak sebagai pemudah cara,
sering menghabiskan masa yang lama di sekolah, melibatkan guru dalam
membuat keputusan dan bertindak secara professional.

Encik Mat Radzi sentiasa memastikan bahawa aktiviti pembelajaran


berlaku setiap masa dengan ketepatan masa yang ditetapkan.Bagi melindungi
masa instruktional, Encik Mat Radzi melakukan rondaan dan pemantauan
setiap hari sebanyak dua kali iaitu di waktu pagi dan selepas waktu rehat
murid.Ini membantu beliau membuat analisis terhadap kemajuan
pembelajaran murid dan peningkatan prestasi pengajaran guru. Berdasarkan
dapatan rondaan dan pemantauan, beliau berusaha untuk menyediakan
inovasi kurikulum dalam program pembangunan staf bagi
memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan
kehendak dan harapan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. . Ianya seperti yang
diperkatakan oleh Blasé (1998) iaitu kepimpinan instruksional adalah
gabungan penyeliaan,pembangunan staf dan perkembangan kurikulum.

Pengalaman selama dua minggu ini juga saya dapat melihat bahawa
Encik Mat Radzi mempamerkan gaya Kepimpinan Humanis.Beliau sangat
suka kepada keharmonian dalam melaksanakan tugas. Sikap
berperikemanusiaan beliau sering ditonjolkan dalam menghadapi suasana
bersama guru-guru, murid-murid dan juga ibubapa. Kata-kata peransang dan
semangat seringkali diungkap pada setiap kali pertemuan bersama guru-guru,
ibu bapa dan murid-murid .

Namun begitu, Encik Mat Radzi juga adakalanya menggunakan


Kepimpinan Autokratik dalam melaksanakan tugas beliau sebagai guru
besar.Tugasan-tugasan dari pihak atasan terutama melalui edaran surat
pekeliling, surat siaran dan arahan yang berkait rapat dengan dasar
pendidikan akan dilaksanakan tanpa ada persoalan.Setiap guru akan
diarahkan untuk melaksanakannya tanpa berbelah bahagi.Walaupun gaya
kepimpinan ini bukanlah pilihan utama beliau dalam melaksanakan tugas
namun bagi beberapa situasi tertentu ianya amat perlu.

Pada minggu kedua program penandaarasan, saya berpeluang


bersembang panjang berkaitan gaya kepimpinan beliau semasa menjalankan
tugas sebagai guru besar. Encik Mat Radzi lebih suka memilih gaya
kepimpinan 360 darjah dalam melaksanakan aktiviti kecemerlangan sekolah
yang melibatkan murid.Bukan sahaja yang berhak membuat keputusan dan
memimpin malah hingga kepada murid juga berhak untuk memimpin.
2.5 Pengiktirafan

Penghargaan dan pengiktirafan adalah perlu dalam meningkatkat prestasi


sesebuah organisasi. Pengiktirafan akan menjadi rangsangan yang amat baik
untuk meningkatkan kompetensi individu sebagaimana B.F Skinner (1970)
seorang pakar psikologi, menyatakan bahawa pujian akan mendorong
manusia mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan.

Hasil temubual saya bersama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan
Hajjah Saadiah memaklumkan bahawa Encik Mat Radzi sering memberikan
pujian kepada murid-murid yang membentuk kumpulan pelbagai kaum untuk
aktiviti permainan kecil Program Kecergasan Sejagat.Pujian tersebut
diumumkan sewaktu perhimpunan rasmi.Kata-kata semangat juga dilontarkan
agar murid tidak jemu-jemu melakukan aktiviti dalam menjaga kesihatan diri.

Kata-kata semangat dan pujian juga diberikan kepada guru-guru


kerana melaksanakan aktiviti dengan penuh semangat dan
tanggungjawab.Guru Besar sentiasa mengingatkan guru-guru bahawa setiap
tugasan yang mereka lakukan pasti akan mendapat balasan baik dari
tuhan.Ini membawa kepada unsur rohani yang senantiasa dipahat dalam jiwa
setiap manusia.

Bagi kursus dan bengkel pendek kemahiran yang dilaksanakan, pihak


sekolah mengeluarkan sijil penyertaan kepada semua guru dan juga sijil
penghargaan kepada guru-guru yang menjadi jurulatih .Sijil-sijil tersebut
disampaikan sewaktu perhimpunan rasmi.Kehadiran berbengkel juga dikira
sebagai latihan dalam perkhidmatan dan dimasukkan ke dalam laporan
LADAP.

Sijil-sijil yang diberikan kepada guru-guru mungkin tiada nilai yang


setara dengan wang ringgit. Sijil sijil tersebut tidak boleh digunakan untuk
membeli barang.Namun sijil-sijil sebegitu amat diperlukan dalam urusan
kenaikan pangkat dan penilaian prestasi bagi guru-guru. Guru Besar
mengambil inisiatif lain dalam memberi penghargaan kepada guru dan murid.
Iaitu menyediakan hadiah iringan bersama-sama sijil. Walaupun hadiah
tersebut kecil, namun ianya cukup bermakna sebagai tanda penghargaan.
2.6 Tindak ikut

Guru Besar selaku pemimpin dan peneraju sekolah akan sentiasa memikirkan
bagaimana tindakan yang perlu diambil dalam memastikan projek tersebut
mengekalkan kejayaannya. Bagi Encik Mat Radzi, penambahbaikan perlu ada
dalam meneruskan kelestarian program.Tindakan susulan perlu dilakukan
terhadap isu yang timbul semasa perlaksanaan Program Kecergasan
Sejagat.Program Kecergasan Sejagat boleh diklasifikasikan sebagai program
yang menggalakkan budaya bersukan.Namun begitu impak dari program ini
membantu meningkatkan prestasi sekolah dari aspek kehadiran murid,
kesediaan belajar dan pembangunan sukan.Malah ianya juga memberi impak
besar kepada guru dalam membentuk budaya kerja yang baik.

Selepas proses pengenalan program, di awal pelaksanaannya hanya


tertumpu kepada aktiviti senamrobik.Namun bagi menambahbaik impak dari
program ini, Encik Mat Radzi membuat penambahan aktiviti selain dari
senamrobik iaitu aktiviti permainan kecil.Justeru itu peratus kehadiran murid
dapat dikekalkan ketahap yang dikehendaki.Bagi mengatasi masalah
kemahiran guru dalam mengendalikan aktiviti, bengkel dan taklimat diadakan
dengan tujuan memberi penambahan ilmu kemahiran berkaitan pengendalian
program.

Jawatankuasa telah dibentuk yang dipengerusikan oleh Guru Besar


untuk memastikan perjalan program diteruskan tanpa ada
halangan.Permasalahan yang timbul akan dibincang dan diputuskan di dalam
mesyuarat. Melalui jawatankuasa ini, jadual perlaksanaan telah dibuat bagi
memastikan perjalan program dapat diteruskan dengan cara lebih
sistematik.Ini menunjukkan bahawa guru besar, dalam konteks kepimpinan
sentiasa mengamalkan dasar demokratik dalam memastikan sekolah sentiasa
berada dipuncak kecemerlangan.

You might also like