You are on page 1of 9

Tajuk 8.

1 – Islam dan Penyebarannya di Makkah


(Merujuk tema 8 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 4)
Soalan :
Pembentukan Tamadun Islam di Makkah telah meniggalkan pelbagai kesan terhadap masyarakat
Malaysia. Bincangkan.
Peringatan:
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.
Format Aspek Perincian Markah Penuh

Pengenalan Memahami 1. Pengenalan


Latar belakang
pembentukan Jelaskan secara ringkas tentang: 5 Markah
masyarakat arab - Latar belakang pembentukan Tamadun
jahiliyah Islam di Makkah

Memahami maksud 2. Maksud dan ciri-ciri Masyarakat Arab


Isi dan Jahiliyah
dan ciri-ciri masyarakat
Huraian Jahiliyah  Terangkan maksud Jahiliyah dan mengapa
dianggap Zaman Kegelapan (10M) 30 Markah

 Huraikan ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah (20m)

Menganalisis kesan 3. Sistem kabilah telah diamalkan oleh


sistem kabilah Masyarakat
terhadap Arab Jahiliyah
masyarakat Arab 15 Markah
Jahiliyah Jelaskan kesan-kesan negatif daripada amalan
tersebut kepada Masyarakat Arab Jahiliyah.

Mengaplikasi 4. Nabi Muhammad (s.a.w) mempunyai


keperibadian Nabi keperibadian yang mulia
Muhammad s.a.w
dalam menjayakan Bagaimanakah sifat terpuji ini dapat diterapkan 15 Markah
konsep 1 malaysia dalam
menjayakan konsep 1 malaysia

Aspek menilai 5. Kejayaan Malaysia


kejayaan Malaysia
menerusi Berdasarkan pengetahuan anda jelaskan kejayaan 10 Markah
perpaduan kaum yang dicapai oleh Negara menerusi perpaduan
kaum

Mencipta / menjana 6. Cabaran untuk mengurangkan gejala sosial


idea untuk di Malaysia
mengurangkan 10 Markah
gejala sosial di  Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh
Malaysia Malaysia untuk
mengurangkan gejala sosial (5 Markah)

 Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi


cabaran di atas (5 Markah)

Menghayati nilai 7. Akhlak yang mulia dapat membentuk


murni / iktibar warganegara yang baik.
patriotisme dalam
kehidupan Sebagai pelajar bagaimanakah anda dapat 10 Markah
mengaplikasikan nilai murni dalam kehidupan
seharian

Merumus secara 8. Rumusan


Kesimpulan keseluruhan isi
yang telah  Pengetahuan yang diperoleh 5 Markah
dibincangkan  Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
 Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia
yang lebih cemerlang

Peraturan permakahanTingkatan 4 Bab 4


Cadangan Soalan Kertas 1249/3
Soalan:
Pembentukan Tamadun Islam di Makkah telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap masyarakat
Malaysia. Bincangkan.
Soalan Isi dan Huraian Markah
1 Pengenalan. Jelaskan secara ringkas tentang
- Latar belakang pembentukan Tamadun Islam di Makkah.
- Unik
- Lahir dan berkembang di tempat terpencil tidak seperti
tamadun lain.
5 Markah
- Padang pasir
- Hijaz
- Pemikiran dan ajaran agama
- Anugerah Allah
Maksud Jahiliyah
2 (a)
- Berasal daripada perkataan Jahala
- Jahil
- Tidak mempunyai ilmu
- Tidak mengetahui

Sebab-sebab di anggap zaman gelap


- Tidak menyembah Allah
- Menyembah berhala
- Mempercayai animisme
- Kehidupan kucar-kacir
- Tiada nabi dan rasul
- Tiada kitab suci sebagai petunjuk
- Mempunyai akhlak yang rendah / kejam / angkuh / degil 30 Markah

Ciri-ciri masyarakat arab jahiliyah


(b) - terbahagi dua golongan / badwi / hadari
- masyarakat badwi di gurun dan pedalam
- masyarakat hadari di pesisiran pantai

Sosial
- perbuatan tidak bermoral spt berjudi / berzina / minum arak
- kedudukan wanita rendah / wanita menjatuhkan maruah
- wanita tidak dapat mewarisi harta pusaka ibu bapa
- pembunuhan bayi perempuan sejurus dilahirkan
- tiada peraturan khusus dalam perkahwinan

Ekonomi
- aktiviti perniagaan berasaskan riba / penindasan
- kegiatan merompak / merampas barangan kabilah
- golongan kaya mengeksploitasi / menindas golongan miskin

Kepercayaan / agama
- agama wathani / menyembah berhala
- animisme / memuja alam spt pokok
- samawi / kristian / yahudi
- khurafat / tilik nasib / sihir / mempercayai roh orang mati menjadi burung
- agama hanif

Nilai hidup
- mengamalkan sistem kabilah / cara hidup berpuak-puak
- syeikh mengetuai kabilah
- kabilah mempunyai identity / peraturan sendiri
- kemunculan semangat assabiyah / semangat kesukuaan yang melampau
- peperangan / persengketaan
- tidak aman / kucar-kacir

Kesan-kesan negatif amalan masyarakat arab jahiliyah


3
- kemunculan semangat assabiyah / semangat kesukuan
- tercetus peperangan
- struktur sistem kabilah yang berasaskan keturunan
- setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing
- terikat kepada peraturan
- menimbulkan perasaan kesukuan
- perasaan kesukuan yang menebal
- sanggup menuntut bela
- mempertahankan maruah diri dan kabilah 15 Markah
- keadaan hidup kucar-kacir
- tidak aman
- peperangan al-basus
- peperangan antara bani taghlib dengan bani bakar
- peperangan disebabkan tindakan ahli bani bakar membunuh ahli bani taghlib
- peperangan memakan masa selama 40 tahun

Keperibadian nabi:
4
- pemaaf jika berlaku sengketa
- berkata benar
- amanah menjalankan tugas
- adil dalam agihan ekonomi
- menyampaikan perkara yang benar 15 Markah
- bijaksana menyelesaikan masalah
- tolenrasi antara kaum
- sabar
- bantu membantu
- teladan kepada yang lain
- Bertimbang rasa
- berbaik sangka
- penyayang
- tabah
- rendah hati

Kejayaan
5
- Negara aman
- makmur
- pembangunan ekonomi pesat
- Malaysia terkenal di dunia
- tumpuan pelabur asing 10 Markah
- tarikan pelancong
- kestabilan politik
- tiada peperangan
- tiada rusuhan kaum
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

Cabaran
6
- pengaruh media elektronik / cetak
- lambakan warganegara asing
- pergaulan bebas
- kurang didikan agama
- institusi kekeluargaan longgar
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
10 Markah
Langkah-langkah
- mengukuhkan institusi keluarga
-asas didikan agama yang kukuh
- penguatkuasaan undang-undang
- menigkatkan ilmu pengatahuan
-menyekat kemasukan warga asing
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

Nilai murni
7
- rajin berusaha
- bertoleransi
- bekerjasama
- berani menghadapi cabaran
- memanfaatkan kurniaan tuhan
- berdikari
- Tidak berputus asa 10 Markah
- rajin berusaha
- semangat meneroka
- berwawasan
- bersatu-padu
- Hormat menghormati
- taat
- patuh
- tolong-menolong
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

Rumusan
8
- pengetahuan yang diperoleh
- iktibar kepada diri, bangsa dan negara 5 Markah
- harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
Bab 4

Sebagai seorang pemimpin, apakah peranan anda untuk memastikan


keamanan dan keharmonian negara terus berkekalan?

F1 Mengutamakan kebajikan rakyat


F2 Mengamalkan akhlak yang mulia
F3 Saling bertolak ansur
F4 Menunjukkan teladan yang baik
F5 Mengutamakan kesabaran
F6 Memiliki kebijaksanaan
F7 Mengutamakan perpaduan
F8 Mengadakan perundingan
F9 Mengadakan perjanjian damai
F10 Menggunakan diplomasi
F11 Menunjukkan sikap persefahaman
F12 Tidak mudah menyerah kalah
F13 Menanam sikap perjuangan
F14 Cekal menempuh rintangan/ halangan
F15 Mengamalkan sikap berkecua
F16 Merealisasikan Gagasan ‘Satu Malaysia’

Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Perjanjian Aqabah.

F1 Toleransi antara kaum


F2 Kebijaksanaan dalam kepimpinan
F3 Mengutamakan keamanan
F4 Permuafakatan
F5 Kesungguhan dalam perjuangan
F6 Menepati janji
F7 Bijak mengatur strategi
F8 Amalan bersaudara
F9 Memberi bantuan kepada yang memerlukan
F10 Berakhlak mulia
F11 Tidak mudah berputus asa
F12 Memohon pertolongan Allah

Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh


diperolehi daripada peristiwa perjanjian Aqabah ?

F1 Amalkan sikap tolong menolong / bekerjasama


F2 Pentingnya pengorbanan utk mencapai kejayaan
F3 Menepati janji
F4 Kesetiaan kepada pemimpin
F5 Mementingkan sikap berdisiplin
F6 Mewujudkan persefahaman
F7 Keikhlasan
F8 Semangat setia kawan
F9 Bersifat terbuka
F10 Tolak ansur / diplomasi
Mana-mana yang munasabah

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan


3

perjanjian dalam kehidupan.

F1 Membina persefahaman
F2 Kaedah perundingan
F3 Sumber rujukan masa hadapan
F4 Sesuatu yang dipersetujui tidak mudah dimungkiri
F5 Kepentingan ekonomi
F6 Kepentingan sosial
(Mana-mana jawapan munasabah)

Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep hijrah dapat


diamalkan dalam kehidupan seorang pelajar.

F1 Sifat negatif kepada positif


F2 Pemalas kepada rajin
F3 Berusaha mencari ilmu pengetahuan
F4 Menggunakan strategi dalam pembelajaran
Mana-mana yang munasabah

Apakah iktibar yang boleh rakyat Malaysia contohi daripada sikap masyarakat Madinah yang
mementingkan perpaduan?

F1 Mengenepikan perbezaan bangsa dan agama


F2 Mengelakkan perbalahan semasa sendiri
F3 Mematuhi undang-undang
F4 Taat kepada ketua
F5 Mementingkan persaudaraan
F6 Menjaga keamanan
F7 Mengamalkan sikap bekerjasama
F8 Bertolak ansur
F9 Mematuhi ajaran agama
F10 Sanggup berkorban
[Mana-mana jawapan munasabah]

Bab 6

Pada pendapat anda, mengapa Islam menekankan konsep syura dalam pemilihan pemimpin?

F1 Menjamin bakal pentadbir yang tepat


F2 Memilih pemimpin yang benar-benar layak
F3 Memastikan pemimpin yang berhemah
F4 Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan umat
F5 Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan negara
F6 Memilih pemimpin yang cemerlang dalam pentadbiran
F7 Memastikan kelancaran pentadbiran
F8 Pemimpin yang mampu membawa kebahagian dunia akhirat
(Mana-mana jawapan munasabah)

Pada pendapat anda, bagaimanakah Malaysia boleh muncul sebagai pusat keilmuan?

F1 Mencapai kualiti pendidikan setanding negara maju


F2 Menganjurkan banyak seminar/konvensyen berkaitan ilmu bertaraf antara bangsa
F3 Memajukan prasarana pendidikan bertaraf dunia
F4 Meningkatkan jumlah pelajar luar negara/antara bangsa menuntut di IPT negara
F6 Melahirkan ramai tokoh pemikir/cendekiawan/intelektual dalam
pelbagai bidang ilmu
F7 Memajukan kegiatan penyelidikan/R&D
F8 Menggalakkan kegiatan penulisan
F9 Menggalakkan kegiatan penterjemahan
(Mana-mana jawapan munasabah)

Pada pandangan anda, bagaimanakah Malaysia boleh menjadi pusat kecemerlangan ilmu di
persada dunia?

F1 Mengambil lebih ramai pelajar luar negara


F2 Melahirkan ramai cendekiawan tempatan
F3 Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)
F4 Menaiktaraf universiti di negara ini
F5 Menyediakan pelbagai kursus yang relevan
F6 Menaiktaraf tenaga pengajar institusi pengajian tinggi
F7 Menggalakkan program pertukaran pelajar
F8 Memajukan program penterjemahan
F9 Memajukan program penulisan karya-karya/buku baru
F10 Menganjurkan program pendidikan antarabangsa

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah negara kita perlu memberi penekanan
kepada pendidikan?

F1 Meningkatkan ilmu pengetahuan


F2 Menaikkan imej negara
F3 Melahirkan masyarakat berilmu
F4 Memajukan negara
F5 Meningkatkan ekonomi negara
F6 Membina modal insane cemerlang
F7 Melatih pemimpin masa depan
F8 Membina ilmu drp pelbagai sumber
F9 Mengadun budaya positif dari tamadun lain
F10 Menjana transformasi negara
F11 Melahirkan ilmuan / intelektual
Mana-mana yang munasabah

You might also like