You are on page 1of 1

LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH

Nama : SITI SALMIAH BINTI ABU BAKAR


Sekolah : SMK TAN SRI MOHAMED RAHMAT

A. Maklumat daripada Buku Rekod Mengajar/ e-Rekod

Tarikh :24. 04.2018


Waktu :3.50 – 5.00 PETANG
Tingkatan/ Kelas :1 CARNATION
Tajuk PdP : 4.2 Sistem pembiakan manusia
Objektif PdP : 4.2.3 Membanding dan membezakan gamet jantan dengan
gamet betina
dalam system pembiakan.

Refleksi PdP ( Salin daripada BRM/e-Rekod)

12/32 murid telah mencapai objektif PdPC, 20/32 murid lagi gagal mengingati perbezaan gamet
jantan (sperma) dan gamet betina (ovum). Guru akan menggunakan kaedah pengajaran yang baru
pada kelas akan datang bagi mengingati perbezaan sel sperma dan ovum.

B. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah :-

Penggunaan akronim dalam mengingati perbezaan antara sel sperma dan ovum.

Siapa - Sperma
Gigil- boleh berGerak
Test- dihasilakan di Testis
Jangkitan – gamet Jantan
Kuman – sel terKecil dalam tubuh lelaki

Orang – Ovum
Tak Gigil – Tidak boleh berGerak
Ovat – dihasilkan di Ovari
Better – gamet Betina
Big – sel terBesar dalam tubuh wanita

C. Hasil pelaksanaan tindakan ini ialah

32/32 Murid telah berjaya mengingati perbezaan antara sel sperma dan ovum dengan cepat dan
betul.

You might also like