You are on page 1of 168

2016

Diterbitkan oleh:
ISMAIL ARSAD
No.1-8-5 Sri Permata Condominium,
Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
Tel: +6017-9826591

Emel: admin@ismailarsad.com
Laman web: www.ismailarsad.com

REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM


Cetakan Pertama March 2016
Cetakan Kedua April 2016

© Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana


bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua
bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman ataupun cara lain sebelum mendapat izin
bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu.

ISBN 978-967-13994-0-8

Kredit:
Designer: Ismail Arsad
Editor: Husna Adnan (skuadmisi@gmail.com)

Muka taip teks: Trebuchet MS


Saiz taip teks: 12 / 16

Dicetak oleh:
Maziza Sdn Bhd,
9 & 11. Jalan Helang Sewah,
52100 Kepong Baru,
Kuala Lumpur.
ISI KANDUNGAN
Kata Pengantar i
Pengenalan v
- Facebook Vs Instagram viii
- Kenapa Instagram ix
Bahagian 1 : Rahsia Perniagaan Dalam Instagram
- Instagram Sekadar Platform 1
- Tidak Semua Produk Boleh Dijual
Di Instagram 4
- Instagram Sebagai Platform Branding 6
Bahagian 2 : Bina Akaun Profile Instagram
- Akaun Instagram Sebagai Katalog
Kedai Maya 11
- Bina Akaun Profile Perniagaan Berpengaruh 12
- Nak Letak Nama Apa? 13
- Gambar Profile Sebagai Logo Akaun 18
- Keterangan Profile Yang Berpengaruh
Dan Menarik 19
- Teknik Buat Profile Lebih Menarik 22
- Public VS Private Akaun 24
Bahagian 3 : Followers
- Jenis-jenis Followers 28
- Followers Ramai VS Targeted Followers 31
- Cara Salah Tingkatkan Followers 34
Bahagian 4 : Teknik Naikkan Followers
- Teknik Review 36
- Teknik Viral 49
o Teknik Pertandingan ( Contest )
o Teknik Repost Dan Mention
- Copy Follower 59
o Instagram Adalah Media Social
o Teknik Copy Follower
o Teknik Follow Minat
- Strategi Likes Dan Komen 72
- Strategi Swap Dual Account 75
- Teknik Connect Ke Akaun Facebook 80
Bahagian 5 : Unfollowing
- Lakukan Unfollowing 87
Bahagian 6 : Posting 90
- Biar Gambar Berbicara 91
- Tips Gambar Menarik Di Instagram 91
- Idea-idea Post 99
- Copywriting 110
- Geo-location 112
- Waktu Sesuai Post Di Instagram 114
- Link ke Facebook 118
Bahagian 7 : Hashtags ( #Tags ) 120
- Jenis-jenis Hashtags 121
- Relevenkan #sayajual? 125
Bahagian 8 : Interaksi Dalam Instagram 127
Bahagian 9 : Database 130
- Kenapa Nak Kena Kumpul Database 131
- Kategori Database 133
- Kenapa Perlu Simpan? 134
- Pemasaran Melalui SMS / Phone 135
- Macam Mana Nak Kumpul? 136
- Apa Nak Buat? 138
- Kepentingan Follow Up 139
Penutup 142
Tentang Penulis 146
KATA
PENGANTAR

S
edar tak sedar tahun ini masuk tahun ke-10 saya
berkecimpung dalam dunia perniagaan Internet.
Dari zaman betapa susahnya perlu pergi ke cyber café
setiap hari semata-mata nak cek email, sehinggalah
betapa sukarnya mencari ilmu-ilmu pemasaran pada
waktu itu.

Dari zaman suka-suka sahaja hinggalah serius


sepenuh masa sejak beberapa tahun lepas. Itu pun
sesudah tamat belajar di universiti. Ye lah, zaman
belajar, banyak perkara nak kena buat, assignment,
projek kumpulan, nak kena study untuk score exam
lagi.

Alhamdullah, dapat juga score dan tukar


pinjaman ke biasiswa, itu belum campur lagi masa
untuk melepak, mengusik makwe-makwe dan masa-
masa yang perlu dihabiskan di pawagam dan karaoke.
Sibuk tau, bila masa nak berbisnes sepenuh masa.
Lepas dah habis zaman tu, barulah terus berniaga
sepenuh masa.
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Dan masuk tahun kedua juga saya


ditanggungjawabkan oleh Pencipta atas sedikit
kurniaan-Nya untuk sampaikan ilmu berkaitan
pemasaran dan perniagaan terutamanya di Internet
termasuk Instagram. Alhamdulillah.

Antara benda yang mencabar dalam hidup saya


adalah bila nak cuba menterjemahkan apa yang
terkandung dalam kepala dalam bentuk tulisan.

Dunia penulisan telah lama saya tinggalkan, kali


terakhir adalah pada tahun 2005, itu pun sewaktu
SPM, demi menjawab kertas peperiksaan bahasa
melayu, jadi sempatlah mengarang dua tiga muka
surat. Alhamdulillah. Dapat A.

Susah rupanya nak menulis ni…

Tetapi atas dasar nak juga sampaikan ilmu, saya


paksakan diri juga.

Buat kelas sudah, buat DVD pun sudah, tetapi


impian saya lebih luas, saya nak lebih ramai orang
mendalami ilmu pemasaran Instagram ni. Yang mana
tidak dapat beli DVD, sukar datang kelas, lebih suka
membaca, ini sedikit buah tangan buat anda.

Projek buku ini sebenarnya diilhamkan sejak dari


tahun lepas lagi, selepas beberapa bulan perlancaran

ii
KATA PENGANTAR

DVD Panduan Manipulasi Instagram, tetapi atas


banyak komitmen lain, semakin hari semakin
tertangguh, dan Alhamdulillah hari ini, impian ini
menjadi nyata. Buku ini telah berada di tangan anda.
Tahniah! Tahniah pada saya dan tahniah pada anda!
Tepuk tepuk!

Ucapan ribuan terima kasih buat beberapa rakan


yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam pembikinan buku ini. Resmanshah, seorang
novelis yang banyak beri saya tunjuk ajar dan
kata-kata semangat. Husna Adnan, seorang editor
dan juga peniaga yang turut banyak membantu
dalam melaksanaan misi idea buku ini termasuklah
memperkenalkan saya dengan gerangan Instagram
ini, dan rakan-rakan serta kru-kru lain yang terlibat.

Buat Isteri tercinta, Nadia Abdul Jalil dan dua


orang puteri yang semakin membesar sihat dan kuat,
Sofea Zahra dan Aleesya Safiya, terima kasih kerana
sanggup bersabar dengan lelaki ini yang kerja dan
masanya banyak dihabiskan di hadapan computer
sahaja.

Untuk Ayahanda Haji Arsad dan arwah bonda


Hajjah Lamrah... biarpun anakmu ini tidak bekerja
bergaji seperti anak-anakmu yang lain, tidak jadi cikgu
seperti kakak-kakak yang lain, buku ini merupakan

iii
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

satu sumbangan ilmu juga pada masyarakat. Tak ada


title cikgu pun tak apa lah.

Buat anda pembaca buku ini, satu je nak pesan,


lepas baca, terus buat, jangan tangguh-tangguh.
Pergilah seminar mahal mana sekali pun tapi kalau
balik masih goyang kali dan termenung, pasti tak ada
hasil, tapi kalau anda praktikkan walaupun sedikit
ilmu dari buku yang tidak semahal kelas yang anda
dah pergi beribu-ribu ringgit tu, pasti hasilnya lebih
berganda. Janji kena PRAKTIKKAN. TAKE ACTION!

Istilah fast action fast result tu belum pasti,


TETAPI yang betul adalah NO ACTION NO RESULT tu
dah pasti!

Bukan nak marah... nasihat.

Saya bukan sifu, saya bukan master, tak pakar


pun... saya cuma kongsi apa yang saya tahu dan saya
buat.

Ismail Arsad
1 Feb 2016
Shah Alam

iv
PENGENALAN

S
ewaktu hari raya yang lepas, seperti orang-orang
lain, kami sanak saudara berkumpul di kampung.
Malam-malam biasalah, sesi lepak santai santai
bersama ahli keluarga.

Anak-anak saudara saya kebanyakkan mereka


sudah bersekolah menengah dan universiti, ada juga
yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Semua
masih belia remaja.

Zaman sekarang, sambil santai-santai, masing


masing saya lihat belek telefon bimbit masing-masing.
Ada yang berchatting di WhatsApp dan Facebook,
tetapi apa yang saya perhatikan, kebanyakkan
mereka lebih gemar membuka Instagram.

Sekejap sekejap scroll gambar dan komen gambar


rakan-rakan. Lepas tu senyum sorang-sorang.

Itu sewaktu raya.


REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Baru baru ini saya dijemput untuk berkongsi ilmu


dengan pelajar-pelajar universiti di salah sebuah
universiti tempatan berkenaan pemasaran internet.

Saya lakukan sedikit survey.

Antara Facebook dan Instagram, mana yang


mereka lebih suka dan selalu masuk.

Jawapan mereka... Instagram.

Kenapa, kenapa fenomena ini terjadi, apa sudah


jadi dengan Facebook? Bukan Facebook lagi best ke?

Salah satu jawapan yang saya terima dari mereka,


mereka semua bosan dengan Facebook sebab terlalu
banyak iklan. Atas bawah tengah tepi semua iklan.

Dan mereka lebih gemar cuci mata melihat


gambar rakan-rakan berbanding melihat status
kosong.

Nampak gaya, ramai yang mula keluar daripada


menghabiskan masa di Facebook dan beralih ke
Instagram.

Ini sebenarnya satu peluang bagus untuk para


usahawan, kerana kita sudah tahu di mana tempat
lepak baru golongan-golongan ini.

vi
PENGENALAN

Tetapi, kita kena faham satu perkara.


Saya ulang.

Mereka semua bosan dengan Facebook kerana


terlalu banyak iklan. Atas bawah tengah tepi semua
iklan.

Mudah kata, orang lari dari Facebook sebab tak


mahu lihat iklan.

Dalam Instagram, mereka hanya akan lihat post


dan gambar dari akaun yang mereka ikut (follow)
sahaja.

Baru baru ini sahaja muncul Instagram Ads


(pengiklanan di Instagram) tetapi itu pun cuma dalam
beberapa post gambar muncul sekali-sekala iklan.

Jadi, mungkin anda mula terfikir, susahlah nak


buat jualan dalam Instagam ni kan? Susahlah nak
promosikan produk.

Jika itu persoalan yang bermain di kepala anda,


jangan risau kerana jawapannya adalah TIDAK.

Kerana, satu konsep dalam Instagram di mana,


jika orang itu berminat dengan akaun kita, mereka
akan follow kita secara rela. Jadi, ada cara yang
betul untuk membuatkan mereka untuk follow kita
secara rela dan seterusnya bakal menjadi pelanggan
kita.

vii
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Walaupun mereka bosan melihat himpunan iklan


di Facebook, tetapi tidak beerti mereka tidak ada
minat untuk cuci mata melihat produk-produk yang
mereka minat.

Jadi, ada strategi yang membolehkan mereka


follow kita kerana mereka memang berminat dengan
produk jualan kita. Jadi secara tidak langsung,
mereka dengan rela untuk melihat iklan yang bakal
kita sajikan dan adakala mereka tidak kisah kerana
itu memang apa yang mereka minat.

FACEBOOK VS INSTAGRAM
Dalam Facebook walaupun ada fungsi Likes pada Page,
walaupun mereka dah like pada Page sesetengah
peniagaan atau kedai, tetapi iklan iklan yang lain
turut sama muncul di newsfeed mereka.

Sama ada iklan berbayar, mahupun yang iklan di


group-group tertentu.

Jadi, mereka seperti serabut lihat banyak produk


produk tidak berkaitan.

Dalam Instagram, mereka cuma follow kedai


atau akaun yang mereka berminat sahaja, dan post
dari akaun tersebut sahaja yang muncul di newsfeed
mereka.

viii
PENGENALAN

Contoh mereka cuma follow akaun-akaun


Instagram yang menjual tudung, jadi, tidak akan
muncul iklan pil kurus, serbuk putihkan kulit, krim
hilangkan jerawat, sabun untuk tegangkan kulit,
iklan MLM dan lain-lain.

Jika muncul pun dari Instagram Ads, cuma 1


dalam beberapa post.

Tidak seperti Facebook yang atas bawah tengah


tepi semua iklan.

KENAPA INSTAGRAM?
Secara asasnya, Instagram merupakan satu platform
media social dimana kita boleh berkongsi gambar
dan video pendek kepada umum dan followers kita.

Jadi sebagai usahawan, Instagram boleh


dijadikan satu peluang untuk anda mengembangkan
perniagaan, jenama dan pasaran produk yang anda
jalankan. Ini kerana:

• Nak buka akaun Instagram adalah PERCUMA.

• Tempat ‘lepak’ yang kian popular dan


penggunanya semakin bertambah hari demi
hari.

ix
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

• Selain dari membuat jualan, sesuai untuk


meluaskan empayar penjenamaan

• Mudah untuk digunakan serta tidak terlalu


banyak fungsi yang memeningkan

• Boleh jadi lubuk pelanggan baru untuk


dipancing, kerana ada sesetengah dah mula
jarang berinteraksi di dalam Facebook.

Tapi harus diingat, Instagram hanyalah sekadar


platform.

x
Rahsia Perniagaan
Dalam Instagram
INSTAGRAM SEKADAR PLATFORM

B
ila kita bercerita tentang platform, satu mindset
yang perlu kita tetapkan adalah sebagus mana
pun platform tersebut, atau medium pemasaran
tersebut, kita perlu bersedia dengan sebarang
kemungkinan yang bakal berlaku.

Instagram merupakan Media Social. Jika kita


sebut media social, siapa yang masih ingat dengan
Friendster dan Myspace? Apa yang dah terjadi pada
dua media social ini?

Dan dahulu ramai orang berniaga dalam forum-


forum. Sekarang, berapa ramai yang masih kekal
berniaga dalam forum. Dan saya yakin mungkin ada
sebahagian dari pembaca buku ini, ada yang tidak
tahu apa itu forum. Mungkin anda juga. Kan?

Jadi, secara umumnya, kita perlu bersedia


dengan sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Sama ada perubahan dari segi:

1) Paparan dan fungsi

Seperti mana yang kita tahu, teknologi semakin


hari semakin cepat berubah, jadi, mungkin ada
fungsi-fungsi tambahan atau yang akan dibuang untuk
menambah baikkan lagi medium Instagram ini. Jadi,
sebarang fungsi yang bakal mendatang, kita kena
sentiasa up to date atau sentiasa cepat ambil tahu
supaya tidak tertinggal berbanding rakan-rakan yang
lain. Ini kerana ada sesetengah fungsi yang mungkin
bakal jadi sangat berguna terutama bagi golongan
peniaga.

2) Polisi

Kadangkala polisi dan peraturan juga ada yang


ditambah dan diubah. Sama ada dari segi apa yang
boleh dan tidak boleh di post atau ada beberapa
peraturan yang perlu dipatuhi agar akaun Instagram
kita tidak bermasalah kelak seperti contoh disekat
atau dipadam oleh pihak Instagram sendiri.

3) Capaian pada audience

Jika dahulu pada awal penggunaan mungkin setiap


kali kita post atau upload gambar, boleh mencapai (
reach ) pada hampir 100% followers yang kita ada,

2
Bahagian 1: Rahsia Perniagaan Dalam Instagram

tetapi sekarang mungkin ianya semakin berkurang,


dan akan datang juga mungkin menjadi lagi rendah,
berikutan sudah wujudnya perkhidmatan pengiklan
Instagram ( Instagram Ads ).

Tetapi satu perkara lagi patut kita bersedia dari


sekarang, yang tidak mustahil terjadi. Instagram
DITUTUP!

Jadi kita seharusnya tidak boleh bergantung


100% pada Instagram dan ianya hanyalah sekarang
platform tempat kita menumpang.

Jadi, sebahagian isi kandungan buku ini ditulis,


anda boleh jadikan senjata perniagaan dan pemasaran
bukan sahaja di Instagram tetapi di saluran-saluran
dan tempat lain juga. Ini kerana, nanti anda akan
jumpa ada beberapa perkara yang anda boleh
aplikasikan sama ada secara online mahupun secara
offline.

Jadi, atas faktor-faktor itu, segelintir peniaga


mula menambah dan ada juga yang mula berubah
platform dan medium pemasaran di media social.

Tidak dapat dinafikan, di Facebook masih boleh


mendatangkan pulangan lumayan, tetapi akibat
kenaikan kos iklan yang semakin tinggi, kadar reach

3
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

yang rendah, persaingan juga makin tinggi, jadi


ada yang mula mengintai-intai pasaran didalam
Instagram.

TIDAK SEMUA PRODUK BOLEH DIJUAL


DI INSTAGRAM
Tetapi anda kena ingat TIDAK SEMUA produk MUDAH
LAKU di Instagram. Tetapi tidak bermakna semua
produk tidak boleh dijual dalam Instagram.

Jadi, izinkan saya untuk bantu anda untuk


memberi sedikit gambaran idea pada anda sama ada
anda patut berniaga di Instagram atau pun tidak.

Okay, sebelum anda nak masuk ke mana-mana


platform pemasaran, tak kisah lah Instagram ke,
Facebook ke, Mudah ke, Lelong ke, Ebay ke, anda
kena kenal pasti dahulu bisnes anda dan siapa
pelanggan anda.

Ini paling penting.

SIAPA PELANGGAN ANDA dan DI MANA TEMPAT


MEREKA ‘MELEPAK’.

Sama juga kalau anda nak buat bisnes secara


offline, buka kedai, agak-agak sesuai tak kalau nak

4
Bahagian 1: Rahsia Perniagaan Dalam Instagram

buka showroom kereta mewah di kawasan pedalaman


Negeri Sabah yang mana kalau nak masuk pun perlu
berakit rakit dahulu berenang renang ketepian?

Jadi berbalik pada TOPIK UTAMA…

Produk apa yang PATUT dan BOLEH anda jual di


Instagram?

Jawapannya :

Lihat pada AUDIENCE. Siapa pengguna terbesar


Instagram? Golongan bagaimana? Golongan remaja?
Belia? Mak Mak? Pakcik Pakcik? Artis?

Anda rasa golongan yang mana yang suka sangat


ke nak selfie, stalk gambar orang lain dan buat shoot
video?

Anda dah nampak sedikit kan?

Lihat dan jawab semula soalan diatas.

Siapa pengguna terbesar Instagram? Golongan


bagaimana?

Jadi sekarang.. dah dapat agak kan produk apa


yang bersesuaian?

5
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Apa yang saya lihat.

Gadget, aksesori, produk kecantikan, barangan


bayi, pakaian, produk kesihatan bagi remaja dan
belia.. dan lain-lain yang mensasarkan golongan
REMAJA DAN BELIA memang boleh buat jualan di
dalam Instagram.

Produk jenis lain seperti berunsur MLM, produk


digital, produk kesihatan untuk golongan berusia,
insurans... saya tidak berani komen. Mungkin ada
cuma saya terlepas pandang.

INSTAGRAM SEBAGAI PLATFORM BRANDING

Instagram bukan sekadar tempat kita untuk menjana


keuntungan hasil dari jualan secara terus, tetapi
juga sesuai untuk menguatkan jenama produk atau
perniagaan kita.

Bayangkan yang jenama produk ada berada


dimana-mana, orang masuk Facebook ada nampak
jenama kita, orang masuk Instagram pun nampak
jenama kita. Kan lebih mudah untuk orang ingat
tentang jenama kita.

6
Bahagian 1: Rahsia Perniagaan Dalam Instagram

Selain dari itu, Instagram juga boleh dijadikan


sebagai satu senjata meningkatkan lagi kekuatan
jenama kita sebagai satu jenama yang sentiasa
mengikut peredaran semasa. Ye lah, zaman sekarang
kan zaman teknologi, jadi, jenama kita akan nampak
lebih kuat dan gah jika kita pandai meletakkan
perniagaan dan jenama kita selari dengan teknologi
semasa.

Orang pun tak nampak jenama biasa-biasa,


bukan kedai cap ayam atau kampung kampung bak
kata orang kampung saya.

Senang cerita, nampak canggihlah.

Satu lagi strategi penjenamaan yang boleh


dimainkan dalam Instagram ini adalah untuk menanam
jenama perniagaan kita pada generasi muda yang
menggunakan Instagram supaya mereka membesar
dengan jenama kita. Ye lah, sebab zaman sekarang
mereka sibuk melepak dalam Instagram, jadi, biar
jenama kita sentiasa berlegar-legar dalam ingatan
mereka.

Saya ambil satu contoh. Minyak Cap Kapak.


Kenapa orang-orang yang sedikit berusia, dan
sehinggakan yang golongan muda pun sekarang
ini, ada sesetengah, mungkin kebanyakkan, pening
kepala je, cari minyak cap kapak?

7
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Saya nak tanya anda, pernah tengok tak iklan


minyak Cap Kapak?

Banyak lagi minyak angin lain sebenarnya


dipasaran, tetapi, kenapa minyak Cap Kapak juga
tetap menjadi sasaran dan pujaan hati tuan puan?

Ini kerana salah satu puncanya adalah, kita telah


membesar dengan jenama minyak Cap Kapak.

Dulu-dulu masa kita kecik, pening kepala je, mak


ayah kita hulur dan sapunya minyak Cap Kapak kan?

Dan masa mereka muda dahulu pun, iklan


minyak angin yang popular antaranya Minyak Geliga
dan Minyak Cap Kapak, jadi, mereka juga membesar
dengan jenama sama dan diturunkan pada kita
pula.

Jadi, strategi ini boleh diguna pakai pada


teknologi Instagram sekarang.

Brand atau jenama kita berada dimana, biar


mereka membesar dengan jenama kita.

Pernah dengar atau tonton rancangan Tom Tom


Bak yang dikendalikan oleh Dato’ Aznil Hj Nawawi?

8
Bahagian 1: Rahsia Perniagaan Dalam Instagram

Okay, rancangan tu memanglah untuk kanak-


kanak, dan telah bertahun tahun dahulu di tayang di
kaca televisyen, budak-budak yang tonton dahulu pun
mungkin ada yang dah meningkat remaja sekarang,
dah tak tonton rancangan-rancangan kanak-kanak,
tapi, cuba bayangkan yang bila beberapa tahun akan
datang, sewaktu usia kanak-kanak itu meningkat
remaja, Dato Aznil Hj Nawawi muncul dengan satu
program khas untuk remaja pula.

Rasa-rasa siapa yang bakal tonton dahulu


rancangan tersebut?

Jika tidak tonton pun, siapa yang bakal cepat


tangkap atau perasan dengan rancangan tersebut.

Ya, remaja-remaja yang zaman kanak-kanak


mereka asyik dan taksub dengan rancangan Tom Tom
Bak tadi.

“Aku ingat lagi Aznil ni, dulu masa kecik, aku


selalu tengok rancangan dia”

Itu lintasan pertama yang bakal bermain dalam


kepala mereka.

Sama seperti sebahagian dari anda, agak-agak


kalau cerita Keluang Man nak dijadikan filem tahun
hadapan, siapa yang nak pergi tonton dahulu?

9
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Jadi, dapat gambaran jelas, bagaimana untuk


menanam satu jenama sesebuah produk atau
perniagaan dalam minda pelanggan dan biarkan
mereka membesar dengan produk anda. Ini salah satu
faktor yang membolehkan perniagaan anda bertahan
lama.

Orang sentiasa bersama jenama anda.

10
Profile Instagram

AKAUN INSTAGRAM SEBAGAI KATALOG


KEDAI MAYA

O
rang lain buat akaun Instagram untuk kongsi
gambar selfie, gambar makanan, tapi kita,
jadikan akaun Instagram sebagai satu katalog
perniagaan kita.

Konsep mudah dalam Instagram, BIAR GAMBAR


BERBICARA.

Jadi setiap gambar yang bakal kita muat naik


nanti akan menceritakan tentang perniagaan kita
dan akaun yang kita bina juga mestilah selari dengan
tujuan kita untuk bina akaun perniagaan dalam
Instagram.

Jadi, dalam bab ini, anda akan membina satu


profile akaun yang bersesuai dan menarik untuk
dijadikan akaun perniagaan anda dalam Instagram.
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Sebelum itu, jika anda masih lagi belum


mempunyai akaun Instagram, anda boleh muat
turun di Apple Store atau Google Play Store aplikasi
Instagram dan boleh lakukan pendaftaran.

Buat masa ini pendaftaran boleh dilakukan


menggunakan akaun Facebook anda atau juga boleh
menggunakan alamat email.

Saya sarankan anda daftar menggunakan alamat


email, ini kerana lebih selamat jika akaun Facebook
anda bermasalah, anda masih boleh buka dan
masuk ke akaun Instagram anda yang didaftarkan
menggunakan alamat email tadi.

BINA AKAUN PROFILE PERNIAGAAN


BERPENGARUH

Setting profile amatlah penting bagi menguatkan


jenama perniagaan atau produk anda. Ia juga
penting untuk menarik minat bakal follower sama
ada mereka nak follow kita atau sekadar melawat
dan terus lupakan akaun kita.

Profile kita melambangkan dan menggambarkan


identiti kita dan apa pandangan pertama orang
terhadap akaun Instagram kita. Jadi disebabkan itu,

12
Bahagian 2: Profile Instagram

kita perlu pastikan akaun yang kita bina ini betul-


betul dapat memberi gambaran jelas siapa kita dan
apa yang kita niagakan.

“NAK LETAK NAMA APA?”

Perkara pertama yang anda perlu ambil berat


adalah, nak letak nama apa? Nama produk ke? Nama
perniagaan ke? Atau nama sendiri?

Kaedah 1: Gunakan nama syarikat, kedai atau jenama


perniagaan anda.

Kalau anda dah ada kedai, atau syarikat atau jenama


sendiri, gunakan saja nama tersebut sebagai nama
akaun Instagram anda. Kaedah ini sesuai bagi anda
yang nak mengembangkan dan mengukuhkan jenama
perniagaan anda seterusnya membina followers
sendiri.

13
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Kaedah 2: Gunakan nama produk

Jika anda hanya menjual satu produk atau menjadi


agen mana-mana produk, anda boleh letakkan nama
produk sebagai nama akaun Instagram anda.

Ini bertujuan orang tahu apa yang kita jual dan


akaun yang kita bina adalah untuk perniagaan, buka
untuk suka-suka.

14
Bahagian 2: Profile Instagram

Walapun ianya bersifat ‘jangka masa singkat’


tetapi ianya lebih mudah untuk mengumpul followers
berdasarkan produk jualan anda.

Kaedah 3: Apa yang anda tawarkan / sediakan

Jika anda sediakan perkhidamatan, boleh letakkan


jenis perkhidmatan anda sebagai nama. Kaedah

15
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

ini lebih mudah bagi follower kenal pasti apakah


perkhidmatan yang anda tawarkan.

Tips nama

Pemilihan nama amat penting, jadi nama yang dipilih


haruslah:

16
Bahagian 2: Profile Instagram

• Senang orang ingat. Contoh Zawara, Calaqisya

• Oleh kerana nama dalam Instagram cuma


boleh satu patah perkataan sahaja, jadi, elakkan
penggunaan underscore ( _ ). Kenapa? Supaya
mudah nak sebut dengan orang lain nanti, ada
sesetengah orang tak paham underscore tu apa,
nak cakap garis bawah pun macam pelik.

• Ingat! Nama adalah jenama kita! Bagaimana


kita nak orang mudah ingat dan sebut nama kita,
macam tu lah dengan jenama yang bakal kita
bawa.

• Elakkan nama yang mengelirukan sama ada


dari segi ejaan yang susah nak eja atau sebutan
yang lebih kurang sama, contoh Qhalifh dengan
Khalifh, Collections dengan Collection.

Ini membolehkan followers akan mudah nak


ingat dan cari akaun kita nanti. Yelah, nanti dah lah
nak sebut susah, terbelit belit lidah, nak eja pun tak
reti, macam mana mereka nak jumpa kedai kita?
Jadi, biar simple tapi orang senang ingat.

Yang menariknya dalam Instagram ini, tak seperti


Facebook, satu nama boleh digunapakai oleh satu
akaun sahaja.

17
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Contoh kalau di Facebook taip sahaja Quran


Digital ada beratus-ratus akaun yang guna nama
sama, tetapi, dalam Instagram jika dah ada seorang
guna nama qurandigital, jadi orang lain dah tak boleh
guna.

GAMBAR PROFILE SEBAGAI LOGO AKAUN

Gambar profile merupakan logo bagi akaun


Instagram anda. Logo akaun amatlah penting bagi
menggambarkan perniagaan anda dan seterusnya
menaikkan kepercayaan pelanggan atau bakal
followers pada perniagaan anda.

Jadi, beberapa gambar yang boleh digunakan


sebagai gambar logo adalah:

1. Jika anda ada jenama atau kedai sendiri,


letakkan logo jenama atau kedai anda.

2. Jika anda menjual produk orang lain, boleh


letakkan gambar produk tersebut sebagai
gambar profile logo.

3. Jika ada model yang pegang produk tersebut,


pun boleh letakkan sebagai gambar profile

4. Jika anda sediakan perkhidmatan, nak

18
Bahagian 2: Profile Instagram

letakkan gambar anda sendiri juga digalakkan


bagi meningkat kepercayaan orang terhadap
perkhidmatan anda.

KETERANGAN PROFILE YANG BERPENGARUH


DAN MENARIK

Dalam Instagram ruangan untuk meletakkan informasi


berkaitan profile kita agak terhad, jadi, kita perlu
manfaatkan sebaik mungkin bagi membina satu
profile yang menarik dan berpengaruh.

1. Keterangan ringkas perniagaan

Dalam bahagian ini, anda boleh ceritakan


secara ringkas apa yang anda sediakan.
Gunakan kata kunci yang berkaitan dengan
perniagaan anda. Ini kerana keterangan
ringkas ini akan muncul jika pengguna
membuat carian samaada berdasarkan
nama akaun Instagram atau kata kunci yang
bersesuaian dan bertepatan.

19
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

2. Username / nama perniagaan kita

Telah pun diterangkan pada bab sebelum ini.

3. Laman web

Jika anda mempunyai laman web sendiri,


anda boleh masukkan nama laman web anda
disini, dan link ini merupakan link aktif yang

20
Bahagian 2: Profile Instagram

mana followers atau pelawat boleh klik terus


link ini nanti dan terus di bawa ke laman web
anda.

4. Keterangan profile perniagaan anda.

Bahagian ini yang perlu kita manfaatkan


sepenuhnya, kerana Instagram membenarkan
kita tulis cuma 150 huruf sahaja. Jadi antara
maklumat yang anda boleh letakkan adalah
seperti:

i. Tawaran pada sasaran anda, contoh: Khas


Buat SI COMEL anda!

ii. Arahan pada sasaran anda, contoh : Follow


kami untuk dapatkan kupon DISKAUN

iii. No lesen perniagaan (bagi lebih


meningkatkan kepercayaan)

iv. Tawaran lain, contoh. Ready Stok, Pos


Laju. Free Delivery

v. Cara Hubungi anda. Contoh SMS /


WhatsApp / Call.

vi. Lokasi Kedai (jika ada)

vii. Waktu kedai beroperasi (jika ada)

21
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

TEKNIK BUAT PROFILE LEBIH MENARIK


Jika anda taip secara terus dari akaun Instagram
anda, mungkin ada tidak jumpa simbol-simbol
menarik untuk diletakkan kan?

Baiklah, cara paling mudah yang anda boleh


lakukan untuk dapatkan simbol-simbol menarik ini
adalah dengan menggunakan aplikasi WhatsApp.

Ya, anda cuma perlu taip sahaja di dalam


aplikasi WhatsApp, dan masukkan simbol menarik
dan berkaitan, dan susun cantik-cantik, kemudian,
copy dan paste.

22
Bahagian 2: Profile Instagram

Mudah bukan?

Dengan ada simbol-simbol ikon ini, biografi


akaun anda kelihatan lebih menarik dan menyerlah.
Tidaklah nampak hambar kan?

23
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

PUBLIC VS PRIVATE AKAUN


Di Instagram, kita boleh tetapkan tetapan sama ada
hendak private atau public kan akaun kita.

Bagaimana nak bezakan antara kedua ini?

Public = Semua orang yang masuk ke akaun kita


boleh lihat apa sahaja yang kita telah post dan muat
naik walaupun mereka tidak follow kita.

24
Bahagian 2: Profile Instagram

Private = Hanya followers sahaja yang boleh lihat


semua post dan gambar yang kita muat naik dalam
akaun Instagram kita, jika orang luar hendak lihat
mereka perlu request untuk follow kita terlebih
dahulu.

25
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Terdapat pelbagai pendapat berkaitan kedua-


dua status ini kerana ada yang mengatakan private
lebih baik dari public, ada yang berkata public lebih
baik dari private.

Tetapi secara kesimpulannya berikut merupakan


beberapa kelebihan dan kekurangan kedua-dua
tetapan ini.

a) Public

• Pelanggan boleh lihat terus barangan yang


ditawarkan

• Ada sesetengah walaupun masih kurang


follower, tetapi dah dapat hasilkan jualan

• Permainan dari segi gambar amat penting


untuk membuatkan orang lebih tertarik untuk
follow kita

• Kadar followers bertambah sedikit lambat


kerana ada sesetengah pengunjung hanya
sekadar masuk dan cuci mata sahaja.

b) Private

• Kadar pertambahan follower lebih cepat,


senang nak kumpul ramai follower

26
Bahagian 2: Profile Instagram

• Boleh tapis siapa follower kita, seperti contoh,


kita mahukan hanya wanita sahaja yang jadi
followers kita, atau kita tidak mahu terlalu
ramai peniaga-peniaga yang jadi followers
kita.

• Status private memerlukan kita untuk terima


(accept) mereka untuk follow kita terlebih
dahulu.

• Menambahkan minat orang untuk follow kita


terlebih dahulu sebab memang fitrah manusia
tergerak hati untuk tahu lebih lanjut kalau
sesuatu itu disembunyikan.

• Arahan di biografi profile sangat penting,


seperti contoh FOLLOW KAMI SEKARANG
UNTUK DAPATKAN DISKAUN 70%.

Jadi cadangan saya, untuk permulaan bagi akaun


yamg masih baru, saya candangkan anda boleh
letakkan pada status private, dimana bertujuan
untuk mengumpul followers terlebih dahulu, dan
seterusnya apabila followers sudah semakin ramai,
dan sudah nampak kekuatan kedai atau akaun kita di
Instagram, boleh letakkan pada status public supaya
boleh terus hasilkan jualan apabila orang luar masuk
ke dalam akaun kita.

27
Followers

JENIS-JENIS FOLLOWERS

F
ollowers dalam Instagram boleh dikategorikan
kepada 2 jenis

1. Followers Palsu

Kebanyakan orang mendapatkan Followers


palsu adalah hanya bertujuan untuk meningkatkan
kredibiliti akaun Instagram mereka dan untuk
memancing kepercayaan pelanggan.

Terdapat banyak perkhidmatan yang mana


menjual perkhidmatan menambah follower palsu ini
dengan harga yang berpatutan. Jadi tidak hairanlah
jika ada sesetengah akaun dilihat walaupun masih
baru tetapi sudah ada puluhan ribu follower

“Akaun dia ni banyak followers, mesti ramai org


suka, beli dan boleh percaya”
Bahagian 3: Followers

Tetapi akaun-akaun palsu tersebut tidak aktif,


dan tidak akan ada respon langsung pada perniagaan
mereka.

Hanya sekadar dummy ataupun tempelan sahaja,


supaya nampak hebat, supaya mudah tarik orang lain
follow akaun mereka.

Tetapi ada bahayanya membeli followers palsu


ini kerana ada sesetengah masa pihak Instagram
akan melakukan pembersihan dan melupuskan dan
memadam mana-mana akaun palsu yang dikesan.
Jadi secara tidak langung, jumlah follower kita nanti
juga akan terjejas.

Sehinggakan pernah pada suatu ketika, ada


beberapa selebriti yang sudah punya ratusan
ribu followers kehilangan ratusan ribu followers
disebabkan kebanyakkan yang follow mereka rupanya
akaun akaun palsu yang telah dibayar.

Kan dah nampak cacat disitu. Kredibiliti kita


sebagai peniaga juga akan terjejas. Orang dah
berburuk sangka dengan kita.

“Cis, follower tipu rupanya, ni mesti berniaga


pun nak tipu tipu ni.”

29
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

2. Follower Aktif

Follower aktif merupakan akaun yang benar-


benar wujud, penggunanya aktif, ada potensi
jadi pembeli dan juga bukan akaun-akaun palsu.
Penggunanya adalah orang yang sebenar dan kerap
gunakan akaun mereka sama ada upload gambar
sendiri, like dan komen pada akaun orang lain

Tetapi untuk tujuan perniagaan, follower aktif


juga boleh dikategorikan pada 2 kategori:

• Followers Rawak

Rawak atau random. Followers yang mereka ada


adalah secara rawak, sesiapa sahaja jadi followers
mereka, budak sekolah, lelaki, perempuan, orang
bukan Malaysia.. sesiapa sahaja.. bebas. Boleh jadi
rakan-rakan sendiri.

Biasanya mereka yang mengumpul rollowers


rawak ini terdiri dari mereka yang ingin menguatkan
jenama atau yang sudah ada jenama yang terkenal.

Seperti contoh lihat sahaja akaun NIKE dan


ADIDAS. Followers mereka terdiri dari pelbagai
lapisan golongan dan bangsa.

30
Bahagian 3: Followers

• Targeted Follower

Followers yang ada adalah betul-betul targeted


atau tepat mengikut produk atau perniagaan yang
mereka tawarkan. Dan followers tersebut berpotensi
besar untuk menjadi pembeli bagi produk-produk
jualan kelak.

Jadi untuk mendapatkan follower aktif juga


mestilah targeted berdasarkan produk jualan anda.

Sama seperti dalam Facebook.

Orang yang minat tudung, tak semestinya mahu


cari produk kecantikan. Dan orang yang pakai tudung
tak semesti minat untuk beli tudung online. Jadi,
untuk dapatkan follower seperti ini perlukan sedikit
proses tapisan.

FOLLOWERS RAMAI VS TARGETED FOLLOWERS

Okay, ni paling penting, siapa followers anda tu


yang mainkan peranan utama untuk anda lariskan
jualan dalam Instagram. Followers yang ramai tak
semesti bagus. Bagus untuk naikkan kepercayaan dan
kredibiliti, tapi untuk hasilkan jualan pantas belum
tentu.

Tapi penting ke followers ramai ni?

31
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Ada kepentingannya juga.

• Followers dalam Instagram ini ibarat trafik


atau jumlah prospek serta pengikut yang kita
ada.

• Semakin ramai followers, semakin tinggi


kadar pelanggan yang bakal melihat setiap
post atau iklan yang kita muat naik nanti.

• Dapat membina kredibiliti dan kepercayaan


pelanggan

• Dapat meningkatkan respon dari pelanggan


seterusnya menghasilkan jualan dengan lebih
banyak.

• Meningkatkan minat orang lain untuk follow


kita seterusnya membeli dengan kita.

• Contoh kalau macam kedai makan, kalau kita


tengok kedai makan tu ramai orang masuk
dan makan, mesti kita beranggapan yang
makanan didalam itu sedap kan.

• Secara tak langsung, kita sendiri pun rasa nak


makan sama dalam tu.

32
Bahagian 3: Followers

Ye lah kan, kalau ada 2 orang je yang follower,


setiap kali kita post hanya 2 orang ni je lah yang
tengok post kita, macam mana nak hasilkan jualan
berganda kan?

Tetapi, dalam konteks perniagaan terutama


untuk hasilkan jualan pantas dan lumayan, selain
dari followers yang ramai, satu perkara yang perlu
diutamakan adalah TARGETED FOLLOWER.

Cuba bayangkan follower anda anda 150,000


orang, dan anda jual shawl, tudung, baju kurung,
TAPI, follower anda semuanya budak sekolah, lelaki,
umur lingkungan 15-18 tahun.

Rasa-rasanya mudah tak nak hasilkan jualan jika


berlaku seperti itu?

Jika diberi pilihan?

Anda mahu pilih yang mana?

Follower palsu dan random followers mungkin


boleh meningkatkan KEPERCAYAAN.

Atau

Targeted Follower mungkin boleh meningkatkan


JUALAN.

33
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Tapi harus diingat KEPERCAYAAN juga boleh


tingkatkan Targeted Followers serta JUALAN.

Jadi jika anda mahu pilih dua-dua pun tidak ada


masalah. Tetapi perlu ada strategi yang tersusun.
Tetapi jika saya, saya lebih tumpukan pada targeted
follower, ini kerana, saya mahu bina satu akaun yang
betul-betul berkualiti dan bina pengaruh tersendiri.

CARA SALAH TINGKATKAN FOLLOWER

Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk tingkatkan


followers seterusnya membina kredibiliti sesebuah
akaun perniagaan dalam Instagram.

Tetapi masih terdapat segelintir yang melakukan


cara yang salah untuk dapatkan pelanggan seterusnya
tingkatkan follower.

Cara apa?

SPAM komen di akaun-akaun Instagram orang lain


terutama artis-artis.

Maksud SPAM komen ada komen-komen yang


tidak berkaitan, yang adakala nampak tidak
menyenangkan, hinggakan bukan sahaja artis malah
peminat artis tersebut jadi menyampah lihat komen
komen sebegini.

34
Bahagian 3: Followers

Visit my IG lah...

Follower my IG lah...

Saya jual lah...

Adakala siap ada yang komen..

Maaf spam, just nak bagitahu, sesiapa yang


berminat, saya ada jual bla bla bla....

Bukan tidak boleh komen di akaun-akaun orang


lain, tetapi ada cara komen beretika yang nampak
professional.

Ini tidak, gambar artis tu sedang berkuda, tiba-


tiba ada yang komen promosi kerepek.

Apa kena mengena kerepek dengan kuda??

Jadi, buat apa kita merendahkan kredibiliti


jenama kita seterusnya menampakkan produk kita
seperti murahan seolah-olah terpaksa tepek iklan-
iklan secara bertaburan tidak kena tempat.

Jika boleh, biar jenama kita nampak professional,


nampak premium, ekslusif, nampak mahal.

Caranya adalah dengan cara bagaimana kita


uruskan akaun kita termasuk interaksi dengan akaun-
akaun lain.

35
Teknik Naikkan
Followers
TEKNIK NAIKKAN FOLLOWER 1

TEKNIK REVIEW

T
eknik review merupakan satu teknik yang
membolehkan orang bercerita tentang produk
dan akaun Instagram kita. Teknik ini salah satu cara
yang cepat untuk naikkan follower.

Terdapat 2 jenis review yang biasa digunakan


didalam Instagram

1. Review percuma

Review secara percuma dimana akaun Instagram


lain akan review atau cerita berkenaan produk kita
tanpa sebarang bayaran dikenakan.

Terdapat 2 kategori yang biasanya wujud bagi


review percuma ini:
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

a) IG Review

Memang susah untuk dapatkan review secara percuma


tanpa sebarang balasan ini kan? Tetapi biasanya ini
dilakukan secara sukarela oleh mereka yang telah
berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan
kita.

Mereka secara sukarela akan review akaun kita


di dalam akaun Instagram mereka.

Mudah kata, pelanggan berbicara tentang produk


kita sebab mereka puas hati.

Tips untuk dapatkan IG Review:

• Berikan layanan dan khidmat terbaik pada


pelanggan supaya mereka berpuas hati
dengan khidmat atau produk jualan kita

• Boleh minta mereka secara halus seperti


contoh

• “kalau sis berpuas hati dengan produk ni,


nanti tulis lah apa2 review di IG sis ye, dan
jangan lupa mention kami”

• Tidak ada sebarang paksaan untuk pelanggan


lakukan review.

37
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Kelebihan IG Review:

• Boleh jadi testimoni ikhlas dari pelanggan

• Boleh tingkatkan targeted follower dan


seterusnya mungkin juga jualan. Ye lah,
biasanya bila seseorang tu cerita betapa
bagusnya sesuatu produk yang dia sendiri
guna, kawan-kawan yang rapat dengan
mereka terlebih dahulu timbul rasa minat
untuk cuba sama.

• Jika pelanggan tersebut mempunyai ramai


followers, menjadi satu bonus buat kita
dimana kemungkinan untuk followers
bertambah lebih banyak dan cepat.

Kekurangan IG Review:

• Bukan senang nak dapatkan IG review ni, lagi


lagi percuma, dan kadang-kadang pelanggan
malas nak taip taip ni.

• Perlu ada sedikit kemahiran mengayat dan


memujuk pelanggan yang dah cuba produk
kita.

Tetapi jangan terkejut jika saya katakan ada


juga orang yang sudi untuk review akaun kita secara

38
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

percuma? Nampak mustahil kan? Tapi secara realitinya


memang ada.

Anda boleh cuba lakukan carian di bahagian


search #reviewpercuma atau #freereview.

Nanti cuba lihat akaun mereka dan cubalah


hubungi mereka.

b) Swap review

Swap review merupakan kita bertukar-tukar review


dengan akaun atau para peniaga lain.

Kita cerita tentang produk dan akaun mereka,


mereka pun cerita tentang produk dan akaun
Instagram kita.

Tetapi biasanya untuk swap review ini, ada


sesetengah akaun meletakkan syarat-syarat tertentu
seperti :

• Jumlah followers kita setanding dengan


mereka, ada minimum followers, contoh : khas
untuk yang dah ada 5000 followers sahaja. Ini
biasanya dilakukan untuk berlaku lebih adil.
Ye lah, orang tu dah ada 5000 followers, tapi
kita ni baru 2 orang, itu pun kita sendiri dan

39
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

isteri yang follow, tak adil lah untuk bertukar


review kan?

• Produk jualan tidak sama. Biasanya sesetengah


pemilik akaun tidak mahu pelanggan mereka
lari ke kedai yang sama jualan dengan mereka,
jadi mereka letakkan syarat-syarat produk
jualan sama ada mesti lah produk jualan
tertentu atau tidak sama dengan produk
jualan mereka.

• Mempunyai tempoh-tempoh masa tertentu


contoh post akan dipadam selepas 2 jam.

Kelebihan Swap Review:

• Lebih cepat untuk tingkatkan followers


terutama jika dapat review dengan akaun-
akaun yang sama kuat dan jumlah followers
dengan kita

• Tidak perlu keluarkan sebarang kos

• Tidak perlu dapatkan followers secara


manual, tunggu sahaja follower yang masuk
selepas sesi swap review.

40
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

Kekurangan Swap Review:


• Jika tidak kena cara, akan jadi berat sebelah,
seperti contoh, pemilik akaun lain lambat-
lambatkan post untuk review akaun kita

• Jika dilakukan terlalu kerap, terlalu banyak


iklan di dalam Instagram kita, Nampak tidak
begitu professional dan semak.

Bagaimana nak cari swap review ini?


Caranya mudah sahaja, pergi sahaja ke bahagian
search dan cari sahaja #swapreview atau
#swapreviewmalaysia

Nanti jumpalah mana-mana akaun yang tawarkan


swap review, biasanya no telefon mereka ada di
profile mereka, jadi, boleh terus hubungi mereka dan
tanya tentang- syarat-syarat untuk review dengan
mereka.

Tips Swap Review:


• Lihat review-review yang dibuat oleh
mereka, lihat bagaimana respon followers
mereka, berapa ramai yang komen dan like
post review mereka, jika ramai, tu ternyata
bagus, followers mereka aktif. ( tapi hati-hati
sebab ada yang beli like ), so kena cek juga
siapa yang like post mereka.

41
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

• Ini bagi memastikan review kita berbaloi


dan dapat naik sekurang-kurangnya satu
follower.

• Ye lah, kadang-kadang ada juga yang buat


review tapi seperti mereka bercakap sorang-
sorang, tak ada sebarang respon pun dari
follower, seolah-olah akaun mereka hidup
segan mati tak mahu, akaun syok sendiri.

• Jika boleh dapatkan Instashop yang sama


niche lagi bagus, tetapi kadang-kadang ada
yang tak nak jika produk lebih kurang sama,
tetapi cuba cari produk yang ada kaitan.

• Contoh, kalau anda jual tudung, carilah


Instagram yang jual pakaian muslimah

• Jika anda jual powerbank, swap dengan


pemilik kedai handphone

• Jika jual kerongsang, cuba dapatkan review


dari mereka yang jual tudung

42
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

2. Review berbayar

Paid review merupakan kaedah review berbayar yang


mana memerlukan sedikit bayaran untuk khidmat
review ini.

Terdapat 2 jenis bayaran.

a) Gift review

Untuk gift review biasanya kita perlu poskan


produk pada pemilik akaun tersebut dahulu.
Ini kerana ada sesetengah pengguna, mereka
tidak minta bayaran pun hanya cukup dengan
hadiahkan mereka produk kita sahaja.

Kadang kala kerana mereka mahukan produk


kita, tetapi tidak mahu beli, jadi, mereka
minta sebagai hadiah, dan sebagai balasan
mereka akan reviewkan produk kita.

Kelebihan Gift Review


• Boleh nampak seolah-olah testimoni untuk
produk kita

• Nampak lebih natural, dan beri impak lebih


tinggi kerana mereka akan tangkap gambar
produk kita sendiri dan tulis review mereka
sendiri, bukan seperti skrip yang dirancang

43
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

• Kos yang agak rendah, cuma perlu keluarkan


kos produk dan pos sahaja

Kekurangan Gift Review:

• Hati-hati, kerana kadang-kadang ada cubaan


untuk menipu semata-mata untuk dapatkan
produk secara percuma.

• Jika tersalah pilih, kadang-kadang jadi tidak


berbaloi kerana followers bukan datang dari
targeted follower.
Tips Gift Review:

• Sama seperti swap review tadi, lihat review-


review yang dibuat oleh mereka, lihat
bagaimana respon followers mereka, berapa
ramai yang komen dan like post review
mereka, jika ramai, tu ternyata bagus,
followers mereka aktif.

• Cari mereka yang mempunyai pengaruh atau


rakan yang ramai

• Lihat dan kaji aktiviti media social mereka


sama ada bersesuaian atau tidak dengan
produk kita. Contoh, kalau nak review tentang
produk kecantikan lembutkan kulit, tetapi
bagi pada remaja lelaki, yang minat aktiviti

44
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

lasak dan kerap upload gambar-gambar panjat


gunung, batu dan sebagainya, walaupun dia
banyak follower, tapi tidak sesuai lah kot,
kerana mungkin rakan-rakan dia pun terdiri
dari mereka yang punya minat yang sama.

Cara Dapatkan Gift Review:

Di Instagram ini, konsep sama di ulang pakai, lakukan


carian dengan taip #giftreview.

Mudah kan?

Tetapi ada juga cara lain dimana kita cuba sendiri


hubungi mana-mana akaun yang dilihat berpengaruh
walaupun mereka bukan artis, dan tanya pada
mereka sudi tak jika mahu review berkaitan produk
kita dengan syarat kita berikan mereka hadiah produk
tersebut.

Jangan tak percaya, remaja-remaja zaman


sekarang, ada yang popular di media social dan
banyak followers tau walaupun mereka bukan artis.

Ada yang upload gambar, tak sampai beberapa


saat beratus likes yang diterima walaupun budak tu
masih lagi sekolah menengah.

Itu dahsyatnya penangan media social ni.

45
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

b) Paid IG Review

Paid review pula adalah review berbayar


dimana mereka meletakkan bayaran tertentu
bagi sekali review. Biasanya semakin tinggi
followers yang mereka ada, semakin tinggi
juga bayaran yang dikenakan.

Selain dari selebriti dan artis, ada juga


Instashop dan akaun akaun peribadi yang
turut menawarkan khidmat paid IG review
ini. Biasanya mereka-mereka ini mempunyai
followes yang ramai.

Kelebihan Paid IG Review:

• Bagi review dan akaun yang berkualiti, jumlah


followers untuk bertambah adalah sangat
cepat

• Impak juga lebih tinggi, lagi lagi jika artis


atau selebriti yang review. Seolah-olah artis
tu jadi duta produk kita pula

• Adakala, selain dari follower bertambah, juga


boleh hasilkan jualan secara tidak langsung
sepanjang tempoh post review itu berjalan.

46
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

Kekurangan Paid IG Review:


• Adakala kos agak tinggi, ada yang mencecah
ribuan ringgit untuk sekali review terutama
akaun para artis dan selebriti terkenal

• Kurang targeted follower. Kerana apa? Contoh,


kalau Nora Danish yang review produk atau
akaun kita, kadang-kadang yang follow kita
tu bukan sebab mereka minat dengan produk
kita, tapi sebab mereka minat Nora Danish.
Apa Nora Danish review semua dia follow.

• Jika tersalah pilih, kadang-kadang tidak


berbaloi dan setimpal dengan jumlah bayaran
yang dikenakan.

Tips Paid Review IG:


• Jika buat pada artis, lihat siapa golongan
peminat mereka, contoh jika anda jual
pakaian muslimah, dapatkan review dari
artis-artis yang berpesonaliti seperti itu juga
seperti Heliza Helmi, jika jual akesesori, lihat
siapa artis yang bersesuaian untuk reviewkan
produk ig anda.

• Mereka seolah-olah bercerita tentang produk


anda, jadi biar kena dengan mereka dan
peminat ( followers ) mereka.

47
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

• Ada juga bukan artis yang sediakan paid review,


sama ada instashop sendiri, atau individu
yang mana terdapat ramai followers.

• Cara nak tahu berbaloi atau tak dengan


cara kaji akaun Instagram tersebut terlebih
dahulu.

• Lihat review-review yang dibuat oleh


mereka, lihat bagaimana respon followers
mereka, berapa ramai yang komen dan like
post review mereka, jika ramai, tu ternyata
bagus, follower mereka aktif. ( tapi hati-hati
sebab ada yang beli like ), jadi kena cek juga
siapa yang like post mereka.

• Elakkan review pada akaun Instagram yang


semata-mata tawarkan review sahaja, saya
lihat ada banyak akaun Instagram, nama
sahaja terang terang tulis review. Kenapa?
Secara logiknya, kebanyakkan followers
mereka juga adalah dikalangan peniaga-
peniaga dalam Instagram, jadi, berbaloi tak
jika anda buat paid review tetapi yang akan
follow anda nanti kebanyakkannya adalah
peniaga juga, silap-silap pesaing anda pun
ada.

48
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

TEKNIK NAIKKAN FOLLOWER 2

TEKNIK VIRAL

Seronok tak kalau sana sini orang bercerita tentang


perniagaan kita? Tentang produk kita? Dan mereka
sebarkan jenama kita. Bercerita tentang perkara
yang menarik, baik. Bukan perkara yang buruk.
Dan yang lagi menarik, semua ini dilakukan secara
rela oleh ramai orang. puluhan, ratusan malah tak
mustahil ribuan orang.

Dalam tempoh beberapa jam sahaja, dari asalnya


produk orang tak kenal, tahu tahu dah ribuan orang
mula kenal dengan produk kita. Agak-agak apa kesan
pada produk kita? Jenama kita? Dan logik tak jika
jualan kita juga bakal meningkat?

Bunyi macam mustahil kan? Lagi lagi siapalah


kita orang nak cerita dan viralkan bisnes kita.
Kita bukanlah Neelofa mahupun Nora Danish. Tapi
kalau kena gaya dan cara dan betul, semua tu tak
mustahil.

Jadi dalam topik ini, kita akan tengok beberapa


strategi dan teknik supaya orang lain bercerita sana
sini berkaitan produk atau perniagaan kita dan secara
tidak langsung jenama produk atau perniagaan kita
semakin dikenali ramai.

49
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

1. TEKNIK PERTANDINGAN (CONTEST)

Okay, siapa yang tak suka hadiah? Lagi lagi kalau


percuma kan?

Jadi dalam teknik atau strategi membuat


pertandingan ini, secara tidak langsung mudah untuk
menarik minat orang untuk mula bercerita tentang
perniagaan aau produk kita, seterusnya mula
mengenali produk kita.

Bagaimana cara untuk lakukan pertandingan


didalam Instagram?

Pernah dengar give away contest? Dalam


Instagram terma pertandingan ini adalah yang paling
popular. Ianya berkonsep “share and win” atau kongsi
dan menang.

Dalam erti kata lain pengajur perlu sediakan


hadiah, biasanya pemilik-pemilik bisnes akan
sediakan hadiah berupa wang tunai ataupun produk
mereka dan seterusnya war-warkan supaya follower
atau orang awam yang mahu mengikuti pertandingan
mereka supaya kongsikan post mereka di Instagram.

Jika didalam Facebook, kita ada fungsi share


untuk kita kongsikan post orang lain, tetapi dialam
Instagram kebanyakkan mereka menggunakan konsep

50
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

Repost dimana terdapat aplikasi yang membolehkan


kita share post orang secara terus dalam Instagram.

Mungkin ada yang tidak berapa familiar atau


kenal dengan aplikasi repost ini, tetapi kebanyakkan
mereka yang aktif di Instagram biasanya kenal dan
tahu berkenaan aplikasi repost ini.

Jadi, secara tidak langsung, mereka yang mahu


mengikuti pertandingan tersebut akan repost gambar
dan keterangan yang kita telah sediakan.

Biasanya didalam teknik pertandingan ini,


anda boleh meletakkan beberapa langkah-langkah
tertentu dan ianya merupakan syarat utama untuk
mereka sertai pertandingan mereka.

Contoh cara untuk join contest

1. Wajib follow IG @namaIGanda

2. Wajib like post ini

3. Repost post ini ( keterangan dan gambar yang


sama )

4. Akaun peserta mestilah berkeadaan public


supaya mudah untuk anda cari siapa bakal
pemenang nanti

51
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Selain itu anda juga boleh letakkan beberapa


syarat tambahan seperti

5. Mention 5 oang rakan anda dibahagian


komen

6. Letakkan #tags tertentu

7. Edit dan tambah caption menarik tentang @


nama IG anda.

Syarat-syarat yang boleh dikenakan pula seperti:

• Terbuka untuk warnagenara Malaysia sahaja

• Maximum 3 kali repost setiap hari

• Tidak dibenarkan menggunakan apps atau


software autolike

• Pemenang akan ditentukan berdasarkan

a) Caption yang menarik

b) Likes terbanyak di gambar

Berapa lama patut buat contest ni?

Terdapat pelbagai cara anda boleh tentukan, tetapi


ini antara 2 saranan yang saya boleh sarankan, anda

52
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

boleh pilih salah satu cara ini untuk menetukan bila


akan berakhir atau tamat contest anda tadi.

a) “Contest akan tamat pada hujung bulan ini.”


(tentukan tarikh)

b) “Contest akan ditamatkan bila followers kami


mencecah 10,000 followers.”

Kebiasanya, bagi produk yang masih baru atau


belum dikenali ramai orang, seelokknya letakkan wang
tunai sebagai hadiah utama, mungkin untuk 1 orang
pemenang, atau 3 orang pemenang, terpulang pada
berapa budget anda untuk pelaburan pertandingan
ini.

Ye lah, contoh jika anda jual krim putihkan kulit,


kalau bagi hadiah krim tersebut, dah lah produk baru,
orang masih tak kenal, dan tak semua orang perlukan
dan nak krim putihkan kulit tu. Tapi kalau bagi hadiah
duit, walaupun RM20 tapi berlumba-lumba orang nak
kan? Logik!

Tips pertandingan:

1. Letakkan tempoh masa tertentu dan jumlah


pemenang. Contoh dalam masa 1 bulan dan 3
orang pemenang akan dipilih.

53
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

2. Kena berlaku adil dan jujur, umumkan siapa


pemenang, dan bukannya dikalangan kroni-
kroni sendiri. Sebab itu bakal membawa
imej pada produk kita nanti. Lagipun macam
manalah nak berniaga maju dan berkat kalau
awal-awal dah menipu kan? Walaupun benda
nampak kecik je.

3. Seelokknya lakukan pertandingan ini bila


follower anda dah ada ramai, 1000 atau lebih
adalah lebih baik, ye lah, kalau follower ada
4 5 orang sahaja, nak buat pertandingan pun
siapa je yang sudi join.

4. Bukan sahaja follower kena ada ramai, anda


juga perlukan followers yang aktif. Aktif
bagaimana? Mereka rajin beri respon pada
post dan gambar-gambr anda. Cuba bayangkan
kalau setiap kali anda post gambar, tapi yang
like cuma ada 2 orang, komen memang tak
pernah ada lah kan, jadi jika anda buat
pertandingan pun, kadar kebarangkalian
untuk pertandingan anda jadi suam suam
suku adalah sangat tinggi.

Jadi, bagaimana nak tingkatkan respon dari


followers? Caranya adalah dengan kita perlu
tingkatkan engagement dengan followers. Haa, bab
ini saya akan cover dalam bab yang lain ye.

54
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

2. TEKNIK REPOST DAN MENTION

Ingat lagi tak dalam bab sebelum ini saya pernah


nyatakan fungsi share atau repost dalam Instagram?

Okay, jika dalam Facebook, orang suka kongsi


atau share pelbagai benda kan? Video video lawak,
kata-kata nasihat, gambar-gambar pelik, suka share
post orang lain, dan macam-macam lagi.

Sebenarnya dalam Instagram juga, anda boleh


gunakan teknik yang sama supaya orang lain terutama
followers suka untuk repost gambar apa yang anda
post. Jadi secara tidak langusng rakan-rakan mereka
juga akan nampak apa yang mereka repost dan jika
ada rezeki anda, mereka juga akan follow anda. Dah
bertambah beberapa follower kan?

Tapi nak post apa? Dan bagaimana nak tarik


perhatian follower untuk repost

1. Post gambar-gambar tips yang menarik dan


ada kaitan dengan perniagaan anda. Contoh
anda jual tudung, anda boleh post gambar
tutorial cara lilit tudung.

2. Tak tahu nak bagi tips apa, post gambar


gambar yang menarik yang ada kaitan
dengan perniagaan anda. Contoh kalau juga

55
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Headphone Bluetooth. Nak letak tips dengar


atau pakai headphone macam tak ada pula
kan? Jadi anda boleh letak gambar seperti
seekor kucing sedang pakai headphone yang
anda jual.

3. Syarat seterusnya, anda perlu beri arahan


secara tidak sedar atau secara tidak langsung
pada follower untuk repost gambar anda.
Contoh, boleh letak atau nota kaki seperti.

“Cer repost kalau anda rasa tips ini berguna.”

“Repostlah kalau rasa gambar ni best.”

Selain dari repost, anda juga boleh minta untuk


mereka mention nama ig rakan-rakan mereka dalam
bahagian komen. Secara tidak langsung juga rakan-
rakan mereka akan masuk kedalam Instagram anda
untuk lihat apa yang rakan mereka mention.

Jadi, untuk kaedah ini, anda juga perlu beri


arahan seperti

“Cuba mention rakan-rakan anda jika rasa tips


ini berguna buat mereka.”

“Ada tak kawan-kawan anda sama macam ni?


Cuma mention nama mereka.”

56
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

Kelebihan Teknik Repost dan Mention:


• Boleh meningkatkan engagement dengan
follower

• Membuatkan follower tidak terlalu bosan


dengan Instagram anda, kerana ini seolah-
olah satu game buat mereka

• Nampak Intagram anda lebih hidup dan


normal, tidaklah semua post menjual semata-
mata

• Boleh dapat followers dari orang yang sama


minat dengan followers anda. Contoh jika
anda jual gadget, dan followers anda kaki
gadget, dan dia repost atau mention rakan
mereka, biasanya rakan-rakan mereka juga
terdiri dari kaki gadget juga.

Kekurangan Teknik Repost dan Mention:


• Tidak memberikan kenaikkan follower yang
begitu banyak atau drastik. Jika ada rezeki
anda, akan bertambah lah sedikit followers,
Sebab tidak ramai yang rajin nak follow tanpa
bersebab ni, kecuali jika mereka benar-benar
suka dengan apa yang anda sampaikan. Sebab
tu lah juga kena beri tips-tips yang betul-
betul berkaitan.

57
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

• Boleh jadi follower anda juga menjadi kurang


targeted kerana post anda viral secara
rawak.

Tips Teknik Repost dan Mention:

• Post tips-tips dan gambar-gambar yang


berkaitan dengan perniagaan sahaja.
Supaya lebih mudah mendapatkan follower
yang betul-betul berminat dengan bidang
perniagaan anda. Contoh, kalau jual tudung,
janganlah post gambar kambing tersengeh
semata-mata untuk pancing followers untuk
repost atau mention.

Memanglah gambar tu lawak, kelakar, tapi


nanti silap-silap anak follower tu yang baru
je tingkatan 1 pun follow anda sebab ingat
Instagram anda adalah Instagram himpunan
gambar-gambar lawak. Ya, jangan tidak
percaya budak tingkatan 1 pun dah ada
Instagram. Ada anak sedara rakan saya baru
darjah 4 pun dah ada Instagram tau. Dah
pandai selfie dengan tudung penyek-penyek.

• Buat post pada waktu-waktu followers anda


benar-benar aktif, jadi lebih mudah untuk
mereka nampak post anda seterusnya buat

58
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

tindakan sama ada nak repost, mention


ataupun tidak. Cara nak tahu waktu-waktu
mereka aktif tu nanti kita bincangkan dalam
bab khas ye, berkaitan waktu-waktu posting
yang sesuai.

TEKNIK NAIKKAN FOLLOWER 3

COPY FOLLOWER

Pernah tak masuk mana-mana akaun Instagram pesaing


anda atau yang berniaga sama produk mahupun jenis
dengan anda? Perasan tak ada sesetengah tu yang
dah ada ramai followers? Ada yang sampai belas-
belas ribu, puluh-puluh ribu, ratus-ratu ribu. Seronok
je tengok IG mereka kan? Setiap kali post gambar,
beratus-ratus yang like dan komen.

Mahu tak kalau anda ada followers seperti


mereka, tak dapat semua, 10% pun rasanya dah
cukup beruntung kan?

Okay, dalam Instagram, ada satu teknik yang mana


kita boleh salin atau copy follower mereka supaya
mereka jadi followers kita pula. Wow, bestnya! Ini
bermakna kadar kebarangkalian follower kita datang
dari orang yang berminat dengan produk kita atau
sama dengan produk kita adalah tinggi.

59
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

CURI PELANGGAN / FOLLOWER?

Tak rasa macam curi pelanggan atau followers ke


kalau guna cara ni? Ye lah, orang tu kumpul followers,
kita pula sibuk-sibuk ambil follower dia.

Okay, dalam Instagram tidak ada istilah ambil.


Kerana sebelum anda mahu mulakan perniagaan
di mana-mana platform anda perlu faham konsep
platform itu sendiri

INSTAGRAM ADALAH MEDIA SOCIAL

Boleh kata kebanyakkan yang ada akaun Instagram


tahu perkara ini. Instagram adalah media social,
laman sesawang untuk berhubung. sama seperti
Facebook. Tetapi, adakah anda benar-benar faham
apa itu media social? Dan bagaimana konsep
berhubung dalam media social.

Kita lihat dalam situasi dunia sebenar, konsep


bersosial. Bayangkan anda baru pindah di satu kawasan
kejiranan, kawasan perumahan teres. Bagaimana
anda mahu berkenalan dan mula berkawan dengan
jiran-jiran baru anda disana?

Jawapan mudah. Tegur sapa. Jika jiran anda


tidak tegur anda dahulu, tegur sapa lah mereka
terlebih dahulu. Segan? Hari pertama senyum, hari
kedua mula cakap hai. Ringkas dan mudah bukan.

60
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

Sekarang terpulang lah pada jiran baru anda tu.


Jika mereka jenis yang ramah, dan mudah berkawan,
pasti sapaan anda akan dibalas, dan dari situ lah
bermula jalinan kejiranan anda, silap-silap boleh
jadi rakan baik pula.

Tetapi jika jiran baru anda tu memang jenis kera


sumbang, tidak suka bergaul dengan orang, sombong,
nak lihat senyum pun susah, buat hal sendiri, biasanya
pasti mereka tidak akan balas sapaan anda, malah
mungkin cuba mengelak.

Itu di dunia sebenar. Jadi, apa kaitannya dalam


Instagram?

YOU FOLLOW ME, I FOLLOW YOU

Keadaan sama dalam Instagram. Anda perlu ‘tegur


sapa’ dan ‘munculkan diri ’ anda dalam Instagram.
Bagaimana caranya? Adakah perlu SMS atau WhatsApp
atau Private Message setiap orang? Bukan. Sebab
takut-takut cara itu lebih kearah SPAM. Jadi cara
paling mudah dan pantas adalah FOLLOW sahaja
mereka.

Follow ini seolah-olah seperti add friend dalam


Facebook. Kita follow mereka untuk cuba berkawan
dengan mereka. Dan nanti pasti mereka akan lihat
siapa yang sedang follow tadi. Jika mereka berkenan

61
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

dengan apa yang kita tawarkan, dan tertarik dengan


tawaran serta mahu tahu apa yang kita sediakan dan
tawarakan, pasti mereka akan follow kita semula.

Sebab tu pada awal-awal tadi, kita perlu bina


akaun yang benar-benar berpengaruh supaya
membuatkan orang yang masuk dan lihat akaun
Instagram kita lebih tertarik dan mahu tahu dengan
lebih lanjut apa yang kita tawarkan.

Secara tidak langsung, dengan konsep ini, tidak


wujud istilah curi pelanggan aatau curi follower. Kita
sekadar cuba untuk berkawan dengan mereka, dan
jika mereka suka dan mahu berkawan dengan kita,
pasti sapaan kita tadi berbalas. Jadi, sebenarnya
mereka dengan rela hati untuk follow kita, bukan
dipaksa atau tiba-tiba follow tanpa mereka sedari.

Apa yang boleh dikatakan sebagai curi pelanggan


adalah seperti, orang tu post iklan produk mereka,
kita pula sibuk-sibuk komen seperti “kalau nak murah
produk ni boleh wasap saya” atau “jom follow saya
untuk dapatkan dengan harga yang lebih rendah”

Atau ada juga sesetengah yang terus SMS /


WhatsApp orang-orang yang komen dalam post
berkenaan. Cara ini barulah boleh dikatakan tidak
beretika dan curi pelanggan.

62
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

TEKNIK COPY FOLLOWER

Okay, jadi berbalik pada topik asal kita, bagaimana


nak copy follower?

Teknik copy follower yang pertama ini adalah


sangat mudah. Caranya adalah dengan cara anda
cuma perlu perlu pergi kemana-mana akaun Instagram
yang sama bidang atau produk dengan anda, seperti
contoh anda jual produk krim kurus, boleh cari akaun-
akaun yang jual produk kuruskan banda yang lain.

Selain daripada itu, anda juga boleh pergi ke


mana-mana akaun yang ada kaitan rapat dengan
produk jualan ada, contoh anda jual tudung, boleh
pergi ke akaun-akaun yang jual jubah, atau baju
kurung.

Apa yang anda perlu buat adalah, lihat siapa


follower mereka, dan mula follow setiap seorang
dari mereka. Berbalik pada konsep tegur menegur
tadi. Kita follow mereka dengan harapan mereka
akan nampak kewujudan akaun Instagram kita, dan
masuk serta tertarik dan terus berminat untuk follow
kita semula.

TETAPI AWAS!

Ada had atau limit untuk anda lakukan following


Ini.

63
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Instagram menghadkan kita untuk lakukan


following terlalu ramai dalam satu-satu tempoh
masa, jika kita dilihat terlalu agresif, Instagram akan
anggap yang akaun kita sama ada dikendalikan oleh
robot, atau mungkin kita dianggap sebagai akaun
spam, dan apa yang Instagram akan lakukan adalah,
sama ada dengan block sekejap akaun kita dari
lakukan sebarang aktiviti atau following, atau jika
lebih teruk pihak Instagram akan terus tutup akaun
kita. Jadi berjaga-jaga.

Saranan saya, lakukan 50 following dalam


tempoh 1 jam pun dah cukup. Ini bermakna setiap
1 jam Cuma perlu follow 50 orang. Biar lambat asal
selamat. Dan dalam tempoh satu hari tidak lebih dari
500 orang untuk kita lakukan following. Ini bermakna
anda perlukan 10 jam untuk lakukan semuanya, tapi
tidaklah bermakna 10 jam anda asyik mengadap
telefon bimbit kan, walaupun kadang-kadang ada
diantara anda yang tidak lekang dengan handphone,
sampai bangun tidur pun cek telefon dulu. Kan? Baik
Mengaku!

Masa yang diperlukan setiap satu jam untuk


lakukan following 50 orang ini tak lama, dalam masa
1 minit pun dah boleh lakukan semuanya, kerana
cuma perlu tekan butang follow sahaja.

64
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

Berdasarkan pengalaman saya, kadar ratio


untuk anda mendapatkan follow back atau follower
berdasarkan following anda tadi adalah 1:3. Iaitu,
dalam 300 orang yang anda follow, 100 orang akan
follow anda semula, tetapi ini bergantung pada
bagaimana menariknya profile akaun anda juga.

Tips Teknik Copy Follower – Akaun


1. Ada beberapa tips yang boleh diguna untuk
meningkatkan kadar targeted follower dengan
menggunakan teknik ini.

2. Lakukan following pada waktu-waktu yang


dirasakan kebanyakkan follower anda kerap
online atau lihat phone. Seperti contoh,
jangan lah lakukan following jam 3-4 pagi.
Ini kerana bertujuan untuk membolehkan
potensi orang yang anda follow tadi untuk
lihat akaun anda. Ye lah, jika anda follow
jam 3-4 pagi, mungkin dia sedang tidur, tak
tengok handphone ataupun mungkin juga
waktu itu tengah mamai sebab terkejut
dengar notification, jadi kadar untuk dia lihat
handphone adalah rendah, apatah lagi untuk
lihat siapa anda.

Jadi boleh lah lakukan following pada


waktu siang dan malam pada jam-jam yang
bersesuaian.

65
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

3. Follow orang yang benar-benar ada kaitan


dengan perniagaan anda. Seperti contoh, jika
anda menjual produk-produk muslimah, boleh
follow wanita-wanita yang bertudung (dengan
cara melihat pada picture akaun mereka).
Jangan salah faham, tidak bermakna mereka
yang tidak bertudung tidak berminat dengan
produk muslimah, dan tidak semua yang
bertudung akan berminat dengan produk
muslimah, tetapi adalah lebih baik kita
targetkan dengan lebih jelas dan dirasakan
berpotensi besar.

Kelebihan Teknik Copy Follower

Follower yang bakal anda dapat lebih targeted. Ini


kerana mereka sudah pun follow akaun-akaun yang
sama dengan produk yang anda tawarkan. Jadi besar
kemungkinan mereka minat dengan produk tersebut,
jadi jika mereka juga follow kita nanti, mungkin
mereka juga sudah mula berminat denngan apa yang
kita tawarkan.

Lebih cepat untuk tingkatkan follower


berdasarkan berapa tinggi kadar following anda
nanti. Walaupun bermain dengan konsep biar lambat
asal selamat demi menjaga had limit yang Instagram
tetapkan, tetapi, jika anda benar-benar konsisten,

66
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

tidak mustahil boleh dapat lebih dari 3 ribu follower


sebulan. ( saya anggarkan satu hari dapat 100 orang
follower ) Ada seorang dari pelajar saya yang berjaya
dapatkan 10 ribu followers dengan hanya gunakan
teknik seperti ini dalam tempoh kurang 3 bulan.

Kekurangan Teknik Copy Follower:

• Perlu lakukan secara manual dan konsisten.


Cara ini memerlukan tahap kerajinan yang
sedikit tinggi dan perlu dilakukan secara
berterusan. Walaupun nampak mudah
tetapi tak ramai yang boleh lakukan secara
konsisten, lagi-lagi mereka yang jarang buka
Instagram dan bukan jadikan Instagram
sebagai sebahagian dari platform utama
untuk buat jualan atau penyebaran jenama.

TEKNIK FOLLOW MINAT

Selain dari copy follower, ada juga satu cara yang


berkonsepkan sama iaitu dengan lakukan following
pada akaun orang lain tetapi cara ini lebih targeted
berbanding copy follower tadi. Yang mana teknik
seterusnya ini adalah kita follow orang berdasarkan
minat mereka terhadap produk yang sama. Jika
dalam teknik copy follower tadi, tidak semestinya
orang tersebut follower sesuatu IG kerana mereka

67
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

minat tentang produk tersebut, Mungkin terfollow


berdasarkan review dari artis-artis pujaan mereka,
barangkali. Tetapi kali ini, kita cuba tapis mereka
berdasarkan sama ada mereka minat atau tidak
dengan produk jualan tersebut.

Tetapi, bagaimana nak tahu apa minat mereka?


Terdapat 2 cara :

1. Minat berdasarkan Like

Pergi kemana-mana post produk yang


berkaitan atau sama dengan produk yang kita
tawarankan dengan cara boleh lakukan carikan
di bahagian search, Seperti contoh, anda
jual tudung bawal, Di bahagian carian, Cuma
taip #tudungbawal, atau tudungbawal, nanti
akan keluar hasil carian yang memaparkan
pengguna yang menggunakan #tudungbawal
yang kebiasaannya peniaga.

Pergi ke post tersebut dan lihat siapa yang


like post berkenaan. Kemudian, sama seperti
copy follower tadi, follow mereka-mereka
yang like post tersebut.

Biasanya orang yang berminat itu mungkin


lebih berpotensi sebagai targeted follower

68
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

kita seterusnya jadi pelanggan. Mereka dah


minat pada sesuatu produk tu.

2. Minat berdasarkan komen.

Yang ini lebih targeted dan betul-betul akan


dapat yang yang betul-betul minat, nak dan
bersedia untuk beli produk tersebut.

Caranya sama seperti diatas, dengan buat


carian post, dan cari mana-mana post yang
ada komen dari follower, contoh jika ada yang
tanya “ yg ni berapa sis?” “mana nak dapat?”
dan mana-mana komen yang berkaitan. Jika
ada komen-komen SPAM tu, abaikan.

Jadi, follow sahaja mereka yang komen


berminat dengan produk tersebut.

Dah tentu-tentu mereka sedang berminat


kan?

Sekali lagi persoalan?

Curi pelanggan kah?

Kita cuba berkawan, jika mereka suka nak


berkawan denngan kita, mereka akan follow.
Tidak ada sebarang paksaan untuk mereka
follow atau tidak.

69
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Kelebihan Teknik Follow Minat:

• Follower yang bakal kita dapat adalah lebih


targeted. Sebab memang yang betul-betul
berminat kita pilih. Kita dah tahu mereka
memang suka produk tersebut atau ada
masalah yang mereka alami dan perlukan
jalan penyelesaian. Jadi, potensi untuk
mereka follow dan menjadi pelanggan kita
adalah amat cerah.

• Boleh hasilkan jualan yang lebih cepat.

• Respon dari follower juga biasanya lebih


pantas dan cepat. Kerana sesetengah dari
mereka memang atau mungkin memang
tercari-cari produk yang mereka minat.
Jadi, kebarangkalian untuk followers kita
bertambah dengan lebih cepat adalah lebih
tinggi.

Kekurangan Teknik Follow Minat:

• Cara ini dilakukan secara manual, dan agak


makan masa dan tenaga yang lebih ini kerana
anda perlu cari satu persatu post yang
berkualiti dan mempunyai banyak likes dan
juga komen.

70
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

• Perlu dilakukan secara konsisten untuk dapat


hasil yang memberangsangkan.

• Kadang-kadang sukar untuk medapatkan post


yang berkualiti dari segi likes dan komen. Ini
kerana setiap carian biasanya akan hasilkan
ribuan malah ada yang lebih ratusan ribu post
pada objek atau subject yang sama.

Tips Teknik Follow Minat:

• Lakukan following pada waktu-waktu yang


bersesuaian. Sama seperti teknik copy
follower tadi

• Lakukan following pada mereka yang benar-


benar dilihat berpotensi sahaja, kerana
ada sesetengah terutama yang like pada
mana-mana post adalah mereka yang tidak
berkaitan. Boleh jadi mereka rakan-rakan
biasa peniaga tersebut, dan kadang-kadang
ada juga yang terdiri dikalangan akan mereka
yang menjual juga.

• Seeloknya cari pada post-post yang masih


baru dan mendapat jumlah komen dan like
dalam tempoh yang masih baru. Ini bagi
meningkatkan respon follower tersebut,
kerana boleh jadi pada waktu itu dia memang

71
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

sedang menggunakan Instagram atau sedang


bermain dengan telefon bimbit mereka. Jadi,
keluar notification dan mereka lebih cepat
alert atau perasan.

TEKNIK NAIKKAN FOLLOWER 4

STRATEGI LIKE DAN KOMEN

Seperti yang dah diterangkan dalam bab sebelum


ini, dalam media social, kalau nak orang perasan
kewujudkan kita, kita perlu sapa orang tu terlebih
dahulu. Jadi, selain daripada sapa dengan cara follow
mereka, cara seperti like dan komen post mereka
juga digalakkan bagi mewujudkan perasaan ingin
tahu dan meningkatkan engagement dengan bakal
pelanggan kita.

Kena faham satu perkara, kalau kita follow


seseorang dengan harapan orang tu akan follow kita
semula, tapi tak semestinya dia akan follow kita
semula, mungkin Cuma 1 per 3 sahaja yang akan
follow semula.

Jadi, dengan strategi like dan komen ini, sekurang-


kurangya dapat membantu untuk tingkatkan perasaan
ingin tahu mereka seterusnya follow kita jika semakin
berkenan dengan apa yang kita tawarkan.

72
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

Sebabnya begini, kita follow orang, tapi belum


tentu lagi orang tu perasan yg kita follow mereka,
mungkin dalam masa sama ada ramai lagi yang follow
mereka, jadi, untuk membuatkan kita lebih kedepan
atau dalam erti kata lain lebih menyerlah, kita cuma
perlu komen dan like gambar-gambar yang mereka
post.

Untuk like amat mudah, tekan je butang like.


Tetapi untuk komen… nak komen apa? Mungkin itu
yang bermain dalam fikiran anda yang membaca
kan?

Okay, sebenarnya nak komen pun mudah, asalkan


komen-komen tersebut ada kaitan dengan apa yang
mereka post. Tak perlu lah komen promosi-promosi
produk, suruh follow ig kita, atau dengan erti kata
lain, jangan cerita langsung tentang bisnes kita.
Jangan! Sebab nanti orang menyampah, mereka
labelkan kita sebagai spam, dan silap hari bulan IG
kita pun mereka block. Dah hilang satu pelanggan
berpotensi.

Jadi, komen lah perkara-perkara berkaitan


sahaja, seperti contoh, jika orang tu tunjuk gambar
tudung baru, komen je lah “cantik tudung”. Cukup.
Tujuan utama kita adalah untuk meyerlah.Supaya
mereka nampak kita, bukan untuk terus promosi
barang semata-mata.

73
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Kelebihan Strategi Like dan Komen:

• Membuatkan pelanggan rasa lebih rapat


dengan kita. Secara tak langsung mewujudkan
kepercayaan dan meningkatkan engagement
antara kita dengan pelanggan.

• Pelanggan lebih hargai kita, sebab sudi


komen gambar kita, dan wujud hubungan dua
hala antara anda dan pelanggan. Ada masa,
pelanggan pun rasa lebih gembira apabila
anda sudi komen dan likes gambar mereka.
Lagi-lagi jika anda adalah kedai, jenama atau
ikon yang mereka minati.

Kekurangan strategi Like dan Komen:

• Jika salah percaturan, orang akan anggap kita


sebagai SPAM. Jadi, silalah komen perkara-
perkara berkaitan sahaja.

• Untuk like mudah, tetapi untuk komen,


perlukan sedikit masa untuk benar-benar
faham dan tahu apa yang perlu dikomen,
sebab setiap gambar yang mereka post pasti
ada maksud tersendiri. Jadi, baca dan lihat
gambar dengan teliti.

74
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

Tips Strategi Likes dan Komen:

• Baca dan fahami setiap gambar dengan teliti.


Jangan sampai orang tu post gambar tengah
berkabung sebab kematian bonda tercinta,
pergi komen cantik tudung pula. Nampak
macam tak kena kan dengan gambar, mood
dan situasi

• Like dan komen di gambar-gambar baru


sahaja, ini kerana membuatkan bakal
pelanggan tersebut rasa yang anda sentiasa
ambil tahu perkembangan diri mereka, bukan
seorang stalker yang korek gambar-gambar
dan post lama.

• Jika komen, seeloknya mention nama


mereka supaya mereka lebih perasan dengan
kewujudan komen dari anda. Contoh “ cantik
tudung ni @emmamaembong , beli mana?”

TEKNIK NAIKKAN FOLLOWER 5

STRATEGI SWAP DUAL-ACCOUNT

Sebelum ini saya ada bercerita tentang teknik SWAP


kan? Dalam teknik swap review, Yang mana kita
bertukar-tukar cerita dengan peniaga lain.

75
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Tapi bagaimana jika tak ada orang yang sudi nak


swap percuma dengan kita? Atau bagaimana jika
anda nak dapatkan satu akaun yang benar-benar
berkualiti?

Antara cara yang paling mudah, adalah dengan


cara swap dengan akaun sendiri.

Tapi, akaun yang macam mana?

Sebelum anda nak lakukan strategi ini, anda perlu


bina satu akaun intagram khas yang akan digunakan
untuk review akaun ig bisnes anda nanti Tetapi akaun
ini sebolehnya langsung tidak ada kaitan dengan
bisnes, dan orang masuk pun memang tak nampak
yang anda berniaga.

Mudah kata jadikan ini IBU AKAUN.

Jadi, akaun macam mana yang yang patut anda


bina?

Bina satu akaun yang mengandungi tips-tips


berkaitan dengan bisnes anda. Seperti contoh, anda
buat bisnes tudung, wujudkan satu akaun yang khas
mengandungi tutorial atau cara-cara lilit dan pakai
tudung. Anda jual produk kuruskan badan, bina satu
akaun khas yang ada tips-tips untuk kurus.

76
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

Orang lebih suka follow akaun-akaun begini


supaya mereka dapat dapat tips-tips harian yang
berguna. Dan ada masa mereka suka untuk share
atau repost apa yang bakal anda post dalam akaun
ini.

Jadi, akaun-akaun sebegini lebih mudah untuk


tarik dan dapatkan follower secara viral dan banyak.
Bila dan ramai follower, nah… sekarang… inilah
senjata anda!

Lakukan review untuk akaun intagram bisnes


anda, yang pastinya anda dah tahu followers tersebut
memang datang dari peminat pada apa yang berkaitan
dengan bisnes anda. Contoh seperti tadi, anda jual
tudung, yang review adalah dari akaun tips pakai
tudung, jadi, besar kemungkinan yang bakal follow
anda nanti adalah orang yang memang bertudung,
minat pada tudung dan selalu mencari tudung-tudung
terkini mengikut trend semasa.

Logik kan?

Kelebihan Strategi Swap Dual Account:

• Percuma! Anda tak perlu bayar orang lain


untuk review akaun anda sendiri. Tambahan
pula ada sendiri yang kawal dan uruskan
akaun tersebut, jadi berlaku kebebasan untuk

77
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

anda untuk lakukan swap pada waktu bila dan


untuk produk apa.

• Follower lebih targeted berdasarkan minat


follower. Ini kerana IBU AKAUN tadi (
akaun berbentuk tips ) tersebut telah pun
dikhususkan untuk satu niche atau satu
sasaran sahaja. Contoh khas untuk penggemar
tudung, atau khas untuk mereka yang nak
kurus. Jadi, followers bagi akaun tersebut
biasanya adalah mereka yang lebih tertumpu
pada apa yang telah kita khususkan.

Kekurangan Strategi Swap Dual Account:

• Kena bersabar. Perlu ambil masa yang sedikit


lama untuk benar-benar kumpul sebanyak
mana followers bagi akaun kedua tersebut.
Lagi banyak lagi bagus.

• Kena konsisten untuk jaga dua-dua akaun.


Dua-dua akaun perlu sentiasa diupdate
terutama akaun ibu tadi untuk memastikan
sentiasa ada engagement ataupun interaksi
dengan followers. Dan supaya followers tak
jemu dengan akaun kita yang bersawang dan
berhabuk jika tidak diupdate selalu.

78
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

Tips Strategi Swap Dual Account:

• Kumpul sebanyak mungkin dahulu, seboleh-


bolehnya selepas mencecah puluhan ribu
followers, baru buat review untuk akaun
utama tadi, lagi ramai followers lagi bagus.

• Jangan lakukan review terlalu kerap, cukuplah


cuma sebulan sekali, ini bagi memastikan
followers tidak rasa bosan dan rasa tidak
selesa dengan post-post yang berkaitan
menjual. Kerana tujuan utama mereka masuk
atau follow akaun ini tadi adalah untuk
dapatkan tips-tips atau sebarang panduan
secara harian, bukan untuk melihat promosi-
promosi yang terlalu kerap.

• Pastikan anda kerap update info-info di dalam


akaun Instagram ini, ini bagi memastikan
followers sentiasa tertunggu-tunggu tips-tips
atau apa-apa info dari anda, dan mereka suka
untuk masuk ke dalam akaun anda. Ini salah
satu cara untuk tingkatkan engagement dan
reach setiap post anda.

79
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

TEKNIK NAIKKAN FOLLOWER 6

Teknik Connect Ke Akaun Facebook

Untuk pengetahuan anda, Instagram telah pun dibeli


oleh Facebook dan sekarang mereka beroperasi di
bawah satu bumbung yang sama. Jadi, secara tidak
langsung sebenarnya terdapat satu kelebihan dimana
anda boleh gunakan sumber trafik dan database
Facebook untuk mendapatkan targeted follower bagi
akaun Instagram anda.

Ini kerana, dalam Facebook, maklumat pengguna


adalah lebih lengkap seperti jantina, lokasi, umur
dan lain-lain lagi, berbanding didalam Instagram
anda sukar untuk tentukan follower anda sama ada
mereka berjantina apa dan tinggal dimana, hanya
boleh lihat berdasarkan profile mereka sahaja, itu
pun jika mereka ada tulis.

Jadi, dalam teknik ini, anda boleh dapatkan


followers yang lebih targeted berdasarkan siapa
mereka dan apa yang mereka benar-benar minat.
Bagaimana? Caranya mudah, anda cuma perlu
hubungkan Facebook anda dengan akaun Instagram
anda, biarkan semua rakan-rakan anda di Facebook
yang ada akaun Instagram follow anda.

“Tapi…. Akaun Facebook saya, kawan-kawan


semua kawan-kawan sekolah, sedara mara, tak kan

80
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

itu adalah targeted follower saya? Saya berniaga


pun diorang buat tak tahu”

Mungkin ini jadi persoalan dan kemusykilan buat


anda kan? Tadi saya kata hubungkan semua rakan-
rakan anda dalam Facebook, lepas tu rasanya rakan-
rakan dalam Facebook bukanlah target market yang
sesuai.

Okay, sebenarnya mudah.

Anda cuma perlu buat SATU AKAUN BARU KHAS


untuk kumpul rakan-rakan yang punya minat dengan
produk atau niche produk jualan anda.

Contoh, jika anda jual produk kurus, anda perlu


add rakan-rakan yang nak kurus jadi rakan anda di
Facebook atau minta mereka yang add anda.

Tapi, bagaimana nak pastikan mereka ada akaun


Instagram?

Okay, tak dapat dinafikan, tak semua orang


yang ada Facebook ada Instagram, tetapi terdapat
beberapa cara untuk ada tapis kebarangkalian
mereka yang ada akaun Instagram.

81
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

1. Carian Check In

Lakukan carian berdasarakan tempat mereka


selalu check in. Cara ini sedikit teknikal tetapi
antara yang berkesan.

Secara logiknya mereka yang ada smart phone,


dan selalu atau pernah check in di sesuatu
tempat adalah mereka yang benar-benar
wujud dan minat dengan sesuatu interest
tersebut.

Contoh, orang yang pernah check in di butik


tudung, pasti mereka adalah penggemar
tudung dan mereka pergi ke sana untuk beli
tudung (selain temankan isteri beli tudung )

Atau orang yang pernah check in di hospital


bersalin, pasti mereka adalah ibu bapa yang
sambut kelahiran bayi, atau mereka yang
melawat orang yang baru bersalin.

Jadi, dari sini, anda boleh tapis lagi


berdasarkan profile mereka sama ada dari
segi jantina dan anggaran umur mereka.

Lepas dah tapis, add lah mereka jadi rakan


anda.

82
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

Cara untuk lakukan carian siapa yang pernah


check in menggunakan telefon bimbit di
sesuatu lokasi:

2. Survey di group-group percuma.

Cara ini lebih mudah, anda cuma perlu


lakukan sedikit survey di mana-mana group
yang aktif, dan siapa yang beri respon add
sahaja mereka sebagai rakan.

Tetapi survey bukanlah berkaitan menjual


produk, cuma lakukan berdasarakan untuk
tahu minat seseorang tersebut dan perlu
ada persoalan sama ada mereka ada akaun
Instagram atau tidak.

Seperti contoh

“siapa sini yang nak tahu cara kuruskan

83
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

banda dalam masa seminggu dan ada akaun


Instagram? Komen saya nak”

“Ada tak rakan-rakan sini yang cari tudung


bawal yang warnanya boleh matching dengan
semua baju dan ada akaun Instagram, komen
saya nak”

Mudahkan?

Post sahaja di group-group yang aktif. Siapa


beri respon, add mereka sebagai rakan baru
anda.

TINDAKAN SETERUSNYA:

Selepas rakan anda di akaun baru tadi dah ramai,


jika ada 5000 lagi bagus, pergi ke setting akaun
Instagram anda dan sambungkan ke akaun Facebook
baru tersebut, kemudian cari rakan Facebook (Find
Facebook Friends) dan cuma perlu tekan butang
follow all.

84
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers

Walaupun mungkin tidak semua rakan baru


anda ada akaun Instagram, tetapi biasanya hampir
separuh pasti ada dan ini dapat membantu anda
mendapatkan targeted follower yang betul-betul
kena dengan target anda.

Kelebihan Teknik Connect Facebook:

• Lebih targeted, kerana anda benar-benar tapis


dari awal lagi, dan kebarangkalian mereka
untuk buat belian adalah lebih tinggi.

• Serampang 2 hala. Dalam Instagram pun anda


kumpul follower, dalam Facebook pun mereka
jadi rakan anda anda. Jadi, jika mereka tak
lihat post anda di Instagram, mungkin mereka
akan lihat di Facebook.

Kekurangan teknik Connect Facebook:

• Lambat, perlukan tahap kesabaran yang


tinggi. Nak kumpul rakan sampai 5000 bukan
ambil masa sehari dua

• Perlu konsisten. Tak boleh hari ni buat, esok


tinggal, lusa terus lupa. Kena buat sentiasa.
Macam bola salji. Dari sikit lama-lama jadi
besar.

85
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Tips Teknik Connect Facebook

• Add rakan dalam 20-30 orang saja sehari


untuk permulaan, dan maksimum pun dalam
50 orang sehari, itu pun jangan buat pada
waktu yang sama. Selang-selangkan dalam
sejam 5-10 orang. Ini bagi mengelakkan
akaun Facebook anda Di sekat oleh pihak
Facebook.

• Selepas ada beberapa orang rakan, anggaran


dalam 20-30 orang, utamakan add rakan-
rakan yang ada mutual friend terlebih dahulu.
Bisanya denga cara ini juga mengurangkan
risiko akaun Facebook anda disekat oleh
Facebook.

• Lakukan follow all (di Instagram) dalam


sebulan sekali dan pada waktu yang dijangka
ramai orang sedang online. Jangan buat jam
2-3 pagi. Kurang respon nanti.

86
Unfollowing

D
alam bab sebelum ini, saya banyak bercerita
konsep follow, nak dapatkan followers cepat,
kena follow orang lain terlebih dahulu, awak follow
saya, saya follow awak.

Tapi, sebenarnya, Instagram telah tetapkan satu


limit dimana ada had tertentu untuk anda boleh
lakukan following. Anda tidak boleh follow orang
sesuka hati dan seramai mungkin. Buat masa ini,
Instagram cuma tetapkan had seramai maksima 7500
orang sahaja yang dibenarkan untuk anda follow.

Jadi secara tak langsung, jika anda dah capai


had maksima yang dah ditetapkan, apa yang akan
terjadi, anda dah tak boleh nak lakukan following
lagi, dan bila dah tak boleh, beberapa teknik yang
ditunjukkan yang memerlukan anda perlu follow orang
lain terlebih dahulu untuk mendapatkan following
back tidak dapat diaplikasikan. Senang kata.. dah
tak boleh nak follow orang. Dah over limit.
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Terdapat 2 situasi dimana following anda sudah


mencapai limit yang ditetapkan.

1. Angka following sudah mencecah 7500


orang.

Had maksima yang ditetapkan adalah 7500


orang sahaja.

2. Angka following baru mencecah beberapa


angka seperti contoh 6500 orang tetapi dah
tak dapat lakukan following.

Bila anda cuba lakukan following, Instagram


akan automatic tolak / reject cubaan following
anda tadi.

Kenapa jadi macam ni? Sedangkan tadi lihat


angka following baru 6500 je?

Ini terjadi kerana sebenarnya terdapat 1000


orang lagi yang privatekan akaun mereka
dan anda follow tetapi mereka masih belum
accept atau approve following request anda.

Jadi, jumlah keseluruhan masih sama. 6500


orang dah anda follow secara rasmi, tetapi
ada 1000 orang yang anda dah request untuk
follow tetapi mereka belum terima.

Jadi, apa nak kena buat? Nak follow orang ramai


lagi ni.

88
Bahagian 5: Unfollowing

LAKUKAN UNFOLLOWING
Anda perlu lakukan unfollowing, dalam erti kata
lain kurangkan jumlah following anda, dengan cara
unfollow mereka semula. Tapi siapa yang kita nak
kena unfollow?

Seeloknya unfollow mereka yang dah lama kita


lakukan following. Jadi perlu cari dari yang terawal,
yang terbawah.

Sama seperti follow, ada limit atau had tertentu


yang boleh dilakukan dalam tempoh masa tertentu.
Ini bertujuan supaya akaun Instagram anda tidak
akan disekat atau diblok.

Jadi, saranan saya dalam tempoh sejam cuma


lakukan unfollowing seramai 50 orang sahaja. Biar
lambat asal selamat. Maka anda boleh selang-
selangkan dengan following yang anda dah lakukan
sebelum ini.

Contoh dalam sejam follow 50 orang baru, dan


unfollow 50 orang yang dah lama. Kemudian tunggu
pusingan seterusnya di jam berikutnya. Jadi,ianya
nampak lebih tersusun dan seimbang.

Mudah kan? Ya sangat mudah, sebab Instagram


ini tidaklah terlalu complicated atau terlalu banyak
perkara teknikal. Janji ada tahu asas-asas dan trik-
trik seperti ini dahulu.

89
Posting

S
ekarang kita masuk tentang, apa yang nak di post
di Instagram? Adakah promosi produk semata-
mata? Asyik-asyik gambar produk sahaja. Sesetengah
follower pun ada yang naik jemu. Terlalu asyik nak
menjual.

Kena faham satu perkara yang di namakan


hard sell. Zaman sekarang, orang sudah mula rimas
dengan hard sell yang terlalu tinggi dan kerap. Anda
cuba bayangkan anda masuk ke satu butik baju, dan
ada promoter atau sales person yang akan ikut anda
kemana-mana dan asyik bercerita baju itu cantik, ini
cantik, dan pujuk anda untuk beli.

Rimas tak? Atau apa anda rasa?

Sama juga dalam media social, jika asyik nampak


menjual je, asyik minta pelanggan untuk beli sahaja,
jadi tak mustahil ada pelanggan yang boleh lari atau
buat tak endah dan hirau sahaja dengan apa yang
anda post.
Bahagian 6: Posting

Jadi, nak post apa?

Sebelum anda tahu nak post apa, anda perlu


faham dahulu satu konsep dalam Instagram. Apa
yang membezakan antara Instagram dengan media
social yang lain seperti Facebook? Satu perkara yang
membezakan dan ini merupakan keunikan Instagram
adalah...

BIAR GAMBAR BERBICARA.


Instagram lebih menonjol dari segi penggunaan
gambar berbanding media social yang lain. Orang
masuk Instagram untuk cuci mata lihat gambar-
gambar, dan mereka gemar upload gambar-gambar
(bukan sekadar gemar, memang wajib kalau nak
upload post kena ada gambar).

Jadi, salah satu kunci utama untuk anda berjaya


hasilkan tarikan dalam Instagram adalah dengan
gambar-gambar yang anda bakal upload nanti. Jadi,
jangan upload sebarangan dan tonjolkan keunikan
anda melalui gambar.

Tips Gambar Menarik Di Instagram:

Ramai yang ambil mudah dan sambil lewa sahaja


dalam kaedah upload gambar di Instagram. Asalkan
ada gambar cukup. Tapi sebenarnya, gambar yang
ada daya tarikan, menarik, dan menyerlah mampu

91
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

untuk meningkatkan jumlah follower seterusnya


meningkatkan kepercayaan serta jualan produk anda
dalam Instagram.

Ini kerana mereka akan lihat pada gambar


terlebih dahulu, dan jika anda gagal memaparkan
gambar yang menarik, bukan sahaja mereka tidak
tertarik, silap hari bulan, untuk lihat apa yang anda
tawarkan pun tidak.

Ingat. Anda Cuma perlu ada 3 saat untuk menarik


perhatian pelanggan! Jadi, tonjolkan gambar yang
benar-benar berkualiti.

Cara paling mudah, cuba anda sendiri letakkan


diri anda sendiri sebagai pembeli? Gambar macam
mana yang anda lebih tertarik untuk lihat lebih
lama dan untuk tahu lebih lanjut apa yang penjual
tawarkan?

1. Pastikan gambar JELAS dan MENARIK

Gambar yang di upload tidak pecah atau


blur. Pencahayaan terang supaya pelanggan
jelas lihat produk apa yang anda jual. Salah
satu tips yang anda boleh gunakan adalah,
gunakan camera yang berkualiti tinggi, zaman
sekarang ni telefon bimbit yang mempunyai

92
Bahagian 6: Posting

camera 13mp pun banyak di pasaran dengan


harga yang rendah.

Selain dari itu, gunakan aplikasi asal kamera


didalam smart phone anda, bukan tangkap
gambar terus dari aplikasi Instagram. Ini
kerana biasanya kualiti gambar menggunakan
aplikasi asal kamera smart phone lebih jelas,
berkualiti dan anda boleh adjust atau ubah
dari segi setting termasuk pencahayaan.

93
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

2. Latar belakang gambar BERSIH dan TDAK


SERABUT

Bersih bukan bermaksud tidak boleh ada


sebarang latar belakang, ingat dalam
Instagram kita bukan sekadar untuk menjual
semata-mata, jadi, jika gambar anda
kebanyakkannya berlatar belakang putih
sahaja, dah nampak seperti buku katalog pula
kan? Orang masuk Intagram bukan nak tengok
buku katalog. Dan ingat semula seperti yang
dinyatakan dalam bab awal. Ramai orang lari
dari Facebook dan beralih arah ke Instagram
sebab nak lari dari iklan.

Jadi, anda boleh gunakan gambar yang


berlatar belakang menarik, tetapi bersih dan
tidak serabut dan menenggelamkan objek
produk utama.

Contoh, kalau jual baju bercorak-corak


bunga, tak perlulah letak latar belakang pun
berbunga-bunga juga.

Atau tidak serabut sehingga subjek dan objek


utama tenggelam. Orang tak tahu apa yang
anda nak tonjolkan. Terlalu letak banyak
sangat perhiasan. Kreatif konon.

94
Bahagian 6: Posting

3. Ada makna di setiap gambar

Bukan sahaja asyik post gambar produk


semata-mata, tetapi ada masa biarkan
gambar tersebut ada makna-makna tertentu
yang berkait dengan produk yang anda sedang
jual, tak nampak kosong.

Seperti contoh, jika anda jual tudung, anda


boleh upload tudung yang anda jual dipakai
oleh pelanggan semasa pergi ke sesuatu
majlis.

Dengan cara ini lebih meningkatkan keyakinan


pelanggan dengan produk anda hanya dari
gambar sahaja. Selain dari itu, ada sesetengah
follower suka dengan gambar-gambar begini
dan mereka lebih ternanti-nantikan gambar-
gambr terbaru dari anda.

Sebab itu kita utamakan konsep biar gambar


berbicara, setiap gambar tu ada cerita
tertentu.

95
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

4. Letakkan watermark di setiap gambar.

Pernah tak anda dah edit atau tangkap


gambar cantik-cantik, dah upload, tengok-
tengok esok lusa, ada orang lain guna gambar
sama untuk promosi kedai mereka pula?

Apa yang anda rasa?

Mesti anda tak suka kan kalau ini berlaku,


jadi lebih elok anda letakkan watermark

96
Bahagian 6: Posting

atau tanda yang manunjukkan gabar tersebut


adalah original dari anda.

Antara watermark atau tanda yang anda


boleh letakkan seperti:

a) No telefon

b) Alamat website ( jika ada )

c) Logo rasmi kedai / perniagaan

Tak semestinya perlu letak tiga-tiga. Salah


satu darinya pun tak apa. Paling mudah,
letakkan no telefon untuk mudah pelanggan
hubungi anda jika berkaitan dengan produk.

Jika gambar tidak menjual, letak sahaja logo


rasmi anda. Mudahkan?

97
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Sekarang anda dah ada idea sedikit kan bagaimana


nak tangkap gambar dan gambar-gambar bagaimana
yang mampu menarik minat follower seterusnya
mempengaruhi mereka untuk lakukan pembelian?

Tapi, muncul semula soalan awal tadi...


NAK POST APA??

98
Bahagian 6: Posting

IDEA-IDEA POST
Dalam Instagram, anda perlu post gambar dengan
konsisten, ini bagi meningkatkan engagement dan
juga mudah untuk mempengaruhi followers anda.
Tetapi, kadang-kadang mesti ada buntu apa yang
patut anda post kan?

Nak post gambar produk sahaja tiap hari takut


followers jemu. Ini bukan buku katalog.

Berikut beberapa idea yang mungkin anda boleh


guna pakai untuk dapatkan ilham, apa yang anda nak
post dalam Instagram nanti.

1. Post tentang produk

Yang ni biasa orang buat. Post gambar produk.


Nak jual tudung, post lah gambar-gambar
tudung yang anda jual. Baru lah pelanggan
tahu apa produk anda jual. Dan post ini
bergantung pada kreativiti anda supaya tidak
nampak terlalu kosong atau membosankan.

99
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

2. Post video

Selain gambar, Instagram juga membenarkan


anda post video pendek selama 3 - 15 saat,
jadi anda boleh juga post video-video ringkas
seperti cara pakai produk anda, testimoni
pengguna, atau apa sahaja yang berkaitan
dengan dengan produk yang anda jual.

100
Bahagian 6: Posting

3. Post Promosi

Berlainan dengan post gambar produk yang


biasa dilakukan, promosi-promosi tertentu
boleh dilakukan tetapi tidak terlalu kerap,
contoh sebulan sekali, atau terhad untuk
beberapa pelanggan pertama sahaja.

Tak perlulah letak hari-hari ada promosi.

Kenapa?

Nanti pelanggan dah jemu lihat hari-hari


sama je ada promosi, dan mereka pun buat
tak kisah dah jika tak beli hari ni, esok mesti
ada promosi lagi. Kepercayaan mereka juga
akan semakin berkurangan.

Tapi jika buat promosi dalam tempoh-tempoh


tertentu, pasti ada dikalangan followers yang
bakal ternanti-nantikan post promosi anda
disetiap hujung bulan.

101
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

4. Post gambar barang tengah packing.

Dengan cara ini pun sedikit sebanyak dapat


meningkatkan kepercayaan pelanggan.
Pelanggan nampak jalan kerja anda, dan anda
memang wujud. Selain dari tu, jika barang-
barang anda mudah pecah atau kemek,
dengan cara tunjukkan gambar anda pack

102
Bahagian 6: Posting

barang pelanggan dengan kemas dan teliti


membuatkan mereka tidak risau dan takut
untuk membeli dengan anda.

5. Post gambar pelanggan dengan produk.

Yang ini pun bagi meningkatkan kepercayaan


pelanggan. Jika pelanggan dah terima barang
anda, minta mereka tangkap gambar dengan
produk anda, jika pelanggan ambil secara
sendiri ( Cash ON Delivery ) ambil gambar
mereka.

Tulis sahaja caption yang berkaitan seperti


contoh.

“Alhamdulillah, brg dah selamat sampai ke


tangan customer, happy cik hakak ni.”

6. Testimoni.

Yang ini penting, proses pembelian sekarang


amat jauh berbeza dengan cara tradisional
dahulu. Pelanggan sebolehnya nak lihat orang
lain guna dan berjaya baru mereka berani
mencuba.

Jadi, minta testimoni dari pelanggan dan post


apa yang mereka kata tentang produk atau
servis anda.

103
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Testimoni boleh jadi dalam bentuk gambar


kesan mereka gunakan produk atau
pun screenshot perbualan anda dengan
pelanggan.

Dengan cara ini juga, followers anda akan jadi


lebih yakin dengan apa yang anda tawarkan
seterusnya keinginan mereka untuk membeli
juga bertambah.

104
Bahagian 6: Posting

7. Gambar kedai.

Jika anda ada premis atau kedai, boleh post


gambar kedai anda, ini menunjukkan ada
benar-benar wujud, dan bagi pelanggan yang
masih was-was untuk membeli secara online,
secara tidak langsung, kepercayaan mereka
boleh bertambah jika lihat anda juga ada
kedai fizikal. Jadi kalau tipu, tahu nak cari
dimana.

8. Tips-tips berkaitan.

Ini bertujuan untuk tingkatkan engagement


dengan followers, dan buat followers tak jemu
anda asyik bercerita tetang produk sahaja.

Jadi boleh selit-selitkan sedikit tips atau


panduan berkaitan apa yang anda tawarkan.

Contoh tutorial atau cara-cara pakai tudung,


amalan untuk kurus dalam masa 7 hari dan
lain-lain yang berkaitan.

105
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

9. Post pertanyaan

Wujudkan hubungan interaksi 2 hala dengan


pelanggan. Ini membuatkan mereka suka
dengan kita kerana kita seperti hargai mereka
dan ajak mereka bersembang. Dan mereka

106
Bahagian 6: Posting

suka untuk komen bagi membalas pertanyaan


dari anda.

Nak tanya apa?

Anda boleh tanya apa sahaja asalkan


berkaitan.

Contoh anda jual kasut, boleh post sekadar


suka suka seperti

“Ada tak sini yang koleksi kasutnya lebih


daripada 6 pasang?”

Jika ada yang kena dengan situasi mereka,


mereka mesti suka untuk komen. Sebab ianya
berkait rapat dengan diri mereka.

Silap-silap dia mention atau tag rakan dia


yang lain pula.

107
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

10. Repost

Repost atau post semula apa yang orang


lain post. Terdapat beberapa aplikasi yang
membolehkan anda untuk repost post orang
lain dan dalam masa sama akan beri kredit
nama pada mereka.

Antara post yang anda boleh repost adalah


testimoni dari pelanggan sendiri, atau apa

108
Bahagian 6: Posting

sahaja perkara-perkata terutama positif yang


pelanggan kata tentang kita dalam Instagram
mereka.

Ini bakal membuatkan orang lebih yakin


dengan apa yang anda tawarkan kerana
mereka lihat post yang datang dari orang lain
juga berkenaan produk atau tawaran anda.

11. Contest / Game

Adakala untuk lebih mewujudkan suasana


interaktiif dan hubungan dua hala dengan
followers, anda boleh buat apa-apa
pertandingan atau game ringkas.

Secara tidak langsung ini juga dapat


membantu untuk meningkatkan followers.

Dan followers sedia ada pun tak jemu dengan


posting-posting menjual anda.

Ingat, media social adalah tempat mereka


berseronok, jadi, hargai mereka, hiburkan
mereka supaya mereka suka dan seronok
untuk ‘lepak’ di kedai IG kita.

Ini adalah sebahagian dari idea-idea apa


yang anda boleh post supaya kedai IG anda

109
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

tidak terlalu membosankan dan nampak lebih


menarik.

COPYWRITING
Dah dapat idea nak post gambar-gambar macam
mana? Sekarang, langkah seterusnya, dah ada
gambar, nak tulis apa ye?

Okay, jika di awal penggunaan Instagram, viewer


atau follower dapat melihat sehingga 7 baris setiap
ayat yang kita post beserta gambar tadi, tetapi
semakin lama ianya semakin berkurangan sehingga
tinggal 3 baris sahaja

Jadi, gunakan 3 baris ini dengan semaksimum


mungkin untuk terangkan dengan jelas apa yang anda
cuba gambarkan.

Walaupun tidak terhad pada 3 baris, dan anda


boleh tulis dengan lebih panjang, tetapi tak semua
orang rajin nak buka dan baca apa yang kita tulis.
Jadi, ayat permulaan atau dalam istilahnya Headline
anda mesti betul-betul membuatkan followers
tertarik dengan apa yang anda nak sampaikan dan
berhenti untuk lihat lebih lanjut.

Tetapi jika gambar anda secara terang-terangan


menjual produk, tidak salah untuk terus bercerita

110
Bahagian 6: Posting

tentang maklumat produk, seperti kegunaan, harga,


ciri-ciri produk tersebut. Ini kerana biasanya follower
apabila lihat gambar sesuatu produk mereka sudah
tahu ianya adalah untuk dijual, jadi, selebihnya
mereka cuma mahu tahu dengan lebih lanjut
berkenaan produk itu sahaja, jadi, terangkan sahaja
ciri-ciri produk.

Dalam Instagram, tidak perlu ayat yang terlalu


berbunga-bunga, kerana umumnya pengguna
Instagram lebih tertarik pada gambar dahulu. Jadi,
ayat jualan didalam Instagram boleh digunakan
sebagai penguat atau sokongan pada gambar yang
anda post.

Cuma terdapat beberapa elemen penting yang


perlu ada dalam post anda.

1. Maklumat yang jelas (perincian produk)

2. Call to action (bagaimana pelanggan nak


hubungi anda jika berminat, seperti contoh
nombor telefon)

3. Penggunaan Hashtag (#tags). Ini akan


dibincangkan dalam satu bab khas.

Jadi, secara kesimpulannya, anda tak perlu risau


jika anda bukan seorang yang mahir dalam membuat

111
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

ayat jualan, kerana secara umumnya, follower yang


bakal follower anda sememangnya tahu yang anda
menjual, dan mereka tahu mereka dah follow akaun
yang menjual, bukan datang iklan dengan tiba-tiba.
Cuma yang penting, tekankan dari segi penggunaaan
gambar yang menarik supaya lebih menarik minat
mereka.

Ala, macam buku menu dekat restoran. Pelanggan


dah tahu datang memang untuk beli makanan, nak
makan. Buka menu, lihat jika ada satu gambar yang
berjaya membuatkan mereka terliur, mereka akan
terus order tanpa banyak tanya. Tak ada letak pun
bahan-bahan apa yang digunakan, dimasak cara
bagaimana, berapa isi kandungan setiap bahan dan
cara makan.

Dalam Instagram pun SAMA! Tekankan dan


tumpukan pada pengunaan gambar lebih utama.

GEO LOCATION
Tahu tak dalam Instagram anda juga boleh check in
atau letakkan geolocation dimana anda post atau
lokasi mana yang anda mahu isikan.

Penting ke geo location ni?

112
Bahagian 6: Posting

Walaupun nampak fungsinya kecil, tetapi


ianya memberi impak besar terutama mereka yang
mempunyai kedai secara offline atau mudah untuk
berjumpa pelanggan secara offline. Ada pelanggan
nak COD (Cash On Delivery) ke atau ada pelanggan
nak lihat barang ke.

Seperti contoh, anda buka booth jualan di dalam


UiTM Shah Alam untuk sesetengah karnival kolej,
mungkin pelajar kolej lain tidak tahu, tetapi ada
sesetengah mereka yang suka buat carian dalam
Instagram dengan carian UiTM Shah Alam, mungkin
tujuan asalnya sekadar nak lihat apa event atau
gambar-gambar yang pelajar sana post, dan jika ada
menggunakan fungsi geo location ini, akan muncul
post anda, secara tidak langsung, mereka akan sedar
akan kewujudan anda.

Di mana nak set kan geo location ini?

Sebelum nak post sesuatu gambar, Instagram


akan beri anda pilihan sama ada nak selitkan atau
sertakan geo location atau tidak, jadi, terpulang
pada anda untuk guna atua tidak.

Jika rasa ianya perlu, gunakan lah, benda free...


tak rugi guna kan?

113
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

WAKTU SESUAI POST DI INSTAGRAM


Dah dapat idea nak post gambar macam mana, nak
tulis apa sekarang, anda perlu tahu bila waktu yang
sesuai nak buat post, ye lah, sebab sebolehnya kita
nak dapatkan respon yang tinggi kan.

Instagram tak macam Facebook, jika ada rakan


komen, rakan lain ada kemungkinan akan lihat sama,
dan ada ketika post post lama pun jika ada rakan
yang komen boleh naik semula di newsfeed.

114
Bahagian 6: Posting

Tetapi di Instagram, ianya tidak macam tu,


jadi,sebolehnya anda perlu lakukan post yang kerap
terutama di waktu ramai orang online.

Setakat ini jumlah capaian atau reach sesuatu


post masih lagi tinggi, walaupun sedikit menurun
sejak kemunculan Insta Ads, dan anda perlu faham
apa yang dimaksudkan dengan jumlah capaian
tersebut.

Post anda akan muncul di newsfeed followers


yang online pada waktu tersebut sahaja atau pada
waktu yang berdekatan.

Perasan tak jika anda buka newsfeed anda, apa


yang keluar? Setiap post post baru dari akaun akaun
yang anda follow kan? Beberapa saat lepas, beberapa
minit lepas.

Jadi, secara umumnya, anda perlu post pada


waktu ramai orang sedang online.

Persoalannya, bila waktu orang sedang ramai


online tu.

Okay, ini sekadar kajian dan ujian yang saya


lakukan untuk beberapa akaun Instagram saya

115
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

a) Isnin – Jumaat

2 petang: Mungkin waktu ni orang baru lepas


lunch dan bersiap sedia nak masuk kerja
semula.

8 malam: Waktu ni mungkin ramai yang tengah


free dari sebarang kerja.

b) Sabtu dan Ahad

11 pagi: Waktu yang mungkin ramai baru


bangun dari tidur.

5 petang: Mungkin waktu sedang riadah, zaman


sekarang, mereka riadah pun menghadap
telefon bimbit.

8 malam: Juga mungkin waktu ini ramai yang


sedang free dari sebarang kerja.

TETAPI!!!
Ini hanya secara kasar dan umum, kerana tak
semua akaun dan perniagaan sama!

Ianya bergantung pada beberapa faktor juga.

116
Bahagian 6: Posting

• Produk apa yang anda jual

• Siapa golongan followers anda

• Gambar yang anda post

Dalam Instagram kita tidak boleh lihat berapa


ramai yang view atau lihat produk kita, tetapi untuk
lebih memudahkan ada menentukan post pada waktu
mana yang berkesan, untuk waktu permulaan, perlu
lakukan beberapa ujikaji, cuba post pada waktu
waktu berlainan dan lihat pada waktu bila ramai
pelanggan atau followers memberikan respon.

Sebab faktor siapa followers tu pun main peranan


juga. Orang lelaki mungkin berlainan waktu suka
online berbanding wanita.

Dan wanita pula yang bekerja mungkin berbeza


waktu dengan pelajar universiti.

Jadi, anda perlu lakukan beberapa ujikaji sendiri.


Baru anda akan jumpa waktu yang benar-benar
sesuai. Dah jumpa, mudahlah anda nak lakukan post
teratur, tak lah asyik post memanjang, dan adakala
rasa putus asa dan hampa jika tiada sebarang respon
dari followers atau pelanggan.

117
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

LINK KE FACEBOOK
Buat 1 kerja tapi dapat hasil 2 benda. Anda post
di Instagram, tetapi dalam masa sama di Facebook
juga akan muncul post yang sama.

Mudah kan? Secara tidak langsung,kedua-dua


platform anda kuasai dan sentiasa dikemas kini.

118
Bahagian 6: Posting

Terdapat 2 pilihan sama ada mahu link post ke:

1. Personal profile – profile peribadi anda.

2. Page you manage – page yang anda miliki di


Facebook.

Jadi, setiap kali anda mahu post di Instagram,


jangan lupa untuk post ke Facebook juga.

Kerana mungkin pelanggan anda di dua dua


platform ini berbeza. Mungkin ada yang cuma ada
Facebook tidak ada Instagram.

119
Hashtags (#tags)

D
alam bab ini, kita akan bercerita dengan lebih
lanjut pengunaan #tags didalam Instagram.
Sebelum tu, apa itu #tags ni?

Simbol (#) ataupun lebih dikenali sebagai


hashtags merupakan satu simbol khas yang diletakkan
bersama perkataan tanpa jarak bertujuan untuk
memperluaskan dan memudahkan pencarian di
bahagian “search” pada Explore Tab di Instagram.

Seperti contoh:

#sayajual

atau

#akuyangpostkauyangpanasapahal

Anda boleh gunakan di bahagian caption post


atau di bahagian komen. Dan apabila pengguna lain
lakukan carian, ianya akan keluar berdasarkan kata
kunci yang mereka cari tadi.
Bahagian 7: Hashtags (#tags)

Tetapi, harus diingatkan, jika anda letakkan


setting akaun pada pada private, carian #tags anda
hanya akan dijumpai oleh followers sedia ada anda
sahaja.

Dalam Instagram, maksimum #tags yang boleh


digunakan adalah sebanyak 30 #tags pada satu satu
gambar atau post. Lebih banyak anda letak atau
gunakan #tags ini, lebih tinggi dan luas kadar capaian
reach dan engagement post anda, tetapi jangan lah
sampai letak 30 #tags.

Nampak serabut dan memeningkan pembaca.


Jadi anda kena bijak dalam menggunakan #tags
terutama dengan menggunakan hanya #tags yang
releven dan ada kaitan sahaja dengan post kita.

JENIS-JENIS #TAGS
Hashtags boleh digunakan dalam beberapa jenis
kategori yang mana mempunyai tujuan-tujuan
tersendiri.

Antaranya adalah:

1. Hashtag carian produk

Digunakan untuk memudahkan pengguna lain


mencari produk apa yang mereka sedang cari.

121
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Seperti contoh, jika anda jual tudung bawal anda


boleh gunakan #tudungbawal. Biasanya #tags
yang digunakan lebih specific dan tidak terlalu
umum. #tudung mungkin terlalu umum berbanding
#tudungbawal. Jadi dengan cara ini, pengguna
Instagram lain yang menggunakan carian berdasarkan
kata kunci apa yang mereka mahukan akan jumpa
barang atau produk anda dengan mudah.

2. Hashtag kategori produk

Instagram tak macam Facebook, boleh buat album


gambar. Kalau upload gambar dalam Instagram, dah
banyak post semua gambar akan jadi post lama,
follower kena scroll sampai bawah untuk tengok
barang-barang lain, terutama kalau yang jenis jual
banyak barang. Jual barang baby, ada rompers,
seluar, baju, stoking, topi, beg dxan segalam macam
lagi.

Jadi salah satu fungsi #tags boleh digunakan


untuk kategorikan produk tersebut. Biasanya anda
boleh letakkan #NAMAKEDAIIGketegoriproduk.
Seperti contoh #kedaibabykucomelrompers
#kedaibabykucomelsleepsuit. Jadi setiap kali viewer
atau follower lihat gambar yang anda post, dan nak
cari produk yang sama ketegori, mereka akan klik

122
Bahagian 7: Hashtags (#tags)

pada #tags berkenaan dan akan keluar semua produk


yang anda dah ketegorikan dalam #tags berkenaan.

Anda boleh kategorikan setiap barangan pada


ketegori yang berbeza bagi memudahkan followers
melihat produk-produk anda.

3. Hashtag Brand

Jika anda ada brand sendiri, gunakan atau bina


satu #tags khas untuk melambangkan identity nama
jenama atau brand kita. Ini bertujuan untuk membina
brand awareness dan juga untuk mengumpul gambar-
gambar produk brand kita kelak.

Seperti contoh #zawara #fareeda.

4. Hashtag Testimoni

Sama seperti konsep folder, anda boleh kumpulkan


kesemua testimoni atau feedback pelanggan
berkenaan produk anda dalam 1 Hashtag. Jadi ini
memudahkan untuk followers anda lihat kesemua
testimoni yang anda ada.

Boleh letakkan contohnya #testimoniKEDAIANDA.


.

123
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

5. Hashtag Contest

Dalam topik naikkan follower, saya ada cerita


berkenaan teknik contest, jadi, untuk membuatkan
anda kenalpasti mereka yang sertai contest tersebut,
anda boleh letakkan satu Hashtag tersendiri, seperti
contoh #contestNAMAKEDAIANDA. Jadi, jika anda
lakukan carian dengan #tags berkenaan, anda boleh
lihat semua post yang peserta lain sertai dan mudah
untuk anda pilih siapa pemenang.

Selain dari 5 kategori diatas, sebenarnya terdapat


beberapa lagi kegunaan Hashtag yang mungkin anda
boleh sesuaikan berdasarkan jenis perniaggan anda

• Hastag tempat / lokasi – berdasarkan lokasi


perniagaan anda, Jika lokasi anda tidak
terdapat dalam geo location atau untuk
menambah lebih dari 1 lokasi.

• Hashtag giveaway – kalau anda ada lakukan


giveaway, konsep sama seperti contest

• Hashtag review – bagi yang selalu bertukar-


tukar review, boleh kategorikan satu folder
review

• Hashtag trending – sesuai digunakan untuk


menumpang trending semasa seperti contoh

124
Bahagian 7: Hashtags (#tags)

#gegarvaganza. Orang seach Hashtag tu


tertengok produk anda sekali

RELEVENKAH #SAYAJUAL?
Perasan tak ramai peniaga yang guna #sayajual?
#sayajualnamaproduk

Persoalannya releven atau tak gunakan #tags ini


untuk situasi dan budaya Instagram sekarang?

Okay, cuba anda letakkan diri sebagai seorang


pembeli, anda nak cari sesuatu produk dalam
Instagram. Apa yang anda akan taip?

Nama produk terus atau anda taip


sayajualnamaproduk?

Biasanya sebagai pembeli atau pencari, mereka


akan taip terus nama produk, seperti contoh Shawl
Halfmoon. Dan akan keluar senarai post yang ada
#shawlhalfmoon.

Jadi, jika anda masih lagi gunakan #sayajualshawl


besar kemungkinan tak ramai yang akan jumpa produk
anda, sebab sebagai pembeli biasa mereka tak tahu
pun berkenaan #sayajual tu. Mereka nak cari barang
terus!

125
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Kesimpulannya…

Untuk letakkan sebarang #tags, anda letakkan diri


anda sebagai PEMBELI. Apa yang bakal pembeli anda
cari di ruangan carian tu nanti. Tak semestinya nama
produk, mungkin kalau anda jual produk kuruskan
banda boleh letak #carakuruskanbanda.

Mudah, bukan?

126
Interaksi Dalam
Instagram

B
erkomunikasi, berinteraksi dan aktif dalam
Instagram amatlah penting terutama untuk
meningkatan engagement kita pada followers sedia
ada.

Walaupun ringkas tetapi ianya memberi impak


yang besar.

Jika dalam Facebook, terdapat ruangan Facebook


Messenger, begitu juga dalam Instagram. Pengguna
boleh Direct Message ( DM ) anda menggunakan
Instagram tetapi sepanjang beberapa bulan ianya
dilancarkan, saya perhatikan masih ramai yang tidak
tahu kewujudan fungsi ini, dan tak ramai pun yang
gunakan fungsi ini walaupun tahu.

Jadi, cara terbaik adalah dengan bawa mereka


untuk terus SMS/WhatsApp atau hubungi anda untuk
berkenaan produk.
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Berikut merupakan beberapa tips berkomunikasi


dan interaksi seterusnya untuk tingkatkan engagement
dalam Instagram

1. Reply setiap komen dengan mention nama


mereka

Setiap komen yang anda terima, reply dan


pastikan anda mention ( dengan tekan butang
@diikuti nama mereka. Ini membolehkan
mereka akan terima notification tentang
balasan komen anda pada mereka tadi.

2. Nyatakan terus cara untuk hubungi anda

Ini membolehkan pelanggan terus tahu


bagaimana nak hubungi jika mereka benar-
benar berminat dengan produk anda, tak
ramai yang tahu fungsi dan kewujudan DM

3. Maintain post 1-2 post setiap hari.

Jika anda kreatif nak lebih pun tak apa, ini


membuatkan akaun Instagram kita sentiasa
dikemas kini dan sentiasa sampai pada
followers, kerana jika semakin lama kita diam
di Instagram, capaian post untuk sampai pada
followers akan semakin berkurangan.

128
Bahagian 8: Interaksi Dalam Instagram

4. Banyakkan interaksi dengan followers atau


orang lain

Dengan cara like atau komen. Seeloknya


komen. Kerana dengan komen, biasanya
mereka lebih tergerak hati untuk lihat akaun
kita berbanding sekadar like sahaja.

129
Database

D
atabase ibarat asset penting kepada perniagaan
anda. Tanpa database, perniagaan anda terdedah
dengan satu virus bahaya yang disebut sebagai
‘Gulung Tikar’.

Untuk lebih jelas, cuba anda bayangkan situasi


ini. Pelanggan berikan anda duit, dan anda berikan
mereka produk yang mereka mahu. Selepas itu anda
meminta dan menyimpan nombor handphone, alamat
rumah dan juga emel pelanggan tersebut untuk
dihubungi di lain hari. Itulah yang dikatakan sebagai
mengumpul database.

Simpan data pelanggan, minta data pelanggan


untuk disimpan!

Mungkin selama ini anda banyak bergantung


pada pemasaran Facebook dan Instagram sahaja.
Sekiranya Facebook dan Instagram tutup mengejut
satu hari nanti pun, anda tetap boleh berhubung
dengan pelanggan anda kerana butiran mereka ada
dalam database anda.
Bahagian 9: Database

Kenapa perlu kumpul / simpan database?


Di dalam perniagaan, proses pengumpulan
database adalah sesuatu yang wajib dan amat
penting. Dengan teknik strategi ini, pengumpulan
database pelanggan mampu dilakukan dengan lebih
berkesan.

• Meningkatkan Jualan (Increase Sales)

Peningkatan jualan adalah antara misi utama


dalam perniagaan. Sekiranya anda berpuas
hati dengan hanya 3 orang pembeli setiap
bulan, maka teknik ini hanya membuang
masa anda.

• Pengulangan Jualan (Repeat Sales)

Selain dari berusaha meningkatkan jualan,


seorang peniagaan yang bijak akan turut
berusaha mendapatkan pengulangan jualan
dari pelanggan yang sama. Bayangkan kalau
100 orang pelanggan beli produk kita dua
bulan sekali. Tak ke senang hati anda?

Bagaimana dapat jualan berulang? Database


yang ada nanti boleh digunakan berulang
ulang kali.

131
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

• Mengadakan hubungan terus kepada


pelanggan (Engagement)

Hubungan anda dengan pelanggan adalah


sesuatu yang tidak boleh dianggap ringan.
Banyak peniaga di luar sana yang tidak
mementingkan hubungan mereka dengan
pelanggan. Apa yang penting buat mereka
hanyalah membuat jualan dan mendapat
untung. Tetapi dengan teknik strategi ini,
anda boleh berhubung terus dan menjaga
hubungan baik anda dengan pelanggan

• Mewujudkan Kepercayaan Pelanggan

Selain menjaga hubungan baik kita dengan


pelanggan, kepercayaan mereka juga adalah
sangat penting. Tidak hanya kepada produk
kita, namun juga terhadap perniagaan kita
itu sendiri. Ye lah, bila kita selalu berhubung
dengan mereka, kepercayaan tu mudah untuk
dibina, dari orang asing jadi pelanggan, dari
pelanggan lama-lama jadi kawan.

132
Bahagian 9: Database

• Mengurangkan kos pemasaran /


pengiklanan.

Dengan adanya empat-empat kepentingan


di atas, secara tidak langsung anda mampu
mengurangkan kos pemasaran anda terutama
dari segi pengiklanan. Mungkin jika sebelum
ini ada banyak habiskan kos ke arah Facebook
Ads sahaja, kini tiba masanya anda kurangan
kos pemasaran anda tetapi hasil jualan tetap
sama dan mungkin lebih.

Jika anda 100% menggunakan Instagram pula,


masa anda juga dapat dijimatkan, tak perlu
nak post berulang-ulang, tinggal follow up
database sedia ada je lagi.

KATEGORI DATABASE
Seperti yang dinyatakan diatas, antara database yang
biasa disimpan adalah

1. Nama

2. Alamat

3. Nombor Telefon

4. Email

133
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Jadi, dalam Instagram paling mudah nak kumpul


adalah no telefon.

KENAPA PERLU SIMPAN?

Cuba anda bayangkan diri anda dengan penuh


bersungguh membina sebuah Instashop perniagaan
di Instagram. Selepas beberapa lama, anda melihat
jumlah Followers pada akaun Instagram anda itu
cecah angka 100,000 orang.

Di depan skrin telefon bimbit anda mendabik


dada sambil tersenyum puas. Rasa best bukan? Tapi
cuba tanya diri anda balik, adakah anda mampu
menjejak kembali (Follow Up) semua 100 ribu orang
yang FOLLOW anda itu sekurang-kurangnya 3 atau 4
kali seminggu?

Setiap kali anda post sesuatu dalam akaun


Instashop tersebut, cuba perhatikan berapa ramai
yang LIKE post anda? Adakah ia seramai yang FOLLOW
IG anda? Kalau ya, anda boleh terus mendabik dada
di bersama telefon bimbit anda sambil tersenyum
puas. Tetapi kalau tidak?

Maka anda layak untuk mengetahui kegunaan


sebenar no telefon yang mana mampu memberikan
anda kuasa untuk follow up semua yang followers
anda untuk dijadikan sebagai pelanggan tetap.

134
Bahagian 9: Database

PEMASARAN MELALUI SMS/ TELEFON

Kenapa anda perlu gunakan pemasaran ini?

Zaman sekarang ini, orang yang tidak mempunyai


telefon bimbit adalah sangat kecil jumlahnya. Malah
budak-budak sekolah rendah juga mempunyai telefon
bimbit mereka sendiri. Jadi, nampak di situ? Betapa
perkataan SMS itu mampu memberikan kuasa kepada
perniagaan anda.

Dan selaku peniaga dalam Instagram adalah


SANGAT TAK LOGIK jika anda kata, pelanggan saya
tak ada telefon bimbit! NAMPAK SANGAT MENIPU!

Menjawab soalan di atas tadi, pemasaran SMS


memberikan anda kelebihan untuk berhubung dengan
pelanggan anda tanpa memerlukan talian internet.
Masa lunch pun boleh SMS, buat promosi dan buat
follow up kan?

Selain dari itu, segala urusan jadi lebih cepat


dan senang dengan SMS. Ini kerana iklan dan segala
maklumat tentang pembelian boleh disampaikan
kepada pelanggan anda pada bila-bila masa saja.

Berikut adalah antara waktu yang paling ideal


untuk anda menggunakan pemasaran secara SMS:-

135
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

• Saat anda hendak buat jualan (Closing Sale).

• Memberikan maklumat tentang cara


tempahan. Di mana tidak perlu tunggu anda
atau pelanggan anda online.

• Anda hendak memberitahu tentang promosi


terhad anda kepada pelanggan.

Ini juga boleh diaplikasikan dengan mengunakan


medium kominukasi yang lain seperti WhatsApp dan
Telegram. Jika pelanggan anda ada WhatsApp atau
Telegram.

Tetapi secara logiknya, jika mereka ada Instagram,


pasti mereka pakai smart phone, dan pasti mereka
juga ada WhatsApp sekurang-kurangnya.

BAGAIMANA MENGUMPUL DATABASE


(NOMBOR TELEFON)?
Antara cara paling mudah dalam Instagram untuk
kumpul database adalah dengan terus minta pada
pelanggan.

Seperti contoh, buat satu post dan minta mereka


tinggalkan no telefon mereka.

136
Bahagian 9: Database

Jika ada yang sudi tinggalkan, cepat-cepat


simpan untuk kegunaan masa akan datang.

Post bagaimanakah yang boleh menarik orang


untuk tinggalkan no telefon?

Orang tak akan berikan no mereka tanpa sebab,


jadi, antara cara mudah adalah dengan buat post
berkenaan;

1. Giveaway contest

Wajibkan mereka letakkan no telefon mereka


di post mereka.

2. Lucky draw

Lakukan cabutan bertuah sebulan sekali untuk


menghargai followers, dan minta mereka
tinggalkan no telefon.

3. Direct minta

Anda juga boleh cuba, disetiap post anda,


letakkan nota kaki, minta mereka tinggalkan
no telefon untuk anda hubungi. Biasanya pasti
ada yang akan tinggalkan. Tapi dah dapat tu,
jangan lupa lah untuk hubungi semula untuk
ceritakan lebih lanjut berkenaan produk anda
yang mereka berminat tadi.

Mudah, bukan?

137
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

APA NAK BUAT?


Jadi, sekarang, anda dah ada no telefon mereka
semua, apa yang anda boleh lakukan?

1. Blast SMS/mesej promosi pada semua


nombor

2. Jika anda dan mereka ada whatsApps, Line,


Telegram atau yang sewaktu dengannya,
anda boleh hantarkan mesej promosi secara
personal pada mereka, boleh hantar gambar
sekali.

3. Jika nak SMS / Mesej seorang demi seorang


pun boleh

4. Nak lagi lejen, nak call sorang demi sorang


pun boleh.

Pendek kata, anda dah ada nombor telefon


mereka, jadi jangan segan silu nak hubungi mereka
untuk lakukan promosi.

Weh, agen insurans tu pun tak jemu jemu call anda


tiap bulan buat promosi walaupun direject berkali-
kali, tak kan lah anda tak nak hantar promosi pada
orang yang memang anda tahu memang berminat
dengan produk jualan anda.

138
Bahagian 9: Database

Sekarang tahniah kerana anda dah pun berjaya


bina database, dan bakal hantarkan promosi pada
bakal pelanggan anda.

Dan database ini anda boleh guna berulang


kali, bila-bila ada promosi, promosi je pada mereka
dahulu, keranaanda tahu mereka memang target
prospek.

Dan sebagai tambahan, jangan lupa, jika mereka


berminat, selagi belum buat bayaran, sila lah follow
up mereka.

Kepentingan ‘Follow Up’


1. Menaikkan minat pelanggan terhadap produk
anda. Di mana dengan tindakan anda ‘follow
up’ pelanggan akan buat mereka rasa istimewa
dan secara tidak langsung menarik minat
mereka untuk mengetahui produk-produk
lain yang anda ada.

2. Tindakan anda membuat ‘follow up’ akan


menjadikan pelanggan anda lebih peka
dengan produk dan tawaran istimewa anda.
Setiap kali anda ‘follow up’ mereka melalui
emel dan sms, kepekaaan mereka terhadap

139
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

produk dan harga istimewa yang anda tawaran


akan meningkat.

3. Kepercayaan pelanggan adalah sangat


penting. Oleh itu ‘follow up’ merupakan
kaedah yang paling berkesan untuk membina
kepercayaan pelanggan terhadap bukan saja
produk yang kita jual kepada mereka, tetapi
juga terhadap perniagaan kita.

4. Mewujudkan hubungan secara tidak langsung


adalah kesan dari tindakan ‘follow up’ yang
anda lakukan. Ini penting bagi memastikan
hubungan jangka masa panjang anda dengan
pelanggan.

5. Ada kalanya pelanggan kita akan terlupa


tentang tawaran yang kita berikan kepada
mereka. Sedangkan mereka sudah memberi
maklum balas yang mereka berminat dengan
tawaran tersebut. Tindakan ‘follow up’
menjadi sangat penting dalam situasi ini. Di
mana anda harus mengingatkan pelanggan
anda dan bukan hanya menanti mereka ingat
sendiri.

140
Bahagian 9: Database

Bagus kan ada database ni?

Lepas ni tak perlu risau dah kalau tiba-tiba


Instagram tutup lah, tak pun dah tak percuma
ke. Sebab ada dah ada kumpul semua database
pelanggan. Biar sikit-sikit dulu, lama-lama jadi bukit,
janji simpan je.

Bayangkan dalam masa beberapa bulan atau


tahun akan datang, anda ada 100,000 no telefon
pelanggan yang memang pernah berminat dengan
produk anda, Dan anda nak promosikan satu produk
baru yang ada kaitan juga dengan minta mereka
sebelum ini.

Wah… jika 1% sahaja dari 100,000 orang tu yang


berminat, lihat dah berapa ramai pelanggan yang
anda Berjaya buat jualan tanpa letakkan iklan di
Isntagram atau Facebook lagi.

Jika pelanggan adalah raja, database merupakan


kunci untuk anda berjumpa dengan mereka.

141
PENUTUP

S
ebelum saya mengahiri pembacaan dalam buku ini,
izinkan saya membuat membuat sedikit rumusan
daripada kesemua perkongsian yang terdapat dalam
setiap bahagian dan bab yang anda telah baca.

Berniaga dalam Instagram tidaklah sesusah mana,


kerana ianya masih ditahap yang tidak memerlukan
perkara-perkara yang sangat teknikal. Tetapi dengan
syarat anda kena konsisten dan ada usaha dan tidak
putus asa.

Ingat sekali lagi, sebelum anda memasuki mana-


mana platform, atau medium, kaji pasaran dahulu
dan kaji siapa sasaran pelanggan anda. Ramai orang
berputus asa bukan kerana produk mereka tidak laku,
tidak boleh jual, tetapi mereka salah tempat untuk
jual produk tersebut.

Kes yang sama terjadi dalam Instagram, ada


peniaga yang cuba untuk masuk tetapi jual produk
yang tidak sesuai. Akhirnya mula putus asa.
PENUTUP

Seterusnya, walaupun teknik-teknik yang


disampaikan mungkin bagi anda terlalu ringkas,
terlalu biasa, tetapi percayalah, jika anda konsisten,
hasilnya sangat luar biasa!

Kata kuncinya adalah KONSISTEN!

Dan buat langkah demi langkah!

Saya ada kenalan yang hanya berniaga 100% dalam


Instagram dan hanya gunakan 1-2 teknik sahaja, dah
sekarang pendapatannya maintain 4 angka sebulan,
kadang-kadang terlajak ke 5 angka.

Dan ada juga salah seorang pelajar saya yang


dari ratusan followers dapat mencapai 10,000
Followers dalam masa beberapa bulan sahaja, dah
kebanyakkannya adalah targeted followers.

Dan lagi menarik selain berjaya hasilkan jualan


dalam Instagram, beliau dah boleh bantu rakan-rakan
yang sama bidang dengan beliau untuk turut hasilkan
jualan melalui Instagram.

Ini cuba sebahagian sahaja.. ada ramai lagi yang


turut Berjaya.

Apa rahsia mereka?

143
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

Tidak ada sebarang rahsia istimewa,


kebanyakkannya hanya praktikkan 2, 3 teknik
sahaja dari apa yang saya sampaikan tetapi mereka
KONSISTEN!

Jadi, kalau anda nak jadi seperti mereka, silalah


KONSISTEN!

Mula-mula mungkin tak berapa nampak hasil,


tapi bila dah berhasil, pasti anda akan tersenyum
puas hati.

Tapi ini lagi penting!

TINDAKAN.

Cakap banyak, sembang banyak tak guna selagi


tak bergerak.

Anda dah habis baca, dah hadam, dah faham,


terus praktikkan. Jangan tunggu lama-lama.

Ilmu tanpa amal, umpama pokok tanpa buah.

144
PENUTUP

Percayalah, saya sendiri, saya bukanlah sifu,


bukanlah pakar, ramai lagi yang hebat-hebat diluar
sana, tetapi saya sampaikan apa yang saya tahu dan
apa yang saya buat.

Jadi sekarang, tibalah masa untuk anda pula


buat.

Jadi, selamat maju jaya dan saya doakan


anda semua berjaya menghasilkan jualan yang
memberangsangkan melalui medium Instagram!

145
TENTANG
PENULIS

M ohd Ismail bin Mohd Arsad juga dikenali sebagai


Ismail Arsad dilahirkan pada 1 Januari 1989 di
Mentakab, Pahang.

Anak Felda yang memiliki Ijazah Sarjana


Muda dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dari
Management Science University mula menjalankan
perniagaan di internet secara suka-suka sejak habis
SPM lagi selepas terinspirasi dengan ikon mentor
TENTANG PENULIS

Dr Irfan Khairi tentang kejayaan beliau dalam bidang


perniagaan Internet.

Mula berniaga secara sepenuh masa dalam bidang


perniagaan Internet sebaik sahaja tamat belajar di
universiti dengan lebih serius walaupun semasa di
zaman universiti pun beliau sudah mula aktif.

Pada mulanya hanya terlibat dalam perniagaan


produk fizikal sahaja, dan pada tahun 2014 mula
terlibat dengan produk info dan digital.

Antara produk beliau yang mendapat sambutan


adalah DVD Manipulasi Instagram dan Ebook Mudahnya
Borong China Online. Selain daripada itu, beliau juga
sering mendapat jemputan secara tertutup dan sekali
sekala menganjurkan kelas berkaitan pemasaran
Instagram dan borong china secara online.

“Saya bukan sifu, bukan


master, bukan pakar,
tetapi saya sampaikan apa
yang saya tahu dan buat.”
Kini selain dari menguruskan perniagaan produk
fizikal dalam beberapa niche dan bidang, beliau
berhasrat untuk membantu lebih ramai orang untuk
terus maju terutama dalam bidang perniagaan
Internet.

147
Bagaimana?
Sudah habis baca
buku ini?

Adakah anda mahu


pergi selangkah lagi
dalam mendalami
dunia pemasaran
Instagram?
Selain dari buku ini, saya sarankan juga anda untuk
dapatkan DVD Panduan Manipulasi Instagram.

Apa yang terkandung dalam buku yang anda sedang


baca ini cuma 60% sahaja daripada kandungan penuh Siri
Panduan ini

Untuk lebih lanjut berkenaan DVD ini, boleh layari:

www.teknikjualaninsta.com
Adakah anda merupakan peniaga barangan fizikal? Dan
kebanyakkannya adalah produk buatan China?

Biasa ambil dekat mana? GM? Chowkit?


Pemborong tempatan?

Tak nak cuba beli sendiri terus dari China ke?

Sekarang dah tak susah, dah tak perlu nak pergi sana,
beli je secara Online.

NOW EVERYONE CAN BUY

Dapatkan Ebook Mudahnya Borong China Online,


insyaAllah saya cuba bantu anda untuk untuk buat belian
terus dari China secara online.

Untuk maklumat lanjut, layari

www.borongchinaonline.com
Editing & layout
diusahakan oleh:

skuadmisi.com

You might also like