You are on page 1of 64

LAPORAN AKHIR ON-THE-JOB TRAINING (OJT)

(2017-2018)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA :AZRUL HANAFI BIN ZULKEFLI


NO. PENDAFTARAN : 4701 0036 14
PROGRAM : DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA TEKNOLOGI
SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN
NAMA SYARIKAT : CARSEM (M) SDN. BHD. (S-SITE)
TEMPOH : 27 NOVEMBER 2017 – 27 APRIL 2018
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH

AZRUL HANAFI BIN ZULKEFLI

ISK 4701003614

DI

CARSEM (M) S-SITE

NO. 52986, JALAN JELAPANG,

KAWASAN PERINDUSTRIAN TAMAN MERU,

30020 IPOH, PERAK.

Buku laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
sebagai memenuhi sebahagian dari syarat penganugerahan Sijil / Diploma Teknologi
Maklumat (Komputer dan Rangkaian)

KOLEJ VOKASIONAL IPOH

APRIL 2018
DEDIKASI

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Unit Latihan Industri Kolej Vokasional Ipoh kerana

menyediakan latihan industri kepada para pelajar memberi pendedahan awal mengenai alam

pekerjaan.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Carsem (M) S-Site

kerana memberi saya peluang untuk menjalani Latihan Industri dan menimba pengalaman

sebanyak mungkin.

Insyaallah segala tunjuk ajar dan bimbingan yang telah di beri akan saya aplikasikan dan
sebagai rujukan apabila menempuhi alam pekerjaan kelak.
PENGHARGAAN

Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan salam

untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Bersyukur saya ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya berjaya menjalani latihan

industri di Carsem (M) S-Site selama 5 bulan yang bermula pada 27 November 2017 sehingga

27 April 2018 serta telah berjaya menyiapkan Buku Laporan Latihan Industri ini.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada

seluruh kakitangan Carsem (M) S-Site atas sumbangan tenaga, tunjuk ajar, dorongan ,

nasihat dan idea-idea yang telah dicurahkan kepada saya sepanjang saya menjalani Latihan

Industri di firma ini iaitu kepada Encik Lai Kong Lun (penyelia) , Encik Noorashraff bin Yusof

(penasihat) dan Encik Vigneshwaren (Bos) . Sesungguhnya segala ilmu yang diberikan

kepada saya akan saya pergunakan dengan sebaiknya demi masa depan saya mengharungi

alam pekerjaan kelak.

Program Latihan Industri ini merupakan salah satu kesinambungan usaha ke arah

pembentukan pelajar yang berdedikasi, aktif, dan agresif disamping memupuk kematangan

dan pembentukan idea dan pemikiran yang lebih cemerlang selaras dengan matlamat pihak

Politenik Seberang Perai sendiri bagi melahirkan pelajar yang progresi.


Akhir sekali tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada kedua ibu bapa saya serta keluarga yang sering menyuntik semangat dan memberi

sepenuh sokongan semasa saya menjalani Latihan Industri. Juga tidak lupa kepada teman-

teman yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam meyempurnakan

buku laporan ini.

Sekian Terima Kasih


Senarai Rajah

Rajah Muka Surat

3.2 Langkah – langkah untuk menginstall windows 7 27

 3.2.1 Langkah 1 27
 3.2.2 Langkah 2 28
 3.2.3 Langkah 3 28
 3.2.4 Langkah 4 29
 3.2.5 Langkah 5 29
 3.2.6 Langkah 6 30
 3.2.7 Langkah 7 30
 3.2.8 Langkah 8 31
 3.2.9 Langkah 9 31
 3.2.10 Langkah 10 32
 3.2.11 Langkah 11 32
 3.2.12 Langkah 12 33
 3.2.13 Langkah 13 33

4.2 Network Cable 35

 4.1.1 Straight Cable 35


 4.1.2 Cross cable 36
 4.2.1 Cable Cat 5e 37
 4.2.2 Crimper and Stripper 37
 4.2.3 Cable Tester 38
 4.2.4 RJ45 38
 4.2.5 Playar 38
 4.3.1(a) Sebelum potong 39
 4.3.1(b) Selepas potong 39
 4.3.2(a) Susun kabel warna 40
 4.3.2(b) Contoh susunan 40
 4.3.3(a) Sebelum potong 41
 4.3.3(b) Selepas potong 41
 4.3.3(c) Memasang RJ45 42
 4.3.3(d) Crimping 42
 4.3.4(a) Uji kabel 43
 4.3.4(b) Hasil 43

5.2 Pemasangan Switch 45

 5.2.1 Managed Switch 45


 5.2.2 Smart Switch 46
 5.3.1 Pemasangan Bracket Switch 47
 5.3.2 Mounting switch pada rail 47
 5.3.3 Hasil pemasangan 48
ISI KANDUNGAN

BAB KANDUNGAN MUKASURAT


DEDIKASI i
PENGHARGAAN Ii - iii

BAB 1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 Pengenalan

1.1.1 Pendahuluan 1-2


1.1.2 Objektif latihan industri 3
1.1.3 Objektif laporan latihan industri 4
1.1.4 Kepentingan latihan industri kepada pelajar 5

1.2 Latar Belakang Organisasi

1.2.1 Pengenalan organisasi 6


1.2.2 Latar belakang penubuhan organisasi 7-8
1.2.3 Carta organisasi syarikat 9

BAB 2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 LaporanMingguan (Minggu 1-20) 10 – 20


BAB 3 SISTEM PENGOPERASIAN

3.1 Pengenalan 21

3.1.1 Fungsi sistem pengoperasian 22 - 24

3.1.2 Jenis-jenis sistem pengoperasian 25 - 26

3.2 Langkah-langkah untuk mengatasi Windows 7 27 - 33

3.3 Komen dan cadangan 34

3.4 Kesimpulan 34

BAB 4 NETWORK CABLE

4.1 Pengenalan 35 – 36

4.2 Alatan 37 – 38

4.2 Cara membuat kabel network 39 – 43

4.4 Komen dan cadangan 44

4.5 Kesimpulan 44

BAB 5 PEMASANGAN SWITCH

5.1 Pengenalan 45

5.2 Jenis switch 45 – 46

5.2 Cara mounting 47 – 48

5.4 Kesimpulan 48
BAB 6 KESIMPULAN 49

BAB 7 KOMEN DAN CADANGAN

7.1 Komen dan cadangan 50


7.2 Bibliografi dan rujukan 51

LAMPIRAN 52 - 54
BAB 1 : PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Tujuan Latihan Industri diadakan adalah untuk membolehkan pelajar


melibatkan diri secara langsung dalam pelbagai aspek bidang Teknologi Maklumat
seperti belajar cara-cara memasang dan membaiki perkakasan komputer dan juga
cara pentadbiran Jabatan Teknologi Maklumat. Oleh itu, Latihan Industri ini dapat
memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai alam pekerjaan yang sebenar
terutamanya dari aspek aplikasi pengetahuan yang di pelajari semasa di Kolej.

Latihan Industri merupakan satu program atau gerak kerja yang amat penting
dan telah diwajibkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kemahiran kepada semua pelajar
dalam bidang kemahiran dan mana-mana institut-institut pengajian tinggi yang lain di
seluruh Malaysia. Ini kerana Latihan Industri merupakan syarat kepada pelajar untuk
mendapat segulung diploma. Selain itu , pelajar dapat banyak kemahiran yang amat
penting ketika menjalani Latihan Industri. Latihan Industri ini juga dapat memberi
gambaran kepada pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar kelak .

1
Malah , Latihan Industri ini juga dapat mempraktikkan para pelajar dari segi teknikal
dan praktikal dengan mengaitkan teori yang telah dipelajari . Selain itu , Latihan Industri dapat
meningkatkan semangat dedikasi , jujur , amanah dan tanggungjawab dalam melakukan
sesuatu perkara dan kerja yang di beri oleh pihak firma itu sendiri.

Di dalam Latihan industri , setiap individu ini perlu melakukan gerak kerja di bawah
sesuatu bidang. Setiap pelajar perlu melakukan kerja dengan langkah-langkah kerja yang
betul serta segala arahan yang telah di berikan perlu diikuti dengan baik demi mempelajari
sesuatu yang berfaedah untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman.

Selain itu, para pelajar yang telah menjalani Latihan Industri mampu untuk berdaya
saing dengan para pekerja yang lebih berpengalaman dan dapat belajar ilmu baru dari
pekerja yang banyak pengalaman. Pelajar juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan
kemahiran teknikal di mana negara memerlukan pelajar yang berketrampilan memandangkan
negara sedang membangun ke arah permodenan dan berteknologi.

Oleh itu, jelaslah bahawa Latihan Industri amat penting kepada para pelajar untuk
membiasakan diri dalam menempuh satu peringkat iaitu alam pekerjaan yang sebenar.

2
1.1.1. Objektif latihan industri

Bagi setiap pelajar Kolej Vokasional akan menjalani latihan industri di firma-
firma dalam masa yang ditetapkan oleh pihak politeknik iaitu dalam tempoh satu
semester untuk melayakkan para pelajar memperolehi sijil atau diploma di politeknik
yang berkenaan.

Antara objektif – objektif latihan industri adalah :

 Untuk mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan sebelum berada di


alam pekerjaan yang sebenar.
 Menanam semangat berpasukan , sifat amanah dan tanggungjawab serta
hubungan baik antara pelajar dan pekerja.
 Untuk membiasakan kepada para pelajar cara-cara untuk berkomunikasi
dengan berkesan semasa bekerja.
 Mempertingkatkan tahap kemahiran pelajar dalam bidang yang diceburi dan
pelajar dapat mempamerkan keyakinan diri semasa latihan industri.
 Menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal kemahiran pelajar.
 Menanam sikap ingin mengetahui perkara-perkara yang baru semasa latihan
industri.
 Menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal kemahiran pelajar.

3
1.1.2 Objektif laporan latihan industri

Apabila tamat latihan industri yang dijalankan disebuah firma tersebut itu, maka
setiap pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap dan mengikut
piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Ia adalah bertujuan untuk
,menilai sejauh manakah keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar
sepanjang tempoh tersebut. Laporan ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen
penting dimana untuk dijadikan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia
juga sebagai garis panduan dan rujukan ketika temuduga kelak.

Antara laporan objektif latihan industri :

 Mencatit setiap tugasan atau kerja yang dilakukan oleh pelajar di Firma ke
dalam buku laporan untuk dijadikan bahan rujukan.
 Laporan ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting dimana
untuk dijadikan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang diikuti.
 Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah-
pensyarah setelah tamat tempoh latihan industri di laksanakan.
 Memenuhi syarat penganugerahan sijil atau diploma di Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

4
1.1.3 Kepentingan latihan industri kepada pelajar

Kepentingan latihan industri adalah untuk pelajar mengikut dengan jayanya


kerana ia memberi pelbagai pengetahuan yang sedia ada dan meluaskan pengalaman
tentang bidang yang diceburi oleh pelajar tersebut. Ini membuatkan pelajar dapat
membawa diri dengan alam pekerjaan yang sebenar.

Di samping itu, latihan industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang
memberi peluang kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses
pembelajaran yang dilalui semasa sesi didalam bilik kuliah.

Tambahan pula , latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan
rasa janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal
merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian
masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan dijadikan suatu
pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak langsung , ia dapat
memberi kesedaran kepada pelajar bahawa situasi di alam pekerjaan sebenarnya
adalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika
pembelajaran.

Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar
untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak dinafikan
kerana secara umum sesebuah firma amat mengutamakan individu yang dimiliki ilmu
pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman bekerja yang ada. Justeru itu, ilmu
pengetahuan tidak mustahil syarikat menawarkan tempat untuk bekas pelatih setelah
tamat pengajian kelak.

5
1.2 LATAR BELAKANG FIRMA

1.2.1 PENGENALAN

Carsem (M) SDN BHD adalah sebuah syarikat atau industry semiconductor
yang membuat cip-cip elektronik bagi kegunaan pelbagai dan dijual ke serata
dunia. Syarikat ini mempunyai tiga kilang berteknologi tinggi, semuanya
menggabungkan peralatan yang canggih bagi memastikan produk memenuhi
piawaian kualiti yang ditetapkan oleh industry automotif, telekom, komputer dan
elektronik pengguna.

Carsem (M) SDN BHD terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah
Front Of Line, dimana proses pertama pembuatan cip di dalam production line.
Seterusnya ialah, End Of Line, proses penyiapan cip yang kedua sebelum
beralih ke bahagian Test Department dimana proses pengujian cip dijalankan
sebelum dipasarkan.

6
1.2.2 LATAR BELAKANG FIRMA

Carsem adalah salah satu anak syarikat kumpulan Hong Leong, perkumpulan
syarikat terbesar di Malaysia. Carsem juga adalah pembekal utama pembungkusan dan
perkhidmatan ujian turnkey kepada industri semikonduktor, dan menawarkan salah satu pakej
dan portfolio ujian terbesar di dunia. Tan Sri Quek Leng Chan ialah pengerusi syarikat
pengurusan Hong Leong (Hong Leong Management Company Chairman).

Ditubuhkan pada tahun 1972, Carsem adalah antara syarikat yang paling
berpengalaman dalam industri dan ia diiktiraf sebagai salah satu pengeluaran volum unit
terbesar. Syarikat ini mempunyai lebih daripada 9,000 pekerja dan memasang lebih daripada
100 juta unit setiap minggu, lebih daripada 65 peratus daripada jumlah ini adalah produk yang
diuji secara elektrik sepenuhnya. Carsem adalah ahli salah satu syarikat yang paling berjaya
dan dihormati di Asia Tenggara, Kumpulan Hong Leong, di mana pemasangan dan ujian
semikonduktor telah dianggap sebagai perniagaan teras selama lebih dari 25 tahun.

Dua kilang terletak di Ipoh, Malaysia, 90 minit pemanduan dari Pulau Pinang, 2 jam
dari Kuala Lumpur dan mempunyai penerbangan harian ke Singapura. Kilang-kilang ini
disokong oleh kakitangan R&D extensive dan failure analysis yang luas yang menggabungkan
peralatan dan teknologi yang "canggih" untuk memastikan kualiti produk yang dikeluarkan
oleh Carsem memenuhi piawaian yang tepat dan diperlukan oleh automotif, telekom,
komputer, dan elektronik pengguna industri.
Kilang China, Carsem-Suzhou, Ltd. yang terletak di wilayah Jiangsu, 50 batu barat
Shanghai, memulakan pengeluaran pada tahun 2004. Kilang ini memberi tumpuan kepada
pemasangan dan ujian untuk pakej MLP-Micro Leadframe (QFN Format) dan telah
menghantar lebih 4 bilion unit di seluruh dunia. Carsem-Suzhou menawarkan bahan-bahan
yang sama, proses dan standard kualiti sebagai kilang-kilang Malaysia.
Portfolio Carsem terletak pada teknologi pembungkusan dan ujian terkemuka dan
merupakan peneraju dunia dalam pembuatan pakej MLP dengan lebih dari 12 bilion unit yang
dihantar di seluruh dunia. Pakej X3 MLP ultra kecil yang baru-baru ini diperkenalkan adalah
sama dengan garis besar 0201 dan mewakili pakej pengeluaran MLP terkecil dari industri.
Penyelesaian SiP (System-in-Package) Carsem menggabungkan komponen die dan / atau
pasif berganda yang dipasang dalam format berasaskan lead frame. Penyelesaian proses
Carsem termasuk, teknologi Flip-Chip on Leadframe (FCOL), Chip on Lead (COL) & Copper
Clip/Strap. Tiga penyelesaian proses ini ditawarkan dalam rangkaian lengkap pakej Carsem.

7
Semua kilang Carsem mengekalkan piawaian kualiti bertaraf dunia, setelah mencapai
pensijilan ISO / TS 16949, ISO-9001, ISO-14001, ANSI / ESD S20.20 dan mematuhi Sony
Green Partner Program.

8
M-SITE

Ditubuhkan pada tahun 1972, M-Site telah diperolehi oleh Kumpulan Hong Leong
pada bulan Jun 1984. Kilang ini mempunyai ruang lantai berjumlah 436,000 kaki persegi
(40,500 m²). M-Site difokuskan pada Assembly dan Final Electrical Test pada produk disokong
di S-Site.

Kumpulan Produk Yang Dihasilkan Di M-Site:

I.C : SOIC & OSOP(150Mil), SOIC(300Mil), MSOP(3.0mm), SSOP(5.3mm),


TSSOP(4.4mm)
MICRO : SC 70, SOT 23, TSOT, SOT66x
POWER : TO220, DDPAK, SOT223

S-SITE

S Site memulakan operasi pada bulan April, 1992. Kilang ini mempunyai ruang lantai
berjumlah 640,000 kaki persegi (60,000 m²). S-Site menyokong Assembly dan Final Electrical
Test untuk kedua-dua M-Site dan S-Site.

Kumpulan Produk Yang Dihasilkan Di S-Site:

MLP : QUAD, DUAL (Saw version)


SiP : System in Package
I.C : PDIP(300 Mil), QSOP(300 Mil)
QFP : MQFP, LQFP
CARSEM SUZHOU

Carsem Suzhou memulakan pengeluaran pada bulan Julai 2004. Kilang ini
mempunyai ruang lantai 600K persegi (56,000 m²). Carsem Suzhou memberi tumpuan
kepada pemasangan dan ujian untuk Pakej Leadframe MLP-Micro (Format QFN) dan produk
Laminate.

Kumpulan Produk Yang Dihasilkan Di Suzhou:


MLP : QUAD, DUAL (Saw version)
SiP : System in Package
Laminate : LGA, BGA

9
BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

Minggu Pertama ( 1 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Melapor diri di Carsem (M) SDN


27 November 2017 - 1 Disember 2017
BHD (S-SITE)
 Mendengar pengenalan tentang
syarikat.
 Memahami penerangan daripada
Kumpulan Network Carsem.

Minggu Kedua ( 2 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

4 Disember 2017 - 8 Disember 2017  Mempelajari kepentingan audit.


 Merekodkan jumlah komputer yang
terdapat di dalam Carsem.
 Mengesan lokasi komputer di dalam
rangkaian.

10
Minggu Ketiga ( 3 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Mengumpul data komputer


11 Disember 2017 - 15 Disember 2017
production bagi Carsem.
 Memindahkan server daripada rak
ke rak yang lain.
 Mempelajari kegunaan VNC
Viewer.
 Mengemaskini perisian Microsoft
Office pada komputer staf Carsem.

Minggu Keempat ( 4 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Membaiki network di AP FOL.


18 Disember 2017 – 22 Disember 2017
 Penyelia menerangkan
keberfungsian switch di dalam AP
FOL.
 Mengemaskini perisian Microsoft
Office pada komputer staf.
 Menukar versi baharu Microsoft
Office kepada yang lama bagi
memenuhi kuota lesen yang dibeli.

11
Minggu Kelima ( 5 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Cuti Hari Krismas


25 Disember 2017 – 29 Disember 2017
 Menukar versi Microsoft Office
pada komputer di Department Test
BU3, Test BU5 dan AP FOL.

Minggu Keenam ( 6 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

1 Januari 2018 – 5 Januari 2018  Menggunakan VNC Remote untuk


menukar versi Microsoft Office
pada laptop staf.

12
Minggu Ketujuh ( 7 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Melakukan Windows Update pada


8 Januari 2018 – 12 Januari 2018
laptop staf.
 Menaiktaraf versi Microsoft Office
pada laptop staf.
 Menukar versi Microsoft Office
pada laptop staf mengikut lesen
yang disediakan.

Minggu Kelapan ( 8 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Menyusun semula senarai rekod


15 Januari 2018 – 19 Januari 2018
komputer yang telah dibuat di
Carsem.
 Relocate komputer dan printer di
Dice Store.
 Membuat kabel LAN untuk patch
panel di Data Center.
 Memasang Symantec dan Service
Pack untuk komputer di MLP FOL.
 Memeriksa sambungan rangkaian
di BU5.

13
Minggu Ke sembilan ( 9 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Mengemaskini rekod inventori data


komputer.
22 Januari 2018 – 26 Januari 2018
 Memeriksa sambungan rangkaian
di MLP FOL.
 Punch Cable untuk patch panel di
Data Center.
 Melabel kabel pada patch panel.

Minggu Ke sepuluh ( 10 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Punch Cable CAT 6 untuk patch


29 Januari 2018 - 2 Februari 2018
panel.
 Melaksanakan 5S bagi pejabat IT.
 Membuat kabel LAN.
 Menukar telefon di MLP Office.
 Mengukur dan membuat kabel
baharu untuk server di Data Center.

14
Minggu Ke sebelas ( 11 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Memasang dan melabel kabel pada


patch panel.
5 Februari 2018 – 9 Februari 2018
 Membuat 4 kabel LAN untuk Data
Center.
 Menyusun semula senarai rekod
komputer yang telah dibuat di
Carsem.
 Membaiki sambungan rangkaian di
BUA Office.
 Membaiki sambungan rangkaian
mesin di MLP FOL.
 Relocate komputer di AP Office.

Minggu Ke dua belas ( 12 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Memeriksa LAN Point di BU5.


 Membuat 2 kabel LAN bagi
12 Februari 2018 – 15 Februari 2018
kegunaan fingerprint scanner di
BU5.
 Memasang pencetak di BU4.
 Escort vendor rangkaian ke lokasi
kerja.
 Menukar kabel LAN di MLP Front.
 Ambil komputer di AP Office.
 Memasang komputer di AP EOL.

15
Minggu Ke tiga belas ( 13 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Membaiki kabel LAN bagi mesin


WBEX003 di AP FOL.
19 Februari 2018 – 23 Februari 2018
 Melaksanakan rekod inventori
mesin di AP FOL.
 Membaiki sambungan rangkaian di
bilik mesyuarat MARS.
 Memasang VIVO Stick bagi LCD di
MLP FOL.
 Memasang Thin Client bagi Epoxy
Cure di MLP FOL.
 Memasang telefon di Incoming QA.

Minggu Ke empat belas ( 14 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Memasang komputer bagi


receptionist
26 Februari 2018 – 2 March 2018
 Membuat dan memasang kabel
LAN untuk mesin di MLP FOL.
 Memasang komputer di BU3.
 Membaiki kabel LAN di AP EOL.
 Melaksanakan rekod inventori bagi
mesin di Production Line.
 Setup laptop baharu untuk staf.

16
Minggu Ke lima belas ( 15 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Relocate komputer di MLP FOL.


 Membaiki kabel rangkaian di Test
5 March 2018 – 9 March 2018
BU2.
 Crimp semula kabel rangkaian di
Test BU4.
 Membuat kabel rangkaian baru
untuk komputer di MLP FOL.
 Membuat 20 kabel CAT5 untuk
Data Center.
 Format laptop staf.
 Membuat kabel baru untuk mesin
WBAM 111 dan 136 di AP FOL.
 Memberi akses kepada CSSFILE1
untuk mesin XRAY di CTC EOL.

Minggu Ke enam belas ( 16 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Menambah MAC Address ke


Router Wifi untuk donggle BU5.
12 March 2018 – 16 March 2018
 Membaiki sambungan rangkaian
staf di Purchasing Department.
 Memasang pencetak di Shipping
Office.
 Membuat kabel rangkaian baru atas
permintaan staf.
 Melakukan housekeeping kabel di
bilik mesyuarat Jupiter.

17
Minggu Ke tujuh belas ( 17 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Format laptop staf.


 Setup 4 Asus Vivo Stick untuk LCD
19 March 2018 – 23 March 2018
MLP FOL.
 Menyediakan rangkaian baharu
untuk bilik manager baharu.
 Membuat kabel rangkaian untuk
LCD MLP FOL.

Minggu Ke lapan belas ( 18 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Mengumpulkan alat dan peranti


bagi Projek Penambahan Switch.
26 March 2018 – 30 March 2018
 Penerangan ringkas berkenaan
projek.
 Memasang intelligent switch pada
rak server.
 Memasang standard switch dan
cable management.
 Menarik kabel uplink bawah lantai
dari main switch ke server.
 Memasang Patch Panel pada rak
server.

18
Minggu Ke Sembilan belas ( 19 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Memeriksa rangkaian bagi mesin


WBAM 107.
2 April 2018 – 6 April 2018
 Memeriksa switch di Shipping
Office.
 Melaksanakan 5S untuk Audit
Pejabat.
 Melakasanakan 5S untuk Audit
Stor.
 Housekeeping kabel di bilik
mesyuarat MARS dan Neptune.
 Scrap barang stor.
 Menukar VLAN bagi komputer UPS
di Shipping Office.

Minggu Ke dua puluh ( 20 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Membaiki rangkaian bagi mesin


WBAM 083 AP FOL.
9 April 2018 – 13 April 2018
 Mengenalpasti lokasi relocate
untuk 2 komputer di MLP FOL.
 Memindahkan kabel rangkaian
untuk komputer di Test BU3.
 Membuat dan memasang kabel
baru untuk mesin Alphasem di AP
FOL.
 Membaiki kabel rangkaian di Test
BU4.
 Membuat dan memasang kabel
baru untuk staf baharu.

19
Minggu Ke Dua Puluh Satu ( 21 )

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Memeriksa rangkaian bagi mesin


WBAM 107.
2 April 2018 – 6 April 2018
 Memeriksa switch di Shipping
Office.
 Melaksanakan 5S untuk Audit
Pejabat.
 Melakasanakan 5S untuk Audit
Stor.
 Housekeeping kabel di bilik
mesyuarat MARS dan Neptune.
 Scrap barang stor.
 Menukar VLAN bagi komputer UPS
di Shipping Office.

Minggu Ke Dua Puluh Dua (22)

TARIKH KERJA / AKTIVITI

 Membaiki rangkaian bagi mesin


WBAM 083 AP FOL.
9 April 2018 – 13 April 2018
 Mengenalpasti lokasi relocate
untuk 2 komputer di MLP FOL.
 Memindahkan kabel rangkaian
untuk komputer di Test BU3.
 Membuat dan memasang kabel
baru untuk mesin Alphasem di AP
FOL.
 Membaiki kabel rangkaian di Test
BU4.
 Membuat dan memasang kabel
baru untuk staf baharu.

20
BAB 3 : SISTEM PENGOPERASIAN

3.1 Pengenalan

Sistem Pengoperasian (Operating System) adalah satu set program untuk komputer
mengendalikan sumbernya sendiri seperti unit pemprosesan pusat ingatan utama .
Ingatan sekunder peranti Input dan Output . Oleh yang demikian perisian aplikasi
pengguna tidak perlu menyediakan semua arahan yang diperlukan oleh komputer . Ini
membolehkan pengaturcara memfokuskan usahanya kepada penyelesaian masalah
kepada pelanggan . Sistem pengoperasian mempunyai tiga fungsi utama iaitu :

a. Untuk mengendalikan perkakasan .


b. Untuk membekalkan atau menyokong perlaksanaan aplikasi .
c. Untuk menyediakan media perhubung antara pengguna .

21
3.1.1 Fungsi Sistem Pengoperasian

Sistem pengoperasian adalah satu perisian yang mengawal perlaksanaan


program aplikasi dan bertindak sebagai antaramuka antara pengguna dan perkakasan
komputer . Dua fungsi utama sistem pengoperasian ialah :

a) Memberikan kemudahan untuk pengguna sistem pengoperasian membuatkan


sistem komputer lebih mudah digunakan.
b) Memberikan perkhidmatan yang cekap . Sistem pengoperasian membolehkan
sumber komputer digunakan dengan cekap.

22
Sistem pengoperasian juga menyediakan satu set program sistem. Implementasi
perisian pengguna biasanya akan menggunakan fungsi-fungsi dalam program sistem
yang akan membantu dalam perekaan program, pengguanaan fail-fail dan pengawalan
peranti Input dan Output. Program sistem yang paling penting dalam satu sistem
komputer ialah sistem pengoperasian. Ia tidak akan menunjukkan perincian perkakasan
kepada pengaturcara. Satu sistem antara muka untuk menggunakan sistem komputer
disediakan oleh system operasi . Aturcara perkhidmatan yang disediakan oleh ‘
Operating System ’ ialah:

a) Mereka bentuk program (Program Design).

 Menyediakan pelbagai kemudahan dalam perkhidmatan untuk


membantu pengaturcara dalam mereka bentuk program.

b) Perlaksanaan Program (Program Execution).


 Melaksanakan sesuatu program. Arahan dan data mesti dimasukkan
ke dalam ingatan utama, peranti Input dan Output dan fail perlu
‘initialized’ dan sumber-sumber lain perlu disediakan. Kesemua tugas
ini dilakukan oleh sistem operasi.

c) Capaian Peranti Input Output ( I/O Device Access )


 Setiap peranti input output memerlukan set arah atau signal kawalan
untuk beroperasi .Sistem pengoperasian menyediakan perincian tugas
ini supaya pengaturcara hanya perlu berfikir untuk membaca dan
menulis ke peranti Input dan Output.

23
d) Kawalan Pencapaian Fail ( File Access Control )
 Kawalan perlu memahami tentang peranti input dan output (disk drive,
tape drive), format dan media penyimpanan dalam ingatan
sekunder.Tugas-tugas terperinci disediakan. Untuk satu sistem
komputer yang mempunyai ramai pengguana (multi user computer
system) yang cuba melaksanakan tugas masing-masing secara
serentak (concurrent execution), system pengoperasian ke sumber di
kongsi (shared resources). Sumber yang selalunya di kongsi adalah
seperti fail , pencetak dan CPU.

e) Kemasukan Sistem ( System Entry )


 Perkongsian sumber, sistem operasi mengawal kemasukan aturcara ke
dalam sistem secara keseluruhan serta pengawalan sumber tertentu
untuk aturcara pengguna.

24
3.1.2 Jenis- jenis Sistem Pengoperasian

Beberapa ciri utama membezakan jenis-jenis sistem pengoperasian dan ciri-


ciri ini terbahagi kepada 2 dimensi.

a) Dimensi pertama menentukan samada sistem itu berbentuk kelompok (batch)


atau interaktif. Dalam sistem interaktif ,pengguna atau pengatur cara
berinteraksi secara terus dengan komputer biasanya melalui papan kekunci
atau terminal untuk memohon perlaksanaan sesuatu kerja atau melakukan
transaksi. Pengguna boleh berinteraksi dengan semasa perlaksanaan. Sistem
kelompok (batch system) adalah bertentangan dengan interaktif. Program
pengguna dihimpunkan bersama dengan program dari pengguna lain dan
dihantarkan oleh operator komputer. Selepas program ini selesai, hasilnya
akan di cetak untuk pengguna.

b) Dimensi pertama menentukan samada sistem itu berbentuk kelompok (batch)


atau interaktif. Dalam sistem interaktif ,pengguna atau pengatur cara
berinteraksi secara terus dengan komputer biasanya melalui papan kekunci
atau terminal untuk memohon perlaksanaan sesuatu kerja atau melakukan
transaksi. Pengguna boleh berinteraksi dengan semasa perlaksanaan. Sistem
kelompok (batch system) adalah bertentangan dengan interaktif. Program
pengguna dihimpunkan bersama dengan program dari pengguna lain dan
dihantarkan oleh operator komputer. Selepas program ini selesai, hasilnya
akan di cetak untuk pengguna.

25
c) Multiprogramming dipanggil multitasking iaitu system pengoperasian akan
menjalankan dua atau lebih program yang bekerjasama di komputer yang
samada dan berkongsi pebagai sumber komputer . Multiprogramming
membenarkan pengguna sumber secara seperti unit pemprosesan pusat untuk
melengkapkan sesetengah aktiviti ( aturcara ) sebelum memberikan sumber
kepada program lain . Dalam ‘multiprogramming system’ pengoperasian
menggunakan gangguan . Ini adalah satu isyarat untuk menangguhkan buat
sementara waktu perlaksanaan program persendirian .

d) Perkongsian masa ( Time Sharing ) ialah perkara penting bagi


multiprogramming di mana beberapa orang menggunakan satu mesin dalam
masa yang sama . Perkongsian masa ini berasaskan masa ( Time Driven ) iaitu
setiap pengguna diberi sebahagian masa di mana komputer bekerja untuk
tugas pengguna sebelum berpindah kepada tugas – tugas pengguna lain .
Masa reaksi ialah masa antara pengguna membuat permintaan dan komputer
membalas . Sistem ini yang memerlukan pengguna mengikut giliran yang
dipanggil penjadualan .

26
3.2 Langkah-Langkah Untuk Mengintalasi Windows 7

Langkah1 :

Masukkan DVD Windows 7 ke “DVD Drive” dan “reboot” komputer .Skrin


pertama akan memaparkan mesej “Windows is loading file”, tunggu sehingga proses
ini selesai.

Rajah 3.2.1

27
Langkah2 :

Kotak pertama , kedua dan ketiga memaparkan pilihan bahasa , zon masa dan
mata wang , serta tetapan papan kekunci . Tetapkan pilihan dan klik pada butang ‘
Next ’ .

Rajah 3.2.2

Langkah3 :

Klik pada butang ‘ install Now ’ untuk memulakan ‘ Instal ’ Windows 7 .

Rajah 3.2.3

28
Langkah4 :

Tandakan pada kotak “I accept license terms” dan klik ‘ Next ’.

Rajah 3.2.4

Langkah 5 :

Klik pada butang ‘ Custom ’ untuk melakukan pemasangan bersih Windows 7.

Rajah3.2.5

29
Langkah 6 :

Pilih ‘partition’ manakah yang akan memuatkan Windows 7, dan klik Next.

Rajah 3.2.6

Langkah7 :

Proses pemasangan telah bermula . Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.

Rajah 3.2.7

30
Langkah 8 :

Setelah proses pemasangan siap beberapa tetapan asas perlu dibuat pada
Windows 7. Pertama sekali . masukkan nama dan nama bagi komputer tersebut .
Kemudian klik pada butang ‘ Next ’ .

Rajah 3.2.8

Langkah 9 :

Masukkan kata laluan bagi akaun Windows 7 , dan klik ‘ Next ’.

Rajah 3.2.9

31
Langkah 10 :

Masukkan nombor siri dan klik ‘ Next ’.

Rajah 3.2.10

Langkah 11 :

Pilih “Use recommended setting” .

Rajah 3.2.11

32
Langkah 12 :

Pilih zon masa dan klik ‘ Next ’.

Rajah 3.2.12

Langkah 13 :

Windows 7 interface.

Rajah 3.2.13

33
3.3 KOMEN DAN CADANGAN

Window 7 tidak memerlukan pemasangan “ driver ” kerana “ installer ” Window


7 telah dilengkapi dengan pelbagai “ driver ” seperti “ Driver Touch pad Laptop ” , “
Sound Card Driver” dan “ Graphic Card Driver”.

3.4 KESIMPULAN

Dalam setiap sistem operasi , terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan


yang tersendiri dalam proses pemasangan Windows 7 . Windows 7 juga boleh
digunakan dalam pelbagai jenis komputer dan ia juga mesra pengguna .

34
Bab 4 : Network Cable

4.1 Pengenalan

Menurut International Standard, ada dua jenis urutan kabel jaringan (Network
Cable) iaitu Straight And Cross Cable.

4.1.1 Straight Cable

Straight Cable digunakan untuk menghubungkan jaringan dari


komputer ke modem .

Gambar rajah 4.1.1 : Straight Cable

35
4.1.2 Cross Cable

Kabel Cross digunakan untuk menghubungkan antara


komputer ke komputer yang lain .

Gambar rajah 4.1.2 : Cross cable

36
4.2 Alatan

4.2.1 Cable Cat – 5e

Gambar rajah 4.2.1 : Cable Cat – 5e

4.2.2 Network LAN Cable Crimper Pliers Tools RJ45 CAT5

Gambar rajah 4.2.2 : Crimper Pliers Tools RJ45

37
4.2.3 Cable Tester

Gambar rajah 4.2.3 : Cable Tester

4.2.4 RJ45

Gambar rajah 4.2.4 : RJ45

4.2.5 Playar

Gambar rajah 6.2.5 : Playar

38
4.3 Cara – cara membuat Straight Cable

4.3.1 Potong kabel

Berapa panjang kabel yang hendak dibuat adalah bergantung


kepada keperluan. Potong kabel network cat5e menggunakan playar
mengikut panjang yang dikendaki. Kemudian, dengan
menggunakan UTP / STP Cable Strippers and Cutters, bahagian putih
kabel cat5e dipotong ( lihat anak panah dibawah ) bagi membolehkan
bahagian kabel berwarna kelihatan.

Gambar rajah 4.3.1(a) : Sebelum dipotong

Gambar rajah 4.3.1(b) : Selepas dipotong

39
4.3.2 Susun kabel berwarna

Gambar rajah 4.3.2(a) : Susun kabel warna

Gambar rajah 4.3.2(b) : Panduan susun kabel warna

40
4.3.3 Crimping

i. Setelah disusun mengikut turutan yang betul, kabel berwarna


tadi dipotong pada bahagian hujungnya menggunakan cable
crimper supaya hujungnya sama .

Gambar rajah 4.3.3(a) : Sebelum Potong

Gambar rajah 4.3.3(b) : Selepas Potong

41
ii. Kemudian masukkan kepala plug connector kepada hujung
kabel berwarna tadi. Pastikan hujung kabel berwarna betul-
betul sampai ke bahagian berwarna emas seperti gambar
dibawah.

Gambar rajah 4.3.3(c) : Kepala Plug Connector

iii. Setelah berpuas hati dengan keadaan kabel di atas, kepala


plug connector tadi di crimp menggunakan crimper bagi
membolehkan bahagian berwarna emas menyentuh
bahagian kabel berwarna.

Gambar rajah 4.3.3(d) : Crimp

42
4.3.4 Uji Kabel

i. Setelah kedua-dua bahagian kabel siap di'crimp', langkah seterusnya adalah


menguji kabel cat-5e tersebut dengan menggunakan cable tester.
Sambungkan salah satu hujung kabel cat-5e kepada bahagian Remote dan
hujung satu lagi kepada Master.

Gambar rajah 4.3.4(a) : Uji kabel

ii. Kabel network yang dihasilkan boleh digunakan sekiranya lampu pada Master
dan lampu pada Remote berjalan dengan selari bermula dari nombor 1
sehingga 8.

Gambar rajah 4.3.4(b) :Contoh penguji kabel

43
4.3 Komen dan Cadangan

Straight Cable merupakan satu cara yang membolehkan menghubungi


jaringan komputer ke modem ia juga sangat mudah untuk kita mengingati
cara – cara melakukan Straight Cable.

4.4 Kesimpulan

Straight Cable dan Cross Cable adalah dua cara untuk menghubungkan
rangkaian . Kedua – dua jenis kabel ini mempunyai ciri masing – masing . Kita
selalu menggunakan Straight Cable daripada Cross Cable .

44
BAB 5 : PEMASANGAN SWITCH

5.1 Pengenalan

a) Switch merupakan satu komponen di dalam rangkaian. Ia digunakan untuk menghubung


pelbagai peranti ke satu rangkaian komputer melalui pertukaran paket data. Ia digunakan
untuk memberikan kemudahan kepada pengguna dalam pertukaran data antara satu sama
lain dalam satu kelompok peranti yang banyak.
b) Switch juga digunakan untuk memberi akses internet melalui satu router/modem dan
router/modem tersebut disambungkan kepada switch melalui satu port.

5.2 Jenis Switch

5.2.1 Managed Switch

 Managed Switch adalah satu peranti yang mudah dan tidak memerlukan pelbagai
konfigurasi. Hanya sekadard plug-and-play. Sekiranya berlaku downtime, switch
berjenis ini hanya memerlukan waktu yang singkat untuk hidup semula.

45
5.2.2 Smart Switch

 Smart Switch mempunyai fungsi yang sama dengan managed switch tapi yang
membezakan antara dua ini ialah:
o Smart Switch mempunyai OS tersendiri.
o Mempunyai built-in anti virus.
o Memerlukan konfigurasi yang banyak dan rumit.

46
5.3 Cara mounting switch

1. Letakkan switch diatas permukaan yang rata dan stabil.

2. Sejajarkan bracket di sepanjang bahagian hadapan atau belakang switch bergantung

kepada cara yang dikhendaki.

5.3.1 Pemasangan Bracket

3. Sejajarkan lubang bawah di dalam kurungan pemasangan dengan lubang pada

panel sisi casis suis.

4. Masukkan skru pemasangan ke dalam lubang yang sejajar. Ketatkan skru.

5. Pastikan lubang lain dalam kurungan pemasangan sejajar dengan lubang pada

panel sampingan. Masukkan skru di setiap lubang dan ketatkan skru.

6. Dapatkan bantuan seorang lagi untuk mengangkat kedua belah switch dan

selaraskannya mengikut rak.Sejajarkan lubang bawah di kedua kurungan

pemasangan dengan lubang di setiap rel rak.

5.3.2 Mounting switch pada rail

47
7. Dengan bantuan orang kedua, masukkan suis ke rak dan ketatkan rak menggunakan

skrew yang sesuai.

8. Pastikan kedudukan switch sejajar dengan post-holes pada rak.

5.3.3 Hasil pemasangan

5.4 Kesimpulan

Switch memainkan peranan yang penting di dalam sesuatu organisasi besar seperti kilang-kilang dan
ia juga membantu dalam mewujudkan kemudahan dalam pertukaran data dan maklumat.
Penggunaan switch juga membantu dalam merekodkan data-data penting berkenaan perkara yang
terjadi di dalam organisasi sekaligus membantu dalam pemantauan sistem.

48
BAB 6 : KESIMPULAN

6.1 Kesimpulan

Definisi Latihan Industri ini secara umumnya ialah pelajar mempelajari sesuatu
yang baru mengenai alam pekerjaan yang sebenar dan menggunakan segala ilmu
yang dipelajari semasa berada di Politeknik bagi melaksanakan segala tugasan yang
diberikan oleh penyelia . Pelajar haruslah mengaplikasikan segala ilmu yang diperoleh
semasa menjalani Latihan Industri bagi meneruskan pengajian pada semester
seterusnya .

Selepas saya menjalani dan menyiapkan laporan Latihan Industri ini perkara
yang mengajar saya untuk mencapai kejayaan di dalam kehidupan. Antara kerja yang
saya telah pelajari semasa Latihan Industri di Syarikat Fanuras Enterprise ialah kerja-
kerja teknikal komputer , pengurusan pejabat , penjualan barang dan sebagainya .
Dengan adanya kerja-kerja teknikal komputer , saya dapat pelajari masalah komputer
, sebab kerosakan komputer tersebut dan cara-cara membaiki komputer berkenaan .

Seperti mana yang kita ketahui , komputer amat penting bagi semua individu
kerana penggunaan komputer pada masa kini amat meluas . Justeru itu , saya juga
dapat mempelajari kerja-kerja teknikal komputer yang selama ini saya tidak pelajari
dengan lebih mendalam dan fungsi penggunaan komputer tersebut . Di samping itu
juga , Latihan Industri ini dapat membantu saya meningkatkan lagi kualiti yang berada
pada diri saya sendiri .

Dengan ini saya dapat merumuskan bahawa Latihan Industri ini dapat
membantu saya mengenali dunia pekerjaan yang sebenar . Secara tidak langsung , ia
dapat membantu saya membuat perancangan sebelum menceburkan diri di dalam
bidang teknologi maklumat yang saya sedang pelajari .

49
BAB 7 : KOMEN DAN CADANGAN

7.1 Komen dan Cadangan

Sepanjang tempoh Latihan Industri saya banyak mempelajari sesuatu yang


baru . Saya belajar mengenai mengformat dan menginstalasi window 7 dan
pendawaian rangkaian . Selain itu , pihak firma juga haruslah menyediakan bahan-
bahan bacaan atau rujukan yang sesuai untuk pelajar membuat rujukan dengan lebih
mudah .

Bagi pihak Jabatan pula , perlulah menitikberatkan apa yang perlu diberikan
untuk menambah pengetahuan pelajar . Sekurang - kurangnya pihak Jabatan Perlu
membuat perancangan terlebih dahulu untuk memudahkan perjalanan Latihan Industri
ini dapat berjalan dengan lancar . Sekiranya tanpa perancangan , ia akan
menyukarkan para pelajar untuk membuat penyusunan laporan Latihan Industri
kerana menghadapi masalah yang agak merumitkan semasa menyiapkan laporan .

50
Bibliografi dan Rujukan

1. http://www.wikipedia.org/ (Wikipedia)

2. https://www.juniper.net/documentation/en_US/release-
independent/junos/topics/task/installation/ex3200-mounting-on-two-post-rack-or-
cabinet.html

3. http://www.wikihow.com/Install-Windows-7-for-Beginners

4. Dokumen – dokumen dan tender syarikat.

5. Buku rangkaian komputer.

6. Fail-fail juruteknik syarikat.

51
LAMPIRAN

Figure 1 Pemasangan Bracket pada Switch

Figure 2 Pemasangan Switch pada Rack

52
Figure 3 Membuat kabel untuk Patch Panel

Figure 4 Proses penarikan kabel Uplink daripada switch ke server

53
Figure 5 Punch kabel ke port patch panel

Figure 6 Pemasangan patch panel pada rack

Figure 7 Pemasangan switch pada rack

54

You might also like