You are on page 1of 1

TUTO 5: Huraikan langkah-langkah untuk melaksanakan perkhemahan pengakap (20m).

Cikgu Yok dan Cikgu Grace akan mengadakan perkhemahan bagi Unit Beruniform
Pengakap Sekolah Kebangsaan Bangsar, Kuala Lumpur di Hutan Simpan Bukit Nanas, Kuala
Lumpur. Oleh yang demikian, mereka perlu mematuhi langkah-langkah keselamatan untuk
menjalankan lawatan tersebut.

Sebelum menjalankan aktiviti perkhemahan tersebut, guru perlu membuat kertas kerja
untuk diluluskan oleh Guru Besar dan Jabatan Pendidikan Negeri sekurang-kurangnya lima
minggu sebelum tarikh perkhemahan. Kertas kerja tersebut hendaklah mengandungi butiran-
butiran penting perkhemahan seperti matlamat, objektif, ahli jawatankuasa, tarikh, tempat dan
masa, bilangan murid dan guru pengiring serta anggaran belanjawan.

You might also like