You are on page 1of 1

TUTO 5: Huraikan langkah-langkah untuk melaksanakan perkhemahan pengakap (20m).

Seterusnya, selepas kertas kerja diluluskan, guru perlu mendapatkan kebenaran


bertulis daripada ibu bapa atau penjaga murid untuk mengikuti perkhemahan tersebut
dengan mengedarkan borang kebenaran ibu bapa dan penjaga. Hal ini bagi memastikan jumlah
sebenar peserta perkhemahan untuk menentukan jumlah guru pengiring. Hal ini demikian
kerana, Kementerian Pendidikan Malaysia menghebahkan kepada semua sekolah bagi
memastikan nisbah jumlah guru pengiring kepada murid adalah sekurang-kurangnya 1:10
apabila mengadakan sebarang perkhemahan atau lawatan di sekolah.

Setelah itu, guru akan menghubungi syarikat pengangkutan bas bagi menguruskan
pergerakan pergi dan balik murid dari sekolah ke tapak perkhemahan. Dalam hal ini, guru
perlu memastikan bas yang ditempah mempunyai insurans penumpang, permit perjalanan
yang sah dan dipandu oleh pemandu yang cekap dan berhemah. Hal ini bagi menjamin
keselamatan peserta perkhemahan. Malah peti pertolongan cemas yang lengkap perlu
dibawa bersama. Guru pengiring juga hendaklah arif dan mahir dalam hal yang berkaitan
pertolongan cemas bagi menghadapi sebarang kecemasan dan risiko sepanjang perkhemahan.

You might also like