You are on page 1of 14

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

Mesyuarat JK Induk Hal Ehwal Murid Kali Pertama Sesi 2014 akan diadakan pada 27 Disember 2013.
Sebelum bermesyuarat kita fahami tugas dan tanggungjawab kita ye. Semoga kita memahami dan
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh ikhlas dan dedikasi demi
kecemerlangan anak-anak didik.

SENARAI TUGAS

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Mukadimah

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab mempertingkatkan
disiplin kebajikan murid, dan penerapan nilai-nilai murni.

1. Bidang Tugas

1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong

Kanan I

1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar

1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran Hal-Ehwal

Murid.

1.4 Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sesi petang bagi sekolah-sekolah yang

mempunyai sesi petang.

1.5 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal-ehwal murid.

1.6 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
2. Senarai Tugas

2.1 Disiplin

a. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.

b. Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.

c. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-

peraturan tatatertib dan salahlaku.

d. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.

e. Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

2.2 Bimbingan dan Kaunseling

a. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.

b. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan keunseling murid dan menyediakan

laporan yang diperlukan.

c. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.

2.3 Kesihatan dan Kebajikan Murid

a. Menguruskan kemudahan rawatan murid.

b. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti

menguruskan Kad 001/002, PKS 1/PKS 2 dan Kad Tenaga Asas.

c. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.

d. Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.

e. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan Amalan Makanan dan


Pemakanan, Projek Susu dan lain-lain rancangan bantuan dan kebajikan murid.

f. Memastikan langkah-langkah keselamatan semasa berada di sekolah sentiasa dilaksanakan.

2.4 Skim Pinjaman Buku Teks

a. Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira.

b. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik Buku

SPBT.

c. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim pinjaman buku teks.

3. Pentadbiran

3.1 Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftaran Murid

3.2 Menyemak Buku Kedatangan Harian Murid

3.3 Mengurus kemasukan dan penempatan murid.

3.4 Mengurus pertukaran murid.

3.5 Mengurus surat akaun, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil

berhenti sekolah.

3.6 Menyemak buku/kad kemajuan murid dan jadual markah.

3.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.

4. Pengawasan Asrama (Jika ada)

4.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.

4.2 Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.

4.3 Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama.


4.4 menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama.

4.5 Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur.

4.6 Menyelaras pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama.

4.7 Membantu dalam urusan sebutharga/tender makanan asrama sekolah.

4.8 Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah

dan kokurikulum diadakan.

4.9 Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama.

4.10 Penasihat Lembaga Pengawas Asrama.

5. Tugas-tugas Lain

5.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke

semasa.

5.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari

masa ke semasa.

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA UNIT HAL EHWAL MURID

SK MARIAN CONVENT, IPOH

JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1. Mengenalpasti potensi murid dan memupuknya hingga ke tahap cemerlang.


2. Memberikan khidmat bantuan kepada murid yang bermasalah.

3. Mengurus hal-hal berkaitan kebajikan murid.

4. Mengelolakan program latihan kepemimpinan dan organisasi pelajar.

5. Mengendalikan program orientasi murid.

6. Mengatur dan mengelola aktiviti untuk mencapai kecemerlangan murid dan sekolah. Menyediakan
Pelan Strategik dan Pelan Taktikal ke arah pelaksanaan yang berkesan.

7. Mengurus perkembangan disiplin dan sahsiah murid yang cemerlang.

8. Mengurus segala mesyuarat, mengemaskini sistem fail dan menyedia laporan dari semasa ke
semasa dengan cekap dan sistematik.

9. Menyertai sebarang pertandingan luar yang boleh meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah
selaras dengan konsep kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah.

JAWATANKUASA BIMBINGAN KAUNSELING & MOTIVASI

1. Menasihati / membimbing murid yang bermasalah.

2. Merekod murid yang bermasalah.

3. Mempamerkan carta unit bimbingan dan kaunseling

4. Membuat laporan murid bermasalah untuk tindakan susulan.

5. Merancang dan melaksana program motivasi dan ceramah khas dari luar dan peringkat

sekolah.

6. Merancang, mengurus dan melaksana Program Guru Penyayang

7. Mengurus dan melaksana Program Pencegahan Dadah dan Jenayah.

8. Menyedia dan mengemaskini fail dan bilik kaunseling yang lengkap dan sesuai.

memaksimumkan penggunaannya.

9. Mengambil tindakan segera dan proaktif bagi mengatasi semua masalah yang dapat
dikesan.

10. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit

mesyuarat berkenaan.

11. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA DISIPLIN & PENGAWAS SEKOLAH

1. Mengadakan mesyuarat dan minit mesyuarat berkenaan

2. Meningkatkan mutu disiplin di kalangan murid dengan menguatkuasakan peraturan sekolah.

3. Merancang dan melaksanakan program / aktiviti yang bertujuan meningkatkan tahap disiplin
murid.

4. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin
murid.

5. Menyelesaikan masalah ketidakakuran disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas.

6. Mengurus kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah.

7. Mewujudkan sistem rekod disiplin dan sistem pemantauan yang berkesan.

8. Menerima laporan pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.

9. Menentukan bahawa tindakan diambil terhadap murid-murid yang melanggar peraturan sekolah.
Jika perlu kes-kes tertentu mestilah dibawa kepada tindakan kaunselor, PK HEM atau terus kepada Guru
Besar.

10. Mengurus surat mesyuarat yang bersangkutan dengan tugas-tugas di atas termasuk memaklumkan
kepada penjaga tentang tindakan disiplin yang dikenakan terhadap anak mereka.

11. Menjalankan rondaan (dengan bantuan guru bertugas harian) untuk mengesan murid yang ponteng
dan melanggar disiplin sekolah.

12. Mencatat semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin / buku kaporan
disiplin.
13. Menyediakan dan membekalkan data serta maklumat disiplin kepada kementerian
pelajaran/jabatan pelajaran/ PPD. (SSDM)

14. Merancang program dan kerja-kerja pengawas dan ketua kelas sepanjang tahun.

15. Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pengawas dan ketua kelas dari semasa ke
semasa.

16. Mengawasi kewibawaan pengawas-pengawas pada pandangan murid-murid termasuk prestasi


akademik mereka.

17. Merancang dan menguruskan temuduga pemilihan pengawas akhir tahun dan majlis perlantikan
pengawas & ketua kelas pada awal tahun.

18. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat
berkenaan. Menyediakan laporan Tahunan

19. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA KEBERSIHAN & KECERIAAN

1. Bertanggungjawab merancang pelan tindakan pengurusan kebersihan sekolah.

2. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan kebersihan murid.

3. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan murid dan sekolah secara
berkala.

4. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan/komuniti program kebersihan dan


keceriaan.

5. Merancang, melaksana dan memantau program/ aktiviti untuk mengekal dan meningkatkan tahap
persekitaran sekolah yang bersih dan ceria.

6. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup bersih dan sihat.

7. Menyedia dan membuat laporan berkala.

8. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat


berkenaan.
9. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA KESELAMATAN & KECEMASAN

1. Bertanggungjawab merancang pelan tindakan pengurusan keselamatan sekolah.

2. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid dan sekolah.

3. Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi sebarang krisis/ bencana.

4. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan keselamatan sekolah dipatuhi
oleh syarikat kawalan keselamatan sekolah.

5. Menentukan semua polisi, manual dan tatacara keselamatan mengikut piawaian yang ditentukan
oleh badan-badan profesional yang berkaitan dengan keselamatan.

6. Menyediakan pelan kebakaran sekolah di sudut tertentu dan kelas.

7. Membuat latihan kebakaran sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

8. Mengadakan ceramah/taklimat/pameran/demotrasi dengan kerjasama agensi yang berkaitan.

9. Menyediakan laporan secara berkala.

10. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat
berkenaan.

11. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA KESIHATAN & RAWATAN

1. Bertanggungjawab merancang pelan tindakan program pembangunan kesihatan murid.

2. Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan murid di sekolah.
3. Membuat pemantauan pelaksanaan pendidikan kesihatan murid dan program kesihatan sekolah.

4. Menyediakan pelan kontingensi kebersihan untuk menengani kes-kes seperti jerebu, keracunan
makanan, jangkitan kudis buta dan lain-lain.

5. Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu.

6. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kesihatan.

7. Menyedia dan membuat laporan berkala.

8. Mengurus dan memastikan peti ubat disediakan dan lengkap.

9. Mengumpul dan mengurus kad kesihatan dengan kerjasama guru kelas.

10. Bertanggungjawab mengurus pemeriksaan kesihatan / gigi oleh Jabatan Kesihatan.

11. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran, derma darah dan lain-
lain yang sesuai.

12. Mengurus murid-murid yang memerlukan rawatan di hospital.

13. Menyediakan laporan bulanan dan tahunan analisis kesihatan murid..

14. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat
berkenaan.

15. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA KANTIN

1. Memastikan kebersihan kantin sentiasa terjaga dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

2. Memastikan pihak kantin sentiasa mematuhi garis panduan pengendalian kantin.

3. Memantau kebersihan, kepelbagaian menu dan mutu masakan.

4. Memastikan perkhidmatan kantin mesra, cekap dan memuaskan pelanggan.

5. Mengambil tindakan segera dan proaktif bagi mengatasi semua kelemahan yang dapat dikesan.

6. Menyediakan laporan harian dan bulanan ke pihak terbabit/PK HEM.


7. Menceriakan kantin dengan lebih konduksif.

8. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat


berkenaan.

9. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA RMT/ PROGRAM SUSU SEKOLAH

1. Pemilihan murid yang layak menerima RMT dan Program Susu Sekolah

2. Pemilihan pembekal makanan.

3. Penyeliaan dan pelaksanaan program RMT dan Susu Sekolah

4. Pastikan kebersihan dan keselamatan semasa makan.

5. Mengemaskinikan rekod dan penyediaan laporan.

6. Membanci murid yang patut menerima susu percuma.

7. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit

mesyuarat berkenaan.

8. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

1. Mengurus fail dan bilik SBPT sentiasa dikemaskini dan teratur.

2. Mengedar dan memungut semula borang-borang SPBT

3. Memesan buku –buku teks


4. Menerima buku-buku daripada pembekal, menyemak dan merekod ke dalam buku stok.

5. Memproses buku-buku yang diterima.

6. Memberi pinjaman buku-buku teks kepada murid.

7. Memungut kembali buku-buku teks daripada murid.

8. Melakukan aktiviti pemeriksaan buku-buku teks dari semasa ke semasa.

9. Memilih dan melantik Pengawas SPBT/Bilik BOSS.

10. Melapor sebarang keperluan buku teks.

11. Mengurus pelupusan buku teks.

12. Mengemaskini maklumat dan menyedia laporan ke pihak berkenaan.

13. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat
berkenaan.

14. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA PERABOT

1. Menerima dan merekod senarai peralatan dan perabot dalam buku stok/inventori.

2. Melabel nombor siri semua peralatan dan perabot.

3. Menyediakan borang dan mengedar kepada guru kelas senarai inventori di dalam kelas.

4. Memantau dan melapor sebarang kerosakan peralatan atau perabot kepada pihak pentadbir.

5. Membantu menguruskan pelupusan perabot.

6. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat


berkenaan.

7. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa


JAWATANKUASA DATA MURID

1. Mengurus kemasukan murid baharu.

2. Mendaftarkan murid baharu ke dalam buku daftar masuk dan buku rekod keluar sekolah.

3. Menentukan penerimaan kad kemajuan dan kad 001 dari sekolah terdahulu.

4. Menentukan kad kemajuan dan kad 001 murid yang bertukar dari sekolah ini dihantar ke pejabat
sekolah

5. Memastikan penerimaan kelulusan bagi pelajar yang memohon bertukar dari sekolah ini.

6 6. Mengemaskini dan menyediakan maklumat /data terkini setiap hujung bulan (sebelum 5hb).

7. Memaklumkan kepada PK HEM sebarang perubahan data/maklumat murid.

8. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat

berkenaan.

9. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA KEBAJIKAN & BANTUAN

1. Memantau perancangan, pelaksanaan dan pelaporan semua unit bantuan dan kebajikan murid.

2. Membentuk tabung kebajikan murid dan Tabung kilat/kecemasan.

3. Menguruskan hal ehwal derma dari luar.

4. Mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan dan menguruskan kebajikan mereka.

5. Mengenalpasti dan mengurus murid-murid yang layak mendapat bantuan biasiswa, KWAMP, derma
dan bantuan peralatan / pakaian. Menyimpan rekod dan menganalisis prestasi akademik / sahsiah
mereka untuk tujuan rujukan dan penyambungan bantuan.
6. Memastikan semua murid mempunyai pelan perlindungan insuran takaful.

7. Mengenalpasti murid yatim dan susah (miskin).

8. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit yang berkenaan.

9. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA LAWATAN & PENANDA ARAS

1. Merancang, menyedia dan mengurus dokumen dan tatacara lawatan mengikut prosedur
KPM/JPN/PPD

2. Mengurus surat dan kebenaran dengan pihak yang terlibat (pengangkutan, penginapan

dan tempat)

3. Mengurus dan menyiapkan semua dokumen peserta yang terlibat termasuk surat kebenaran ibu
bapa .

4. Menyediakan tentatif lawatan dan memberikan taklimat kepada semua peserta.

5. Memastikan keselamatan peserta sepanjang program/aktiviti/lawatan.

6. Menyediakan laporan.

7. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit yang berkenaan

8. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA SAMBUTAN & PERAYAAN

1. Merancang dan berbincang bersama Pentadbir program dan aktiviti.

2. Menyelaras pelaksanaan program/aktiviti yang dirancang.

3. Mengadakan mesyuarat dan taklimat untuk semua guru/jawatankuasa


4. Menyediakan laporan program/aktiviti.

5. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit yang berkenaan

6. Melaksanakan arahan Guru Besar/ Penolong Kanan dari semasa ke semasa.

You might also like