You are on page 1of 3

TUDM Butterworth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


(Dilencongkan dari Lapangan Terbang TUDM Butterworth)
Lompat ke: pandu arah, cari

Pangkalan Udara Butterworth (IATA: BWH, ICAO: WMKB) adalah sebuah pangkalan udara
utama milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Pangkalan ini terletak di bahagian utara bandar
Butterworth. Di kalangan penduduk tempatan ia dipanggil sebagai “Matang Kucing” iaitu
singkatan daripada nama Permatang Kucing, nama tempat asal sebelum dibangunkan pangkalan
udara dan juga kadangkala dipanggil “Padang RAAF”.

Selamat datang ke Pangkalan Udara Butterworth

Pangkalan Udara TUDM Butterworth kini menempatkan Skuadron F/A-18D TUDM di samping
Sekolah Latihan Penerbangan (Pulatibang) TUDM.

TUDM Butterworth juga adalah pusat pemerintahan pertahanan udara IADS di bawah Program
Pertahanan Lima Negara.

[sunting] Sejarah

Lambang Stesen RAF Butterworth


Sejarah pangkalan udara Butterworth bermula dalam tahun 1941 apabila Tentera Udara Diraja
British (RAF) membuka sebuah pangkalan pembaikan pesawat. Tentera Udara Diraja Australia
(RAAF) kemudian menggunakan pangkalan pembaikan ini sebagai penempatan pesawat
peninjau menggunakan pesawat Brewster Buffalo.

Pada 7 Disember 1941, pangkalan ini digunakan oleh pasukan Berikat untuk menempatkan
pesawat pengebom Blenheim milik RAF dan pesawat Brewster Buffalo milik RAAF. Dua hari
kemudian, 9 Disember 1941 pangkalan ini diserang oleh pesawat udara Jepun. Kesemua pesawat
pengebom jenis Bleinheim musnah. Pangkalan Udara Butterworth sendiri rosak teruk. Beberapa
pesawat Brewster Buffalo dapat berlepas untuk memberikan tentangan tetapi tidak dapat
bersaing dengan keupayaan pesawat juang tentera laut jenis Mitsubishi A6M Zero dan pesawat
juang tentera darat Nakajima Ki-43 Hayabusa. Selepas ditawan Jepun, sebuah landasan dibina di
arah timur-barat untuk kegunaan tentera udara Jepun. Landasan ini masih ada sekarang dan
digunakan untuk memarkir kapal terbang.

Setelah Jepun menyerah diri, pangkalan Butterworth kembali digunakan oleh Tentera Udara
Diraja British untuk mengisi minyak pesawat untuk perjalanan Singapura ke Sri Lanka. Semasa
darurat, pangkalan udara Butterworth digunakan oleh 33 Skuadron RAF (dilengkapkan dengan
Hawker Tempest) untuk menjalankan misi pengeboman dan serangan roket ke atas kubu dan
kedudukan pengganas komunis. Operasi ini berterusan sehingga tahun 1955. Pesawat pengebom
jenis Avro Lincoln milik RAAF juga ditempatkan di Butterworth bagi menjalankan misi
pengeboman.

Pada tahun 1955, RAF menyerahkan pangkalan udara Butterworth kepada RAAF. Pangkalan
Udara Butterworth dibina semula dengan belanja A$10 juta. Sebuah landasan dengan panjang
3,000 meter dibina dengan arah utara-selatan (landasan yang ada sekarang). Walaupun milik
RAF, RAAF menggunakan Pangkalan Udara Butterworth untuk menempatkan 78 Fighter Wing
terdiri dari 3 Skuadron dan 77 Skuadron dengan pesawat F-86 Sabre dan 2 Skuadron dengan
pesawat pengebom English Electric Canberra. Semasa Konfrontasi Indonesia 1963-1966,
pesawat Sabre dari 77 Skuadron RAAF selalu memintas pencerobohan oleh pesawat Mig-21
milik TNI-AU Indonesia.[1]

[sunting] TUDM Butterworth


B737-7h6 BBJ, pesawat eksekutif Kerajaan Malaysia yang membawa orang kenamaan
khususnya Yang DiPertuan Agong, Sultan dan Raja-Raja Tanah Melayu

Pangkalan Udara Butterworth diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia pada 31 Mac
1970 sebagai memenuhi Persetujuan Dudley 1955. Oleh kerana TUDM masih belum mempunyai
keupayaan tempur, Tentera Udara Diraja Australia masih diberikan tanggungjawab untuk
memberikan perlindungan pertahanan udara. Oleh itu, 2 buah skuadron Dassault Mirage III
RAAF ditempatkan di Butterworth.

TUDM Butterworth juga dijadikan ibu pejabat Sistem Pertahanan Kawasan Bersepadu (IADS) di
bawah Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) melibatkan Malaysia, Australia, Singapura,
New Zealand dan United Kingdom.

Dalam tahun 1969, 11 Skuadron TUDM ditubuhkan menggunakan 12 pesawat F86 Avon Sabre
yang didermakan Australia. Pada 1 Januari 1971, Pusat Pertahanan Udara TUDM menempatkan
radar Marconi A600 di Butterworth, menggantikan unit radar RAF di Pulau Pinang. 3 Skuadron
TUDM dengan helikopter S-61 Nuri juga ditempatkan di TUDM Butterworth.

Pada 31 Mei 1975, 12 Skuadron TUDM ditubuhkan dengan kelengkapan 16 buah pesawat
pejuang supersonik jenis Northrop F5E. 11 Skuadron F86 (Sabre) dibubarkan dan ditubuhkan
semula dalam tahun 1983 dengan pesawat peninjau RF-5E Tigereye. Dalam tahun 1986, 18
Skuadron TUDM ditubuhkan di Butterworth dengan 8 buah pesawat F-18D Hornet.

Kini TUDM Butterworth menjadi pangkalan udara utama untuk TUDM. Tetapi RAAF masih
menempatkan satu skuadron sokongan untuk membolehkan penempatan pesawat-pesawat
terbang dari RAAF untuk beroperasi di TUDM Butterworth. RAAF selalu menempatkan satu
detasmen pesawat P-3C Orion di TUDM Butterworth. Pesawat F/A-18 Hornet RAAF juga selalu
digilirkan penempatan di Butterworth.

You might also like