You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

PELANCARAN PUSAT SUMBER, “ENGLISH VILLAGE” DAN


SINGGAHAN ILMU SMK PASIR PANJANG

1) KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

-Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum……… Salam


sejahteradan Salam SatuMalaysIa,

- Yang Berbahagia En Abu Hassan Bin Ahmad, Director of Sales –


Major Corporate Account Honey Vacation Travel & Tours Sdn Bhd
-Yang Berbahagia YDP Pibg SMK Pasir Panjang, Puan Nor Azlina
Binti Mohd Ros
-Yang berusaha En Roslan Bin Mohd Zainal, Pengetua SMK Pasir
Panjang
-Yang dihormati En Abdul Wahid Bin Abdul Ghani, GPK
Pentadbiran, En Mohd Kavi Bin Shamsudin GPK Hal Ehwal
Murid,, Ketua Bidang ,guru-guru, dan rakan-rakan SMK Pasir
Panjang sekalian.

Kami, Nurhidayah __________________, dan Nurin Nabila dari


kelas 5 UM adalah pengacara pada majlis ini.

- Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat


Ilahi di atas limpah kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama
meraikan Majlis Pelancaran PUSAT SUMBER, “ENGLISH
VILLAGE” DAN SINGGAHAN ILMU SMK PASIR PANJANG
pada hari ini.
Ucapan terimakasih juga kepada semua yang sudi meluangkan
masa untuk member sokongan kepada Pusat Sumber dan pihak
sekolah. Semoga usaha kitasemua diberkati Allah.
Sarung ketupat berisi inti,
Dibawa budak sambil berlari;
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri .

Untuk makluman semua, matlamat majlis pelancaran PUSAT


SUMBER, “ENGLISH VILLAGE” DAN SINGGAHAN ILMU
SMK PASIR PANJANG pada hari ini adalah untuk mepupuk
semangat membaca dan menggalakkan penimbaan ilmu dikalangan
warga SMK Pasir Panjang.

Semoga kepentingan membaca tidak hilang dan luntur dek


peredaran masa.. Ia juga bertujuan untuk member peluang kepada
rakan-rakan untuk menyertai pelbagai aktiviti yang akan
dianjurkan.

2) Ucapan Guru Media dan Pustaka

Untuk tidak melengahkan masa, majlis mempersilakan Puan


Jamaliah Binti Mohd Tarmizi, selaku Guru Media dan Pustaka
untuk memberikan ucapan seterusnya menyampaikan watikah
pelantikan pengawas pusat sumber SMK Pasir Panjang. Majlis
mempersilakan.
3) Ucapan pengetua

Hadirin sekalian,

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan En Roslan Bin


Mohd Zainal, Pengetua SMK Pasir Panjang untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada En Roslan Bin Mohd Zainal,


Pengetua SMK Pasir Panjang atas ucapan sebentar tadi

4). Penyampaian Hadiah Projek Bahasa Inggeris

Hadirin sekelian..
Untuk Makluman semua, tetamu kita pada hari ini, En Abu hassan
Bin Ahmad merupakan Director of Sales – Major Corporate
Account Honey Vacation Travel & Tours Sdn Bhd, Bandar Sunway
Petaling Jaya, Selangor telah bermurah hati untuk
menyumbangkan buku untuk English Village SMK Pasir Panjang
dan memberikan hadiah kepada para pemenang yang telah berjaya
dalam pertandingan Projek Bahasa Inggeris SMK Pasir Panjang.
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan
berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti
membuahkan kejayaan dan kecemerlangan seperti melalui
pembacaan buku-buku .Oleh itu, murid-murid yang banyak
membaca sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi
pencetus semangat kepada rakan-rakan yang lain untuk teru
berusaha mengejar ilmu dan cita-cita.
Dengan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan En Abu
Hassan Ahmad diiringi oleh Encik Roslan Bin Mohd Zainal untuk
menyampaikan hadiah kepada wakil setiap pemenang.
Dipersilakan..
1)________________________________________________________
2)________________________________________________________
3)________________________________________________________
4)________________________________________________________
5)_______________________________________________________
Hasil kerja Projek BI ada dipamerkan di teratak English Village.
5) Penyerahan Buku
Seterusnya majlis mempersilakan En Roslan Bin Mohd Zainal
untuk menerima buku-buku yang telah dihadiahkan oleh En Abu
Hassan.. Terima kasih daun keladi kami ucapakan kepada Encik
Abu Hassan.. semoga tahun hadapan diteruskan lagi.

6)Pelancaran oleh En Abu Hassan

Kita teruskan majlis dengan PELANCARAN BULAN PUSAT


SUMBER, “ENGLISH VILLAGE” DAN SINGGAHAN ILMU
SMK PASIR PANJANG dan menyaksikan Gimik Pelancaran.
Majlis dengan ini mepersilakan En Roslan Bin Mohd Zainal,
Pengetua SMK Pasir Panjang dan Puan Azlina Binti Mohd Ros,
YDP PIBG SMK Pasir Panjang untuk mengiringi En Abu Hassan
Bin Ahmad ke teratak “ENGLISH VILLAGE” DAN
SINGGAHAN ILMU SMK PASIR PANJANG bersempena Bulan
Pusat Sumber untuk melaksanakan gimik pelancaran.
Terima kasih diucapkan kepada En Abu Hassan Bin Ahmad atas
kesudian melancarkan gimik Pelancaran “ENGLISH VILLAGE”
DAN SINGGAHAN ILMU SMK PASIR PANJANG bersempena
Bulan Pusat Sumber sebentar tadi. Terima kasih sekali lagi.

Majlis seterusnya mempersilakan En Roslan Bin Mohd Zainal


menyerahkan sedikit cenderahati dari pihak sekolah kepada En
Abu Hassan. Terima kasih diucapkan.

7) Ceramah Motivasi
Untuk makluman semua ceramah motivasi oleh En Abu Hassan Bin
Ahmad akan diadakan bersama pelajar dan guru-guru didewan.
Peserta untuk Bengkel HAIKU diminta berkumpul di makmal ICT
dan Peserta Program Blind Date With A Book diminta berkumpul
di dewan.

8. Penutup.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Majlis kita sudah sampai kepenghujungnya.Semoga program yang


dirancang ini telah Berjaya mencapai objektifnya.

Sekian, Wabillahitaufikwalhidayah, Wassalamualaikum………….

Terimakasih.

You might also like