You are on page 1of 39

1 CERITA

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Kamu dan beberapa orang rakan sedang berbual-bual di taman permainan. Tiba-tiba kamu terdengar
suara seorang kanak-kanak menangis kerana terjatuh dari buaian.
Ceritakan bagaimana kamu dan rakan-rakan kamu membantu kanak-kanak tersebut.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

membantu mencuci berasa mengelap meluru

menahan sampai terjatuh sedang melihat

MALANG TIDAK BERBAU

Pada petang kelmarin, aku dan beberapa orang rakan …(1)… berbual-bual di taman
permainan yang tidak jauh dengan rumah kami. Bencana tsunami menjadi topik perbualan kami
pada petang itu.
Tidak berapa lama kemudian, terdengar suara kanak-kanak menjerit dan menangis. Kami
...(2)... ke arah tersebut. Rupa-rupanya seorang kanak-kanak ...(3)... dari buaian. Mukanya
tersembam ke atas tanah.
Aku meminta Wai Hoe mencari ibu kanak-kanak yang malang itu. Hal ini demikian kerana
aku dan Thomas terpaksa mengangkat kanak-kanak itu ke sebuah pondok. Aku ...(4)... mukanya
yang bertanah itu dengan sapu tanganku. Thomas pula ...(5)... darah pada lutut kakinya.
Tidak lama kemudian, ibu kanak-kanak itu pun muncul. Aku menceritakan kepadanya apa
yang telah berlaku. Wanita itu kelihatan cemas ...(6)... keadaan anaknya. Dia berkali-kali
mengucapkan terima kasih kepada kami kerana ...(7)... anaknya.
Kami menghantar kanak-kanak itu ke rumahnya. Setelah ...(8)... di rumahnya, kami
membantu ibunya mencuci luka-luka kecil di bahagian muka, tangan, dan kaki kanak-kanak itu.
Rohaizat tersengih-sengih ...(9)... kepedihan akibat disapu ubat di bahagian luka tersebut.
Sebelum kami beredar dari rumah Rohaizat, ibunya menjamu kami dengan cempedak
goreng dan air oren. Kami ...(10)... gembira kerana dapat menolong anak jiran kami yang dalam
kesusahan. Rohaizat pula tersenyum seraya mengucapkan terima kasih kepada kami.
2 CERITA

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, kamu ternampak seorang tua terjatuh
di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya bertaburan.
Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

lelaki kecil peralatan menahan barang

mengutip menghidangi pondok mempelawa pulang

SEDIA MENGHULURKAN BANTUAN

Saya dan kawan-kawan saya menuju ke …(1)… perhentian bas. Kami bercadang hendak
pergi ke bandar Sitiawan, Manjong. Saya berhasrat untuk membeli barang-barang keperluan
sekolah dan buku rujukan UPSR.
Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang …(2)… tua. Dengan tidak semena-
mena, lelaki tua itu terjatuh. Semua …(3)… yang dibawanya bertaburan di atas jalan raya.
Saya segera membantunya, saya ...(4)... barang-barang yang bertaburan di atas jalan
raya. Saya memimpin lelaki tua itu ke pondok perhentian bas. Namun demikian, dia bernasib baik
kerana mengalami luka ...(5)... sahaja.
Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan ...(6)... ke rumah anaknya.
Saya berjanji untuk menghantarnya pulang. Saya ...(7)... sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ.
Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia ...(8)... saya masuk ke dalam rumah.
Dia ...(9)... saya segelas minuman sejuk. Kami minum bersama-sama. Dia mengucapkan terima
kasih atas pertolongan saya kepadanya.
Sungguhpun rancangan untuk membeli ...(10)... sekolah dan buku-buku rujukan tidak
kesampaian, namun saya berasa sungguh gembira kerana dapat membantu orang yang dalam
kesusahan. Saya melangkah dengan hati yang gembira.
3 CERITA

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Andaikan kamu dan kawan-kawan kamu sedang berkelah di sebuah hutan lipur. Semasa berkelah,
salah seorang rakan kamu mengalami peristiwa yang hampir meragut nyawanya.
Ceritakan bagaimana peristiwa itu boleh berlaku kepada kawan kamu itu.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

mencadangkan selamat terselamat meletakkan bersendirian

berkelah bergegas seorang mengikut gembira

HAMPIR MENGUNDANG PADAH

Pada hari minggu yang lalu, aku, Selvam, dan Tee Khai pergi ...(1)... di Hutan Lipur Lata
Kinjang. Lata Kinjang terletak kira-kira 18 kilometer dari pekan Tapah, Perak Darul Ridzuan. Kami
membawa bekalan makanan, minuman, dan sepersalinan pakaian.
Setelah sampai di destinasi, kami ...(2)... barang-barang di sebuah pondok yang
disediakan. Kami mandi-manda dengan ...(3)... sekali. Pada pagi itu, masih belum banyak orang
yang mandi.
Selvam ...(4)... kami pergi ke tempat yang airnya agak dalam. Di tempat itu, ada papan
tanda yang melarang pengunjung mandi di situ. Selvam dan Tee Khai tidak memperdulikannya.
Aku tidak mahu ...(5)... mereka ke tempat tersebut.
Aku ...(6)... mandi di tempat yang airnya tidak berapa dalam dan arusnya juga tidak berapa
deras. Air di tempat aku mandi hanya mencecah paras dada sahaja. Aku rasa mandi di tempat
yang tohor ini lebih ...(7)... kerana aku tidak pandai berenang.
Tiba-tiba, aku terdengar suara Selvam menjerit meminta tolong. Aku ...(8)... ke arahnya,
aku lihat Selvam sedang terkapai-kapai di tengah sungai. Mujurlah ada ...(9)... pemuda di situ, dia
segera bertindak untuk menyelamatkan Selvam.
Selvam berasa amat bersyukur kerana ...(10)... daripada lemas di dalam sunagai itu. Dia
tidak menyangka peristiwa ngeri itu akan berlaku pada dirinya. Fikirlah sebelum melakukan
sesuatu... detik hati kecilku.
4 SITUASI ATAU KEPERIHALAN

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Kamu telah menyertai program Lawatan Sambil Belajar ke tempat-tempat bersejarah yang dianjurkan
oleh pihak sekolah kamu semasa cuti pertengahan tahun yang lalu.
Ceritakan pengalaman kamu semasa menyertai program Lawatan Sambil Belajar itu.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

peluang makam menikmati berjalan mengubati

menjamu melihat berangkat tentera sejarah

PENGALAMAN SEMASA MENYERTAI PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Melancong merupakan satu daripada aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan hati.
Semasa aktiviti lawatan ini, kita banyak memperoleh ilmu pengetahuan yang berguna. Bak kata
pepatah, banyak ...(1)... luas pengalaman.
Pada cuti pertengahan tahun yang baru lalu, saya berpeluang melawat ke negeri Melaka.
Tujuan lawatan adalah untuk …(2)… kesan-kesan peninggalan sejarah penjajah di kota itu. Para
pelancong juga masih boleh melihat kesan-kesan peninggalan …(3)… tersebut.
Semasa saya berada di sekitar Bandar Hilir, Melaka, saya tidak melepaskan ...(4)... untuk
melawat kota “A Farmosa”. Kota ini ialah kota yang dibina oleh tentera Portugis. Kota ini pernah
dijadikan kubu pertahanan ...(5)... Portugis ketika itu.
Selepas makan tengah hari, saya melawat ...(6)... pahlawan-pahlawan Melaka, antaranya
adalah makan Hang Jebat. Saya juga berkesempatan melawat Perigi Hang Tuah. Mengikut cerita
dan kepercayaan penduduk tempatan, air perigi ini dapat ...(7)... pelbagai jenis penyakit.
Pada sebelah malamnya, saya dan kawan-kawan pergi ke Umbai untuk …(8)… keenakan
ikan bakar. Saya turun ke gigi pantai untuk menikmati keindahan malam di kota penuh sejarah ini.
Semasa saya berada di sini, banyak pelancong asing yang turut menikmati keindahan malam di
Melaka sambil ...(9)... selera.
Kira-kira pukul sebelas malam, saya dan peserta rombongan ...(10)... pulang. Banyak
pengalaman dan pengetahuan yang saya telah peroleh. Saya juga sedar bertapa pentingnya
menjaga kesan-kesan peninggalan sejarah bagi tatapan generasi muda akan datang.
5 SITUASI ATAU KEPERIHALAN

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Pada cuti persekolahan penggal yang lepas, kamu telah menyertai program gotong-royong
membersihkan kawasan tempat tinggal kamu dan persekitarannya.
Ceritakan suasana semasa program gotong-royong itu berjalan.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

kumpulan sibuk berkumpul kerja bersatu

ikatan balai kelihatan sempena menjayakan

PROGRAM GOTONG-ROYONG DI TEMPAT SAYA

Pada hari minggu yang lalu saya, bapa saya, dan kira-kira lima puluh orang penduduk
kampung telah menyertai program gotong-royong. Gotong-royong ini diadakan ...(1)... Sambutan
Bulan Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini.
Tepat pada pukul lapan pagi, berpuluh-puluh orang penduduk kampung sudah ...(2)... di
luar balai raya. Mereka membawa bersama-sama peralatan yang sesuai untuk ...(3)... aktiviti
gotong-royong. Ada yang membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkis.
Kami diagih-agihkan kepada beberapa ...(4)... kecil. Tujuannya adalah untuk memudahkan
kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan lebih teratur. Antara kawasan yang dibersihkan
termasuklah taman permainan, surau, parit, dan ...(5)... raya.
Pada masa yang sama, kaum wanita ...(6)... menyediakan makanan dan minuman di
perkarangan balai raya. Pelbagai jenis juadah disediakan oleh mereka. Mereka kelihatan ...(7)...
hati menjayakan program gotong-royong ini.
Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua ...(8)... pembersihan telah pun selesai. Petugas-petugas
telah berkumpul semula di balai raya untuk menjamu selera. Walaupun ...(9)... letih, namun
mereka menunjukkan kemesraan dan suasana muhibah.
Saya berpendapat, kerja yang dijalankan secara gotong-royong mampu menjalin ...(10)...
silaturahim penduduk setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni dapat dipraktikkan.
Malahan, semangat kejiranan juga dapat diperkasakan.
6 SITUASI ATAU KEPERIHALAN

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Kamu telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan Bercerita Bahasa Melayu peringkat daerah.
Ceritakan pengalaman kamu semasa menyertai pertandingan tersebut.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

tekad menemani terlupa penonton pentas

debaran lancar mewakili gugup berasa

PENGALAMAN SEMASA MENYERTAI PERTANDINGAN BERCERITA

Saya berasa gembira kerana terpilih untuk ...(1)... sekolah dalam pertandingan Bercerita
Bahasa Melayu peringkat daerah. Setiap hari saya berlatih dengan bersungguh-sungguh. Cikgu,
kawan-kawan, dan ibu bapa saya memberi perangsang kepada saya.
Pada hari pertandingan, saya …(2)… gementar. Tambahan pula, inilah kali pertama saya
menyertai pertandingan bercerita. Cikgu Jamaliah, guru yang …(3)… saya sentiasa memberikan
perangsang dan semangat.
Semasa saya naik ke atas ...(4)... untuk menyampaikan cerita tersebut, saya berasa gugup.
Hal ini demikian kerana saya terpaksa berhadapan dengan ...(5)... yang banyak. Ratusan mata
bertumpu kepada saya. Bukan mudah untuk bercakap di khalayak ramai.
Namun begitu, saya menguatkan ...(6)... dan semangat. Berbekalkan kata-kata perangsang
daripada Cikgu Jamaliah, akhirnya saya dapat menghilangkan perasaan ...(7)... dan darah
gemuruh itu. Saya berjaya mengawal perasaan saya sendiri.
Dalam pada itu, saya dapat menyampaikan isi cerita saya dengan ...(8)... dan bertenaga.
Walaupun ada kalanya saya ...(9)... akan fakta-faktanya, namun kelemahan itu dapat diatasi juga.
Setelah selesai pertandingan, semua peserta berdebar-debar menanti keputusan. Masa
yang kami tunggu-tunggu telah tiba, ...(10)... makin memuncak. Apabila nama saya diumumkan
sebagai johan, saya terpaku kerana tidak menyangka saya akan memenangi pertandingan itu.
7 FAKTA

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Bersukan merupakan satu daripada aktiviti riadah yang sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur,
tidak kira lelaki mahupun wanita.
Bincangkan kebaikan yang boleh diperoleh daripada aktiviti bersukan.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

kemudahan terjebak cergas membentuk semangat

harian kegiatan diingini penting lemah

BERSUKAN MENJAMIN KESIHATAN

Bersukan merupakan satu daripada kegiatan yang ...(1)... dalam kehidupan kita. Badan
yang sihat terhasil daripada kerajinan kita bersukan. Jika kita tidak bersukan, kita akan lemah dan
mudah dihinggapi oleh pelbagai penyakit.
Bersukan ada beraneka jenis. Antara ...(2)... sukan ialah olahraga, renang, bola jaring, bola
sepak, berjoging, berjalan kaki, dan sebagainya. Anggota tubuh badan kita akan menjadi ...(3)...
dan kuat dengan bersukan.
Pada zaman saiber yang semakin canggih ini, banyak ...(4)... telah tersedia. Hal ini
mengakibatkan orang malas untuk bersukan. Tabiat ini tidak baik. Sikap ini akan memudaratkan
diri kita. Badan kita akan menjadi ...(5)... dan mudah terkena penyakit.
Menerusi kegiatan sukan juga, kita dapat ...(6)... sifat-sifat yang mulia seperti sabar,
bekerjasama, bertolak ansur, dan ...(7)... ingin berjaya. Malah, dengan bersukan juga dapat
mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita.
Selain membentuk sikap mulia, sukan juga dapat menghindarkan diri daripada ...(8)...
dalam gejala yang tidak ...(9)... seperti mencuri, melepak, dan menagih dadah. Gejala sosial
seperti inilah yang akan merosakkan diri kita terutamanya muda-mudi.
Oleh itu, kita hendaklah menjadikan sukan sebagai satu daripada aktiviti ...(10)... kita.
Dengan bersukan, kita memperoleh kehidupan yang sihat dan sejahtera. Badan sihat otak cerdas.
8 FAKTA

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Tulis suatu karangan yang bertajuk “Pusat Sumber Gedung Ilmu”.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

diasuh diperoleh dimanfaatkan khazanah meneroka

ruang rujukan selesa proses bantu

PUSAT SUMBER GEDUNG ILMU

Pusat sumber terdapat di semua sekolah. Peranan pusat sumber amat besar dalam
membantu melicinkan ...(1)... pengajaran dan pembelajaran. Di dalam pusat sumber terkumpul
pelbagai jenis bahan bacaan seperti novel, fiksyen, dan sejarah.
Pelbagai maklumat boleh ...(2)... di pusat sumber. Murid-murid juga boleh meminjam buku-
buku tertentu sebagai rujukan tambahan. Mengulang kaji pelajaran lebih ...(3)... di pusat sumber
kerana bahan rujukan ada di sekeliling kita.
Pusat sumber ada menyediakan ...(4)... untuk perbincangan. Perbincangan adalah satu
daripada cara perkongsian pintar maklumat yang amat berkesan. Semasa perbincangan juga
murid-murid ...(5)... berkomunikasi lisan secara ilmiah.
Selain daripada itu, pusat sumber juga menyediakan perkhidmatan audio visual. Alat bantu
ini boleh ...(6)... dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang canggih dapat
membantu menarik minat murid-murid untuk ...(7)... ilmu.
Guru-guru pula boleh menggunakan pusat sumber sebagai tempat ...(8)... bagi
mendapatkan pelbagai bahan pengajaran yang terkini. Alat ...(9)... mengajar seperti carta, kad
imbasan, video, dan slaid disimpan di pusat sumber.
Pusat sumber merupakan sebuah gedung yang sarat dengan ...(10)... ilmu yang perlu
didampingi. Manfaatkanlah pusat sumber sebagai ejen pencetus minda gemilang. Jadikanlah
pusat sumber sebagai sahabat setia anda.
9 FAKTA

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Masa lapang seseorang boleh diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah, satu daripadanya ialah
berkebun. Tuliskan faedah-faedah berkebun.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

melepak menambah pengalaman menampung aktiviti

menyihatkan diperoleh kebaikan dibahagikan melakukan

FAEDAH-FAEDAH BERKEBUN

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan pada waktu lapang. Satu daripada aktivitinya ialah
berkebun. Berkebun pula boleh ...(1)... kepada beberapa kategori. Antaranya ialah berkebun
sayur-sayuran atau berkebun bunga.
Berkebun boleh mendatangkan banyak faedah kepada kita. Berkebun juga boleh ...(2)...
badan. Semasa menjalankan ...(3)... berkebun, badan kita akan berpeluh dan ini baik untuk
kesihatan mental dan fizikal.
Di samping itu, berkebun dapat menghindarkan kita daripada ...(4)... perkara yang tidak
berfaedah. Kita terhindar daripada aktiviti ...(5)..., berpeleseran, dan aktiviti yang kurang sihat.
Masa senggang kita tidak terbuang begitu sahaja.
Pengetahuan dan ...(6)... kita akan bertambah dengan berkebun. Kita dapat mengetahui
pelbagai teknik dalam bidang pertanian. Ini boleh ...(7)... melalui kerja-kerja membuat batas,
menabur baja, dan menanam anak benih.
Selain itu, berkebun juga boleh ...(8)... ekonomi kita. Apabila tanaman kita mengeluarkan
hasil yang banyak, kita boleh menjualnya. Hasil jualan boleh digunakan untuk …(9)…
perbelanjaan harian atau disimpan sebahagiannya.
Sebagai kesimpulan, berkebun memang mendatangkan banyak ...(10)... kepada kita. Oleh
itu, jadikanlah aktiviti berkebun sebagai salah satu cara mengisi masa lapang dengan berfaedah.
10 PERIBAHASA (BENTUK CERITA)

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Tuliskan suatu karangan berdasarkan peribahasa ‘Bagai Aur dengan Tebing’.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilih jawapan yang betul.

berat berbincang impian keyakinan menghadapi

menafikan dikongsi amalan cerdas kerumitan

BAGAI AUR DENGAN TEBING

Peribahasa ‘bagai aur dengan tebing’ bermaksud saling menolong antara satu dengan
yang lain. Peribahasa ini boleh dijadikan ...(1)... dalam kehidupan seharian. Amalan tolong-
menolong ini juga dapat mewujudkan suasana muhibah dalam masyarakat.
Jika kita berpegang dan mengamalkan peribahasa ini, sebarang masalah dan ...(2)... yang
timbul dapat diselesaikan dengan mudah. Kerja yang ...(3)... akan menjadi ringan, perkara yang
susah akan menjadi mudah. Impian akan menjadi kenyataan.
Dua orang sahabat tinggal di sebuah taman perumahan. Persahabatan mereka begitu
intim, segala masalah dalam pelajaran ...(4)... bersama. Kedua-duanya tidak kedekut ilmu.
Mereka saling membantu jika menghadapi masalah. Gembira sama gembira, enak sama dirasa.
Berjaya adalah ...(5)... mereka.
Mereka sering menghabiskan masa dengan ...(6)... dan mengulang kaji pelajaran.
Walaupun kedua-duanya ulat buku tetapi mereka juga gemar bermain badminton. Kesihatan amat
perlu kerana minda yang ...(7)... datangnya dari badan yang cergas.
Persediaan dua orang sahabat ini bagi ...(8)... UPSR sudah cukup mantap. Semasa
menduduki perepiksaan, mereka menjawab semua soalan dengan tenang dan penuh ...(9)....
Apabila keputusan UPSR diumumkan, kedua-duanya telah berjaya dengan cemerlang. Mereka
berjaya memperoleh 5A.
Kesimpulannya, peribahasa ‘bagai aur dengan tebing’ telah membuktikan kepada kita
bahawa konsep kerjasama telah membuahkan kejayaan. Kita juga tidak dapat ...(10)... bahawa
peribahasa ‘bagai aur dengan tebing’ ini boleh dijadikan panduan dalam kehidupan dan
seharusnya dijadikan ikutan.
11 PERIBAHASA (BENTUK CERITA)

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Tuliskan suatu karangan cerita berdasarkan peribahasa “Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian
Tidak Berguna”.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

belajar menjadi menyuntik bijak video

berasa dicipta perahu berfikir menyesal

SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA

Peribahasa ialah satu rangkai kata yang mempunyai bahasa yang indah dan menarik.
Peribahasa dihasilkan bertujuan untuk ...(1)... nasihat, membimbing, dan menyindir. Peribahasa
juga membawa unsur-unsur pengajaran atau didaktik.
Antara beribu-ribu peribahasa yang ...(2)... ialah “sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna”. Peribahasa ini membawa maksud jika kita ingin melakukan sesuatu,
kita hendaklah berfikir terlebih dahulu tentang baik dan buruknya supaya kita tidak ...(3)... jika
berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini pada hari kemudian.
Sebagai contoh, Ali sangat malas ...(4)..., semua kerja sekolahnya tidak selesai. Setiap
hari, dia bermain permainan ...(5)... dan menonton cerita kartun. Semasa ujian, dia tidak dapat
menjawab soalan. Dia tidak mengetahui jawapan yang tepat.
Ali gagal dalam peperiksaan. Dia ...(6)... malu pada kawan-kawannya. Dia menyesal
kerana tidak mendengar nasihat guru dan ibu bapanya. Namun, segalanya telah terjadi, nasi
sudah ...(7)... bubur. Ali tidak boleh berbuat apa-apa lagi.
Benarlah kata peribahasa Melayu “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna”. Kita mesti berhati-hati dan …(8)… terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Terlajak
…(9)… boleh diundur, terlanjur perbuatan buruk padahnya.
Kesimpulannya, peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”
mampu mengingatkan kita bahawa sememangnya orang-orang tua dahulu ...(10)...
membandingkan sesuatu yang ada di alam fana ini dengan diri manusia.
12 PERIBAHASA (BENTUK CERITA)

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Tuliskan suatu karangan berdasarkan peribahasa “Di mana Ada Kemahuan, Di situ Ada Jalan”..

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

berusaha meneroka disingkir ikhtiar sinonim

bersemangat dilakukan berusaha landasan memastikan

DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN

“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” peribahasa ini bermaksud, jika kita mahu
melakukan sesuatu, walau bagaimana sukar sekalipun pekerjaan itu, kita tetap ...(1)... untuk
melaksanakannya.
Peribahasa ini ...(2)... dengan peribahasa “hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”.
Contohnya, jika seseorang itu mahu akan sesuatu maka dia perlu berusaha sedaya upaya untuk
mendapatkannya. Bukan setakat berusaha tetapi ...(3)... kejayaan menjadi miliknya.
Begitu juga halnya jika seseorang murid itu gagal dalam peperiksaan. Dia mesti …(4)…
dengan lebih gigih dan tabah. Kegigihan dan ketabahan usahanya itulah yang akan menjanjikan
kejayaan buat dirinya. Sepatutnya kegagalan itu dijadikan ...(5)... dan motivasi bagi mencipta
kejayaan pada masa hadapan.
Sebenarnya, kepayahan dan kegagalan masa lalu juga dapat dijadikan penggerak untuk
…(6)… puncak kejayaan. Oleh itu, kita tidak seharusnya cepat berputus asa. Usaha dan …(7)…
yang maksimum tentunya dapat merealitikan fantasi.
Sehubungan dengan itu, seseorang yang benar-benar mahu menebus sesuatu kegagalan,
akan melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar. Jika dia kurang ...(8)..., maka berbagai-bagai alasan
akan diberikan. Untuk berjaya, segala alasan mesti ...(9)..., usaha dan ikhtiar perlu diteruskan.
Kesimpulannya, peribahasa “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” mampu
mengingatkan kita bahawa sesuatu pekerjaan yang sukar akan berhasil jika ...(10)... dengan
bersungguh-sungguh. Usaha yang gigih, pasti menjanjikan kejayaan.
13 SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Pada cuti penggal yang lalu, anda berpeluang melawat tempat-tempat yang menarik di Cameron
Highlands. Anda ingin menceritakan pengalaman percutian anda itu kepada salah seorang rakan anda.
Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk menceritakan percutian anda itu kepadanya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilih jawapan yang betul.

gembira percutian melawat bungkus menarik

berada berjumpa diingati berasa menyambut

PENGALAMAN BERCUTI DI CAMERON HIGHLANDS

No. 36, Jalan Bunga Raya,


Taman Intan Emas,
43300 Balakong,
Selangor Darul Ehsan.
7 Januari 2006.
Ke hadapan sahabatku Norhamdan yang ...(1)... selalu, semoga saudara sekeluarga
berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat wal afiat.
Saudara,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat ...(2)... Tahun Baru 2006. Apa azam
saudara pada tahun ini? Isi surat saya kali ini mengandungi cerita tentang pengalaman ...(3)...
saya dan keluarga saya di Cameron Highlands pada cuti hujung tahun yang lalu.
Saya menginap di sebuah hotel di Brincang selama dua malam. Semasa …(4)… di sana,
saya telah berkunjung ke beberapa tempat menarik. Saya berpeluang …(5)… ladang teh, Taman
Ros, Taman Kaktus, Ladang Strawberi, ladang limau, ladang bunga, kebun sayur-sayuran dan
Hutan Lipur Tanah Rata.
Tempat yang paling ...(6)... hati saya ialah Ladang Strawberi. Di situ saya berpeluang
memetik sendiri buah strawberi yang segar. Saya membeli beberap …(7)… buah strawberi untuk
dibawa pulang.
Cuaca di Tanah Tinggi Cameron Highlands sejuk. Saya …(8)… seolah-olah saya berada di
luar negara yang beriklim sejuk. Saya begitu ...(9)... dapat bercuti di sana.
Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan saudara. Semoga dipanjangkan usia
kita agar dapat ...(10)... lagi. Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,


Shahidan Firdaus
14 SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Andaikan bahawa rakan kamu memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita
kanak-kanak di peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu itu untuk menyampaikan ucapan tahniah kepadanya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

kejayaan membaca sedih sempena bidang

kagum berazam diselitkan salam diingati

SURAT MENYATAKAN UCAPAN TAHNIAH

No. 5, Jalan Budi 1,


25/21A, Taman Sri Muda,
46000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
12 Januari 2006.

Menemui sahabatku Alia Farhana yang ...(1)... selalu, semoga saudari berada dalam
keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat wal afiat.
Saudari,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas ...(2)... cemerlang saudari
memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanak-kanak peringkat
kebangsaan ...(3)... sambutan Hari Guru pada tahun ini. Saya mengetahui berita ini melalui akhbar
Berita Harian.
Sebenarnya, kemenangan saudari sudah saya jangkakan. Saya sudah …(4)… esei saudari
dalam majalah Mekar. Esei itu sungguh menarik dan mencuit hati. Jalan ceritanya ada …(5)…
babak humor dan saspens.
Sesungguhnya, saya ...(6)... akan hasil penulisan saudari yang bertajuk “Tekal Menempuh
Hidup”. Bergenang air mata saya tatkala melalui babak-babak yang ...(7)... dan menyayat hati.
Saya senantiasa mendoakan agar saudari terus bergiat dalam …(8)… penulisan ini. Saya
...(9)... untuk mencontohi kejayaan saudari suatu hari nanti.
Sekian sahaja buat kali ini. Sampaikan ...(10)... saya kepada keluarga saudari.

Saya yang benar,


NurliyanaHusna
15 SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Kawan telah menerima hadiah daripada seorang kawan kamu yang telah berpindah sekolah. Hadiah
itu adalah sempena ulang tahun kelahiran kamu baru-baru ini.
Tulis sepucuk surat untuk menyatakan terima kasih kamu kepadanya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

menulis kekal menjalin setahun tatapan

menerima menarik tercatat tatkala semoga

SURAT MENYATAKAN UCAPAN TERIMA KASIH

105A, Taman Permai Jaya,


36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan.
14 MAC 2006.

Ke hadapan sahabatku Hazirah yang berada di Taman Medan, Petaling Jaya. Apa khabar
saudari sekarang? Saya dan seisi keluarga di sini, sihat-sihat sahaja. Harapan saya, ...(1)...
saudari juga dalam situasi yang menggembirakan.
Tujuan saya ...(2)... surat ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada saudari
kerana hadiah yang saudari kirimkan tempoh hari. Saya berasa amat gembira ...(3)... hadiah
tersebut.
Saudari masih ingat akan tarikh lahir saya walaupun sudah hampir …(4)… kita berpisah.
Saya juga berdoa semoga persahabatan kita akan …(5)… untuk selama-lamanya. Bak kata
pepatah, “biar jauh di mata tetapi dekat di hati”.
Novel yang saudari hadiahkan itu sangat …(6)… ceritanya. Jalan ceritanya pula ada
diselitkan unsur saspens, humor, seram, dan sedih. Saya sungguh terhibur ...(7)... meniti baris-
baris ayat dalam novel itu. Apabila saya berada di babak-babak lucu, saya ketawa sendirian.
Cogan kata “Kenang Daku Dalam Doamu” yang ...(8)... pada buku novel tersebut sungguh
dalam pengertiannya. Saya akan jadikan cogan kata itu sebagai mutiara kata yang akan ...(9)...
persahabatan kita hingga ke akhir hayat. Semoga persahabatan ini akan berkekalan.
Setakat ini dahulu yang dapat saya coretkan buat ...(10)... saudari. Akhir kata, sambutlah
salam mesra untuk saudari sekeluarga di sana.
Sekian, terima kasih.

Saya yang ikhlas,

Nur Fadhilah
16 SURAT KIRIMAN RASMI

Kawasan tempat tinggal anda sering mengalami gangguan bekalan air. Anda sebagai pengguna
berasa kurang puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Anda hendak membuat aduan tentang
masalah tersebut. Tulis sepucuk surat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tentang masalah
gangguan bekalan air itu.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

berlaku ucapkan gangguan bimbang aktiviti

mengatasi sering berharap rendah puncak

SURAT GANGGUAN BEKALAN AIR BERSIH

305, Blok Persiaran Damai,


Jalan Cenderawasih 6/8A,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya.

Pengurus Syarikat Air Bersih Selangor,


Cawangan Petaling Jaya,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
46050 Petaling Jaya. 5 Januari 2006.

Tuan,

Aduan Gangguan Bekalan Air Bersih di Kawasan Pangsapuri Seri Perdana

Saya mewakili penduduk pangsapuri Seri Perdana, Kota Damansara ingin membuat pengaduan
tentang masalah gangguan bekalan air bersih dan tekanan air yang rendah sering ...(1)... di
kawasan kediaman kami sejak akhir-akhir ini.
2. Masalah ketiadaan bekalan air bersih ...(2)... berlaku di sini sejak tiga minggu yang lalu.
Keadaan ini telah menimbulkan kesukaran kepada para penduduk untuk melakukan ...(3)...
seharian seperti mandi, membasuh, dan memasak.
3. Tekanan air yang sangat ...(4)... juga menyebabkan penghuni di tingkat atas pangsapuri ini
sukar untuk mendapatkan air. Air yang mengalir terlalu kecil dan sangat sedikit. Pada masa-masa
tertentu air langsung tidak mengalir, terutamanya ketika air digunakan secara ...(5)... waktu pagi.
4. Selain itu, setiap kali selepas berlakunya ...(6)... bekalan air, kami mendapati bahawa air
yang disalurkan tidak bersih, keruh, dan berkeladak. Justeru itu, kami berasa ...(7)... penggunaan
air tersebut akan menjejaskan kesihatan penduduk di sini.
5. Sehubungan dengan itu, kami ...(8)... agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang
sewajarnya untuk ...(9)... masalah ini. Kami berharap agar masalah ini akan segera berakhir.
Atas kerjasama daripada pihak tuan, kami ...(10)... terima kasih. Sekian.

Saya yang benar,


Samsuri Kamaruddin
(SHAMSURI BIN KAMARUDDIN)
Wakil Penduduk Pangsapuri Seri Perdana,
Kota Damansara, Petaling Jaya.
17 SURAT KIRIMAN RASMI

Kelas kamu menghadapi masalah kerosakan lampu dan kipas angin. Selaku ketua kelas, kamu
dikehendaki menulis surat kepada Guru Besar untuk memberitahu masalah tersebut.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

sejak suasana segala ucapan cuaca

aduan tindakan segera keadaan lampu

SURAT ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS

Ketua Kelas.
Tahun Enam Bestari,
SK Sungai Tungku,
36000 TELUK INTAN.

Guru Besar,
SK Sungai Tungku,
36000 TELUK INTAN. 14 Januari 2006.

Tuan,

ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS

Dengan ...(1)... hormatnya, saya merujuk perkara di atas.


2. Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Bestari ingin mengemukakan satu …(2)…. Aduan
saya ialah tentang kerosakan …(3)… dan kipas angin di kelas kami.
3. Untuk pengetahuan tuan, kerosakan ini berlaku ...(4)... awal tahun. Perkara ini telah
menimbulkan ...(5)... kelas yang kurang selesa. Perkara ini amat dirasai pada awal pagi dan pada
waktu tengah hari.
4. Lampu yang rosak menyukarkan kami belajar ketika …(6)… mendung. Kipas angin yang
tidak berfungsi pula menyebabkan …(7)… dan iklim di dalam kelas yang kurang selesa.
Tambahan pula, perkara ini akan mengganggu tumpuan kami semasa belajar.
5. Harapan saya agak pihak sekolah dapat mengambil ...(8)... yang sewajarnya. Semoga
kesulitan yang kami alami, akan ...(9)... berakhir.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan, didahului dengan ...(10)... terima kasih. Sekian.

Saya yang benar,


Rizalman
(RIZALMAN BIN KHUSAIRI)
Ketua Kelas,
Tahun Enam Bestari.
18 SURAT KIRIMAN RASMI

Pasukan lari berganti-ganti sekolah kamu diundang untuk menyertai sukan tahunan di sebuah sekolah.
Sebagai Setiausaha Persatuan Olahraga, tulis sepucuk surat untuk menyatakan persetujuan menyertai
acara tersebut.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

menerima pasukan temasya ucapkan mampu

perkara lumba menyertai bertanding kejohanan

SURAT PERSETUJUAN MENYERTAI ACARA LARI BERGANTI-GANTI

Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor,


36800 Kampong Gajah,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Changkat Lada,
36800 KAMPONG GAJAH.
21 Februari 2006.

Tuan,

Persetujuan Menyertai Acara Lari Berganti-ganti Antara Sekolah

Dengan segala hormatnya, saya merujuk ...(1)... di atas.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa surat tuan telah diterima. Ribuan terima kasih saya …(2)…
atas undangan untuk …(3)… Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-21 pada tahun ini.
3. Sehubungan dengan itu, kami dengan rasa besar hati ...(4)... undangan tersebut. Kami
akan menyertai ...(5)... olahraga pada 24 Februari 2005 itu nanti.
4. Sekolah kami akan diwakili oleh dua ...(6)... bawah umur 12 tahun. Kami juga akan
menghantar pasukan bagi kategori lelaki dan perempuan. Kedua-dua pasukan tersebut akan
...(7)... dalam acara 4 x 100 meter ...(8)... lari berganti-ganti.
5. Kami berharap agar penyertaan pasukan kami dapat memeriahkan ...(9)... sukan sekolah
tuan. Justeru, diharapkan kejohanan ini …(10)… melahirkan bakat-bakat baharu yang berpotensi.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,


Aiman Shamsuddin
(AIMAN BIN SHAMSUDDIN)
Setiausaha Persatuan Olahraga,
Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor.
19 CATATAN

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Kamu sekeluarga telah menghadiri majlis kenduri perkahwinan sepupu kamu. Catatkan beberapa
peristiwa yang menarik semasa menghadiri majlis tersebut.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

menjadikan pengantin paluan perjalanan kelihatan

disambut kenduri hidangan membekalkan membantu

CATATAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS KENDURI KAHWIN

SABTU, 28 JANUARI 2006

6.00 pagi
Saya bangun lebih awal kerana hendak pergi ke Taman Medan, Petaling Jaya. Pada hari ini, pak
long saya akan melangsungkan …(1)... perkahwinan anak perempuan sulungnya. Selepas mandi
dan bersarapan, saya dan keluarga saya bersiap-siap untuk bertolak ke destinasi.
7.30 pagi
Tepat pada pukul 7.30 pagi, kami bertolak ke Petaling Jaya. Cuaca cerah pada pagi itu. Keadaan
jalan raya yang kurang sibuk ...(2)... perjalanan ke rumah pak cik menyeronokkan. Sepanjang
...(3)... kami melalui beberapa buah pekan, antaranya ialah Sebak Bernam, Tanjung Karang,
Kuala Selangor dan Meru.
11.00 pagi
Kami tiba di Taman Medan. Kami …(4)… oleh Pak Cik Hamdan dengan penuh kegembiraan.
Kami berbual-bual dengan Pak Cik Hamdan dan Mak Cik Halimah. Kemudian, kami ke bilik
…(5)… untuk memberi hadiah kepada sepupu saya, Kakak Norhayati.
12.00 tengah hari
Para jemputan telah membanjiri ...(6)... tetamu. Saya dan saudara mara yang lain turut membantu
melayan para tetamu yang hadir. Saya mengangkat ...(7)... untuk para tetamu dan jemputan yang
hadir dalam majlis itu. Para jemputan juga dihadiahi bunga telur yang berwarna-warni.
2.00 petang
Rombongan pengantin lelaki tiba. Pengantin lelaki diarak dengan ....(8)... kompang. Kemudian,
kedua-dua pengantin menikmati hidangan “Makan Beradab” bersama-sama keluarga terdekat.
Kakak Norhayati dan suaminya ...(9)... sama cantik dan sama padan seperti pinang dibelah dua.
5.00 petang
Kami bersalam-salaman dengan Pak Cik Hamdan sekeluarga sebelum bertolak pulang. Mak Cik
Halimah ...(10)... lauk-pauk dan bunga telur kepada kami. Kakak Norhayati dan suaminya
memberitahu kami bahawa mereka akan bertandang ke rumah kami pada minggu hadapan.
20 CATATAN

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti
sambutan Hari Guru yang dijalankan pada hari tersebut.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

perutusan sambutan ucapan jamuan drama

cerah sukaneka juadah antara dimulakan

CATATAN SAMBUTAN HARI GURU 2005

JUMAAT, 20 MEI 2005


7.45 pagi
Semua warga sekolah berkumpul di dataran kejat bagi meraikan sambutan Hari Guru 2005. Semuanya
kelihatan ceria. Cuaca juga …(1)… pada hari itu.
8.00 pagi
Acara dimulakan dengan ...(2)... daripada Guru Besar. Diikuti Cikgu Azman membaca perutusan Yang
Berhormat Menteri Pelajaran. Selepas itu, Cikgu Lim pula membaca ...(3)... Datuk Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia. Utusan Ketua Pengarah Pelajaran Perak pula dibacakan oleh Puan Rohaya Karim
8.45 pagi
Sukaneka ...(4)... dengan acara meniup belon. Seterusnya acara lari bawa lilin dan lari kasut gergasi pula
dijalankan. Perlawanan bola jaring turut diadakan ...(5)... murid dan guru.
9.45 pagi
Persembahan …(6)… Hari Guru 2005 dimulakan. Antara persembahannya ialah murid-murid tahun tiga
menyanyikan dua buah lagu nasyid. Murid-murid tahun enam pula mempersembahkan …(7)… yang
berjudul “Guru Agung”.
11.00 pagi
Majlis berhenti rehat, kami menikmati ...(8)... yang disediakan. Kami makan bersama-sama guru, kaki
tangan sekolah, dan anggota PIBG yang hadir. Pelbagai jenis kuih turut dihidangkan. Semua ...(9)... yang
tersedia membuka selera kami.
11.45 pagi
Upacara penyampaian hadiah acara …(10)… mengakhiri sambutan Hari Guru pada tahun ini. Hadiah
disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Adnan bin Haji Abu.
21 CATATAN

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Sekolah kamu telah dipilih menjadi tuan rumah pertandingan mendeklamasikan sajak peringkat
daerah. Tuliskan catatan lengkap tentang perjalanan pertandingan mendeklamasikan sajak tersebut.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

bertumpu peserta mendapat bangga menerangkan

dinobatkan menikmati mengambil ditonjolkan kehadiran

CATATAN PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK

SABTU, 22 APRIL 2006


8.00 pagi
Murid-murid mula memenuhi dewan. Guru Besar, guru-guru dan Yang Dipertua PIBG serta para
peserta masuk ke dalam dewan. Para hakim sudah …(1)... tempat. Pegawai Pendidikan Daerah
Shah Alam juga tiba untuk merasmikan majlis hari itu.
8.20 pagi
Aku selaku Pengerusi Persatuan Bahasa dan Budaya mengalu-alukan ...(2)... para jemputan.
Ketua hakim ...(3)... syarat-syarat pertandingan. Sistem pengadilan pula dinilai berdasarkan aspek
kesesuaian tema, kelancaran, dan gaya persembahan.
8.45 pagi
Semua yang hadir …(4)… ke tempat pertandingan. Pertandingan bermula, seramai 30 peserta
akan mengambil bahagian. Pelbagai gaya dan aksi dipersembahkan. Ada antara …(5)… yang
menyampaikan sajak dengan penuh bersemangat.
11.30 pagi
Pengerusi Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Shah Alam menyampaikan ucapan penutup. Beliau
...(6)... dan berpuas hati dengan bakat yang ...(7)... pada pertandingan kali ini. Sementara itu,
peserta-peserta pertandingan menanti keputusan dengan penuh debaran.
11.45 pagi
Keputusan diumumkan. Fadzli bin Shamsuri ....(8)... sebagai juara mendeklamasikan sajak. Siti
Azlina binti Ahmad ...(9)... tempat kedua dan Mohd Zaki bin Zainuddin di tempat ketiga. Hadiah
disampaikan oleh Pengerusi MGB Daerah Shah Alam, Tuan Haji Sharifuddin bin Masruni.
11.55 pagi
Majlis bersurai. Tetamu dijemput ...(10)... jamuan di bilik khas. Guru Besar menepuk-nepuk
bahuku. Beliau berpuas hati dengan tanggungjawab yang telah aku laksanakan. Guru penasihat
persatuan tersenyum memerhatikan telatah kami.
22 BERITA

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Majlis sambutan Hari Keluarga telah diadakan di tempat kamu. Sebagai pemberita, kamu diminta
menulis berita tentang hari tersebut untuk disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

memenangi mengadakan menganyam diperuntukkan mengeratkan

mengukur merancang memeriahkan menjalin mengutip

SAMBUTAN HARI KELUARGA

KEMAMAN, 18 Februari 2006 – Sempena ulang tahun penubuhan Dewan Serbaguna Kemaman,
penduduk di kawasan itu ...(1)... Hari Keluarga. Hari Keluarga itu diadakan di padang bola sepak,
bersebelahan dengan dewan tersebut. Acara sambutan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga dan
tamat pada pukul 12.30 tengah hari.
Tujuan Hari Keluarga tersebut diadakan adalah untuk ...(2)... hubungan antara penduduk
tempatan. Semua kaum terlibat menjayakan program Hari Keluarga ini. Penglibatan semua kaum
ini dapat ...(3)... semangat perpaduan dan semangat kejiranan.
Pelbagai acara diadakan untuk ...(4)... lagi hari tersebut. Acara untuk kanak-kanak ialah
...(5)... wang syiling dalam tepung, makan buah epal dan berjalan dengan menggunakan kasut
tempurung kelapa. Semua yang terlibat dalam pertandingan itu berusahabersungguh-sungguh
untuk merebut gelaran juara.
Para remaja pula menyertai acara memancing, …(6)… ketupat dan lumba basikal. Bagi
orang dewasa pula, mereka menyertai acara tarik tali, …(7)… kelapa dan membelah kayu getah.
Semua acara yang dipertandingkan mendapat sambutan yang sungguh baik.
Setelah selesai aktiviti sukan, cabutan nama bertuah pula dijalankan. Sebanyak 24 hadiah
telah ...(8)... oleh pihak penganjur. Hadiah-hadiah itu disumbangkan oleh Ahli Dewan Rakyat
Kawasan Kemaman. Mereka yang berjaya ...(9)... hadiah tersenyum lebar pada hari itu.
Setiap peserta juga menerima hadiah sagu hati berupa sehelai baju-t dan pemegang kunci.
Pihak penganjur ...(10)... akan mengadakan sambutan seperti itu lagi pada tahun hadapan.
23 BERITA
2
Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Kamu telah menyaksikan suatu pameran buku di tempat tinggal kamu. Sebagai wartawan majalah
sekolah, kamu ditugaskan menulis satu berita tentang pameran buku tersebut.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

pameran bacaan istimewa melukis menyertai

menerima bercerita dirasmikan kategori memupuk

BERITA PAMERAN BUKU 2005

KOTA BHARU, 25 Disember – Suatu pameran buku telah diadakan pada 24 Disember 2005
bertempat di Dewan Utama, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan di Pengkalan Chepa.
Pameran ini telah ...(1)... oleh Datin Doktor Nor Hayati binti Abdul Rashid, Pengarah Bahagian
Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Banyak syarikat dan kedai buku ...(2)... pameran ini. Pameran yang diadakan selama
seminggu ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Pelbagai jenis bahan
...(3)... dipamerkan, antaranya ialah buku cerita, novel, buku rujukan, dan majalah.
Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk menggalakkan dan ...(4)... minat membaca di
kalangan murid dan orang ramai. Selain itu, ...(5)... itu juga merupakan satu daripada langkah
untuk menyahut dan merealisasikan Program NILAM di sekolah.
Sempena pameran buku ini, pertandingan …(6)… dan melukis turut diadakan.
Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu kategori untuk murid-murid tahap satu
manakala satu …(7)… lagi dikhaskan kepada murid-murid tahap dua.
Bahan bacaan, buku cerita, dan alat tulis untuk ...(8)... disediakan bagi kedua-dua kategori
pertandingan. Para pemenang akan ...(9)... hadiah berupa wang tunai, buku cerita dan alat tulis.
Hadiah disumbangkan oleh syarikat-syarikat buku terkemuka.
Sempena pameran ini juga, pembeli diberi potongan harga ...(10)... sehingga 50%.
Suasana pameran sungguh meriah dan keadaannya riuh-rendah. Pameran buku yang diadakan
juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai. Semua pihak
berpuas hati dengan kejayaan pameran pada kali ini.
24 BERITA

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Sekolah kamu telah memenangi pertandingan bola sepak peringkat daerah. Kamu dikehendaki menulis
berita tentang pertandingan bola sepak tersebut.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

serba memukau rancak mewakili daerah

anugerah diadakan dipilih tempat utama

SK AMINUDDIN BAKI MENJULANG PIALA

BATANG PADANG, Ahad, 27 Februari – Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki (SKAB), Slim
River menjadi juara pertandingan bola sepak ...(1)... Batang Padang Tahun 2006. Sekolah
tersebut menewaskan Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana (SKDK), Tapah, tiga jaringan berbalas
dua, petang semalam.
Perlawanan akhir itu ...(2)... di Kompleks Sukan Daerah Batang Padang. Pada perlawanan
kali ini, pasukan SKAB berpakaian merah kuning manakala pasukan SKDK pula berpakaian
...(3)... biru.
Penyerang ...(4)... SKAB, Azizul Salleh tidak diturunkan kerana cedera. Pemain harapan
pasukan tersebut, Zulkifli Hanapiah menggantikan ...(5)... Azizul. Zulkifli membuktikan
kejaguhannya apabila berjaya membolosi dua gol gawang lawan pada perlawanan tersebut.
Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang ...(6)... dan menarik. Aksi-aksi cemas
di pintu gol kedua-dua pasukan ...(7)... para penonton. Para penonton juga memberikan galakan
dan sokongan kepada kedua-dua pasukan tanpa berbelah bagi.
Samsul Abdul Rahmat dari SKDK memenangi ...(8)... Kasut Emas. Samsul telah
menjaringkan lapan gol, dia juga merupakan penjaring terbanyak dalam kejohanan tersebut.
Zulkifli Hanapiah pula ...(9)... sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.
Hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang, Tuan Haji
Ibrahim bin Ahmad. Pasukan SKAB akan ...(10)... daerah Batang Padang ke pertandingan
peringkat negeri pada 26 Mac akan datang. Perlawanan akan diadakan di Stadium Ipoh, Perak.
25 LAPORAN

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Andaikan kamu sebagai Setiausaha Persatuan Sains dan Matematik di sekolah kamu. Kamu diminta
menulis laporan tentang mesyuarat bilangan pertama untuk Tahun 2006 .
Tulis laporan kamu itu selengkapnya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

tahunan berjaya bercadang ditangguhkan kejayaan

sekolah dijalankan disenaraikan utama menyertai

LAPORAN MESYUARAT BILANGAN PERTAMA


PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK 2006

Persatuan Sains dan Matematik telah mengadakan mesyuarat bilangan pertama pada 12
Januari 2006 yang lalu. Objektif ...(1)... mesyuarat ini ialah untuk merancang pelbagai aktiviti yang
akan dijalankan sepanjang Tahun 2006.
Aktiviti pertama yang ...(2)... ialah pengambilan anggota baharu bagi Tahun 2006.
Beberapa kriteria telah ditetapkan bagi pengambilan kali ini. Mulai Tahun 2006, yuran penggal
persatuan telah ditambah sebanyak RM2.00 bagi satu tahun sesi persekolahan. Yuran ...(3)...
telah menjadi RM10.00 bagi setiap orang anggota persatuan ini.
Pada tahun ini, empat aktiviti utama telah disenaraikan. Aktiviti tersebut ialah persediaan
murid-murid untuk ...(4)... Kuiz Sains dan Kuiz Matematik di peringkat daerah. Kuiz ini adalah
dalam bentuk kumpulan yang mengandungi tiga orang peserta bagi setiap kategori. Memilih
seorang wakil ...(5)... untuk menyertai pertandingan Kuiz Sains Angkasa dan seorang wakil
sekolah untuk menyertai pertandingan Kira Cepat. Semua pertandingan bermula di peringkat
kelompok, daerah, negeri, dan kebangsaan.
Pada tahun lepas, peserta yang mewakili Kuiz Sains hanya ...(6)... memperoleh tempat
ketiga di peringkat daerah. Peserta yang mewakili Kuiz Matematik dan Kuiz Sains Angkasa hanya
mendapat hadiah saguhati di peringkat kelompok. Pencapaian yang membanggakan sekolah ialah
...(7)... peserta Kira Cepat yang menjadi johan di peringkat negeri.
Setelah itu, persatuan juga ...(8)... untuk mengadakan siri lawatan sambil belajar untuk
menambah pengalaman para peserta. Antara tempat yang telah ...(9)... dan dipersetujui secara
majoriti oleh anggota persatuan ialah Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara.
Mesyuarat ...(10)... pada suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Laporan disediakan oleh, 18 JANUARI 2006.


Siratjuddin
Siratjuddin Mohd Nazari
(SIRATJUDDIN BIN MOHD NAZARI)
Setiausaha,
Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor.
26 LAPORAN

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Kamu telah terpilih untuk menyertai satu perkhemahan unit beruniform anjuran sekolah kamu. Tuliskan
laporan tentang perkhemahan yang kamu sertai itu.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

mendirikan berehat mengadakan bertolak ceramah

patrol tamat diarahkan ditetapkan anggota

LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUNGKU

Pada hari Jumaat, 10 Mac 2006 yang lalu, seramai 40 orang ...(1)... pengakap dan enam
orang guru dari Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku, Teluk Intan telah ...(2)... perkhemahan
pengakap di Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Ridzuan.
Di lokasi perkhemahan, ketua …(3)… memberi penerangan dan arahan ringkas tentang
tugasan setiap anggota pengakap. Tanpa membuang masa, kami pun …(4)… khemah. Di
samping itu, ada yang menyediakan peralatan untuk memasak.
Waktu makan tengah hari telah ...(5)... pada pukul 12.30 tengah hari. Kami juga diberi masa
untuk riadah dan ...(6)... selama dua jam. Waktu ini kami gunakan untuk mencuci pakaian dan
mandi-manda di tepi pantai Teluk Batik dengan pengawasan guru-guru pengiring.
Pada sebelah malamnya, selepas solat Isyak, majlis ...(7)... diadakan. Ceramah
disampaikan oleh Imam Masjid Manjong. Ceramahnya bertajuk “Sihat Jasmani, Ceria Rohani”.
Ceramah ini …(8)… pada pukul 11.30 malam. Selepas itu, kami masuk ke khemah masing-
masing untuk berehat dan tidur.
Ahad, 12 Mac 2006, berakhirlah perkhemahan anggota pengakap pada kali ini. Kira-kira
pukul 2.30 petang, kami ...(9)... supaya mengemas barang masing-masing dan alat-alat
perkhemahan. Setengah jam kemudian, kami ...(10)... meninggalkan Teluk Batik untuk pulang ke
rumah masing-masing.

Laporan disediakan oleh, 20 Mac 2006.


Shafiq Nabil
(SHAFIQ NABIL BIN MOHD ROSLI)
Setiausaha Pertubuhan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku.
27 LAPORAN

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Kamu dan rakan-rakan kamu telah menyertai rombongan sambil belajar, melawat ke sebuah kilang.
Tuliskan suatu laporan tentang lawatan kamu itu.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

berisi kosmetik manfaat bauan dipanaskan

terletak disalurkan lawatan disejukkan seramai

Laporan Lawatan Sambil Belajar


Ke Kilang UNITATA, Hutan Melintang, Perak

Pada 27 Mei 2006, ...(1)... 40 orang anggota Persatuan Sains, SK Raja Muda Musa, Teluk
Intan telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang yang menghasilkan barangan
daripada minyak kelapa sawit. Kilang tersebut ialah UNITATA yang …(2)… di Hutan Melintang,
Perak Darul Ridzuan.
Di kilang itu, kami dibawa melihat tangki …(3)… minyak kelapa sawit yang belum diproses.
Minyak ini ditapis dan …(4)… untuk menghasilkan berbagai-bagai jenis minyak. Antara minyak
yang dihasilkan termasuklah minyak masak dan marjerin.
Minyak kelapa sawit tersebut ...(5)... ke bahagian-bahagian yang tertentu. Misalnya, minyak
untuk menghasilkan marjerin disalurkan ke sebuah loji khas. Selepas itu, bahan-bahan seperti
vitamin, pewarna, dan garam cecair akan dicampurkan sehingga sebati. Campuran ini akan
...(6)... dan ditinkan. Dengan itu, marjerin sudah sedia untuk dipasarkan.
Bagi menghasilkan barangan ...(7)... seperti sabun, pelembab kulit, dan pencuci muka, loji
yang lain pula digunakan. Kawasan loji ini menerbitkan ...(8)... dan aruma yang harum.
Lawatan ini banyak memberikan ...(9)... kepada kami. Pada tahun hadapan, kami berharap
agar dapat mengadakan ...(10)... ke tempat-tempat yang lain pula.

Laporan disediakan oleh, 12 Jun 2006.


Siti Nurul Aisah
(SITI NURUL AISAH BINTI ISHAK)
Setiausaha Persatuan Sains,
SK Raja Muda Musa, Teluk Intan.
28 DIALOG

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Rakan anda terpilih sebagai peserta terbaik semasa sukan tahunan sekolah yang lalu. Anda berdua
berbual-bual tentang kejayaan rakan kamu itu.
Tulis perbualan kamu dengan rakan kamu itu selengkapnya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

gigih sumber mengutip tumpuan menjadi

berbual terpilih dinobatkan negara kunci

SEKETIKA BERSAMA SEORANG JUARA

Saya sedang berbual-bual dengan seorang rakan saya yang telah ...(1)... sebagai Olahragawan
Terbaik Sukan Tahunan Olahraga 2006. Yang berikut adalah perbualan saya dengan rakan saya.
Halim : Tahniah, Muthu! Akhirnya kamu berjaya juga ...(2)... olahragawan sekolah pada kali ini.
Muthu : Terima kasih, Halim. Saya benar-benar gembira. Sebenarnya, saya langsung tidak
menduga bahawa saya ...(3)... sebagai olahragawan sekolah dalam Sukan Tahunan
Olahraga pada tahun ini.
Halim : Bagi saya, kejayaan kamu bukanlah sesuatu yang di luar dugaan. Kamu ...(4)... berlatih
dan berusaha bersungguh-sungguh. Cikgu Roy, guru rumah sukan kita juga maklum
akan hal itu. Tambahan pula, kamu banyak ...(5)... pingat emas untuk pasukan kita.
Muthu : Kejayaan ini adalah kejayaan semua sebenarnya. Guru-guru dan rakan-rakan banyak
memberi sokongan dan perangsang kepada saya. Itulah sebenarnya ...(6)... utama
kejayaan saya.
Halim : Tetapi, kesungguhan kamu adalah ...(7)... kejayaan tersebut. Saya tahu bahawa kamu
memang berminat dalam lapangan sukan dan menjadi atlet ...(8)... suatu hari nanti.
Semoga kejayaan ini merintis cita-cita kamu itu di masa hadapan.
Muthu : Harap-harapnya begitulah. Memang saya minat akan sukan. Namun demikian, buat
masa sekarang, saya harus mendahulukan bidang akademik. Saya mesti memberi
...(9)... sepenuhnya kepada pelajaran.

Halim : Marilah kita ke kantin. Saya belanja kamu hari ini atas kejayaan kamu itu. Di situ nanti
bolehlah kita ...(10)... lebih panjang lagi.
Muthu : Baiklah, terima kasih kerana kamu sudi belanja saya makan.
29 DIALOG

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Rakan kamu terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya. Kamu menziarahi rakan kamu itu di
hospital, kamu ingin tahu tentang kejadian tersebut. Tuliskan perbualan kamu dengan rakan kamu itu.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

melawat perjalanan basikal menjenguk menghantar

bantuan menjalani terlantar seluruh kemalangan

PERBUALAN DENGAN RAKAN YANG TERLANTAR DI HOSPITAL

Saya mengunjungi sahabat saya, Karim yang sedang ...(1)... di hospital. Karim terlibat dalam satu
kemalangan jalan raya. Yang berikut adalah perbualan kami.
Ramli : Apa khabar, Karim?
Karim : Khabar baik. Terima kasih kerana sudi ...(2)... saya di sini.
Ramli : Boleh saya tahu. Bila dan di mana ...(3)... itu berlaku?
Karim : Boleh, apa salahnya. Kemalangan itu berlaku petang semalam. Ketika itu saya dan
kawan-kawan baru selesai ...(4)... kegiatan kokurikulum. Kejadian itu berlaku di
simpang tiga, berhampiran warung Wak Leman.
Ramli : Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku?
Karim : Kemalangan itu berlaku semasa saya dalam ...(5)... pulang ke rumah. Tiba-tiba,
sebuah kereta melanggar ...(6)... saya dari arah belakang. Saya tercampak di atas
jalan raya, basikal saya putus dua. Sungguh dasyat kemalangan tersebut.
Ramli : Apakah kecederaan yang awak alami?
Karim : Kaki kanan saya patah. Tempurung lutut kiri saya retak. Hampir ...(7)... badan saya
mengalami luka dan calar-balar.
Ramli : Syukurlah, awak terselamat! Siapa yang ...(8)... awak ke hospital?
Karim : Semasa kejadian itu, saya pengsan. Menurut ceritanya, pemuda yang melanggar
saya itulah yang menghantar saya ke hospital. Dia menghantar saya ke sini dengan
...(9)... sebuah van yang lalu ketika kemalangan itu berlaku.
Ramli : Saya doakan agar awak cepat sembuh dan segera kembali ke sekolah.
Karim : Terima kasih, Ramli. Jika ada masa lapang sudilah lagi ...(10)... saya di sini.
Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan sekelas kita.
Ramli : Sama-sama. Baiklah, salam kamu saya akan sampaikan apabila ke sekolah nanti.
30 DIALOG

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Kamu seorang pengarang majalah sekolah dan dikehendaki menemu ramah Guru Besar sekolah kamu
untuk mendapatkan maklumat tentang program menceriakan kawasan sekolah. Tuliskan temu ramah
kamu dengan Guru Besar sekolah kamu itu.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

kawasan terlibat tugasan sikap mewakili

program turut galakan menyumbang suasana

TEMU RAMAH DENGAN GURU BESAR TENTANG PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH

Saya berpeluang menemu ramah Guru Besar sekolah saya dan bertanyakan tentang ...(1)...
menceriakan sekolah. Yang berikut ialah perbualan saya dengan Guru Besar.
Lidora : Selamat pagi, cikgu.
Guru : Selamat pagi. Boleh saya bantu awak?
Lidora : Saya Lidora Eliana ...(2)... Majalah Mutiara sekolah ini. Saya ingin menemu bual cikgu
tentang rancangan cikgu bagi menceriakan kawasan sekolah.
Guru : Boleh, apa salahnya.
Lidora : Cikgu, apakah tujuan utama program menceriakan ...(3)... sekolah ini?
Guru : Sebenarnya, saya telah pun merancang dan menyusun beberapa aktiviti bagi
menceriakan kawasan sekolah. Antara tujuannya ialah untuk mewujudkan ...(4)...
“Sekolah Dalam Taman”.
Lidora : Siapakah yang ...(5)... menjayakan program “Sekolah Dalam Taman” ini?
Guru : Semua guru dan murid-murid terlibat dalam menjayakan program ini. Seluruh warga
sekolah digalakkan …(6)… tenaga, idea, dan wang ringgit. Kita juga berusaha untuk
mendapatkan penaja kepada program ini.
Lidora : Bagaimanakah program ini dilaksanakan?
Guru : Saya telah mengagihkan ...(7)... dan kawasan kepada kelas yang telah ditetapkan.
Mereka akan dibimbing oleh guru kelas masing-masing. Majlis Daerah Kinta ...(8)...
menyumbangkan beraneka jenis pokok bunga.
Lidora : Apakah harapan cikgu selaku penyelaras program ini?
Guru : Saya berharap agar murid-murid menanam ...(9)... bertanggungjawab bagi menjaga
keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah. Pihak sekolah juga menyediakan hadiah-
hadiah ...(10)... bagi merealisasikan program ini.
Lidora : Saya ucapkan terima kasih atas kesudian cikgu untuk ditemu ramah.
31 UCAPAN

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Kamu telah diminta untuk memberi ucapan semasa perhimpunan rasmi sekolah sempena sambutan
Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia. Tajuk ucapan yang akan kamu sampaikan ialah, “Cara-cara
Menabung”. Tulis ucapan kamu itu selengkapnya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

tabung selamat pulangan lusuh sedikit

disimpan ceria digemari ribuan institusi

CARA-CARA MENABUNG

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar, barisan Penolong Kanan,
Guru Cemerlang, guru-guru, dan rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan
untuk semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ...(1)... terima kasih kerana memberi
peluang kepada saya untuk memberi ucapan sempena majlis sambutan Hari Kemerdekaan
negara kita pada hari ini. Tajuk ucapan yang diberi kepada saya ialah ‘Cara-cara Menabung’.
Rakan-rakan yang disayangi,
Salah satu keperluan utama dalam kehidupan seharian kita ialah wang. Wang amat perlu
...(2)... bagi menjamin masa depan seseorang. Ada pelbagai cara bagi kita untuk menyimpan
wang. Sebagai contoh, ada yang menyimpan wangnya di dalam ...(3).... Ada pula yang
menyimpan wangnya di dalam bank-bank tertentu.
Menyimpan wang di dalam bank merupakan satu cara menabung yang ...(4)... oleh rakyat
Malaysia. Di Malaysia terdapat banyak ...(5)... kewangan. Bank Simpanan Nasional merupakan
sebuah institusi perbankkan yang dijamin oleh kerajaan. Terdapat juga bank-bank perdagangan
seperti Malayan Banking, Bank Rakyat, dan Public Bank.
Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita boleh mendapat ...(6)... keuntungan
perniagaan yang dijalankan oleh bank tersebut. Demikianlah halnya dengan wang yang disimpan
di dalam bank. Jika kita menyimpan wang walaupun ...(7)... setiap bulan, maka wang tersebut
akan bertambah dari semasa ke semasa.
Wang yang kita simpan di dalam bank sudah tentu lebih ...(8)... berbanding wang yang
disimpan di rumah. Hal yang demikian adalah kerana wang yang disimpan di rumah mudah dicuri
orang, terbakar, terlupa tempat menyimpan, ...(9)... dan sebagainya.
Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapankan selamat menyambut
Hari Kemerdekaan Malaysia dan Selamat Menabung. Semoga kita lebih ...(10)... dan bahagia
selepas menabung, rancanglah masa depan anda dengan bijak.
Sekian, terima kasih.
32 UCAPAN

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Sekolah kamu telah mengadakan majlis jamuan perpisahan kerana pertukaran guru kelas kamu ke
sekolah lain. Selaku ketua kelas, kamu telah diminta menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.
Tulislah ucapan kamu itu selengkapnya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

terharu tugas dahulu serangkap tingkah

mengajar berjumpa membimbing bertukar mengambil

UCAPAN SEMPENA MAJLIS JASAMU DIKENANG

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar SK Behrang, Puan
Norehan binti Kamaruddin, barisan penolong kanan, guru yang diraikan, guru-guru dan rakan-rakan.
Selamat sejahtera. Terlebih ...(1)... saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang
berucap dalam majlis ini.
Hadirin yang dihormati,
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Puan Zaleha binti Ahmad akan ...(2)... ke sekolah lain.
Saya dan rakan-rakan berasa sedih dan ...(3)... atas pertukaran beliau. Pertukaran beliau
menyebabkan kami kehilangan seorang guru yang kami sayangi.
Beliau telah ...(4)... di sekolah ini selama sepuluh tahun. Selama beliau di sini, beliau telah
bertugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Beliau selalu ...(5)... dan menasihati kami.
Segala nasihat beliau akan kami ingat dan kami jadikan panduan hidup. Jasa dan pengorbanan
beliau mengasuh dan mendidik tetap kami kenang hingga ke akhir hayat.
Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Marikh ...(6)... kesempatan untuk memohon maaf
atas segala kesalahan tutur kata dan ...(7)... laku kami selama ini. Jasa dan budi baik cikgu selama
ini sukar untuk kami membalasnya. Jasamu ibarat permata yang menyinar.
Kami doakan semoga cikgu bergembira di sekolah baru dan dapat menjalankan ...(8)...
dengan selesa. Dengan tulus hati, kami memohon agar cikgu menghalalkan ilmu yang dicurahkan
kepada kami. Harapan kami agar kita dapat ...(9)... lagi pada suatu hari nanti.
Sebagai mengakhiri ucapan ini, terimalah ...(10)... pantun daripada saya.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Sekian, terima kasih.
33 UCAPAN

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Sekolah kamu akan mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Selaku ketua murid, kamu
diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.
Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

pelbagai kurang umpama memberi memastikan

acuan mengundur dahulu mengalami perhatian

UCAPAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT SEKOLAH

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, ibu bapa
dan rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan untuk semua yang hadir. Terlebih
...(1)... saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana ...(2)... peluang kepada saya berucap
sempena majlis sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia pada hari ini.
Hadirin yang budiman,
Kita semua sedia maklum bahawa pada 17 Oktober setiap tahun merupakan sambutan Hari
Kanak-kanak Sedunia. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk ...(3)... segala asuhan,
bimbingan, dan pendidikan diberi ...(4)... sewajarnya oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab
khasnya ibu bapa dan guru-guru kepada kanak-kanak.
Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, kita beruntung kerana mendapat
bimbingan, perhatian, dan pendidikan yang sempurna. Namun begitu, ...(5)... usaha perlu
diteruskan bagi memastikan generasi akan datang lebih menikmati apa yang kita kecapi sekarang
ini. Kanak-kanak hari ini merupakan ...(6)... generasi akan datang.
Selain itu, dalam mengecapi semua keistimewaan ini, kita jangan lupakan rakan-rakan yang
...(7)... bernasib baik dari negara-negara lain. Mereka tidak mendapat pendidikan, perhatian,
pemakanan, dan kesihatan yang sempurna. Malah ada yang terkorban disebabkan peperangan.
Oleh itu, kita sewajarnya bersyukur kerana tidak ...(8)... nasib seperti mereka.
Hadirin yang dikasihi,
Kami ...(9)... kain putih, Ibu bapa dan guru-gurulah yang bakal mencorakkan kami dengan
didikan yang sempurna. Semoga kami menjadi insan yang berguna. Akhir kata, sebelum saya
...(10)... diri, terimalah ucapan “Selamat Hari Kanak-kanak“, semoga kita lebih ceria dan bahagia.
Sekian, terima kasih.
34 SYARAHAN

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Anda mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahankamu itu
ialah, “Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang Hayat”. Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

merungut agung kerumitan berjasa paling

perlu terletak banyak sempurna bijaksana

KASIH SAYANG IBU BAPA SEPANJANG HAYAT

Yang dihormati Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, Penolong-
penolong Kanan, Guru Cemerlang, panel hakim yang arif lagi ...(1)..., serta rakan-rakan yang
dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di pentas ini adalah untuk
menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang Hayat”.
Hadirin yang dihormati,
Ibu bapa merupakan orang yang paling banyak ...(2)... kepada kita. Mereka telah
mencurahkan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada kita. Oleh itu, memang wajarlah kita
menghormati ibu bapa sebagai membalas jasa mereka. Jasa mereka terlalu ...(3)... bagi kita.
Selain itu, ibu bapa juga telah membelanjakan ...(4)... wang ringgit semata-mata untuk
menyara kita. Mereka tidak pernah ...(5)... atas kesusahan untuk menampung kehidupan
keluarga. Segala kemahuan dan keperluan hidup kita diurusnya dengan sempurna.
Seterusnya, mereka telah mengusahakan pendidikan yang ...(6)... kepada kita. Pendidikan
di sekolah dan pendidikan agama telah diberi kepada kita. Oleh sebab itu, kita amat ...(7)...
menghormati mereka. Kasih sayang mereka kepada kita adalah kasih sayang sepanjang hayat.
Ibu bapa juga merupakan orang yang …(8)… hampir dengan kita. Tiap-tiap kali kita
mempunyai masalah, merekalah orang pertama yang akan membantu kita. Mereka jugalah yang
akan meleraikan segala ...(9)... dan kekusutan yang dialami. Mereka adalah rakan kongsi suka
duka yang tiada tandingnya.
Hadirin yang budiman,
Oleh hal yang demikian maka kita perlulah senantiasa menghormati ibu bapa kita. Ingatlah
bahawa keberkatan hidup seseorang anak ...(10)... pada restu dan doa kedua-dua orang tuanya.
Oleh sebab itu, kita mesti mengasihi dan menyayangi mereka.
Sekian, terima kasih.
35 SYARAHAN

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Kamu telah terpilih memasuki pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan yang diberi
ialah “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”. Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

dialirkan dibuang berbahaya disebabkan hidupan

negatif keadilannya merugikan kegunaan pencemaran

KESAN PENCEMARAN AIR KEPADA KEHIDUPAN

Yang dihormati Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, Penolong-
penolong Kanan, guru-guru, panel hakim yang arif dengan panji ...(1)..., serta rakan-rakan yang
dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tampilnya saya di pentas baldu ini adalah untuk
menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”.
Hadirin yang dihormati,
Pencemaran air sering berlaku di negara kita. Pencemaran air sungai dan laut terjadi ...(2)...
oleh berbagai-bagai faktor. Antaranya ialah sampah-sarap dan sisa-sisa minyak ...(3)... ke dalam
laut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Di samping itu, sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang dengan mudah ...(4)... ke dalam
sungai dan ke dalam laut. Perkara ini mengakibatkan ...(5)... air yang berterusan. Kita terpaksa
mengeluarkan kos yang tinggi untuk merawat air yang telah tercemar itu.
Manusia menggunakan air untuk ...(6)... harian, pertanian dan perindustrian. Jika air
tercemar, maka semua aktiviti tersebut tidak dapat dilakukan. Air yang tercemar amat ...(7)... untuk
kesihatan manusia. Air yang tercemar juga boleh menyebabkan penyakit kulit dan cirit-birit.
Selain itu, pencemaran air juga boleh mengakibatkan …(8)… air, seperti rumpair, ikan, dan
sebagainya akan pupus. Ini memberi kesan yang …(9)… kepada kehidupan nelayan. Pendapatan
para nelayan juga turut terjejas.
Hadirin yang budiman,
Sebelum mengundur diri, saya ingin menegaskan bahawa pencemaran air lebih banyak
...(10)... kita. Oleh sebab itu, sama-samalah kita menjaga kebersihan sungai dan laut.
Sekian, terima kasih.
36 SYARAHAN

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Kamu akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu di
sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu itu ialah “Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Tulislah teks
syarahan kamu itu selengkapnya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

serasi semangat penentu melentur lapisan

sepakat faedah ringan pelbagai menjana

HIDUP SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, barisan Penolong
Kanan, Guru-guru Cemerlang, para hakim ...(1)... juara, guru-guru, serta rakan-rakan yang saya
hormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. “Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Begitulah bunyi tajuk
syarahan saya pada pagi yang bersejarah ini.
“Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Merujuk kamus dewan edisi keempat, hidup ...(2)...
membawa maksud hidup saling bekerjasama manakala membawa berkat pula bermaksud
mendatangkan kebaikan dan faedah. Huraian ini ...(3)... dan sinonim dengan masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum, kepercayaan, agama, adat resam, dan keturunan.
Hadirin yang saya hormati,
Amalan bermuafakat dan ...(4)... tulang perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita. Bergotong-
royong melakukan sesuatu kerja adalah contoh ...(5)... permuafakatan dalam masyarakat. Amalan
sebegini mampu memupuk nilai murni sejagat.
Rakyat negara kita terdiri daripada ...(6)... kaum. Namun begitu, mereka hidup dalam
keadaan yang aman dan harmoni kerana saling bekerjasama. Semangat kerjasama juga perlu
dipupuk sejak daripada kanak-kanak lagi, seperti kata pepatah, kalau hendak ...(7)... buluh, biarlah
daripada rebungnya.
Amalan bantu-membantu dan bekerjasama juga berupaya ...(8)... semangat kejiranan.
Kehidupan berjiran akan lebih bermakna, aman, dan damai. Pembangunan dapat dilaksanakan
oleh kerajaan untuk ...(9)... semua rakyat di negara kita.
Oleh sebab itu, ungkapan “Hidup Sepakat Membawa Berkat” wajarlah dihayati dan
diamalkan oleh setiap ...(10)... masyarakat kerana mendatangkan banyak kebaikan. Setakat ini
syarahan saya buat kali ini.
Sekian, terima kasih.
37 PERBAHASAN

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Andaikan bahawa anda adalah pihak pembangkang dalam pertandingan perbahasan. Tajuk
perbahasab itu ialah, “Internet Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan”.
Tuliskan hujah-hujah kamu itu selengkapnya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

dengar bermoral imej menabur buktikan

kancah sinonim akhlak hakim bersuluh

INTERNET LEBIH BANYAK MENDATANGKAN KEBAIKAN

Selamat sejahtera. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para ...(1)... yang bijaksana,
barisan pencadang, rakan-rakan yang budiman. Saya selaku pihak pembangkang tetap menangkis
tajuk perbahasan pada hari ini.
Kuasa di hujung jari anda. Kata-kata ini begitu ...(2)... dengan aura internet. Ringkasnya,
internet boleh melakukan apa-apa sahaja terutamnya yang bertujuan negatif. Internet sebenarnya
lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Saya akan ...(3)... kebenarannya.
Hujah saya meniti kebenaran, keburukan yang paling kerap kita ...(4)... ialah internet sebagai
medium untuk menyebarkan fitnah. Fitnah-fitnah yang dilemparkan biasanya mampu menjatuhkan
...(5)... seseorang. Mencemar nama baik sesebuah organisasi, malah memburukkan nama negara.
Hadirin yang dihormati,
Lazimnya, orang yang ...(6)... dan meyebarkan fitnah ialah orang yang berkemahiran dalam
bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Malangnya, kemahiran tersebut telah disalahgunakan
semata-mata untuk kepentingan peribadi. Nah, di sini sudah jelas lagi ...(7)... tentang keburukan
internet kepada kita yang menggunakan perkhidmatannya.
Bagi mereka yang gemar melayari laman-laman web yang tidak ...(8)... di internet, mereka
sanggup menghabiskan masa yang lama menghadap komputer. Ketagihan melayari internet
melalui penerokaan laman-laman web yang tidak bermoral ini juga boleh merosakkan ...(9)... para
remaja. Malah, perbuatan ini juga akan menrugikan masa dan membazirkan wang ringgit.
Lebih malang lagi kerana ada segelintir individu yang sanggup menggunakan internet bagi
melakukan penipuan demi mengaut keuntungan. Biasanya individu yang terperangkap dalam
...(10)... penipuan ini ialah mereka yang sedang mencari pekerjaan, iklan pelancungan, promosi
barangan tertentu, dan sebagainya. Berdasarkan faktor-faktor tadi, ingin saya jelaskan bahawa
internet lebih banyak mendatangkan keburukan.
Sekian, terima kasih.
38 PERBAHASAN

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Kamu telah dipilih memasuki pertandingan perbahasan peringkat kelompok. Sebagai pihak pencadang,
kamu dikehendaki menyokong tajuk perbahasan “Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan
Guru dalam Membentuk Disiplin Murid”. Tuliskan hujah-hujah kamu selengkapnya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

kelahiran pelbagai berpeleseran mengawasi mengasuh

menentukan berakhirlah menyokong peranan menjejaki

Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin Murid

Yang berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru, barisan
pembangkang yang saya hormati dan rakan sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk ...(1)..
tajuk perbahasan pada hari ini iaitu “Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru
dalam Membentuk Disiplin Murid”.
Ibu dan bapa ialah orang yang bertanggungjawab terhadap ...(2)... seseorang insan.
Sebelum kanak-kanak itu ...(3)... alam persekolahan, mereka mengenali ibu bapa dan adik-
beradiknya sahaja. Jika baik yang mereka lihat dan dengar maka baiklah yang mereka ikut.
Murid-murid hanya berada di sekolah selama kira-kira lima jam. Dengan ...(4)... dan masa
yang terhad, guru-guru tidak mampu untuk membentuk disiplin murid dengan lebih sempurna.
Malahan, guru-guru juga terpaksa melakukan tugasan lain di samping berhadapan dengan ...(5)...
kerenah anak didik mereka.
Hadirin yang dihormati,
Setelah tamat waktu persekolahan, ...(6)... peranan guru. Guru-guru sudah tentu tidak dapat
memberi perhatian kepada anak-anak didik mereka. Ketika inilah, ibu bapa memainkan peranan
penting ...(7)... anak-anak mereka agar menjadi insan yang berguna.
Ibu bapa perlu memberi perhatian dan ...(8)... anak-anak mereka supaya tidak melakukan
perkara-perkara yang tidak baik seperti merokok, melepak, merayau, dan ...(9).... Jika ibu bapa
gagal memainkan peranan yang sewajarnya, masalah disiplin akan menjadi lebih teruk dan sukar
untuk dibendung.
Berdasarkan hujah-hujah di atas, jelaslah bahawa peranan ibu bapa lebih penting daripada
peranan guru dalam membentuk disiplin kanak-kanak. Ibu dan bapalah yang boleh ...(10)... agar
nasi tidak menjadi bubur. Fikirlah dan laksanakanlah peranan masing-masing.
Sekian, terima kasih.
39 PERBAHASAN

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Kamu telah dipilih mewakili daerah dalam pertandingan perbahasan. Sebagai pencadang yang
pertama, kamu dikehendaki memberi hujah-hujah berdasarkan tajuk “Kemajuan Sains Banyak Memberi
Kebaikan daripada Keburukan”. Tuliskan teks perbahasan kamu itu selengkapnya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

menarik kemajuan komunikasi tugas membantu

ciptaan melicinkan barisan hakikat menjadi

KEMAJUAN SAINS BANYAK MENDATANGKAN KEBAIKAN DARIPADA KEBURUKAN

Terima kasih kepada Saudara Peneraju Majlis, yang saya hormati para hakim yang arif
dengan neraca keadilannya, ...(1)... pembangkang dan rakan sekalian. Berdirinya saya sebagai
pihak pencadang dalam majlis ini adalah untuk menyatakan bahawa “Kemajuan Sains Banyak
Mendatangkan Kebaikan daripada Keburukan”.
Kemajuan sains melalui ciptaan alat-alat moden banyak ...(2)... memajukan sesebuah
negara. Sebagai contoh, kilang kereta Proton dan Perodua di negara kita. Jentera-jentera
pemasangan termasuk robot-robot digunakan supaya kerja ...(3)... cepat dan jumlah pengeluaran
dapat ditingkatkan.
Kepesatan ciptaan sains banyak meningkatkan keupayaan sistem ...(4)... di negara ini.
Ciptaan alat-alat komunikasi seperti telefon bimbit, telefon bergambar, komputer dan sebagainya
telah mempercepat penyebaran maklumat dari dalam dan dari luar negara. Kemajuan ini dapat
membantu ahli perniagaan dan memudahkan kita berinteraksi. Kemajuan ini juga mampu ...(5)...
pelabur-pelabur asing ke negara kita.
Hadirin yang dihormati,
Kemajuan sains banyak membantu ...(6)... sistem pengangkutan di sesebuah negara.
Penciptaan pengangkutan moden, seperti kereta api bawah tanah, relbas, dan kereta kabel
membuktikan ...(7)... ini. Kenderaan ini dapat memudahkan perjalanan dan menjimatkan masa
serta menjimatkan kos.
Alat-alat ...(8)... sains juga banyak membantu manusia melaksanakan pelbagai tugasan
seharian mereka. Mesin basuh, peralatan dapur, televisyen, periuk nasi, dan lain-lainnya, bukan
sahaja mempercepat ...(9)... malahan memudahkan kerja.
Berdasarkan hujah-hujah yang saya berikan, jelas dan nyatalah bahawa ...(10)... sains lebih
banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan, adalah benar. Perkara ini bukan khayalan
tetapi kenyataan.
Sekian, terima kasih.

You might also like