You are on page 1of 12
REKABENTUK KAJIAN 3 Sumber Maklumat Kajian ini tertumpu kepada lapan buah jabatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Sumber utama maklumat di dalam kajian ini diperolehi daripada kakitangan- kakitangan jabatan terbabit termasuk Timbalan-Timbalan Pengarah di Jabatan, Penolong- Penolong Pengarah di Jabatan, Pegawai-Pegawai Sokongan dan Pembantu-Pembantu Pegawai di Jabatan. Mereka terdiri daripada berbagai kumpulan seperti jantina, peringkat umur, taraf perkahwinan, ras, kelayakan akademik, kumpulan jawatan, pengalaman berkhidmat di DBKL dan juga pengalaman menghadiri_kursus Pengurusan Kualiti Menyeluruh. Populasi kajian ini adalah semua kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur termasuk Datuk Bandar, Ketua Pengarah, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Jabatan, Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan, Penolong-Penolong Pengarah Jabatan, Pegawai-Pegawai Sokongan dan Pembantu-Pembantu Am.. Terdapat seramai 7850 orang kakitangan yang bertugas di DBKL. Jika dipecahkan mengikut kumpulan-kumpulan jawatan, kumpulan A seramai 290 orang, kumpulan B seramai 560 orang, kumpulan C seramai 2700 orang, kumpulan D seramai 1000 orang dan kumpulan yang dipanggil IMG seramai 3300 orang, Data ini adalah merupakan data terkini yang diperolehi semasa kajian dijalankan. o41- Jabatan untuk kajian ini dipilih secara convenience sampling daripada keseluruhan jabatan yang terdapat di DBKL. Ini adalah kerana pengkaji merasakan mudah dan selesa kerana jabatan yang dipilih terletak berhampiran di antara satu sama lain dan berada di sekitar pusat bandar, di samping itu juga masa dan tenaga dapat dijimatkan. Senarai penuh jabatan berkenaan yang telah dipilih dan pecahan bilangan responden yang terlibat adalah seperti di dalam jadual 3.1 Persampelan dijalankan secara teliti mengikut prosedur seperti di bawah. Senarai semua Jabatan diperolehi daripada DBKL (Lihat rajah 3.1) Jumlah kakitangan diperolehi iaitu 7850 orang. Jumlah populasi yang diperlukan ditentukan mengikut mengikut kumpulan jawatan tertentu sahaja, iaitu kumpulan A, kumpulan B dan kumpulan C. Oleh yang demikian, jumlah populasi adalah seramai 3550 orang. Selain daripada itu jumlah sampel ditentukan mengikut Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi (Sekaran, 1992 : 253). Dalam kajian ini, jumlah sampel seramai 355 orang atau 10 peratus daripada jumlah populasi. Lapan buah Jabatan telah dipilih secara convenience sampling daripada senarai jabatan yang terdapat di DBKL. Setelah nama-nama Jabatan dipilih, soalselidik diedarkan kepada sampel kajian mengikut bilangan yang telah ditetapkan. Setiap jabatan telah diperuntukkan sebanyak 45 borang soalselidik. Pemilihan kakitangan ini dilakukan secara persampelan rawak mudah (simple random sampling) -42- oleh ketua Jabatan masing-masing. Ini bermakna setiap orang di dalam Jabatan mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sampel kajian, Kertas soalselidik diedarkan dan dikutip pada hari yang ketiga selepas diedarkan untuk memberi masa yang sesuai kepada responden untuk menjawabnya. Jadual 3.1 Senarai Nama Jabatan dan Bilangan Responden Bil. Nama Jabatan Bil. Responden "4, | Jabatan Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak 9 2. Jabatan Arkitek dan Projek Khas 25 3. Jabatan Pengurusan Perumahan 26 4. ‘Jabatan Pengangkutan Bandar 16 5. Jabatan Pengurusan Organisasi 1s 6 Jabatan Pentadbiran dan Hal Ehwal Awam 14 1. Jabatan Perlesenan 28 8. | Jabatan Pengurusan Penjaja dan Peniaga Kecil 19 Keseluruhan 152 ‘Sumber:Daripada 152 responden kajian. 3.2 Teknik Pengumpulan Data Untuk memungut data kajian ini, penyelidik telah menggunakan 30 soalan yang diubahsuai, Langkah-langkah pungutan data adalah seperti berikut -3- iii~ Setelah mendapat kebenaran daripada pihak-pihak berkenaan dan dengan kebenaran ketua-ketua jabatan di setiap jabatan terbabit, nama kakitangan telah dipilih secara persampelan rawak mudah (sample random sampling). Soalan-soalan soalselidik diedarkan kepada responden berkenaan dan mereka diberi masa yang sesuai untuk menjawab soalan berkenaan. Soalan-soalan dipungut semula setelah pengkaji memberi masa selama tiga hari untuk dijawab oleh responden Sebanyak 152 borang soalselidik dikembalikan. Lihat jadual 3.1 bagi melihat jumlah responden berdasarkan jabatan yang dipilih RAJAH 3.1 CARTA ORGANISASI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR Timb. Ketua Pengarah Ketua Pengarah Timb. Ketua Pengarah 2 Jab. Ukur Bahan & Peng. Kontrak Jab. Arkitek & Projek Jab. Kejuruteraan Mekanikal Jab. Saliran dan Peng, Sungai Jab. Penilaian dan Jab. Perancang dan Kawalan Bandar dab. Kerja Awam & Lalu Lintas Jab. Perancang 4 Ekonomi & K. Sosial \ Jab. Pelan Induk Jab, Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Pengurusan ‘Organisasi | Jab. Perkhidmatan | imal Bandar | aa vJab.Pengurusan Perumahan Jab. Pengurusan Penjaja Petunjuk: Kotak yang bewarna gelap merupakan Jabatan yang dipilih untuk kajian ini. Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Buku Penerangan, Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, 1992, ms 6. eas) 3.3 Item-Item Soalan Kajian Item soalan kajian ini diubahsuai daripada model soalselidik kajian Mohd. Nor Usop (1996) dan terbahagi kepada 2 bahagian . Bahagian 1 iaitu soalan 1 hingga 8 adalah item yang menyelidiki latar belakang responden. Item-item ini memerlukan responden mengemukakan maklumat peribadi seperti jantina, peringkat umur, taraf perkahwinan, ras, kelayakan akademik, kumpulan jawatan, pengalaman berkhidmat di DBKL pengalaman menghadiri kursus pengurusan kualiti menyeluruh Taburan item soalan bagi bahagian 1 adalah seperti di dalam Jadual 3.2 Jadual 3.2 Taburan Item Soalselidik ( Pembolehubah Tidak Bersandar ) dan Pembolehubah Tak Bersandar Taburan Soalan Jumlah Maklumat Peribadi Kakitangan 1, Faktor Demografi 1.1 Jantina 1 1.2 Umur 2 1.3 Ras 3 1.4 Taraf Perkahwinan 4 1.5 Kelayakan Akademik 5 5 2. Perkhidmatan 2.1 Jawatan Disandang 6 2.2 Pengalaman Kerja 7 2 3. Pengalaman Menghadiri kursus TOM 8 1 3.1 Pernah Menghadiri kursus 3.2 Tidak Pernah menghadiri kursus JUMLAH 8 8 Bahagian 2 soalan ini terdiri daripada 22 soalan diubahsuai daripada model soalselidik kajian Mohd. Nor Usop (1996) mengikut Likert berjulat 1 hingga 5. Item-item ini dibahagikan kepada 5 elemen utama sokongan pengurusan atasan iaitu mengwujudkan dan membangunkan dasar dan struktur pengurusan kualiti, perancangan dan penyediaan program latihan, gaya pengurusan bersama, pengurusan proses perubuhan dan penganjuran program kualiti, Kelima-lima elemen penting ini telah disimpulkan daripada ciri-ciri dan elemen yang terdapat di dalam PKPA (1992), Louer (1993), Brown (1994), Mann (1995) dan Bemowski (1996). -47- Secara keseluruhannya, taburan item soalselidik adalah seperti di dalam rajah 3.3 berikut: Jadual 3.3 Taburan Item Soalselidik (Pembolehubah Bersandar ) Pembolehubah Bersandar ‘Faburan Soalan Jumlah Sokongan Pengurusan Atasan T- Mewujudkan dan membangunkan 1-4 4 dasar dan struktur pengurusan kualiti 2- Perancangan dan Penyedian program 5-9 5 latihan 3- Gaya Pengurusan Bersama 10-14 5 4- Pengurusan Proses Perubahan 15-18 4 5- Penganjuran Program Kualiti 19-22 4 Jumlah 22 3.4 Skala Pengukuran Skala pengukuran yang dicadangkan adalah “Likert Atitude Scale”. Likert telah mencadangkan penggunaan satu set senarai kenyataan berbentuk positif dan negatif berhubung dengan sikap individu terhadap sesuatu isu atau aktiviti. Satu set gerak balas terhadap sikap tersebut diberkan dalam bentuk skala ordinal. Kaedah yang digunakan ialah sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju terhadap sesuatu isu, Markah individu ditentukan dengan menghitung jumlah nilai yang diperolehi -48- dari reaksi terhadap isu atau kenyataan. “Likert Atitude Scale” juga hanya satu simbol atau satu kuantitatif skor untuk setiap kenyataan: diberikan skor 5 Sangat Setuju ------- Setuju diberikan skor 4 Tidak Pasti diberikan skor 3 Tidak Setuju — diberikan skor 2 Sangat Tidak Setju —-———-——-- diberikan skor 1 Skala pengukuran ini merupakan satu proses pemeringkatan mengikut kategori. la merupakan suatu spesifikasi yang mudah untuk menerangkan hasil yang dikeluarkan 2 Skala likert adalah lebih baik digunakan kerana ianya mengambil masa yang kurang untuk menyediakannya dan mempunyai tahap kebolehkepercayaan yang tinggi.” Kajian ini lebih menumpukan kepada persepsi dan sikap responden terhadap Sokongan Pengurusan Atasan di DBKL berdasarkan elemen-elemen yang telah dibincangkan sebelum ini (lihat objektif kajian), 23 MH Gopal, 1964, An Introduction To Reserch In Social Science, Bombay 1, India: Asia Publishing House, , ms. 204-206. 24 Benerd M. Bass dan Gerald V. Barret, 1981, People, Work and Organization: An Introduction To Industrial and Organizational Psychology, Boston: Allyn Bacon, Inc., m.s. 96. -49- 3.5 Analisis Kajian Data-data yang diperolehi daripada soalan-soalan soalselidik diproses melalui kaedah “Statistical Package For Social Science” (SPSS) siri 9.0 dengan kemudahan komputer. Taburan kekerapan atau peratusan digunakan untuk menerangkan maklumat peribadi responden seperti jantina, umur, ras, tara’ perkahwinan, kelayakan akademik, kumpulan jawatan, tempoh pengalaman dan pengalaman menghadiri kursus. Analisis kaitan atau korelasi menggunakan “paired sample correlation” (ujian-1) digunakan untuk menerangkan perhubungan antara pembolehubah tidak bersandar dengan pembolehubah bersandar. Taburan kekrapan atau peratusan digunakan untuk menerangkan maklumat asas seperti profail responden. 3.6 Ujian Kebolehkepercayaan Item Soalselidik Suatu kajian rintis telah dijalankan untuk menentukan ketekalan dan kebolehpercayaan item soalselidik yang dibentuk. Kajian rintis ini dilakukan dengan menyediakan 30 item soal selidik kepada 30 kakitangan Jabatan Perancang Ekonomi dan Khidmat Sosial di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk dijawab oleh mereka. Analisis pada 30 item yang mewakili angkubah bersandar menunjukkan alpha 0.9155. Menurut Sekaran ( 1992: 287), jika nilai alpha yang diperolehi kurang daripada 0.60 menunjukkan ketekalan lemah, nilai alpha 0.70 menunjukkan ketekalan sederhana dan nilai alpha melebihi 0.80 menunjukkan baik.”’ Berdasarkan nilai alpha yang diperolehi hasil kajian rintis ini, adalah didapati item-item soalan soalselidik yang digunakan boleh dipercayai. Walau bagaimanapun, beberapa pindaan kecil dilakukan ke atas beberapa item perancangan dan penyedian program latihan dan gaya pengurusan bersama untuk memperbaiki mutunya serta penambahan satu item di setiap elemen tersebut. Ujian kebolehkepercayaan yang dibuat ke atas item soalan dalam kajian sebenarnya juga menunjukkan item-item tersebut boleh dipercayai. Keputusan nilai alpha bagi ujian ini ialah 0.9231. 3.6 Alat Statistik Data-data yang dipungut daripada kajian dan kajian rintis ini telah diuji dan dianalisis menggunakan kaedah statistik seperti jadual 3.4 di bawah: 25 Sekaran, Uma., 1992, Research Method’s for Business-A Skill Building Approach (Second Edition), New York: John Wiley & Son, Inc. m.s.287 -51- Jadual 3.4 Penggunaan Alat Statistik Alat Statistik Digunakan Tujuan / Bidang yang di analisis T. Ujian Kebolehkepercayaan (Cronbach Alpha) 2. Statistik Deskriptif Untuk mendapatkan koefisien kebolehkepercayaan kajian rintis dan bidang — bidang kajian lain. Untuk menerangkan maklumat peribadi responden. Untuk menerangkan tahap Sokongan Pengurusan ‘Atasan berdasarkan persepsi kakitangan jabatan di DBKL. Kaedah Statistik Digunakan Tujuan / Bidang yang dianalisis 3. Ujian-t 4. Analisis Varians-Satu Hala (ANOVA) 5. Ujian-t (Paired sample Correlation) Untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan purata signifikan di antara dua kumpulan berdasarkan jantina dan kehadiran ke kursus TQM. Untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan purata signifikan di antara lebih daripada dua kumpulan berdasarkan umur, ras, kelayakan akademik dan tempoh perkhidmatan. ‘Untuk menerangkan perhubungan pembolehubah tidak bersandar dengan pembolehubah bersandar. -52-

You might also like