You are on page 1of 43
ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 41 Pendahuluan Analisis kajian akan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Seterusnya data kajian yang terdapat di dalam jadual tersebut akan dibincangkannya dengan merujuk kepada persoalan-persoalan kajian seperti yang dinyatakan dalam bab 1. Analisis kajian dibuat adalah berdasarkan kepada min responden dan perbandingan di antara min-min berkenaan, Untuk menguji perbezaan min antara dua kumpulan, ujian-t dijalankan manakala Analisis Varian-Satu Hala (One-Way ANOVA) pula dijalankan untuk menguji perbezaan min di antara dua atau lebih kumpulan secara serentak. 4.2 Profil Umum Responden Berdasarkan soalan soalselidik, pengkaji telah mengemukakan lapan soalan berhubung maklumat peribadi responden. Soalan-soalan tersebut merujuk kepada jantina, umur, ras, kelayakan akademik, taraf perkahwinan, kumpulan jawatan, pengalaman berkhidmat di DBKL dan pengalaman menghadiri kursus TQM. Bagi memperjelaskan taburan responden mengikut item-item maklumat peribadi tersebut, jadual-jadual disediakan bagi maksud tersebut. -53- 4.2.1. Taburan Responden Mengikut Jantina Daripada sejumlah 152 soalselidik yang diperolehi, pecahan responden mengikut jantina adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 4.1 Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina Jantina Bil. Responden Peratus Lelaki 68 447 Perempuan 84 353 Jumlah 152 100 Sumber: Daripada 152 responden di dalam kajian. Daripada dapatan kajian ini, menunjukkan dengan jelas bahawa jumlah responden perempuan melebihi daripada jumlah responden lelaki, Jumlah responden perempuan seramai 84 orang yang mewakili 55.3 peratus manakala responden lelaki seramai 68 orang yang mewakili 44.7 peratus. Pengkaji mendapati jumlah kakitangan perempuan melebihi di setiap jabatan yang dikaji. Oleh yang demikian, majoriti responden dalam kajian ini lebih melibatkan responden perempuan. 4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur Daripada sejumlah 152 soalselidik yang diperolehi, pecahan responden mengikut umur adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 4.2. ~54- Jadual 4.2 ‘Taburan Responden Mengikut Umur Umur Bil. Responden Peratus 29 Ke bawah 36 27 30-39 B 28.3 40-49 39 38.8 50 Ke atas 14 92 Jumiah 152 100 Sumber: Daripada 152 responden di dalam kajian Daripada dapatan kajian, kumpulan umur 40 hingga 49 tahun paling ramai terlibat dalam kajian ini iaitu seramai 59 orang yang mewakili 38.8 peratus diikuti oleh kumpulan umur 30 hingga 39 seramai 43 orang (28.3 peratus), seterusnya kumpulan umur 29 tahun ke bawah iaitw seramai 36 orang (23.7 peratus) dan yang terakhir iaitu kumpulan 50 tahun ke atas seramai 14 orang atau 9.2 peratus, Oleh yang demikian, majoriti responden melibatkan kumpulan umur 40 hingga 49 tahun. 4.2.3. Taburan Responden Mengikut Taraf Perkahwinan Daripada sejumlah 152 soalselidik yang diperolehi, pecahan responden mengikut taraf perkahwinan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 4.3. -55- Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Taraf Perkahwinan Taraf Perkahwinan Bil. Responden Peratus Berkahwin 120 78.9 Bujang 30 19.7 Duda / Janda 2 13 Jumlah 152 100 ‘Sumber: Daripada 152 responden di dalam kajian. Daripada dapatan kajian yang diperolehi, jumlah responden yang sudah berkahwin bersamaan empat kali ganda daripada jumlah responden yang masih bujang. Jika jumlah responden yang masih bujang seramai 30 orang atau 19.7 peratus maka jumlah responden yang sudah berkahwin seramai 120 orang atau 78.9 peratus. Manakala jumlah responden yang duda atau janda hanya seramai 2 orang atau 1.3 peratus. Oleh yang demikian, majoriti responden merupakan mereka yang telah berkahwin. 4.2.4 Taburan Responden Mengikut Ras Daripada sejumlah 152 soalselidik yang diperolehi, pecahan responden mengikut ras adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 4.4. -56- Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Ras Ras Bil. Responden Peratus Melayu 145 95.4 Cina 4 26 India 3 2.0 Lain-lain 0 0 Jumiah 152 100 ‘Sumber: Daripada 152 responden di dalam kajian, Daripada dapatan kajian yang dijalankan, jumlah responden yang berbangsa Melayu begitu tinggi sekali iaitu seramai 145 orang atau 95.4 peratus berbanding dengan jumlah responden bangsa Cina dan India, masing-masing mewakili seramai 4 dan 3 orang atau 2.6 dan 2.0 peratus, Kajian ini juga mendapati tidak ada seorang pun responden yang mewakili lain-lain bangsa atau etnik, Oleh yang demikian, majoriti responden merupakan berbangsa Melayu. 4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Akademik Daripada sejumlah 152 soalselidik yang diperolehi, pecahan responden mengikut kelayakan akademik adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 45 -57- Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Akademik Kelayakan Akademik Bil. Responden Peratus Sijil 109 717 Diploma 23 15.1 Sarjana Muda 18 1.9 Sarjana 2 13 PhD 0 0 Jumlah 152 100 ‘Sumber: Daripada 180 responden di dalam kajian’ Daripada dapatan kajian yang dijalankan, jumlah responden banyak tertumpu kepada kelayakan akademik di peringkat Sijil sahaja iaitu seramai 109 orang atau 71.7 peratus, manakala di peringkat Diploma seramai 23 orang iatu melebihi 5 orang daripada jumlah responden di peringkat Sarjana Muda iaitu 18 atau 11.9 peratus. Hanya 2 orang responden yang mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sarjana atau 1.3 peratus daripada jumlah keseluruhan dan tidak ada seorang pun responden memiliki kelayakan Ph.D. Oleh yang demikian, majoriti responden merupakan mereka yang memiliki kelayakan di peringkat 42.6 Taburan Responden Mengikut Kumpulan Jawatan Daripada sejumlah 152 soalselidik yang diperolehi, pecahan responden mengikut kumpulan jawatan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 4.6. -58- Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Kumpulan Jawatan Kumpulan Jawatan Bil. Responden Peratus Pengurusan dan Profesional (A) 15 99 Kumpulan Sokongan 1 (B) 90 59.2 Kumpulan Sokongan 2 (C) a7 309 Jumlah 152 100 ‘Sumber: Daripada 152 responden di dalam kajian Daripada dapatan kajian yang dijalankan, didapati seramai 90 orang responden berada di Kumpulan Sokongan 1 atau 59.2 peratus berbanding 30.9 peratus atau 47 orang, dalam Kumpulan Sokongan 2. Manakala hanya seramai 15 orang yang berada dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau 9.9 peratus. Oleh yang demikian, majoriti responden dari Kumpulan Sokongan 1 4.2.7. Taburan Responden Mengikut Pengalaman Berkhidmat di DBKL Daripada sejumlah 152 soalselidik yang diperolehi, pecahan responden mengikut pengalaman berkhidmat di DBKL adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 4.7. -59- Jadual 4.7 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Berkhidmat di DBKL Pengalaman Berkhidmat Bil. Responden Peratus Kuarang | tahun 7 46 1—5 tahun 34 22.4 6-10 tahun 2 12.5 11 = 15 tahun 16 10.5 15 tahun ke atas 76 30.0 Jumlah 152 100 ‘Sumber: Daripada 152 responden di dalam kajian Daripada dapatan kajian yang dijalankan, jumlah responden yang berpengalaman lebih 15 tahun ke atas (76 orang atau 50.0 peratus) melebhi jumlah kumpulan tahun pengalaman yang lain, Diikuti oleh kumpulan 1 hingga 5 tahun pengalaman seramai 34 orang atau 22.4 peratus, manakala jumlah responden dari kumpulan 6 hingga 10 tahun pengalaman dan kumpulan 11 hingga 15 tahun pengalaman tidak begitu banyak perbezaannya masing-masing mewakili 19 orang dan 16 orang atau 12.5 dan 10.5 peratus. Walau bagaimanapun, hanya 4.6 peratus atau 7 orang responden yang mewakili kumpulan kurang daripada 1 tahun pengalaman berkhidmat di DBKL. Oleh yang demikian, majoriti responden merupakan kumpulan yang mempunyai pengalaman 15 tahun ke atas. -60- 4.2.8 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Menghadiri Kursus TOM Daripada sejumlah 152 soalselidik yang diperolehi, pecahan responden mengikut pengalaman menghadiri kursus TQM adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 4.8. Jadual 4.8 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Menghadiri Kursus TQM Pengalaman Menghadiri Kursus Bil Responden Peratus Pernah 30 19.7 Tidak Pernah | 122 803 Jumlah 152 100 Sumber: Daripada 152 responden di dalam kajian Daripada dapatan kajian yang dijalankan, perbezaan yang amat ketara antara jumlah responden yang pernah dan yang tidak pernah menghadiri sebarang kursus berkaitan dengan TQM. Jumlah responden yang tidak pernah menghadiri sebarang kursus berkaitan TQM lebih empat kali ganda (122 orang atau 80.3 peratus) daripada jumlah responden yang pernah menghadiri kursus berkaitan TQM (30 orang atau 19.7 peratus). Oleh yang demikian, majoriti responden masih belum pernah menghadiri sebarang kursus berkaitan Pengurusan Kualiti Menyeluruh. -61- 43 Tahap Kewujudan Sokongan Pengurusan Atasan Dalam Amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh, ~ Soalan Kajian : Apakah tahap kewujudan Sokongan Pengurusan Atasan dalam amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh mengikut persepsi kakitangan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 4.3.1 Dapatan Kajian Kajian mendapati tahap kewujudan Sokongan Pengurusan Atasan dalam amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.9. Melalui jadual 4.9, menunjukkan min keseluruhan yang didapati daripada responden kajian ialah 3.58. Perbandingan di antara elemen pula menunjukkan elemen “mewujudkan dan membangunkan dasar dan struktur pengurusan kualiti” memperolehi min tertinggi iaitu 3.91. Manakala elemen “pengurusan proses perubahan” memperolehi min terendah iaitu 3.42. Secara keseluruhan majoriti ciri-ciri kualiti yang dikenakan melalui item-item kajian memperolehi min di bawah 4,00 kecuali item 17. Hanya dua item kajian yang memperolehi min melebihi 4,00 iaitu item “kewujudan sasaran kualiti di DBKL (min=4.17) dan item 21 “hari kualiti penting untuk mengingatkan kita akan nilai-nilai kualiti” (min=4.09). -62- Jadual 4.9 Purata Min Elemen-Elemen Sokongan Pengurusan Atasan Berkualiti Elemen-Elemen Sokongan Pengurusan Min Purata Berkualiti Min A. Mewujudkan dan Membangunkan dasar dan Struktur Pengurusan Kualiti Item 1 4.17 Item 2 3.92 Item 3 3.73 Item 4 3.83 3.91 B. Perancangan dan Penyediaan Program Ku Item 5 3.84 Item 6 3.50 Item 7 3.17 Item 8 3.06 Item 9 3.67 3.48 C. Gaya Pengurusan Bersama Item 10 3.45 Item 11 3.44 Item 12 3.80 Item 13 3.48 Item 14 3.36 3.50 D. Pengurusan Proses Perubahan Item 15 3.51 Item 16 3.98 Item 17 2.94 Item 18 3.28 3.42 E. Penganjuran Program Kualiti Item 19 3.52 Item 20 3.32 Item 21 4.09 Item 22 3.48 3.60 Min Keseluruhan 78.95 3.58 ‘Sumber: Kajian ke alas 152 responden dalam Kajian ini -63- Kajian ini mendapati item 17 “pengurusan atasan di sini menunjukkan tentangan yang kuat terhadap sesuatu perubahan” (min=2.94) merupakan min terendah. Selain daripada itu, item 6 “pengurusan atasan memberikan perhatian yang tinggi terhadap kemajuan staf” (min=3.50) dan item 15 “pengurusan atasan di sini sentiasa melaksanakan idea-idea baru dalam organisasi” (min=3.51) dan item 19 “pengurusan atasan di sini terlibat terus dalam perancangan program kualiti di dalam organisasi” (min=3.52 ), juga mempunyai min yang lebih kurang sama. Di samping itu juga, terdapat item yang mempunyai nilai min yang sama (min=3.48) iaitu item 13 “ketua di sini sentiasa berbincang tentang segala masalah yang timbul” dan item 22 “program pelanggan organisasi ini telah diisytiharkan dalam satu upacara khas”. 4.3.2. Kesimpulan Daripada dapatan di atas, dapat digambarkan bahawa Sokongan Pengurusan Atasan sebagai salah satu elemen terpenting dalam amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh telah wujud dalam sistem pentadbiran dan pengurusan di DBKL khususnya di jabatan-jabatan yang dikaji. Sebaliknya, purata min yang diperolehi (min=3.58) menunjukkan bahawa pengunaannya masih di peringkat yang sedethana. Daripada data di atas juga mengambarkan bahawa kumpulan pengurusan atasan telahpun menggariskan sasaran kualiti yang perlu dicapai dalam organisasi masing-masing (item 1, min=4.17). 44 Namun demikian, terdapat beberapa ciri kualiti yang kurang diberikan pethatian oleh pihak pengurusan atasan, misalnya pihak pengurusan kurang merujuk kepada kakitangan apabila sesuatu program hendak dilaksanakan (item 8, min=3.06). Pengurusan atasan yang kurang melibatkan kakitangan di bawahnya apabila merancang program organisasi (item 7, min=3.17) dan tidak membuat keputusan berdasarkan keputusan bersama dalam merancang dan membuat keputusan (item 14, min=3.36). Demikian juga, pihak pengurusan atasan kurang memberi gambaran yang jelas kepada staf sebelum melaksanakan sesuatu perubahan (item 18, min=3.28). Didapati perkara ini masih lemah dan perlu diperbaiki dan diambil pertimbangan yang sewajarnya, bagi mempastikan wujudnya sebuah pasukan kerja yang mantap Perkaitan Antara kumpulan Jawatan Yang Disandang Oleh Responden dan Persepsi Responden Terhadap Kewujudan Sokongan Pengurusan Atasan Dalam Amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh. od Soalan kajian : Adakah persepsi kakitangan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terhadap kewujudan sokongan pengurusan atasan dalam amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh berbeza secara signifikan berdasarkan kumpulan jawatan yang mereka sandang sekarang, 4.4.1 Dapatan Kajian Daripada kajian data yang diperolehi, min bagi persepsi responden dalam tiga kumpulan jawatan yang disandang oleh responden telah dibandingkan -65- menggunakan analisis varian satu hala (ANOVA) untuk menentukan sama ada wujud perbezaan yang signifikan di antara kumpulan jawatan tersebut atau tidak. Kumpulan jawatan tersebut adalah Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Kumpulan Sokongan 1 dan Kumpulan Sokongan 2. Jika wujud perbezaan signifikan maka ujian-t (paired sample correlation ) dijalankan untuk menentukan tahap atau nilai kekuatan pertalian di antara elemen yang terlibat. Ujian untuk menentukan kesignifikanan ini berdasarkan tajuk kajian secara keseluruhan dan juga kelima-lima elemen utamanya iaitu mewujudkan dan membangunkan dasar dan struktur pengurusan kualiti, perancangan dan penyediaan program latihan, gaya pengurusan bersama, pengurusan proses perubahan dan penganjuran program kualiti, Hasil kajian ini adalah seperti di dalam jadual 4.10 dan jadual 4.11. Daripada data yang diperolehi, hasil daripada ujian ANOVA menunjukkan perbezaan persepsi yang signifikan di antara responden berdasarkan kumpulan jawatan yang mereka sandang berhubung tahap kewujudan sokongan pengurusan atasan di dalam amalan pengurusan kualiti menyeluruh di di DBKL (F=0.7443, P=0.5248). Perbandingan min di antara kesemua elemen pula menunjukkan bahawa kumpulan A (Pengurusan dan Profesional) memperolehi min tertinggi (4.0000) dalam elemen “mengwujudkan dan membangunkan dasar dan struktur pengurusan kualiti,” begitu juga kumpulan A - 66- menunjukkan min terendah (min=3.2833) dalam elemen “pengurusan proses perubahan.” Jadual 4.10 Ujian ANOVA Untuk Elemen Sokongan Pengurusan Atasan Berdasarkan Kumpulan Jawatan Yang Disandang Oleh Responden Elemen-elemen Nilai Nilai__ | Signifikan | Paired F P Corr. . Mewujudkan dan membangunkan dasar dan struktur pengurusan | 0.6585 | 0.3832 Ya 0.0272 kualiti Perancangan dan penyedian program pendidikan dan latihan. 0.9288 | 0.4912 Ya 0.0576 Gaya pengurusan bersama 0.5958 | 0.6228 Ya — | -0.0324 Pengurusan proses perubahan. 0.3737 | 0.7007 Ya 0.0195 Penganjuran program kualiti 1.1657 | 0.4265 Ya | -0,0065 Keseluruhan 0.7443 | 0.5248 Ya 0.0130 ‘Petunjuk. Kumpulan jawatan ‘A. Pengurusan dan Profesional B. Sokongan 1 C. Sokongan 2 (pada paras keyakinan 959%) ‘Sumber: Kajian ke atas 152 orang responden Perbandingan min di antara kumpulan jawatan pula, memperlihatkan bahawa kumpulan A mempunyai persepsi yang signifikan yang tinggi terhadap sokongan pengurusan atasan (min=3.6006). Manakala Kumpulan Sokongan 2 memperolehi min yang terendah (min=3.5995). -67- Jadual 4.11 Min Untuk Elemen Sokongan Pengurusan Atasan Berdasarkan Kumpulan Jawatan Yang Disandang Oleh Responden Kumpulan A B c Elemen a. Mewujudkan dan membangunkan dasar pengurusan kualiti 4.0000 | 3.8944 | 3.9361 b. Perancangan dan —_penyediaan| 3.4266 | 3.4622 | 3.4425 program pendidikan dan latihan. c. Gaya pengurusan bersama 3.6933 | 3.5800 | 3.5106 d. Pengurusan proses perubahan 3.2833 | 3.4333 | 3.4522 e. Penganjuran program kualiti 3.6000 | 3.6055 | 3.6063 Keseluruhan 3.6006 3.5950 3.5895, Petunjuk. Kumpulan jawatan ‘A. Pengurusan dan Profesional B. Sokongan 1 C. Sokongan 2 ‘Sumber: Kajian ke atas 152 orang responden 4.3.3 Kesimpulan Daripada analisis data dan kajian di atas, mengambarkan bahawa faktor kumpulan jawatan yang disandang oleh responden yang dikaji mempengaruhi persepsi mereka terhadap kewujudan sokongan pengurusan atasan di dalam amalan pengurusan kualiti menyeluruh, Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah yang tergolong dalam kumpulan pengurusan dan profesional tentunya -68-

You might also like