You are on page 1of 1

No.

Rujukan: SKHNG 40/006/1 Jld 3 ( )


Tarikh: 01 Ogos 2017

Langkawi Ferry Services Sdn. Bhd.,


Kaunter Langkawi No 7 & 10,
Kompleks Jetty Point,
07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman.
(u.p. : Bahagian Tempahan)

Tuan,
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SK HAJI NYAK GAM KE LANGKAWI

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan
kepada murid-murid PPKI dengan masyarakat dan persekitaran dunia luar. Maklumat tentang
lawatan sekolah adalah seperti berikut:
TARIKH : 08 hingga 10 November 2017
HARI : Rabu hingga Jumaat
BIL. MURID : 19 orang
BIL. GURU & PPM : 9 orang
WARIS MURID : 5 orang

3. Oleh itu pihak sekolah ingin memohon pengecualian / pengurangan bagi bayaran tiket
feri pergi dan balik. Bersama-sama ini dikepilkan senarai nama murid beserta no. kad OKU.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cikgu Nor Armiza binti Zainal ditalian 010-9872136.
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,

(SALEHUDIN BIN HASSAN)


Guru Besar,
SK Haji Nyak Gam,
Kedah Darul Aman.

You might also like