You are on page 1of 7

Kerjaya

Jurnal 2 : Usaha-Usaha Pemilihan Kerjaya Di Kalangan Remaja Melayu Di Felda Daerah Jerantut,
Pahang.

Pengarang/ Kajian Ammad Rashid B. Rajuddin & Ramlan Bin Abdul Wahab (Fakulti
dalam negara Pendidikan Universiti Teknologi, Malaysia)

Bilangan muka 9 muka surat


surat, Penerbit

Soalan/objektif i. Mengenal pasti usaha mengumpul maklumat apabila membuat


kajian pemilihan kerjaya di kalangan remaja Melayu di FELDA daerah
Jerantut.

ii. Mengenal pasti usaha meningkatkan tahap pendidikan apabila


membuat pemilihan kerjaya di kalangan remaja Melayu di FELDA
daerah Jerantut.

iii. Mengenal pasti usaha meningkatkan tahap kesedaran diri apabila


membuat pemilihan kerjaya di kalangan remaja Melayu di FELDA
daerah Jerantut.

iv. Mengenal pasti usaha membuat perancangan kerjaya apabila


membuat pemilihan kerjaya di kalangan remaja Melayu di FELDA
daerah Jerantut.

v. Mengenal pasti perbezaan bidang kerjaya yang diminati antara


jantina di kalangan remaja Melayu di FELDA daerah Jerantut.

Pembolehubah Usaha-Usaha pemilihan kerjaya


kajian

Analisis data Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dilakukan adalah berbentuk deskriptif, iaitu jenis kajian


untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu fenomena yang sedang
berlaku. Menurut Mohammad Najib (1998), penyelidikan deskriptif
hanya untuk menerangkan keadaan atau perhubungan antara pemboleh
ubah dan terma.

Populasi dan sampel kajian

Populasi kajian adalah terdiri daripada remaja-remaja FELDA di


daerah Jerantut iaitu di tanah-tanah rancangan FELDA Kota Gelanggi
1, 2, 3 dan 4 dan Sungai Tekam Utara.

Pensampelan kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak


susun
lapis/strata dengan memastikan sekurang-kurangkan 20 orang remaja
diambil dari 5 tanah-tanah rancangan FELDA yang telah dipilih.
Kajian ini juga memilih remaja yang terdiri dari yang masih
bersekolah, remaja yang menunggu keputusan SPM, remaja yang
menganggur dan remaja yang sudah bekerja. Kajian ini memilih
keseluruhannya remaja Melayu sama ada lelaki dan perempuan dalam
lingkungan umur 14 hingga 25 tahun.

Akhirnya jumlah sampel kajian ini adalah terdiri 125 orang remaja
yang merangkumi FELDA yang telah dipilih.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian Instrumen kajian yang digunakan penyelidik ialah


satu set soal selidik.
Hasil kajian Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan remaja-remaja yang masih
bersekolah di FELDA ini masih kurang kematangan kerjaya dari segi
sumber maklumat.

Dapatan kajian juga menunjukkan remaja-remaja FELDA di luar


bandar ini kurang menggunakan komputer untuk mendapatkan
maklumat kerjaya.

Dapatan kajian tentang usaha remaja FELDA untuk meningkatkan


tahap pendidikan dalam kerjaya adalah baik.

Kajian ini memperlihatkan kebanyakan remaja kurang berminat


menyertai
institusi-institusi yang menawarkan latihan kemahiran dan vokasional
seperti Pusat Giat MARA.

Kajian ini mendapati remaja-remaja FELDA ini memilih kerjaya


berdasarkan
faktor pendorong iaitu minat dan pengaruh rakan-rakan.
Jurnal 2 : Profil Personaliti Dan Faktor Pemilihan Profesion Perguruan Di Kalangan Pelajar
Kejuruteraan Fakulti Pendidikan UTM.

Pengarang/ Kajian Faizah Bte. Abd. Ghani & Mustafa Bin Zakaria (Fakulti Pendidikan
dalam negara Universiti Teknologi Malaysia)

Bilangan muka 9 muka surat,


surat, Penerbit

Soalan/objektif 1. Mengenalpasti faktor pemilihan profesion perguruan di kalangan


kajian pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (SPJ) dan
(SPA), Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

2. Mengenalpasti profail personaliti pelajar Ijazah Sarjana Muda


Teknologi Serta Pendidikan (SPJ) dan (SPA), Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.

3. Mengenalpasti sama ada terdapatnya keselarasan atau kekongruenan


antara personaliti ini dengan bidang kursus perguruan yang sedang
diikuti oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(SPJ) dan (SPA), Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

4. Mengenalpasti hubungan profail personaliti dengan faktor pemilihan


profesion perguruandi kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (SPJ) dan (SPA), Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia.

Pembolehubah Pembolehubah tidak bersandar - profil personaliti


kajian
Pembolehubah bersandar- faktor pemilihan profesion perguruan
responden

Analisis data Reka Bentuk Kajian


Kajian ini adalah jenis kajian kolerasi.

Populasi Dan Sampel Kajian


Populasi kajian adalah terdiri daripada 45 orang pelajar kejuruteraan
dari Fakulti Pendidikan UTM dan hanya 40 orang pelajar dijadikan
sampel dalam kajian ini mengikut jadual Krejcie, R.V and Morgan
D.W. (1970).

Instrumen kajian
Kajian ini mengunakan borang soal selidik

Hasil kajian faktor minat merupakan faktor utama dalam faktor pemilihan profesion
perguruan di mana responden menunjukkan minat kepada mata
pelajaran
teknikal yang menjadi pilihan tertinggi iaitu 100% responden bersetuju
bahawa minat mendalam terhadap mata pelajaran teknikal
menyebabkan responden memilih profesion perguruan sebagaikerjaya
mereka.
Responden memilih profesion perguruan adalah atas kehendak dan
kemahuan diri mereka sendiri.

faktor dorongan menjadi faktor ketiga responden memilih profesion


perguruan secara keseluruhannya.

Melalui dapatan kajian, penyelidik mendapati bahawa faktor ganjaran


menjadi faktor kedua responden memilih profesion perguruan secara
keseluruhannya.

penyelidik mendapati ramai responden yang bersetuju bahawa


pemilihan
profesion perguruan dipengaruhi oleh cuti yang panjang dan terdapat
cuti khas dalam kerjaya perguruan.

Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan kebanyakan


responden memilih profesion perguruan bukan kerana gaji yang
lumayan
Jurnal 3 : Tret Personaliti Dan Faktor Pemilihan Kerjaya Dalam Bidang Perguruan Di KalanganPelajar
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Pengarang/ Kajian Faizah Bte. Abdul Ghani & Nina Raynelda Binti Ahmad KamilFakulti
dalam negara PendidikanUniversiti Teknologi Malaysia

Bilangan muka 9 muka surat,


surat, Penerbit

Soalan/objektif 1. Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam bidang


kajian perguruan di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup), UTM Skudai.

2. Mengenalpasti profil tret personaliti di kalangan pelajar Sarjana Muda


Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM Skudai.

3. Mengenalpasti tahap darjah kongruen tret personaliti yang dominan


terhadap pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup),
UTM Skudai.

4. Mengenalpasti hubungan di antara darjah kongruen tret personaliti pelajar


SPH dengan faktor pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan yang diceburi.

Pembolehubah Pembolehubah tidak bersandar - tret personaliti yang mengkaji


kajian tentang darjah kongruen personaliti

pembolehubah bersandar - faktor pemilihan kerjaya.


Analisis data Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah kajian berbentuk korelasi.

Kajian ini diukur dengan menggunakan set soal selidik yang diambil daripada
borang soal selidik yang dikaji oleh Norlia Melawi (2000) serta Self-Directed
Search From Easy (SDS-E) yang telah diterjemahkan kepada Bahasa Melayu oleh
Amla (1984).
Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara darjah kongruen tret
personaliti dengan faktor ganjaran, manakala tidak terdapat hubungan yang
signifikan di antara darjah kongruen tret personaliti dengan faktor minat,
keluarga dan persekitaran.

You might also like