You are on page 1of 3
No. Kod: £DU3053 BAHAGIAN A (60 markah ) Jawab semua soalan. Nasib baik...saya ada komputer dan talian internet. Mudah bagi gaya menjawab ‘soalandalam forum pada bila-bila masa. Rajah 1 a _Berdasarkan Rajah 1, terangkan bagaimana teknologi pendidikan dapat membantu murid seperti Danny dalam pembelajaran? [5 markah] b _ Jika anda dikehendaki mereka bentuk sebuah kursus online, apakah model reka bentuk pengajaran yang akan anda gunakan? Terangkan langkah-langkah yang akan anda ambil untuk mereka bentuk kursus online tersebut. Sertakan justifikasi yang sesuai [10 markah} 2 SULIT No. Kod: EDU3053 2, a Cikgu Fatin ingin menghasilkan sebuah poster untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Bincangkan dua prinsip reka letak visual yang perlu beliau beri perhatian dalam penghasilan poster tersebut. [5 markah] b Bahan visual merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang paling kerap digunakan dalam bilik darjah Dengan menggunakan contoh spesifik, jelaskan peranan bahan visual tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran satu topik dalam subjek major anda. [10 markah] 3. a Bahan audio dapat membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap kandungan pelajaran tertentu Terangkan kriteria untuk menilai dan memilih bahan audio yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. [5 markah] b _ Penyampaian kandungan pelajaran melalui gambar foto menawarkan nilai pembelajaran yang tinggi dalam pengajaran murid sekoah rendah. Huraikan bagaimana anda dapat memanfaatkan teknik fotografi yang anda telah pelajari untuk menghasilkan gambar foto yang sesuai sebagai bahan bantu mengajar. [10 markah] 4. a Pada masa kini, ramai pengguna Internet telah menjadi mangsa kepada jenayah siber. Huraikan peranan anda sebagai guru untuk memastikan murid anda selamat semasa menjelajah makiumat dalam ruang siber. [5 markah] b —_Internet_ memainkan peranan yang signifikan dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 Pada pendapat anda, apakah teknologi dan atau media berkait dengan Internet yang mempunyai impak paling besar terhadap guru dan murid Sertakan contoh sesuai dalam perbincangan anda [10 markah] 3 ‘SULIT © No. Kod: £DU3053 BAHAGIAN B (40 markah ) Jawab dua soalan. 1. Sebagai seorang guru, anda perlu menguasai kemahiran memilh, menghasil, mengguna dan menilai media pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah Perjelaskan proses yang terlibat dalam penyediaan dan penggunaan media pengajaran yang bersesuaian berdasarkan satu topik pelajaran supaya dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran anda [20 markah] 2. Aplikasi perisian pemprosesan perkataan dalam pengajaran dan pembelajaran telah berupaya memberi ruang dan peluang kepada para pendidik untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bincangkan sejauh mana anda bersetuju dengan peryataan di atas? Sertakan contoh dan justifikasi sesuai dalam jawapan anda. [20 markah] 3. Penggunaan media interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri. Berdasarkan kefahaman anda tentang media interaktif, cadangkan bagaimana anda boleh mengaplikasikan pembelajaran kendiri dengan berkesan dalam mata pelajaran pengkhususan anda [20 markah] © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2015 4 SULIT

You might also like