You are on page 1of 4

Pengenalan

Pertanian mempunyai hubungan yang rapat dengan alam sekitar dan merupakan
salah satu sektor yang amat penting bagi menjana ekonomi Negara dan menyediakan
bekalan makan untuk manusia. Namun begitu aktiviti pertanian yang keterlaluan akan
menyebabkan gangguan kepada ekosistem yang setabil. Oleh itu, beberapa hujah
bagi bersetuju bahawa sektor pertanian mampu mengancam kesihatan ekosistem di
Malaysia.

Sektor pertanian mengancam kesihatan ekosistem di Malaysia (KESAN)

Pertanian di Malaysia dikatakan banyak membawa kesan negatif kepada ekosistem


persekitaran. Ini bolehlah di lihat daripada pengunaan racun serangga yang berlebihan
bagi mengatasi masalah serangan serangga perosak. Serangan serangga perosak
boleh menyebabkan hasil pertanian berkurang dan menyebabkan kerugian kepada
pengusaha kebun berkenaan. Bagi mengetasi masalah serangan serangga perosak
ini, wujudlah racun serangga kimia yang lebih berkesan menghapuskan serangga
perosak. Kejayaan pengunaan racun kimia telah memberi sumbangan besar melalui
hasil pertanian meningkat. Namun begitu, pengunaan racun kimia ini bukan sahaja
membunuh serangga perosak malahan hidupan liar yang lain turut musnah.
Disamping itu, sistem rantai makanan yang sedia ada akan megalami kesan daripada
kematian hidupan liar tesebut akibat di racun dan apabila salah satu rantai makanan
terjejas maka, setiap sistem rantai makanan akan mengalami perubahan. Dalam
pengunaan racun rumpai pula selalunya memusnahkan rumpai yang memberi
makanan dan tempat berlindung bagi serangga-serangga yang berfaedah kepada
petani dan ekosistem semula jadi. Selain itu, pengunaan racun serangga berulang-
ulang kali menyebabkan akhirnya serangga tersebut tahan dari pada racun tersebut
dan akirnya juga wujud satu lagi serangga baru yang lebih tahan menerima racun
serangga akibat perubahan genetiknya. pengunaan racun serangga akan
menyebabkan pengurangan kepelbagaian biologi, dan menyebabkan ekosistem
menjadi tidak setabil.

Disamping itu, penghasilan tumbuh-tumbuhan baru melalui pembiak-bakaan semula


tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri yang terbaik meningkatkan pengeluaran hasil
pertanaian. Walau bagaimanapun, oleh kerana soal kualiti biologi di ketepikan dan
menutamakan rupa dan hasil. Maka, tumbuhan utama tadi akan di ketepikan dan tidak
lagi diusahakan. Kesannya, tanaman baru akan mengantikan tempat bagi tumbuhan
asal yang lebih baik dari segi tahan serangan serangga perosak, buah cepat matang,
hasil yang banyak dan sebagainya dengan di sertakan kepupusan tumbuhan asal.
Jelas disini perkembangan dan pembangunan sektor pertanian akan menyebabkan
perubahan kepada ekosistem yang sedia ada.

Pembukaan kawasan hutan bagi tujuan pertanian menyebabkan banyak hutan yang
dimusnahkan. Kemusnahan hutan bukan sahaja menyebabkan banyak tumbuh-
tumbuhan yang berfaedah musnah malahan banyak hidupan liar yang mati akibat
kemusnahan di tempat habitat mereka, kerana perubahan yang berlaku di tempat
tersebut. Selain itu, pembukaan hutan dengan cara pembakaran hutan secara terbuka
juga punca. Contohnya pembakaran hutan di Indonesia bagi tujuan pembukaan
kawasan hutan untuk pertanian, dimana sampai di satu tahap api yang membakar
hutan sudah tidak mampu untuk di padam dan merebak ke dalam hutan yang
menyebabkan berhektar-hektar hutan musnah akibat terbakar malahan, ia juga
menumbang kepada wujudnya jerebu yang boleh menjejaskan manusia. Keadaan ini
menyebabkan keadaan ekosistem tersebut megelami kesan dari pada kegiatan
pertanian.

Selain itu, pembukaan kawasan hutan juga menyebabkan air sungai berdekatan akan
tercemar dan semakin cetik akibat daripada hakisan yang dibawa oleh air hujan iaitu
air larian permukaan(ranoff). kegiatan pertanian ini boleh mendedahkan permukaan
tanih kepada kejadian hakisan permukaan yang boleh dikatakan serius oleh kerana di
Malaysia kadar penerimaan hujan adalah tinggi. Ia bukan sahaja boleh menipiskan
lapisan tanih dan mengurangkan kesuburan, malah boleh menyumbang kepada
peningkatan sedimentasi di sistem saliran sungai iaitu, wujudnya mandapan daripada
hakisan. Kadangkala apabila hujan yang lebat sungai tersebut tidak mampu
menampung air yang banyak makan melimpah menjadi air banjir. Selain itu, pokok-
pokok besar yang mempunyai sistem akar yang berfungsi mencekam permukaan
tanah tapai apabila pokok tersebut ditebang maka sudah tidak ada akar yang
mencengkam tanah tersebut yang boleh mendatangkan tanah runtuh.

Pertanian boleh menyebabkan ganggun terhadap ekosistem, keadaan ini boleh di lihat
melalui pertukaran kawasan hutan kepada kawasan pertanian. Kegiatan ini boleh
menyebabkan kemusnahan hutan dan memberikan impak kepada ekosistem.
Pertukaran hutan kepada hujan kepada kawasan pertanian juga mengakibatkan
gangguan terhadap flora dan fauna, ini kerana habitat yang tinggal di hutan terpaksa
menyesuaikan diri terhadap persekitaran baru. Masalah juga timbul di kawasan
pertanian kerana haiwan yang dulunya tinggal di hutan mengalami kejutan
persekitaran. Beberapa spesies dapat menyesuaikan diri kepada persekitaran
pertanian dn beberapa spesies yang dapat hidup di kawasan pertanian pula
kebanyakannya dianggap makhluk perosak dan keadaan menjadi lebih buruk lagi
dimana spesies ini hidup tanpa musuh dan membiak dengan banyaknya.

Penebangan hutan untuk penyediaan kawasan pertanian juga menyebabkan


gangguan terhadap ekosistem serta persekitaran hutan tersebut. Ini kerana
penebangan hutan dengan menggunakan jentolak dan mesin rantai menyebabkan
spesies-spesies hutan hujan yang berakar rendah musnah. Kesan yang amat jelas
melalui aktiviti ini ialah kehilangan kawasan tadahan air. Hutan-hutan di tebang bagi
penyediaan kawasan tanaman yang memerlukan tapak yang besar seperti tanaman
kelapa sawit sehingga mencecah hingga 1000 hekter ke atas amat jelas kegiatan ini
mengancam kesihatan ekosistem serta persekitaran. Pembukaan hutan tersebut
boleh menyebabkan kawasan tadahan air amat sedikit ini kerana akar pokok kelapa
sawit tidak sama fungsinya dengan tumbahan hutan terhadap penyerapan air oleh itu
kawasan – kawasan tanaman kelapa sawit mempunyai kawasan tadahan air yang
amat sedikit. Penebangan hutan juga menyebabkan air larian permukaan akan terus
mengalir ke sungai tanpa sebarang penyerapan. Keadaan ini mengakibatkan hakisan
tanah kerana apabila hujan turun titisan tersebut akan terus jatuh ke permukaan dan
memberikan kesan kapada hakisan permukaan.

Kawasan pertanian secara tidak langsungnya menyebabkan kerosakan kepada


ekosistem akibat daripada perkembangan kawasan pertanian tersebut. Keadaan ini
dapat dilihat melalui penanaman kelapa sawit dan getah. Dua jenis tanaman ini
menyebabkan perkembangan melalui sektor industri. Jika dilihat tanaman ini
menyumbangkan keuntungan kepada sektor ekonomi dan menyebabkan pembinaan
kilang-kilang pemprosesan bahan mentah untuk mendapatkan hasil. Kawasan-
kawasan kilang ini di bina berhampiran dengan kawasan tanaman tersebut bagi
mengurangkan kos perjalanannya. Walaupun tanaman tersebut menyumbang kepada
sektor ekonomi dan penyelidikan namun haruslah dilihat beberapa kesan yang timbul
akibat daripada pembinaan kilang tersebut. Kesan yang dapat dilihat daripada
pembinaan kilang tersebut terhadap ekosistem ialah pencemaran air. Pencemaran air
oleh kilang-kilang yang memproses bahan mentah tersebut ini kerana kilang tersebut
memerlukan berjuta-juta gelen air untuk memproses dan bagi kegunaan lain setiap
hari. Ini bermakna bilangan ifluen bertambah banyak setiap hari. Keadaan bertambah
buruk lagi apabila eflluen tersebut dilepaskan ke sungai-sungai yang berdekatan
dengan kilang – kilang tersebut. Efluen yang dilepaskan mengandungi pepejal organik
dan bukan organik mempunyai potensi menyerap oksigen yang tinggi seperti ; nilai
permintaan biokimia (BOD), nilai permintaan oksigen kimia (COD), kandungan
nitrogen. Sisa – sisa tersebut akan di alirkan kedalam sungai secara langsung tau tidak
langsung. Aktiviti tersebut menyebabkan habitat dalam sungai akan musnah dan
mengancam ekosisitem sungai.

Selain itu, akibat perkembangan pertanian menyebabkan penggunaan secara meluas


iaitu racun herba dan racun serangga sebagai langkah kawalan untuk menjaga hasil
tanaman pertanian. racun-racun yang digunakan bagi menjaga tanaman
mengandungi tosik akibat campuran bahan-bahan kimia. Racun-racun tersebut yang
digunakan menyebabkan serangga-serangga mati dan jika ia digunakan dalam
tempoh masa yang panjang ia akan menyebabkan kitaran ekologi akan terjejas ini
kerana racun yang digunakan juga adalah bertujuan untuk mematikan rumput-rumput
rumpai. Walaupun racun perosak ini penting kepada petani namun kandungannya
memberikan kesan kepada manusia dan persekitaran. Semburan akan disembur
keatas tanah ataupun di permukaan daun oleh petani dan ini menunjukan bahawa
kesannya amat ketara, contoh yang boleh di berikan ialah sekiranya serangga tersebut
mati bermakna ia telah menggangu rantai makanan, serangga yang disembur
menggunakan racun perosak akan mati dan haiwan pemangsa yang lain akan
kehilangan punca makanan dan jelaslah ia penggunaan racun perosak pada tanaman
pertanian memberikan kesan terhadap ekosistem persekitaran.

Kesimpulan

Daripada hujah di atas jelaslah bahawa aktiviti pertanian yang dijalankan di Malaysia
mengancam ekosistem persekitaran . oleh itu, sektor pertanian perlulah dirancang
bagi mengurangkan kesan daripada sektor pertanian yang mampu menyebabkan
gangguan ekosistem.

You might also like