You are on page 1of 10

Pusat Kembangan

Pendidikan

GGGE6353:
ASAS PENDIDIKAN KOMPUTER
Tugasan Individu:
NAMA
“Aplikasi: MUHAMMAD
YouTube dalam PdPc:
FAIS BIN ISMAIL

Tatacara
NO. MATRIK dan Penilaian”
: GP 07101
PENSYARAH : ENCIK MD. YUSOF DAUD
Aplikasi Youtube Dalam Pdpc: Tatacara dan Penilaian

YouTube merupakan salah satu rangkaian sosial yang sangat popular dalam
kalangan masyarakat global masa kini. Laman sosial YouTube ini telah diasaskan oleh Chad
Hurley, Steven Chen dan Jawed Karim (Burgess & Green, 2009). Penggunaan aplikasi
YouTube kini tidak lagi terhad untuk berkongsi video peribadi, komersial dan sebagainya,
malah laman sosial YouTube ini juga telah digunakan sebagai salah satu medium
pembelajaran terutama di dalam kelas. Kajian telah menunjukkan bahawa laman sosial
YouTube telah terpilih sebagai laman perkongsian video yang mendapat undian terbanyak
dalam ‘The Emerging List of Top 100 Tools for Learning’ (Yuen, 2009). Justeru itu, ramai
pengkaji ingin mengetahui sejauh manakah laman sosial YouTube boleh membantu dalam
proses pembelajaran bagi sesetengah individu?

Apakah itu laman sosial YouTube? Ianya merupakan laman sesawang


perkongsian video yang popular selain daripada ‘Vimeo, Metacafe, Veoh, Dailymotion,
ExpoTV’ dan sebagainya, dimana pengguna yang berumur 18 tahun dan ke atas dibenarkan
untuk memuat naik, menonton dan berkongsi klip video (Wikipedia, 18 Ogos 2012). Laman
sosial YouTube mengandungi animasi, video klip, muzik video, iklan dan sebagainya yang
dimuat naik oleh individu yang telah berdaftar keahliannya (Clifton & Mann, 2010) iaitu yang
berumur 18 tahun ke atas. Pengguna boleh memberi komen terhadap mana-mana klip video
yang ditonton dan memuat turun video kesukaan mereka secara percuma (Komal et. al,
2012). Klip-klip video di dalam laman sosial YouTube mengandungi pelbagai unsur seperti
hiburan yang berbentuk muzik atau lagu, animasi kartun dan filem serta berbentuk ilmiah
seperti perubatan, perniagaan dan pendidikan.

Aplikasi YouTube boleh diakses melalui telefon pintar (Smartphone), komputer


riba, tablet dan yang terbaru ‘Android TV’. Pengguna hanya memerlukan capaian Internet
untuk menggunakan aplikasi ini walau dimana sahaja mereka berada. Oleh yang demikian,
penggunaan aplikasi YouTube ini secara bebas dan tidak terkawal boleh mendatangkan
natijah-natijah yang kurang sihat dalam diri sesetengah individu.

2
Satu badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia telah diperkenalkan
bertujuan untuk memantau dan mengawal penggunaan kemudahan komunikasi dan
multimedia di seluruh negara yang dikenali sebagai Suruhan Jaya Komunikasi dan
Multimedia (SKMM) Malaysia atau nama lain Malaysian Communications and Multimedia
Commission (MCMC). Badan ini juga berfungsi untuk menguatkuasakan undang-undang
komunikasi dan multimedia di seluruh Malaysia.

Tatacara penggunaan aplikasi laman sosial YouTube amat mudah dan ringkas
serta mudah difahami oleh kebanyakan pengguna telefon pintar (Smartphone). Sebelum
menggunakan aplikasi YouTube, pengguna haruslah mendaftar dan memiliki akaun Google
kerana aplikasi YouTube hanya berfungsi dengan sepenuhnya sekiranya pengguna
berdaftar dengan akaun Google. Selepas pengguna memiliki akaun Google dan daftar
masuk atau ‘log in’ akaun secara aktif, buka aplikasi YouTube di dalam ‘Smartphone’ atau
tablet yang digunakan. Seterusnya, di dalam ruangan enjin carian dalam paparan YouTube,
pengguna hendaklah masukkan maklumat atau nama klip video yang hendak dicari atau
ditonton. Sekiranya pengguna tidak pasti untuk masukkan nama klip video, terdapat
beberapa cadangan klip video yang berkaitan dicadangkan untuk ditonton dalam paparan
YouTube. Maka, pengguna bebas untuk menonton klip video mengikut minat dan kesukaan
masing-masing.

Pengguna boleh memberikan komen di dalam ruangan komen terhadap mana-


mana klip video yang telah ditonton ataupun menekan butang ‘subscribe’ atau melanggan
‘channel’ yang diminati sekiranya pengguna ingin menonton klip yang berlainan. Hal ini
secara tidak langsung menjadikan laman sosial YouTube sebagai medium komunikasi alam
maya kepada pengguna aplikasi ini di seluruh dunia.

Selain daripada menonton klip video, pengguna juga boleh memuat naik atau
memuat turun klip video melalui aplikasi YouTube. Sesetengah pengguna juga gemar untuk
berkongsi laman URL atau nama lainnya ‘Uniform Resource Locator’ klip video kepada
mana-mana aplikasi lain seperti WhatsApp, Gmail, Telegram, Facebook, blogspot dan
macam-macam lagi. Pengguna hanya perlu menyalin atau ‘copy’ laman URL klip video dan
‘paste’ pautan URL tadi di dalam aplikasi yang lain. Pautan ini juga boleh dilampirkan dalam
laman sesawang atau portal pendidikan seperti ‘Learning Management System’ ataupun
LMS dan juga kursus dalam talian seperti ‘Massive Open Online Course’ ataupun MOOC.

3
Penggunaan video telah menjadi salah satu media yang popular dalam
kalangan pendidik seiring dengan perkembangan multimedia dalam pendidikan.
Kebanyakan para guru menggunakan multimedia ini sebagai medium utama dalam
pengajaran mereka. Hal ini kerana gabungan elemen multimedia seperti teks, grafik dan
audio terbukti mampu menarik perhatian dan minat pelajar serta dapat merangsang deria
penglihatan dan pendengaran. Minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran adalah satu
keutamaan kerana di dalam pembelajaran abad ke 21, pembelajaran haruslah dilaksanakan
berpusatkan pelajar semata – mata. Selain dapat memberikan satu pengalaman baru kepada
sebilangan pelajar, penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar juga dapat membantu
pensyarah atau guru dalam menyampaikan pengajaran dengan berkesan.

Beberapa teori telah diwujudkan seiring dengan gelombang teknologi baru


seperti teori connectionism yang diperkenalkan oleh Downes (2007) dan juga teori
connectivism yang diperkenalkan oleh Siemens (2005). Kedua – duanya melihat perubahan
dan kesan dalam pembelajaran yang dibawa oleh gelombang teknologi baru dalam zaman
rangkaian. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya pelajar dan guru untuk meningkatkan
gaya pembelajaran baru seiring dengan Era Digital kini.

Hampir setiap hari kita menggunakan Youtube sama ada melalui laman web
ataupun melalui Youtube App. Namun tidak ramai yang tahu Youtube bukan sekadar
menonton video dan muat turun sahaja. Terdapat banyak ruang pembelajaran bila kita
menggunakan Youtube.

Pertama sekali, buat playlist. Pilih video yang digemari, tambahkan ke playlist
atau buat satu playlist baru. Hal ini kerana mudah untuk menyimpan semua video anda dalam
satu tajuk atau tema.

Kedua, muat turun video Youtube. Pilih satu video dan tekan butang Download.
Anda juga boleh masukkan kesemua video ke dalam playlist dan muat turun sekaligus.
Hanya untuk Youtube App dalam perisian Android atau iPhone dimana sekiranya ingin muat
turun video melalui laman web, perlu ditambah huruf gabungan ‘ss’ di hadapan perkataan
youtube.com (url). Contohnya, ssyoutube.com/3247832.

4
Ketiga ialah flipped classroom. Para guru atau tenaga pengajar boleh membuat
playlist dan set supaya murid boleh menambah video masuk ke dalam playlist untuk
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Cara ini lebih baik
kerana lebih tersusun dan mudah mencari sumber video di bawah tema yang sama
dalam playlist.

Keempat, membuat siaran atau channel dalam Youtube. Para guru boleh
membuat channel sendiri dan memuat naik video – video ke dalam channel tersebut.
Channel ini kemudiannya boleh dikongsikan dan menjemput rakan lain untuk
mengikuti channel ini. Perkongsian amalan refleksi boleh diamalkan dan dikongsikan
bersama untuk penambahbaikkan kredibiliti guru itu sendiri.

Kelima, membuat rakaman. Guru boleh merakam PdPc dan muat naik ke
Youtube channel. Guru boleh merakam mock teaching dalam kelas dan muat naik
rakaman untuk dikongsikan dan dinilai oleh rakan – rakan dalam channel.

Keenam, ciri – ciri baru iaitu subtitle atau sari kata dalam video Youtube. Guru
boleh mengaktifkan CC untuk tengok sari kata video tertentu, kebiasaannya dalam
bahasas Inggeris. Selain itu, murid juga boleh menyumbang terjemahan kepada mana
– mana video yang mereka tonton.

Ketujuh, memberi komen. Beri satu video dan berikan link url kepada murid.
Murid boleh buka dan menulis komen mereka terhadap video itu. Kemudahan ini boleh
diaplikasikan di luar bilik darjah contohnya di rumah, perpusatakaan dan sebagainya.

Kelapan, annotations. Jika guru ada video, boleh juga masukkan video sendiri
dan letakkan beberapa nota bertulis dalam bentuk annotations sebagai nota
tambahan.

Kesembilan pula, video – video menarik di Youtube tetapi tidak sempat untuk
ditonton. Klik titik tiga bertindih dan tekan butang ‘add to Watch Later’. Maksudnya,
video itu akan ditonton kemudian pada waktu yang lapang.

5
Terdapat beberapa kepentingan dan kebaikan penggunaan aplikasi Youtube
ini dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Antaranya ialah murid dapat
menumpukan perhatian kepada pengajaran guru dan melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran dalam kelas. Selain itu, murid akan dapat menyokong
pembelajaran kendiri dengan maklum balas dan peneguhan yang cepat.

Pengintegrasian multimedia daripada pelbagai sumber teknologi akan dapat


meningkatkan kemahiran penggunaan alat – alat teknologi untuk digunakan secara
optimum dalam kelas. Pembelajaran yang interaktif juga akan dapat dijalankan
dengan meluas dengan kawalan kendiri. Selain itu, penggunaan unsur multimedia
dalam pengajaran secara tidak langsung akan dapat membangkitkan motivasi baru
dalam diri pelajar kerana minat mereka sudah bertambah dengan penggunaan
Youtube dalam kelas. Tambahan pula, unsur warna, muzik dan grafik animasi dapat
menambahkan kesan realistik dan memerlukan latihan, kegiatan amali, simulasi dan
sebagainya.

Justeru itu, kawalan kelas dapat diperluaskan kerana akses maklumat senang
didapati dan mudah diatur maka ianya dapat membantu pengawasan yang lebih
terhadap pelajar.

Beberapa kekangan dalam pelaksanaan Youtube di dalam pengajaran dan


pembelajaran juga berlaku seperti melibatkan kos yang tinggi dimana kemudahan
akses Internet yang pantas akan memerlukan penggunaan yang lebih mahal. Selain
itu, teknologi juga sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Maka, teknik
penggunaan aplikasi Youtube ini akan menjadi kurang relevan untuk dijalankan lagi
akibat perubahan teknologi yang cepat.

Sebagai seorang guru yang berada di alaf baru ini, guru seharusnya sentiasa
meningkatkan kecekapan penggunaan alat – alat teknologi baharu dan juga sentiasa
bermotivasi tinggi untuk terus berjaya. Tidak ada lagi alasan kepada guru – guru
veteran untuk tidak berusaha mempelajari ilmu dan kemahiran ICT ini kerana semua
guru lazimnya hendaklah sentiasa memperbaharui kemahiran – kemahiran sedia ada
seiring dengan kemajuan teknologi zaman kini.

6
Masalah juga timbul apabila guru – guru veteran terpaksa mengambil masa
yang lama untuk mempelajari penggunaan komputer sehingga mahir dan ini akan
menambahkan lagi beban yang dipikul oleh guru – guru veteran ini.

Satu lagi keburukan yang wujud akibat kemajuan teknologi ini melalui
penggunaan aplikasi Youtube ialah keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar
semakin meningkat. Hal ini kerana media merupakan satu alat yang mampu
merangsang dan mempengaruhi sikap serta tingkah laku individu atau masyarakat
merangkumi semua aspek kehidupan manusia seperti yang dipetik daripada
(Abdullah Sulung & Mawwadah Abdullah, n.d.). Penggunaan Youtube ini menjadi satu
kelemahan atau keburukan apabila ianya digunakan tanpa kawalan. Melalui tontonan
video yang pelbagai unsur negatif, kebanyakan remaja pada masa kini sudah semakin
tidak berakhlak.

Selain daripada kesan-kesan positif, YouTube juga banyak memberikan kesan


negatif kepada pelajar yang tidak mengawal penggunaannya. Melalui YouTube, para
pelajar berupaya untuk mengakses pelbagai jenis video seperti video-video hiburan
dan video-video yang berunsurkan isu-isu sensitif. Hal ini dapat mendorong para
pelajar untuk mengabaikan pelajaran serta melencongkan pemikiran pelajar daripada
tumpuan pembelajaran yang sebenar.

Oleh yang demikian, beberapa langkah untuk membanteras penyalahgunaan


aplikasi Youtube ini menjurus ke arah perlakuan positif untuk digunakan secara
efisyen. Langkah – langkah yang positif harus dilakukan terbahagi kepada tiga
kumpulan iaitu diri individu itu sendiri, ibubapa dan guru, masyarakat setempat serta
dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pengguna individu yang menggunakan aplikasi Youtube ini haruslah sentiasa


menyedari kebaikan dan keburukan yang boleh wujud akibat kelalaian dan kepekaan
menggunakannya. Individu itu sendiri haruslah mampu mengawal diri daripada
menonton video – video yang tidak berkaitan dengan pelajaran, membuang masa
menonton klip hiburan, memuat turun video klip yang tidak senonoh dan sebagainya.
Individu itu haruslah bijak membahagikan masa untuk menonton video di Youtube dan
menggunakan sebahagian waktu lapang untuk sedikit hiburan di luar waktu norma.

7
Bagi seorang pendidik atau ibubapa pula, mereka juga memainkan peranan
penting untuk mengawal dan memantau murid – murid menggunakan aplikasi
Youtube untuk mengelakkan mereka terpesong ke arah gejala yang tidak sihat. Di
sekolah pula, akses Internet dikawal oleh SKMM dimana penggunaan akses jaringan
dipantau dan akan dihalang aksesnya sekiranya laman web itu dilabelkan sebagai
tidak sesuai atau laman sesawang yang terlarang.

Bagi sesebuah masyarakat pula, jaringan capaian Internet di seluruh kampung


dibina untuk kemudahan masyarakat kampung. Jaringan Internet Tanpa Wayar ini
dibina dan boleh digunakan oleh sesiapa sahajayang tinggal di kawasan berdekatan.
Makanya, sebagai Ketua Kampung haruslah memainkan peranan sentiasa memberi
peringatan kepada golongan belia khasnya, supaya tidak sesekali cuba untuk
mengakses laman – laman yang terlarang ini untuk mengelakkan jatuhnya akhlak
anak muda di kawasan ini. Selain itu, ketua – ketua golongan belia di kampung
bolehlah memantau penggunaan jaringan Internet ini di kawasan sekitar.

Dalam dasar pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula baru –


baru ini telah menggariskan keperluan untuk membenarkan murid – murid di peringkat
rendah dan tinggi untuk membawa peranti peribadi ke sekolah kerajaan dan sekolah
bantuan kerajaan Malaysia, dirujuk daripada Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian
Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2018; bertarikh 29 Mac 2018.

Hal ini kerana peranti menjadi alat utama bagi memperkembangkan


pembelajaran interaktif berasaskan teknologi maklumat, penyelesaian masalah
secara kreatif, pencarian maklumat dan pembinaan rangkaian dan jaringan selaras
dengan fokus pembelajaran dan kemahiran abad ke 21. Pelaksanaan Virtual Learning
Environment (VLE) sebagai platform pembelajaran interaktif berasaskan laman
sesawang memerlukan guru dan murid menggunakan peranti dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdPc) di sekolah.

8
Secara keseluruhannya, penggunaan aplikasi Youtube dalam pengajaran dan
pembelajaran abad ke 21 ini sememangnya berada di tahap yang sederhana kerana
terdapat banyak kepentingan mahupun kelemahan melalui penggunaan aplikasi
pintar ini di dalam kelas. Seiring dengan kemajuan teknologi yang pesat membangun,
maka guru juga haruslah sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri
sendiri untuk diaplikasikan di dalam pengajaran serba moden untuk mencapai objektif
pengajaran yang berkesan. Guru haruslah mencari pengalaman untuk menikmati
kehebatan teknologi ini dan diterapkan di dalam arus pendidikan di sekolah.

Walaupun kita tidak mampu untuk mengejar kemajuan teknologi, namun kita
berusaha sedaya – upaya untuk meningkatkan kualiti diri sendiri supaya tidak
ketinggalan dalam arus pemodenan ini dimana penggunaan peranti peribadi semakin
menular dalam kalangan setiap lapis golongan masyarakat masa kini. Segala
kebaikan dan keburukan dalam mana – mana alat teknologi yang pelbagai ini haruslah
dijadikan pedoman dan peringatan dari masa ke semasa. Jika ianya dikawal dengan
baik dan teratur, sudah pastinya penggunaan ini tidak memberikan sebarang
keburukan.

Guru yang berhasrat untuk menggunakan Youtube dalam pengajarannya


hendaklah menguasai kesemua ciri – ciri yang ada pada Youtube supaya alat
teknologi ini dapat digunakan sebaik mungkin. Selain dapat meningkatkan kemahiran,
guru juga dapat menimba ilmu pengetahuan mengenai tatacara penggunaan Youtube
ini dengan berkesan.

9
Sumber rujukan:

1. Prof. Dr. Yusup Hashim. 2012. Penggunaan e - Pembelajaran dalam pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. University of Kuala Lumpur. Konvensyen Kebangsaan
Pendidikan Guru (KKPG) 2012. Pahang.
file:///C:/Users/User/Downloads/KonvenPendidikanIPG2012KuantanStudyofIT.pdf
(diakses pada: 11 Julai 2018, 8.00 pm)
2. http://mudahmengajar.blogspot.com/2018/03/mudah-mengajar-dengan-youtube.html
(diakses pada: 12 Julai 2018, 3.30 pm)
3. https://upikpolimas.edu.my/conference/index.php/icompex/icompex17/paper/viewFile
/322/175 (diakses pada 13 Julai 2018, 10.00 pm)
4. https://234638.weebly.com/kesan-penggunaan-youtube-terhadap-pelajar-
berpendidikan-tinggi.html (diakses pada: 10 Julai 2018, 7.30 pm)
5. https://sites.google.com/site/pek10013mybe/penggunaan-youtube-dalam-proses-
pengajaran/-kebaikan-dan-keburukan-menggunakan-youtube-dalam-pengajaran
(diakses pada: 11 Julai 2018, 5.00 pm)

10

You might also like