You are on page 1of 5

Melalui bermain, kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran sosial.

Kanak-kanak
dapat bergaul dengan rakan-rakan sekeliling dan seterusnya belajar untuk bekerjasama
melalui permainan. Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi,
kepercayaan, nilai, dan adat yang dipegang oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga
mempelajari peraturan -peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial.
Proses sosialisasi ini pula ditentukan pula oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang
sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain. Namun
demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi
pelbagai kumpulan etnik dan budaya. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, &
Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan
pendapat mereka sendiri. Salah satu contoh permainan yang boleh meningkatkan
kemahiran bersosial dalam kalangan kanak-kanak ialah main pondok-pondok. Permainan
ini biasanya dimainkan secara beramai-ramai dalam kalangan kanak-kanak. Permainan ini
mampu memberi kegembiraan kepada kanak-kanak disamping memberi peluang kepada
kanak-kanak bergaul dengan orang lain selain daripada ibu bapa. Selain itu, kanak-kanak
juga mendapat peluang untuk bergaul dengan masyarakat yang mempunyai agama, bangsa
dan kepercayaan. Secara tidak langsung, kanak-kanak dapat belajar menghormati
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Bermain sangat penting dalam memupuk interaksi kanak-kanak dengan rakan-rakan


mereka, guru-guru dan orang-orang di sekeliling mereka termasuklah dengan ibu bapa.
Mereka akan dapat mengenali dan mengetahui bahawa emosi seseorang mungkin berbeza
mengikut situasi tertentu dan tahu bagaimana cara untuk mengawal emosi tersebut. Lev
Vygotsky percaya bahawa bermain boleh menggalakkan perkembangan bahasa seseorang
kanak-kanak. Melalui bermain memberi peluang kanak-kanak membina hubungan dan
belajar bagaimana mereka berinteraksi dan menghormati kanak-kanak lain.Seperti mana
yang diketahui, pengalaman langsung kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan
dan pembelajaran kanak-kanak. Pengalaman langsung yang paling asas ialah bermain.
Alam kanak-kanak tidak dapat dipisahkan daripada bermain. Kanak-kanak belajar melalui
proses bermain. Pembelajaran yang berlaku adalah secara holistik. pelbagai perkara dapat
dipelajari oleh kanak-kanak melalui satu jenis permainan yang direka sendiri ataupun
dikongsi bersama. Sering kali kanak-kanak mereka cipta permainan sendiri termasuk
peraturan bermain, penggiliran, alatan dan sebagainya. Terdapat banyak permainan yang
boleh meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak khususnya permainan dalam
bentuk berkumpulan. Salah satu contoh permainan yang meningkatkan kemahiran
komunikasi ialah permainan ketengteng. Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat
berkomunikasi antara satu sama lain. Permainan ini mempunyai peraturan yang tersendiri
mengikut tempat. Berdasarkan pengalaman saya, permainan ini memerlukan komunikasi
antara satu sama lain meningkatkan kemampuan berbahasa kanak-kanak melalui perbualan
dan permainan. Selain itu, kanak-kanak juga mampu belajar cara untuk menggunakan laras
bahasa yang sesuai semasa bersama-sama dengan rakan. Melalui permainan, mereka juga
dapat meningkatkan perbendaharaan kata. Kanak-kanak mampu mempelajari perkataan
baru hasil daripada pergaulan dan perbualan antara rakan sepermainan mereka.

Bermain juga dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian diri kanak-kanak


supaya tidak malu untuk bersosial dengan orang lain. Kanak-kanak perlu mengutamakan
kesihatan dan keselamatan mereka semasa bermain. Pendedahan kepada permainan
dalaman (indoor game) dan permainan luaran (outdoor game) perlu diterapkan agar mereka
sentiasa diberi peluang untuk menyertai dan menunjukkan bakat yang terpendam. Melalu
bermain, kemahiran psikomotor dapat dibina dan ia juga dapat meningkatkan kemahiran
motor halus dan koordinasi mata-tangan serta dapat mengeluarkan perasaan takut dan
bimbang kepada peringkat sedar (Noriati et. al., 2009).

Justeru itu, bolehlah disimpulkan emosi sebagai salah satu daripada ciri jiwa manusia yang
boleh mempamerkan perasaan yang kuat yang berpunca daripada psikologi atau mental
seseorang dan emosi boleh berlaku secara naluri bergantung pada sesuatu situasi. Ibrahim
Mamat (1997), menyatakan emosi ialah perasaan jiwa yang kuat yang dialami oleh
seseorang dalam tidak balasnya terhadap sesuatu ransangan. Adakalanya ia boleh
berbentuk positif seperti riang, gembira, seronok dan kasih dan adakalanya ia berbentuk
negatif seperti sedih, marah, benci dan dendam. Menurut Gesell, emosi seseorang individu
adalah semula jadi. Contohnya, tangisan mendayu-dayu meminta supaya ibu memeluknya.
Menurut Havighurst pula, emosi seseorang adalah dipengaruhi oleh alam sekitarnya
(Suppiah Nachiappan, 2008).

Contoh permainan yang dapat membantu dalam membentuk kanak-kanak yang mampu
mengawal emosi dengan baik ialah main peranan. Main peranan ini ialah satu permainan
meniru perbuatan orang dewasa. Sebagai contoh bermain menjadi doktor. Melalui
permainan ini, kanak-kanak mampu meluahkan emosi mereka melalui bermain disamping
dapat bergembira. Dalam keadaan tertentu seperti peperangan, bencana, kanak-kanak
merasa trauma dengan apa yang telah berlaku. Sudah pasti mereka merasa begitu tertekan.
Justeru dengan bermain dengan pelbagai permainan dalam mahupun luar, mereka dapat
mengubah emosi dan mengatasi masalah bimbang dan lama kelamaan trauma yang
dihadapi akan hilang. Menurut teori instinct (naluri), alam kanak-kanak merupakan
tempoh persediaan diri untuk ke alam dewasa (Noriati A. Rashid et. al, 2009). Melalui
main peranan, kanak-kanak mampu mencapai proses kematangan dengan lebih cepat.
Mereka mendapat latihan untuk menjadi orang dewasa melalui permainan. Apabila kanak-
kanak mencapai proses kematangan lebih awal, mereka semestinya mampu mengawal
emosi dengan lebih baik.

Kanak-kanak menggerakkan motor kasar dan motor halus secara tidak langsung
semasa bermain. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat
dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta
kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif
menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam.
Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka
berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Contoh permainan yang boleh
membina kemahiran psikomotor ialah bermain plastisen. Melalui bermain plastisen,
kanak-kanak mampu membina kemahiran psikomotor dengan menggerakkan motor kasar
dan halus semasa membentuk plastisen berkenaan. Kanak-kanak menggentel, menguli, dan
memotong plastisen. Dalam Kurikulum Kebangsaan Prasekolah, Pusat Perkembangan
Kurikulum (2003) telah mengariskan beberapa matlamat dan hasil pembelajaran motor
halus bagi kanak-kanak. Matlamat umum perkembangan motor halus adalah kanak-kanak
dapat menguasai kemahiran motor halus. Secara lebih khusus, matlamat penguasaan
kemahiran motor halus ini adalah dapat menggunakan jari untuk melakukan beberapa
aktiviti. Oleh itu, permainan plastisen ini boleh digunakan untuk mengembangkan
penggunaan motor kasar dan motor halus bagi kanak-kanak prasekolah.

Sedangkan banyak lagi kecerdasan dan kekuatan lain yang ada pada diri pelajar tidak diberi
perhatian. Sebaliknya, kecerdasan pelbagai memberI perhatian terhadap kecerdasan selain
logikal-matematik disamping kecerdasan logikal-matematik itu sendiri. Maka pelajar akan
rasa lebih bersemangat untuk belajar. Kecerdasan pelbagai ini dapat memberi keyakinan
yang jitu kepada pelajar. Ini kerana kekuatan mereka dalam kecerdasan tertentu diberikan
perhatian dan begitu juga kelemahan mereka akan diperbaiki. Ini dapat menaikkan lagi
semangat dan keyakinan mereka untuk memperkembangkan lagi kecerdasan mereka dan
untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka.

Kecerdasan pelbagai ini juga mempunyai kelebihan dimana ia dapat mengenal pasti
kecerdasan secara kontekstual. Kegagalan untuk mengenalpasti kecerdasan ini boleh
memberi impak ke atas pengurusan modal insan dalam pendidikan negara. Dalam erti kata
lain, kegagalan ini oleh mengakibatkan pembaziran sumber manusia. Pengurusan modal
insan yang sempurna adalah amat penting untuk masa depan negara. Kegagalan
pengurusan modal insan ini akan memberi kesan ke atas Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010 yang memfokuskan untuk membangunkan modal insan.
Kecerdasan pelbagai ini, memandangkan ia memfokuskan hampir kesemua kecedasan
pada manusia, maka ia membolehkan pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar
corot untuk merealisasikan kebolehan mereka. Dengan menambahkan lagi penilaian
disamping penekanan terhadap verbal-linguistik dan logikal-matematik yang diorientasi
oleh sistem pendidikan pada hari ini, maka pelajar ini akan mendapat peluang untuk
menonjolkan kecerdasan mereka masing-masing. Mereka mungkin mempunyai
kecerdasan lain yang lebih tinggi berbanding rakan lain yang berada dalam kelas yang lebih
baik. Kecerdasan pelbagai, oleh kerana ia memfokus lebih banyak kecerdasan dan memberi
peluang kepada semua individu untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri mereka
dilihat sebagai satu bentuk penilaian kecerdasan yang adil. Ini membolehkan semua pelajar
mendapat layanan yang sama rata dan dapat merasakan diri mereka mempunyai nilai dan
berkepentingan. Maka, semua pelajar akan berpeluang untuk bersama-sama berjuang
untuk mambagunkan diri dan negara.

Perlaksanaan teori kecerdasan pelbagai Gardner ini juga mempunyai kelebihan kerana ia
juga dapat mengatasi masalah seperti gejala ponteng kelas dan ponteng sekolah.
Bagaimana teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu mengatasi masalah ini? Teori
kecerdasan pelbagai dapat mengatasi masalah ini kerana ia memberi ruang untuk pelajar
mengembangkan potensi dalam diri mereka. Dengan itu minat untuk belajar dapat
ditingkatkan kerana apa yang mereka pelajari dapat mereka kembangkan berdasarkan apa
yang ada dan sesuai dengan diri mereka.Dengan adanya minat, pelajar akan sanggup untuk
melaui apa jua kesukaran demi mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka
kerana telah timbul minat untuk menguasainya. Kecerdasan pelbagai ini dikatakan dapat
mengatasi masalah bosan dengan sistem pembelajaran sedia ada di sekolah. Minat untuk
belajar memainkan peranan yang amat penting dalam pembelajaran. Ini kerana jika pelajar
merasa pembelajaran yang mereka sedang lalui tidak membawa apa-apa manfaat, maka
mereka akan merasa bosan untuk mengikuti kelas terbabit. Dengan adanya kecerdasan
yang sesuai dengan diri pelajar, maka perasaan bosan untuk belajar dapat diatasi. Pelajar
tentunya tidak akan bosan lagi untuk belajar sebaliknya akan lebih berminat untuk dating
ke sekolah kerana beranggapan bahawa pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah untuk
masa hadapan mereka dan bukannya sebagai satu bebanan. Teori kecerdasan pelbagai ini
mempunyai pelbagai cara untuk diaplikasikan. Dengan kepelbagaian ini, kita dapat
memupuk dan mencungkil mana-mana kecerdasan yang diingini malah jika kena dengan
cara pengajarannya, seseorang pelajar itu tidak mustahil untuk dapat menguasai kesemua
kecerdasan yang diutarakan oleh Howard Gardner ini.

You might also like