You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG LEBAR, BATU KIKIR

NEGERI SEMBILAN
Minit Mesyuarat Kokurikulum 2018
Bil 01/2018
Tarikh : 28.11.2017 (Khamis)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Makmal Komputer

Pengerusi : En Azmi B Alias


(Guru Besar Cemerlang SK Padang Lebar)

Hadir

1
1. En Azmi B Alias
2. Pn Maznah Bt Ibrahim
3. En Shahrulzin Bin Ismail
4. Pn Norsalawati Binti Sharif
5. Pn Fozidah Bt Yaakub
6. Pn Zarina Bt Md Zain
7. Pn Nor Afiza Bt Ahmad
8. Pn Joo Chai Pei
9. Cik Norsuriana Bt Abd Razak
10. Pn Siti Aishah Bt Latip
11. Pn Siti Hajar Bt Darus
12. En Jumang Adha Bin Zahari
13. Pn Juliana Bt Ishak
14. Cik Syahirah Binti Che Alias
15. Pn Siti Munira Bt Zainol
16. Pn Nik Nur Fakhira Bt Nik Mohd Salleh
17. Pn Ummul Balkhis Bt Ibrahim
18. Pn Emelia Diyana Bt Kamaruddin

Kehadiran : 18/20 orang

2
Tidak Hadir Bersebab
1. En Ramlan B Ruspan
2. Pn Nadia Farhana Bt Pin

Kepada,

Semua Guru
SK Padang Lebar 72200 Batu Kikir
Negeri Sembilan

Tuan / Puan

MESYUARAT KORIKULUM BILANGAN 1/2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Kokurikulum kali pertama / 2018 akan diadakan seperti
ketetapan berikut:-

Tarikh / hari : 28 Disember 2017 (Khamis)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Makmal Komputer SKPL

Pengerusi : Encik Azmi bin Alias , Guru Besar Cemerlang

3. Sehubungan dengan itu tuan / puan dijemput hadir. Semoga dengan kehadiran tuan / puan kelak
melancarkan lagi perjalanan mesyuarat ini kelak.

Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah,

(NORSALAWATI BINTI SHARIFF)


Setiausaha Kokurikulum
SK Padang Lebar

3
AGENDA

1. Perutusan Pengerusi

2. Menerima dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

3. Perkara berbangkit / maklum balas

4. Pengurusan Kokurikulum

4.1 Jawatankuasa Induk

4.2 Jawatankuasa Kerja

4.3 Jadual Perlaksanaan Aktiviti Kokurikulum

4.4 Program – Program utama kokurikulum

4.5 Ketetapan Kokurikulum

4.6 KPI Kokurikulum

5. Hal – hal lain

6. Penutup

4
5
AGENDA MESYUARAT

1. Perutusan Pengerusi
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran , Encik
Shahrulzin B Ismail. Pengerusi mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada semua guru
yang telah dapat hadir ke Mesyuarat Kokurikulum kali pertama bagi tahun 2018.
1.2 Berharap mesyuarat kali ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mencapai kata sepakat.
Menerima serta menjalankan tugasan dengan penuh tanggungjawab.
1.3 Pengerusi mengedarkan petikan ringkas yang tertulis “An excellent piece written by
Malaysian Lady” melalui aplikasi “wasap”. Artikel ringkas ini menerangkan pengurusan
persekolahan di Negara Finland di bandingkan dengan pengurusan persekolahan di
Malaysia. Secara kesimpulan pengerusi menyatakan kita sebagai pendukung dasar perlu
menjalankan tugas mengikut ketetapan yang telah dibuat. Kita melihat perbandingan yang
boleh dipraktikan di negara kita tetapi ada juga perkara yang tidak sesuai digunakan.
1.4 Pengerusi menekankan dasar Pengarah Pendidikan Malaysia yang tidak tertumpu kepada
akademik sahaja tetapi menyeluruh mengikut falsafah Pendidikan (JERIS).
1.5 Pengerusi juga mengingatkan guru harus lebih kompeten dalam menjalankan tugas seiring
dengan keperluan terkini.
1.6 Pengerusi menekankan guru perlu memahami skpmg2 dengan lebih baik, ini kerana kerja
dan tugasan guru sekarang berpandukan kepada skor penilaian skpmg2 bagi memastikan
sekolah berkualiti dan kemenjadian murid tercapai pada tahap tertinggi.
1.7 Sebelum pengerusi menutupkan ucapan beliau mengingat guru tentag masalah “perangkap
viral”. Guru perlu bersedia untuk mengatasi masalah terkini ini. Dapatkan bimbingan dan
nasihat dari pihak yang betul sebelum bertindak.
Tindakan: Makluman semua guru

2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lepas


2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lepas untuk disahkan. Pn Afiza Bt Ahmad
mencadangkan minit mesyuarat yang lepas disahkan dan disokong oleh Pn Siti Munira Bt
Zainol.
Tindakan: Makluman semua guru
3. Perkara berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit.

4. Pengurusan Kokurikulum
4.1 Carta Organisasi Induk Kokurikulum
4.1.1 Guru Penolong Kanan Kokurikulum membentangkan Carta Organisasi Induk
Kokurikulum SK Padang Lebar 2018 (Rujuk Lampiran)

6
4.2 Jawatan Kuasa Kerja Kokurikulum
4.2.1 Guru Penolong Kanan Kokurikulum membentangkan Jawatankuasa Kerja
Kokurikulum SK Padang Lebar 2018 (Rujuk Lampiran)

Tindakan : Makluman Semua Guru

4.3 Jadual Perlaksanaan Aktiviti Kokurikulum 2018


4.3.1 Guru Penolong Kanan Kokurikulum membentangkan Jadual Perlaksanaan Aktiviti
Kokurikulum 2018. (Rujuk Lampiran)
4.3.2 GPK Kokurikulum, Pn Maznah Bt Ibrahim memaklumkan aktiviti kokurikulum akan
dijalankan selama 2 jam iaitu dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. Aktivti
dijalankan adalah mengikut ketetapan jadual dn takwim yang telah diedarkan (Rujuk
Lampiran).
4.3.3 Puan Maznah Bt Ibrahim telah menyerahkan sampul surat kepada semua guru
dimana terdapat surat lantikan guru sebagai guru penasihat di dalam badan
uniform, kelab / persatuan, kelab / permainan dan rumah sukan.
4.3.4 Surat Permohonan Pertubuhan Unit Badan Beruniform, Kelab / Persatuan dan
Kelab / Permainan kepada semua ketua unit untuk diisi dan diserahkan kepada guru
besar untuk ditanda tangan. Pastikan surat - surat yang telah lenngkap disimpan di
dalam fail unit masing – masing.
4.3.5 Bagi guru – guru yang telah terpilih untuk melatih murid lebih awal dalam beberapa
acara tahunan seperti bercerita diminta untuk melatih murid untuk pertandingan ke
peringkat daerah.
Tindakan : Semua Guru Penasihat
4.4 Program – program Utama Unit Kokurikulum.
4.4.1 GPK Kokurikulum , Pn Maznah Bt Ibrahim telah menyenaraikan program – program unit
Kokurikululm mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam takwim. (Rujuk Lampiran)
4.4.2 GPK Kokurikulum menyatakan setiap aktiviti yang telah ditetapkan merupakan aktiviti
yang perlu dilakukan mengikut skpmg2 berdasarkam TUMS . Oleh itu Pn Maznah bt
Ibrahim mengharapkan guru penasihat juga merancang aktiviti setiap unit berpandukan
skpmg2 secara professional dan terancang.
4.4.3 Sebagai contoh Unit Badan Beruniform merangka aktiviti yang menjurus kepada disiplin
dan kelab / persatuan pula aktiviti kepada arah sosial.
Tindakan: Makluman semua guru

4.5 Ketetapan Kokurikulum dan KPI Kokurikulum


4.5.1 Pn Maznah Binti Ibrahim menerangkan tentang ketetapan dalam pengurusan
Kokurikulum mengikut TUMS. Merujuk kepada 3.2.1.1 Pelaksanaan kokurikulum
dilaksanakan secara sistematik dan terancang. Guru boleh merujuk kepada takwim
kokurikulum yang telah diedarkan merangkum semua program tahunan yang menjadi
ketetapan setiap tahun.

7
4.5.2 Merujuk kepada 3.2.2 pengurusan kelab / persatuan, sukan / permainan dan
pengurusan badan beruniform. Guru Penasihat diminta untuk membuat ketetapan
aktiviti , mendokumentasi, membuat post mortem dan tindakan susulan. Post mortem
dan tindakan susulan tidak dibuat pada tahun ini. Disini kita telah kehilangan dalam
markah pentaksiran. Pn Maznah juga mengharapkan setiap unit merancang aktiviti
gotong – royong dan menghias papan kenyataan yang telah ditetapkan. Ini merujuk
kepada Standard 2 skpmg2 2.5 (2.5.2 ) Iklim – Suasana yang selesa dan harmoni
diwujudkan secara sistematik dan terancang.
4.5.3 Merujuk kepada 3.2.5 Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum. Pn Maznah Bt
Ibrahim mengucapkan tahniah kepada semua guru penasihat yang telah berjaya dalam
membuat laporan kokurikulum. Guru Penasihat setiap unit diharapkan menyediakan
evidens yang terdiri daripada perancangan , pelan strategik, Rancangan Pengajaran
Harian dan diminta melampirkan laporan bergambar.
4.5.4 Merujuk kepada 3.2.6 Pengurusan Sukan untuk semua. Setiap tahun sekolah akan
mengadakan sukan tara. Pada tahun ini saya mengharapkan aktiviti merentas desa dapat
dijalankan mengikut perancangan. Aktiviti ini akan kita adakan dengan kerjasama pihak
ibubapa merujuk kepada Standard 2 skpmg2 2.6 Pengurusan Perpaduan. Pihak PIBG
telah memberikan persetujuan dalam menjayakan aktiviti ini.
4.5.5 Merujuk kepada skmpg 3.2.7 Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum perlu dilaksanakan
secara sistematik dan terancang. Laporan pentaksiran PAJSK pada tahun 2017 telah
dilaksanakan mengikut ketetapan. Tetapi GPK Kokurikulum mengharapkan semua guru
yang terlibat melakukan pentaksiran mengikut prosedur yang betul.
4.5.6 Sebagai penutup laporan GPK Kokurikulum melaporkan status kewangan Unit
Kokurikulum. Semua guru penasihat boleh merujuk kepada laporan kewangan yang telah
dibentangkan oleh PT Kewangan sekolah. Guru Penasihat boleh menggunakan
peruntukan ini dengan merancang aktiviti kokurikulum tahunan. Guru juga diminta
untuk merujuk peratuaran yang telah di edarkan semasa perancang aktiviti tahunan unit
masing – masing.
Tindakan: Makluman semua guru

5. Hal – hal lain


5.1 Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Maznah Bt Ibrahim menekankan pemakaian baju
uniform di kalangan murid semasa menjalankan aktiviti Badan Beruniform. Beliau juga
menggalakkan guru memakai baju uniform unit masing – masing semasa menjalankan
aktiviti badan beruniform.
8
Tindakan: Semua guru penasihat
5.2 En Shahrulzin menyentuh tentang pentaksiran SEGAK yang dibawah pentaksiran PBS serta
meminta ketetapan cara yang terbaik untuk menjalankan pentaksiran. Ini adalah kerana
SEGAK juga merupakan salah satu cabang dari pentaksiran PAJSK. En Shahrulzin juga
bertanya perlukan jawatan kuasa SEGAK dibuat.
5.3 Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn maznah Bt Ibrahim memberikan makluman
tentang pentaksiran SEGAK dijalankan oleh guru Pendidikan jasmani kelas tahun yang
terlibat. Pentaksiran ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu program mengikut bulan
pentaksiran perlu dijalankan. Pn Maznah mencadangkan program ini dibuat dibawah
aktiviti panitia Pendidikan jasmani dan kesihatan.
Tindakan : Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
5.4 Pn Joo Chai Pei memberikan makluman pada tahun ini seramai 8 orang murid PPKI akan
mengikut aktiviti Kokurikulum bersama dengan murid arus perdana.

7.0 Ucapan Penangguhan


6.1 Pengerusi mengharapkan guru membuat perancangan dan menjayakan aktiviti yang telah
dirancang sebaik mungkin. Sekiranya perancangan tidak tercapai perlu di buat post
mortem dan memikirkan penambahbaikan serta membuat tindakan susulun agar pada
tahun hadapan program berjaya dilaksanakan.
6.2 Pengerusi juga memberikan peringatan agar guru sentiasa mengikut SOP dalam
melaksanakan aktiviti yang akan dijalankan.
6.3 Pengerusi mengucakapkan tahniah kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum kerana telah
melaksanakan Mesyuarat Kokurikulum kali pertama 2018.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.45 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________________ _____________________
(NORSALAWATI BINTI SHARIFF) (MAZNAH BT IBRAHIM)
Setiausaha Kokurikulum Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Padang Lebar SK Padang Lebar

9
LAMPIRAN

10

You might also like