Professional Documents
Culture Documents
Faedah Selawat
Faedah Selawat
Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu
mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-
Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan
(selawat daripada Allah bererti rahmat).
Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama
Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut
selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di
samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan
Rasulullah s.a.w. kepada kita.
Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh
Allah.
Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah
s.a.w. dan kepada diri sendiri.
Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah
s.a.w. di dalam jiwanya.