You are on page 1of 4

CT

Doa Hari Arafah




Umat Islam disunnahkan membaca Doa Hari Arafah walau di mana pun mereka berada. Satusatunya doa dimakbulkan Allah SWT pada masa dan tempat tertentu adalah Padang Arafah iaitu hari
kesemua Jemaah Haji berkumpul di Padang Arafah, simbolik dan lambang Padang Mahsyar.
.
Ketikanya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah.
Berdoalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah SWT hak menunaikan
adalah hak Allah Taala.
.
Nabi Muhammad Shallallahualaihi Wasallam bersabda: Sebaik-baik doa adalah pada hari
Arafah. (HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani)
.
Doa Arafah bukan sahaja baik dibaca oleh Jemaah Haji pada hari Arafah, tetapi disunnahkan juga
kepada seluruh Umat Muslim di seluruh dunia walaupun tidak berada di Padang Arafah.
.
Berikut adalah Doa Hari Arafah tersebut:

.
Allhumma y Ajwada man ath, embe khayra man suila, embe Arhama manisturhima. Allhumma
shalli al Muhammadin wa lihi fil awwaln. Wa shalli al Muhammadin wa lihi fil khirn. Wa shalli
al Muhammadin wa lihi fil malail al. Wa shalli al Muhammadin wa lihi fil mursaln.
Allhumma athi Muhammadan wa alahul waslata wal fadhlata wasy syarafa warrifata waddarajatal
kabrah.
Allhumma inn mantu bi-Muhammadin shallallhu alayhi wa lihi, wa lam arahu fal tahrimn fil
qiymati ruyatahu, warzuqn shuhbatahu, wa tawaffan al millatihi, wasqin min hawdhihi masyraban
rawiyyan sighan hanan l azhmau badahu Abadan, innaka al kulli syay-in qadr.
Allhumma mantu bi-Muhammadin shallallhu alayhi wa lihi. Wa lam arahu faarrifn fil jinni
wajhahu. Allhumma balligh Muhammadan shallallhu alayhi wa lihi minn tahiyyatan katsratan wa
salm.
.
Ya Allah! Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang memberi, Wahai Yang Paling
Baik dari semua yang diharap, Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.

Ya Allah! Sampaikanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya


yang terdahulu; Sampaikan selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang
kemudiannya;
Sampaikanlah
selawat
ke
atas Muhammad
dan keluarganya
yang berada dalam kafilah para malaikat; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad
dan keluarganya yang berada dalam kafilah para Rasul. Ya Allah! Kurniakanlah
kepada Muhammad dan keluarganya, wasilah, keutamaan, kemuliaan dan darjat yang
tertinggi.
Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW, dan daku belum pernah
melihatnya;
Maka jangan halangi daku
untuk melihatnya
pada hari
kiamat.
Anugerahkanlah padaku supaya dapat berdekatan dengannya. Matikan daku dalam
agamanya. Berilah daku minuman dari telaganya, minuman yang segar yang tiada lagi
dahaga
selamanya
dan
sesudahnya.
Sesungguhnya
Dikau
Maha Kuasa
atas segala sesuatu.
Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW dan daku belum pernah
melihatnya. Maka perkenalkan padaku wajahnya di syurga. Ya Allah! Sampaikanlah
salamku yang tak terhingga kepada Muhammad dan keluarganya.
.
.
Nabi Shallallahualaihi Wasallam bersabda: Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah, dan sebaikbaik doa yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah: Tiada Tuhan yang sebenarnya yang
layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian,
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. (Hadis Riwayat Tirmizi)
.
.

Amalan Bagi Yang Tidak Menunaikan Haji


.
Umat Islam yang tidak menunaikan haji, mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan
membaca Doa Arafah di samping berpuasa sunat yang dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat
besar.
.
Rasulullah Shallallahualaihi
Wasallam juga
bersabda: Berpuasa
pada
Hari
Arafah
dapat menghapuskan
dosa
setahun yang lalu,
dan
menghapuskan
dosa
setahun
yang akan datang.
.
Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita nyatakan dan apa yang kita rahsiakan. Allah
Maha Mengetahui Lagi Maha Meneliti segala hajat yang ada di hati kita, maka mohonlah agar
disampaikan hajat itu.
Firman Allah SWT:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya bertanya kepadamu (Muhammad) tentang


Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang

berdoa apabila Dia berdoa kepadaku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan
beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.
(Surah Al-Baqarah ayat 186)
.
Jadi marilah kita di tanah air merebut peluang membaca doa ini pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah
yang amat besar pahala dan manfaatnya itu.
.
.

Wallahu Alam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.

You might also like