You are on page 1of 20

PENCERAMAH :

USTAZAH ENDUN BT BIRAN @ BERAN

ISU-ISU HAID SEMASA MENGERJAKAN


HAJI DAN UMRAH
1. Datang Haid ketika berniat ihram
laksanakan perkara-perkara sunat sebelum niat
ihram.
boleh berniat untuk ihram sekalipun dalam keadaan
tidak suci.
2. Datang Haid selepas berniat ihram haji
dibolehkan melakukan semua kerja-kerja haji kecuali
tawaf
wanita dalam haid dibolehkan beramal dengan zikirzikir tahmid, tahlil, istighfar, talbiah, berdoa dan
sebagainya.

ISU-ISU HAID SEMASA MENGERJAKAN


HAJI DAN UMRAH
3. Datang Haid selepas niat ihram umrah

tidak dibolehkan tawaf, saie dan bergunting.

hendaklah menunggu sehingga suci daripada


haid, baru laksanakan tawaf, saie dan
bergunting.

jika sekiranya haid belum suci, tarikh wuquf telah


tiba, maka hendaklah berniat ihram haji,jadi
hajinya haji Qiran, wajib membayar dam Qiran.

ISU-ISU HAID SEMASA MENGERJAKAN HAJI


DAN UMRAH

4. Sekiranya wanita datang haid selepas


tawaf rukun, sedangkan haidnya belum
suci sehingga tarikh pulang ke tanah air :

dia tidak perlu tawaf wada dan tidak


dikenakan dam.

ISU-ISU HAID SEMASA MENGERJAKAN HAJI


DAN UMRAH
5. Sekiranya pusingan darah haid dijangka datang
pada hari-hari Tasyriq (11, 12, 13 Zulhijjah)

Sebaiknya hendaklah melaksanakan Tahallul Awwal


dengan tawaf, saie haji (jika belum) dan bergunting
rambut, selepas separuh malam, malam 10 Zulhijjah.

Kemudian balik ke Mina untuk melaksanakan Tahallul


Thani dengan melontar Jamrah Kubra.

Melaksanakan Mabit di Mina dan melontar ketiga-tiga


Jamrah pada hari-hari Tasyriq.

ISU-ISU HAID SEMASA MENGERJAKAN HAJI


DAN UMRAH
6. Sekiranya haid datang sebelum tawaf rukun sedangkan
tarikh penerbangan balik ke tanah air telah tiba dan
penerbangan tidak boleh ditunda:
dia boleh buat tawaf dan saie (jika belum)
wajib membayar kaffarah seekor unta
berdosa kerana masuk masjid dalam keadaan hadas besar.
* Cara ini bertaqlid dengan mazhab Hanafi. Tawafnya sah dan
tidak perlu diganti.
* Sekiranya penerbangan balik boleh ditunda atau tarikh balik
lama lagi:
Hendaklah menunggu sehingga haidnya suci
Laksanakan tawaf dan saie (jika belum).

ISU-ISU HAID SEMASA MENGERJAKAN HAJI


DAN UMRAH
7. Didatangi darah haid ketika sedang tawaf
umrah.
a) Tawaf tidak sah
b) Wajib ulang semula tawaf jika sekiranya telah
suci daripada haid.
c) Jika sekiranya belum suci dan tarikh wuquf di
Arafah telah tiba, para ulama berselisih
pendapat:
i) Mazhab As-Shafie
Umrah tidak boleh masuk dalam haji

ii) Mazhab Imam Hanafi


Umrah boleh masuk dalam haji. Orang yang haid boleh tawaf
kerana suci dari hadas kecil atau hadas besar bukan menjadi
syarat sah tawaf.
dikenakan dam seekor unta jika hadas besar
dikenakan dam seekor kambing jika hadas kecil.
berdosa kerana masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas
besar
iii) Mazhab Imam Malik
Tawaf tidak sah
Umrah boleh masuk dalam haji dengan syarat belum melakukan
sembahyang sunat 2 rakaat selepas tawaf.

ISU-ISU HAID SEMASA MENGERJAKAN HAJI


DAN UMRAH
8. Wanita yang belum melakukan tawaf rukun
mengalami haid yang beruncit-runcit atau
Fathrati-An-Naqa

ibadat-ibadat yang dilakukan dalam tempoh


Fathrati-An-Naqa itu adalah sah.
dengan syarat tempoh Fathrati-An-Naqa itu tidak
kurang dari 24 jam.
3 cara untuk melaksanakan tawaf dan saie rukun
dalam masa Fathrati-An-Naqa

CARA 1 :

Selepas mandi hadas besar dicadangkan


melakukan tawaf sahaja. Kemudian berehat dan
tunggu 24 jam daripada masa suci haid.
** Sekiranya darah tidak turun, tawaf sah dan
laksanakan saie serta bergunting untuk tahalul.
** Sekiranya darah haid turun belum 24 jam, tawaf
tidak sah dan wajib menunggu sehingga benarbenar suci.
ATAU;

CARA 2 :
Selepas mandi hadas besar dicadangkan
melakukan tawaf dan saie. Kemudian berehat
dan tunggu 24 jam daripada masa suci haid.

** Sekiranya darah tidak turun, tawaf dan saie sah


dan boleh bergunting untuk tahalul.
** Sekiranya darah haid turun belum 24 jam, tawaf
dan saie tidak sah dan wajib menunggu
sehngga benar-benar suci.
ATAU ;

CARA 3 :

Selepas mandi hadas besar dicadangkan


berehat dan tunggu 24 jam daripada masa
suci haid.
** Sekiranya darah tidak turun maka
laksanakanlah tawaf, saie dan bergunting.

PERMASALAHAN WANITA DALAM


IBADAT HAJI II

1. ISTIHADAH & DAIMUL HADAS


Kaedah penyucian & kaedah berwuduk
Solat & Tawaf

PERMASALAHAN WANITA DALAM


IBADAT HAJI II

2. DARAH KEKUNINGAN & KERUH


Sebelum datang haid, dikira haid
Selepas datang haid, dikira haid juga
Menurut pandangan Al-Asoh.

Selepas bersih daripada haid pada


tempoh kebiasaan, tidak dikira haid
menurut pandangan Muqabil Al-Asoh.

PERMASALAHAN WANITA DALAM


IBADAT HAJI II

3. KEPUTIHAN
Kaedah penyelesaian :
Sempal menggunakan kapas
Menggunakan pantyliner
Menggunakan tuala wanita (pad)

PERMASALAHAN WANITA DALAM


IBADAT HAJI II

4. NIAT IHRAM BERSYARAT


Kaedah penyelesaian :
Sebelum datang haid
Selepas datang haid

Lafaz niat yang dibolehkan :

a) Dalam keadaan tidak berhaid dia berniat


ihram dengan menyertakan syarat
Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram
dengannya, jika aku didatangi haid, maka jadi
halallah aku.

Lafaz niat yang dibolehkan :

b) Dalam keadaan berhaid dia berniat ihram


dengan menyertakan syarat
Jika haid aku berterusan sehingga tarikh
pulang, maka jadi halallah aku.

Lafaz yang tidak dibolehkan :

c) Dalam keadaan tidak berhaid dia berniat


ihram kemudian ketika di datangi haid dia
berkata :
Jika haid aku berterusan sehingga tarikh
pulang maka jadi halallah aku.

BERSAMBUNG...

You might also like