You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN KEBUN

BT 7 ½, JALAN KEBUN, 40460 SHAH ALAM, SELANGOR.

MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)


BILANGAN 1 TAHUN 2014

Tarikh : 23 Januari 2014


Masa : 12.50 Tengah Hari
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Jalan Kebun
Kehadiran:
Bil. Nama Jawatan

1. Pn. Norlaila Bt Alias PK Hal Ehwal Murid (Pengerusi)


2. En. Mohd Sauffi B Musa Ketua Penyelaras PPDa
3. En. Bujang B Abang Penolong Penyelaras PPDa
4. En. Ishak Ridhwan b Che Mad Nawi AJK PPDa
5. En. Muhd Nur Abdillah B Sak Ari Guru Kaunseling

Turut Hadir
Tiada

Tidak Hadir (Bersebab)

Tiada

Urusetia Mesyuarat:

1. Cik Junaidah Arsad Setiausaha Kemahiran Hidup

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada AJK yang hadir ke
mesyuarat Pendidikan Pencegahan Dadah kali pertama.
1.2. Beliau berharap agar semua AJK bekerjasama dalam menjayakan segala program yang
telah dirancang pada tahun ini.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Tiada

3. PERKARA BERBANGKIT:
Tiada

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU / LAPORAN


4.1 Aktiviti Tahunan PPDa Tahun 2014
4.1.1 En Mohd Sauffi B Musa menerangkan aktiviti yang dirancang pada tahun ini.
Antaranya ialah:
a) Minggu PPDa
b) Ceramah dan Pameran PPDa
c) Karnival PPDa
d) Program 5 Minit
4.1.2 Pn Norlaila berharap semua program yang dirancang memberi manfaat kepada
semua murid dan mendapat kerjasama daripada semua guru

Tindakan: AJK PPDa

4.2. Penyediaan Soalan Peperiksaan


4.2.1 Guru-guru yang menggubal soalan diminta membina soalan mengikut kriteria yang
telah ditetapkan dan memudahkan guru untuk menyemak jawapan.

4.2.2 Penggubal soalan harus menepati masa yang ditetapkan ( schedule membina dan
menghantar kertas soalan).

4.2.3 Senarai nama penggubal soalan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan:

i. Tahun 4 – Pn. Hashimah Abu Bakar


ii. Tahun 5 – Pn. Hurul ‘Ain Abd. Ghani
iii. Tahun 6 – Cik Zanariah Ismail

Tindakan: AJK Panitia Sivik


dan Kewarganegaraan
4.3 4.3 Folio Murid
4.3.1 Berikut ialah senarai tajuk folio / kerja murid untuk Semester dua persekolahan.

Tahun 4 : Kenali Malaysia.


Tahun 5 : Kebudayaan
Tahun 6 : Menteri Besar/ Ketua Menteri

4.3.2 Markah untuk folio murid adalah sebanyak 40% . Markah Ujian Bertulis semasa
Peperiksaan Akhir Tahun adalah sebanyak 60%. Kedua-duanya perlu dicampurkan
untuk menjadikan 100%.

4.3.3 Murid-murid hendaklah dibimbing semasa membuat folio tetapi jika terdapat murid-
murid kelas hujung seperti kelas Fitrah, Gigih dan Harmoni yang tidak membuat folio
atau tidak menyiapkan folio seperti yang telah ditetapkan, pemberian markah
sebanyak 40% boleh dirujuk berdasarkan buku latihan murid tersebut.

4.3.4 Bahan-bahan untuk membuat folio boleh diambil dari almari Panitia Sivik dan
Kewarganegaraan. Oleh yang demikian, disarankan agar murid-murid membuat folio
tersebut sewaktu guru mengajar untuk mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan.
Markah untuk folio boleh diambil secara berperingkat.

Tindakan: AJK Panitia Sivik


dan Kewarganegaraan

4.4 Memasukkan Markah Ke Dalam SAPS

4.4.1 Guru-guru disarankan agar memasukkan markah murid ke dalam sistem SAPS
mengikut jadual yang telah ditetapkan dan jangan bertangguh hingga ke hari akhir
kerana biasanya sistem akan tergendala kerana ramai guru yang akan memasukkan
markah murid pada saat akhir.

Tindakan: AJK Panitia Sivik


dan Kewarganegaraan
4.5 Buku Latihan Murid
Semua guru yang mengajar Sivik dan Kewarganegaraan diwajibkan membuat penyemakan
buku latihan/ kerja murid yang telah diberi walaupun tiada pencerapan buku tulis oleh
pentadbir.

Tindakan: AJK Panitia Sivik


dan Kewarganegaraan
5. HAL-HAL LAIN
Tiada.

6. PENUTUP
a. Mesyuarat ditangguh pada pukul 1.45 petang.
b. Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir dan menunggu hingga akhir
mesyuarat.

Setiausaha
Panitia Sivik dan Kewarganegaraan
SK Jalan Kebun
Tarikh : 2hb Oktober 2013

You might also like