You are on page 1of 14

Pengurusan Masa

&
Gaya Pembelajaran
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

PENGURUSAN MASA

Pelajar yang berjaya biasanya mempunyai jadual waktu dan


perancangan yang tersusun dan sistematik.

Jadual waktu ialah pembahagian masa hari ke hari yang


terperinci yang merangkumi:
x  sesi pembelajaran, dan
x  aktiviti-aktiviti lain dalam sehari.

Perancangan ialah pandangan menyeluruh tentang sesi


pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain.

i. Bagaimanakah Menghasilkan Jadual Waktu Persendirian?

x Tentukan tempoh masa yang harus anda peruntukkan


masa untuk mengulang kaji sesuatu mata pelajaran.
x Pilih keutamaan mengikut susah senang sesuatu mata
pelajaran atau topik.
x Berikan tumpuan dan masa yang lebih kepada mata
pelajaran dan topik yang anda rasakan sukar.
x Pastikan masa belajar seboleh-bolehnya dibahagikan
sama rata sepanjang minggu, mengikut kesesuaian.
x Keupayaan minda menerima sesuatu pelajaran adalah
terhad. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya anda
belajar selama 2 jam sehari sepanjang minggu
berbanding dengan belajar selama 10 jam hanya untuk
satu hari dalam seminggu.

51
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

ii. Penggunaan Masa Untuk Aktiviti Lain

Selain belajar, masa juga harus diperuntukkan


untuk:

- berehat
- membuat kerja rumah
- bersukan
- membantu ibu bapa
- melakukan aktiviti-aktiviti yang
diminati atau menghadiri kelas
tambahan.

iii. Apakah Kelebihan Mempunyai Jadual Waktu ?

Jadual waktu persendirian harus


disediakan supaya:

Mengurangkan pembaziran waktu

Lebih memberi fokus kepada pelajaran

Pengurusan masa lebih teratur

Mengambil kira semua mata pelajaran

Memberi keutamaan kepada


mata pelajaran yang sukar

Melatih diri supaya tidak menangguhkan kerja

52
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

GAYA PEMBELAJARAN

i. Mengapakah Perlunya Mengenal Pasti Gaya Pembelajaran?

x Setiap individu mempunyai gaya belajar


tersendiri.

x Apa yang penting bukanlah gaya tersebut


tetapi hasil daripada pembelajaran yang telah
dilakukan.

x Setiap minit yang diperuntukkan akan hanya


bermakna sekiranya murid itu dapat
memahami dan mengingati fakta dan konsep
penting pelajaran berkenaan.

x Sebaliknya seseorang murid itu akan hanya


kerugian masa sekiranya apa yang dipelajari
tidak dapat dihayati sepenuhnya dan mereka
tidak langsung dapat memahami atau
mengingati perkara-perkara penting tentang
pelajaran berkenaan.

x Murid harus mengenal pasti gaya


pembelajaran yang disukai agar murid dapat
memberikan fokus yang lebih terhadap apa
yang dipelajari.

53
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

ii. Apakah Gaya Pembelajaran?

Gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu


mengikut kecenderungan individu. Terdapat pelbagai
teori dan model gaya pembelajaran. Murid perlu
mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut
supaya mereka dapat mengenal pasti gaya pembelajaran
yang sesuai untuk diri mereka.

Pada asasnya dua model gaya pembelajaran yang


dibincangkan di sini:

x Gaya VAK (Visual, Auditouri, Kinestetik )

x Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn

1. GAYA VAK

Gaya VAK mengandungi tiga aspek, iaitu gaya pembelajaran


Visual, Auditori dan Kinestetik

1.1 Gaya Pembelajaran Visual

x Murid belajar lebih baik dengan


melihat sesuatu teks berbentuk
perkataan dalam buku, di papan hitam
atau paparan komputer.

x Mereka lebih mengingati dan


memahami arahan dan penerangan
menerusi pembacaan ayat atau teks
berkenaan.

x Murid “visual” tidak memerlukan


penerangan lisan seperti murid
“auditori” tetapi mereka selalunya
dapat belajar melalui pembacaan.

54
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

x Murid “visual” selalunya menulis nota


syarahan dan arahan lisan jika mereka
hendak mengingati sesuatu.

1.2 Gaya Pembelajaran Auditori

x Murid Auditori belajar dengan


mendengar perkataan yang disebut
dan juga arahan lisan.

x Mereka boleh mengingati penerangan


melalui bacaan kuat atau
menggerakkan bibir ketika membaca
terutama apabila mempelajari sesuatu
yang baru.

x Murid dapat mengukuhkan ingatan


dengan mendengar semula rakaman
pita audio, mengajar murid lain dan
berbincang dengan guru.

1.3 Gaya Pembelajaran Kinestetik

x Murid “kinestetik” belajar dengan baik


melalui pengalaman dan mengambil
bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik
darjah.

x Mereka dapat mengingati sesuatu dengan


baik apabila mencuba terus aktivitimelalui
hands-on.

55
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

2. GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN


Gaya pembelajaran Dunn & Dunn mengandungi beberapa
aspek penting yang diperincikan seperti yang berikut:

STIMULUS UNSUR CIRI

Bunyi Suka belajar tanpa bising atau dengan


bunyi latar belakang seperti muzik.
Alam
Sekitar
Cahaya Suka belajar di tempat yang cerah
atau di tempat yang kurang cahaya.

Suhu Suka belajar di tempat yang nyaman


atau di tempat yang panas.

Pola Suka belajar di tempat formal yang


ada kerusi dan meja atau di tempat
tidak formal seperti berbaring atau
duduk di lantai.

Motivasi Boleh merangsang diri untuk belajar


atau perlu diransang oleh guru.

Ketabahan Boleh belajar dalam masa yang panjang


atau boleh belajar dalam masa yang
pendek.
Emosi
Tanggung Bertanggungjawab untuk belajar atau
jawab perlu bimbingan guru.

Struktur Suka belajar mengikut jadual waktu atau


suka belajar sekiranya diberikan lebih
masa untuk sesuatu mata pelajaran atau
perkara.

56
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

STIMULUS UNSUR CIRI

Sendiri Suka belajar sendiri.

Pasangan Suka belajar secara berpasangan.

Rakan Suka belajar dengan rakan sebaya.


sebaya

Sosiologi
Pasukan Suka belajar dalam kumpulan .

Guru Suka belajar dengan guru di


sebelahnya.

Pelbagai Suka belajar dengan kombinasi


cara beberapa cara di atas.

Persepsi Suka belajar dengan benda atau


pengalaman maujud atau dengan
perkara abstrak.

Makan Suka atau tidak suka makan dan minum


semasa belajar.
Fizikal
Waktu Suka belajar pada waktu yang sesuai
atau pada bila-bila masa sahaja.

Gerakan Suka atau tidak suka bergerak semasa


belajar.

57
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

STIMULUS UNSUR CIRI

Global atau Murid global suka belajar secara


Analitik menyeluruh; murid analitik suka belajar
mengikut urutan dan membuat analisis.

Otak kiri Murid ini lebih cenderung memproses


atau Otak maklumat di otak kiri , suka belajar
kanan sesuatu bahagian demi bahagian,
meminati bahasa dan membuat
pengiraan dan analisis; murid yang
lebih cenderung memproses maklumat
Psikologi di otak sebelah kanan suka belajar
secara keseluruhan, membuat sintesis,
melukis, membuat gerakan dan
mencipta sesuatu.

Impulsif atau Murid yang impulsif bertindak secara


Reflektif spontan manakala murid yang reflektif
berfikir sebelum bertindak.

58
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

3. SOAL SELIDIK GAYA PEMBELAJARAN

Soal selidik yang berikut boleh digunakan sebagai panduan untuk mengenal
pasti gaya pembelajaran yang sesuai bagi seseorang murid.

Nama : ……………………………………………………..

Kelas : ……………………………………………………….

Arahan : Baca setiap pernyataan dibawah dengan teliti. Lengkapkan ruang di


bawah memberikan nilai angka bagi setiap pernyataan yang dirasai
paling tepat menerangkan perasaan anda berhubung dengan setiap
pernyataan itu berdasarkan skala yang berikut:

SS S TP TS STS
Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak
Setuju
5 4 3 2 1

Bil. Item SS S TP TS STS


(5) (4) (3) (2) (1)
1. Apabila guru memberikan arahan, saya
dapat memahaminya dengan baik.

2. Saya gemar belajar dengan cara


melakukan sesuatu di kelas.

3. Saya dapat menyiapkan lebih banyak


tugasan jika saya melakukannya
bersama dengan murid lain.

4. Lebih banyak yang saya pelajari jika saya


belajar dalam kumpulan.

5. Di dalam kelas, saya belajar dengan lebih


baik apabila bekerjasama dengan murid
yang lain.

6. Saya mempelajari sesuatu dengan lebih


baik dengan membaca apa yang ditulis
oleh guru di papan tulis.
7. Saya belajar dengan lebih baik jika
seseorang memberitahu saya bagaimana
melakukan sesuatu.

8. Jika saya melakukan sesuatu di kelas,


saya belajar dengan lebih baik.

59
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

9. Saya lebih mengingati perkara yang saya


dengar dikelas daripada perkara yang
saya baca.

10. Jika saya membaca arahan/panduan,


saya mengingatnya dengan lebih baik.

11. Lebih banyak yang saya pelajari dengan


membuat model bagi sesuatu perkara.

12. Saya lebih memahami sesuatu dengan


membaca arahan/panduan.

13. Saya lebih mengingati sesuatu dengan


belajar bersendirian.

14. Lebih banyak yang saya pelajari dengan


melakukan sesuatu bagi projek kelas.

15. Saya berasa seronok melakukan


eksperimen di kelas.

16. Saya belajar dengan lebih baik dengan


membuat lukisan semasa mempelajari
sesuatu.

17. Saya belajar dengan lebih baik jika guru


menyampaikan penerangan.

18. Jika saya belajar bersendirian saya


belajar dengan lebih baik.
19. Saya lebih memahami sesuatu perkara
apabila saya mengambil bahagian dalam
main peranan.
20. Saya belajar dengan lebih baik jika saya
mendengar sesuatu perkara.

21. Saya genar membuat tugasan bersama


dengan dua atau tiga orang rakan yang
lain.
22. Jika saya membina sesuatu, saya lebih
mengingati sesuatu yang saya pelajari
dengan lebih baik.
23. Saya lebih gemar belajar dengan
seseorang.
24. Saya belajar dengan lebih baik dengan
membaca daripada mendengar sesuatu.
25. Saya seronok membuat sesuatu untuk
projek kelas.

60
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

26. Saya belajar dengan begitu baik di kelas


apabila saya mengambil bahagian dalam
aktiviti yang berkaitan.
27. Di kelas, saya membuat sesuatu dengan
lebih baik apabila saya melakukannya
sendiri.
28. Saya lebih gemar menjalankan sesuatu
projek secara bersendirian.

29. Saya mempelajari sesuatu dengan lebih


baik dengan membaca buku teks
daripada mendengar penerangan guru.
30. Saya suka bekerja bersendirian.
(Diubahsuaikan daripada Joy Reid, 1984)

Lembaran Permarkahan Kendiri


Terdapat lima pernyataan bagi setiap jenis gaya pembelajaran. Pernyatan di
atas dikelompokkan berdasarkan gaya tersebut. Setelah anda melengkapkan
jadual di atas, jumlahkan semua skor bagi setiap kelompok gaya
pembelajaran dan darab dua jumlah tersebut dan catatkan jumlahnya pada
ruang yang betul.

Visual
Pernyataan Skor
6
10
12
24
29
Jumlah
Skor = Jumlah x 2
Kecekatan Tangan
Pernyataan Skor
11
14
16
22
25
Jumlah
Skor = Jumlah x 2
Auditori
Pernyataan Skor
1
7
9
17
20
Jumlah
Skor = Jumlah x 2

61
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

Berkumpulan
Pernyataan Skor
3
4
5
21
23
Jumlah
Skor = Jumlah x 2

Kinestetik
Pernyataan Skor
2
8
16
15
19
Jumlah
Skor = Jumlah x 2

Bersendirian
Pernyataan Skor
13
18
27
28
30
Jumlah
Skor = Jumlah x 2

SKOR

Gaya pembelajaran utama 38-50

Gaya pembelajaran kedua 25-37

Gaya pembelajaran yang tidak penting 0-24

62
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

Penerangan Tentang Gaya Pembelajaran Utama


Gaya Pembelajaran Penerangan
Utama
1. Visual Pelajar belajar dengan lebih baik dengan melihat
perkataan dalam buku dan papan tulis, tidak
memerlukan penerangan lisan yang banyak, dapat
belajar bersendrian dengan membaca buku, dan perlu
mencatat penerangan atau arahan lisan yang
disampaikan sekiranya ingin mengingati sesuatu
maklumat.
2. Auditori Pelajar belajar daripada perkataan yang diujarkan,
dapat mengingat maklumat dengan membaca kuat
atau dengan menggerak-gerakkan bibir ketika
membaca, serta mendapat manfaat daripada
mendengar pita audio, syarahan, dan perbincangan
kelas.
3. Kinestetik Pelajar belajar dengan lebih baik melalui pengalaman,
dan terlibat secara aktif dalam aktiviti, lawatan, dan
main peranan. Kombinasi rangsangan seperti aktiviti
dan pita audio memudahkan pelajar memahami
perkara baru.
4. Kecekatan Pelajar belajar dengan lebih berkesan apabila
Tangan berpeluang membuat latih amal (hands-on) dengan
bahan seperti melakukan eksperimen di makmal,
membina model, dan menyentuh dan menggunakan
bahan. Pergerakan fizikal dalam kelas membantu
pelajar memahami maklumat baru.
5. Berkumpulan Pelajar belajar dengan lebih mudah sekiranya
berteman, dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan
bekerjasama dengan orang lain, mengingati maklumat
apabila bekerja dengan rakan pelajar yang lain, dan
stimulasi daripada rakan membantu anda memahami
perkara baru.
6. Bersendirian Pelajar belajar, berfikir, serta memahami dan
mengingat maklumat baru dengan lebih baik apabila
bekerja atau melakukan sesuatu bersendirian.

Gaya pembelajaran minor menunjukkan bahawa pelajar masih dapat belajar


dengan baik
melalui gaya pembelajaran tersebut, manakala gaya pembelajaran yang
tidak penting bererti pelajar menghadapi kesulitan belajar melalui gaya
tersebut dan harus memberikan tumpuan pada gaya yang lebih membantu
pelajar dalam pembelajaran.

(Diubahsuaikan daripada Instrumen Gaya Pembelajaran, Murdoch Teacher


Center, Wichita, Kansas).

63

You might also like