You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS TERENGGANU
Tel: 09-6696470/ Faks: 09-6696866

___________________________________________________________________________

Tarikh: 24 Julai 2017


Rujukan: IPGKDRI16/02/00201

Kepada;

Pegawai Penguasa,

Pejabat Bomba Daerah Kuala Nerus,

21300 Kuala Terengganu.

Tuan,
PROGRAM SIFAR BAHAYA DENGAN KERJASAMA JABATAN BOMBA DAN
PENYELAMAT

Dengan segala hormatnya,saya merujuk perkara di atas.

2. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Institut Pendidikan Guru Kampus

Dato’ Razali Ismail dan SK Tok Jembal ingin menjemput pihak tuan untuk mengadakan

demonstrasi penggunaan alat pemadam api kepada semua warga sekolah tersebut.

Program tersebut akan diadakan pada ketetapan yang berikut:


Tarikh : 27 September 2017

Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Tempat : Padang SK Tok Jembal

3. Untuk makluman pihak tuan,tujuan utama program ini diadakan untuk memberi
pendedahan kepada seluruh warga sekolah akan tatacara penggunaan alat pemadam
api sekiranya berlaku sebarang kemalangan melibatkan bahan api di sekolah. Oleh
yang demikian, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk hadir bagi menyampaikan
ceramah tersebut pada ketetapan tarikh yang telah dinyatakan di atas.

Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala
kerjasama yang tuan berikan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

________________________

(NURSHARMIMI AMEERA BINTI SANADI)

Setiausaha,

Program Sifar Bahaya,

IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.

You might also like