You are on page 1of 63

SPM

MODUL
PERSEDIAAN
AKHIR
SEJARAH 1249

SPM 2016

oleh : mrshimnoor
GURU SEJARAH
mrshimnoor@yahoo.com 2

CALON-CALON SPM 2016


KERTAS 1249 – SEJARAH

OBJEKTIF
Memudahkan ulangkaji akhir bagi calon-calon peperiksaan SPM 2016
dengan memberi fokus kepada tajuk-tajuk yang dianggap popular dan
berpotensi untuk SPM 2016

KERTAS 1
Memberi fokus kepada konsep-konsep penting , peristiwa-peristiwa utama
dan tokoh-tokoh yang membawa perubahan dalam Sejarah.

KONSEP-KONSEP UTAMA
TINGKATAN EMPAT

1. Konsep Tamadun Ibn Khaldun


Dalam Kitab Al-Muqaddimah, Ibn Khaldun mengemukakan istilah yang
merujuk kepada Tamadun iaitu Umran (tanah yang didiami secara
tetap, berkembang maju) dan Hadharah (perkembangan bandar).
Rujuk Sudut Maklumat, Hal.5 (Ting. 4)

2. Mandat daripada Tuhan


Raja yang memerintah dengan adil dan negara makmur diangga[
mendapat restu daripada Tuhan, tetapi jika berlaku zalim, Tuhan akan
marah. Tandanya negara akan mengalami malapetaka alam,
pemberontakan dan kejatuhan kerajaan.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 21 (Ting. 4)

3. Yin Yang
Alam semesta terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi iaitu
Yang (+) dan Yin (-).
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 33 (Ting. 4)

4. Feng Shui
Falsafah Tao yang merujuk antara manusia dengan alam sekitar iaitu
bagaimana manusia menyesuaikan diri mewujudkan keharmonian
dengan alam sekitar.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 33 (Ting. 4)

5. Negara Kota Tamadun Yunani


Tamadun Yunani membangun dengan perkembangan Negara Kota
yang dilengkapi dengan pusat pentadbiran, pusat ibadah, pusat
perdagangan dan kawasan pertanian. Antara negara kota penting ialah
Athens, Sparta dan Corinth.
Perenggan 2, Hal. 39 (Ting. 4)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 3

6. Jalan Sutera Darat


Satu-satunya jalan yang menghubungkan China dengan India dan Barat
yang dinamakan Jalan Sutera Darat.
Rujuk Tahukah Anda, Hal. 52. (Ting. 4)

7. Peperiksaan Awam China


Mengandungi tiga tahap, iaitu: (1) Hsiu Tai (Ijazah Pertama):
Dilaksanakan di daerah, (2) Chun Jen (Sarjana) : Dilaksanakan di ibu kota
daerah dan (3) Chin Shih (Doktor Falsafah): Dilaksanakan di ibu kota
empayar.
Rujuk perenggan 3, Hal. 55 (Ting. 4)

8. Falsafah Veda
Falsafah yang berteraskan kitab Veda (Yajur Veda, Rig Veda, Sama Veda
dan Attharva veda) yang mengajar tentang kuasa alam seperti api dan
angin terhadap kehidupan manusia.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 57 (Ting. 4)

9. Order Kosmos
Negara dianggap sebagai suatu alam semesta dimana Raja dan ibu
kotanya merupakan pusat alam dan pusat pemerintahan. Raja
bertanggungjawab untuk mengatur kesejehteraan rakyat.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 88 (Ting.4)

10. Agama Hanif


Sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliyyah menganut agama Hanif
iaitu agama tinggalam Nabi Allah Ibrahim a.s. . Namun menjelang 3500
tahun kemudian, pengikutnya kian berkurangan malahan ada yang
mencampuradukkan amalan Jahiliyyah dengan ajaran agama Hanif.
Pengikut agama Hanif antaranya ialah: Waraqah Naufal, Uthman
Huwairith, Abdullah Jahsy, Umaiyyah Abi Salt, Aminah Abdullah dan
Abdullah Abdul Muttalib.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal 101 (Ting. 4)

11. Hijrah
Berasal dari perkataan Arab iaitu berpindah. Perpindahan orang Islam
(kaum muslimin) dari Kota Makkah ke Kota Madinah bagi
memperkukuhkan kedudukan Islam. Dalam konteks lebih luas iaitu
perjuangan menegakkan kebenaran dan meninggal-kan kejahatan.
Rujuk Konsep Hijrah, Hal. 119 (Ting. 4)

12. Khalifah
Memberi makna sebagai pengganti iaitu menggantikan pemerintahan
Nabi Muhammad s.a.w. dan mengikuti apa yang telah dilaksanakan
oleh baginda iaitu melaksanakan tanggung-jawab mentadbir negara
Islam di bawah landasan syari’at.
Rujuk Konsep Khalifah, Hal. 143 (Ting. 4)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 4

13. Revolusi Abbasiyyah


Ditaja oleh Ali Abdullah dan mula bergerak secara terbuka pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz bagi menentang pemerintahan
Kerajaan Umaiyyah dengan menggunakan slogan Ahl al-Bayt dengan
pusat operasinya di Khurasan (Abdu Muslim al-Khurasani), Humaimah
dan Kufah (Abu Salamah Al-Khallal).
Rujuk pembentukan kerajaan Abbasiyyah, perenggan 1, Hal. 156 (Ting. 4)

14. Baitulhikmah
Salah sebuah university terulung dalam Sejarah kerajaan Abbasiyyah
yang telah didirikan pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid (786-809M)
dengan mengendalikan aktiviti penterjemahan secara sistematik
dibawah pengawasan seorang penyelaras.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 156 (Ting. 4)

15. Syiah dan Khawarij


Syiah merupakan golongan yang menyokong Khalifah Ali Abu Talib
manakala golongan Khawarij ialah golongan yang menentang Khalifah
Ali dan Khalifah Muawiyyah Abu Sufyan (bani Umaiyyah). Kedua-dua
golongan muncul selepas Perang Siffin.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 155 (Ting. 4)

16. Semangat Ghazi


Semagat berani mati yang ditanamkan dalam diri penglima dan tentera
Islam kerajaan Turki Uthmaniyyah hingga kerajaan Uthmaniyyah
berjaya meluaskan empayar dan mengukuhkan kuasanya hingga ke
Eropah.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 162 (Ting. 4)

17. Dasar Sosial Islam


Dasar sosial Islam di bawah Turki Uthmaniyyah menggalakkan
kecemerlangan individu, di mana individu yang menunjukkan prestasi
akan diberi ganjaran dan pengiktirafan bukan kerana faktor
keturunannya.
Rujuk perenggan 3, Hal. 163 (Ting. 4)

18. Golongan Mudejar


Penduduk minority Islam dalam kalangan penduduk tempatan yang
kekal tinggal di bawah pemerintahan orang Kristian.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 166 (Ting. 4)

19. Pengislaman Raja-raja


Pengislaman raja-raja bermakna Raja-raja memeluk Islam di bawah
bimbingan mubaligh dari Tanah Arab seperti yang berlaku di Asia
Tenggara apabila Malik Al-Saleh, Raja Samudera Pasai memeluk Islam ,
Phya Tu Nakpa, Raja Pattani yang turut memeluk Islam dan
Parameswara di Melaka. Kesannya rakyat dan pembesar turut

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 5

memeluk Islam dan sistem pentadbiran kerajaan beralih kepada


pentadbiran cara Islam.
Rujuk pengislaman Raja. Hal. 180 (Ting.4)

20. Wali Songo


Merujuk kepada wali Sembilan orang yang pernah menerajui
Kesultanan Demak pada abad ke 15 hingga 16 M dan menyebarkan
syi’ar Islam ke seluruh Pulau Jawa.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 184 (Ting. 4)

21. Kanun Mahkota Alam


Mencatatkan adat dan peraturan tradisi Acheh yang menjadi asas
kepada protocol dan amalan pentadbiran berkaitan tugas dan kuasa
Raja-raja.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 186 (Ting. 4)

22. Bayangan Allah di muka bumi


Warisan amalan kerajaan Bani Abbasiyyah, Saljuk, Mamluk dan Khilji
bagi menunjukkan kemuliaan dan keutamaan Sultan sebagai golongan
pemerintah (umara’) yang perlu ditaati.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 197 (Ting. 4)

23. Daulat dan Daulah


Seseorang Raja atau Sultan itu mempunyai kuasa tertentu yang
menyebabkan rakyat yang menentang akan mendapat tulah (akibat
derhaka kepada Raja) manakala daulah bermakna kerajaan atau
empayar.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 198 (Ting. 4)

24. Pendidikan Nilai-nilai murni


Pendidikan disampaikan secara tidak formal melalui kaedah bercerita
kerana paling berkesan dan digemari oleh kanak-kanak. Cerita juga
dapat memberikan pengajaran seperti cerita Anjing dengan baying-
bayang, Sang Kancil dan sebagainya.
Rujuk Pendidikan, perenggan 2, Hal. 201 (Ting. 4)

25. Bentuk Rumah Melayu


Rumah Melayu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan
bentuknya iaitu Rumah Perabung Panjang, Rumah Tiang 12, Rumah
Perabung 3, Rumah Melaka, Rumah Minangkabau dan Rumah Limas.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 208 (Ting. 4)

26. Mata Wang Emas Kelantan dan Johor


Mata wang emas yang digunakan di Kelantan dikenali sebagai Kijang
kerana terdapat gambar Kijang pada mukanya manakala mata wang
emas Johor digelar Kupang yang mengandungi emas seberat 10grain.
Rujuk Mata Wang, perenggan 3, Hal. 210 (Ting. 4)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 6

27. Renaissance
Zaman Pemulihan Budaya di Eropah iaitu orang Eropah kembali
menghargai ilmu-ilmu Yunani dan Rom yang telah ditinggalkan setelah
gesaan menonjolkan keupayaan berfikir dicetuskan oleh puak Humanis
melalui aliran Humanisme oleh Francesco Petrarch, Giovanni Bocacicio
dan niccolo Machiavelli.
Rujuk Zaman Renaissance, Perenggan 1. Hal. 217 (Ting.4)

28. Gerakan Reformation


Gerakan pemisahan agama Kristian menjadi dua mazhab yang
dimulakan oleh Martin Luther , pensyarah Teologi di Jerman setelah
banyak penyelewengan dilakukan oleh Paderi Katholik seperti
kehidupan bermewah-mewah, penjualan Surat Pengampunan Dosa
dan kekuasaan yang berlebihan membawa kemunculan mazhab baru
iaitu Protestan.
Rujuk Gerakan reformation, Hal. 221. (Ting 4)

29. Enjin Berkuasa Wap Newcomen


Thomas New Comen telah mencipta enjin berkyasa wap digunakan
meluas dalam perlombongan arangbatu kemudian digunakan bagi
memajukan industri perkapalan dan maritime dengan pembinaan Kapal
Wap yang menjadi sebab kemunculan kuasa Imperialis (Penjajah).
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 232 (Ting. 4)

30. Ekonomi Tradisional


Ekonomi yang berteraskan kegiatan sara diri menggunakan tenaga
manusia dan binatang serta kawasan pertanian yang terhad. Kegiatan
dilakukan secara kecil-kecilan seperti bercu-cuk tanam, menternak
binatang dan menangkap ikan. Tidak menghasilkan lebihan produk bagi
tujuan pemasaran.
Rujuk Ekonomi Tradisional, Perenggan 2. Hal. 244 (Ting. 4)

31. Ekonomi Dagangan


Merujuk kepada kegiatan pertanian dan perlombongan yang
melibatkan lebihan pengeluaran untuk tujuan pemasaran. Pengeluaran
dalam skala besar, menggunakan sumber tenaga buruh yang ramai,
modal besar, teknologi tinggi dan pemasaran yang luas.
Eujuk Ekonomi Dagangan, Perenggan 1. Hal 248 (Ting. 4)

32. Kheh Thau


Individu yang bertanggungjawab mengumpulan tenaga kerja dari China
untuk dibawa ke Tanah Melayu melalui pelabuhan di China.
Rujuk Sudut Maklumat. Hal 253 (Ting. 4)

33. Komprador
Pemodal Eropah yang amat rapat dengan kerajaan British.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 257 (Ting. 4)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 7

TINGKATAN LIMA

34. Beban Orang Putih


Slogan yang digunakan oleh kuasa British dan Belanda untuk
menghalalkan langkah mereka melakukan penjajahan di Timur.
Rujuk Perenggan 2, Hal. 7 (Ting. 5)

35. Sistem Birokrasi Barat


Pelaksanaan pentadbiran Barat di tanah jajahan yang memperlihatkan
ciri-ciri berikut: (1) penubuhan kerajaan pusat, (2) perlantikan Gabenor
Jeneral, (3) penubuhan jabatan (biro), (4) Pegawai Barat sebagai ketua
biro dan (pengenalan undang-undang Barat.
Rujuk pengenalan Sistem Birokrasi Barat, perenggan 2. Hal. 8 (Ting. 5)

36. Sistem Encomienda


Pentadbiran tempatan yang dikemukakan Sepanyol di Filipina bagi
menggantikan pentadbiran tradisional dan pengaruh golongan Datu
yang diketuai oleh Encomiendero.
Rujuk Perenggan 1, Hal. 9 (Ting. 5)

37. Golongan Mandarin


Golongan berpengaruh di Vietnam yang dipilih melalui peperiksaan
awam seperti di China dalam bidang bahasa dan kesusasteraan.
Rujuk Perenggan 2. Hal. 11 (Ting. 5)

38. Kerajaan Revolusi


Kerajaan yang ditubuhkan oleh pejuang Kelantan setelah Perang Pasir
Putih dengan Engku Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana
Menteri dan Che’ Ishak sebagai Pegawai Daerah.
Rujuk Perenggan 2. Hal. 41 (Ting. 5)

39. Gerakan Islah


Gerakan yang digerakkan oleh lepasan Mesir di Tanah Melayu untuk
membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap ajaran islam.
Penggerak gerakan ini ialah Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Al-
Hadi dan Dr. Burhanuddin al-Helmy.
Rujuk Gerakan Islah, Perenggan 1. Hal. 49 (Ting. 5)

40. PASPAM
Persatuan Sahabat Pena Malaya yang ditubuhkan untuk mengumpul
golongan penuliss dan sasterawan dipimpin oleh cerdik pandai Pulau
Pinang iaitu S.M Zainal Abidin B.A dengan tujuan berkongsi idea dan
bertukar-tukar pandangan bagi memajukan diri sendiri dan bangsa.
Rujuk Perenggan 2. Hal. 55 (Ting. 5)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 8

41. Melayu Raya atau Indonesia Raya


Pembentukan sebuah negara merdeka yang menggabungkan Tanah
Melayu dengan Sumatera bagi menghidupkan semula empayar Melayu
dicetuskan oleh Abdul Hadi Hassan (Pensyarah Ilmu Sejarah, MPSI)
kemudian direalisasikan oleh Ibrahim Hj Yaakob dengan menubuhkan
KRIS tetapi tidak dapat dijayakan dan gagal.
Rujuk Perenggan 1-2, Hal. 59 (ting. 5)

42. Bangsa Malaysia


Konsep baru yang merujuk kepada masyarakat berbilang kaum yang
berlainan bahasa, budaya, kepercayaanbdan pendapat terhadap
keduniaan . Dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan,
pengamalan budaya kebangsaan dan falsafah Rukun Negara sebagai
asas negara.
Rujuk Perenggan 1. Hal. 67 (Ting. 5)

43. Kerakyatan Malayan Union


Kerakyatan Malayan Union adalah berdasarkan jus soli iaitu sesiapa
sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura, berusia 18 tahun ke
atas dan bermastautin 10 hingga 15 tahun, yang berusia kurang 18
tahun tetapi ibu bapa adalah rakyat Tanah Melayu dan semua rakyat
British di Tanah Jajahan yang memilih menjadi Rakyat Malayan Union.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 96. (Ting. 5)

44. Goloingan Melayu Radikal


Iaitu golongan Melayu yang menolak sistem feudal serta
memperjuangkan kemerdekaan melalui cara kekerasan dan gerakan
radikal (bawah tanah/gerila) terhadap British. Kebanyakannya
merupakan golongan dagang/penghijrah dari Indonesia.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 99 (Ting. 5)

45. Perlembagaan Rakyat 1947


Perlembagaan yang dikemukakan oleh AMCJA (Majlis Tindakan
Bersama Seluruh Malaya) dan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) sebagai
Perlembagaan Republik Melayu Raya. Antara isinya ialah penyatuan
Singapura, penubuhan kerajaan pusat dan Majlis Negeri, kedudukan
istimewa orang Melayu dikembalikan, kerakyatan sama rata, bendera
Merah Putih sebagai bendera rasmi dan rakyatnya dinamakan Melayu.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 106.

46. Rukun Tiga Belas


Kumpulan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British yang
dianggotai oleh anak muda dalam Pergerakan Pemuda Sibu.
Sudut Maklumat. Hal. 111 (Ting. 5)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 9

47. Sistem Ahli


Kabinet terawal Tanah Melayu pada tahun 1951 sebagai persediaan kea
rah kemerdekaan yang memegang beberapa portfolio dan digelar Ahli.
Perlantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan
Majlis Raja-raja. Terdiri daripada 9 Ahli.
Rujuk Ciri-ciri Sistem Ahli, Hal. 117 (Ting. 5)

48.. Pakatan Murni


Pakatan kerjasama antara parti politik Melayu dan Bukan Melayu iaitu
merujuk kepada pakatan UMNO, MCA dan MIC dalam menghadapi
Pilihanraya Negeri dan Pilihanraya Persekutuan 1955.
Rujuk Sistem Ahli, Hal. 119. (Ting.5)

49. Ganyang Malaysia


Kempen yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno, Indonesua bagi
memburuk-burukkan dan menentang penubuhan Malaysia hingga
berjaya mendaratkan Tentera Nasional Indonesia di Johor dan
Sarawak.
Rujuk Sudut Maklumat. Hal. 146 (Ting. 5)

50. Negara Demokrasi


Negara demokrasi mengamalkan dua bentuk pemerintahan iaitu: (1)
Raja Berperlembagaan seperti Malaysia, Brunei dan (2) Republik seperti
Indonesia dan Filipina.
Rujuk perenggan 1. Hal 161 (Ting.5).

51. Keluhuran Perlembagaan


Merupakan prinsip Rukun Negara Ketiga yang bermaksud keagungan
dan ketertinggian undang-undang atau Perlembagaan Malaysia
mengatasi Yang Di Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan
Mahkamah.
Rujuk Keluhuran Perlembagaan, Hal. 163. (Ting 5)

52. Kuasa Pemerintahan Malaysia


Kuasa pemerintahan Negara Malaysia daripada tiga badan iaitu: (1)
Badan Legislatif yang menggubal undang-undang di Parlimen, (2) Badan
Pelaksana (Eksekutif) menguatkuasakan undang-undang iaitu penjawat
awam dan (3) Badan Kehakiman (Judisiari) iaitu yang melaksanakan dan
menjatuhkan hukuman kepada pesalah undang-undang.
Rujuk Hal. 172-175. (Ting. 5)

53. Pilihanraya
Pilihanraya merupakan pelaksanaan demokrasi yang memberi hak
kepada rakyat untuk memilih pemimpin samada di peringkat Dewan
Undangan Negeri ataupun Parlimen. Pilihanraya dikendalikan oleh
sebuah badan iaitu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang bebas dan adil.
Rujuk Pilihanraya, Perenggan 1, Hal. 177 (Ting. 5)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 10

54. Negara Persekutuan


Negara Persekutuan membawa takrifan penyatuan beberapa buah
negeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan dan beberapa
buah kerajaan negeri berdasarkan kuasa yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan Malaysia.
Rujuk Negara Persekutuan, Perenggan 1. Hal. 184. (Ting. 5)

55. Penyata Razak 1956


Telah mengemukakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan
yang dapat menyuburkan semangat perpaduan iaitu: (1) sistem
persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan (2) penyeragaman
kurikulum yang bercorak kebangsaan.
Rujuk perenggan 2. Hal. 213 (Ting. 5)

56. FELDA
Sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk mengeluarkan rakyat
miskin di luar bandar dengan membuka tanah untuk kawasan
petempatan dan ladang tanaman komoditi (getah dan kelapa sawit).
Ditubuhkan pada tahun 1956 oleh Tun Abdul Razak Husin dan menjadi
agensi pembangunan tanah yang amat berjaya. Antara petempatan
Felda terbesar ialah Felda Jengka.
Rujuk Tahap Pertama, Perenggan 4. Hal. 198 (Ting. 5)

57. Agensi Kerajaan


Lembaga Beras dan Padi Negara yang bertujuan menstabilkan harga
padi (LPN); Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang bertujuan
memodenkan industri perikanan negara (LKIM); Pihak Berkuasa
Kemajuan Pekebun Kecil Getah bagi membantu pekebun kecil getah
dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah (RISDA); Lembaga
Pertubuhan Peladang yang bertujuan membantu golongan petani yang
melibatkan diri dalam kegiatan koperasi (LPP) dan PNB yang berjaya
membangunkan industri petroleum dan gas (PETRONAS).
Rujuk Agensi dan Fungsi, Hal. 202. (Ting 55).

58. Pembangunan In-Situ


Strategi meningkatkan produktiviti dan nilai tambah kepada kawasan
pertanian sedia ada yang telah dibangunkan tetapi tidak begitu
produktif.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 206 (Ting. 5)

59 Dasar Kebudayaan Kebangsaan


Lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang
dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun
1971.
Rujuk DKK, Hal. 217 (Ting. 5)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 11

60. Wawasan 2020


Merupakan gagasan Negara untuk menjadi sebuah negara yang maju
menjelang 2020. Idea ini dicetuskan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir
Mohamed pada 28 Februari 1991. Matlamatnya menjadikan Malaysia
sebuah negara industri yang maju menurut acuan sendiri.
Rujuk Wawasan 2020. Hal 219 (Ting. 5)

61. Pakatan Perang Dunia Pertama


Terdapat dua pakatan yang wujud dalam Perang Dunia Pertama iaitu:
(1) Perikatan Kuasa Tengah yang terdiri daripada Jerman, Austria-
Hungary dan Itali serta (2) Pakatan Bertiga yang terdiri daripada Britain,
Peranchis dan Rusia.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 230 (Ting. 230)

62. Blok Dunia


Selepas Perang Kedua, telah muncul dua kuasa besar dunia yang
membentuk dua blok dunia, iaitu: (1) Blok Kapitalis yang ketuai oleh
Amerika Syarikat dan sekutunya dan (2) Blok Komunis yang diketuai
oleh Russia sehingga mencetuskan Perang Dingin.
Rujuk Jadual Blok Dunia, Hal. 234 (Ting. 5)

63. Dasar Apartheid


Dasar membezakan warna kulit yang diamalkan oleh Negara Afrika
Selatan ketika di bawah pemerintahan orang Kulit Putih, Afrika Selatan.
Rujuk Dasar Apartheid, Hal. 239 (Ting. 5)

66. Deklarasi Langkawi


Persetujuan yang ditandatangani oleh Ketua-ketua Kerajaan Komanwel
(CHOGM) pada tahun 1989 di Langkawi berhubung dengan
tanggungjawab dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.
Rujuk Sudut Maklumat. Hal. 244 (Ting. 5)

67. Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)


Ditubuhkan pada tahun 1961 semasa kemuncak Perang Dingin yang
dianggotai oleh negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika
Selatan dengan matlamat untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa
menyokong Blok Barat atau Blok Komunis.
Rujuk NAM. Hal. 249 (Ting. 5)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 12

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
TINGKATAN EMPAT

1. Hasil Inovasi manusia


Melahirkan kemajuan dalam bidang pertanian dari segi penanaman,
penyimpanan makanan, penternakan binatang dan penciptaan alat-alat
pertanian seperti cangkul dan sistem pengairan.
Rujuk Perenggan 1, Hal. 6 (Ting. 4)

2. Punca pembahagian masyarakat yang kompleks


Pertambahan penduduk dan kepelbagaian kegiatan ekonomi telah
mewujudkan sistem sosial dalam masyarakat tamadun awal.
Rujuk Perenggan 2, Hal. 6 (Ting. 4)

3. Pemilihan Lembah Sungai sebagai lokasi Tamadun


Antara sebab Lembah Sungai diplih sebagai lokasi Tamadun ialah:
(1)kesuburan tanah disekitarnya, (2) bekalan air yang berterusan, (3)
bekalan protein dan (4) sebagai jalan pengangkutan dan perhubungan.
Proses Pembentukan Tamadun, Perenggan 1, Hal. 8 (Ting. 4)

4. Sistem Pemerintahan Teokrasi


Raja dianggap wakil tuhan dan pemilik negara kota (Raja Pendeta). Raja
pendeta yang paling berpengaruh ialah Raja Kota Akkad iaitu Naramsin
(Dalam al-Qur’an : Namrud) yang mengaku dirinya Tuhan.
Rujuk Perenggan 3, Hal. 12 (Ting. 4)

5. Kepercayaan Orang Mesir


Orang Mesir percaya akan konsep Politeisme yang mengaitkan Tuhan
dengan unsur alam seperti: (1) Tuhan Matahari (Re), (2) Tuhan Langit
(Ra-Atum) dan (3) Tuhan Angin (Amun). Orang Mesir juga percaya
tentang kehidupan selepas mati sebab itulah mayat dilengkapi dengan
peralatan dan kelengkapan harian.
Rujuk Perenggan 3, Hal. 20 (Ting.4)

6. Perancangan Bandar Tamadun Indus


Bandar-bandar dalam Tamadun ini disusun berasaskan blok segiempat
yang dipisahkan dengan jalanraya dan mempunyai sistem kumbahan
yang teratur. Bandar ini juga dihubungkan dengan sungai sebagai jalan
perhubungan.
Rujuk Ciri-ciri Tamadun Indus, Perenggan 1, Hal. 24 (Ting. 4)

7. Sistem Demokrasi Yunani


Terdapat Dewan Perhimpunan dimana semua lelaki dewasa Athens
menjadi ahli antara enam bulan hingga 1 tahun dan bersidang sebanyak
tiga kali sebulan bagi membincangkan dasar-dasar kerajaan serta
Majlis yang mengendalikan keputusan Dewan.
Rujuk perenggan 3, Hal. 43 (Ting. 4)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 13

8. Kerajaan kecil dan Kerajaan Besar


Antara tahun 600 – 320 S.M terdapat dua bentuk kerajaan di India.
Kerajaan kecil mempunyai ciri-ciri berikut: (1) Bersifat kepuakan dan (2)
Tidak mempunyai Raja manakala kerajaan besar diketuai oleh Raja
seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha.
Rujuk perenggan 4, Hal. 44 (Ting. 4)

9. Perusahaan di India
Perusahaan membuat Sutera merupakan perusahaan terawal Tamadun
India yang berpusat di Bengal dan Benares. Perusahaan berasaskan
barangan emas, mutiara dan batu permata turut berkembang. Cukai
juga dikenakan terhadap hasil perdagangan seperti hasil pertanian dan
hasil buah-buahan. Cukai itu untuk menyara anggota tentera, pentadbir
dan Raja.
Rujuk perenggan ke 7, Hal. 51 (Ting. 4)

10. Hubungan Asia Tenggara dengan China dan India


Hubungan kawasan petempatan awal Asia Tenggara telah wujud
semenjak Zaman Logam terutama hubungan perdagangan. Buktinya
penemuan gendang Gangsa Dongson di Batu Buruk, Besut, Thailand,
Indonesia dan Myanmar.
Rujuk perenggan 2, Hal. 73 (Ting. 4)

11. Pelabuhan Kerajaan Maritim


Pelabuhan kerajaan maritim terbahagi kepada tiga iaitu: (1) Pelabuhan
Kerajaan iaitu petempatan yang menjadi pembekal barangan
berkembang menjadi negeri; (2) Pelabuhan Pembekal iaitu pelabuhan
terawal membekalkan barang dagangan kepada para pedagang dan (3)
Pelabuhan Entrepot iaitu pelabuhan yang menjalankan kegiatan
perdagangan import dan eksport dengan kemudahan pelabuhan yang
lengkap.
Rujuk Tahukah Anda, Hal. 79 (Ting. 4)

12. Turunnya Wahyu Pertama


Selepas enam bulan Nabi Muhammad SallalLahu alayhi wasallam
bertahanuth di Gua Hira’, akhirnya pada 6 Ogos, 610 M (17 Ramadhan)
Allah telah menurunkan wahyu pertama tentang kepentingan
membaca melalui Ayat 1-5, Surah Al-Alaq. Peristiwa ini juga
menandakan berakhirnya Zaman Jahiliyyah.
Rujuk perenggan 3, Hal. 107 (Ting. 4)

13. Penyebaran Islam di Makkah


Penyebaran Islam di Makkah dilakukan secara berperingkat-peringkat
iaitu secara rahsia kepada : (1) Ahli keluarga dan (2) Sahabat yang rapat.
Pada masa ini yang memeluk Islam ialah Khadijah Khuwailid, Ali Abi
Talib, Zaid Harithah dan Abu Bakr al-Siddiq kemudian disebarkan pula

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 14

secara terbuka kepada kaum Quraisy setelah turunnya wahyu ayat 94,
Al-Hijr.
Rujuk hal. 109 (Ting. 4)

14. Golongan Hamba menjadi penganut Islam terawal


Sebab-sebab golongan bawahan tertaik dengan Islam kerana Islam
memberi layanan yang sama kepada semua manusia, kemurnian
ajarannya dan kebijaksanaan Nabi Muhammad. Walau bagaimanapun
terdapat golongan hamba yang telah diseksa kerana menyatakan
keislaman, iaitu Bilal Rabah (dijerut leher), Keluarga Yassir (dijemur
ditengah Padang Pasir sehingga syahid bersama anak dan isterinya
Sumayyah), Amir Fuhairah (diseksa hingga jadi gila) dan Zunainah
(diseksa oleh Abu Lahab hingga buta).
Rujuk Penerimaan terhadap Islam, perenggan 2, Hal. 110 (Ting. 4)

15. Orang Quraisy menentang Islam


Alasan mereka menentang kerana: (1) Islam menyarankan prinsip
persamaan taraf, (2) Islam membawa konsep persaudaraan, (3)
Larangan Islam terhadap amalan Jahiliyyah seperti mencuri dan
menindas, (4) Tidak mahu tunduk di bawah kepimpinan Nabi dan (5)
Menjejaskan kegiatan ekonomi masyarakat Arab Jahiliyyah iaitu
menjual Patung Berhala.
Rujuk Penentangan terhadap Islam, Hal. 111-112 (Ting. 4)

16. Hijrah ke Habsyah


Merupakan hijrah yang pertama kerana mendapat perlindungan
daripada Raja Habsyah iaitu Najjasyi bagi mengurangkan tekanan dan
penindasan kaum Quraisy.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal 113 (Ting 4)

17. Persembunyian di Gua Thur


Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Abu Bakr bersembunyi di Gua Thur
dalam perjalanan ke Madinah. Antara pihak yang membantu hijrah
Nabi, ialah: (1) Abdullah Abu Bakar sebagai pengintip perjalanan
Quraisy, (2) Asma’ Abu Bakr yang menghantar makanan dan (3) Amir
Fuhairah mengembala kambing bagi membekalkan air susu.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 120 (Ting. 4)

18. Sebab dan Tujuan Hijrah ke Madinah


(1) Perintah Allah melalui wahyu dalam surah al-Anfal, (2) Merupakan
satu strategi dakwah Islamiyyah, (3) Jemputan masyarakat Arab
Madinah.
Rujuk Sebab dan Tujuan Hijrah, Hal. 121 (Ting. 4)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 15

19. Kepentingan Hijrah


Peristiwa Hijrah amat penting dalam perkembangan Sejarah Islam
kerana, melalui Hijrah: (1) Dapat mendamaikan suku Arab Madinah
iaitu Aus dan Khazraj, (2) Dakwah Islam dapat dapat dilaksanakan
dengan aman dan tanpa berselindung, (3) Dapat menjalinkan hubungan
persaudaraan antara orang Islam Makkah dan Madinah dan (4) Dapat
menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai
suku, budaya dan agama.
Rujuk kepentingan Hijrah, Hal. 122 (Ting. 4)

20. Pencabulan Perjanjian Hudaibiyyah


Selepas dua tahun, Perjanjian Hudaibiyyah kaum Quraisy telah
mencabuli Perjanjian ini apabila terjadinya peperangan (mengangkat
senjata) antara Kabilah Bani Bakr dan Kabilah Bani Khuza’ah.
Rujuk Sudut Maklumat. Hal. 133 (Ting. 4)

21. Pembukaan Kota Makkah


Ketika memasuki Kota Makkah, Nabi Muhammad s.a.w. telah
mengumumkan: (1) Kata-kata berunsurkan pengampunan kepada
tawanan Quraisy, (2) Jaminan keselamatan kepada sesiapa yang
memasuki rumah Abu Sufyan, (3) Jaminan keselamatan kepada sesiapa
yang berada di rumah sendiri dan (4) Jaminan keselamatan kepada
sesiapa yang memasuki Masjidil Haram.
Rujuk Sudut Maklumat. Hal. 136 (Ting. 4)

22. Isi Khutbah terakhir RasululLah s.a.w.


(1) Penghormatan terhadap darah dan harta, (2) Setiap orang Islam
adalah bersaudara dan (3) Bagi mengelakkan kesesatan hendaklah
berpegang kepada dua perkara iaitu Al-Qur’an dan sunnah RasululLah
Rujuk Sudut Maklumat. Hal. 137 (Ting. 4)

23. Pembaharuan Khalifah Abu Bakr


Sebagai pentadbir kerajaan Islam, khalifah Abu Bakr telah berjaya: (1)
Mengatasi masalah perpecahan yang melanda, (2) Mengambil tindakan
tegas terhadap golongan Al-Riddah dan golongan Murtad dengan
mendapat sokongan padu masyarakat hingga beliau digelar
Penyelamat Umat Islam.
Rujuk perenggan 1 -2, Hal. 145

24. Jasa dan Sumbangan Khalifah Uthman


Beliau telah berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan,
Samarqand, Cyprus dan Tripoli; Mengukuhkan pertahanan negara Islam
dengan membina Angkatan Tentera Laut Islam dan memperkenalkan
Mushaf Uthmani bagi menyelaraskan bacaan Al-Qur’an (Qira’at).
Rujuk Khalifah Uthman, Hal. 147 (Ting. 4)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 16

25. Pusat Penterjemahan di Sepanyol


Penubuhan sekolah-sekolah penterjemahan di Toledo telah memberi
peluang kepada masyarakat tempatan dan rakyat Umaiyyah
mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan daripada terjemahan itu
sekaligus menyemarakkan kegiatan para ilmuwan Andalusia.
Rujuk Perenggan 2, Hal. 153 (Ting. 4)

26. Penubuhan Baitul Mal


Mewujudkan sistem kewangan untuk mengimbangkan pendapatan dan
perbelanjaan negara melalui sumber-sumber: (1) Cukai tanah (Kharaj),
(2) Cukai kepala (Jizyah), (3) Zakat dan (4) Cukai hasil pertanian (Usyur).
Rujuk Perenggan 4 dan 1, Hal. 153-154 (Ting. 4)

27. Sumbangan Dinasti Abbasiyyah


Dinasti Abbasiyyah telah memberi sumbangan dalam pelbagai aspek,
antaranya ialah: (1) Menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat ilmu
pengetahuan dan kegiatan intelektual, (2) Pembinaan institusi
keilmuan unggul iaitu Bait al-Hikmah, (3) Penglibatan golongan ulama
dalam kegiatan penulisan melalui penghasilan karya-karya termasyhur
seperti Kitab al-Muwatta’ oleh Imam Malik dan Fatwa Imam Ahmad.
Rujuk perenggan 1, Hal. 157 (Ting. 4)

28. Faktor Penyebaran Islam ke Eropah


Islam tersebar ke Eropah melalui pelbagai cara, iaitu: (1) Menjadi
jajahan takluk Negara Islam semasa Umaiyyah sepanyol, (2) Penaklukan
Constantinople oleh Muhammad al-Fatih membawa kepada
penyebaran Islam ke Eropah Timur, (3) Semangat Ghazi tentera Islam
Uthmaniyyah hingga mengalahkan banyak negara Eropah, (4) Tahap
keimanan dan ketaatan kepada Allah dalam kalangan tentera Islam
serta (5) Sistem ketenteraan Uthmaniyyah yang tersusun.
Rujuk Faktor Penyebaran Islam, Hal. 162 (Ting. 4)

29. Islam di Balkan


Penduduk Islam di Balkan pada bancian yang dibuat pada tahun 1530
ialah seramai 19% yang terumpu di kawasan Bandaraya Bosnia (45%),
Sofia (66%) dan Edirne (82%).
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 163 (Ting. 4)
30. Pengislaman Raja di Asia Tenggara
Peristiwa pengislaman Raja-raja di Asia Tenggara ada diterangkan
dalam karya tempatan seperti Hikayat Merong Mahawangsa tentang
pengislaman Sultan Kedah oleh Syeikh Abdullah dari Yaman, Hikayat
Acheh yang menerangkan tentang pengislaman Raja Pasai oleh Syed
Abdullah Arif dan Sejarah Kepulauan Sulu yang menerangkan peranan
Sharif Hassan Awlia dalam mengembangkan Islam di Sulu.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 176 (Ting. 4)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 17

31. Adat Istiadat Melayu


Adat istiadat Melayu adalah membabitkan cara berpakaian, bahasa dan
pengucapan serta tingkahlaku yang tertib. Istiadat pertabalan
bertujuan menggambarkan kedaulatan seorang Sultan.
Rujuk perenggan 1. Hal. 198 (Ting. 4)

32. Adat Perpatih


Adat perpatih merupakan adat yang diamalkan di Negeri Sembilan
warisan dari Pagaruyung, Minangkabau yang memihak kepada
keturunan sebelah ibu (Matrilineal) dan hidup dalam kesukuan yang
mempunyai ketua adat (lembaga). Perlantikan ketua adalah dari bawah
(bottom-up) melalui pemilihan buapak, lembaga, undang dan Yang Di
Pertuan Besar. Rujuk Hal. 198-199 (Ting. 4)

33. Undang-undang Negeri di bawah pemerintahan Islam


Kehadiran agama Islam telah memperkembangkan undang-undang
bertulis seperti penggubalan Undang-undang Pahang oleh Sultan
Abdul Ghaffur Muhyituddin (1592-1614), Undang-undang Kedah yang
melibatkan undang-undang pelabuhan dan tentera serta Undang-
undang Perak yang turut dikenali sebagai Undang-undang 99.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 200 (Ting. 4)

34. Jenis-jenis Kesenian


Bidang kesenian merupakan kegiatan menghargai nilai keindahan
(estetika) dalam bentuk seni halus. Seni rupa, seni tampak, seni
persembahan, seni tekstil, seni busana dan seni bina.
Rujuk Kesenian, Perenggan 1. Hal. 205

35. Melaka sebagai pusat perdagangan


Kehadiran pedagang asing di Melaka telah menyebabkan kerajaan
Melaka menyediakan kemudahan agar aktiviti perdagangan berjalan
lancar seperti mewujudkan jawatan Laksamana bagi urusan kelautan
dan jawatan Syahbandar sebagai ketua pelabuhan, manakala Undang-
undang Laut Melaka menjadi landasan yang harus dipatuhi dalam
kegiatan perdagangan.
Rujuk Perdagangan, Perenggan 1. Hal. 209 (Ting. 4)

36. Zaman Gelap di Eropah


Zaman Gelap di Eropah merupakan zaman kemunduran masyarakat
akibat keruntuhan Rom Barat hingga tiada lagi pemerintah pusat,
kemunculan golongan lintah darat yang menindas petani iaitu Baron
(tuan tanah), kegiatan perdagangan yang terhad akibat pemahaman
yang salah tentang bumi dan keganasan orang-orang gasar iaitu Magyar
dan Viking, malahan semua jalan laut dikuasai pedagang Islam. Sebab
yang lain kerana kongkongan oleh pihak Gereja yang sempit dan kolot.
Rujuk Zaman Gelap, Hal. 215-216 (Ting. 4)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 18

37. Aliran Humanisme


Aliran humanism di Eropah muncul hasil kebangkitan kesedaran di
Eropah yang dicetuskan oleh pelajar-pelajar Eropah yang pulang dari
Dunia Islam. Tokoh yang dianggap Bapa Humanisme ialah Francesco
Petrarch yang menyatakan manusia mempunyai potensi kekuatan akal
yang perlu digunakan bagi menyelesaikan masalah dengan cara
meneroka bidang baru, menggunakan kaedah inkuiri dan memenuhi
rasa ingin tahu.
Rujuk Zaman Renaissance, Perenggan 1-2. Hal. 217

38. Kejayaan Gerakan Reformation di Jerman


Kejayaan Gerakan Reformation di Jerman dibantu oleh penciptaan
mesin cetak Johann Guternberg sehingga Bible dapat dihasilkan dalam
masa yang singkat.
Rujuk Perenggan 2, Hal. 221 (Ting. 4)

39. Pelayaran Ke Timur


Pelaut Portugal lebih awal sampai ke Timur berbanding pelaut Sepanyol
disamping mempunyai kepentingan di Amerika Selatan hingga saling
bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan hingga
hampirmencetuskan pertikaian yang dapat diselesaikan dengan
campurtangan Paus melalui Perjanjian Tordesillas. Antara pelaut unggul
pada waktu itu ialah Christopher Columbus yang pertama kali menemui
Benua Amerika dan Ferdinad Magellan yang dapat sampai hingga ke
Filipina tetapi telah terbunuh.
Rujuk perenggan 1-2, Hal. 224 (Ting. 4)

40. Pemilikan Tanah Persendirian


Sebelum berlakunya Revolusi Pertanian (penanaman secara ladang),
terdapat dua sistem pemilikan tanah iaitu tanah persendirian (yang
terletak di kawasan paling strategic dan mempunyai nilai yang tinggi)
dan tanah awam (kawasan yang jauh dan kawasan hutan). Rakyat
diizinkan menggunakan tanah awam untuk mencari rezeki.
Rujuk Pemilikan Tanah Persendirian, Hal. 227 (Ting. 4)

41. Pengkhususan Pengeluaran


Pembelian jentera memerlukan modal yang amat tinggi. Oleh kerana
itu, bagi mengawal kos, para pemodal tidak dapat melibatkan diri dalam
pelbagai bidang. Hal ini telah mendorong golongan pengusaha
mewujudkan kepakaran dan pengkhususan dalam satu-satu
pengeluatan agar lebih kompetetif dan berdaya maju.
Rujuk Pengkhususan Pengeluaran, Perenggan 1, Hal. 231 (Ting. 4)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 19

42. Protes pekerja mahir terhadap penggunaan mesin


Selepas mesin membuat stoking, renda dan pakaian dicipta, ramai
pekerja mahir yang emosi kerana kemahiran mereka sebagai tukang
tenun dan tukang jahit tidak diperlukan sehingga mereka bertindak
merosakkan mesin pembuatan stoking, renda dan pakaian. Antara
kegiatan yang muncul seperti ini ialah Pergerakan Luddite.
Rujuk Perenggan 1, Hal. 236 (Ting. 4)

43. Kedatangan Kuasa Barat Ke Asia


Terdapat beberapa faktor yang mendorong kedatangan kuasa Barat ke
Asia iaitu: (1) Mendapatkan bahan mentah, (2) Penciptaan jalan
keretapi dan kapal Wap, (3) Mencari pasaran barangan di Asia, (4)
Menyebarkan pengaruh agama Kristian dan tamadun Barat melalui
slogan The White man’s burden, mission civilisatrice dan the blessings
of the Anglo Saxon protection.
Rujuk Hal. 238 (Ting. 4)

44. Amalan Sebelum Melombong


Orang Melayu masih percaya kepada perkara-perkara khurafat apabila
sebelum perlombongan dilakukan, upacara menyemah tempat yang
hendak dilombong akan dibuat bagi mengelakkan sebarang mala
petaka.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 246 (Ting. 4)

46. Penghasilan Gambir


Gambir dihasilkan dengan merebus daun gambir, setelah hampir
kering, baki air yang tinggal akan ditapis dan direbus lagi hingga pekat
lalu dituang ke dalam acuan dan dibiarkan kering, kemudian dipotong
kecil untuk dijual.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 247 (Ting. 4)

47. Penguasaan Industri Perlombongan oleh Pemodal Eropah


Pada awal abad ke 20, industri perlombongan bijih timah mula dikuasai
oleh pelombong dari Eropah kerana kemampuan mereka menyediakan
modal bagi menggunakan teknologi Kapal Korek bagi membolehkan
aktiviti perlombongan secara besar-besaran.
Rujuk Perenggan 2, Hal. 251 (Ting. 4).

48. Penubuhan Bank


Penubuhan Bank di Tanah Melayu telah memperkenalkan sistem
kewangan moden yang berorientasikan keuntungan dengan
memperkenalkan kadar faedah yang tinggi. Antara Bank yang
ditubuhkan ialah Mercantile Bank (1859), The Chartered Bank (1875),
Hong Kong and Shanghai Bank (1894), Algemene Bank of Netherlands
(1899), Kwong Yik Bank (1913), Ban Hin Lee (1935) dan bank pertama

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 20

orang Melayu pada tahun 1947 iaitu Malay National Banking


Corporation (tetapi tidak bertahan lama).
Rujuk Perenggan 2, Hal. 257 (Ting. 4)

49. Undang-undang Tanah Zaman British


Secara amnya, British telah membahagikan tanah mengikut kegunaan
dan nilai komersialnya seperti Tanah Ladang, Tanah Peribumi dan
Tanah Perlombongan. Kadar cukai juga mengikut jenis tanah.
Rujuk Perenggan 4. Hal. 259. (ting. 4)

50. Dasar British Terhadap Pekebun Kecil Getah


Oleh kerana penjajah mahu mengekalkan orang Melayu dalam ekonomi
tradisional, Enakmen Tanah Padi 1917 telah digubal yang melarang
penanaman getah di kawasan tanaman Padi, malah premium untuk
tujuan penerokaan tanah bagi penanaman getah dinaikkan malahan
selepas 1930, dilarang sama sekali.
Rujuk Dasar British Terhadap Pekebun Kecil, Hal. 261. (ting. 4)

51. Pembandaran
Perkembangan pesat ekonomi menyebabkan berlakunya proses
pembandaran terutama di kawasan yang kaya dengan sumber
semulajadi seperti Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban.
Rujuk Pembandaran, Hal. 263 (Ting. 4)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 21

TINGKATAN LIMA
52. Union Indochinoise
Sebuah persekutuan yang diperkenalkan oleh Peranchis bagi
mewujudkan pentadbiran pusat yang dianggotai oleh Vietnam,
Kemboja (1887) dan kemudiannya oleh Laos (1904) dengan diketuai
oleh Gabenor Jeneral dan memakai Undang-undang Peranchis.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal 11 (Ting. 5)

53. Karya Kesusasteraan Asia Tenggara


Karya kesusasteraan di Asia Tenggara berperanan menbang-kitkan
nasonalisme dan menyampaikan mesej kesengsaraan serta
kekecewaan terhadap penindasan penjajah seperti cerpen Kerikil-
kerikil Tajam dan puisi Ke Makam Bonda (Chairil Anwar), Putera
Gunung Tahan (Pak Sako), Noli Me Tenggere (Jose Rizal) dan Hilang
Gelap Terbitlah Terang (Raden Adjeng Kartini).
Rujuk Hal. 16 (Ting. 5)

54. Sebab-sebab Orang Melayu Menentang British


Penentangan terhadap British dilakukan kerana : (1) Penjajahan bererti
satu pencabulan lagi pula British menguasai pembesar Melayu,
menguasai hasil dan sumber galian seperti Bijih Timah, memaksakan
Sistem Pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan manakala
pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh.
Rujuk Sebab-sebab Penentangan, Hal. 30 (Ting. 5)

55. Perang Naning Kedua (1832)


Pada tahun 1832, British sekali lagi bersama 1200 orang askar upahan
menyerang Naning. Dato’ Dol Said dan pengikutnya tidak mendapat
sebarang bantuan luar. British berjaya mengalahkan tentera Dol Said.
Beliau menyerah diri dan dibuang daerah ke Melaka.
Rujuk Perenggan 2, Hal. 32 (Ting. 5)

56. Sebab-sebab Yam Tuan Antah menentang British


(1) Brittish menduduki kawasan Sungai Linggi, (2) British menyokong
Dato’ Kelana menduduki Terachi dan Paroi dan (3) British menduduki
Bukit Putus, Jempol dan Terachi.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 39 (Ting. 5)

57. Faktor-faktor pemangkin Nasionalisme


Terdapat 8 faktor yang menjadi penggerak kepada kebangkitan
Nasionalisme di Tanah Melayu iaitu pengenalan dasar British dalam
pelbagai sektor yang bertentangan dengan adat resam tempatan,
pendudukan Jepun menyedarkan rakyat bahawa Barat dapat
dikalahkan, kekejaman komunis selama 14 hari memberikan
pengajaran kepada orang Melayu, peranan wartawan dalam media
cetak terutamanya Akhbar, Gerakan Pan Islamisme yang anti

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 22

penjajahan Barat di dunia Islam, kesedatran politik yang digerakkan


oleh tokoh-tokoh serantau serta pengenalan sistem pendidikan telah
melahirkan golongan intelektual.
Rujuk Faktor-faktor pemangkin Nasionalisme, Hal. 45 (Ting.5)

58. Isu-isu dalam Majalah Guru


Majalah guru membangkitkan tentang isu-isu berkaitan pendidikan
anak-anak Melayu bagi meningkatkan taraf hidup mereka serta
menyeru kea rah perpaduan, semangat cintakan tanahair serta
memajukan kegiatan bahasa dan sastera.
Rujuk Majalah, Hal. 52 (Ting. 5)

59. Gerakan Bawah Tanah Menentang Jepun


Parti Komunis Malaya (PKM) telah menubuhkan MPAJA (Tentera Rakyat
Tanah Melayu Anti Jepun) dan mendapat bantuan British serta latihan
ketenteraan bagi menjalankan perang gerila terhadap Jepun.
Rujuk Perenggan 2, Hal. 58 (Ting. 5)

60. Penyatuan Jerman oleh Bismarck


Bismarck telah menyatukan Jerman dengan cara yang paling jahat
menggunakan pelbagai cara seperti tipu helah, pemalsuan dokumen,
provokasi dan ugutan.
Rujuk teks Hal. 69 (Ting. 5)

61. Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan


British telah mengemukakan beberapa sebab kenapa Malayan Union
perlu segera dilaksanakan menggantikan :Pentadbiran Tentera British
(BMA), iaitu: (1) Bagi membentuk satu bangsa Malayan Union, (2)
Untuk menjimatkan kos pentadbiran negara melalui pentadbiran
ber;pusat dan seragam, (3) Dapat mengaeal kuasa Politik orang Melayu,
(4) Melicinkan pentadbiran melalui pelaksanaan undang-undang dan
sistem birokrasi yang selaras dan (5) Persediaan membentuk kerajaan
sendiri kepada rakyat Tanah Melayu.
Rujuk sebab-sebab pengenalan MU, Hal. 95 (Ting. 5)

62. Tindakan Menentang Malayan Union


Berikut ialah cara dan tindakan yang diambil oleh orang Melayu bagi
menentang Malayan Union: Menyuarakan bantahan melalui surat
khabar, Mengadakan demonstrasi seperti di Kota Bharu dan Alor Setar,
Menghidupkan semula Persatuan-persatuan Melayu, Mengadakan
Kongres hingga membawa kepada penubuhan UMO dan UMNO dan
mengadakan rapat umum.
Rujuk Hal. 100 – 101 (Ting. 5)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 23

63. Peranan Pegawai British dalam Pembentukan PTM, 1948


Pembentukan PTM 1948 mendapat sokongan dari bekas Pegawai
British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank
Swettenham. Cecil Clementi Smith dan juga Pegawai tinggi British
seperti Malcolm Mac Donald dan Edward Gent.
Rujuk Hal. 103 dan 104 (Tingkatan 5)

64. Pembikaan Keahlian UMNO kepada bukan Melayu


Bagi melaksanakan langkah kerjasama antara kaum, Dato’ Onn telah
berucap dalam perhimpunan UMNO sambil menyatakan akan
membuka keahlian kepada bukan Melayu , namun orang Melayu
mengecam hebat tindakannya itu,. Akhirnya Dato’ Onn meninggalkan
UMNO.
Rujuk Perenggan 4, Hal. 120 (Ting. 5)

65. Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur


Pada bulan Februari, 1952 kerjasama antara UMNO-MCA telah
diwujudkan bagi menyertai Pilihanraya melalui usaha Abdul Razak
Yahya (UMNO KL) dan Ong Yoke Lin (MCA Selangor) hingga memenagi
26 kerusi daripada 37 kerusi yang dipertandingkan.
Rujuk 5.2.2, Hal. 121. (Ting. 5)

66. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPk)


Jawatankuasa ini telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1961 bagi
menerangkan kepada orang ramai tentang Gagasan Malaysia serta
mengumpulkan pandangan penduduk bagi menguatkan usaha
pembentukan Malaysia.
Rujuk Perenggan 2, Hal. 149 (Ting. 5)

67. Pindaan Perlembagaan


Pindaan perlembagaan diperlukan untuk melindungi kepen-tingan
rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan
;pentadbiran negara. Perlembagaan perlu dipinda supaya sentiasa
relevan dan sesuai dengan keperluan semasa.
Rujuk Pindaan, Perenggan 1. Hal. 165 (Ting. 5)

68. Pilihanraya Kecil


Pilihanraya Kecil akan diadakan apabila berlakunya kekosongan kerusi
di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
disebabkan kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
Pilihanraya ini mesti diadakan dalam tempoh 60 hari (Semenanjung)
dan 90 hari (Sabah dan Sarawak) dari hari kejadian.
Rujuk Perenggan 1, Hal. 178 (Ting. 5)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 24

69. Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)


Rancangan Malaysia Pertama memberi tumpuan kepada pembentukan
Integrasi Nasional antara rakyat berbilang kaum di Semenanjung, Sabah
dan Sarawak dan merangkan pelan pembangunan dengan fokus kepada
kesejahteraan rakyat. Pembangunannya bersifat bersepadu iaitu
merangkumi semua bidang ekonomi dengan mempelbagaikan
kegiatan dalam sektor pertanian dan perindustrian. Antara badan
kerajaan yang berperanan ialah FELDA, FELCRA dan RIDA yang
kemudian digantikan dengan nama MARA. Selain itu MARDi yang
berfungsi untuk menjalankan penyelidikan pertanian, MIDA dalam
bidang perindustrian turut ditubuhkan.
Rujuk Perenggan 3, Hal, 200 (Ting. 5)

70. Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)


Rancangan pembangunan pertama di bawah Dasar Ekonomi Baru
dengan tumpuan menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara
kaum, kawasan dan wilayah. Antara langkah yang diambil ialah
menyediakan peluang pekerjaan dan menghapuskan identiti kaum
berdasarkan sektor ekonomi.
Rujuk RMK-2, Hal. 201 (Ting. 5)

71. Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980)


Masih meneruskan agenda DEB dengan tujuan membasmi kemiskinan
dan menyusun semula masyarakat. Antara langkah yang terus diambil
untuk membasmi kemiskinan ialah pembukaan tanah secara besar-
besaran bagi pembangunan Tanah Rancangan Felda di seluruh negara
termasuk juga peranan Lembaga Pembangunan Wilayah seperti
KEJORA, DARA, KESEDAR dan KETENGAH.
Rujuk Perenggan 3, Hal. 202 (Ting. 5)

72. MAGERAN
Ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei, 1969. Antara peranannya
mengembalikan keamanan, melaksanakan undang-undang darurat dan
mengembalikan kestabilan politik. Pentadbiran MAGERAN diketuai
oleh Tun Abdul Razak yang berlangsung selama 21 bulan.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 210 (Ting. 5)

73. Punca Perang Dunia Pertama


Punca segera yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ialah
pembunuhan Archduke Franz Ferdinand iaitu Putera Mahkota Austria-
Hungary dan isterinya Duches Sophie oleh seorang pengganas Serbia
ketika membuat lawatan di Sarajevo, Bosnia.
Rujuk perenggan 1, Hal. 231 (Ting. 5)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 25

74. Punca Perang Dunia Kedua


Perang Dunia Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland dari
Barat mnakala USSR menyerang Poland dari arah Timur. Serangan ke
atas Poland ini menyebabkan Britain dan Peranchis mengisytiharkan
perang ke atas Jerman, manakala di Lautan Pasifik serangan Jepun ke
atas Pearl Harbour telah mencetuskan peperangan antara Jepun dan
Amerika.
Rujuk Perenggan 4, Hal. 233 (Ting. 5)

75. Peranan Malaysia Dalam OIC


Malaysia telah memainkan peranan yang amat penting dalam
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) apabila Tunku Abdul Rahman
dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama, menjadi perantara
menyelesaikan konflik Iran dan Iraq, memberi sokongan terhadap
perjuangan rakyat Palestin mewujudkan Negara Palestin merdeka.
Rujuk Hal. 251-252 (Ting. 5)

TOKOH-TOKOH PENTING
TINGKATAN EMPAT

1. Hammurabi (1792-1750 S.M)


Raja Babylon dari keturunan Amorite yang membina banyak negara
kota, menakluki Akkad, membentuk Empayar Mesopotamia dan
menggubal kod Undang-undang pertama yang dinamakan Undang-
undang Hammurabi. Undang-undang ini berjaya mewujudkan
perpaduan rakyat dan mengukuhkan sistem organisasi Mesopotamia.
Sudut Maklumat dan Sumbangan Tamadun, Perenggan 2, Hal. 14 (Ting. 4)

2. Fir’aun Menes (3200 S.M)


Berjaya menyatukan kesemua nome di Mesir sehingga menubuhkan
sebuah kerajaan dengan menjadikan Thinis sebagai pusat pentadbiran
(Selepasnya pusat pentadbiran berpindah ke Memphis dan Thebes).
Rujuk Ciri-ciri Tamadun Mesir Purba, Perenggan 1, Hal. 18 (Ting. 4)

3. Imhotep
Memperkenalkan teknik pembinaan bangunan berbentuk Piramid
menggunakan batu bata. Piramid pertama ialah Piramid Sakkara
tempat bersemadi Firaun Djoser (3150 S.M).
Rujuk Sumbangan Tamadun Mesir Purba, Perenggan 1, Hal. 21 (Ting. 4)

4. Maharaja Shih Huang Ti


Merupakan pengasas Dinasti Chin dan membentuk sebuah empayar
yang luas sehingga ke Sungai Merah, Vietnam dan membentuk sebuah
pentadbiran pusat.
Rujuk Tamadun China, Perenggan 2, Hal. 41 (Ting. 4)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 26

5. Julius Caesar
Pada tahun 62 S.M beliau telah dilantik menjadi praeotor (pemerintah
tentera) kemudian pada tahun 59 S.M menjadi Konsul dalam
pentadbiran Rom. Dalam perang saudara Pompei, beliau mengalahkan
Jeneral Pompei dan mengisytiharkan diri sebagai Diktator Rom . 44 S.M
telah dibunuh oleh pengikut Pompei.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 44 (Ting. 4)

6. Alexander The Great


Menjadi Raja Yunani menggantikan Raja Philip dan berjaya
mengalahkan Parsi hingga membentuk empayar yang kuat. Menjadi
panglima yang paling agung dalam Sejarah. Seluruh kawasan Laut
Mediterranean berada di bawah kekuasaan Empayat Yunani semasa
pemerintahannya meliputi Parsi, Mesir, Turkistan dan Samarqand.
Rujuk Perluasan Kuasa, perenggan 3, Hal. 48 (Ting. 4)

7. Socrates (470-300 S.M)


Bapa falsafah Barat yang memulakan kaedah tanya jawab dan mengkaji
unsur-unsur masyarakat dan kebahagiaan. Walau bagaimanapun
dituduh merosakkan pemikiran masyarakat sehingga dihukum minum
racun oleh Raja.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 56 (Ting. 4)

8. Keutamaan Saidina Uthman


(1) Mempunyai ramai saudara mara di Kota Makkah, (2) Merupakan
sahabat yang paling matang, (3) Merupakan menantu RasululLah s.a.w.
(Mengahwini Saidatina Ummu Kalthum dan Saidatina Ruqayyah) dan
(4) Mempunyai sifat yang lemah lembut dan penuh tolak ansur.
Rujuk Sudut Maklumat. Hal 132 (Ting. 4)

9. Khalifah Abu Bakr al-Siddiq


Khalifah pertama menerajui Negara Islam Madinah selepas kewafatan
Nabi Muhammad s.a.w. Di gelar al-Siddiq kerana sentiasa
membenarkan segala perkataan Nabi, bersifat ikhlas, jujur, setia
kepada RasululLah s.a.w. Nama sebenarnya Abdullah Abu Quhafah.
Rujuk Khalifah Abu Bakr, Perenggan 1, Hal. 144 (Ting. 4)

10. Ibn Al-Nafis


Pakar bedah yang amat masyhur di Damsyik dan telah menghasilkan
buku perubatan bertajuk Al-Shamil fil Sana’ah al-Tabibiyah yang
membincangkan tentang teknik pembedahan dan rawatan selepas
pembedahan. Ibn Al-Nafis juga membetulkjan idea pergerakan darah
dalam ebb turun naik oleh Galen dengan menyatakan bahawa darah itu
sebenarnya mengalir.
Rujuk Hal. 152 (Ting. 4)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 27

11. Hulagu Khan (1217-1265 M)


Pengasas kerajaan di Ilkhan, Iraq iaitu cucu kepada Genghiz Khan.
Hulagu telah meruntuhkan kerajaan Abbasiyyah dengan mengusir
Khalifah al-Musta’sim . Beliau meninggal di Pulau Shah sebagai seorang
muslim.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 156 (Ting. 4)

12. Khalifah Uthmaniyyah yang berjaya


Kejayaan Murad I dan Bayezid I menguasai Balkan, Mehmed II berjaya
menawan kota Constantinople serta mengukuhkan empayar
Uthmaniyyah dan Sulaiman I yang memperkenalkan kod Undang-
undang baru (Sulaiman al-Kanuni).
Rujuk Hal. 159 (Ting. 4)

13. Penulis Ensaiklopedia Sains Islam


Pada zaman kegemilangan pemerintahan Turki, muncul golongan
ilmuwan yang berkaliber iaitu Mehmed al-Fanari, Molla Lutfi dan Katip
Celebi menghasilkan Ensaiklopedia Sains Islam yang menjadi rujukan
penting dunia ilmiah pada zaman silam.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 161 (Ting. 4)

14. Ibn Rushd


Seorang ahli falsafah dan ilmuwan Islam yang unggul. Antara hasil
tulisan beliau yang terkenal ialah: Tahafut al-Tahafut, Mabadi’ al-
Falasifah dan Muwalaqah al-Hikmah wa Shari’a yang banyak
menekankan tentang ilmu mantiq dan mempengaruhi pemikiran di
Eropah.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 167. (Ting. 4)

15. Tuk Ku Pulau Manis


Nama sebenarnya Syaikh Abdul Malik bin Abdullah dan anak murid
ulama’ Acheh Abdul rauf Singkel dan mempunyai hubungan rapat
dengan Sultan Terengganu setelah balik dari Makkah beliau telah
menubuhkan Institusi Pondok di Terengganu yang disebut Pondok
Pulau Manis.
Rujuk Hal. 202-203. (Ting. 4)

16. Francesco Petrarch


Bertanggungjawab mengumpulkan semula ilmu-ilmu Yunani dan Rom
serta kitab-kitab ilmu ilmuwan Islam sehingga mencetuskan idea
tentang keupayaan berfikir dan mengembangkan aliran humanism dan
membangkitkan kesedaran ke arah pemulihan budaya hingga akhirnya
Eropah keluar dari Zaman Gelap kepada Zaman Renaissance
(Kemajuan).
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 217. (Ting. 4)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 28

17. Martin Luther


Pelopor Gerakan Reformation yang bermula di Jerman bagi menentang
penyelewengan Gereja Katolik. Alirannya dinamakan Protestan dan
dikembangkan oleh Zwingli ke Swittzerland . Ajarannya juga dinamakan
Lutheran dan berkem-bang di negara-negara Scandinavia. Penerus
kelangsungan ajarannya ialah John Calvin.
Rujuk Hal. 221-222. (Ting. 4)

TINGKATAN LIMA

18. Pemimpin Gerakan Islah


Merupakan Gerakan pembaharuan dalam Islam yang digerakkan oleh
tokoh-tokoh pelajar yang balik dari Mesir dan mendapat idea daripada
Pan Islami oleh Sheikh Muhammad Abduh. Pemimpin yang
menggerakkan Gerakan Islah ini ialah: (1) Sheikh Tahir Jalaluddin, (2)
Syed Sheikh Al-Hadi dan (3) Dr. Burhanuddin al-Helmy.
Rujuk 2.2.2. Hal. 49 (Ting. 5)

19. Pendeta Za’aba


Seorang tokoh pemikir dan cendekiawan ulung Melayu dan pejuang
bahasa. Antara karyanya yang terkenal ialah Ilmu Mengarang Melayu
dan Pelita Bahasa Melayu. Malahan beliau juga seorang wartawan yang
terkenal pada tahun 1920-an sebelum kemunculan Abdul Rahim Kajai.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 50 (Ting. 5)

20. Mohamad Eunos Abdullah


Merupakan pengasas kepada Kesatuan Melayu Singapura pada tahun
1926 dan bergerak aktif bagi memajukan ekonomi masyarakat Melayu
Singapura. Beliau menjadi wakil KMS dalam Pentadbiran British, Ahli
Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat malah telah berjaya
mendapatkan penempatan khas bagi orang Melayu di kawasan Geylang
Serai.
Rujuk Mohamad Eunos, Hal. 54, (Ting. 5)

21. Ibrahim Hj. Yaakob


Merupakan wartawan akhbar Majlis di Kuala Lumpur yang memimpin
pertubuhan Melayu pertama di Tanah Melayu iaitu Kesatuan Melayu
Muda (KMM). Beliau telah menjalankan kerjasama antara KMM
dengan Jepun untuk menghalau penjajah British,
Rujuk Hal. 56 (Ting. 5)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 29

22 Woodrow Wilson
Perdana Menteri Britain mempengrusikan Perjanjian Damai di
Peranchis menamatkan Perang Dunia I dengan mengemukakan dua
prinsip bagi mengasaskan Negara Bangsa melalui Deklarasi 14 Perkara
Woodrow Wilson, iaitu: (1) penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri
dan (2) sempadan negara berasaskan bangsa.
Rujuk perenggan 1, Hal. 68 (Ting. 5).

23. Nicollo Machiavelli


Menghasilkan buku The Prince yang mengusulkan amalan realpolitik
iaitu mewajarkan apa sahaja cara seperti tipu helah, kekerasan
bersenjata dann peperangan bagi mencapai matlamat politik.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 68 (Ting. 5)

24. Nabi Muhammad Sallallahu alayhi wasallam


Rasul utusan Allah SWT yang telah menyebarkan dakwah Islam di
Makkah dan berhijrah ke Madinah serta memimpin Negara Islam
Madinah serta mengasaskan tamadun yang gilang gemilang
berteraskan aqidah dan ajarah Syari;at untuk memberi rahmat kepada
sekelian alam.
Rujuk Nabi Muhammad sebagai pemimpin, Hal. 71 (Ting. 5)

25. Sultan Abu Bakar


Diberi gelaran Bapa Johor Moden dengan menerapkan birokrasi barat
bagi memodenkan Negeri Johor dengan dibantu oleh pembesar Johor
yang berwibawa.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 80 (Ting. 5)

26. Dato’ Nik Ahmed Kamil


Terlibat sebagai anggota dalam jawatankuasa membentuk Persekutuan
Tanah Melayu 1948 menggantikan Malayan Union dengan mendesak
British melindungi kepentingan orang Melayu dan kuasa Raja-raja
Melayu. Beliau juga terlibat dalam menubuhkan UMNO dan salah
seorang anggota Rombongan Kemerdekaan ke London.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 109

27. Rosli Dhobie


Salah seorang anggota Pergerakan Pemuda Melayu Sibu yang menjadi
anggota Rukun 13 Belas yang menentang penyerahan Sarawak secara
kekerasan. Beliau telah membunuh Duncan Stewart, bakal Gabenor
Sarawak pada 1949 hingga akhirnya ditangkap dan dihukum gantung.
Rujuk Perenggan 3, Hal. 111 (Ting. 5)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 30

28. Dato’ Panglima Bukit Gantang


Menteri Besar Perak yang menjadi Ketua yang mewakili Sultan Melayu
dalam Rombongan Ke London. Beliau juga menjadi Setiausaha Agung
UMNO yang pertama.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 123 (Ting. 5)

29. Datu Mustapha Datu Harun


Tokoh berpengaruh dalam politik di Sabah yang mengasaskan Parti
Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), merupakan Yang Di Pertua Negeri
Sabah yang pertama 1963 dan Ketua Menteri Sabah yang ketiga (1967-
1975).
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 143 (Ting. 5)

30. A.M.Azahari
Pemimpin Parti Rakyat Brunei (PRB) yang menentang penyertaan
Brunei ke dalam Malaysia dengan matlamat bagi membentuk
Persekutuan Borneo Utara (Kalimantan Utara) yang terdiri daripada
Sarawak, Sabah dan Brunei. Beliau telah menentang pembentukan
Malaysia melalui gerakan bersenjata di bawah Tentera Nasional
Kalimantan Utara (TNKU). Beliau mendapat bantuan dan sokongan dari
Filipina dan Indonesia. Pemberontakan Brunei 1962 berjaya
dipatahkan, tetapi AM Azahari tidak berjaya ditangkap kerana berada
di Filipina dan akhirnya mendapat perlindungan di Indonesia.
Rujuk Hal. 145-146 (Ting. 5)

31. Abdul Rahman Talib


Menjadi Menteri Pelajaran Malaysia yang ketiga (1960-1962) dan
Kelima (1964-1965). Beliau mempengerusikan Jawatankuasa Mengkaji
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang melahirkan Penyata Rahman Talib
1961 yang mencadangkan penubuhan Sekolah Kebangsaan dan
Pelajaran percuma kepada semua pelajar Sekolah Rendah. Beliau juga
mencgasaskan penubuhan Sekolah Vokasional bagi mengatasi keciciran
dan memberi tempat kepada murid yang rendah dalam Peperiksaan
SRP.
Rujuk Hal. 213 (Ting. 5)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 31

KERTAS 2 [1249/2]
BAHAGIAN A : SOALAN STRUKTUR
[Pilihan 2016]

TINGKATAN EMPAT

A.1 ZAMAN PRA SEJARAH


1.1 Istilah Arkeologi
1.2 Zaman Pra Sejarah
1.3 Ciri-ciri baru Zaman Neolitik
1.4 Alatan besi Zaman Logam
1.5 KBKK

A.2 SUMBANGAN TAMADUN CHINA


2.1 Corak pemerintahan Shih Huang Ti
2.2 Tujuan penciptaan kolar kuda
2.3 Pembangunan pertanian di China
2.4 Kemajuan perusahaan
2.5 KBKK

A.3 ALIRAN FALSAFAH YUNANI


3.1 Takrifan Falsafah
3.2 Tokoh-tokoh Falsafah
3.3 Ajaran Plato
3.4 Karya dan Falsafah Aristotles
3.5 KBKK

A.4 PENGARUH HINDU – BUDDHA


4.1 Pengaruh Hindu-Buddha dalam politik
4.2 Kepentingan Bahasa Sanskrit
4.3 Maklumat pada Batu Bersurat
4.4 Kepentingan Telaga Batu
4.5 KBKK

A.5 HIJRAH
5.1 Pendapat Orientalis tentang Hijrah
5.2 Hujah menangkis pendapat Orientalis
5.3 Sebab dan Tujuan Hijrah
5.4 Kepentingan Hijrah
5.5 KBKK

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 32

A.6 KHALIFAH UTHMAN DAN KHALIFAH ALI


6.1 Keperibadian Khalifah Uthman
6.2 Keutamaan Khalifah Uthman
6.3 Sumbangan Khalifah Uthman
6.4 Keutamaan Khalifah Ali
6.5 Sumbangan Khalifah Ali

A.7 ZAMAN GELAP DI EROPAH


7.1 Pengertian Zaman Gelap
7.2 Ciri-ciri Zaman Gelap
7.3 Persamaan Feudalisme Eropah dan Tanah
Melayu
7.4 KBKK

A.8 PENYEBARAN ISLAM


8.1 Sasaran dakwah secara rahsia
8.2 Abu Bakar menarik tokoh Quraisy memeluk
Islam
8.3 Tarikan kepada dakwah Islam peringkat awal
8.4 Langkah Nabi melaksanakan perintah Allah

A.9 UNDANG-UNDANG TANAH


9.1 Tujuan British memperkenalkan U.U. Tanah
9.2 Akta perlindungan tanah pribumi Sarawak
9.3 Kesan pengenalan akta tanah
9.4 Pembahagian tanah
9.5 KBKK
TINGKATAN LIMA
A.10 BIROKRASI BARAT DI THAI
10.1 Ciri-ciri Birokrasi yang diperkenalkan
10.2 Gerakan Nasionalisme Tahap I
10.3 Pemimpin Revolusi Thai 1932
10.4 Gerakan Nasionalisme Tahap II
10.5 KBKK
A.11 RUKUN NEGARA
11.1 Penggubalan Rukun Negara
11.2 Latar belakang pembentukan Rukun Negara
11.3 Matlamat Rukun Negara
11.4 Kepercayaan kepada Tuhan
11.5 KBKK

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 33

A.12 PERLEMBAGAAN
12.1 Maksud keluhuran Perlembagaan
12.2 Kepentingan Perlembagaan
12.3 Pindaan Perlembagaan
12.4 KBKK

A.13 NEGARA BANGSA KESULTANAN MELAKA


13.1 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melaka
13.2 Pengertian Kedaulatan
13.3 Alat-alat kebesaran Di Raja
13.4 Asas pembentukan negara bangsa
13.5 KBKK

A.14 BADAN PEMERINTAHAN


14.1 Tiga Badan Pemerintahan
14.2 Keahlian Dewan Negara
14.3 Syarat-syarat menjadi Senator
14.4 Tugas utama Dewan Rakyat
14.5 KBKK

A.15 DASAR-DASAR KERAJAAN


15.1 Matlamat Dasar Persyarikatan Malaysia
15.2 Pengertian Dasar Penswastaan
15.3 Strategi Dasar Hala Tuju Cara Baru
15.4 Agansi kerajaan yang diswastakan
15.5 KBKK

A.16 ASEAN
16.1 Matlamat pembentukan ASEAN
16.2 Kedudukan Papua New Guinea
16.3 Penjelasan Logo ASEAN
16.4 Maksud AFTA
16.5 KBKK

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 34

TINGKATAN EMPAT

A.1 ZAMAN PRA SEJARAH


[Rujuk Buku Teks : Hal 2-3]

Penemuan artifak di tapak cari gali menjadi bukti bahawa telah wujud
petempatan manusia Zaman Pra Sejarah di Tanah Melayu..

1.1 Apakah yang dimaksudkan dengan istilah arkeologi?


Kajian terhadap tinggalan artifak, ekofak dan feature masyarakat
zaman silam secara sistematik melalui kaedah gali cari.
[ 2 markah ]

1.2 Namakan dua zaman pra sejarah yang wujud di Tanah Melayu
Zaman Batu Awal (Paleolitik)
Zaman Batu Akhir {Neolitik}
Zaman Logam
[ 2 markah ]

1.3 Kemukakan ciri-ciri baru Zaman Neolitik.


i. Menyara diri dengan bercucuk tanam
ii. Menjalan usaha menternak binatang
- Penciptaan alatan batu yang dilicinkan
- Pembuatan tembikar dari tanah liat
[ 2 markah ]

1.4 Namakan alatan besi tinggalan Zaman Logam yang ditemui di negara
kita.
Mata lembing bersoket; Kapak; Tulang Mawas; Beliung dan Sabit
[ 2 markah ]
1.5 Berdasarkan tiga zaman pra Sejarah, kenapakah Zaman Logam
dianggap paling maju?
Manusia telah dapat mencipta alatan daripada besi
Manusia telah memulakan kegiatan pelayaran
Kegiatan perdagangan menggunakan Sistem Barter berlaku
[ 2 markah ]

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 35

A.2 SUMBANGAN TAMADUN CHINA


[Rujuk Buku Teks : Hal. 49 dan 52]

Kejayaan Shih Huang Ti menyatukan seluruh kerajaan kecil di China telah


membawa kepada pembentukan empayar.

2.1 Nyatakan dua corak pemerintahan Shih Huang Ti dalam Dinast Chin.
i. Menjalankan pemerintahan secara tegas
ii. Berkuasa mutlak
- Menghapuskan kuasa golongan bangsawan
[ 2 markah ]

2.2 Dinasti China juga memperkenalkan teknik ikatan kolar kuda. Apakah
tujuannya?
Menarik bebanan sehingga 1.5 tan tanpa mencekik leher kuda dan
tidak menganggu kelajuan larian kuda
[ 3 markah ]
2.3 Nyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Empayar China
untuk membangunkan sektor pertanian di negaranya.
i. Penciptaan tenggala untuk membuat batas
ii. Menggunakan kuda untuk menggembur tanah dengan penyisir
tanah
- Penanaman secara bergilir
- Penanaman secara teres
- Sistem pengairan
- Pembinaan terusan bagi kawalan banjir
[ 2 markah ]

2.4 Namakan perusahaan yang berkembang dalam Tamadun China.


i. Perusahaan logam
ii. Perusahaan tembikar
[ 2 markah ]

2.5 “Pertanian adalah satu perniagaan”. Apakah pendapat anda tentang


slogan ini?
i. Pertanian merupakan tulang belakang ekonomi negara
- Sektor pertanian memajukan industri IKS
- Sektor pertanian menyediakan peluang pekerjaan
[ 1 markah]

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 36

A.3 FALSAFAH YUNANI


[Rujuk Buku Teks : Hal. 55-56 ]

Kemunculan ahli falsafah dalam sesebuah tamadun menandakan tradisi ilmu


yang tinggi.

3.1 Apakah yang dimaksudkan dengan kegiatan berfalsafah?


Menggunakan akal untuk berfikir secara berterusan bagi mencari
jawapan yang logik dan rasional terhadap sesuatu persoalan
[ 2 markah ]

3.2 Namakan dua orang tokoh falsafah Yunani yang masyhur


i. Herodotus
ii. Socrates
- Aristotles
- Plato
[ 2 markah ]

3.3 Apakah falsafah Plato tentang masyarakat?

Masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah


oleh ahli falsafah (cerdik pandai/ ilmuwan)
[ 2 markah ]

3.4 Aristotles merupakan seorang ahli falsafah yang paling berkaliber,


Nyatakan idea beliau dan karya yang dihasilkan.

Membaiki dunia ke arah yang lebih baik. Karyanya ialah Politics


[ 2 markah ]

3.5 Bagaimanakah kegiatan berfalsafah dapat mendekatkan diri kita


kepada pencipta?

Manusia akan menemui rahsia kejadian alam, sebab-sebab kejadian


dan kebesaran ciptaan Tuhan.
[ 2 markah ]

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 37

A.4 PENGARUH HINDU-BUDDHA


[ Rujuk Buku Teks : Hal. 85-87; 93 ]
Rajah berikut menunjukkan pengaruh Hindu-Buddha dalam kera-jaan awal
Asia Tenggara.

Pemerintahan
Hindu-Buddha

Kesusasteraan
4.1 Nyatakan tiga ciri-ciri Hindu-Buddha dalam pemerintahan kerajaan
awal Asia Tenggara.
i. Pemerintahan beraja diamalkan
ii. Di bawah raja terdapat kerabat Di raja
- Raja berkuasa mutlak dalam aspek pemerintahan
- Konsep dewa-Raja digunakan dalam pemerintahan
- Istiadat pertabalan bagi mengukuhkan kedaulatan Raja
[ 2 markah ]
4.2 Senaraikan dua kepentingan Bahasa Sanskrit pada zaman
pemerintahan Hindu-Buddha di Asia Tenggara.
i. Bahasa pengantar utama dalam pentadbiran
ii. Rekod-rekod kerajaan di tulis dalam bahasa Sanskrit
- Bahasa keagamaan
[ 2 markah ]
4.3 Apakah catatan yang tertulis pada Batu Bersurat yang ditemui di
Palembang?
Menerangkan tentang cara pemerintahan serta amaran raja kepada
pembesar dan rakyat agar tidak menderhaka
[ 2 markah ]

4.4 Apakah kepentingan Telaga Batu dalam pemerintahan Hindu-


Buddha di Kota Palembang.
Telaga Batu merupakan tempat suci bagi masyarakat Palembang
kerana terdapat perigi tua dan penemuan Patung Buddha.
[ 2 markah ]

4.5 Dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia, tempat suci agama
lain perlu dihormati. Berikan sebabnya.
Memelihara hubungan antara kaum dan mengelakkan berlakunya
sebarang konflik yang boleh mencetuskan kekacauan.
[ 2 markah ]

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 38

A.5 HIJRAH
[ Rujuk Buku Teks : Hal. 119 – 124 ]

5.1 Apakah pandangan oreintalis tentang Hijrah?


Hijrah dianggap sebagai satu pelarian
[ 1 markah ]

5.2. Kemukakan tiga hujah anda untuk menangkis pendapat di atas.


i. Peristiwa hijrah berlaku kerana jemputan Arab Yathrib
ii. Ketibaan umat Islam Makkah disambut penuh meriah
iii. Umat Islam Makkah diberikan tempat tinggal
- Umat Islam Makkah diberikan jaminan keselamatan
- Nabi Muhammad SallalLahu ‘alayhi wasallam dilantik sebagai
pemimpin Negara Islam Madinah
[ 3 markah ]

5.3 Apakah sebab-sebab berlakunya Hijrah?


i. Perintah Allah berdasarkan Wahyu; Surah al-Anfal
ii. Meneruskan dakwah Islamiyyah
- Jemputan masyarakat Arab Madinah
- Membentuk sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu
[ 2 markah ]

5.4 Kemukakan dua kepentingan Hijrah kepada umat Islam.


i. Dakwah Islam dapat dilaksanakan secara aman
ii. Mendamaikan suku Arab Aus dan Khazraj
- Mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin
- Orang Islam Makkah diberi gelaran Muhajirin
- Orang Islam Yathrib di beri gelaran Ansar
- Kota Yathrib diberi nama Madinah al-Munawwarah
- Pembinaan institusi Masjid sebagai markas dakwah
- Permulaan taqwim Hijrah
[ 2 markah ]

5.5 Apakah bentuk hijrah yang dapat kita lakukan masa kini?
Perjuangan untuk menegakkan kebenaran (haq) dan meninggalkan
keburukan atau kebatilan
[ 2 markah ]

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 39

A.6 KHALIFAH UTHMAN DAN KHALIFAH ALI


[ Rujuk Buku Teks : Hal. 132, 147 – 149 ]
6.1 Nyatakan keperibadian unggul Saidina Uthman Affan.
i. Hartawan yang dermawan
ii. Lembah-lembut dari segi tutur kata
- Sentiasa bersikap tolak ansur
- Menunjukkan sikap simpati yang tinggi
[ 2 markah ]

6.2 Dalam perjanjian Hudaibiyah, Saidina Uthman telah dihantar untuk


menemui pemimpin Quraisy di Kota Makkah. Apakah keutamaan
Saidina Uthman?
i. Mempunyai ramai saudara mara di Makkah
ii. Merupakan sahabat RasululLah yang paling matang
- Sifatnya lemah lembut dan suka bertolak ansur
[ 2 markah ]

6.3 Nyatakan sumbang penting pemerintahan Khalifah Uthman.


i. Meluaskan wilayah Islam hingga ke Asia Tengah
ii. Membina Angkatan Tentera Laut yang kuat
- Mengukuhkan pertahanan negara
- Menyeragamkan qira’at al-Qur’an
- Memperkenalkan Mushaf Uthmaniy
- Membina jalanraya dan jambatan
- Menyediakan rumah rehat untuk golongan musafir
[ 2 markah ]

6.4 Apakah keutamaan Saidina Ali Abu Talib?


i. Keturunan Bani Hasyim seperti Nabi Muhammad s.a.w.
ii. Sepupu RasululLah SallalLahu ‘alayhi wasallam
- Seorang pahlawan Islam yang amat berani
- Berpengetahuan luas dalam perundangan Islam
[ 2 markah ]

6.5 Apakah sumbangan penting Khalifah Ali Abu Talib?


i. Menghentikan peperangan kerana pihak lawan mengangkat al-
Quran dan memulakan proses rundingan
ii. Membina markas tentera Islam di perbatasan Parsi dan Syria.
- Meneruskan kutipan jizyah
- Mengikat perjanjian dengan golongan Zimmi
[ 2 markah ]

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 40

A.8 ZAMAN GELAP DI EROPAH


[ Rujuk Buku Teks : Hal. 215 – 216 ]

8.1 Apakah maksud Zaman Gelap?


Zaman kemerosotan ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan
perbandaran masyarakat Eropah.
[ 2 markah ]

8.2 Kemukakan tiga ciri Zaman Gelap di Eropah


i. Tiada pentadbiran pusat selepas keruntuhan Rom Barat
ii. Kegiatan perdagangan terhad kerana ancaman lanun
iii. Gereja Katholik menjadi institusi yang amat berkuasa
- Gereja mengongkong kehidupan masyarakat
- Jalan laut utama dikuasai oleh pedagang Islam
[ 3 markah ]

8.3 Nyatakan persamaan antara sistem feudal di Eropah dengan sistem


feudal di Tanah Melayu.
i. Wujudnya golongan pemerintah dan golongan di perintah
ii. Raja mempunyai kuasa mutlak dan penaung utama negara
iii. Golongan pembesar dinaungi oleh pihak Istana
- Golongan pembesar memberi khidmat kepada Raja
- Raja dan pembesar menjadi tuan tanah
- Pembesar memberi perlindungan kepada rakyat
- Rakyat dikehendaki membayar cukai
[ 3 markah ]
8.4 Nyatakan iktibar yang dapat anda pelajari daripada Zaman Gelap di
Eropah?
i. Warisan ilmu yang ditinggalkan oleh generasi silam hendaklah
dihargai dan dikembangkan
ii. Ilmu amat penting untuk meningkatkan taraf hidup
- Pemerintah hendaklah sentiasa menaungi Rakyat
- Hubungan baik antara pemerintah dan rakyat akan menjamin
kestabilan negara
[ 2 markah ]

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 41

A.9 PENYEBARAN ISLAM DI KOTA MAKKAH


[ Rujuk Buku Teks : Hal. 108 – 109 ]

9.1 Nyatakan kumpulan sasaran dakwah RasululLah SallalLahu ‘alayhi


wasallam ketika peringkat Dakwah secara rahsia.
i. Ahli keluarga sendiri
ii. Sahabat yang rapat
[ 2 markah ]

9.2 Saidina Abu Bakr telah berjaya mengislamkan tokoh-tokoh Quraisy.


Namakan dua orang daripada mereka.
i. Uthman bin Affan
ii. Zubair al-Awwam
- Arqam bin Abi Al-Arqam
[ 2 markah ]

9.3 Apakah faktor-faktor yang menarik minat masyarakat Jahiliyyah


memeluk Islam?
i. Ketinggian akhlak baginda RasululLah s.a.w.
ii. Kejujuran sahabat RasululLah menyebarkan dakwah
iii. Ajaran murni Islam yang sesuai dengan fithrah
- Nabi Muhammad s.a.w. terkenal dengan gelaran Al-Amin
- Wahyu yang diturunkan Allah menjawab permasalahan yang
dihadapi masyarakat
[ 3 markah ]

9.4 Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Nabi setelah menerima


perintah Allah agar menyampaikan ajaran Islam secara terbuka?
i. Bermusyawarah dengan sahabat-sahabat baginda
ii. Mengadakan ceramah (tazkirah) di rumah Ali Abu Talib
iii. Menerangkan tentang Islam di Bukit Safa kepada masyarakat
Quraisy
[ 3 markah ]

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 42

A.10 UNDANG-UNDANG TANAH


[ Rujuk Buku Teks : Hal. 258 – 261 ]

10.1 Apakah tujuan British memperkenalkan Undang-undang Tanah?


i. Pemilikan tanah menjadi tunjang dalam sistem ekonomi
penjajah
ii. Memudahkan kerja-kerja pentadbiran Tanah
- Melancarkan usaha membangunkan ekonomi Tanah Melayu
- Mempunyai rekod bukti pemilikan tanah oleh seseorang
individu
- Tanah dapat dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal
[ 2 markah ]
10.2 Bagaimanakah undang-undang Barat melindungi tanah peribumi di
Sarawak?
Berdasarkan undang-undang Tanah yang digubal, golongan
pendatang hanya boleh memiliki tanah campuran manakala
kepentingan peribumi terhadap tanah simpanan dan pedalaman
dapat dilindungi.
[ 3 markah ]
10.3 Nyatakan dua kesan pengenalan akta berkaitan pemilikan tanah
kepada penduduk.
i. Penduduk mempunyai rekod sah tentang pemilikan tanah
ii. Memudahkan urusan jual beli dan pertukaran hak milik
- Menentukan nilai sesuatu tanah
- Permohonan mengusahakan tanah mestilah dihantar ke Pejabat
Tanah bukan lagi kepada pembesar Melayu
- Segala sumber hutan yang hendak dikutip mestilah dengan
kebenaran Pejabat Tanah
- [ 2 markah ]
10.4 Nyatakan pembahagian tanah yang dibuat oleh penjajah British
i. Tanah Ladang
ii. Tanah Lombong
- Tanah peribumi
- Tanah campuran
- Tanah simpanan
- Tanah pedalaman
[ 2 markah ]
10.5 Kenapakah hak pemilikan tanah peribumi perlu dilindungi?
Mengelakkan tanah tersebut jatuh ke tangan orang asing atau
berpindah milik melalui aktiviti jual beli yang tidak sah

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 43

[ 1 markah ]

TINGKATAN LIMA

A.11 BIROKRASI BARAT DI THAI


[ Rujuk Buku Teks : Hal. 12-13/ 22]

11.1 Nyatakan ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan di Thailand.


i. Melantik 80 orang penasihat Barat
ii. Pegawai Barat sebagai ketua-ketua Jabatan
- Penguatkuasaan peraturan mengikut cara Barat
[ 2 markah ]

11.2 Apakah faktor pemangkin Gerakan Nasionalisme Tahap I di Thailand?


i. Penguasaan politik oleh kerabat Di Raja
ii. Penentangan terhadap Raja berkuasa mutlak
- Pendedahan terhadap amalan demokrasi melalui pendidikan
Barat
- Kelemahan dan sikap boros Raja Vajiravudh
[ 2 markah ]
11.3 Namakan dua pemimpin yang menggerakkan Revolusi Thai 1932 bagi
menamatkan pemerintahan beraja mutlak.
i. Nai Pridi Panomyong
ii. Field Marshall Phibul Songram
[ 2 markah ]

11.4 Apakah punca Gerakan Nasionalisme Tahap II berlaku di Thailand?


Rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh
Kapitalis Barat dan Pengusaha China
[ 2 markah ]

11.5 Mengapakah proses transformasi perlu dalam pentadbiran negara?


i. Mengurangkan kerenah birokrasi
ii. Menyediakan mutu perkhidmatan terbaik kepada pelanggan
- Meningkatkan tahap prestasi dan kecekapan kerja penjawat
awam
- Mengatasi cabaran semasa dan selari dengan perkembangan
teknologi
[ 2 markah ]

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 44

A.12 RUKUN NEGARA


[ Rujuk Buku Teks : Hal. 210 – 212]

12.1 Apakah asas kepada penggubalan Rukun Negara?


i. Peristiwa rusuhan kaum yang telah mengancam ketenteraman,
keamanan dan keselamatan negara
ii. Peristiwa 13 Mei 1969
[ 2 markah ]

12.2 Terangkan langkah-langkah yang diambil untuk membentuk ideologi


negara iaitu Rukun Negara.
i. MAGERAN menubuhkan Majlis Perundingan Negara
ii. MPN menilai isu-isu berkaitan perpaduan
- MPN mengusulkan pembentukan ideology negara
- Mengisytiharkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970
[ 2 markah ]
12.3 Nyatakan dua matlamat pembentukan Rukun Negara.
i. Mengukuhkan perpaduan
ii. Memelihara corak hidup demokratik
- Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang
pelbagai
- Membina masyarakat yang progresif
[ 2 markah ]
12.4 Kenapakah kepercayaan kepada Tuhan menjadi prinsip pertama
Rukun Negara?
i. Negara menolak fahaman atheis (anti Tuhan)
ii. Agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia
- Islam menjadi teras kebudayaan kebangsaan
- Islam menjadi agama rasmi negara
- Agama-agama lain bebas diamalkan
[ 2 markah ]

12.5 Bagaimanakah membuktikan bahawa kita berpegang teguh kepada


Falsafah Rukun Negara?
i. Sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama
ii. Menunjukkan taat setia kepada Raja dan Negara
- Mematuhi undang-undang negara
- Menghormati Jalur Gemilang
- Mengamalkan nilai-nilai murni
- Menunjukkan toleransi dengan rakan pelbagai kaum
[ 2 markah ]

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 45

A.13 PERLEMBAGAAN
[ Rujuk Buku Teks : Hal 162 – 165 ]

13.1 Berikan maksud keluhuran Perlembagaan.


i. Prinsip Rukun Negara yang ketiga
ii. Keagungan dan ketertinggian Perlembagaan
- Mengatasi YDP Agong, Jemaah Menteri, Parlimen dan
Mahkamah
- Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan dianggap tidak sah
[ 2 markah ]
13.2 Senaraikan beberapa kepentingan Perlembagaan.
i. Menjamin kestabilan sesebuah negara
ii. Menentukan rangka dan bentuk pentadbiran
i. Menjamin kecekapan, keadilan, ketelusan dan kelicinan
sesebuah kerajaan
- Menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada
negara
- Menjamin kerjasama dan kesepakatan antara kerajaan
persekutuan dan negeri
- Menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan
bumiputera Sabah serta Sarawak
[ 3 markah ]

13.3 Kemukakan sebab-sebab sesuatu Perlembagaan itu boleh dipinda.


i. Melindungi kepentingan rakyat
ii. Menjaga keselamatan negara
iii. Sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa
- Melarang sebarang perkara sensitive dipersoalkan
- Menjadikan Perlembagaan sebagai undang-undang yang
munasabah
[ 3 markah ]

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 46

13.4 Apakah yang akan terjadi sekiranya rakyat tidak mematuhi


Perlembagaan Negara?
i. Negara akan kucar-kacir
ii. Pentadbiran menjadi lemah
- Boleh mengakibatkan rusuhan kaum
- Pembinaan negara bangsa akan gagal
[ 2 markah ]
A.14 NEGARA BANGSA KESULTANAN MELAKA
[Rujuk Buku Teks : Hal 75 – 77 ]
14.1 Nyatakan ciri-ciri negara bangsa yang terdapat dalam Kesultanan
Melayu Melaka.
i. Melaka mempunyai wilayah pengaruh
ii. Empayar Melaka mempunyai ciri-ciri sempadan
- Sultan memerintah menjadi simbol kedaulatan
- Kesultanan Melaka mempunyai alat kebesaran
- Kesultanan Melaka mempunyai Perlembagaan
[ 2 markah ]

14.2 Apakah yang dimaksudkan dengan kedaulatan?


Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat
sesebuah wilayah dan kekuasaan serta kekuasaan seseorang Sultan
yang memerintah.
[ 2 markah ]
14.3 Namakan alat-alat kebesaran Di Raja Kesultanan Melayu Melaka.
i. Tengkolok Di Raja
ii. Cogan Agama
iii. Gendik Di Raja
- Kalung Di Raja
- Pending Di Raja
[ 3 markah ]
14.4 Apakah asas penting pembentukan sebuah Negara Bangsa?
Keunggulan undang-undang dalam pemerintahan
[ 1 markah ]
14.5 Keagungan Kesultanan Melayu Melaka menggambarkan keagungan
sebuah Tamadun Bangsa Melayu. Apakah iktibar yang dapat diambil
bagi merangsang kemajuan orang Melayu masa kini?
i. Orang Melayu hendaklah bersatu padu
ii. Orang Melayu mestilah taat setia kepada Raja dan Negara
- Menghindari sebarang anasir yang akan memecahbelahkan
orang Melayu
[ 2 markah ]

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 47

A. 15 BADAN PEMERINTAHAN
[ Rujuk Buku Teks : Hal. 172 – 175 ]

15.1 Pemerintahan Negara Malaysia diterajui oleh tiga badan


pemerintahan. Namakan badan tersebut.
i. Badan Perundangan (Legislatif)
ii. Badan Pelaksana (Eksekutif)
iii. Badan Kehakiman (Judisiari)
[ 3 markah ]

15.2 Terangkan secara ringkas keahlian Dewan Negara.


Ahli-ahli Dewan Negara dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong iaitu
terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan
cemerlang dalam perkhidmatan awam, profesional atau bidang
tertentu.
[ 2 markah ]

15.3 Apakah syarat-syarat bagi jawatan Senator?


i. Memegang jawatan bagi tempoh selama tiga tahun
ii. Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
- Senator adalah setaraf dengan Ahli Parlimen
- Boleh dilantik menjadi anggota Jemaah Menteri
[ 2 markah ]
16.4 Apakah tugas utama Dewan Rakyat?
Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan melulus-kan
undang-undang . Undang-undang yang diluluskan dise-but Akta.
[ 1 markah ]
16.5 Sebagai seorang wakil Rakyat di Parlimen, apakah yang akan anda
lakukan?
i. Mengetengahkan isu-isu di kawasan Parlimen
ii. Membahas sesuatu isu dengan mendalam dan bernas
- Memikirkan pembangunan kawasan yang diwakili
- Memenangi hati dan fikiran rakyat
[ 2 markah ]

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 48

A. 17 DASAR-DASAR KERAJAAN
[ Rujuk Buku Teks : Hal. 206 – 209]

17.1 Dasar Persyarikatan Malaysia diperkenalkan pada 25 Februari, 1985.


Apakah matlamatnya?
i. Merangsang penglibatan sektor swasta secara aktif dan
berkesan dalam pembangunan negara
ii. Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat yang dimiliki
bersama oleh kerajaan dan sektor swasta
- Semua pekerja sektor awam dan swasta dianggap sebagai
pemilik saham dan bertanggungjawab memajukan syarikat
[ 2 markah ]
17.2 Nyatakan definisi Dasar Penswastaan.
Dasar Penswastaan merujuk kepada polisi kerajaan untuk
memindahkan perkhidmatan, perusahaan, kepentingan, pelaburan
dan kuasa penentu kepada sektor swasta.
[ 2 markah ]

17.3 Kemukakan dua strategi yang digunakan bagi melaksanakan Dasar


Hala Tuju Cara Baru.
i. Mengelompokkan kampung-kampung menjadi penem-patan
yang lebih besar
ii. Meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa
melalui program Usahawan Desa.
- Pelaksanaan projek pembangunan oleh agensi kerajaan
[ 2 markah ]

17.4 Namakan agensi kerajaan yang telah di swastakan.


i. Pos Malaysia
ii. Tenaga Nasional Berhad
- Telekom Malaysia ™
- KTMB
[ 2 markah ]
17.5 Apakah pencapaian positif yang dapat dilihat bagi sesebuah agensi
kerajaan yang telah diswastakan?
i. Sistem penyampaian yang berkesan
ii. Peningkatan produktiviti
- Perkhidmatan mesra pelanggan
- Peningkatan mutu perkhidmatan
- Perkhidmatan yang cekap dan tepat
[ 2 markah ]

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 49

A.18 ASEAN
[ Rujuk Buku Teks : Hal. 255 – 258 ]

18.1 Nyatakan matlamat penubuhan Pertubuhan Negara-negara Asia


Tenggara (ASEAN).
i. Mengekalkan kestabilan politik Asia Tenggara
ii. Menjalankan kerjasama di bidang ekonomi
- Menjalinkan kerjasama di bidang sosial dan kebudayaan
- Mengadakan hubungan yang erat dengan pertubuhan serantau
atau antarabangsa
[ 2 markah ]

18.2 Apakah kedudukan negara Papua New Guinea dalam pertubuhan


ASEAN?
Telah dilantik sebagai pemerhati kerana terletak bersempadan
dengan Indonesia tetapi bukan dalam Zon Asia Tenggara
[ 2 markah ]

18.3 Jelaskan logo ASEAN seperti yang tertera di atas.


Tangkai Padi
Sepuluh tangkai padi melambangkan sepuluh buah negara di Asia
Tenggara yang diikat oleh semangat persahabatan dan perpaduan
Bulatan
Menggambarkan semangat bersatu padu dalam kalangan negara
ASEAN
[ 2 markah ]

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 50

18.4 Apakah tujuan Zon Perdagangan Bebas ASEAN diwujudkan?


i. Menghapuskan sekatan dagangan dalam kalangan negara
ASEAN
ii. Menggalakkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara
anggota ASEAN
- Mewujudkan satu kawasan pasaran yang lebih luas dan berdaya
saing
- Mengembangkan peningkatan jualan produk negara ASEAN
[ 2 markah ]

18.5 Selama penubuhannya, apakah pencapaian besar ASEAN yang dapat


dilihat dalam pentas g;lobal?
i. Mewujudkan kelompok suara yang berpengaruh di arena
antarabangsa
ii. Memperluaskan skop kerjasama ekonomi dengan negara-
negara Asia Timur : Jepun, China dan Korea
- Mengamalkan konsep bebas dan berkecuali daripada terlibat
dengan konflik antarabangsa melalui ZOPFAN
[ 2 markah ]

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 51

BAHAGIAN B : SOALAN ESEI

TINGKATAN EMPAT dan TINGKATAN LIMA

B.1 HIJRAH
[ Rujuk Buku Teks : Hal. 119 – 124 ]

Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada ketamadunan


mastarakat Arab di Jazirah Arabia dan masyarakat Islam pada masa kini.

1.1 Jelaskan sebab-sebab berlakunya Hijrah


 Strategi Dakwah Islam
o Berjalan lebih aman
o Tanpa gangguan Quraisy
 Perintah Allah
o Menyatakan niat jahat orang Quraisy
 Membentuk sebuah ummah yang bersatu padu
o Menyelesaikan perbalahan Aus dan Khazraj
o Mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin
 Memenuhi jemputan masyarakat Arab Yathrib
[ 6 markah ]

1.2 Huraikan kepentingan peristiwa Hijrah kepada perkembangan


agama Islam.
 Islam dapat disebarkan kepada masyarakat
o Tanpa berselindung
o Tiada sebarang gangguan
 Mewujudkan persaudaraan Islam antara golongan Ansar dan
Muhajirin
o Mewujudkan kekuatan umat Islam
 Mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk Yathrib
o Biarpun berbeza agama dan budaya
 Membina institusi masjid
o Menjadi pusat ibadah
o Menjadi pusat keilmuan
o Menjadi pusat kegiatan masyarakat
 Taqwim hijrah digunakan
o Dirayakan oleh umat Islam seluruh dunia
o Memperingat perjuangan RasululLah menyebarkan
dakwah Islam

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 52

 Menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah


o Bercahaya dengan ajaran Tauhid
 Menunjukkan pengorbanan para sahabat
o Abu Bakr al-Siddiq
o Ali Abu Talib
o Abdul Rahman Awf
[ 10 markah ]

1.3 Bagaimanakah kecemerlangan diri boleh dicapai melalui konsep


Hijrah?
 Mengubah sikap malas
o Rajin dan bertanggungjawab
 Mempunyai wawasan dalam hidup
o Tidak lalai dan leka
o Tidak membuang masa sia-sia
 Menuntut ilmu
o Ilmu adalah bekal diri
o Menuntut ilmu sepanjang hayat
 Menegakkan yang haq
 Peka dengan segala bentuk perubahan
 Sedia menghadapi segala cabaran
[ 4 markah ]

B.2 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957


[ Rujuk Buku Teks : Hal. 127 – 129 ]

2.1 Nyatakan isu-isu penting yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid


untuk menggubal Perlembagaan yang merdeka
 Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat
 Pemberian kuasa autonomi kepada negeri’
 Isu kedudukan Raja-raja Melayu
 Hak istimewa orang Melayu
 Perwujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
 Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan
 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
[ 6 markah ]

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 53

2.2 Jelaskan isi-isi penting perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957


 Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan yang utuh
o Pemisahan kuasa persekutuan dan negeri
 Senarai Persekutuan
 Senarai Negeri
 Raja Berpelembagaan
 Tiga jenis kerakyatan
o Secara kuatkuasa undang-undang
o Melalui permohonan
o Secara naturalisasi
o Penerimaan konsep jus soli
 Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
 Agama Islam sebagai agama rasmi
 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
 Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Negara
 Pentadbiran bercorak Demokrasi Berparlimen
o Peranan Dewan Rakyat dan Dewan Negara
o Terletak di bawah kuasa Parlimen
 Pentadbiran peringkat negeri
o Diketuai Menteri Besar
o Dibantu oleh Dewan Undangan Negeri
 Dibantu oleh Exco
[ 10 markah ]

2.3 Berdasarkan pandangan anda, apakah kelebihan negara Persekutuan


 Mewujudkan pentadbiran pusat yang kukuh
 Pertahan menjadi lebih kukuh
 Perkongsian ekonomi yang sama rata
 Saling membantu dalam meningkatkan ekonomi
 Perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat
 Keseimbangan kaum
[ 4 markah ]
B.3 PERANAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA
[ Rujuk Buku Teks : Hal. 249 – 250 ]

Perhatikan senarai pertubuhan antarabangsa berikut:


 Pergerakan Negara Berkecuali (NAM)
 Negara-negara Selatan

3.1 Terangkan tentang Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 54

 Pergerakan Negara Berkecuali dilancarkan pada bulan


September, 1961
 Dianggotai oleh negara-negara membangun dari kawasan Asia,
Afrika dan Amerika Syarikat
 Terdiri daripada 113 anggota
o 16 negara pemerhati
o 28 negara tetamu jemputan
 Mewujudkan keamanan dunia
o Tidak menyokong Blok Barat
o Tidak menyokong Blok Timur
 Malaysia menjadi anggota pada tahun 1970
 Prinsip perjuangan NAM ialah mengelakkan campurtangan
asing
 Malaysia membawa usul dalam Sidang Kemuncak di New Delhi
o Membela kepentingan negara-negara membangun
o Memperjuangkan isu Palestin
o Mengetengahkan isu Antartika
 Malaysia juga membawa cadangan dalam Sidang Kemuncak
NAM di Harare, Zimbabwe
o Penghapusan Dasar Apartheid
 Dalam Sidang Kemuncak di Belgrade, Yugioslavia
o Dilantik sebagai Naib Presiden Sidang Kemuncak
o Menjadi ahli kumpulan 16
 Membincangkan isu kerjasama politik dalam kalangan
negara anggota
 Pada tahun 2003 menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak NAM
ke 13
o Mencatatkan penyertaan tertinggi
 31 Ketua Negara
 32 Ketua Kerajaan
o Berjaya mendaftarkan dua anggota baru
 Timor Leste
 Pulau Catalina
[ 10 markah ]

3.2 Jelaskan peranan Malaysia dalam pembentukan Suruhanjaya


Selatan-selatan (G 15)
 Malaysia memainkan peranan utama dalam menubuhkan
Suruhanjaya Selatan-selatan
o Dicadangkan oleh Dr. Mahathir

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 55

o Ketika Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe (1987)


 Menubuhkan kumpulan negara G 15
o Sidang Kemuncak G15 yang pertama di Kuala Lumpur pada
tahun 1990
 Mengusulkan kerjasama ekonomi dalam pelbagai bidang dalam
kalangan negara anggota
o Pusat pertukaran data pelaburan perdagangan dan
teknologi Selatan (SITTDEC)
o Sistem keistimewaan perdagangan global (GSTP)
[ 6 markah ]

3.3 Pada pendapat anda, kenapakah negara kita perlu menjalinkan


hubungan baik dengan negara luar?
 Mengekalkan kestabilan politik
 Meningkatkan kerjasama ekonomi
 Meningkatkan kemajuan sains dan teknologi
 Menarik kemasukan pelabur asing
 Membantu mengekalkan keamanan sejagat
 Membina semangat setiakawan
 Membuka peluang pekerjaan
 Meneroka bidang-bidang baru
[ 4 markah ]

B.4 PEMBANDARAN DAN MASYARAKAT MAJMUK


[ Rujuk Buku Teks : Hal. 263 – 264 )

Dasar British di Tanah Mekayu telah memberi implikasi terhadap


perkembangan ekonomi, politik dan sosial Tanah Melayu.

4.1 Apakah faktor yang mempengaruhi kemunculan bandar-bandar baru


di Tanah Melayu pada awal abad ke 20?
 Perkembangan Bijih Timah mewujudkan bandar-bandar baru
o Kawasan Lembah Kelang
 Muncul bandar Kuala Lumpur
o Kawasan Lembah Kinta
 Muncul bandar Ipoh
o Kawasan Sungai Ujong
 Muncul bandar Seremban

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 56

 Perkembangan industri petroleum juga membawa kemunculan


bandar baru
o Muncul bandar Miri
o Muncul bandar Sibu
 Perkembangan sistem pengangkutan
o Kemunculan pekan-pekan di sepanjang jalanraya dan jalan
keretapi
 Perkembangan sistem pertanian komersial
o Pembukaan tanah membawa kepada kemunculan bandar
 Bandar Baru Jengka, Keratong
 Peningkatan pengeluaran bijih timah dan keperluan
pengangkutan bahan mentah
o Kemunculan bandar pelabuhan
 Pelabuhan Klang
 Pelabuhan Pasir Gudang
[ 8 markah ]

4..2 Terangkan ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Malaysia


 Petempatan masyarakat berbeza mengikut kaum
o Kaum Cina di Bandar
o Orang Melayu di kampung
o Orang India di ladang dan estet
 Jenis pekerjaan mengikut kaum
o Pelombong dan peniaga adalah kaum Cina
o Buruh jalan dan estet adalah kaum India
o Petani di kampung adalah Orang Melayu
 Bahasa pertuturan dalam interaksi sosial adalah bahasa ibunda
masing-masing
 Bahasa pertuturan antara kaum ialah Bahasa Melayu
 Perkembangan pendidikan Vernakular
o Sekolah aliran Melayu / Sekolah kebangsaan
o Sekolah aliran Cina
o Sekolah aliran Tamil
[ 6 markah ]
4.3 Masyarakat majmuk merupakan warisan tinggalan penjajah.
Bagaimana mengatasi masalah perkauman menurut pandangan
anda?
 Mengelakkan daripada membangkitkan isu-isu sensitif
o Isu agama
o Isu budaya

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 57

 Menghormati setiap orang tanpa mengira kaum


o Berkawan dengan rakan-rakan dari kaum lain
 Sentiasa peka dengan budaya dan resam kaum lain
 Bersikap terbuka dengan unsur budaya kaum lain
o Mengambil tahu perayaan kaum lain
 Menganggap dan melihat setiap rakyat sebagai satu bangsa iaitu
Bangsa Malaysia
o Menjayakan kempen 1 Malaysia
o Sedia berintegrasi dengan kaum lain
[ 6 markah ]
B. 5 KEMERDEKAAN NEGARA

5.1 Huraikan syarat-syarat Perjanjian London yang ditandatangani


pada 8 Dis 1956.
[ 8 markah ]

5.2 Jelaskan tumpuan yang diberikan oleh Suruhanjaya Reid


dalam merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
[ 6 makah ]

5.3 Bincangkan langkah-langkah yang boleh anda ambil dalam


memastikan keluhuran perlembagaan negara kita.
[ 6 markah]

B. 6 PEMBENTUKAN MALAYSIA
[ Rujuk Buku Teks: Hal. 149 – 152 ]

6.1 Terangkan langkah-langkah Pembentukan Malaysia.


 Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak, Sabah
dan Brunei
o Menerangkan konsep Persekutuan Malaysia
o Menerangkan tujuan dan matlamat pembentukan
Malaysia
 Menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum
(JPPK)
o Menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold
 Menerangkan kepada rakyat tentang konsep Negara Malaysia
o Mengumpulkan pandangan penduduk
o Menggalakkan usaha pembentukan Malaysia
o Mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 58

 British membentuk Suruhanjaya Cobbold


o Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak
o Membuat penilaian dan memberi cadangan kepada British
pada Jun 1962
 1/3 menyokong penyertaan ke dalam Malaysia tanpa
syarat
 1/3 menyokong dengan syarat kepentingan Sabah dan
Sarawak dilindungi
 1/3 mahu merdeka terlebih dahulu sebelum
menyertai Malaysia
 Jawatankuasa Antara Kerajaan ditubuhkan (JAK)
o Melawat Sabah dan Sarawak menerangkan penubuhan
Malaysia
o Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah
dan Sarawak
 Negara Jiran melancarkan penentangan
 Setiausaha Agung PBB membentuk perwakilan Malaysia
o Menghantar wakilnya ke Sabah dan Sarawak
o Meninjau kembali pendapat penduduk Sabah dan Sarawak
o Majoriti rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju
[ 10 markah ]
6.2 Jelaskan intipati Perjanjian Malaysia 1963
 Semua urusan hal ehwal luar diletakkan di bawah
tanggungjawab kerajaan Persekutuan
 Agama Islam menjadi agama persekutuan kecuali bagi Sabah
dan Sarawak
 Agama lain bebas diamalkan
 Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan
 Bahasa rasmi di Sarawak dan Sabah sehingga 10 tahun selepas
hari Malaysia
 Sabah dan Sarawak diberi kuasa mengawal hal ehwal imigresen
dan perkhidmatan
 Rakyat bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang
sama dengan orang Melayu
 Perwakilan di Parlimen
o Sarawak mendapatr peruntukan 24 kerusi
o Sabah mendapat peruntukan 16 kerusi
o Singapura pula mendapat 15 kerusi
[ 6 markah ]

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 59

6.3 Sebagai generasi merdeka, bagaimanakah anda dapat mengekalkan


keamanan di Malaysia?
 Saling menghormati antara satu sama lain
 Mematuhi undang-undang negara
 Taat dan setia kepada tanahair dan pemimpin
 Menghayati prinsip Rukun Negara
 Bekerjasama dan tolong menolong
 Menghormati hak asasi manusia
 Menghindari segala gejala negatif
 Sanggup berkorban untuk bangsa dan negara
 Memberi sumbangan idea dan pemikiran untuk
membangunkan negara
[ 4 markah ]

B.7 PERTEMBUNGAN TAMADUN


[ Rujuk Buku Teks: Hal. 164 - 169 ]
7.1 Nyatakan cara-cara pertembungan Tamadun Islam dengan tamadun-
tamadun lain dunia berlaku
 Pertembungan berlaku melalui kegiatan perdagangan
o Petempatan orang Islam di Canton
o Perdagangan jarak jauh
o Penguasaan Islam terhadap jalan laut
 Teluk Parsi
 Laut Merah
 Timur Mediterranean
 Hubungan diplomatik membolehkan pertembungan berlaku.
o Mendapatkan pengetahuan tentang cara hidup dan cara
berfikir
o Menghantar kumpulan peneroka ke utara Selat Gibraltar
 Bertemu dengan petempatan bukan Islam
 Penduduk Valencia dan Rhonda
 Tamadun Islam juga bertembung dengan tamadun lain melalui
kegiatan penaklukan
o Ekspedisi ketenteraan ke kawasan Mesir – Afrika Utara
 Bertembung dengan Tamadun Rom-Byzantine
o Ekspedisi ketenteraan ke kawasan Iran – Iraq
 Bertembung dengan Tamadun Parsi
 Asimilasi kebudayaan dengan bukan Islam berlaku

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 60

o Kemasukan Islam ke Sepanyol membawa kemunculan


budaya baru
 Lahir golongan Mozarab
 Kegiatan intelektual yang berkembang membawa kepada
perkongsian idea dan pemikiran
[ 8 markah ]

7.2 Apakah kesan yang berlaku akibat pertembungan Tamadun Islam


dengan Tamadun lain?
 Mengubah sistem kehidupan kawasan jajahan takluk
 Melahirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat dunia
Islam
 Orang Islam menguasai ekonomi terutama dari segi
perdagangan
 Istanbul menjadi jambatan antara timur dan barat
 Perkembangan Islam mempengaruhi proses urbanisasi
 Perkembangan Islam mempengaruhi organisasi Sosial
 Islam mempengaruhi perkembangan pendidikan
o Membangunkan kurikulum
 Bidang Agama
 Bidang Sains
 Bidang Matematik
 Bidang Teknologi
 Mempengaruhi tatatertib kehidupan masyarakat
o Cara berpakaian
 Menutup aurat
o Cara berfikir
o Cara bertutur
o Cara berdagang
 Goloingan yang memainkan peranan penting dalam proses ini
ialah golongan Mudejar
 Cendekiawan Islam dan bukan Islam bertukar-tukar pendapat
o Melaksanakan kerja-kerja penterjemahan
o Menghasilkan karya dalam pelbagai disiplin ilmu
 Kesenian Islam telah mempengaruhi perkembangan senu bina
 Keilmuan Islam mempengaruhi kehidupan masyarakat Eropah
o Zakaria Al-Razi melalui kitabnya Al-Hawi
o Al-Zahrawi dalam kajian farmasi
o Al-Khawarizmi dalam bidang matematik
[ 8 markah ]

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 61

7.3 Berikan beberapa sebab kejayaan sarjana dan ilmuwan Islam silam
dalam mempengaruhi ketamadunan dunia.
 Mencintai dunia keilmuan
 Komited dengan tugas belajar
 Sentiasa mencari dan meneroka bidang-bidang baru
 Sentiasa membuat penyelidikan dan penemuan baru
 Sentiasa mengadakan pertemuan dalam kalangan para
cendekiawan Islam dan bukan Islam
 Berjaya membuat pelbagai penemuan ilmu
[ 4 markah ]

B.8 KUMPULAN MELAYU RADIKAL


[ Rujuk Buku Teks: Hal. 56 - 59 ]

8.1 Terangkan status dan kedudikan Kesatuan Melayu Muda dalam


arena politik tanah air.
 Pada peringkat awal merupakan sebuah pertubuhan separa
politik
 Pemimpinnya ialah Ibrahim Hj Yaakob
o Beliau merupakan wartawan Akhbar Majlis
o Nama KMM adalah ilham daripada Sultan Djenain
 Menggalakkan perpaduan dalam kalangan pemuda Melayu di
seluruh Semenanjung
 Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu
 Didaftarkan sebagai parti politik pada tahun 1940
 Ketika pendudukan Jepun menjalinkan kerjasama bagi
menentang penjajah British
o Menjadikan KMM badan propaganda Jepun
o Membeli Warta Malaya dan menjadikannya media
menentang British
 Mengadakan road tour mendapatkan sokongan rakyat
 Maahad Al-Ehya El-Sharif menjadi penyokong KMM yang
menyediakan kader-kader untuk menjadi pelapis
o Dikenali sebagai tentera Semut
[ 8 markah ]

8.2 Jelaskan konsep Melayu Raya yang dikemukakan oleh Ibrahim Hj


Yaakob melalui Kesatuan Melayu Muda
 Menjelang akhir pendudukan Jepun usaha mendapatkan
kemerdekaan Indonesia dijalankan

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 62

 Ibrahim Yaakon telah meminta Jepun memberikan


kemerdekaan Tanah Melayu dengan Indonesia
 Beliau mencadangkan gagasan Melayu Raya
o Mengembalikan keagungan empayar Melayu
o Menggabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera
 Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung telah ditubuhkan
untuk mengambil tindakan bagi merealisasikan penubuhannya
 Idea negara besar Melayu ini dicetuskan di Maktab Perguruan
Sultan Idris, Tanjung Malim.
 Oleh kerana kekalahan Jepun yang mendadak, KRIS tidak
sempat melaksanakan tugas bagi membentuk Melayu Raya
 British telah kembali menguasai Tanah Melayu menjelang
September, 1945.
[ 6 markah ]

8.3 Setiap pemimpin mempunyai idea dan gagasan mereka. Sepanjang


lima orang Perdana Menteri menerajui pentadbiran negara, apakah
gagasan yang pernah dikemukakan?
 Tunku Abdul Rahman
o Penubuhan Malaysia
 Tun Abdul Razak
o Pendidikan sebagai wadah perpaduan
o Pembentukan kurikulum kebangsaan
o Penubuhan Tanah Rancangan Felda
 Tun Husain Onn
o Penubuhan Rukun Tetangga
 Tun Dr. Mahathir Mohamed
o Dasar Pandang Ke Timur
o Kepimpinan Melalui Teladan
o Wawasan 2020
 Tun Abdullah Ahmad Badawi
o Islam Hadhari
[ 6 markah ]
Sekian Terima Kasih

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016
mrshimnoor@yahoo.com 63

TIPS UNTUK CALON SPM 2016


CARA CEPAT MENGINGAT FAKTA
1. Bacaan Bestari
Menggunakan teknik PQ4R (Thomas & Robinson, 1983) iaitu :
P : Preview
Baca keseluruhan idea yang dikemukakan untuk
menentukan sub tajuk yang perlu dikuasai. Contohnya bagi
tajuk Malayan Union sub tajuk yang perlu dikuasai ialah :
(1) Sebab-sebab pengenalan Malayan Union, (2)
Penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union, dan
(3) Tindakan yang diambil oleh orang Melayu menentang
Malayan Union.
Q : Question
Setelah itu, pelajar boleh bentuk soalan-soalan yang
berkaitan bagi memahami secara menyeluruh setiap sub
tajuk samada berbentuk objektif, struktur mahupun esei.
R : Read
Kemudian pelajar bolehlah membaca bagi menentukan
fakta (F), Huraian (H) dan Contoh (C). Yang paling penting
pelajar mengetahui dan mengenalpasti fakta-fakta bagi
setiap sub tajuk.
R : Reflect
Cuba imaginasi setiap sub tajuk dari segi peristiwa dan
proses yang berlaku bagi memahami dan mengukuhkan
maklumat..
R : Recite
Cerakinkan setiap fakta yang dikenalpasti dalam bentuk
visual, rajah, jadual, kad tema atau apa sahaja yang boleh
memudahkan maklumat difahami
R : Review
Tinjau kembali semua persediaan yang telah dibuat,
kemudian rujuk fakta yang dibincangkan dengan
menggunakan pemikiran bagi mencari maklumat yang
relevan dengan isu semasa sebagai jawapan KBKK
2. Adakan sesi perbincangan dengan rakan-rakan samada secara dual
atau kumpulan.
3. Pelajar yang menguasai fakta mengajar rakan lain (teach other)
4. Buat latihan dan soalan-soalan fokus berulang kali (practice by doing)
SEMOGA USAHA ANDA DIBERKATI DAN DIRESTUI
0164020888/0192345635 cgushim

MODUL PERSEDIAAN AKHIR MATA PELAJARAN SEJARAH


1249 KERTAS I DAN II, 2016

You might also like