You are on page 1of 7

Hakisan tanah yang berlaku di Malaysia berpunca kurangnya kawalan dan pematuhan dalam

pembukaan kawasan-kawasan baharu sehingga mendatangkan pelbagai kemusnahan. Huraikan.

Hakisan Tanah: Tindakan Air Mengalir, Kesan Terhadap Alam Sekitar Dan Ekonomi

July 12, 2016 4:14 am by Augustine Towonsing Views: 16437

Pengenalan

Jika kita perhatikan keadaan bentuk muka bumi di sekeliling kita, sungguh indah dan menakjubkan.
Keindahan ini pula berbeza-beza mengikut tempat, keadaan iklim, cuaca setempat dan juga
keadaan bentuk muka bumi pada masa dan tempat yang berbeza. Pembentukan keadaan rupa
bumi ini bergantung pada agen yang selalu bertindak mengikut satu kitaran. Yakni, angin, glasier
dan air merupakan agen utama yang sentiasa mengubah bentuk muka bumi ini.

Keadaan rupa bumi di kawasan gersang misalnya, tindakan angin sangat berkesan, di kawasan
kutub dan kawasan tanah tinggi yang bersalji pula bentuk muka bumi terukir hasil kegiatan
pembekuan dan pencairan salji. Di negara kita sendiri yang mempunyai keadaan iklim yang panas
dan lembap sepanjang tahun juga mempunyai kesan tersendiri terhadap keadaan bentuk muka
bumi. Apa yang penting di sini ialah agen pembentukan bentuk muka bumi dan dalam konteks
negara kita agen air merupakan agen yang paling berkesan.

Dalam kitaran air ini, semasa dalam proses kitaran semula air yang kembali pada kitarannya akan
mengukir permukaan bumi menjadi bentuk yang baru. Kitaran air bermula dengan pembentukan
wap air dari lautan, tasik, sungai dan permukaan bumi dan naik ke udara membentuk awan akibat
bahang matahari. Apabila awan terbentuk, pemeluapan akan terjadi dan terjadilah hujan yang
jatuh semula ke bumi dan mengalir ke sungai, menyerap dalam bumi dan kembali semula ke laut
untuk kitaran yang seterusnya.

Semasa hujan mula turun dan menimpa bumi, proses pengukiran permukaan bumi sudah bermula
terutama sekali kawasan yang terdedah yang tidak mempunyai tumbuhan permukaan dan hasil
yang ditinggalkan akan membentuk rupa bumi yang baru yang mungkin berguna kepada manusia
atau sebaliknya.

Definisi Hakisan

Hakisan difahami sebagai pemusnahan muka bumi oleh agen yang sekaligus mengangkut bahan
yang telah termusnah. Yakni hakisan oleh agen air didefinisikan sebagai erosi atau hakisan air
(Ibrahim Komoo, 1987: 33). Walau bagaimanapun, dalam proses hakisan ia melibatkan
pemusnahan dan pengangkutan sama ada oleh hakisan air hujan, aliran air sungai atau aktiviti
hakisan air bawah tanah. Menurut Cummings (1978), perkataan Erosi (Erosion) berasal daripada
bahasa latin eridore; sentiasa bertindak (to gnaw) melonggar dan mengeluarkan bahan-bahan
permukaan tanah.

Lantaran itu, hakisan boleh difahami sebagai proses pemusnahan dan pembentukan bentuk muka
bumi di kawasan lain yang disebabkan oleh tindakan air mengalir yang bermula dari air hujan yang
menimpa permukaan bumi sehinggalah terjadi pembentukan air mengalir di atas permukaan bumi
termasuk aliran sungai.

Proses Hakisan Tanah Oleh Air Mengalir

Menurut Cummings (1998) tarikan graviti membantu dalam sistem hakisan melalui daya tarikan ke
atas air hujan atau air mengalir melonggarkan butiran tanah dan membawa ke tempat lain. Hujan
umpamanya, pada kebiasaan mempunyai 2 diameter hingga 5 milimeter apabila jatuh ke
permukaan bumi yang terdedah akan menyebabkan permukaan bumi akan mengalami hakisan
melalui kesan air hujan yang menimpa tadi.

Dalam rajah 1 di atas menunjukkan air hujan yang jatuh menimpa permukaan bumi dalam kelajuan
yang tinggi. Semakin besar butiran air hujan, semakin laju ia jatuh. Semakin besar luas permukaan
yang ditimpa. Sebagai contoh, jika hujan rebut boleh menghasilkan butiran hujan bersaiz 5
milimeter menimpa 50 milimeter permukaan bumi maka setiap meter persegi permukaan bumi
akan ditimpa sebanyak 10,000.5g setiap butiran hujan pada kelajuan 30 km perjam. Apabila air
hujan menimpa tanah yang terdedah, tenaga tadi akan dipindahkan terus pada tanah. Tenaga ini
akan memecahkan butiran tanah yang longgar dan tercerai sehingga 150 milimeter dari titik
hentaman.

Proses hakisan tadi tidak akan berhenti begitu sahaja. Sekiranya hujan yang turun di sesuatu
kawasan dalam jangka masa yang lama dan kebetulan kawasan berkenaan merupakan kawasan
yang tidak mempunyai tumbuhan maka kejadian banjir kilat atau air larian permukaan akan terjadi.
Kejadian seumpama ini berlaku apabila permukaan bumi tidak mempunyai kemampuan untuk
menyerap air yakni permukaan bumi telah menjadi tepu meenyebabkan air bertakung di atas
permukaan yang akan menyebabkan permulaan aliran air permukaan atau banjir kilat.

Kejadian banjir kilat juga disebabkan oleh kesan timpaan air hujan yang menanggalkan butiran
tanah yang longgar dan menutup rekahan-rekahan permukaan bumi. Sekiranya permukaan bumi
adalah datar maka air akan mengalir perlahan dan melonggarkan butiran tanah atau
melontarkannya ke atas akibat daripada timpaan tadi. Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan
bentuk muka bumi di kawasan berkenaan adalah curam, tarikan graviti akan menyebabkan air
mengalir dengan laju menuruni bukit. Air tadi akan mengalir melalui alur kecil dan permukaan
tanah yang rendah yang akhirnya membentuk alur yang lebih besar di permukaan bumi. Kelajuan

air yang tinggi akan meningkatkan daya potensi air mengalir tadi menghakis permukaan bumi
melalui proses cakaran dan ragutan permukaan. Semakin banyak alur maka semakin tinggilah
kelajuan air mengalir dan semakin curam tebing bukit maka semakin laju air mengalir.

Dalam proses aliran air permukaan tadi bermula dari titisan air hujan yang menimpa permukaan
bumi sehinggalah air mengalir ke sungai proses hakisan melalui ragutan akan berlaku. Air yang
mengalir melalui permukaan bumi mempunyai potensi menghakis bahan-bahan yang terdapat
pada permukaan. Semakin laju air maka potensi menghakis adalah lebih tinggi. Walau
bagaimanapun, potensi aktiviti hakisan adalah berbeza mengikut jenis permukaan tanah. Tanah liat
lebih mudah terhakis oleh pergerakan air sekitar 800 milimeter persaat atau lebih manakala pasir
halus akan terhakis bermula dari milimeter persaat. Walau bagaimanapun, peningkatan kelajuan
akan meningkatkan potensi hakisan sebanyak 16 kali. Sehubungan dengan itu, aliran air akan
mengangkut butiran tanah yang longgar dan semakin halus butiran lebih mudah diangkut dan
proses pengangkutan ini akan meningkat dengan 32 kali.

Dalam proses hakisan akan berlaku proses pengangkutan hasil daripada hakisan yang telah
dinyatakan di atas tetapi dalam masa yang sama proses pengangkutan akan berlaku dengan
membawa butiran tanah yang longgar dari kawasan yang asal ke kawasan lain yang lebih rendah.
Gambaran berkenaan ditunjukkan dalam Rajah 2 di bawah.

Dalam rajah ini, hakisan terjadi di kawasan permukaan bumi yang terdedah kepada air hujan dan
dan sebahagian daripada butiran tanah akan terhakis. Butiran ini pula akan dipindahkan ke
kawasan lain oleh tindakan air mengalir melalui proses pengangkutan. Dalam rajah di atas,
pembahagian tindakan ragutan dan pengangkutan adalah dalam zon yang sama manakala kawasan
permukaan bumi yang datar dan lebih rendah lebih kepada ruang zon pemendapan. Hakisan yang
dibincangkan di atas akan menghasilkan pelbagai rupa bumi di permukaan yang terdedah kepada
air hujan dan air mengalir.

Jenis-jenis Hakisan Tanah

Proses hakisan mempunyai kesan akibatnya. Proses hakisan pada kebiasaannya akan menyebabkan
kehilangan bahan fizikal, mengurangkan kedalaman akar tumbuhan, mengurangkan tanah subur
untuk kegunaan tumbuhan dan pengurangan nutrien serta bahan argonik. Selain daripada itu, ia
juga menyebabkan pengurangan populasi tumbuhan sekaligus mengurangkan kitaran argonik.
Kesan buruk yang tidak menyenangkan hasil hakisan tadi dialihkan ke kawasan tanah rendah yang
akan menyebabkan dasar sungai menjadi cetek dan kadang kala juga merosakkan harta benda
seperti jalan raya, pelabuhan dan juga empangan (Cummings,1998) Dalam pada itu, proses hakisan
ini terdiri daripada beberapa jenis seperti yang berikut: –

1] Hakisan hujan.

Hentaman air hujan biasanya sangat berkesan di kawasan tanah lapang yang mana pokok atau
tumbuhan asal telah ditebang dan permukaan bumi terdedah pada sinaran matahari dan juga air
hujan. Walau bagaimanapun, kesan hakisan air hujan ini tidak jelas di kawasan yang tertutup oleh
rimbunan tumbuhan. Apa yang nyata, pada masa ini sebahagian daripada permukaan bumi telah
diusahakan untuk tujuan tertentu sama ada pertanian, perlombongan, penempatan dan
sebagainya menyebabkan permukaan bumi terdedah pada hakisan air hujan dan dalam tempoh
jangka panjang menyebabkan sesuatu kawasan akan menjadi gondol. Menurut kajian yang dibuat
menunjukkan hujan lebat boleh menyebabkan hakisan, hujan tadi memindahkan tanah sehingga
mencapai 100 tan untuk setiap ekar (Ibrahim Komoo,1987: 36)

hakisan hujan boleh membentuk mikro alur dan alur pada cerunSave

Bahan yang berbutir halus yang berada di permukaan bumi biasanya dengan mudah sahaja
dipindahkan oleh air hujan ke kawasan yang lebih rendah melalui proses hanyutan. Pada
kebiasaannya, air hujan yang jatuh akan membentuk satu lapisan nipis air berlumpur dan dapat
menghakis dengan sama rata seluruh permukaan cerun yang kebiasaannya dikenali sebagai
hanyutan cerun. Semasa air hujan tadi mengalir ke kawasan yang lebih rendah ia akan mengalir
melalui alur tertentu yang seterusnya akan menghakis alur berkenaan melalui proses hakisan alur
dan menghasilkan fenomena baru hasil daripada fenomena hakisan air mengalir di mana bongkah
yang kuat bertindak seakan-akan sebuah payung sementara.

2] Hakisan Sungai

Aliran sungai yang mengalir sebenarnya bermula dari air hujan yang turun di kawasan tanah tinggi
yang kemudiannya ke dalam alur-alur kecil. Air tadi akan terus mengalir sambil menghakis serta
mengangkut bahan yang telah dihakis kemudian masuk ke dalam alur yang lebih besar seterusnya
membentuk aliran sungai.

Umumnya, sungai mempunyai 2 fungsi iaitu pertama sebagai sistem pengairan dan kedua
bertanggungjawab terhadap semua aktiviti permukaan bumi sama ada dengan cara melarut atau
menghakis di kawasan sungai yang mengalir. Proses hakisan sungai ini banyak bergantung pada
kuantiti air, halaju dan bahan yang diangkutnya. Dalam hal negara kita dan negara – negara tropika
yang lain kita dapati kuantiti air sungai akan bertambah dengan bertambah panjang sebatang
sungai yang berkenaan. Ini bermakna pertambahan kuantiti air sungai akan menambahkan kuasa
hakisan air. Dalam masa yang sama air mengalir akan mengangkut bersama bahan yang terhakis
sama ada dalam bentuk larutan atau puing yang dihanyutkan atau diseret di dasar sungai.

Bahan yang diangkut tadi dikenali sebagai muatan yang mempunyai fungsi yang sangat besar
sebagai agen hakisan dasar sungai melalui lagaan, lelasan yang mana puing tadi bertindak sebagai
bahan pemotong terhadap halangan yang terdapat dalam sungai berkenaan. Dalam proses hakisan
sungai tadi, hakisan sungai ini boleh dibahagikan kepada 6 jenis hakisan iaitu pelarutan,
pelonggaran, tindakan hidraulik, kikisan, hentaman dan lelasan.

Bahan bumi yang telah mengalami hakisan tadi dipindahkan ke hilir sungai oleh aliran sungai yang
berlaku dengan berbagai-bagai cara. Bahan yang boleh larut akan dipindah dalam bentuk larutan.
Bahan yang berbutir halus akan dipindahkan secara ampaian. Manakala batu-batu kecil
dipindahkan melalui proses golekan dan seretan dan kemampuan memindahkan bahan ini
bergantung pada kuantiti air yang terdapat dalam sungai. Semakin banyak kuantiti air maka
semakin tinggi keupayaan aliran sungai tadi membawa dan memindahkan bahan – bahan yang
dihakis.

Semasa aliran sungai tadi membawa bahan-bahan yang terhakis ia juga akan memendapkan
sebahagian daripada muatan yang di bawah di sepanjang dasar sungai mengikut keadaan atau
apabila tenaga mula berkurangan. Bahan yang berat seperti batu kelikir, pasir dan kelodak dan
akhirnya lumpur. Walau bagaimanapun, proses pemendapan di peringkat muda dan dewasa adalah
bersifat sementara kerana apabila tenaga dan kuantiti air bertambah bahan mendapan ini akan
dipindahkan ke kawasan hilir sungai. Pemendapan semakin pesat apabila kecerunan sungai
semakin kurang dan sungai mula berliku-liku. Di samping tenaga sungai yang berkurangan, air
masin dari lautan juga berupaya mengentalkan butiran lempung atau lumpur dan menjadikannya
butiran yang lebih besar. Butiran yang besar akan lebih mudah termendap dan segera membantu
pembentukan delta (Ibrahim Komoo,1987:43).

3] Hakisan Air Bawah Tanah

Dalam proses hakisan tanah, hakisan bukan sekadar berlaku di atas permukaan bumi tetapi juga
berlaku di dalam bumi khususnya disebabkan oleh aktiviti aliran air bawah tanah terutama sekali di
kawasan batu kapur. Walau bagaimanapun, proses ini sangat lambat berbanding dengan hakisan
permukaan kerana penyerapan air ke dalam bumi bergantung pada sifat ketelapan dan keporosan
batu-batan termasuk rekahan batuan. Air bawah tanah bergerak keluar di anak sungai atau
kawasan kaki bukit sebagai mata air dan sebahagian pula bergerak di sepanjang akuifer yang
bergerak melalui lohong dan sungai bawah tanah. Menurut Ibrahim Komoo lagi hakisan bawah
tanah ini lebih aktif pada kawasan batuan yang mudah terlarut khususnya di kawasan batu kapur.
Pergerakan air bawah tanah di antara rekahan mampu melarutkan dinding rekahan dan
mengangkut hasilnya ke tempat lain dan lama kelamaan semakin besar akhirnya membentuk gua
dan sungai bawah tanah.

Masalah Dan Kesan Hakisan Tanah Oleh Tindakan Air Terhadap Alam Sekitar Dan Ekonomi

Tidak dapat dinafikan bahawa hakisan tindakan air mengalir membawa kesan terhadap alam
sekitar dan ekonomi negara. Dalam bidang pertanian, mengikut satu kajian yang dibuat di Amerika
Syarikat pada tahun 1970an dianggarkan 4 juta tan tanah hilang akibat daripada proses hakisan,
pengangkutan dan pemendapan setiap tahun. Di negara kita, kesan seumpamanya memang tidak
dapat dielakkan yang telah menyebabkan banyak masalah dan kesan terhadap alam sekitar. Kesan
hakisan dapat disenaraikan seperti berikut:-

1] Kekurangan Tanah Subur

Dalam bidang pertanian, hakisan merugikan petani kerana ia menghakis lapisan atas tanah yang
subur untuk tujuan pertanian yang mana lapisan bawah tanah subur tadi adalah kurang subur
untuk ditanam. Kesan yang dapat dilihat sekiranya tanah subur terhakis ialah tanaman kurang
subur dan kurang menghasilkan buah dan kesan ini mungkin memberikan impak terhadap
pengeluaran bekalan makanan negara dan dunia amnya. Contoh paling sesuai ialah kawasan sawah
padi yang terhakis akibat daripada aliran air yang membawa keluar lapisan tanah yang subur ke
dalam terusan atau ruang permukaan yang tidak diusahakan. Ini akan merugikan petani kerana
kesuburan tanah yang telah berkurangan di atas sawah seperti yang ditunjukkan di dalam Gambar
1.tanah subur terhakis merugikan petaniSave

2] Kejadian Banjir Kilat Yang Merugikan

Hakisan juga sering menyebabkan kejadian banjir kilat di kawasan tanah rendah terutama sekali
kawasan yang terdedah pada hakisan. Banjir kilat bukan sekadar terjadi di kawasan tanah lapang di
kawasan pedalaman tetapi juga terjadi di Bandar-bandar besar yang berhampiran dengan sungai.
Kejadian banjir sering berlaku akibat daripada dasar sungai yang cetek menyebabkan air melimpah
keluar.

Kejadian dasar sungai menjadi cetek adalah disebabkan oleh aktiviti hakisan sungai di kawasan hulu
atau kawasan pedalaman yang mana terdapat permukaan bumi yang terdedah pada air hujan.
Kawasan ini biasanya kawasan yang diterokai oleh aktiviti pembalakan dan aktiviti pertanian
pindah.

Banjir kilat bukan sekadar merugikan kerajaan kerana penyelenggaraan empangan yang semakin
cetek tetapi juga dasar sungai yang cetek atau pembinaan benteng tetapi juga merugikan para
petani kerana kehilangan lapisan permukaan tanah yang subur untuk tujuan pertanian. Dalam pada
itu, kejadian hakisan di kawasan kaki bukit juga merugikan negara kerana kesannya seperti tanah
runtuh selalu merosakkan jalan raya yang bukan sekadar memerlukan kos penyelenggaraan tetapi
juga menghentikan aktiviti ekonomi kerana jalan perhubungan yang terganggu. Sebagai contoh,
kejadian tanah runtuh di sepanjang jalan ke Genting Highlands dan Cameroon Highlands yang
merugikan petani dan pengusaha hotel kerana aktiviti ekonomi terjejas apabila berlaku kejadian
tanah runtuh. Jika dilihat dari sudut alam sekitar pula, kejadian hakisan memang banyak
matangkan masalah seperti berikut:-

3] Tanah Runtuh Yang Membahayakan

Kawasan kaki bukit biasanya sering terjadi kejadian tanah runtuh sehingga melibatkan banyak
kesan buruk terhadap alam sekitar. Ini dapat dilihat jika berlaku kejadian tanah runtuh kawasan
tadahan hujan ia akan menyebabkan pengangkutan bahan hakisan ke kawasan empangan dan
kawasan tadahan akan terjejas akibat daripada aktiviti hakisan. Dalam kes tertentu, tanah runtuh
bukan sekadar mencemarkan sungai tetapi juga akan menyebabkan kehilangan nyawa dan juga
kepupusan hutan.

kejadian tanah runtuh merugikan negari daripada segi ekonomi.

Dalam Gambar 2 di atas, kejadian tanah runtuh seperti ini sangat merugikan kerana kerosakan
permukaan fizikal yang mungkin boleh dieksploitasi untuk tujuan pelancongan. Walau
bagaimanapun, tidak semua kesan hakisan ini tidak memberi faedah kepada ekonomi negara
kerana dalam hal tertentu khususnya di kawasan bukit batu kapur kesan hakisan di kawasan
berkenaan boleh dieksploitasi untuk tujuan pelancongan. Ini disebabkan proses hakisan di kawasan
ini meninggalkan formasi istimewa seperti gua, stalaktit dan stalagmit seperti Gua Gomantong di
Sabah dan Gua Mulu di Sarawak.

4] Pengurangan Lapisan Tanah Subur

Proses hakisan bukan sekadar merosakkan permukaan bumi yang terdedah tetapi sekaligus
mengangkut lapisan tanah yang kaya dengan nutrien dan humus yang sangat berguna kepada
aktiviti pertanian. Pada kebiasaannya, tanah subur ini akan dipindahkan ke kawasan yang lebih
rendah dan ditimbunkan sebagai delta tetapi dalam hal tertentu tanah subur ini akan terus ke laut
dan hilang yang secara langsung tidak memberikan faedah kepada aktiviti pertanian.

5] Dasar Sungai Dan Empangan Menjadi Cetek

Hakisan akibat daripada aliran air yang mengangkut bersama bahan peroi yang dihakis di kawasan
tanah tinggi akan dibawa bersama dan dimendapkan di sepanjang sungai. Sekiranya aktiviti hakisan
yang pesat di bahagian hulu sungai berkenaan lama kelamaan dasar sungai dan empangan akan
menjadi cetek yang boleh menyebabkan banjir. Jadi hal ini sangat merugikan kerana dasar sungai
dan empangan perlu diperdalamkan untuk mengelakkan sungai menjadi kering pada musim panas
dan banjir pada musim tengkujuh.

Kesimpulan

Agen-agen hakisan seperti air, angin dan glasier sangat efektif mengukir dan mengubah lanskap
sesuatu kawasan. Dalam pada itu, air sangat berkesan dalam pembentukan bentuk muka bumi di
kawasan tropika yang bukan sekadar memberikan kebaikan dan juga keburukan kepada alam
sekitar dan ekonomi tetapi proses ini harus berterusan untuk mengimbangi keadaan alam sekitar
yang “parah” hasil kegiatan manusia yang sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti dan juga
keuntungan ekonomi. Proses hakisan ini penting kerana walaupun ia menyebabkan masalah tetapi
proses ini perlu untuk menggantikan tanah yang kehilangan nutrien khususnya di kawasan tanah
rendah seperti dataran yang menjadi tumpuan utama aktiviti pertanian. Kesedaran terhadap
tindakan air mengalir juga telah memberikan rumusan baru terhadap kesedaran dalam pengawalan
hakisan tindakan air mengalir. Di negara kita, apa yang kita lihat di kawasan tanah tinggi, kaki bukit,
tebing tinggi di sepanjang jalan raya dan lebuh raya telah diteres dan juga ditanam dengan rumput
semata-mata mengurangkan kadar hakisan. Pembinaan empangan telah berjaya menahan arus
sungai daripada menghakis tebing sungai, kawalan kerajaan terhadap aktiviti pembalakan dan
kempen bumi hijau telah berjaya mengurangkan kadar hakisan.

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi banyak mendatangkan kebaikan sekiranya


pengguna dapat memanfaatkannya. Bincangkan.

Usaha melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif memerlukan peranan pelbagai pihak.
Berikan pendapat anda.

You might also like