You are on page 1of 64
BAB SATU REMAJA DAN MASALAH SOSIAL_ 1.1) PENDAHULUAN Pada permulaan bab ini, kajian akan dibuat terhadap definisi remaja, struktur dan bentuk perubahan remaja serta hubung kaitnya dengan masalah gejala sosial yang banyak berlaku di kalangan mereka. Rentetan daripada itu, beberapa masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja berserta beberapa contoh gejala sosial yang dipilin akan dibincangkan sebagai satu bentuk landasan untuk kajian seterusnya. 1.2) DEFINISLREMAJA Menurut Kamus Dewan apabila seseorang itu dianggap remaja, ini bererti ia telah mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin. ' Manakala remaja menurut pandangan Camille B. Wortman dan Elizabeth F. Loftus sebagai berasal dari kata Latin ‘adolescere’ yang bermakna ‘berkembang ke arah kematangan’ (to grow into maturity). Proses permulaan perkembangan remaja adalah daripada masa kematangan seks mereka yang dilihat daripada Perubahan hormon yang berlaku di dalam badan khususnya bertambahnya pengeluaran hormon gonadotropik oleh kelenjar pituitari yang merangsang pertumbuhan fizikal seseorang remaja itu. Menurut beliau lagi, tahap akil baligh bagi remaja lelaki pula bermula sekitar umur 12 tahun, manakala bagi remaja perempuan adalah sekitar 10 atau 11 tahun. ? Mengikut sejarahnya, remaja ini sudah dikaji semenjak zaman Aristotle dan Socrates lagi, iaitu lebih 2000 tahun lalu. > Dalam kajian ini, pengertian dan makna remaja dipecahkan bagi memudahkan definisi dibuat. Oleh itu, ramai ahli teori psikologi dan cendekiawan bercanggah pendapat dalam mendefinisikan perkataan remaja itu sendiri. Definisi yang telah dibuat oleh mereka ini berdasarkan kepada perbezaan individu itu sendiri samada di antara satu masyarakat dengan satu masyarakat yang lain atau dalam satu kelompok masyarakat yang sama. Untuk penjelasan tebih, skop perbincangan tentang definisi remaja itu lebih mudah dilihat daripada dua sudut iaitu menurut pandangan Islam juga pandangan ahli psikologi. 1.2.1) Menurut pandangan Islam Apabila diteliti di dalam al-Quran dan al-Hadis, terdapat beberapa perkataan yang disebut sebagai syabab (~~ ) dan walad ( Uy) yang secara umumnya bermaksud “remaja”. Perkataan-perkataan tersebut antaranya telah digunakan di beberapa tempat di dalam surah tertentu dalam al-Quran seperti di dalam surah al-lsra’ dan surah a-Bagarat serta hadis-hadis di dalam Sunan al- Sittat, Musnad al-Darimi, Muwatta’ Malik dan Musnad Ahmad b. Hanbal. Contohnya, perkataan syabab( oL ) hanya boleh didapati di dalam hadis lebih kurang di 54 tempat. Lafaz tersebut boleh didapati misainya di dalam Sohth Muslim (kitab" Li */bab opt ally pes ylnall pS */bil. 13); 4 MANE Sy iyo pal Gans oe i ploy adealll Lodi) gL A ai ce let Oe a peptide gad SS a5 me ple ll gay oop gal see AP ais EU pate ane yl gle Ucn pte fer: la telah berkata, telah datang satu jamaah daripada ‘Urainah kepada Nabi s.a.w lalu mereka memeluk Islam dan membuat bai'ah (sumpah setia) kepada nabi dan di masa itu telah berlaku wabak penyakit ‘birsam' di Madinah (sejenis penyakit yang menyebabkan rasa panas membakar antara dinding-dinding hati dan jantung), kemudian ia menyebut hadis yang sama sambil menambah bahawa bersamanya pemuda-pemuda Ansar hampir 20 orang lalu ia mengutuskan kepada mereka bersama seorang penjejak yang menghapuskan kesan perjalanan mereka. dan juga di dalam Sunan al-Darimi ( kitab “ SUSI" / bab “ tad ly wo “J bil 104) ;* Ades JU SY Lal Uy b LS gis pA Wl aa ail Ode Yel 2 HIUy gill any SVL Yb dai nid see geld LS Vy tele at Y ote V pa ad dy Yen oy fer : Bahawa ia mendengar Aba Hurayrat berkata, wahai Rasulullah, daripada apakah syurga dibina, ujar nabi ia dibina daripada batu bata emas dan perak yang dilumur kasturi yang sangat harum, batu-batannya terdiri daripada ‘yaqit” dan “lulu” sedang lantainya daripada ‘za farén’. Barangsiapa memasukinya kekal di dalamnya dengan nikmat yang tidak terhingga sentiasa muda bertenaga dan tidak pemah lusuh pakaiannya. Walaupun hadis pertama daripada SohTh Muslim di atas tiada tafsiran yang lengkap mengenai perkataan syabdb ( ~\- )tersebut, namun secara umumnya perkataan tersebut membawa maksud “anak muda remaja". Sebagaimana yang telah disyarahkan oleh Imam Muslim di dalam hadisnya yang lain untuk hadis kedua daripada al-Darimi, menyatakan bahawa barangsiapa yang masuk ke dalam syurga kelak, ia akan kelihatan sihat dan kekal muda remaja. ® Justeru itu, hadis kedua tersebut dapatiah menjelaskan maksud perkataan “syabab” secara umumnya membawa pengertian remaja. Seterusnya, jika diteliti daripada kedua-dua hadis di atas atau lain-lain hadis yang mengandungi perkataan syabab seperti di dalam Sunan abTirmidhi / bab (3+ ) / bil. 30 dan Sunan Ibnu Majah / bab ( .5 ) / bil. 33, tidak terdapat perbincangan yang jelas tentang pengertian sebenar perkataan syabdb ataupun ciri-cirinya. Adapun, kesemua hadis tersebut hanya menyebut perkataan syabdb tersebut tanpa ada sebarang makna lain selain makna “anak muda remaja”. Manakala perkataan wa/ad ( Uy ) dan pecahannya yang lain seperti waladan ( i ) / al-awlad ( 2¥3Y!) / awladan ( \sY,!) pula telah digunakan sebanyak 33 tempat di dalam al-Quran dan antaranya dalam surah al-isra’ (17:64) ‘seperti di bawah, Dan kebanyakannya perkataan walad dan pecahan-pecahannya membawa maksud yang sama seperti di dalam surah al-Isra’ tersebut yang secara amnya membawa pengertian anak-anak yang mencakupi ke semua peringkat kanak-kanak, remaja ataupun dewasa. oe Be VIM SLAM gd aS yey or teq : ... dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta benda dan anak-anak mereka... Daripada ayat tersebut, perkataan al-awiad ( >Y;Y! ) di atas telah ditafsirkan oleh Imam al-Qurtubi, ” Imam Ibnu al-‘ArabT ° dan Sayyid Qutb ° secara umumnya sebagai semua anak-anak yang lahir daripada pasangan suami isteri dan tidak mengira peringkat umur anak-anak tersebut. Oleh itu, berdasarkan tafsiran mereka, al-awlad ( 2Yy¥! ) di sini bukanlah bermaksud remaja secara khusus tetapi merangkumi anak-anak tidak kira peringkat umumya. Secara lanjut, ayat tersebut menerangkan lebih terperinci tentang janji Allah kepada para iblis untuk menghasut dan menyesatkan sesiapa sahaja yakni semua anak-anak samada di peringkat kanak-kanak, remaja ataupun dewasa yang mereka berjaya pujuk dan goda dengan didikan yang salah. Sementara di dalam hadis pula, perkataan walad ( Jy )dan pecahannya yang lain seperti awlad ( 2Y3!) / walad (Jy ) / wildan (1) ada terdapat lebih kurang di 407 tempat. Misalnya dalam Sohth al-Bukhari (kitab “j5L>- “/ bil. 91 dan 92); Cypindatene) oo oly UI CAS J pls Lager Wl poy ple ol cree Une SE oe oe aly OU pl oe LI WSS Lert pale eS yop BIE I OL os ple y ae alll ghee pill oe e Rall pro Wyble ter : ‘Ubaidillah berkata bahawa ia mendengar Ibnu ‘Abbas r.a pemah mendengar (semasa itu ia remaja dan emaknya muda lagi dan di masa itu mereka berdua miskin). Daripada nabi, barangsiapa kematian 3 orang anak yang belum baligh nescaya ia terdinding daripada neraka ataypun masuk ke dalam syurga. Perkataan al-wildan ( 0\U,| ) dan al-walad (U5!) dalam kedua-dua hadis di atas memberi pengertian anak-anak yang telah sampai umur mukalaf iaitu permulaan umur untuk dipertanggungjawabkan segala kewajipan syarak serta catatan dosa atau pahala ke atasnya. Makna tersebut bukan tertakluk kepada dua perkataan al-wildan ( d\J,/!) dan al-walad ( JS! ) itu sahaja, namun ianya mencakupi hampir kesemua perkataan a/l-walad ( UJ!) dan pecahannya yang lain seperti awladan ( '2Y 1) / walad ( Uy ) / wildan ( 014) ) di dalam hadis-hadis Sunan al-Sittat, Musnad al-Darimi, Muwatta’ Malik dan Musnad Ahmad b. Hanbal. Ini jelas dinyatakan oleh Imam al-Bukhari mengenai perkataan al-walad ( -U!! ) tersebut sebagai; '" wee SYN py ted 4 A CU AUSSI Go SI veer maksudnya : ...iaitu suatu had atau jangka umur mukalaf di mana seseorang dipertanggungjawabkan ke atas perbuatan dosa yang dilakukannya... Ringkasnya, kedua-dua perkataan syabab ( ol ) dan walad (, ) tersebut secara umumnya bermaksud “remaja” dan juga merangkumi maksud peringkat remaja seperti awal, pertengahan dan akhir remaja. Oleh itu, definisi remaja menurut pandangan Islam sebenamya tidak wujud secara khusus. Namun begitu, menurut ahli jiwa Islam, biasanya remaja itu adalah anak-anak yang mencapai umur akil baligh. Kebiasaannya anak-anak perempuan mencapai tahap baligh dalam lingkungan 13 tahun apabila mereka telah didatangi haid, manakala bagi anak-anak lelaki pula sekitar umur 15 tahun setelah mereka mengalami mimpi. Justeru itu, di sisi Islam, peringkat usia remaja ini lazimnya dikaitkan dengan usia baligh seseorang individu. Sabda Rasulullah s.a.w: Bhi > SUS UW oe lil ab JU ple yale Wi he Wi dy a! Gait 3) Sie Osim 96 pS > peal ory ter. Diangkat kalam daripada tiga orang ; daripada orang gila sehingga dia ‘sembuh, daripada orang tidur sehingga dia terjaga dan daripada kanak- kanak sehingga dia bermimpi. Hadis ini telah disyarahkan oleh Imam al-Sanadi bahawa usia baligh adalah asas kepada sesuatu tanggungjawab bagi setiap insan. Menurut beliau lagi, yang dimaksudkan dengan perkataan “. Sa go pall ye", ialah seorang kanak-kanak itu akan terlepas daripada dosa dan tanggungjawab serta semua kewajipan-kewajipan syarak sehinggalah kanak-kanak tersebut bermimpi atau dengan kata lainnya sehingga dianya mencapai usia baligh. Oleh itu, jelaslah di sini sebagaimana yang telah disepakati oleh ahli Fikah bahawa seseorang individu yang telah baligh adalah dipertanggungjawabkan dengan semua kewajipan-kewajipan syarak samada yang berkaitan dengan hal muamalat, jinayat, munakahat, dan ibadat-ibadat lain. Keistimewaan mereka yang terlepas daripada dosa sewaktu mereka belum baligh telah luput. Mereka mula memikul tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang mesti mematuhi segala perintah dan suruhan serta menjauhi segala larangan Allah."* Oleh itu, baligh merupakan unsur yang penting dalam menentukan sempadan bermulanya umur remaja. Baligh atau kematangan secara umumnya bermaksud seseorang yang boleh berfikir dengan sempuma setelah melalui alam kanak-kanak. “* Mengikut bahasa, baligh bermaksud “a/-wusul” iaitu perhubungan atau sambungan. Istilah ini pula member erti berakhimya peringkat kanak-kanak. Tanda-tanda baligh ini ialah apabila seseorang individu mula bermimpi dia melihat persetubuhan (jimak) atau dia melakukannya. Mimpinya itu biasanya akan diiringi dengan keluamya air mani. ‘® Tanda baligh seseorang dengan bermimpi ini adalah berpandukan firman Allah dalam surah al-Nar ( 24:59 ) ; BS oy el Ode LS Ldn dol Ses Jub! ay I5ly ter, Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang ( yang telah cukup umur ) yang tersebut dahulu meminta izin. Perkataan ( JubY! ) di atas telah ditafsirkan ” sebagai * 42)! * yakni budak kecil atau kanak-kanak yang belum mencapai had umur baligh atau kematangan samada melalui tanda-tanda baligh yang jelas dilihat seperti kedatangan haid bagi seorang kanak-kanak perempuan dan keluamya air mani bagi seorang lelaki atau berdasarkan peringkat umur tertentu seperti yang telah ditentukan oleh beberapa para fukaha seperti Imam Hanafi dan Imam SyafiT. Manakala kalimat ( post) pula telah ditafsirkan oleh beberapa ulama tafsir seperti Imam Abi Bakr al-Razi "*, Imam al-Fakhr al-RazT 19 Imam al-Syaukani 7°, Imam Ibnu Kathir 2! dan Dr. Hijazi sebagai mimpi yang memberahikan sehingga terkeluar air mani. 10 Selain bermimpi, penentuan baligh kanak-kanak perempuan adalah dengan kedatangan haid dan juga kehamilan. Tanda-tanda tersebut adalah berdasarkan riwayat Ummu Salamat yang berbunyi ; Pos S98 Yel de Cae be Updde Ca yl el ter] : apabila seseorang hamba perempuan telah datang haid, maka wajiblah ke atasnya sebagaimana yang diwajibkan ke atas ibunya. “ Hadis di atas juga telah disokong oleh satu riwayat A‘isyat yang berbunyi; Bel pl td pete Gd Hyland aly 131 terj :apabila seseorang hamba perempuan telah mencapai umur 9 tahun, maka dia telah dianggap sebagai seorang wanita dewasa. Daripada kedua-dua hadis tersebut jelas bahawa apabila seseorang kanak-kanak perempuan telah didatangi haid, wajib ke atasnya sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas seorang wanita dewasa. Contohnya, mereka tidak boleh lagi meninggalkan kewajipan syarak seperti solat dan puasa. Tambahan pula menutut figh, apabila seorang kanak-kanak perempuan yang telah mencapai umur 9 tahun dan disertai dengan tanda-tanda baligh padanya seperti kedatangan haid yang pertama, maka dia juga sudah dianggap sebagai golongan peringkat remaja. Ini berdasarkan kepada ciri-ciri baligh atau tanda kematangan yang ada padanya.* "1 Walaupun jumhur ulama bersepakat menyetujui bahawa bermula mimpi berahi sebagai bermula usia remaja, namun sekiranya seseorang kanak-kanak yang tidak mempunyai tanda baligh tersebut, maka usia baligh boleh ditentukan dengan berdasarkan peringkat umur tertentu. Dalam hal ini, para fukaha bercanggah pendapat dalam menetapkan usia berapakah seseorang kanak-kanak didatangi oleh mimpi dan memasuki usia baligh. Antaranya, pendapat yang dikemukakan oleh Imam Aba Hanifat yang menyatakan bahawa seorang kanak-kanak lelaki tidak dikatakan baligh sehinggalah ia berumur 18 tahun. * Pandangan ini merujuk kepada firman Allah dalam surah al-An‘am ( 6:152 ) ; ek ley a Cel og GY W petal Je I Vy teri. Dan janganlah kamu hampir harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya) sehingga ia baligh (dewasa serta layak mengurus hartanya dengan sendin ). Daripada ayat di atas, kebanyakan ulama tafsir antaranya seperti |mam al- Zamakhsyari *, Imam Abj al-Su'dd 7”, Imam al-Qasimi, * Imam Jalal al-Din al Mahi’ dan Imam Jalal al-Din al-Suyuti * serta Sayyid Qutb * telah meletakkan peringkat baligh yakni cukup umur tanpa menentukan had umur baligh yang tepat serta cerdik dan sempuma kekuatan jasmani dan akal fikiran seseorang anak yatim sebagai asas penentu layaknya untuk mereka mengurus dan mengendali harta mereka sendiri. 12 Oleh itu, dalam penentuan usia baligh seorang kanak-kanak, Imam AbG Hanjifat berpendapat bahawa usia dewasa kanak-kanak lelaki sekitar 18 tahun. Manakala kedewasaan kanak-kanak perempuan adalah pada usia 17 tahun. ** Fukaha daripada mazhab Hanafi seperti Imam Abi Yisuf dan Imam Muhammad serta Imam Maliki, SyafiT dan Ahmad telah menetapkan usia baligh seorang kanak-kanak samada kanak-kanak lelaki ataupun perempuan setelah ia menjangkau 15 tahun. *7 Pendapat di atas telah disokong oleh seorang ulama tafsir Hijazi ® yang menyatakan bahawa kebiasaan usia baligh bagi seorang kanak-kanak adalah dalam lingkungan antara 15 dan 18 tahun. Prof Dr. ‘Abdullah Nasih ‘Ulwan pula meletakkan peringkat baligh seorang kanak-kanak ketika menjangkau usia 14 tahun. Ini difahamkan daripada peringkat umur kanak-kanak seperti yang telah dibahagikan iaitu;* i) Tamyiz : bermula dari 7 hingga 10 tahun. ii) Murahagat :10 hingga 14 tahun. ili) Baligh : 14 hingga 16 tahun. iv) Syabab : peringkat matang di tahap dewasa selepas umur baligh (21 tahun ke atas). Menurut seorang ahli jiwa Islam Dr. Ahmad Fuad Sarbini, beliau telah membahagikan zaman remaja kepada 4 peringkat ; ** 13 i) peringkat remaja awal yang disebut ( 2! J! ) - iaitu remaja yang hampir dengan mimpi baligh dalam lingkungan umur 12 hingga 15 tahun. Apa yang istimewa pada peringkat ini ialah kecepatan pertumbuhan badan serta nyata anggota badannya. ii) peringkat kedua disebut ( ¢ J ) iaitu remaja yang baru baligh berumur di antara 15 hingga 18 tahun. Pada peringkat ini pertumbuhan tubuh badan tetap berterusan akan tetapi kadar kecepatannya agak menurun jika dibandingkan dengan peringkat pertama. iii) peringkat ketiga ialah ( Ji GL+J! ) - iaitu anak muda yang berada di kemuncak alam remaja berumur di antara 18 hingga 21 tahun. iv) peringkat yang disebut sebagai ( JJ! t+)! ) - iaitu peringkat pemuda yang telah mencapai tahap dewasa dalam lingkungan umur 21 hingga 25 tahun. Daripada kenyataan Dr. ‘Ulwan dan Dr. Fuad di atas jelas menunjukkan bahawa peringkat baligh seorang kanak-kanak itu adalah dalam lingkungan antara 14 dan 15 tahun. Cuma apa yang nampak berbeza dari kenyataan kedua-duanya di atas adalah cara pembahagian umur remaja dan kanak-kanak. Sebagaimana jelas Dr. ‘Ulwan telah mengklasifikasikan seorang individu daripada peringkat umur kanak-kanak lagi, manakala Dr. Fuad pula membahagikannya bermula pada peringkat umur remaja. 14 Lazimnya masa remaja bermula apabila seseorang itu telah mencapai tahap baligh (cukup umur). Penentuan had umur baligh seseorang individu adalah bertujuan untuk menentukan seseorang individu tersebut tergolong dalam golongan ‘mukalaf. Justeru itu, apabila mereka tergolong di dalam golongan mukalaf, maka tertanggunglah ke atas mereka segala tugas dan tanggungjawab agama yang berhubung dengan hal-hal muamalat, nikah, jinayat, ibadat dan sebagainya. Mereka wajib menunaikan kewajipan itu dan berdosa meninggalkannya. Contohnya, segala kontrak yang dilakukannya adalah sah dan melahirkan kesan dan segala perbuatan jenayah yang lahir daripadanya adalah diambil tindakan undang-undang. Mereka juga dituntut melaksanakan hukum- fhukum syarak yang terdiri daripada menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran serta berjihad di jalan Allah. 1.2.2) Menurut pandangan ahli psikologi Sebenamya terdapat pelbagai definisi remaja mengikut golongan ahli psikologi. Antaranya definisi fisiologi yang dipelopori oleh G. Stanley Hall. Hall berpendapat bahawa perkembangan remaja dipengaruhi oleh faktor genetik atau baka dan ia boleh diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. * Contohnya, kaitan baka dengan beberapa sifat manusia dan satu daripadanya ialah kecerdasan. Ini bermakna ibu bapa yang cerdas lazimnya akan berjaya memperolehi anak-anak yang cerdas. 15 Manakala definisi psikodinamik yang dipelopori oleh Sigmund Freud dan Anna Freud pula memegang kepada satu andaian iaitu kuasa dan tenaga yang berada di alam tidak sedar manusia memainkan peranan penting di dalam membentuk personaliti dan tingkah laku individu. Beliau menyarankan yang manusia mempunyai tenaga-tenaga seks (libido) semasa dilahirkan. Ini dikenali sebagai kuasa naluri (instinct) yang membentuk personaliti manusia pada tahap dewasa. la memperlihatkan kepentingan kuasa-kuasa dalaman manusia sebagai satu kuasa penggerak tingkah laku manusia. *” Selain itu, menurut definisi kognitif oleh Jean Piaget pula ialah perkembangan kognitif manusia tidak boleh diterangkan dengan cara pengumpulan pengalaman yang silam, tetapi ia berlaku dengan cara semulajadi dalam proses perkembangan manusia. Daripada ini dapat disimpulkan bahawa psikologi kognitif menekankan kepentingan manusia berfikir. Mereka_berfikir, menganalisa serta menilai data-data dan rangsangan-rangsangan yang diperolehi dari dunia luar sebelum beraksi dan memberikan gerak balas yang tertentu. a Teori psikososial Erikson pula lebih melihat kepada perkembangan sosial manusia. Erik Erikson ini merupakan seorang abli psikologi yang telah banyak mengkaji aspek perkembangan sosial kanak-kanak. Menurutnya kanak-kanak tidak boleh wujud bersendirian. Mereka perlukan manusia untuk mengajar serta membimbing kehidupan mereka dan dengan cara ini sahajalah mereka dapat mempelajari, mengetahui, mengenali dan mengalami alam semesta ini. 16 Teori behaviurisme yang diasaskan oleh /van Paviov dan dipopularkan oleh psikologi lain seperti J.B Watson, B.F Skinner dan E.L Thomdike pula menumpukan perhatian kepada tugas-tugas alam sekeliling dalam mengubahsuai, membentuk serta mempengaruhi tingkah laku manusia. Mereka mengkaji peranan alam sekitar dan pengaruh-pengaruh luaran ini ke atas tingkah laku manusia. Daripada ini mereka menegaskan bahawa tingkah laku manusia boleh ditentukan oleh pengalaman-pengalaman lampau serta keadaan di sekeliling mereka. Watson berpendapat bahawa keadaan jiwa atau alam dalaman manusia tidak wujud langsung. Oleh itu tingkah laku manusia boleh diubahsuai serta dipengaruhi hanya dengan menukar serta memanipulasikan keadaan alam sekitar mereka. © Ruth Benedict dan Margaret Meads yang meletakkan unsur sosial sebagai penentu kepada perkembangan manusia juga berpendapat bahawa tingkah laku manusia berbeza dari satu budaya dengan satu budaya yang lain. Oleh itu, mereka berpendapat bahawa perkembangan manusia tidak boleh ditentukan semata-mata melalui baka atau genetik sahaja. Begitu juga Albert Bandura berpendapat bahawa tingkah laku manusia dipelajari melalui observasi dan pemerhatian tingkah laku orang lain dan beliau percaya bahawa perkembangan remaja dipengaruhi oleh rangsangan daripada persekitaran. Beliau juga menyatakan bahawa golongan remaja tidak membuat apa yang disuruh oleh orang dewasa tetapi mereka akan meniru dan menurut apa yang diperlakukan oleh orang dewasa tersebut. “* 17 Daripada kesemua pandangan psikologi di atas, dapat dirumuskan bahawa setiap satu perspektif memahami dan melihat manusia dari sudut yang berlainan. Perspektif yang berbeza ini penting untuk kita memahami personaliti, sifat serta tabiat manusia lain bagi kebaikan dan keharmonian hidup kita sesama insan dan dapat membuka jalan baru untuk kita memahami jiwa dan tingkah laku manusia dari pelbagai sudut. Pada pandangan saya pula memang tidak dapat dinafikan bahawa teori- teori yang dikemukakan oleh para psikologi ini ada hubung kaitnya dengan hipotesis kajian yang dikemukakan pada bab pendahuluan. Ini kerana hipotesis awal meletakkan bahawa faktor pengaruh rakan sebaya merupakan faktor utama kepada perlakuan negatif para remaja di samping faktor sampingan lain seperti faktor peribadi atau diri remaja itu sendiri juga faktor keluarga. Daripada ini, saya berpendapat bahawa perilaku remaja lebih dominan dipengaruhi oleh unsur sosial di samping unsur psikologi juga baka atau genetik remaja tersebut. 1.2.3) Fasa perkembangan rem: Memandangkan kebanyakan mereka (ahli psikologi) yang membahaskan tentang remaja membincangkan tentang soal peralinan, maka di bawah ini dinyatakan tentang fasa perkembangan remaja bagi memperiihatkan klasifikasi serta pembentukan sahsiah dan tugas bagi setiap peringkat remaja. 18 Secara umumnya, zaman remaja adalah zaman peralihan di antara zaman kanak-kanak dan zaman dewasa. Pada peringkat inilah remaja sedang menghadapi fenomena perubahan fizikal, sosial, budaya, emosi dan identiti. Oleh kerana peringkat alam remaja itu sangat luas, maka ramai ahi psikologi berpendapat bahawa fasa perkembangan remaja itu boleh diklasifikasikan kepada tiga peringkat iaitu awal remaja, pertengahan remaja, akhir atau penghujung remaja. Tetapi secara amnya, umur bagi setiap peringkat remaja itu adalah berbeza-beza mengikut pendapat masing-masing. Antaranya menurut G. Stanley Hall, usia sesuai bagi awal remaja bagi lelaki ialah antara umur 10 hingga 15 tahun dan perempuan ialah 9 hingga 12 tahun, pertengahan ialah antara 14 hingga 18 tahun bagi remaja lelaki dan 13 hingga 17 tahun untuk perempuan dan akhir remaja bagi lelaki ialah 19 hingga 24 tahun dan perempuan pula ialah 18 hingga 23 tahun. Manakala menurut Lester dan Alice Crow, usia sesuai bagi awal remaja lelaki ialah antara umur 13 hingga 18 tahun dan akhir remaja ialah 17 hingga 21 tahun, sementara bagi awal remaja perempuan ialah antara umur 10 hingga 17 tahun dan akhir remaja pula ialah 18 hingga 21 tahun. “ Menurut Dr. Zakiah Daradjat pula : “ i) awal remaja - bagi lelaki ialah antara 14 - 15 tahun, manakala bagi perempuan ialah 13 - 14 tahun. 19 ii) pertengahan remaja - bagi lelaki ialah 16 - 18 tahun, manakala bagi perempuan pula ialah 15 - 17 tahun. iii) akhir remaja - bagi lelaki ialah 18 - 21 tahun dan perempuan antara 18 - 20 tahun. Namun begitu, klasifikasi dan perbezaan umur ini tidak memberi apa-apa perbezaan pada definisi dan pengertian remaja yang sebenar. Klasifikasi umur tersebut hanya diletakkan mengikut pandangan ahli psikologi itu sendiri sebagai satu cara untuk membezakan antara satu peringkat dengan satu peringkat yang lain. Walau berapa pun umur yang dihadkan bagi setiap peringkat remaja ini, apa yang penting ialah melihat dan meninjau kepada setiap fasa perkembangan remaja itu satu persatu dengan melihat kepada pembentukan sahsiah serta penentuan mereka dalam memikul tugas hidup sebagai remaja dalam mencapai tingkah laku dan nilai sosial yang sesuai dengan masyarakat sekitar. 1.23.1) awal remaja : Awal remaja ini juga disebut sebagai praremaja iaitu masa akhir alam kanak-kanak. Usia sesuai bagi kategori ini ialah antara umur 9 hingga 12 tahun. Di waktu umur begini berlaku pertumbuhan pesat terutamanya dari segi tingkah laku mereka serta keinginan memasuki kelompok sejenis dan sejantina dan juga merangkumi perubahan-perubahan pada perkembangan diri yang berada di ambang akil baligh yang cenderung kepada pembesaran tubuh yang nyata. “ 20 Pada peringkat awal ini juga, buaian perasaan mudah berlaku dan mereka merasa seolah-olah tidak dikasihi dan sentiasa dizalimi. “ Mereka juga akan merasa malu, aneh dan bimbang kerana perubahan jasmani dan juga perubahan dari segi organ yang cepat berlaku di kalangan mereka. Tetapi kemudiannya mereka merasa bangga kerana pertumbuhan ini menyedarkan bahawa mereka bukan lagi seorang kanak-kanak. *” Dalam peringkat ini juga, mereka mulai pandai menikmati keindahan alam sekitar dan kadang-kadang mereka memberontak tentang kedudukan masyarakat dan adat kebiasaan mereka. Oleh kerana pemusatannya terhadap persekitarannya sudah mula bertukar daripada ibu bapanya kepada rakan sebaya, mereka lebih cenderung berkongsi dan merujuk segala masalah yang mereka hadapi terutamanya persoalan mengenai diri seperti persoalan mengenai kedewasaan fizikal, mental dan sosial kepada rakan sejantinanya. Mereka akan mengenepikan ibu bapa mereka dan disebabkan itu, timbulnya perbezaan pendapat dengan orang-orang tua dan masyarakat yang menjadikan mereka lebih bersikap melawan daripada bersikap sebagai kawan. “* Oleh itu, ibu bapa patut tunjukkan kemesraan yang dapat membuktikan keadilan dan kasih sayang mereka terhadapnya dan dengan ini, kelompok rakan sejantina yang digaulinya tidaklah menjadi pengganti mutlak kepada ahli keluarganya. Secara umumnya selain daripada kecenderungan remaja merujuk segala masalah mereka kepada rakan sebaya, perubahan dan pertumbuhan pesat yang berlaku di dalam diri remaja awal ini secara langsungnya juga turut mempengaruhi 21 tingkah laku serta tabiat mereka. Kerana ini, seharusnya mereka diberi perhatian dan kawalan daripada ibu bapa supaya sifat kemesraan dan kasih sayang akan dapat dirasai wujud dalam keluarga mereka khususnya dalam diri mereka sendiri. Tambahan pula sekiranya perubahan yang dilalui oleh remaja tersebut dibimbing dengan baik oleh ibu bapa mereka, pasti tiada kesukaran untuk mereka mengadaptasikan dengan diri mereka dan tidak akan berlaku sebarang masalah sehingga membawa kepada perkara dan akibat yang tidak diingini. 1.2.3.2) pertengahan remaja : Pertengahan remaja ini adalah sambungan dari alam praremaja atau awal remaja dan usia sesuai bagi kategori ini ialah antara 12 hingga 16 tahun. “ Secara khususnya, tidak wujud batas pemisah yang nyata daripada awal remaja tapi dapat dilihat dari tanda-tanda individu itu dari segi sosial mahupun fizikal. Pada umumnya, dari segi pergaulan, remaja di peringkat ini berbeza sedikit dari masa awal remaja. Perubahan ini sangat ketara bilamana mereka mempunyai keinginan dan hasrat berkawan dan bermesra serta masing-masing mulai menaruh perhatian terhadap sesiapa sahaja yang berlainan jantina dengan mereka. * Perubahan juga sangat ketara dapat dilihat dari segi mereka menjaga tubuh badan dengan baik dari segi solekan dan dandanan yang boleh menarik perhatian orang ramai. Segala perubahan dan tenaga mereka ini diperuntukkan untuk penyediaan diri dalam menghadapi dan menjalani peranan sebagai orang 22 dewasa dan cuba membuat keputusan-keputusan awal mengenai pilihan bidang kerjaya mereka di masa hadapan, tetapi di samping itu ada juga sebahagian kecil yang bertingkah laku nakal dan tidak menghiraukan perkara yang akan berlaku di masa hadapan. Oleh itu, bentuk kerjaya ketika dewasa bergantung kepada sikap dan haluan yang mereka pilih ketika remaja atau di bangku sekolah samada mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri, terus bekerja, menganggur atau terus terlantar di pusat-pusat pemulinan atau penjara. ** Di peringkat ini juga, rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan remaja dalam membimbing arah pemikiran serta tingkah laku mereka. Oleh itu, sesetengah golongan menganggap mereka tidak boleh diperbudakkan lagi kerana mereka sedang menuju ke arah kematangan tingkah laku yang seterusnya menyebabkan mereka ingin mendapatkan kebebasan yang sebanyak mungkin serta belajar mengawal tindak-tanduk kelakuan yang suka memaksa dan mendesak khususnya dari kalangan para ibu bapa mereka sendiri. Oleh itu, ibu bapa yang belum menjalin kemesraan sebelum ini adalah penting memulakannya di fasa ini supaya satu perhubungan yang baik dapat dicapai Di waktu peringkat begini jugalah, remaja lebih gemar membentuk identiti diri sendiri samada meniru gaya orang lain yang lebih popular atau memilih cara mereka sendiri. Justeru itu, perasaan ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu juga penyebab kepada kehidupan golongan remaja itu penuh dengan kegelisahan dan cabaran. © Sifat mereka yang sentimental itu juga menyebabkan mereka mudah 23 tergoncang serta bingung dan menganggap bahawa mereka hidup di dalam sebuah dunia yang berlainan dengan keadaan mereka yang gemar mengasingkan diri dari kehidupan umum. “ Justeru secara umumnya di peringkat ini, remaja akan lebih rasa tidak tenang serta selalu mengkritik dan merasai konflik dalam diri mereka. Remaja juga mula menentukan pilihan atau pendirian hidupnya sendiri. Seterusnya mereka akan mempraktikkan dan menguji nilai-nilai hidup yang telah dipilinnya di dalam kehidupan masyarakat mereka sendiri samada pendirian hidupnya itu sesuai dengan tempat mereka tinggal atau sebaliknya. Selain itu, pada peringkat ini juga rakan sebaya lebih berperanan dalam mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh para remaja disertai dengan perasaan yang kuat ingin mengetahui dan mencuba ‘sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka. 1.2.3.3) akhir remaja: la adalah alam mengakhiri keremajaan seseorang untuk melangkah ke alam dewasa. Had umur di peringkat ini boleh ditaksirkan bermula dari usia 17 atau 18 hingga 24 tahun. Akhir remaja ini juga boleh dikategorikan sebagai peringkat belia. Kematangan seseorang individu belia itu untuk capai ke tahap alam dewasa adalah berbeza mengikut keadaan dan perubahan sosial yang mereka alami. Contohnya, sekiranya mereka cepat menjejakkan kaki ke alam perkahwinan atau suasana pekerjaan, maka kematangannya berbeza berbanding rakannya yang sedang berada di alam pembelajaran lagi. Pada fasa ini, mereka juga lebin mampu untuk memilih dan membezakan perhubungan dalam kehidupannya. Keperluan terhadap sokongan rakan sebaya juga berkurangan dan remaja boleh berdikari tanpa ibu bapa mereka. Mereka juga lebih nyata dengan persediaan akhir untuk menjalankan peranan dewasa. * Seterusnya, mereka mula mengenal pasti bakat dan pilihan vokasional serta mula memantapkan identitinya untuk menghadapi masa hadapan dengan lebih matang dan yakin. Pada dasamya, setelah dapat menentukan pendirian hidup dan identiti diri, maka telah tercapailah masa akhir remaja dan telah terpenuhiah tugas-tugas perkembangan masa remaja. Akhimya, masuklah seseorang individu itu ke dalam alam dewasa awal. * Ringkasnya, ciri-ciri yang ketara yang dapat dibezakan antara remaja awal, pertengahan dan akhir ialah dalam cara pergaulan dan pemilinan rakan di kalangan mereka. Pada awal remaja, pemusatannya sudah mula bertukar daripada ibu bapanya kepada rakan sebaya dan pergaulan mereka akan lebih cenderung kepada kelompok sejenis dan sejantina mereka sahaja. Berbeza dengan di peringkat pertengahan, walaupun rakan sebaya masih memainkan peranan yang besar dalam membimbing arah pemikiran serta tingkah laku mereka, namun remaja mula mempunyai keinginan bergaul dengan kelompok berlainan jantina dengan mereka. Ini berterusan sehingga di peringkat akhir, namun mereka lebih mampu memilih dan membezakan perhubungan dalam kehidupannya. Keperluan terhadap rakan sebayanya juga berkurangan 25 berbanding di awal dan juga pertengahan remaja dan mereka juga mampu berdikari tanpa ibu bapa mereka dengan kematangan dan keyakinan yang dimiliki dan dibentuk oleh mereka di peringkat ini. Selain itu, pada peringkat awal, pertumbuhan jasmani remaja berlaku begitu mendadak dan cepat dan ianya jelas kelihatan pada otot-otot dan anggota- anggota luar. Kelenjar seks mereka juga berubah dan mula didorongi kehendak seksual yang belum pemah dirasai sebelum ini. Berbanding di peringkat akhir, pertumbuhan fizikal remaja mencapai tahap hampir muktamad dan mereka ini akan berasa pada tahap yang agak stabil. Dan mereka dapat menerima perubahan fizikal yang berlaku pada diri mereka. Pertumbuhan dan perkembangan seterusnya pula banyak berlaku pada aspek emosi, sosial, mental dan rohani. Lazimnya juga para remaja akan bertanya kemusykilan, berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan rakan-rakan sebaya mereka tetapi jawapan yang diperolehi tidak semuanya benar. Justeru itu, ibu bapalah yang memainkan peranan dalam menerangkan perubahan-perubahan yang sedang dialami oleh anak-anak remaja supaya menyenangkan lagi proses penerimaan diri yang baru oleh mereka. Di samping itu, mereka juga dapat menjalinkan hubungan yang baik dan saling percaya mempercayai di antara satu dengan yang lain. Oleh kerana itu, tahap-tahap perkembangan remaja ini perlu diketahui dan disebut di sini sebagai pengetahuan asas kepada setiap individu khususnya 26 mereka yang terdekat dengan remaja seperti ibu bapa dan guru kerana proses perkembangan yang dilalui oleh setiap individu remaja itu merupakan aspek yang terpenting yang periu diberi perhatian. Tambahan pula, dalam peringkat peralihan zaman remaja ini, beberapa perubahan mendadak berlaku dalam diri mereka yang membabitkan beberapa aspek perubahan diri ; fizikal, emosi, mental, sosial dan moral. Kerana difahamkan bahawa beberapa permasalahan tingkah laku dan konflik jiwa remaja dikatakan berakar umbi dari kejahilan pengetahuan mengenai aspek tersebut. °7 Oleh kerana itu selagi proses keremajaan atau tahap-tahap perkembangan remaja ini tidak ditinjau, selagi itu jugalah proses pembelajaran tidak mampu dipertingkatkan ke tahap kecemerlangan sekaligus permasalahan tingkah laku seperti menagih dadah dan sebagainya tidak dapat diatasi dengan sebaik-baiknya, 1.2.4) Perubahan remaja Sebagaimana diketahui umum, banyak perubahan yang akan dialami oleh Para remaja samada perubahan dari segi fizikal, fisiologi, psikologi mahupun perubahan sosial. * Perkembangan pesat ini khususnya akan membawa kepada pelbagai masalah kepada para remaja kerana waktu inilah remaja mengalami satu masa yang amat kompleks. Oleh itu, para ibu bapa harus peka terhadap Perubahan yang berlaku ke atas diri anak mereka kerana jika tidak dapat dikawal, ia akan membawa kepada akibat yang tidak diingini. 27 Seterusnya, untuk pemahaman yang lebih tentang diri remaja, ia dapat ditinjau kepada setiap perubahan yang dialami oleh para remaja itu sendiri satu persatu. 1.24.1) perubahan fisiologi : Perkembangan dan perubahan yang paling nyata beriaku di peringkat remaja ialah perubahan-perubahan fisiologi termasuk seksualnya. Penghasilan hormon gonadotropik oleh kelenjar pituitari akan merangsangkan pengeluaran beberapa hormon lain yang berfungsi dalam menentukan baligh seorang kanak- kanak. Antara lainnya, ia juga menolong kanak-kanak membesar dengan cepat dan mengubah ciri-ciri alat jantina kanak-kanak tersebut. Antara hormon-hormon yang dihasilkan ialah 4 jenis hormon - hormon estrogen, androgen, testosteron dan progesteron. * (Lihat Lampiran A) Setiap daripada hormon ini mempunyai fungsinya masing-masing dalam proses perkembangan dan perubahan fizikal seseorang remaja lelaki mahupun perempuan. Hormon androgen dan testosteron membantu sistem perkembangan bagi remaja lelaki manakala hormon progesteron dan estrogen pula membantu perkembangan remaja perempuan. Hormon progesteron menyebabkan bermulanya proses ovulasi dan haid pada wanita. Hormon festosteron pula menghasilkan sel-sel sperma pada lelaki. ® Di dalam tubuh wanita pula, tahap hormon estrogen mestilah melebihi daripada hormon androgen dan sebaliknya pula di dalam tubuh seorang lelaki. Ini semuanya kerana untuk menghasilkan 28 perubahan-perubahan bentuk tubuh badan pada setiap remaja lelaki dan perempuan yang akan diterangkan selepas ini di dalam tajuk perubahan fizikal. Perubahan fisiologi ini juga akan menimbulkan keinginan untuk mendampingi kawan yang berlainan jantina, pengeluaran mani apabila naik syahwat dan pelbagai masalah seks yang lain. 1.2.4.2) perubahan fizikal : Perubahan dan perkembangan fizikal para remaja itu secara keseluruhannya merangkumi semua bahagian sistem tubuh. Perubahan fizikal dan pertumbuhan jasad ini dipengaruhi oleh perubahan fisiologikal yang bertaku pada diri remaja. Ini dimulakan daripada pelbagai kegiatan hormon yang berkait rapat dengan pertumbuhan badan dan perkembangan biologi. Pada masa yang sama, ia akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan psikologi dan sosial dalam diri remaja. Contohnya, kematangan seksual seperti pertumbuhan buah dada dan kedatangan haid bagi remaja perempuan akan mendatangkan tekanan perasaan di dalam diri remaja tersebut. Umumnya remaja lelaki dan perempuan akan mengalami perubahan ketinggian dan berat badan yang berlainan. Ketika di peringkat remaja, keadaan tumbesaran bagi remaja lelaki amat lambat berbanding remaja perempuan yang akan mendadak naik dan akan beransur perlahan ketika mereka di akhir remaja. 29 Bagi remaja perempuan, selepas kedatangan haid yang pertama, mereka lebih cepat tinggi dan bertambah berat badan daripada remaja lelaki. Tetapi selepas umur 14 tahun, kesuburan lelaki menjadi bertambah pesat melampaui perempuan. ® Pembesaran yang pesat ketika akil baligh bagi kedua-dua remaja lelaki dan perempuan ini adalah disebabkan oleh pertambahan HGH (human growth hormone - hormon tumbesaran manusia) yang mengejut. “ Sebagai individu, masing-masing membesar mengikut kadar yang tersendiri. Bukan semua femaja suka akan perkembangan dan perubahan yang berlaku ke atas dirinya. Terdapat juga remaja yang berpuas hati dengan perubahan yang dialaminya, tetapi ramai yang kekok dengan atur langkah dan gerak tubuh badan mereka serta memikirkan dirinya samada terlalu pendek atau terlalu tinggi. Perubahan bentuk badan juga agak ketara berlaku di peringkat baligh ini. Sewaktu peringkat awal remaja ini, perubahan seks sekunder seperti pertumbuhan buah dada dan perubahan pada suara akan berlaku. Bagi remaja perempuan, perubahan pertama seks sekunder baginya ialah akumulasi sel-sel lemak di bahagian dada dan ini menyebabkan kepada pertumbuhan buah dada. Sel-sel lemak di bahagian punggung juga semakin bertambah dan struktur tulang pelvik juga akan semakin melebar. Bagi remaja lelaki pula, pertumbuhan bulu-bulu di muka dan bahagian tubuh seperti di ketiak menandakan mereka sudah baligh dan ia sebenamya menambahkan sifat-sifat kelelakiannya. Perubahan pada suara mereka yang menjadi semakin besar dan garau juga satu pengalaman yang mungkin memeranjatkan mereka. Seterusnya, bahu mereka akan melebar dan organ kelamin mereka juga akan turut membesar. © Akibat daripada perubahan bentuk badan ini, beberapa masalah adaptasi akan wujud dalam diri remaja itu. Antaranya ialah masalah berat badan. Selalunya masalah ini berlaku di kalangan remaja perempuan yang terlalu risau akan dirinya samada terlalu gemuk atau terlalu kurus. Bagi mereka yang tidak dapat mengawal berat badan, mereka akan mengalami masalah badan gemuk atau gempal. Akibatnya rupa fizikal mereka yang gemuk ini akan dikritik oleh teman-teman yang mendampingi dan bergaul dengan mereka. Antara masalah yang akan dihadapi Oleh setengah remaja ketika ini ialah masalah yang dikenali sebagai ‘anoreksia nervosa’ - iaitu masalah kurang berat badan dan mereka yang mengalaminya sentiasa menganggap diri mereka sentiasa gemuk, besar dan hodoh. Akibat kerisauan ini, mereka akan berusaha untuk menguruskan badan dengan cara menahan dan mengelak daripada makan dan mengamalkan diet yang keterlaluan dan tidak sihat yang akhimya mereka tidak sedar yang dirinya sudah terlalu kurus dan lembik tidak berdaya. Dalam separuh kejadian pula, mudarat kelaparan ini boleh mengakibatkan maut. © Manakala masalah lain pula dikenali sebagai ‘bulimia’ — iaitu pengamalan makan yang tidak betul dengan cara yang berulang- ulang kali diikuti dengan diet yang kronik dan ekstrem dengan cara memuntahkan balik segala makanan yang dimakan setiap kali selepas makan. °” 1.24.3) perubahan psikolog! : Sewaktu era transisi ini, remaja sering menghadapi konflik dalaman atau lebih dikenali dengan krisis identiti. Mereka masih keliru dalam membentuk identiti diri mereka sendiri bertandaskan sistem nilai yang baik. Sekiranya mereka dapat membentuk identiti sendiri dan konsep kendiri yang positif, mereka akan kurang 31 bergantung kepada rakan sebaya dan akan lebih bertanggungjawab atas tingkah laku mereka sendin. * Tidak kurang juga antara bentuk masalah psikologi yang dihadapi oleh para remaja ini ialah setengah remaja ini kadangkala dikatakan menghadapi masalah menerima bentuk tubuhnya yang baru ketika zaman balighnya. Kerana tidak semua remaja menghadapi masalah dalam menerima bentuk tubuhnya yang baru? Di akhir remaja pula, mereka lebih mengambil berat tentang kehidupan mereka, cara pemikiran yang lebih terbuka dan cara politik yang lebih rasional. Mereka lebih bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan kurang rasa terikat kepada ibu bapa mahupun rakan-rakan sebaya. Mereka dapat berfikir dan memilih kerjaya serta dapat memikul tugas-tugas dan berperanan sebagai orang dewasa. ” 1.2.4.4) perubahan sosial : Ketika di peringkat awal dan pertengahan remaja, persahabatan dan pergaulan sesama teman sebaya dalam satu kelompok kumpulan adalah penting bagi diri remaja. Oleh itu, segala tindak-tanduk remaja adalah terdorong daripada tindak-tanduk teman-teman sebaya. Bagi setengah remaja pula menganggap bahawa dengan penubuhan kelompok rakan sebaya akan membentuk sikap keyakinan diri dan identiti diri yang berlandaskan nilai-nilai akhlak yang mulia dan terpuji. ” 32 Rentetan itu, pengaruh rakan sebaya adalah kuat berbanding pengaruh ibu bapa. Remaja lebin gemar berkongsi masalah yang dihadapinya dengan rakan sebaya berbanding menceritakannya dengan ibu bapa atau keluarga mereka. Mereka juga menganggap segala kritikan, pandangan dan teguran dari kelompok rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar atas segala tingkah laku dan tatacara kehidupan mereka. Masalah penyesuaian sosial di antara para remaja dengan ibu bapa mereka ini sentiasa wujud sekiranya ibu bapa jarang berbincang dengan anak- anak dan tidak mengambil berat akan perasaan dan kehendak anak-anak mereka. Ini menyebabkan para remaja merasa kurang dihiraukan dan tidak disayangi. Rentetan itu, ada setengah remaja melawan ibu bapa mereka dengan cara menyembunyikan dir, bergaduh, ponteng sekolah dan bermacam-macam masalah sosial yang lain. Oleh itu, cara gaya keibubapaan yang memberi sokongan sosial dan emosi yang bersesuaian dengan keadaan diri remaja tersebut adalah amat perlu dalam pembentukan sahsiah anak-anak remaja. 1.3) MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA Memandangkan peringkat remaja ini suatu peringkat peralihan di antara era kanak-kanak dan era dewasa yang menghadapi pelbagai fenomena perubahan fizikal, sosial, budaya, emosi dan identiti, maka tidak hairanlah jika 33 banyak masalah sosial dikaitkan dengan mereka berbanding dengan golongan dewasa. Ini kerana perubahan-perubahan tersebut secara langsungnya mempunyai kaitan dan pengaruhnya kepada tingkah laku remaja. Contohnya, remaja mengalami perubahan mendadak dalam beberapa aspek kehidupan terutamanya pertumbuhan fizikal yang memeriukan kekuatan penyesuaian diri. Perubahan fizikal ini akan mempengaruhi pertumbuhan emosi remaja tersebut. Oleh kerana dalam kehidupan mereka, emosi atau perasaan memainkan peranan yang sangat besar dan kadang-kadang ia lebih berpengaruh daripada fikiran, maka kebanyakan daripada tingkah laku remaja ini lebih dikuasai dan dipengaruhi ‘oleh emosinya di samping perubahan-perubahan fizikal, sosial dan budaya remaja tersebut. * Selain penyesuaian diri yang perlu dipelajari oleh para remaja itu dalam menerima bentuk dan perasaan emosi yang ada pada tubuh baru mereka, penyesuaian diri dengan alam sekeliling, manusia dan situasi sekitar yang berlainan juga peru dipelajari. ™ Ini kerana persekitaran sekeliling juga mempunyai kaitan dan pengaruhnya kepada tingkah laku remaja. Secara umumnya para remaja ini perlu mempelajari dan menyesuaikan diri mereka dengan keadaan alam sebenar apabila mereka memasuki era remaja supaya tidak berlaku kepincangan tingkah laku dan tatacara akhlak remaja sehingga berlakunya banyak masalah sosial sepertimana sekarang antaranya masalah penyalahgunaan dadah, vandalisme dan aktiviti seks bebas. Selain daripada perubahan-perubahan ini juga, berbagai faktor tolakan, tarikan dan faktor sampingan ™ juga antara penyebab kepada berbagai masalah sosial dan kerosakan yang berlaku di kalangan remaja. Hal ini banyak menimbulkan kebimbangan masyarakat terutamanya ibu bapa mereka. Oleh itu, fenomena tersebut memerlukan kesedaran daripada semua pihak supaya langkah-langkah membendungnya dapat diatasi daripada peringkat akar umbinya. 1.3. Definisi keruntuhan Banyak perilaku remaja hari ini dianggap di sisi Islam sebagai runtuh dan rosak akhlaknya. Jika seseorang itu dikatakan “orang yang runtuh akhlaknya”, ini bermakna dia ialah “seorang yang telah rosak akhlaknya”. 78 Keruntuhan juga ‘sama maksud dengan binasa atau kalah. 7 Oleh itu, seseorang remaja dianggap mempunyai moral yang rendah apabila ia mempunyai tingkah laku, perbuatan atau tindakan yang bertentangan dengan nilai-nilai sosial dan agama di dalam masyarakat. 13: isi IE Perkataan ‘akhlak’ berasal dari bahasa Arab iaitu jamak dari ‘khuluqun’ (Gl) yang menurut bahasa diertikan sebagai budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat. Perkataan ini adalah pecahan dari perkataan ‘khaiqun’ (G+ ) yang bererti kejadian, serta erat hubungannya dengan ‘khdliq’ ( 3) ) yang bermaksud 35 pencipta dan makhidq ( Gyles» ) yang bererti yang diciptakan. Perumusan pengertian akhlak ini timbul sebagai media yang memungkinkan adanya hubungan baik antara Khaliq dengan makhluk dan antara makhluk dengan makhluk. ’* Akhlak sebagaimana di dalam Kamus Dewan diertikan sebagai budi pekerti, kelakuan, tabiat atau watak. Atau dengan ertikata lain ialah kelakuan atau tingkah laku manusia. Mu jam Falsaf7 pula mendefinisikan khuluq sebagai kebiasaan, tabiat, adat, maruah dan agama atau ringkasnya gambaran batin seseorang. Menurut Mu‘am al-Wasif, akhlak atau ‘khuluqun’ (mufradnya) ialah keadaan (sifat) yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinyalah terbentuknya perbuatan-perbuatan baik atau buruk tanpa berhajat kepada pertimbangan fikiran terlebih dahulu."’ Pengertian ini adalah sama dengan pengertian yang telah diberikan oleh moralis Islam yang terkenal Afmad Ibn. Miskawayh. Beliau pula telah membahagikan keadaan jiwa itu kepada dua bahagian ; ** i) Tabii atau sifat semulajadi seseorang seperti cepat marah terhadap perkara yang kecil, cepat terkejut dengan berita yang didengar, cepat putus asa dan sebagainya. ii) Keadaan jiwa yang dibentuk melalui latihan-latihan atau kebiasaan. Ini akan melalui dua peringkat ; peringkat pertimbangan dan pemikiran yang teliti dan peringkat melakukan satu-satu kebaikan sehingga menjadi kebiasaan dalam amalan hidup seseorang. Menurut Or. ‘Umar Mufammad al-Tdmi pula, akhlak boleh diertikan sebagai kebiasaan atau sikap yang mendalam dalam jiwa yang boleh melahirkan perbuatan dengan mudah dan cepat. lanya juga satu faktor yang boleh mempengaruhi tingkah laku manusia dan berkebolehan untuk menyesuaikan dirinya dengan alam sekitar. imam al-Ghazai pula menyatakan bahawa akhlak bukanlah pengetahuan atau kebolehan melakukan sesuatu dan bukan juga baik atau buruk itu sendiri, tetapi hakikatnya akhlak itu ialah keadaan kejiwaan seseorang sebagai daya penggerak kepada wujudnya satu-satu tingkah laku dan perbuatan seseorang itu. Gerak jiwa inilah yang telah melahirkan perbuatan baik yang boleh diterima oleh syarak dan akal atau perbuatan jahat yang dinamakan ‘akhiak yang buruk’. bol Sebagai ringkasan daripada definisi-definisi yang telah dinyatakan, dapatlah disimpulkan bahawa akhlak ialah sumber dari segala perbuatan yang sewajamya yakni yang tidak dibuat-buat atau dipaksa-paksa dan perbuatan yang dapat dilihat itu sebenamya merupakan gambaran dari sifat-sifat yang tertanam dalam jiwa. “ Seterusnya, dapatiah dikhususkan akhlak itu tergolong kepada 3 aspek ; * i) sifat semulajadi yang dimiliki oleh seseorang secara fitrah. 37 ii) akhlak terbahagi kepada dua ; aspek batin atau kejiwaan yang merupakan tenaga penggerak kepada pembentukan tingkah laku dan zahir, kelakuan atau akhlak luaran yang dilakukannya bukan kerana tekanan emosi atau desakan daripada luar seperti paksaan dan sebagainya. iii) sifat yang dimiliki oleh seseorang melalui usaha dan latihan yang akhimya sebati dan menjadi adat atau tabiat serta menjadi kebiasaan dan darah daging seseorang. in kes gejala sosial Berbagai-bagai masalah sosial dan kerosakan telah berlaku pada masa sekarang. Lazimnya beberapa masalah penyesuaian diri akan wujud semasa seorang individu remaja itu mengalami baligh. Tidak kiralah samada ia melibatkan penyesuaian diri dari segi sosial, moral atau fizikalnya. Contohnya, masalah penyesuaian sosial di antara para remaja dengan ibu bapa mereka akan sentiasa wujud sekiranya perbincangan antara mereka jarang dibuat dan ibu bapa kurang mengambil berat perasaan anak-anak. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa menyedari dan mengetahui segala perubahan yang dialami oleh anak remaja mereka supaya menyenangkan lagi proses penerimaan diri yang baru oleh para remaja. Cara tersebut juga adalah amat perlu dalam pembentukan sahsiah anak-anak remaja. Struktur dan perubahan diri remaja serta cara gaya keibubapaan yang memberi sokongan sosial dan emosi yang bersesuaian dengan keadaan diri 38 remaja tersebut selalunya berhubung kait dengan pembentukan sikap, tingkah laku dan akhlak anak-anak remaja. Sekiranya perubahan remaja yang mendadak disertakan dengan bantuan dan bimbingan ibu bapa atau orang yang terdekat dengannya, ia akan dapat melahirkan anak remaja yang sinat daripada segi akhlak dan tingkah lakunya. Remaja tersebut tidak akan mengalami apa-apa masalah terutama yang berkaitan dengan keruntuhan akhlak dan sosialnya dan segala potensi ketika remajanya akan lebih terserlah. Tetapi sebaliknya pula akan berlaku kepada remaja yang tidak mendapat perhatian yang sewajamya daripada ibu bapa semasa peringkat balighnya juga tanpa jalinan kemesraan yang tinggi pada peringkat kanak-kanaknya, mereka akan menghadapi pelbagai masalah menyesuaikan dirinya dengan dunia sekelilingnya serta tidak mampu menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu seorang anak yang dididik dengan penuh adab sopan baik dari segi tutur kata mahupun bentuk perlakuannya, sudah pasti mereka akan mempunyai tingkah laku yang baik juga. Lebih jauh daripada itu, mereka tidak mungkin melibatkan diri dengan anasir- anasir yang tidak sihat seperti bergaduh, melacur, menyalahgunakan dadah dan sebagainya. *” Segala bentuk salah laku dan jenayah tersebut atau yang lebih dikenali sebagai masalah sosial remaja mempunyai hubung kaitnya dengan runtuh dan rosak akhlak seseorang remaja tersebut. Kerana segala masalah sosial remaja ini pastinya mempunyai hubungan dengan kelakuan, budi pekerti serta tingkah laku mereka yang dianggap bertentangan dengan nilai-nilai sosial dan agama di dalam satu kelompok masyarakat. Ini jelas dengan bertambahnya bilangan remaja yang 39 terlibat dengan pelbagai kesalahan salah laku dan jenayah di negara ini yang terus meningkat dari tahun ke tahun. Sehingga tahun 1996 sahaja, bilangan tangkapan kes juvana meningkat kepada 2,820 orang berbanding 2,537 orang pada tahun 1995. ® Contohnya, beberapa orang pelajar yang dikatakan bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan agama dan negara telah ditangkap di salah sebuah sekolah di Johor Bharu kerana disyaki terlibat dalam penggunaan dadah jenis ganja. ° Paparan tentang masalah keruntuhan atau kerosakan akhlak sebahagian remaja ini telah menjadi satu isu hangat yang sering diperkatakan dan diperdebatkan. la juga menjadi agenda negara hingga seluruh pemimpin dari yang tertinggi hingga serendahnya membicarakannya. Justeru itu, perilaku yang boleh kita golongkan sebagai kerosakan akhlak terbahagi kepada tiga iaitu ; Le) i) kenakalan biasa yang dapat kita masukkan seperti bergaduh, ponteng sekolah, melepak, keluar rumah tanpa izin ibu bapa dan sebagainya. ii) kenakalan yang membawa kepada jenayah contohnya seperti merokok yang boleh membawa kepada menagih dadah dan seterusnya membawa kepada merompak dan membunuh. iii) Kenakalan khusus (jenayah) dan dalam kategori ini dapat kita masukkan jenayah berat yang dilakukan oleh golongan remaja seperti membunuh, merogol, menyertai kongsi gelap, pelacuran, peras ugut dan penyalahgunaan dadah. Sebenamya, tiada kategori khusus untuk pembahagian kes-kes gejala sosial ini tetapi setiap institusi °"' membahagikan isu tersebut berdasarkan peranan masing-masing. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) pula mengklasifikasikan isu gejala sosial menurut kumpulan sasar yang dikendalikan oleh mereka. Kumpulan sasar tersebut terdiri daripada empat golongan iaitu kanak-kanak, remaja, wanita dan keluarga. Contohnya; seperti kes-kes penderaan dan penganiayaan serta kes rogol yang melibatkan kanak-kanak, kes remaja lari dari rumah, kes keganasan, penderaan dan pelacuran yang sering melibatkan golongan wanita. JKMM pula telah mengenal pasti bahawa remaja banyak terlibat dalam kes-kes seperti berikut ; 7 i) isu kejenayahan di kalangan remaja seperti yang membabitkan harta benda contohnya vandalisme, pecah rumah, curi basikal dan motosikal, salah guna dadah dan pergaduhan sesama mereka. ji) isu remaja lari dari rumah iii) isu kehamilan luar nikah seperti pelacuran, bohsia dan isu kesalahan seksual misalnya homoseks. iv) perilaku negatif seperti melepak dan ponteng sekolah. Selain masalah penyalahgunaan dadah sebagai kajian utama, dipaparkan juga bentuk-bentuk masalah sosial yang lain seperti vandalisme, remaja lari dari 41 rumah dan sebagainya di bawah ini sebagai salah satu langkah berhati-hati untuk pembaca khususnya ibu bapa dan guru atau penyelidik lain tentang bahayanya dan banyaknya lagi bentuk-bentuk masalah sosial yang boleh dikaitkan dengan tingkah laku dan perilaku remaja. Memandangkan remaja ketika zamannya mengalami perubahan perkembangan sosial, mereka cenderung untuk berpisah daripada struktur kekeluargaan kerana menganggap kawan-kawan sebayanya adalah lebih penting, maka mereka akan mudah terpengaruh dengan masalah yang melibatkan tingkah laku dan perlakuannya. * Tambahan pula, selain masalah penyalahgunaan dadah yang melibatkan golongan remaja, bentuk- bentuk masalah sosial yang lain ini juga merupakan masalah tingkah laku yang dihadapi oleh mereka dewasa ini. Justeru itu, disertakan di bawah ini beberapa contoh gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja khususnya bagi memperlihatkan serba sedikit latar belakang setiap contoh isu tersebut. Sebahagian contoh tersebut diambil berasaskan penyenaraian yang telah dibuat oleh pihak JKMM sepertimana yang telah diterangkan di atas. 1.3.4.1) vandalisme : Vandalisme sebagaimana yang ditakrifkan oleh Kamus Oxford Advanced Leamers ™ sebagai ‘willfully destroy or damage (public property)” dan vandal sebagai “person who willfully destroys or damages works of art, public and private Property, the beauties of nature, efc”. Oleh itu, vandalisme ini merupakan 42 Perbuatan laku musnah atau melakumusnahkan * harta benda awam seperti Pondok-pondok telefon, meter tempat letak kereta dan lif-lif di perumahan awam. Perbuatan vandalisme ini seringkali dikaitkan dengan golongan remaja yang masih di bangku sekolah dan tidak ketinggalan juga remaja yang “tercicir” (yang tidak bersekolah dan lazimnya mereka ini digelar sebagai kutu-kutu rayau). Selalunya, keadaan ini dihubungkaitkan dengan perbuatan mereka kerana keadaan zaman remaja yang disifatkan sebagai zaman peralihan antara zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Sebagaimana pendapat pakar runding psikiatri forensik, Prof. Madya Dr. Mohammed Hatta Shaharom, * punca utama terjadinya vandalisme di kalangan remaja adalah kerana mereka dilanda kecewa, tidak berjaya mengawal emosi, ingin membalas dendam dan gangguan jiwa. Beliau juga berpendapat antara punca lain ialah pengaruh rakan sebaya kerana Pengaruh mereka sangat besar kesannya terhadap pembangunan mental dan Perlakuan remaja sehingga menyebabkan remaja sanggup melakukan perkara- perkara yang melanggar undang-undang. Sesetengah golongan remaja yang melakukan perbuatan vandalisme ini kerana suka-suka sahaja dan hanya untuk mengisi masa lapang sahaja. Tidak terlintas dalam fikiran mereka bahawa perbuatannya itu akan mencemarkan tempat-tempat awam dengan pandangan yang menyakitkan mata. *” Ada juga femaja yang melakukannya kerana sedang mabuk bercinta. Mereka gemar menconteng di batang-batang pokok khususnya di tepi-tepi pantai dan di taman- taman rekreasi serta pada lif-lif di taman perumahan awam. Selalunya tulisan cinta dan lambang hati ‘love’ serta anak panah dan nama dua merpati sejoli akan terpahat di pokok-pokok dan lif-lif tersebut. Sekiranya perbuatan vandalisme ini tidak dibendung, ia pasti menjadi wabak yang berpanjangan dan membawa keseronokan kepada para remaja. Justeru itu, diharapkan kempen ‘Anti Vandalisme’ yang telah dirasmikan dengan temanya ‘Harta Awam Milikku Milikmu” yang telah dimulakan sejak awal tahun 1997 lagi akan memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menangani masalah ini dan khasnya untuk golongan remaja supaya sedar akan perbuatan mereka yang mencemarkan tempat-tempat awam. 1.3.4.2) remaja lari dar{ rumah : Kerapkali apabila membaca suratkhabar, ada sahaja iklan-iklan atau laporan mengenai kehilangan anak remaja terutama remaja perempuan. Ini terbukti daripada kajian yang telah dibuat oleh pihak JKMM ke atas 220 orang Temaja yang lari dari rumah pada tahun 1992, menunjukkan kebanyakan mereka yang melarikan diri adalah di kalangan remaja perempuan sebanyak 70.5%, masih bersekolah sebanyak 41.8% dan berasal dari luar bandar seramai 37.8%. ® Pada hakikatnya, fenomena ini bukanlah suatu yang baru. Pelbagai usaha telah dibuat samada oleh pihak keluarga, pihak berkuasa mahupun badan-badan tertentu, namun perkara tersebut terus berlaku. Mengikut kajian Polis Bukit Aman, kebanyakan remaja yang lari dari rumah ialah berumur di antara 14 hingga 18 tahun. ™ Ini sesuai dengan definisi yang 44 telah dibuat oleh G.R. Adam dan T. Gullota untuk golongan remaja lari dari rumah sebagai mereka yang berumur 18 tahun ke bawah dan telah meninggalkan rumah tanpa pengetahuan ibu bapa atau diabaikan oleh keluarga.""' Peringkat umur begini selalunya belum begitu matang dan mereka bertindak mengikut hati. Mengikut perangkaan Polis Diraja Malaysia pula menunjukkan sebanyak 19,063 kes orang hilang telah dilaporkan sepanjang tempoh 6 tahun iaitu dari tahun 1991 hingga 1996. ' Dikaji pula dari segi bangsa, remaja Melayu Islam adalah tertinggi terlibat dalam kes ini iaitu 461 orang (perangkaan dan Januari hingga September 1992), kedua tertinggi ialah remaja India sebanyak 158 orang dan remaja Cina sebanyak 134 orang, sementara lain-lain bangsa hanya 17 orang. "* Tetapi ini hanya daripada bilangan kes yang telah dilaporkan, manakala bilangan kes yang masih tidak dilaporkan mungkin masih banyak yang tidak diketahui. Terdapat banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan kes ini antaranya disebabkan oleh kecelaruan perhubungan di antara remaja berkenaan dengan ibu bapanya. Sesetengah ibu bapa terlalu mengawal pergerakan dan pergaulan anak- anak remaja dengan tidak memberi kebebasan untuk mereka berbincang dan menyatakan sesuatu. ™ Disebabkan oleh kongkongan tersebut, remaja mengalami tekanan emosi dan seterusnya mengambil jalan mudah dengan lari dari rumah tanpa pengetahuan keluarga. ‘Sehubungan dengan isu ini juga, pengaruh rakan sebaya dan percintaan'’® juga merupakan salah satu faktor utama. Lebih-lebih lagi kepada remaja perempuan yang terlibat dalam kancah percintaan, mereka mudah terpengaruh dengan pujuk rayu teman lelakinya. Ringkasnya, ketidakstabilan dan krisis dalam institusi kekeluargaan merupakan penyumbang besar kepada masalah remaja lari dari rumah. Memandangkan remaja adalah golongan paling sensitif dan suka memberontak, maka cara mengawasi mereka juga berbeza. Percanggahan pendapat sering berlaku antara golongan dewasa dan remaja ini. Oleh itu, setiap anggota masyarakat harus sedar peranan mereka dalam memastikan _institusi kekeluargaan dapat dikekalkan dalam keadaan aman dan harmoni supaya dapat membimbing remaja daripada terjerumus ke dalam kancah yang tidak diingini. 1.3.4.3) melepak : Melepak adalah istilah yang digunakan untuk mereka yang sering didapati berkeliaran di tempat-tempat awam seperti pusat-pusat membeli-belah atau di tepi-tepi kaki lima tanpa tujuan dan tanpa melakukan perkara-perkara yang berfaedah. '* Melepak ini adalah satu perbuatan membuang masa dengan tidak tentu hala yang kelihatan sering dilakukan oleh para remaja kita kerana golongan ini sentiasa dapat dilihat melepak di pusat-pusat membeli belah dan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Antara tingkah laku yang sering dilihat dilakukan oleh mereka ialah menghisap rokok, mengacau orang yang lalu-lalang di hadapan mereka dan tidak kurang juga berbual-bual kosong, ketawa sambil bertepuk tampar antara lelaki dan perempuan. Sesetengah remaja menganggap melepak itu adalah satu perkara yang tidak bertentangan dan salah sekiranya mereka tidak melanggar peraturan dan undang-undang. Sebaliknya mereka mengatakan bahawa melepak hanya salah satu cara untuk melepaskan ketegangan fikiran atau salah satu cara berehat dengan berjumpa dan bercerita dengan rakan sebaya. "” Menurut kajian awal tentang budaya lepak di kalangan remaja Kuala Lumpur, didapati sebanyak 74% yang terlibat ialah golongan belia yang berumur di bawah 21 tahun dan sebanyak 44.9% daripada mereka ialah golongan remaja yang berumur antara 15 hingga 18 tahun. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 45.8% daripada mereka masih belajar. Menerusi hasil kajian yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan pula, sebanyak 28% daripada 5,860 remaja yang ditemubual mengaku terbabit dalam aktiviti seks sebelum kahwin (seks bebas). '* Keadaan ini dirasakan sebagai satu masalah besar yang perlu diberi perhatian yang wajar oleh semua pihak kerana jika tidak dibendung akan mendedahkan diri remaja kepada masalah gejala sosial yang lebih besar lagi seperti kehamilan luar nikah. 47 1.3.4.4) pelacuran: Pelacuran ialah satu perbuatan seks yang berlaku di dalam masyarakat dan dilakukan secara tidak sah menurut hukum syarak. '° Selalunya perfakuan seks ini dilakukan kerana ada pulangan yang lumayan iaitu wang ringgit yang banyak yang boleh didapati dalam satu malam. Tetapi dalam Islam samada tanpa imbuhan atau dengan imbuhan yang didapati, perbuatan melacur ini adalah salah kerana perbuatan tersebut boleh dikategorikan sebagai perbuatan zina yang merupakan satu perlakuan yang amat keji dan tergolong dalam kumpulan dosa- dosa besar. la merupakan jenayah yang mencabul maruah, kehormatan dan keturunan yang bersih. *"" Di antara sebab perbuatan ini dikategorikan dalam perbuatan zina kerana hubungan pelacur dengan pelanggannya adalah hubungan yang tidak sah dan tanpa pemikahan. lanya ialah persetubuhan yang dilakukan ke atas perempuan yang belum dinikahinya dan perbuatannya itu dilakukan suka sama suka tanpa sebarang paksaan. Tambahan pula, perbuatan melacur ini akan berhadapan dengan masalah melahirkan anak luar nikah. Sepanjang tempoh 1993 hingga 1996 sahaja terdapat sejumlah 567 wanita mengandung luar nikah di 10 buah institusi di bawah seliaan JKMM. Hasil daripada kajian yang dijalankan oleh jabatan ini pada tahun 1993 menunjukkan kebanyakan responden yang melahirkan anak luar nikah berumur antara 18 hingga 20 tahun. '? Banyak faktor penyebab kepada perbuatan ini seperti wujudnya kerenggangan komunikasi dan kasih sayang antara ibu bapa dan anak. "? Akibat daripada kelonggaran hubungan kekeluargaan ini, gadis remaja akan mengamalkan gaya hidup bebas yang akhimya menjerumuskan mereka dalam pelacuran. Tidak dinafikan juga dengan penambahan filem-filem atau video lucah dan majalah-majalah yang menerbitkan gambar-gambar lucah merupakan penyumbang kepada penglibatan para remaja dalam kancah pelacuran ini. Ini kerana kebanyakan penggemar rancangan yang berunsur lucah, seks dan tahyul ini merupakan golongan pelajar-pelajar sekolah. Ini dapat dilihat daripada statistik kajian yang telah dijalankan oleh Bahagian Penyelidikan Kementerian Penerangan pada Jun 1994 yang meliputi 9.3 juta penonton televisyen berumur lebih 15 tahun mendapati 82.1% gemar menonton rancangan berbentuk tahyul, 80.7% adegan seks dan 72.8% babak ganas. ' Tambahan pula, pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan juga menjadi pemangkin kepada masalah ini. Justeru itu, sebagai ibu bapa atau orang perseorangan mestilah mengambil tindakan segera dalam menangani masalah ini kerana sekiranya gejala ini tidak dibendung dan dikawal, kemungkinan bertambahnya penghidap AIDS (sindrom kurang daya tahan penyakit) di kalangan golongan remaja. Perkara ini tidaklah mustahil berlaku sebagaimana telah berlaku pada awal tahun 1996 iaitu seramai 13 orang pelajar sekolah menengah telah dikenal pasti sebagai penghidap AIDS atau pembawa kuman HIV-positif. "'S 49 1.3.4.5) bohsia / bohjan : |stilah bohsia / bohjan mula dikenali pada pertengahan tahun 1994 adalah merupakan aktiviti seks bebas tanpa melalui ikatan perkahwinan atau pemilikan yang sah dilakukan antara remaja perempuan dan lelaki yang bukan muhrim. ‘Bohsia’ — gelaran bagi gadis yang bergaul dengan lelaki secara bebas yang rata- fata berumur antara 13 hingga 18 tahun, manakala ‘bohjan’ — gelaran yang diberikan kepada remaja lelaki yang kebanyakannya berusia antara 18 hingga 22 tahun yang mengambil kesempatan menikmati seks secara percuma daripada gadis bohsia tersebut. ""* Seterusnya, menurut Rahimin Affendi dalam artikelnya, istilah yang penuh dengan nisbah keburukan ini telah digunakan antara lainnya 17 i) gadis remaja bawah umur yang bersikap liar. ii) gadis remaja yang terlibat dengan amalan seks bebas. Sebenamya, banyak pendapat yang dikemukakan tentang punca berlakunya gejala bohsia / bohjan ini. Antaranya pendapat yang menyatakan bahawa kerosakan gadis-gadis bohsia ini sebenamya bermula semenjak mereka di peringkat bayi lagi. Penyebabnya ialah berlakunya pemikahan yang tidak sah dan pergaulan bebas dan sumbang sebelum perkahwinan antara suami isteri (ibu bapa gadis bohsia) ' yang akan melahirkan anak luar nikah hasil perbuatan mereka dan yang akhimya penyebab kepada keturunan dan baka yang rosak. la ibarat pokok yang tidak subur dan rosak kerana kerosakan telah berlaku di Peringkat benihnya lagi. Hubungan komunikasi antara anak dan ibu bapa yang renggang dan ditambah pula dengan pengaruh dan ajakan rakan-rakan "® juga penyumbang kepada lahimya gadis-gadis bohsia dan jejaka bohjan ini. Justeru itu, sebagai ibu bapa dan merangkumi anggota masyarakat juga adalah menjadi tanggungjawab untuk mendidik anak-anak di peringkat awal serta mengawasi gerak-geri mereka supaya masalah bohsia / bohjan tidak akan timbul lagi. 1.3.4.6) homoseks : Ahli psikologi lazimnya mendefinisikan ‘homoseksualiti’ sebagai suatu keadaan seseorang yang cenderung, tertarik, terangsang secara seksual dan / ataupun melakukan aktiviti seks dengan seseorang yang sama jantina dengan dirinya. "° Golongan homoseks ini terdiri daripada kalangan perempuan dan lelaki. Lelaki homoseks digelar ‘gay’, manakala perempuan homoseks pula sebagai ‘esbian’. *" Perhubungan yang rapat di antara dua lelaki atau dua perempuan yang telah tertarik atau jatuh cinta antara satu sama lain hingga mereka boleh mencari kepuasan batin walaupun tidak sepenuhnya merupakan satu kelainan tingkah laku seks yang bertentangan dengan fitrah manusia. ‘7 Di kalangan masyarakat di Malaysia, penerimaan dan amalan homoseks ini nampaknya semakin menular secara ‘halus’ dan ‘senyap’. Ini telah terbukti setelah seorang informan yang mengambil kursus berkenaan topik ini telah melaporkan tentang wujudnya pusat kaunseling dan ‘bar’ untuk kaum gay di Kuala 51 Lumpur. Sekurang-kurangnya ada 2 buah ‘bar’ yang telah dikenal pasti di Jalan Bukit Bintang dan Central Market sebagai medan perjumpaan kaum gay tersebut serta pusat kaunseling yang merupakan sebuah tempat yang menggalakkan serta menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk gay dan transeksual. ‘7° Islam melarang perbuatan kedua-dua jenis seks ini. Kedua-dua tingkah laku seks ini adalah melanggar hukum agama dan syarak serta bertentangan dengan batas kenormalan manusia serta menyalahi hukum alam. Dalam Islam, tingkah laku seks hanya dibenarkan sekiranya pasangan lelaki dan perempuan sudah mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. '* Oleh itu, bolehlah dianggap tingkah laku seks seperti ini sebagai abnormal kerana ia terang-terangan merupakan perbuatan yang bertentangan dengan agama dan fitrah manusia. Semenjak zaman Nabi Lit a.s dahulu lagi, Allah telah melarang perbuatan yang haram ini. Sebagaimana yang telah diceritakan dalam surah al-Syu‘ara’ (26:165-166) tentang kewujudan masalah homoseks ini di zaman baginda lagi. Walaupun Nabi Lit telah melarang dan menegah kaumnya supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu, namun mereka tidak mengendahkannya. Akhimya, Allah telah menurunkan bala dan musibah ke atas mereka dengan menenggelamkan negeri mereka ke dalam laut sehingga sekarang ianya digelar sebagai ‘Laut Mati’ dan tidak terdapat tumbuh-tumbuhan laut yang hidup di dalamnya. ‘5 52 Jelasnya, tingkah laku seks yang haram ini merupakan satu jenayah besar yang sangat-sangat dikutuk oleh Allah kerana perbuatan ini penanda kepada penghapus zuriat umat manusia dari muka bumi ini. Sedangkan tugas seorang manusia yang dilahirkan adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Umumnya, kesemua contoh-contoh gejala sosial yang diterangkan di atas merupakan satu tingkah laku yang bertentangan dengan nilai-nilai etika dan akhlak Islam. Cuma hukuman ke atasnya berbeza kerana tingkah laku seperti vandalisme, remaja lari dari rumah dan melepak hanya merupakan satu tingkah laku yang bertentangan dengan tatacara dan akhlak Muslim sejati. la boleh dijatuhkan hukuman fa‘zir mengikut pelaksanaan budi bicara pemerintah. Manakala bagi tingkah laku yang melibatkan maruah dan aktiviti seks bebas seperti pelacuran, bohsia/bohjan dan homoseks merupakan satu jenayah yang termasuk dalam salah satu kumpulan dosa-dosa besar dan ianya sangat- sangat dikutuk oleh Allah. Tambahan pula, ketiga-tiga jenis tingkah laku seks ini melanggar hukum agama dan syarak. Untuk itu, bagi ketiga-tiga tingkah laku seks ini termasuk dalam jenayah hudud yang akan dikenakan hukuman had yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t ke atas si pelakunya mengikut jenis dan kadar jenayah yang dilakukannya. 1.4) KESIMPULAN Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa zaman remaja merupakan zaman peralihan yang penuh dengan dugaan dan pancaroba kerana banyak pengaruh daripada luar yang membentuk mereka seperti faktor rakan sebaya, faktor persekitaran yang datang contohnya daripada pusat-pusat hiburan yang ada yang dapat merangsang remaja ini untuk meniru dan terjerumus ke dalamnya. Ini kerana setengah remaja mengalami kesukaran menghadapi zaman remajanya. '** Pelbagai jenis masalah seperti perubahan sosial, dir, mental, percubaan- percubaan dalam hidup yang berbagai bentuk seperti percubaan merokok, mengambil dadah, hubungan seks dan pelbagai lagi berlaku pada masa sekarang sehingga membawa kepada akibat yang tidak diingini. Namun begitu, bagi setengah remaja yang tidak menunjukkan sebarang masalah dan sebaliknya sentiasa riang dan gembira pada waktu ini, melihat zaman remaja itu sebagai satu zaman kegemilangan perkembangan. Namun ia tetap merupakan zaman yang mencabar kewibawaan ibu bapa dan remaja itu sendiri dalam menangani segala dugaan dan masalah yang datang. Dalam Islam, tahap baligh (cukup umur) penentu kepada bermulanya masa remaja serta penanda tanggungjawab sebagai seorang Muslim mukalaf. Dengan ini, tertanggunglah ke atas mereka segala tugas dan tanggungjawab agama. Manakala mengikut ahli psikologi pula, masa remaja itu bermula daripada perubahan-perubahan awal yang berlaku pada diri kanak-kanak seperti datangnya haid bagi kanak-kanak perempuan dan keluamya air mani bagi kanak-kanak lelaki. Tanda-tanda perubahan tersebut merupakan masa peralihan dari masa kanak-kanak menuju ke alam dewasa yang penuh cabaran dan dugaan. Oleh itu, nyatalah di sini bahawa Islam meletakkan perubahan tanggungjawab seorang kanak-kanak kepada tanggungjawab seorang dewasa mukalaf sebagai asas bermulanya masa remaja dan manakala mengikut ahli psikologi pula, perubahan fizikal, fisiologi dan psikologi seorang individu sebagai penentu bermulanya masa remaja. Seterusnya, gaya hidup hari ini yang penuh dengan anasir-anasir yang tidak sihat dan berbagai bentuk seperti masalah sosial yang membabitkan kecacatan dari segi tutur kata dan tingkah laku seorang individu misainya masalah melepak dan vandalisme mungkin menyebabkan ada di kalangan remaja yang terdorong melakukan kejahatan atau dipengaruhi untuk tujuan-tujuan tersebut. Oleh itu, struktur dan bentuk-bentuk perubahan remaja serta beberapa contoh gejala sosial seperti vandalisme dan melepak dipaparkan di sini supaya dapat dimanfaatkan oleh semua anggota masyarakat dalam menghadapi kerenah, tingkah laku dan sikap remaja yang kadang-kadang begitu sukar untuk difahami. Sebagai ibu bapa khasnya dan anggota masyarakat amnya, perlu menyedari bahawa remaja yang berada pada peringkat transisi antara era kanak-kanak ke era dewasa memeriukan bimbingan dan pedoman daripada semua pihak supaya dapat menjadi generasi transisi yang berguna dengan tidak bergantung kepada bahan-bahan yang merosakkan seperti rokok, arak, dadah dan sebagainya. 55 Nota Hujung " Dr. Teuku Iskandar (1986), KAMUS DEWAN cet. 3. K. Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka , hal. 962. ? Wortman Camille B. , Loftus Elizabeth F. (1992) , PSYCHOLOGY cet. 4. New York : Mc. Graw-Hill Inc., hal. 309. + Muhd Mansur Abdullah , Siti Nordinar Mohd Tamin (1992) , PSIKOLOGI REMAJA cet. 2. K. Lumpur : Fajar Bakti Sdn, Bhd. y hal. 36. “ ALimam Abi al-Husayn Muslim b. Hajjaj b. Muslim a-Qusyairt (1972) , SOpTH MUSLIM BI SYARH AL-NAWAWT juz. 11 , cet. 2. Beirut ; Dar Ihya’ al- Turath al-'Arabi , hal. 156-157. * ALimam ‘Abd. al-Din Abd. al-Rahman b. a-Fadi b, Bahram (1978) , SUNAN AL-DARIMT juz. 1. Kaherah : Dar al-Fikr , hal. 333. * Abimam Abd al-Husayn Muslim b. Hajjj b. Muslim al-Qusyairi , Op. Cit. juz. 17. hal. 174-175. 7 Abi ‘Abdullah Muhammad b. Ahmad al-Ans&ri al-QurtubT (1965) , AL- JAMI' LI AHKAM AL-QURAN juz. 10. Beirut : Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi , hal. 289. * Abi Bakar Muhammad b. ‘Abdullah al-Ma‘tuf bi Ibni al-‘ArabT (1968) , AHKAM AL-QURAN jl. 3 , cet. 2. (tk): Is& al-Babi al-Halabt wa ‘Syirkahu , hal. 1206. * Sayyid Qutb (1971) , FT ZILAL AL-QURAN jl. 5 , juz. 15, cet. 7. Beirut : Dar Ihya’ al-Turath al- ‘Arabi, hal. 343. ‘9 Imam AbT ‘Abdullah al-Bukha (1981) , SOHIH AL-BUKHARI BI SYARH AL-KIRAMANT juz. 7 , cet. 2. Beirut : Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi , hal. 132 & 151. "' Lihat Im&m Abi ‘Abdullah al-Bukhari , Ibid. , hal. 152. 8 Df. Muhammad Tamt alSyaibani ( tt), AL-USOL AL-NAFSIYYAT WA TARBIYYAT U LI-RI'AYAT/ AL-SYABAB, ( t. k )D&r al-‘Arabiyyat al-Kuttab , hal. 36. ° ALHafiz AbT ‘Abdullah Muhammad b. Yazid al-Qazwant (tt), SUNAN IBNU MAJAH juz. 1. (tk ): Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyat , hal. 658. ™ ALimam al-Fakhr al-Razi (1938) , AL-TAFSIR AL-KABIR juz. 24. Mesir. al-Bahiyyat al-Misriyyat , hal. 31. ‘$ Fuad ifran al-Bustani (1986) , MUNJ JD AL-7ULLAB cet. 30. Beirut : Dar al-Masyriq , hal. 43. ** Muhammad Amin ibn ‘Abidin (1966) , HASYIYYAT RADD AL- MUKHTAR cet. 2. Kaherah : a-Babi , hal. 153. ‘T Lihat kitab al-Im&m al-Syaikh al-Khatib abSyarbint (tt), TAFS/R AL- QURAN AL-KARIM AL-MUSAMMA BI AL-SIRAJ AL-MUNRR jl. 2 , cet. 2. Beirut : Dar al-Ma‘rifat , hal. 639 ; juga kitab al-imam ‘Abd. al-Rahman Jalal al-Din ab Suydl (1983) , AL-DUR AL-MANTHOR F/ AL-TAFSIR AL-MA'THOR jil. 6. Beirut: Dar al-Fikr , hal. 220. *® Al-Imam Abt Bakar b. Ahmad b. ‘Ali al-R&zi (1335) , KITAB AHKAM AL- QURAN juz. 3. Beirut : Dar al-Kitab ab'Arabi , hal. 333. ‘© Al-imam al-Fakhr al-Razi , Op. Cit. , hal. 29. 7° Muhammad b. ‘All b. Muhammad al-Syaukani (1964) , FATH AL- QADIR juz. 4 , cet. 2. Mesir: Mustafa al-B&bi al-HalabT wa Auladuh , hal. 52. | ALimam al-Hafiz ‘Imad al-Din Abi al-Fida’ Isma TI b. Kathir al-Kursya al- Damsyiqi (1966), TAFS/R AL-QURAN AL-'AZIM juz. 5. Beirut : Dar al-Andalus , hal. 125. ® Dr. Muhammad Mahmid Hijazi (1969) , AL-TAFS/R AL-WADIH juz. 18, cet. 4. Kaherah : al-istiqlal al-Kubra , hal. 87-88. ?3 Al-Imam al-Hafiz Abi Bakar Ahmad b. Husayn b. ‘Ali al-Baihaqi (1992) , SUNAN AL-KUBRA juz. 6. Beirut : Dar al-Ma‘rifat , hal. 57. 4 Maufiq al-Din ibn. Qud&ma , Syams al-Din b. Qudama alMuqadsi (1972) , ALMUGHN/ WA YAL/HI AL-SYARH AL-KABIR juz. 1. Beirut : Dar al- Kitab ab‘Arabi , hal. 318. 2 AL-Syaikh Muhammad ‘All al-Sayyis (1963) , TAFSIR AYAT AL-AHKAM jil. 3. Mesir: al-Azhar , hal. 185. > Lihat kitab tafsir spt ; AbT Qasim Jar Allah Mahmud b. ‘Umar al Zamakhsyari al-Khawarizmi (. t ), AL-KASYAF ‘AN HAQAI'Q AL-TANZIL WA ‘UYUN AL-AQAWIL FI WUJOH AL-TA'WIL juz. 2. Al-Dar al-Alamiyyat, hal. 61. 57 7” Abt al-Su'dd b. Muhammad al-'imadi al-Hanaft (1971) , TAFS/R ABT AL-SU'UD AW IRSYAD AL-‘AQL AL-SALIM ILA MAZAYA AL-KITAB AL-KARIM juz. 2. Riyad : Maktabat Riyad al-Hadithat , hal. 304. = Muhammad Jamal al-Din a-Qasimi (1978) , TAFS/R AL-QASIMI AL- MUSAMMA MAHASIN AL-TA'WIL juz. 6 , cet. 2. Beirut : Dar al-Fikr , hal. 783- 784, 2° Rujuk kitab al-Imam Jalal al-Din Muhammad b. Ahmad al-Mahill , al- Imam Jalal al-Din ‘Abd. Rahman b. Abi Bakar akSuydfi (1981) , TAFS/R AL- QURAN AL‘AZIM. Beirut: Dar al-Fikr , hal. 128. * Sayyid Qutb (1982) , F/ ZILAL AL-QURAN jl. 3, juz. 8, cet. 10. Beirut : Dar al-Syurtiq , hal. 1232-1233. "Lihat al-im&m al-Fakhr al-Razt , Op. Cit. , hal. 29-30 , Abi al-Fadi ‘Syihab al-Din al-Sayyid Mahmiid al-AlGsT (1994), ROH AL-MA‘AN/FITAFSIR AL- QURAN AL-‘AZ/M WA AL-SABI' AL-MATHAN/jil. 5 , juz. 8. Beirut : Dar al-Fikr , hal. 82. * Lihat kitab tafsir ; al-Imam al-Syaikh al-Khatib al-Syarbini , Op. Cit. , hal. 639. * Dr. Muhammad MahmGd Hijazi , Op. Cit. juz. 8. hal. 30. * “Abdullah Nasih ‘Ulwan (1994) , TARBIYYAT AL-AWLAD F/ AL-ISLAM juz. 2, cet. 25. Kaherah : Dar al-Salam , hal. 449 - 500. °° Dr. Sa’ad Jalal (1971) , AL-MURAJI" FI‘ILMI AL-NAFSI. Kaherah : Dar al-Ma‘rif , hal. 235. %* Gerald R. Adams » Thomas Gullota (1983) , ADOLESCENT LIFE EXPERIENCES. Califomia : Brooks/Cole Publishing Company , hal. 25-26. 7 John Dacey , Maureen Kenny (1997) , ADOLESCENT DEVELOPMENT cet. 2. Boston : WCB McGraw-Hill , hal. 41-45. * Robert E. Grinder (1973) , ADOLESCENCE. New York : John Wiley & Sons , Inc. , hal. 191-196. * Kelvin L. Seifert » Robert J. Hoffnung (1991) , CHILD AND ADOLESCENT DEVELOPMENT cet. 2. Boston : Houghton Mifflin Company , hal. 45-49. “ Guy R. Lefrancois (1984) , THE LIFESPAN cet. 3. Belmont : Wadsworth Publishing Company , hal. 56-61. “John Dacey , Maureen Kenny , Op. Cit. , hal. 45-47, Karl C. Garrison (1975) , PSYCHOLOGY OF ADOLESCENCE cet. 7. New Jersey : Prentice-Hall , Inc. , hal. 8. ® Lester D. Crow , Alice Crow (1956) , ADOLESCENT DEVELOPMENT AND ADJUSTMENT. New York : Mc. Grow-Hill Book Company , Inc. , hal. 4. “ Dr. Zakiah Daradjat (1973) , PERAWATAN JIWA UNTUK ANAK- ANAK. Jakarta : Bulan Bintang , hal. 60. “ Calvin F. Settlage , Warren J. Gadpaille (et. all) (1974) , NORMAL ADOLESCENCE : ITS DYNAMICS AND IMPACT. London : Crosby Lockwood Staples , hal. 64 & 68-69. 4 S. Mohamed Hatta (1994) , PSIKOLOG! DAN KAUNSELING REMAJA. K. Lumpur : Pertubuhan Jamaah Isiah Malaysia (JIM) , hal. 8. *" Calvin F. Settlage , Warren J. Gadpaille , Op. Cit. , hal. 64 & 74-75. ® Ibid. , hal. 75-76 & 79. © Muhd Mansur Abdullah , Siti Nordinar Mohd Tamin , Op. Cit. , hal. 17. % Lester D. Crow , Alice Crow , Op. Cit. , hal. 8. 5 Khadijah Haidi Khalid (1994) , MENEROKA ALAM REMAJA. K. Lumpur : Nurin Enterprise , hal. 19. 52 §, Mohamed Hatta, Op. Cit. , hal. 9. 53 Mohd Salleh Lebar (1995) , ASAS PSIKOLOG! PERKEMBANGAN. K. Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. , hal. 99. 4 Melly Sri Sulastri Rifai (1984) , PSIKOLOG! PERKEMBANGAN REMAJA DARI SEGI KEHIDUPAN SOSIAL. Bandung : Penerbit Aksara , hal. 19. 5 Khadijah Haidi Khalid , Op. Cit. , hal. 19. %* Sumadi Suryabrata (1982) , PERKEMBANGAN INDIVIDU. Jakarta : C.V. Rajawali , hal. 35. 57 Noraini Ahmad (1994) , KAUNSELING REMAJA : PENGALAMAN PERIBADI SEORANG KAUNSELOR. Petaling Jaya : Budaya IImu Sdn. Bhd. , hal. 3-5. 59 5% Noraini Ahmad , Op. Cit. , hal. 4. ® Mahmood Nazar Mohamed (1992) , PENGANTAR PSIKOLOG/ : SATU PENGENALAN ASAS KEPADA JIWA DAN TINGKAH LAKU MANUSIA cet. 2. K. Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka , hal. 214. © Neil R. Carlson (1992) , FOUNDATIONS OF PHYSIOLOGICAL PSYCHOLOGY cet. 2. Boston : Allyn & Bacon , hal. 284-286. *. James F. Adams (1969) , “ An Introduction To Understanding ‘Adolescence’ , UNDERSTANDING ADOLESCENCE : CURRENT DEVELOPMENTS IN ADOLESCENT PSYCHOLOGY cet. 5. Boston : Allyn & Bacon, Inc. , hal. 22. ® Leulla Cole (1955) , PSYCHOLOGY OF ADOLESCENCE cet. 4. New York : Rinehart & Company Inc. , hal. 15. © Ibid. , hal. 17-18. “ Karl C. Garrison (1969) , “Physiological Changes In Adolescence” , UNDERSTANDING ADOLESCENCE : CURRENT DEVELOPMENTS IN ADOLESCENT PSYCHOLOGY cet. 5. Boston : Allyn & Bacon , Inc. , hal. 45-46. © Lihat lebih lanjut ; Ibid. , hal. 47-52 & 57-63. © Mahmood Nazar Mohamed , Op. Cit. , hal. 217. ® Guy R. Lefrancois , Op. Cit. , hal. 427-428. ® Khadijah Haidi Khalid , Op. Cit. , hal. 27. © Mahmood Nazar Mohamed , Op. Cit. , hal. 216. 7 Muhd Mansur Abdullah , Siti Nordinar Mohd Tamin , Op. Cit. , hal. 96. ™ Robert A. Baron , Op. Cit. , hal. 330. ® Prof. Dr. Abdul Aziz El-Qussy (1976) , ILMU JIWA : PRINSIP-PRINSIP DAN IMPLEMENTASINYA DALAM PENDIDIKAN jil. 3. terj. oleh Dr. Zakiah Daradjat, Jakarta : Bulan Bintang , hal. 394. ™ Noraini Anmad , Op. Cit. Hal. 13-50. ™ Mahmood Nazar Mohamed , Op. Cit. , hal. 213. 75 Faktor tolakan seperti masalah keruntuhan institusi kekeluargaan sehingga menyebabkan perceraian; faktor tarikan seperti adanya pusat-pusat hiburan yang mudah dimasuki; faktor sampingan seperti pengaruh media massa yang banyak memberi kesan negatif kepada tingkah laku remaja khususnya. 7© Dr. Teuku Iskandar , Op. Cit. , hal. 17. 7 (t.p), (1990) , TESAURUS UMUM BAHASA MELAYU. K. Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka , hal. 654. 78 Al -Imam al-‘Allamat Abi Fad! Jamal al-Din Muhammad b. Mukrim Ibn. Manzir (t.t) , LISAN AL-‘ARAB jil. 10. Beirut : Dar Sadir , hal. 85-87. 7 Dr. Teuku Iskandar , Op. Cit. , hal. 17. © Dr. Jamil Saffba (1982) , AL-MU‘JAM AL-FALSAFT jl. 1. Beirut : Dar al-Kitab al-Lubnani , hal. 539. ®t Majma’ al-Lughat al-‘Arabiyyat (1972) , MU'JAM AL-WAS/T juz. 1, cet. 2. Mesir : Dar abMa‘arif , hal. 252. ® Linat Ahmad Ibn. Miskawayh (1961) , TAHDHIB AL-AKHLAQ, Beirut : Maktabat al-Hayat , hal. 36. ® Dr. ‘Umar Muhammad al-Tami al-Syaibani (1975) , FALSAFAT AL- TARBIYYAT AL-ISLAMIYYAT.Tarabalus : al-Syarikat al-'Amman li-Nasr wa al- Tauzi ‘wa at-‘ilan , hal, 226. % Mohd Nasir Omar (1992) , FALSAFAH ETIKA : PERBANDINGAN PENDEKATAN ISLAM DAN BARAT cet. 2. K. Lumpur : Bah. Hal Ehwal Islam Jab. Perdana Menteri , hal. 24. *5 Drs. H. Anwar Masy'ari (1990) , AKHLAK AL-QURAN. Surabaya : PT Bina limu , hal. 4. % Dr. Miqdad Yaljin (1973) , AL-ITTIJAH AL-AKHLAQI FI AL-ISLAM. Mesir : Maktabat al-Khanji, hal. 34. * Noraini Ahmad , Op. Cit. , hal. 28, 37, 43-47. (tp), “lsu Khas : Gejala Sosial dan Keruntuhan Moral” , MAJALAH PEREMPUAN. (Mei 1997) , hal. 124. ® Zulkifli Abdullah ; “24 Pelajar Lagi Ditahan” , UTUSAN MALAYSIA. (20 Februari 1997) , hal. 1. 61 ® Risalah Badan Kondinasi Perlaksanaan Jakarta (1988) , BIMBINGAN DAN PENYULUHAN DALAM RANGKA PENGGOLONGAN KENAKALAN REMAJA. (t.k) hal. 4. ™ Contohnya; pihak polis mengklasifikasikan kes-kes kepada gejala moral dan sosial serta jenayah kepada beberapa kes seperti kes jenayah kekerasan contohnya samun, bunuh, rogol dan mencederakan, jenayah harta benda seperti pecah rumah dan curi kenderaan dan akhir sekali kes-kes moral seperti maksiat, dadah, pembuangan bayi dan sebagainya. Manakala mengikut Laporan Disiplin Pelajar Sek. Menengah (LDPSM), Kementerian Pendidikan mentakrifkan masalah salah laku yang membabitkan pelajar terbahagi kepada 9 iaitu salah laku jenayah, lucah, kekemasan diri, tidak pentingkan masa, kurang sopan, laku musnah, tidak jujur, ponteng dan lain-lain. ® Penyenaraian tersebut mengikut sebagaimana pihak JKMM yang telah membahagikan masalah sosial tersebut kepada 4 bahagian. ® Mahmood Nazar Mohamed , Op. Cit. , hal. 221. ™ A.P Cowie (1989) , OXFORD ADVANCED LEARNER'S DICTIONARY cet. 4. Oxford: Oxford University Press, hal. 1411. %5 (tp) (1985) , THE WORLD BOOK ENCYCLOPEDIA vol. 20. London : World Book Inc., hal. 218d-219. % Zulzila Dzulkefli , “Vandalisme Pendapat Pakar Psikiatr” , DEWAN SISWA. (Mac 1998) , hal. 9. 7 ‘Ann Wan Seng (1994) , KERENAH REMAJA HARI INI. K. Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., hal. 49. * Ibid. ‘% Jaafar Abdul Wahid (15 - 16 November 1997) , “Pembangunan Akhlak dan Sosial : Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia” , KERTAS KERJA UTAMA SEMINAR PEMANTAPAN AKHLAK DAN MORAL MASYARAKAT MALAYSIA. Anj. Jab. Dakwah & Pembangunan Insan , Akademi Pengajian Islam Uni. Malaya , hal. 15. 19 Mohd Salleh Lebar , Op. Cit. , hal. 102. *°" Gerald R. Adams , Thomas Gullota , Op. Cit. , hal. 418. 12 Jaafar Abdul Wahid , Op. Cit., hal. 14. 62 ‘© Ann Wan Seng , Op. Cit. , hal. 38. ‘ Mohd Salleh Lebar , Op. Cit. , hal. 102. '°5 Hajjah Sabitha Marican , Che Su Mustafa (1995) , “Penelitian Terhadap Remaja Lari Dari Rumah : Punca dan Penyelesaian” , PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN GEJALA SOSIAL. Anj. Sek. Pembangunan Sosial Uni. Utara Malaysia , hal. 5. 108 Ann Wan Seng , Op. Cit. , hal. 43. 107 Saleki Amat Januri , “Remaja Dengan Lepak Kronik” , AL-ISLAM. (November 1995) , K.Lumpur: Utusan Melayu M’sia Berhad , hal. 80. 108 Mohamad Hj. Ikhsan , “Kemelut Remaja : Apakah Jalan Penyelesaiannya” , DEWAN MASYARAKAT. (Oktober 1994) , hal. 8. 18 Saleki Amat Januri , Op. Cit. , hal. 79. "0 Drs. Sofyan S. Willis (1981) , PROBLEMA REMAJA DAN PEMECAHANNYA. Bandung: Penerbit Angkasa , hal. 25. ‘Abd. akQadir ‘Audah (1975) , AL-TASYR? AL-JINAI’ AL-ISLAMT MUQARANAN BI AL-QANON AL-WAD' juz. 1 , cet. 4. Beirut : Dar Ihya’ a-Turath al-‘Arabt , hal. 70. "2 Jaafar Abdul Wahid , Op. Cit. , hal. 16. "3 [bid "4 MASTIKA. (Mac 1995) , hal. 15. "S(t. p), “HIV Students : 13 Identified Nationwide” , THE SUN. (17 Mac 1996 — Ahad) , hal. 12. "8 Dr. Abdullah al-Hadi Hj. Muhamed (1995) , “Permasalahan Bohsia /Bohjan : Satu Tinjauan Dari Sudut Kedudukan Faktor dan Cara Menanganinya” , PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN GEJALA SOSIAL. Anj. Sek. Pembangunan Sosiai Uni. Utara Malaysia , hal. 101. “7 Rahimin Affendi Abdul Rahim , “Bohsia : Fenemona Biasa Masyarakat Maju” , DAKWAH. (November 1994) , hal. 12. "® Pahrol Mohamad Juoi , “Bohsia : Belum Selesai Tapi Kian Dilupakan” , DUNIA BARU. (1 Jun 1995) , hal. 58. 63 "19 Dr. Mahmood Nazar Mohamed , Sabitha Marican (1995) , “Kecenderungan Remaja Ke Arah Tingkah laku Seksual” , PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN GEJALA SOSIAL. Anj. Sek. Pembangunan Sosial Uni. Utara Malaysia , hal. 76. 120 Jeffrey S. Nevid , Spencer A. Rathus , Beverly Greene (1994) , ABNORMAL PSYCHOLOGY IN A CHANGING WORLD cet. 2. New Jersey : Prentice Hall , hal. 368. "1 Ibid. , hal. 369. "2 Drs, Sofyan S. Willis , Op. Cit. , hal. 25. "3 Dr. Maznah Baba , Norhalim Hj. Ibrahim (1995) , “Remaja Lelaki dan Perempuan Homoseks — Di Mana Silapnya” , PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN GEJALA SOSIAL. Anj. Sek. Pembangunan Sosial Uni. Utara Malaysia , hal. 20. 14 ‘Ali Hasbullah ( t. t) , AL-ZIWAJ FT AL-SYART ‘ATI AL-ISLAMIYYAT, Mesir : Dar al-Fikr al-‘Arabi , hal. 7. 5 Safwan Fathy (1987) , KISAH DARI AL-QURAN - 1 jjl. 1. Singapura : Times Book Intemational, hal. 25. 8 Mahmood Nazar , Op. Cit. hal. 213-214.

You might also like