You are on page 1of 15

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) : Manfaat Dan Risiko.

Prof.Madya Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani


Farid Aswan Ismail
____________________________________________________________________

PENGENALAN
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah perjanjian merentas benua
melibatkan 11 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New
Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat (AS) , dan Vietnam.Perjanjian ini yang masih
diperingkat rundingan semenjak tahun 2010 lagi. Di peringkat Malaysia, sebanyak 8 bab daripada
29 sedang dimuktamadkan yang melibatkan bidang Daya Saing dan memudahkan
perniagaan,perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ,kerjasama dan pembangunan kapasiti serta
peraturan yang jelas. Perjanjian ini berhasrat untuk mewujudkan situasi menang-menang sesame
negara ahli dan memacu kemajuan ekonomi negara anggota .TPPA adalah berbeza dengan
perjanjian perjanjian lain seperti didalam platform ASEAN dan lain-lain. Perjanjian TPPA adalah
bersifat mengikat dan negara-negara yang menandatanganinya harus patuh pada isi
kandunganya.Sekiranya mana-mana negara anggota tidak mematuhi perjanjian ini, ia boleh
dibawa ke muka pengadilan. Artikel ini akan membincangkan TPPA daripada aspek manfaat dan
risiko kepada negara secara amnya.

Latar Belakang dan Cabaran TPPA

TPPA telah menjadi satu perdebatan yang hangat dikalangan rakyat negara-negara ahli
termasuklah AS sendiri. Isu TPP sudah menjadi satu jenama negatif dibibir masyarakat
termasuklah ahli politik,para intelektual dan pakar-pakar ekonomi. Perjanjian ini secara umumnya
dimomokkan sebagai satu cubaan Amerika Syarikat untuk menguasai ekonomi negara yang lebih
kecil setelah gagal dalam cubaan-cubaan sebelum ini terutamanya melalui World Trade
Organization (WTO). Kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) seolah-
olah dilihat bersendirian dalam hal ini untuk meyakinkan rakyat mengenai perlunya TPPA
dilaksanakan.Ia diburukkan lagi dengan khabar angin dan fitnah mengenai perjanjian ini.Salah
satu punca mengapa TPPA menjadi sebegitu hodoh adalah kerana metodologi pelaksanaanya yang
bersifat rahsia dan membuka ruang kepada pelbagai spekulasi liar dan negatif.

TPPA bukanlah perjanjian terbesar yang pernah diusahakan oleh Amerika Syarikat.
Terdapat perjanjian lain yang pernah ditandatangani seperti WTO yang gagal membentuk
perdagangan yang lebih terbuka. Selain itu, serentak dengan usaha untuk memeterai perjanjian ini,
hegemoni itu juga sedang melobi bagi melaksanakan perjanjian The Translantic Trade Investment
and Partnership (TTIP) bersama dengan Kesatuan Eropah. Antara perjanjian –perjanjian lain
yang dilihat bersifat serantau adalah Free Trade Agreement of Asia Pacific FTAAP, Perjanjian
perdagangan bebas ASEAN +3 dengan China ,Jepun dan Korea.

Sifat Rahsia TPPA


Antara isu yang paling besar didalam perjanjian TPPA adalah kerana sifat rahsianya yang
memberikan rasa curiga pelbagai pihak kerana dikhuatiri hanya akan memberi manfaat kepada
golongan-golongan tertentu sahaja. Umum berpendapat, perjanjian yang melibatkan kepentingan
semua haruslah dibincangkan secara terbuka agar tidak ada pihak yang terpinggir. Oleh kerana
sifat rahsia inilah maka muncul pelbagai spekulasi berkenaan dengan perjanjian TPPA ini. Orang
ramai hanya boleh mengetahui isi kandungan perjanjian ini melalui dokumen yang dikeluarkan
Wikileaks dan ia dilihat tidak demokratik.Walaubagaimanapun perlu difahami bahawa kerahsian
yang diamalkan bukanlah bersifat total. MITI tetap berunding dengan beberapa pihak yang
berkepentingan seperti Federation Of Malaysia Manufacture (FMM) ,dewan-dewan perniagaan
dan industri, kumpulan NGO khas seperti Perubuhan AIDS Malaysia, Majlis Tindakan Ekonomi
Bumiputera (MTEM), Jaringan Dunia Ketiga, Malaysian Treatment Access and Advocacy Group,
Persatuan Pengguna Pulau Penang (CAP),Yayasan PT, MyPlus, Suara Rakyat Malaysia,Jaringan
Rakyat Tertindas,Pesticide Action Network Asia and the Pacific, Kongres Kesatuan Sekerja dan
Perdagangan Malaysia (MTUC) dan Kesatuan Kanser Nasional.

Kritikan Pemimpin dan NGO

Diperingkat tempatan, antara yang lantang menyatakan bantahan adalah Tun Dr. Mahathir
Mohamed yang mengutarakan prinsip mudah iaitu “ apa sahaja yang datang daripada Amerika
Syarikat sudah pasti akan menguntungkan mereka dan merugikan kita”. Beliau juga mengatakan
bahawa untuk negara sekecil Malaysia bersaing dengan syarikat-syarikat besar daripada negara-
negara maju tanpa kawalan negara adalah sukar dan berisiko. Selain itu,beliau turut
mempersoalkan mengenai penyelesaian pertikaian perdagangan atau Trade Dispute Settlement
didalam perjanjian nanti.Beliau berpendapat, keadilan sukar ditegakkan oleh negara sekecil
Malaysia dan negara boleh diambil tindakan ke mahkamah sekiranya melanggar syarat-syarat
perjanjian.Oleh itu, jika Malaysia mahu menandatanganinya, kerajaan harus memastikan masalah-
masalah ini diselesaikan dahulu. Manakala NGO-NGO lain seperti Majlis Tindakan Eknomi
Bumiputera juga turut menyatakan bantahan yang hampir serupa dengan kenyataan-kenyataan Tun
Mahathir. Bantahan ini juga turut diluahkan oleh parti –parti pembangkang didalam parlimen dan
di ceramah-ceramah umum yang mereka adakan.

Rekod Buruk Perjanjian Bersama Amerika Syarikat

Menurut Joseph Stigliz ,dari segi rekod perjanjian-perjanjian sebelum ini, AS pernah
menganiaya dengan petani-petani di India dan SubSahran African dengan memberkan subsidi
melalui pernigaan kapas kepada industri negaranya sendiri.Ini menyebabkan kapas yang
dihasilkan oleh negara berkenaan menjadi sangat murah dan memasuki negara-negara membangun
secara bebas.Ia memberi tekanan yang hebat kepada industri kapas negara-negara membangun
kerana 70% daripada kekuatan ekonomi negara-negara membangun adalah argikultur. Walaupun
ada aduan yang dibuat oleh negara-negara tertindas namun tidak diteruskan.(Brazil dirasuah untuk
tidak meneruskan aduan berkenaan). Stigliz berpendapat tiada perjanjian yang sepatutnya
melebihkan kepentingan komersial melebihi kepentingan negara.Perjanjian seharusnya
meletakkan kepentingan awam dahulu barulah sesuatu perjanjian itu ditandatangani.

Walaubagaimanapun, ini tidak menjadi amalan perjanjian antarabangsa yang berlaku


harini. Dari segi rekodnya, WTO dilihat gagal dalam memastikan keterbukaan pasaran ekonomi
yang adil dan saksama kepada 159 negara –negara didunia yang menandatanganinya. Perjanjian
seharusnya mendasari kepentingan rakyat bawahan dan bukanya golongan kapitalis. Malah ada
maklumat yang mengatakan perjanjian awal TPPA didrafkan oleh 600 syarikat terkaya di dunia
sebelum dibawa ke peringkat negara untuk dipersetujui.Maka sudah tentulah perjanjian berkenaan
lebih menguntungkan syarikat-syarikat yang terlibat. Selain itu juga, Stigliz menyebut bahawa
jika WTO dilihat sebagai organisasi yang lumpuh dan hanya menjana kekayaan kepada golongan
tertentu sahaja, tidak boleh dinafikan TPPA juga mungkin bersifat begitu.

ISI UTAMA

A. Sisi Baik TPPA

Manfaat Pelaburan
Menurut MITI, Malaysia bakal mendapat manfaat yang besar daripada hasil perjanjian ini
kerana pasaran besar yang tersedia serta peluang pekerjaan yang bakal terbentuk hasil daripda
pelaburan langsung luar negara. Sebagai negara membangun, kebergantungan negara kepada
pelaburan langsung asing adalah perlu. Negara harus berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan
suasana yang kondusif kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara ini. Menurut MITI,
Malaysia sudahpun mempunyai produk-produk yang mampu bersaing diperingkat antarabangsa
terutamanya barangan-barangan elektronik. TPPA akan meletakkan negara didalam senarai
pilihan global untuk melakukan dagangan kerana keterbukaan kepada pelabur-pelabur luar.

Hubungan Antarabangsa

Daripada aspek hubungan antarabangsa pula,ketidaklibatan China dalam TPPA dilihat


akan mewujudkan persaingan positif antara China dan AS. Menurut professor Lu Jian Ren , TPPA
akan membawa kesan positif dan kesan negatif kepada Malaysia terutamanya didalam hal yang
melibatkan China. Ini akan memberi ransangan kepada China untuk mengadakan kerjasama yang
lebih dalam platform ASEAN yang lain seperti ASEAN+3,ASEAN + 6 dan lain-lain.China akan
cuba memainkankan peranan yang lebih besar dirantau ini kerana tidak mahu ketinggalan akibat
daripada TPPA. Malah pentadbiran Obama sendiri mengakui bahawa TPPA ini sebenarnya adalah
bertujuan untuk mengimbal balas pengaruh China di Asia Pasifik dan memberikan kepentingan
kepada AS dalam jangka masa panjang (Capling & Ravenhill, 2011)

Potensi Ekonomi TPPA


Perjanjian melibatkan potensi pasaran seramai 793 juta orang manusia dengan gabungan
KDNK Negara-negara ahli sebanyak AS $ 27.5 Trilion. Jika Perjanjian TPP ini berjaya
dilaksanakan,ia akan mewakili 40% daripada KDNK dengan Amerika Syarikat (AS) mempunyai
KDNK terbesar sebanyak 60% iaitu sebanyak AS $15.5 Trillion . Perjanjian perdagangan bebas
jelas bakal memberi manfaat kepada Malaysia. Setakat ini Malaysia telahpun mengadakan
perjanjian bilateral dengan 6 buah negara termasuklah Jepun,Pakistan,New Zealand, India,Chile
,Australia dan lima perjanjian perdagangan bebas dengan menggunakan platform ASEAN
termasuklah China,Japan,Korea,India,Australia. Jumlah dagangan negara melalui rakan-rakan
negara ini merupakan 62% daripada jumlah keseluruhan nilai dagangan.

Peluang Berkerjasama dengan AS dan negara-negara lain

Malaysia merupakan rakan dagang ke-20 terbesar bagi AS dengan nilai dagangan AS$ 42
Billion (2012) manakala AS pula merupakan rakan destinasi eksport ke-4 terbesar bagi Malaysia
dengan nilai dagangan AS$ 53 Bilion .(2013). Oleh itu kepentingan AS kepada Malaysia tidak
dapat dinafikan lagi.Berkemungkinan kita memerlukan AS lebih daripada mereka memerlukan
Malaysia.Oleh itu, dapat dilihat bahawa perjanjian perdagangan bebas ini membuka kepada
peluang ekonomi. Jika TPPA ditandatangani, ia akan membenarkan Malaysia menyentuh pasaran
yang tidak dapat dicapai sebelum ini. Tambahan lagi, Malaysia belum mempunyai sebarang
perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat sebelum ini dan usaha ini boleh dilihat
peluang oleh negara jika terma yang dipersetujui adalah memberikan situasi menang-menang.
Secara teorinya, meningkatnya pelaburan langsung asing kedalam negara maka bercambahlah
pekerjaan dan berlakulah pemindahan teknologi kedalam negara.

Menggalakkan Persaingan Sihat

Pasaran terbuka secara asasnya akan memberi kebaikan kepada pengguna melalui
persaingan sihat. Hasil daripada persaingan ini akan memberikan keuntungan kepada pengguna
untuk mendapatkan barangan yang berkualiti dan murah. Seperti yang disebut oleh Joseph
Schumpeter didalam bukunya Capitalism,Socialism and Democracy, pasaran bebas akan
menghukum syarikat yang tidak mampu bersaing melalui proses yang dinamakan “creative
destruction” dan akhirnya produk yang terbaik akan kekal didalam pasaran.Secara teorinya,
pasaran yang terbuka akan memberi keuntungan kepada rakyat. Walaupun secara realitinya tidak
semudah itu,namun kita dapat melihat beberapa impak positif yang berlaku didalam hasil daripada
persaingan positif firma tempatan contohnya didalam sektor komunikasi dan perbankan. Namun
yang menjadi kerisauan adalah TPP akan membuka pintu persaingan itu kepada firma
antarabangsa bagi bersaing dengan syarikat tempatan.Sudah pasti rakyat negara ini akan
memperoleh barangan yang lebih murah namun bagaimana pula nasib dengan pengusaha tempatan
yang terpaksa gulung tikar dan mungkin ribuan yang akan hilang pekerjaan.Persediaan dari aspek
inilah yang perlu ditekankan dalam memastikan TPPA tidak menjadi senjata makan tuan.

Kesan buruk jika tidak menandatangani

Pelbagai pihak boleh mengandaikan pelbagai kemungkinan negative sekiranya negara


menandatangani perjanjian ini. Satu perkara yang agak ketinggalan untuk dibincangkan adalah
kesan negative kerana tidak menandatangani perjanjian ini. Sejauh manakah Malaysia mampu
berdaya saing dengan negara-negara jiran yang lain sekiranya tidak menandatangani perjanjian
ini? Dengan kebergantungan Malaysia terhadap pasaran AS, adakah selepas kita menolak
perjanjian ini, Malaysia masih lagi akan menjadi pilihan pelabur pelabur asing ? Adakah Malaysia
berkemungkinan akan “dihukum “ secara tidak rasmi kerana tidak mengiktiraf perjanjian yang
menggalakkan pesaingan yang lebih terbuka? Kita harus ingat bahawa Malaysia masih lagi sebuah
negara membangun yang kecil dan bergantung kepada pasaran yang luas seperti AS dan China.
Kita juga memerlukan pelaburan langsung asing didalam memastikan ekonomi negara
berkembang dan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Sekiranya Malaysia
memberi isyarat negative kepada dunia dengan tidak menandatangani TPPA, adakah ekonomi
Malaysia akan menerima pelaburan yang pesar seperti sekarang? Adakah keadaan masih sama
tanpa TPPA?

B. Risiko TPPA

AS Bukan Lagi Rakan Dagang Terbaik


AS telah mengalami kemerosotan dari aspek keseimbangan ekonomi. Ini dapat dilihat daripada
jumlah total import ( AS $ 2.194 Trillion) AS adalah lebih tinggi daripada jumlah produk yang
dieksport ke luar negara iaitu AS$ 2.734 Trilion. Defisit jumlah perdagangan adalah sebanyak AS
$ 539.515 Billion. Antara bidang yang menyumbang kepada defisit negara berkenaan adalah
bidang petroleum,elektrik-elektronik,perabot, dan juga industri automotif. Malah Malaysia sudah
menjadikan China sebagai rakan dagang terbesar semenjak sekian lama.Kebergantungan Malaysia
kepada AS sudah dikurangkan secara berperingkat-peringkat mengikut aspirasi politik. Perjanjian
TPPA boleh dilihat sebagai tindakan mencambahkan kembali hubungan dengan Amerika Syarikat
di masa akan datang.Ini akan sedikit sebanyak mempengaruhi dasar luar Malaysia dalam isu-isu
bukan bersifat ekonomi.

Ancaman Terhadap Agenda Tempatan


TPP tidak dapat memberi satu kepastian kepada masa depan industri kecil sederhana
walaupun MITI memberikan jaminan didalam aspek ini.Ini adalah kerana draf perjanjian yang
ditandatangai tidak bersifat terbuka sepenuhnya bagi segenap masyarakat menilai perjanjian ini.
Mekanisme melindungi bumiputera dalam perjanjian TPP tidak dinyatakan dengan jelas.Didalam
penjelasan MITI,kerajaan akan memastikan kepentingan bumiputera terjaga didalam sektor-sektor
tertentu. Begitu juga dengan Perusahaan Kecil Sederhana.Namun sebenarnya jaminan ini lebih
memberikan banyak persoalan daripada jawapan. Bagaimanakah kerajaan boleh dengan pasti dan
yakin bahawa hak bumiputera senantiasa terperlihara dalam sektor-sektor yang disebutkan?
Bagaimanakah negara mampu melaksanakan dasar menyebelahi bumiputera sedangkan perjanjian
TPPA mahukan persaingan yang terbuka dan bebas? Melindungi kepentigan bumiputera
bermaksud kerajaan telah menggangu proses persaingan sihat mengikut definisi antarabangsa dan
boleh disaman.

Isu Ubat-Ubatan
Isu ubat-ubatan menjadi antara isu penting yang melibatkan kepentingan umum. Didalam
isu ini, MITI menjelaskan Malaysia bersama negara-negara yang lain menentang undang-undang
perlanjutan paten ubat bagi menghalang penghasilan ubat generik yang lebih murah. Menurut
kajian daripada Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera, harga ubat dijangka naik 40% hingga 60%
daripada perjanjian ini. AS sebagai pengeluar ubat terbesar dunia sudah pasti akan menawarkan
perjanjian yang akan memberi keuntungan kepada mereka. TRIPS adalah satu perjanjian yang
ditandangani dalam WTO bagi melindungi syarikat-syarikat pengeluar ubat namun tidak berfungsi
apabila persidangan di Doha membantalkanya.Oleh itu,perletakan syarat didalam TPPA seolah-
olah menghidupkan persetujuan yang telah digugurkan.

Ancaman Terhadap Produk Agrikultur negara

Menurut Prof Amir Baharudin,secara keseluruhanya,perjajian TPPA tidak akan memberi


faedah berdasarkan rujukan perjanjian dengan kuasa besar –kuasa besar semenjak daripada
Perjanjian Pangkor 1974 lagi. Antara impak yang membimbangkan adalah daripada aspek
makanan terutamanya padi. AS syarikat merupakan pengeluar padi terbesar dunia dan merupakan
pengeskport utama dengan memiliki ladang seluas 2.68 Juta Hektar dan pengeluaran sebanyak
11.2 juta tan setahun. Ia adalah hampir enam kali ganda daripada pengleluaran padi negara. Malah
padi yang dihasilkan di AS adalah lebih berkualiti dan disubsidi oleh kerajaan dan menyebabkan
harganya jauh lebih murah daripada beras tempatan. Oleh itu, sekiranya tiada sekatan kemasukan
produk berkaitan dengan padi ini tidak dikawal ,ia sudah pasti akan membunuh industri beras
negara.

Penguatkuasaan Undang-undang Harta Intelektual


Dari aspek harta intelektual,AS cuba untuk melaksanakan undang-undang yang lebih tegas
mengenainya manakalala negara-negara ahli lain mahukan fleksibiliti dalam hal ini. Antara isu
yang paling ditekankan adalah berkaitan dengan teknologi invovasi,dan peranan internet yang kini
telah mentransformasi dimensi harta intelektual. Isu-isu seperti cetak rompak,samaada perisian
mahupun maklumat dan hiburan dilihat tidak terkawal lagi melalui internet. TPPA dilihat sebagai
salah satu mekanisme mengawal “kelompangan” ini. Menurut Bussiness Software Alliance (BSA)
, nilai komersial kegiatan cetak rompak di negara ini pada tahun 2011 mencecah AS$605 Juta.
Selain itu juga 56% daripada pengguna negara ini menggunakan perisian cetak rompak.Manakala
dalam masa yang sama juga,rantau Asia Pasifik pula merupakan pengguna terbesar perisian cetak
rompak.
Hubungan Antarabangsa

Daripada aspek hubungan antarabangsa, TPPA dilihat oleh China sebagai tindakan AS
untuk menyaingi pengaruh mereka di Asia Pasifik. Pelaksanaan perjanjian yang dilihat agak
tergesa-gesa juga boleh dikatakan sebagai usaha terdesak AS untuk memastikan kesinambungan
ekonomi mereka dirantau ini. China mempunyai banyak kepentingan terutamanya di rantau Asia
Tenggara dan Asia Pasifik. Persetujuan negara menandatangni TPPA mungkin boleh dilihat oleh
China sebagai restu oleh Malaysia untuk AS mencampuri urusan di negara-negara Asia Tenggara
yang mana tidak menyelesakan mereka.

C . Saranan Tindakan

Bahagian perundingan yang sedang berlangsung kini merupakan fasa yang paling penting
untuk memastikan bahawa TPPA yang bakal ditandatangani nanti tidak akan merugikan negara
dalam jangka masa panjang. TPPA boleh ditandatangani sekiranya isu-isu yang diutarakan oleh
golongan akademik dan pihak berkenpentingan dapat diatasi terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak
dapat ditangani dengan sebaiknya,adalah lebih baik negara tidak menandatanganinya langsung.
Jika Malaysia bertindak untuk tidak menandatangani perjanjian, tindakan seterusnya haruslah
mengimbangi kesan kerana tidak menandatangani perjanjian berkenaan.Ini mungkin boleh
dilakukan dengan menambah menjalinkan hubungan dengan lebih erat dengan China ataupun
menggunakan platform lain yang tidak mengikat seperti ASEAN untuk menjalankan perdagangan
bebas. Alternatif lain adalah dengan negara melaksanakan perjanjian bilateral terus dengan AS
tanpa melalui TPP. Dengan kaedah ini, negara mempunyai lebih banyak peluang untuk
memastikan perjanjian yang bakal ditandatangani tidak benar-benar berat sebelah dan tidak
mempertaruhkan risiko yang terlalu besar.
Dalam melalui proses rundingan, terdapat beberapa metodologi rasmi didalam
mengecualikan diri daripada menandatangani perkara-perkara yang melibatkan kepentingan
nasional. Metodologi untuk berurusan dengan isu sensitif adalah seperti berikut;
1) Pengurangan Komitmen
2) Penangguhan Pelaksanaan dalam tempoh tertentu
3) Mengehadkan komitmen didalam senarai Non Comforming
4) Mengeluarkan terus daripada Perjanjian.

Prinsip Menandatangani

Pada pendapat penulis ,perkara-perkara asas yang menjejaskan perkara asas seperti hal
yang melibatkan agama Islam,hak bumiputera,hak asasi seperti perubatan dan pendidikan,
peruntukan-peruntukan kerajaan,perlindungan kepada syarikat milik kerajaan atau perkara yang
dilihat mampu menjejaskan kepentingan nasional haruslah dikeluarkan terus daripada
diperbincangkan didalam TPPA. Jika tiada kompromi daripada hal-hal yang disebutkan
diatas,maka perjanjian ini tidak harus dilaksanakan dan wajar dilupakan sahaja. Alat-alat bagi
mengecualikan diri daripada syarat-syarat yang menindas haruslah digunakan dengan sebaiknya
sekiranya Malaysia akan menandatanganinya.

Penerangan Yang Berkesan

Didalam konteks negara demokrasi, walau sebaik manapun keputusan yang dibuat oleh
kerajaan kepada rakyat,jika rakyat tidak mampu memahaminya dan disalahertikan, hukumanya
adalah kerajaan berkenaan akan ditumbangkan. Kerajaan harus menyatakan komitmen dengan
jelas samaada akan menandatangani atau tidak. Maka dengan itu lebih mudahlah proses
penerangan itu dilakukan. Jika TPPA ini akan ditandatangani, penerangan yang lebih jelas dalam
bentuk yang lebih kreatif dan menarik harus dibuat dari peringkat rundingan lagi dan bukanya
selepas ditandatangai. MITI harus membuat lebih daripada menyediakan maklumat didalam laman
web atau ceramah kepada kumpulan-kumpulan tertentu sahaja. Penggunaan medium baru seperti
facebook,youtube, dan penyampaian secara infografik wajar digunakan.

PENUTUP
Ramai yang meramalkan TPPA akan ditandangani selepas lawatan Obama ke Malaysia pada
bulan April yang lalu. Namun sehingga harini belum ada perkembangan yang signifikan terhadap
perjanjian berkenaan. Dalam masa yang sama, pentadbiran Obama komited untuk memetaraikan
perjanjian selewat-lewatnya hujung tahun ini. Malaysia harus berani berkata tidak sekiranya kajian
yang dilaksanakan secara terperinci akan memberi kesan negatif pada jangka masa panjang. Kita
tidak seharusnya tunduk kepada kehendak Amerika Syarikat.

Namun sebaliknya,sekiranya kajian yang dilakukan saban tahun ini dengan jelas dan terarah
untuk membentuk negara Malaysia yang lebih makmur ekonominya, maka kerajaan juga harus
berani untuk membuat keputusan yang sewajarnya agar tidak tunduk kepada tekanan politik
dalaman. Polisi yang dilaksanakan haruslah berdasarkan kepada kepentingan negara secara
keseluruhan dan bukannya keuntungan politik jangka masa pendek.

Perkara yang paling penting adalah kesejateraan rakyat secara keseluruhanya. Penulis
yakin Malaysia mampu terus cemerlang tanpa TPPA, namun dalam masa yang sama tidak mahu
kehilangan peluang yang lebih besar sekiranya tidak menandatanganinya. Sebenarnya zaman
kerajaan tahu semua belum lagi berakhir.Malah pada harini kerajaan seharusnya mengetahui
“semua perkara” dan haruslah membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat.
Rekod Buruk
Kesan buruk jika Hubungan
Perjanjian Bersama
tidak Antarabangsa
Amerika Syarikat
menandatangani
RANGKA KERJA
SISI Penguatkuasaan
Isu ubat-ubatan NEGATIF Undang-undang
Harta Intelektual
TPPA
Ancaman Terhadap Ancaman terhadap
Produk Agrikultur agenda tempatan

TPPA secara
umum

Cabaran
Malaysia Mampu
LATAR
TPPA
Maju Tanpa TPPA
BELAKANG

AS bukan
CABARAN
TPPA SARANAN
lagi rakan
dagang
terbaik
Sifat Rahsia
TPPA TINDAKAN
Kritikan
Pemimpin
dan NGO Prinsip
menandatangani

Kesan buruk jika tidak Hubungan


menandatangani Manfaat pelaburan Antarabangsa

Potensi Ekonomi TPPA MANFAAT Menggalakkan


Persaingan Sihat
TPPA
Peluang Berkerjasama
dengan AS
dan negara-negara
Rujukan

Abdullah, T. N. S. T. (2014). Isu Tarif AS-Jepun Jadi Tumpuan Mesyuarat Hari Akhir TPPA
Peringkat Menteri. Bernama. Singapura. Retrieved from
http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/getArticle.do?id=14711&tid.

Alliance, B. S. (2011). Eighth Annual BSA Global Software Piracy Study Executive 2010
Piracy Study (p. 20).

Azhar, A. (2014). More people satisfied with TPPA. Free Malaysia Today. Retrieved May 15,
2014, from http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/09/10/

Bernama. (2014a). Lapan bab dalam rundingan tppa sedang dimuktamadkan, kata mustapa (p.
13213).

Bernama. (2014b, February 22). Malaysia memalukan negara demokrasi maju berkaitan tppa,
kata profesor. BERNAMA. Kuala Lumpur. Retrieved from
http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/getArticle.do?id=13550&tid.

Bernama. (2014c, February 25). Malaysia Minta Fleksibiliti Dalam Bidang Berkepenitngan
Pada Mesyuarat Menteri TPPA : Mustapa. Bernama, p. 14733. Kuala Lumpur. Retrieved
from http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/getArticle.do?id=14733&tid.

Bitton, B. M. (2014). Examining the Partnership Agreement. Journal Of Internet Law, (March),
15.

Capling, A., & Ravenhill, J. (2011). Multilateralising regionalism : what role for the Trans-
Pacific Partnership Agreement ? The Pacific Review, 24(5), 553–575.

Berita Harian (2013). TPPA bantu tarik pelaburan asing. Berita Harian. Retrieved May 15, 2014,
from http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/getArticle.do?id=109292&ti

Berita Harian. (2014, February 15). MTEM gesa tuntut hak mutlak TPPA. Berita Harian. Kuala
Lumpur. Retrieved from
http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/getArticle.do?id=15576&tid.

Joseph, E. (2014). Joseph Stiglitz Trashes “ Noxious ” Trans- Pacific Partnership As Boon to
the 1 %. Daily Kos. Retrieved May 15, 2014, from
http://www.dailykos.com/story/2014/03/16/1285190/-Joseph-Stiglitz-Trashes-Noxious-
Trans-Pacific-Partnership-As-Boon-to-the-1

Joseph Stiglitz. (2013). Joe Stiglitz writes open letter to TPP negotiators. Knowledge Ecology
International.
Larry C.Y. Wong, Suraya A. Emrus, Bashirah Md Bashir, and J. Y. S. T. I. (2010). Malaysian
Padi & Rice Industry: (pp. 28–30).

Malaysia mampu capai status negara maju 2018. (2013). Utusan Malaysia, p. 2018. Kota
Kinabalu.

MITI. (2012). Brief On The Trans-Pacific Partnership (TPPA) (pp. 1–9).

Phillips, A. (2013). What You Need To Know About The Biggest Free Trade Agreement Ever
And How It Affects Climate Change. Retrieved from
http://thinkprogress.org/climate/2013/10/03/2712961/biggest-free-trade-agreement-
climate/

Plummer, J. L. & M. G. (2012). Trans-Pacific Partnership. Retrieved from


http://www.isis.org.my/

Stiglitz, J. E. (2013). The Free-Trade Charade. Economics. Retrieved May 16, 2014, from
http://www.project-syndicate.org/commentary/transatlantic-and-transpacific-free-trade-
trouble-by-joseph-e--stiglitz

Strategic, T. T., Partnership, E., & Mundos, O. (2015). The Trans-Pacific Partnership
Agreement ( Ttp ) In The Electoral Transition In Mexico, 6(2).

Taucan, R. J. (2014, April 16). TPPA perlu pindaan. Utusan Malaysia, p. 37279. Kuala Lumpur.
Retrieved from http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/getArticle.do?id=37279&tid

Termizi, A. (2014, April 12). TPPA beri kesan harga hartanah? Utusan Malaysia, p. 36082.
Kuala Lumpur. Retrieved from
http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/getArticle.do?id=36082&tid.

The Trans-Pacific Partnership. (2014). Retrieved May 15, 2014, from


http://www.exposethetpp.org/TPPImpacts_Public-Health.html

New Straits Times(2014) TPPA: We must not be on the losing side- Tun Mahathir. Retrieved
May 31, 2014, from http://www.nst.com.my/business/latest/tppa-we-must-not-be-on-the-
losing-side-tun-mahathir-1.581450

Times, N. S. (2014). TPPA : We must not be on the losing side- Tun Mahathir.
TPPA, A. (2014). Trans-pacific partnership agreement (tppa) 20, (February), 1–20.

Utusan Malaysia. (2014, January 9). Fahami kesan sebelum sertai TPPA. Bernama. Kuala
Lumpur. Retrieved from
http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/getArticle.do?id=5275&tid=

Wikileaks. Secret TPP treaty : Advanced Intellectual Property chapter for all 12 nations with
negotiating positions (2013).
Zaidan (2014, March 19). Malaysia belum buat keputusan sertai TPPA. Berita Harian. Kuala
Lumpur. Retrieved from
http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/getArticle.do?id=26533&tid... Malaysia

You might also like